Khamis, 18 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Eira Syazira Bertudung

Posted: 17 Apr 2013 10:07 PM PDT

Nampaknya pelakon, Eira Syazira isteri kepada Azad Jasmin telah memakai tudung. Namun pemakaian tudungnya bukanlah dalam bentuk kekal hanyalah untuk siri drama Bulan Ramadhan nanti. Memang kelihatan cantik dan anggun kan. -Instagram Eira



Adi Putra Tarik Diri Untuk ABPBH 2013 dan Seterusnya...

Posted: 17 Apr 2013 09:57 PM PDT

Akhirnya memetik portal mStar pelakon, Adi Putra membuat keputusan untuk tidak bertanding atau menarik diri dari segala pencalonan ABPBH akan datang semata-mata menjaga hati peminat setianya yang sanggup berkorban untuk dirinya.

Ini perlu dilakukan memandangkan peminatnya, '1HotLovers' yang masih tidak berpuas hati dengan sistem pengiraan undian penganjur ABPBH berkenaan yang dikatakan berat sebelah dengan mengira undian Adi yang mendapat 24,000 berbanding jumlah yang peminat Adi target sekitar 42,000 lebih.
"Saya tarik diri kerana enggan peminat tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian itu lebih-lebih lagi selepas membaca pelbagai respons yang tidak menyenangkan daripada mereka di Twitter.

"Harap-harap selepas ini tiada lagi rasa tidak puas hati berlaku. Jujurnya, saya mahu menjaga hati peminat-peminat dan masyarakat kerana saya bekerja untuk mereka.

"Memandangkan mereka tidak senang tentang hal ini, saya tarik diri dengan ikhlas," -Adi
Berdasarkan jumlah 24,000 undian itu, Adi tersenarai di tempat keempat dan tewas di tangan Neelofa yang mendapat undian sebanyak 45,981, Zizan Razak (55,036 undi), Aaron Aziz (68,205 undi) dan Shaheizy Sam (79,656 undi).

Sebelum ini juga Zed Zaidi juga pernah menyelar beberapa majlis anugerah yang mengutamakan populariti daripada kualiti. Namun ada juga kalanya yang masih mahu di calonkan walaupun bertahun-tahun menang, sudah-sudah lah bagi lah peluang dekat orang lain untuk menang, ikut cara Datuk Siti Nurhaliza yang mengundurkan diri bagi memberi peluang orang lain memenangi anugerah. Ni tak, malar betul muka dia je balik-balik menang setiap tahun, siapalah tu ek..

Nora Danish Buka Akaun Palsu Facebook!

Posted: 17 Apr 2013 08:00 PM PDT


Aish biar betul Nora Danish sanggup menipu peminat-peminatnya dengan membuat akaun palsu Facebook? Namun itu semua hanya lah propa sahaja, dia memakai sehelai t-shirt yang tertera tulisan FakeBook bagi memperlihatkan kepada followernya di laman sosial yang dia suka berjenaka. Keh keh.


Ezany Nizariff di BlackList Dari Berlakon Sebab Tak Kacak..

Posted: 17 Apr 2013 06:10 PM PDT

Pelakon yang dahulu dikenali ramai, Ezany Nizariff dan selepas itu makin lama makin tidak kelihatan adalah disebabkan dia diboikot atau di blacklist oleh pihak atasan stesen TV tanpa memberikan alasan yang menyakinkan Ezany.

Perkara yang berlarutan setahun itu dikatakan hampir 20 buah drama yang menyenaraikan namanya telah ditolak. Entah dimana silapnya, memandangkan Ezany tidak pernah bergiat aktif dalam mana-mana cabang politik melainkan ada business belacannya sendiri.
"Sudah hampir setahun perkara ini berlaku dan pihak produksi sering memberitahu saya stesen TV itu tidak mahukan saya sebagai pelakon apabila nama saya dicadangkan.

"Saya hairan kerana sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku,

"Antara alasan yang diberikan, wajah saya tidak lagi sesuai untuk program terbitan mereka serta sebab-sebab yang tidak munasabah dan kukuh lain," katanya.
Sebab ini sukar diterima oleh Ezany melalui petikannya di portal mStar semalam, bahkan Ezany menambah kemungkinan diboikot adalah kerana dia mengadu dalam satu rancangan hiburan tv yang menyatakan sikap sebuah syarikat produksi yang gagal melunaskan bayaran gajinya.

Difahamkan juga, Zed Zaidi tidak mengambil sebarang tindakan diatas apa yang menimpa Ezany yang sudah hampir 12 tahun sebagai anak seni. ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines