Isnin, 2 Jun 2014

Polis siasat video 'Pailang' Bertudung




Kuala Lumpur: Susulan penyebaran video seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain yang menimbulkan kemarahan masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada April lalu di sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.

“Klip video itu tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

“Pihak polis sudah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam rakaman yang menjadi 'viral' di laman sosial itu, seorang pelajar perempuan ditendang, ditumbuk dan diheret di atas lantai dengan rambutnya ditarik oleh sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

DALAM klip video berkenaan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh sekumpulan pelajar lain.



Video 'pailang' makan diri

Kota Samarahan: Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah di sini, sudah lengkap dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi berkata satu kertas siasatan dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, tiga suspek pelajar tingkatan empat ditahan untuk siasatan lanjut dan sudah dibebaskan dengan jaminan.

“Siasatan lengkap sudah dijalankan dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan yang dijangka dilakukan minggu ini.

“Kes ini berlaku bulan lalu tetapi baru dimuat naik di Youtube dan tersebar,” katanya.


Menurut sumber pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini itu dibelasah tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama.

Difahamkan, mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines