Sabtu, 16 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Engku Alessya versi Instagram

Posted: 15 Feb 2013 11:14 PM PST

Gambar anak Erra Fazira, Engku Aleesya memang comel dan kelihatan sekali cantik seperti maknya juga. Takde kate nak di tulis lagi, korang layan la beberapa gambar versi Instagram Engku Aleesya dengan mamanya kat rumah mereka. Soal abahnya tak tahu ke mana. hoho. :) -Twitter Erra Fazira

Gambar Fara Fauzana di Gaza!

Posted: 15 Feb 2013 11:17 PM PST

Memang tak ramai selebriti yang berani menjejakkan kaki ke tanah Palestin sebagai satu bentuk sokongan dan juga menunjukkan yang selebriti kita mempunyai kesedaran terhadap saudara segama di Pelestin.

Tidak ketinggalan Fara Fauzana seorang deejay untuk radio Hot Fm yang selalu kita dengan celotehannya berjenaka dan tawa riang yang berani memijakkan kaki ke Palestine lebih-lebih lagi ke Gaza akhir bulan Januari yang lalu dalam tempoh seminggu bersama rombongan Nona.

Ini semua adalah untuk satu slot khas rancangan Nona pada 24 Februari 2013, jam 2 petang di TV3. Dan ini petikan melalui portal MalaysiaDigest.com untuk kenangan dan saat Fara berada disana.

"Kami pergi melalui Mesir ke Rafa dan terus ke pintu Gaza. Jujur, sewaktu itu memang jantung berdebar dan saya tak tenang sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi sebelum kami sampai, kami perlu melalui banyak sekatan dan checkpoint.

"Sebelum pergi ke sana lagi, saya banyak baca artikel yaang menceritakan penderitaaan dan kesusahan hidup mereka. Tapi bila sampai di bandar Gaza, rasa macam jejakkan kaki ke satu tempat yang penuh dengan ketenangan dan penduduknya sangat kuat semangat. Padahal sewaktu saya datang tu, baru dua bulan bandar mereka dibedil,

"Melihat penduduknya yang menjalani kehidupan seperti biasa, saya jadi sangat kagum dengan semangat mereka. Saya bawa baju kalis peluru, mulanya memnag niat nak pakai tapi saya tak pakai pun. Selain, penduduk-penduduk di sana sangat mengalu-alukan kedatangan orang Malaysia. Bendera kita ada di mana-mana sahaja ,

"Saya sempat pergi ke satu kawasan di tengah bandar Gaza. Kawasan itu adalah kawasan bekas dibom, akibatnya terdapat satu kawah besar dan dalam.

"Dan bila saya menemuramah seorang individu, dia bercerita dengan penuh redha memberitahu yang ahli keluarganya terkorban akibat letupan bom. Saya menangis dan dalam masa sama saya sangat kagum dengan semangat dia.

"Bahkan baik yang dewasa mahupun kanak-kanak, mereka menjalani kehidupan seperti biasa walaupun tahu mereka sedang diperhatikan oleh tentera Israel malah bila-bila masa saja mereka boleh di serang.

"Hotel saya mengadap laut dan bilik saya di tingkat sembilan. Masa waktu pagi, tengah bersiap untuk memulakan penggambaran, tiba-tiba saya dengar bunyi tembakan rambang bertalu-talu. Saya buka tingkap, lagi dengar kuat tembakan.  Salah seorang daripada kami terus memberikan arahan agar meniarap.

"Tak berapa lama kemudian kami dimaklumkan rupanya bunyi tembakan itu sebenarnya oleh tentera Palestin yang sedang menjalankan latihan. Saya tak boleh bayangkan kalau ianya dalam situasi benar-benar di serang. Gerun sangat. Sewaktu meniarap tu pun, tiada apa yang saya mampu fikirkan kecuali mati,

"InsyaAllah, saya memang simpan niat nak pergi ke sana pada masa akan datang dan nak hulurkan bantuan. Kali ni kalau saya pergi saya nak bawa ahli keluarga saya seperti abang atau sepupu saya. Malah bila mereka mendengar saya bercerita, mereka juga teruja dan bersemangat nak sama-sama membantu saudara seislam kita yang berada di sana," Fara.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines