Selasa, 12 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Nora Danish di Tahun Baru Cina

Posted: 11 Feb 2013 10:02 PM PST

Gambar dibawah adalah gambar Nora Danish yang menghadiri satu majlis kalau tak silap perasmian beberapa buah filem keluaran MiG produksi milik David Teoh dan sekaligus untuk meraihkan Tahun Baru Cina.

Ramai juga selebriti yang hadir seperti Intan Ladyana, Farid Kamil, Fezrul Khan dan beberapa lagi selebriti MiG. Namun melihat penampilan Nora, memang sungguh menarik perhatian. Melentik juga bentuk badan dia sekarang ni. Ada apa-apa rahsia ke. Hehe. -gambar Instagram Nora Danish

Fizz Fairuz Dah Bertunang?

Posted: 11 Feb 2013 08:46 PM PST

Baru-baru ini dikhabarkan yang pelakon kacak, Fizz Fairuz sudah bertunang dengan seorang wanita pilihan hatinya. Mengikut sumber nama tunangnya itu adalah Nor Azreen Arshad yang merupakan seorang graduan dalam bidang Matematik Kewangan.

Majlis yang sederhana itu dihadiri oleh sanak saudara terdekat yang berlangsung di rumah Azreen di Kuantan, Pahang. Kalau betul, baguslah kan, kami juga tumpang gembira.

Gambar takda banyak nak di tempek, cuma satu je sebagai bukti. Jadi, Almy Nadia bagaimana? memang mereka dah berpisah sejak Mei 2012 yang lalu la ni ek.

Suami Farah Ashikin orang Afrika Selatan

Posted: 11 Feb 2013 07:30 PM PST

Dahulu penyanyi sekarang dah bukan dah, itu lah Farah Asyikin yang dikhabarkan sudah bernikah dengan seorang jejaka yang beragama Islam dan juga berasal dari Cape Town, negara Afrika Selatan yang memetik daripada sumber yakni pada hari Khamis, 7 Februari 2013.

Difahamkan ini adalah perkahwinan ke-2 Farah Asyikin setelah bercerai/eberpisah dengan bekas suaminya yang juga seorang berkerjaya sebagai doktor beberapa tahun yang dahulu.

Selain daripada itu Farah Asyikin juga bergiat aktif dalam beberapa aktiviti dakwah Islamiyah dan mungkin disitu rasanya dia bertemu jodohnya yang ke-2 ini. Semoga berbahagia dan selamat pengantin baharu.

Zarina An Joulie ke Mahkamah, Positif Dadah

Posted: 11 Feb 2013 05:32 PM PST

Zarina An Joulie tak sudah-sudah dengan kisah hidup kontroversinya. Yang terbaru lagi mengenai pelakon ini adalah mengikut sumber Bernama, dia dan rakan lelakinya dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Majisterit Petaling Jaya baru-baru ini diatas pertuduhan positif dadah pada Disember 2012 yang lalu.

Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Aish Macam-macam dah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines