Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Stacy Lebih Utamakan Anak Berbanding Lelaki
- Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012
- Semakin serasi, Halim dan Adibah bawa kelainan
- Penyu, tuntung mati terdampar
- Pukau guna besi kecil
- Mawi dambakan Shahir
- Risiko, cabaran Faizal Tahir
- Tudung Siti Nurhaliza bernilai RM3,900
- Penduduk hargai jasa perwira
- Penyamun gagal dapat hasil, alat penggera berbunyi
- 10 rumah diancam tanah runtuh
- Ibu tiri didakwa bunuh anak tiri
- Enam pondan, lelaki homoseks berpeleseran ditahan
- Hari bergaduh dengan menggunakan bantal meriah
- Tarikan pelancongan Buddha di Pakistan
- Bagan Serai tetap nikmati pembangunan
Stacy Lebih Utamakan Anak Berbanding Lelaki Posted: 07 Apr 2013 09:02 PM PDT Stacy, 23, berkata, dia lebih rela hidup membujang daripada berkahwin dan membesarkan sendiri anaknya itu tanpa bantuan sesiapa. "Jika tidak boleh terima tidak mengapa kerana saya boleh hidup berdikari dengan anak saya. Tiada masalah," jelasnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Stacy berkata, dia tidak suka apabila masyarakat memanggil Bella sebagai anak angkatnya kerana tidak pernah menganggap kanak-kanak itu sebagai orang luar. Jelas Stacy, seboleh-bolehnya dia tidak mahu Bella mengetahui dirinya anak angkat kerana terlalu menyayangi anak perempuannya itu. Tambah Stacy, dia kini semakin selesa bergelar ibu dan dapat menguruskan keperluan Bella dengan baik dengan bantuan ahli keluarganya yang lain. "Seronok bergelar ibu kerana setiap perkara yang saya lakukan mempunyai matlamat dan hidup saya lebih terisi dengan kehadirannya. "Malah setiap kali ingin keluar bekerja mesti rasa berat nak tinggalkan Bella," katanya. Dalam perkembangan lain, Stacy berkata dia kini sedang sibuk mengumpul bahan untuk album terbaharunya yang dijangka akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini. Katanya, kali ini dia bakal bekerjasama dengan komposer Audi Mok bagi album tersebut selain Edry Abdul Halim. Stacy juga bakal melancarkan klip video terbaharunya berjudul Bosan dalam masa terdekat. | ||||
Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012 Posted: 07 Apr 2013 09:01 PM PDT Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad. Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010. Kemenangan itu membolehkan Shahiezy membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun. Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Dalam pada itu, Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular. Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila Amzah. Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda. Hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular. Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular. Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini. Manakala Datuk Aznil Nawawi kembali merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang disandang oleh Zizan Razak tahun lalu. Bagaimanapun pengacara terkenal menerusi program Macam-Macam Aznil itu tidak hadir untuk menerima trofi kemenangannya. Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Johan, Fara Fauzana dan Zizan Razak selain beberapa pengacara jemputan seperti Awi Rafael, Hanes Suraya, kumpulan Forteen, Emma Maembong dan Iqram Dinzly. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Adira, Asmidar, Datuk AC Mizal, Projek Pistol, Ziana Zain, Ella, Datuk M.Nasir dan sebagainya. ABPBH 2012 edisi ke-26 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesaan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran. Senarai penuh pemenang ABPBH-2012 1) BINTANG PALING POPULAR: Shaheizy Sam 2) PENYANYI LELAKI POPULAR: Hafiz 3) PENYANYI WANITA POPULAR: Shila Amzah 4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Black & Malique 5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Aiman Hakim Ridza 6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Wawa Zainal 7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Shaheizy Sam 8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Yana Samsudin 9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: Aaron Aziz 10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Nabila Huda 11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: Zizan Razak 12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: Didie Alias 13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: Datuk Aznil Nawawi 14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: Fara Fauzana 15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: Faizal Ismail 16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: Fara Fauzana ANUGERAH KHAS 1) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Kumpulan Search | ||||
Semakin serasi, Halim dan Adibah bawa kelainan Posted: 07 Apr 2013 08:58 PM PDT Meskipun, rata-rata stesen radio sedia ada mengetengahkan aspek komedi bagi pendengar mereka, namun berbeza pula dengan empunya nama Halim Othman dan Adibah Noor ini. Kata mereka, walaupun segelintir stesen radio selesa menyajikan komedi bagi halwa telinga pendengar, namun bagi dua figura ini apa yang di keudarakan perlu mempunyai isi. "Kami akui gandingan ini amat menjadi dan serasi, sementelah lagi kami mempunyai misi sama iaitu membawa kelainan kepada pendengar. "Kelainan yang dimaksudkan pula adalah dari sudut menyampaikan sesuatu tajuk atau bahan yang diperkatakan dalam sesebuah segmen itu," kata mereka yang mengendalikan segmen itu setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 5 hingga 10 pagi. Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Halim memberitahu, dia berharap gandingannya bersama Adibah berbeza dari mana-mana gandingan penyampai radio yang sedia ada di Malaysia. "Saya mahu menyajikan satu program radio yang tidak terlalu berat kepada pendengar. Menariknya, dengan adanya Adibah, setiap hari kami cuba merealisasikan perkara itu. "Pelbagai formula baru kami cari dan kaji supaya segmen yang dikendalikan ini berilmu, santai dan tidak terlalu serius," katanya. Bagi Adibah pula, mengendalikan segmen Ceria Pagi itu merupakan satu cabaran besar kepadanya. "Saya tidak mahu segmen ini sekadar borak kosong semata-mata. Sama seperti Halim, biarlah ia penuh pengisian yang berguna kepada pendengar Suria FM," kata pelakon filem Sepet ini. Dalam pada itu, Halim dan Adibah turut menjadi perhatian umum selepas digandingkan bersama menerusi slot Ceria Pagi ini. Sehingga timbulnya persoalan adakah mereka tidak kisah jika jodoh mereka bukan sekadar di konti. Menjawab kenyataan itu, baik Halim mahupun Adibah tidak melatah, sebaliknya menganggap ia sebagai satu gurauan. "Perkara begini memang akan timbul tanpa boleh diduga sesiapa pun, namun setakat ini hubungan kami berlandaskan profesional. Buat masa sekarang biarlah kami memahami satu sama lain atas dasar kerja semata," kata mereka gembira kerana peminat memberi respons positif terhadap gandingan ini. Halim puji Adibah Tidak hanya berbicara mengenai kisah mereka di konti, Halim turut berkongsi pendapat tentang gaya kerja Adibah sepanjang bekerja bersamanya. Menurut Halim, dia sebenarnya terkejut kerana prestasi pelantun lagu Kau Terlalu Istimewa itu di luar dugaan. "Dia begitu senang menyerap perkara baru dengan cepat dan ini telah memudahkan kerjasama antara kami apabila bersiaran," katanya. Tambah Halim, selain itu, Adibah juga, pandai menyesuaikan diri dengannya dan tidak pernah memberikan sebarang masalah sewaktu bertugas. "Saya sangat seronok bersamanya ketika di studio lebih-lebih lagi kami punyai keserasian yang kuat bersama. "Bagi saya, jika seseorang yang tidak pernah menjadi deejay seperti Adibah, mereka memerlukan masa yang lama untuk sebati dan mendalami pekerjaan ini, namun bukan dia," katanya Adibah seorang yang pantas dalam semua aspek. Tidak wujud diskriminasi Selain bergelar penyampai radio, mengacara dan berlakon, menyanyi juga merupakan profesion Adibah, diaju pertanyaan mengenai wujudnya diskriminasi lagunya selepas ini tidak diputarkan di stesen radio lain, akui Adibah, dia tidak kisah memandangkan sebelum ini lagunya memang jarang dimainkan di mana-mana stesen radio sedia ada. "Sama ada saya bersama Suria FM atau tidak, ia tidak menjadi masalah. Lagipun, sejak dari dahulu lagi, lagu saya memang jarang diputarkan di radio lain. "Saya memang pernah memikirkan tentang perkara ini dan saya rasa ia tidak membawa kepada sebarang perbezaan," katanya. Cerita Adibah lagi, pandangan segelintir individu yang menganggap penyampai radio boleh memainkan lagu mengikut kehendak mereka juga adalah tidak benar. "Keputusan untuk memainkan sesebuah lagu itu dilakukan oleh orang atasan dan kini saya sendiri semakin faham sistem putaran lagu di radio," katanya. Bertemu insan seni versatil ini, pastinya tidak lengkap tanpa mengetahui perkembangan terbarunya, ditanya mengenai perkara itu, kata Adibah, dia kini sedang giat menjalani latihan bagi Teater Muzikal Chow Kit Road yang akan dipersembahkan di Istana Budaya (IB), Mei nanti. "Selain sibuk dengan teater, saya juga masih aktif dalam bidang nyanyian. Sementelah saya sentiasa mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan album terbaru, bagaimanapun, buat masa sekarang saya lebih selesa melancarkan single demi single, kemudian barulah dikumpulkan menjadi album," katanya masih memberikan fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan. | ||||
Posted: 07 Apr 2013 08:54 PM PDT Shahar Rudin Abd Rashid, 42, berkata, bangkai penyu itu dijumpai kira-kira jam 8 malam dan selepas beberapa jam kemudian, iaitu kira-kira jam 2.30 pagi tidak jauh dari lokasi penyu itu ditemui iaitu di Teluk Nyior, dijumpai pula bangkai seekor tuntung laut. Melihat kepada keadaan penyu itu ia dianggarkan berusia antara 18 hingga 25 tahun dan dipercayai mati lima hari lalu. Katanya, dia sebelum itu melihat penyu itu berada di gigi air dan selepas diperiksa, terdapat kesan kecederaan pada bahagian bawah badan penyu itu serta di bahagian kaki belakangnya. "Kemungkinan penyu agar jantan ini mati sebab terperangkap dalam pukat pari atau terkena mata kail. "Tuntung laut yang dianggarkan berusia antara lima hingga enam tahun ini juga mungkin mati sebab terkena pukat atau mata kail pemancing," katanya. Kata Shahar Rudin, sepatutnya di Teluk Mak Nik yang merupakan sebuah kawasan pantai daratan yang mencatatkan pendaratan penyu tertinggi di negara ini perlu diharamkan aktiviti penangkapan ikan bagi memelihara populasi penyu. Menurutnya, selepas pembukaan padang futsal di pantai berkenaan juga, jumlah pendaratan penyu di kawasan itu setiap bulan yang sebelumnya mencatatkan 400 pendaratan penyu susut kepada lebih 100 pendaratan sahaja. "Lampu limpah yang berada di padang futsal dan dipancarkan ke arah lautan menyebabkan kawasan ini terang sekali gus membuatkan tak banyak penyu naik membuat sarang," katanya. | ||||
Posted: 07 Apr 2013 08:53 PM PDT Itu nasib yang dialami seorang peniaga kedai makan di sini, apabila kerugian kira-kira 5,000 selepas dipukau dua lelaki yang menunjukkan dia sebatang besi kecil panjang dan bersaiz seperti straw minuman dan mempunyai ukiran seolah-olah sebuah kalimah, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, Rosminah Mohd Said, 54, dikatakan selesai membeli barangan mentah di pekan Rembau, sebelum didatangi seorang lelaki menunjukkan sebatang besi berwarna coklat berkenaan, kononnya boleh dijadikan pelaris dalam perniagaan. "Pada mulanya, saya tidak berminat untuk melihat besi itu. Tetapi, saya berubah hati selepas lelaki itu menyuruh saya memegang besi tersebut bagi melihatnya terlebih dahulu. "Selepas itu, lelaki itu menepuk bahagian belakang bahu kanan saya menyebabkan saya terasa seperti berada di awang-awangan," katanya. Menurutnya, ketika itu, dia hanya sedar mengikut apa saja yang diarahkan lelaki itu termasuk menyuruh menutup sisi kedai. "Pada masa sama, datang seorang lelaki lain yang mempunyai sebatang besi sama, menyapa saya. Lelaki ini pun biasa dilihat dekat kedai makan saya," katanya ketika ditemui di kedai makannya di pekan Rembau, dekat sini, semalam. Rosminah berkata, kedua-dua lelaki berkenaan berinteraksi dan membaca mantera menyebabkan dia mula rasa tidak selesa, bagaimanapun tidak mampu mengawal diri yang seolah-olah sudah dipukau. Menurutnya, dia cuba melawan, namun salah seorang lelaki itu membuka beg tangannya, sebelum menyuruh dia memberi wang dalam beg berkenaan. "Saya ambil RM1,000 dalam beg. Duit ini anak saya punya untuk beli barang majlis tunangnya. Saya cuma nampak duit itu dilipat dan dimasukkan dalam sampul surat," katanya. Menurutnya, dalam keadaan melawan, dia dapat lihat seorang daripada lelaki itu menanggalkan rantai tangan dan dua cincin yang dipakainya. "Bila selesai, mereka menunjuk dan menggoncang sampul surat yang diisi barangan saya itu, serta memesan saya membukanya selepas waktu maghrib. "Sebelum lelaki itu beredar, dia sempat menepuk badan saya menyebabkan saya tersedar dan melihat sampul surat itu ada dalam beg tangan," katanya. Bagaimanapun, katanya, dia terus menjerit apabila mendapati dalam sampul surat berkenaan hanya berisi tisu dan batu. Berikutan kejadian itu, Rosminah membuat laporan di Balai Polis Rembau, di sini, kelmarin. | ||||
Posted: 07 Apr 2013 08:48 PM PDT
DIAM-DIAM ubi berisi. Itu perumpamaan yang boleh dilabelkan terhadap penyanyi Mawi yang sudah jarang mendapat liputan media.Ironinya, sejak pelantun lagu Angan dan Sedar itu menyepikan diri dalam dunia seni, dia sebenarnya merencanakan sebuah perniagaan bersama isterinya, Nora Asyikin Rahmat atau Ekin. Perniagaan berkonsepkan pemakanan kesihatan dan penjagaan kulit yang dikenali sebagai Unequein itu sudah beroperasi tiga bulan lalu dan ia sekali gus menepis anggapan sesetengah pihak mengatakan pemilik sebenar nama Asmawi Ani itu tidak berduit atau muflis. "Sebenarnya sudah dua tahun kami (Mawi dan Ekin) merancang untuk menjalankan perniagaan yang berkonsepkan kepada penjagaan kulit dan kesihatan," jelas Mawi. Kenapa memilih perniagaan produk kesihatan dan kecantikan, ungkap Ekin pula, idea itu tercetus selepas dia mengalami alahan yang teruk pada kulit ketika mengandungkan anaknya iaitu Cahaya Malaika. "Semasa saya mengandung enam bulan, seluruh badan saya keluar ruam seakan-akan seperti chicken pox (cacar air). Ketika itu, saya berasa sangat gatal dan tidak selesa. Mujur, ada seorang kenalan iaitu pakar kecantikan yang membantu dan akhirnya alahan saya itu hilang," ujarnya. Mengeluarkan kos hampir setengah juta untuk perniagaannya itu, dedah Mawi pula, fokusnya kini adalah pada keluarga dan perniagaannya. Merajuk Mendengar pada jawapannya itu, adakah dia akan berhenti menyanyi atau merajuk pada dunia nyanyian setelah namanya tidak lagi berada di puncak populariti? Mengulas mengenai perkara itu, ujar Mawi, dia bukan merajuk sebaliknya bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga itu nekad akan terus menyanyi selagi dia mampu. Ujarnya, single terbaharunya berjudul Termolek ciptaan Datuk M. Nasir dan lirik oleh Ad Samad sudah dihasilkan dalam bentuk klip video dan kini sudah dimuat naik di laman sosial YouTube. Bercerita tentang lagu Termolek, ujar Mawi, ia menceritakan tentang kasih sayang seseorang kepada pasangannya sama ada ibu, anak, kekasih atau isteri. "Lagu ini boleh ditujukan buat wanita atau anak. Tetapi, untuk klip video Termolek ia menceritakan tentang kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya," ujar Mawi yang berharap lagu tersebut disukai peminat seterusnya mengembalikan era kegemilangannya ke dunia nyanyian. Jelas Mawi, selepas single Termolek dia bakal muncul dengan single kedua berjudul Kau Adalah Aku yang juga dihasilkan oleh M. Nasir. Tidak terbatas kepada pembikinan lagu sahaja, Mawi bakal menghasilkan drama terbaharu khusus untuk tayangan pada hari raya tahun ini.
Hanya Shahir Bagaimanapun, drama terbitan syarikat miliknya, MW Entertainment Sdn. Bhd. itu masih belum mempunyai judul. Apa yang pasti, luah Mawi, dia sangat mendambakan penyanyi Akademi Fantasia musim kelapan iaitu Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi untuk membawa peranan utama dalam drama berkisarkan tentang seorang pemuda kampung yang ingin berhijrah untuk menjadi penyanyi rock terkenal. Ditebak sama ada drama tersebut menyerupai filem Rock dan Rock Oo arahan Mamat Khalid, ungkap Mawi, dia belum lagi berpeluang menonton kedua-dua filem tersebut tetapi menegaskan mendapat idea untuk menghasilkan jalan cerita untuk dramanya itu sejak tahun 2005 lagi. "Idea untuk hasilkan drama ini sudah lama. Sejak tahun 2005 lagi. Ia mengisahkan tentang tiga sahabat yang berkeinginan untuk menjadi penyanyi rock terkenal. Dalam pada dia ingin bergelar penyanyi rock, dia sebenarnya sangat pandai mengaji dan berzanji. "Saya rasa Shahir sangat sesuai membawakan watak ini kerana dia juga pandai mengaji dan berzanji," jelasnya yang masih belum menerima sebarang jawapan daripada Shahir biarpun sudah menghubunginya menerusi telefon bimbit. Selain Shahir, menurut Mawi, dua lagi pelakon yang bakal membintangi drama tersebut ialah Johan As'ari dan kartunis Soya. Sebelum ini, syarikat MW Entertainment Sdn. Bhd. pernah menerbitkan drama Siapa Dapat Lisa yang dibintangi oleh kumpulan SepahTu dan Didie Alias. Selain itu, Mawi juga pernah menerbitkan drama Paknil Ibu Kirim Salam, Seruan Pulau Nami dan Jiwa Kacau. Cahaya Malaika Di luar lapangan seninya, Mawi turut berkongsi cerita mengenai cahaya mata kesayangannya, Cahaya Malaika yang kini sudah menginjak usia setahun. Ujar Mawi, anaknya itu mempunyai minat yang pelik iaitu bola sepak. "Cahaya sekarang sudah pandai cakap malah dia sangat suka menonton perlawanan bola sepak. Setiap kali dia minum susu dia mahu tengok bola. Lepas itu dia akan cakap ball dan goal. Kalau tukar siaran lain dia tahu dan tidak suka," tuturnya. Menurut Ekin, minat Cahaya kepada rancangan bola mungkin disebabkan ketika mengandung dia tidak suka Mawi menonton rancangan tersebut. "Mawi suka tengok bola tetapi saya tidak suka. Mungkin terlalu rasa tidak suka terkenan pada anak. Ialah, kata orang kalau kita mengandung jangan terlalu suka atau terlalu benci nanti terkenan," ceritanya sambil ketawa. | ||||
Posted: 07 Apr 2013 08:47 PM PDT
DIA mengambil masa selama tiga tahun sebelum mampu melihat hasilnya sekarang ini. Selama tempoh tersebut, Faizal Tahir telah bertungkus-lumus mencari material lebih segar untuk album baharunya. Akhirnya, usahanya berbaloi apabila pelantun lagu Mahakarya Cinta itu kini muncul dengan album studio ketiganya yang berjudul, Faizal Tahir. Ujar Faizal, berbanding album pertamanya, Aku.Muzik.Kamu (2007) dan Adrenalin (2010) yang menampilkan genre pop rock, album kali ini agak unik dan melangkaui kebiasaan. Memuatkan 10 buah lagu termasuk Anti Graviti, Mati, Biar, Halusinasi dan Tujuh, Faizal yang ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Johor Bahru baru-baru ini berkata, kali ini, dia mempertaruh dan memperkenalkan genre electronic rock yang jarang-jarang diketengahkan artis tempatan. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Faizal yang mulai mencipta nama sejak menjadi naib juara program realiti TV, One In A Million pada tahun 2006. Kosmo!: Bolehkah Faizal jelaskan tentang album ketiga anda yang menampilkan genre electronic rock ini? FAIZAL: Konsep electronic rock merujuk kepada penyusunan muzik yang lebih kepada rock tetapi santai dan tidak terlalu heavy dan metal, tidak terlalu ballad dan juga tidak terlalu R&B. Muzik yang dihasilkan juga banyak menggunakan bantuan mesin. Dua buah album Faizal yang meraih sambutan hebat daripada peminat sebelum ini merupakan genre pop rock, jadi tidak bimbangkah dengan risiko menampilkan album dengan rentak yang belum pernah anda tampilkan? Walaupun sebenarnya agak berisiko mengetengahkan sesuatu yang baharu kepada pendengar tetapi bagi saya, itu cabaran yang harus dilakukan seseorang artis untuk mencari kepuasan atau memberikan yang terbaik buat peminat. Bagi saya, apabila kita membuat sesuatu yang berbeza, ia akan menjadi lebih puas dan hasilnya lebih memperlihatkan kematangan dalam memberikan nafas baharu kepada dunia muzik tempatan. Album-album sebelum ini diterbitkan oleh Audi Mok tetapi untuk album ketiga ini, Faizal bekerjasama dengan komposer Omar K yang cukup sinonim dengan lagu-lagu genre R&B seperti yang dialunkan penyanyi Alyah dan Dayang Nurfaizah. Boleh ceritakan pengalaman kali pertama Faizal berkolaborasi dengan Omar K? Saya gembira dapat bekerjasama dengan Omar K. Bagi saya, dia seorang komposer yang hebat. Idea-idea Omar K memang menarik dan peminat harus mendengar lagu-lagu dalam album ini kerana kerjasama antara Omar K dengan saya. Ini antara yang terbaik yang pernah dihasilkan. Apakah harapan Faizal terhadap album ketiga ini? Harapan saya pastinya untuk mengukir lebih banyak kejayaan menerusi album ketiga ini sekali gus memperlihatkan potensi muzik electronic rock untuk diketengahkan di pasaran tempatan. Selama lebih kurang enam tahun berkecimpung dalam bidang muzik, saya merasakan album kali ini yang terbaik yang pernah dihasilkan kerana gabungan antara saya dengan komposer, elemen-elemen segar dalam muzik dan juga kerjasama daripada peminat-peminat saya dalam bootcamp baru-baru ini yang mana mereka turut sama memberikan idea untuk mewarnai album ini. Faizal tidak pernah berkolaborasi dengan sebarang penyanyi lain. Adakah anda ada perancangan untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi dalam masa terdekat ini? Secara jujurnya, saya belum bersedia untuk berduet dengan sesiapa. Saya juga tidak meletakkan syarat untuk berduet dengan sesiapa dan semua ini terpulang kepada rezeki. Sekiranya ada terpanggil untuk berduet, saya akan buat. Bagaimanakah pula dengan konsert solo Faizal? Konsert solo sememangnya kemuncak kerjaya seorang penyanyi. Insya-Allah semua ini akan dirancang dan disusun perlahan-lahan, tidak boleh tergesa-gesa kerana konsert selalunya memerlukan perancangan teliti dan saya percaya impian itu akan tercapai suatu hari nanti. | ||||
Tudung Siti Nurhaliza bernilai RM3,900 Posted: 07 Apr 2013 08:45 PM PDT
MALAM AMAL TAHAJJUD CINTA berjaya mengumpul sebahagiannya RM3,900 menerusi bidaan tudung eksklusif penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Dua helai tudung dilelong pada majlis di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada malam Rabu lalu masing-masing berharga RM1,100 dan RM2,800. Tudung berwarna merah hitam idea Siti pernah dipakai ketika sidang akhbar Malam Amal Tahajjud Cinta sekitar bulan Disember tahun lalu manakala, tudung berwarna biru dipakai pelantun lagu Galau itu ketika membuat persembahan pada majlis itu. "Tudung ini istimewa kerana saya sendiri yang mengilhamkan idea rekaan dan cara pemakaiannya. Pemilik tudung-tudung ini perlu berjumpa saya untuk belajar cara memakainya. "Lebih menarik tudung-tudung ini juga pernah dipakai saya dan mungkin masih ada kesan peluh saya," ujarnya berseloroh usai membuat persembahan pada malam itu. Tudung pertama yang dilelong berjaya dimiliki oleh Noaryati Ahmad manakala tudung kedua pula menjadi milik Fauziah Syeikh Omar yang jelas teruja ketika memenangi kedua-dua tudung istimewa itu. Selain lelongan tudung, sebuah potret Siti Nurhaliza karya pelukis tersohor negara, Abdul Rahman Sulaiman terjual dengan harga RM2,600. Tidak sah sekiranya majlis yang dijayakan oleh Siti tidak mendapat teriakan daripada peminatnya ketika penyanyi bersuara lunak itu mengalunkan lagu-lagu indah yang disusun semula oleh Aubrey Suwito. Walau hanya lagu-lagu kerohanian dipersembahkan Siti pada malam yang turut menampilkan peragaan fesyen tudung koleksi terbaharu Fareeda, majlis mula gamat apabila Siti mengalunkan lagu pertamanya pada malam itu, Lagu Rindu yang dipetik daripada album Prasasti Seni tahun 2004. Melanjutkan acara, Siti mengalunkan beberapa buah lagu yang melonjakkan namanya seperti Nirmala dan menyanyikan semula lagu InsyaAllah (nyanyian asal Maher Zain), Ayat-Ayat Cinta (Rossa), Ketika Cinta Memanggil (Opick) dan Kepadamu Kekasih (Datuk M. Nasir, Datuk Hattan & Jamal Abdillah). Persembahan Siti diiringi kumpulan muzik Mohram dan turut berduet bersama Bob Yusof yang turut mendendangkan tiga buah lagu pada majlis tersebut. Siti, 34, melahirkan rasa syukur kerana dapat membantu meraih dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia. "Perjuangan orang yang hidup dengan HIV sememangnya dekat di hati saya dan pembabitan dalam program Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia semenjak tahun 2009 telah membuka mata saya tentang realiti sebenar HIV dan AIDS. "Insya-Allah jika diberikan peluang, saya berhasrat untuk meneruskan lagi sumbangan yang tidak seberapa ini dan inilah hadiah daripada hati saya," ujarnya. | ||||
Posted: 07 Apr 2013 08:39 PM PDT LAHAD DATU - "Tiada apa yang mampu kami berikan kepada mereka (pasukan keselamatan) selain ucapan terima kasih menerusi kain rentang." Kata-kata itu diluahkan oleh penduduk Kampung Tanjung Labian di sini sebagai menghargai segala pengorbanan yang dilakukan pasukan keselamatan kerana menjaga kampung mereka sepanjang Operasi Daulat berjalan. Seorang penduduk, Siti Zunaidah Abdul Rahim, 35, berkata idea untuk menghasilkan kain rentang tertulis 'Terima Kasih Perwira Negara' tercetus selepas mereka melihat sendiri usaha murni yang diberikan oleh anggota keselamatan. Katanya, keadaan kampung mereka kini semakin baik dan bertambah selamat apabila pasukan keselamatan, terutamanya anggota Angkatan Tentera Malaysia, berkawal hampir di setiap sudut di kawasan itu. "Mereka tinggal di sini (kampung) dan hidup bersama penduduk setempat. Kami begitu tersentuh dengan pengorbanan yang mereka berikan. "Selepas berbincang dengan beberapa orang penduduk, kami bersepakat untuk menghasilkan kain rentang untuk menzahirkan ucapan terima kasih kami kepada mereka," katanya. | ||||
Penyamun gagal dapat hasil, alat penggera berbunyi Posted: 07 Apr 2013 08:37 PM PDT
AMPANG JAYA - Seorang penjenayah berputih mata apabila cubaan untuk merompak premis pengedar barangan dan pakaian sukan, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) di Taman Dagang di sini gagal selepas alat penggera di premis itu berbunyi semalam. Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, suspek memasuki premis tersebut dengan mengumpil mangga pintu besi sebelum memecahkan pintu kaca dengan objek keras. Pengurus Jualan Al-Ikhsan kawasan, Zainul Amri Ismail berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga tempatan datang ke premis itu dengan menunggang sebuah motosikal dan memakai topi keledar. "Lelaki itu kemudian meluru ke kaunter tunai dan mengopak bahagian kunci laci juruwang yang berisi wang syiling. "Lelaki terbabit bagaimanapun beredar daripada kaunter dipercayai panik selepas alat penggera berbunyi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam. | ||||
Posted: 07 Apr 2013 08:35 PM PDT JELI - Sebanyak 10 keluarga di Kampung Ayer Lanas Blok Tanah Merah dekat sini bimbang dengan kemungkinan rumah mereka roboh ekoran masalah tanah runtuh berhampiran kawasan tempat tinggal mereka. Penduduk mendakwa, aliran air longkang di tepi jalan di kampung itu menyebabkan lereng bukit berdekatan rumah mereka terhakis. Mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu sekali gus mengelak sebarang musibah termasuk kehilangan harta benda dan nyawa. Seorang penduduk, Mamat Samat, 74, berkata, limpahan air longkang menyebabkan struktur tanah di lereng bukit semakin tidak stabil dan mula runtuh. Mamat mendakwa, meskipun keadaan itu telah berlarutan sejak tahun lalu, namun belum ada penyelesaian diambil oleh kerajaan negeri Kelantan. "Banjir yang melanda kawasan ini baru-baru ini telah menyebabkan lereng bukit di kawasan rumah kami terhakis dengan teruk," katanya ketika ditemui di sini semalam. | ||||
Ibu tiri didakwa bunuh anak tiri Posted: 07 Apr 2013 08:34 PM PDT
KOTA BHARU – Seorang ibu tiri bakal berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian anak tirinya yang berusia lima tahun. Tertuduh, Azlinda Othman, 28, yang berasal dari Kampung Jubakar Pantai, Tumpat dilihat hanya mendiamkan diri apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Menurut kertas pertuduhan, Azlinda didakwa telah membunuh seorang kanak-kanak perempuan bernama Ummi Amilia Azman di Perumahan Kos Rendah, Kampung Jubakar Pantai, Tumpat antara pukul 3 petang 23 Mac hingga 8.30 pagi 24 Mac lalu. Azlinda didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati. Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam K.H. Tay. Noor Dayana bagaimanapun memohon satu tarikh sebutan kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa. Mohd. Isa menetapkan 8 Mei untuk sebutan kes. | ||||
Enam pondan, lelaki homoseks berpeleseran ditahan Posted: 07 Apr 2013 08:32 PM PDT KUALA LUMPUR - Keghairahan sekumpulan pondan dan lelaki homoseks yang berpeleseran untuk mencari pasangan di sekitar Taman Tasik Permaisuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini berakhir kekecewaan apabila enam daripada mereka ditahan dalam satu operasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) awal pagi semalam. Penguasa Penguat Kuasa DBKL, Mohd. Hisham Izhar berkata, operasi yang dijalankan bermula kira-kira pukul 1.30 pagi itu turut diperkuatkan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K). Katanya, sepanjang operasi selama tiga jam itu, enam pondan berumur lingkungan 25 hingga 31 tahun telah ditahan mengikut Undang-Undang Jenayah Syariah kerana berpakaian tidak senonoh di tempat awam. "Saya difahamkan, golongan tersebut sering datang ke kawasan tersebut untuk melepak dan tidak menyedari sekatan jalan raya yang dijalankan pihak kami di kawasan itu. "Setelah ditahan, pegawai Jawi telah meminta dokumen pengenalan diri mereka dan selepas diperiksa, mereka merupakan lelaki yang berpakaian wanita. " katanya ketika ditemui selepas operasi berakhir. Selain golongan pondan, dua lelaki berusia 20-an ditahan atas kesalahan mabuk manakala dua lagi lelaki masing-masing turut ditahan kerana memalsukan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu. "Selain itu, pihak U3K juga telah menyita sebanyak 16 buah motosikal atas pelbagai kesalahan jalan raya termasuklah penunggang tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh," ujarnya. | ||||
Hari bergaduh dengan menggunakan bantal meriah Posted: 07 Apr 2013 07:59 PM PDT LONDON - Sejumlah penduduk di dunia menyambut hari bergaduh dengan menggunakan bantal yang berlangsung kelmarin. Para peserta perlu mematuhi syarat semasa mereka menyertai pergaduhan itu. Syarat itu ialah para peserta tidak boleh memukul seseorang dengan menggunakan sebuah kamera. Para peserta juga tidak dibenarkan memukul seseorang yang tidak memegang bantal. Antara bandar raya yang menjadi lokasi sambutan itu ialah London, England; Brasilia, Brazil; New York, Amerika Syarikat dan Vienna di Austria. | ||||
Tarikan pelancongan Buddha di Pakistan Posted: 07 Apr 2013 07:58 PM PDT
DENGAN iklim pergunungan yang nyaman dan kaya dengan sejarah, Khyber Pakhtunkhwa yang terletak di sempadan Afghanistan pernah menjadi lokasi percutian kegemaran pengembara kolonial dan golongan atasan Pakistan. Bagaimanapun, selepas tragedi serangan 11 September 2001, diikuti peperangan di Afghanistan dan pemberontakan terhadap kerajaan Pakistan, lokasi itu sinonim dengan pejuang Taliban dan pejuang Islam yang dianggap pengganas oleh Barat. Justeru, orang-orang kaya Pakistan dan pelancong Barat tidak lagi berkunjung ke Khyber Pakhtunkhwa kerana bimbang dengan risiko diculik dan diserang puak Taliban. Hari ini, kerajaan wilayah itu cuba menarik ribuan pelancong dari negara-negara Asia yang kaya seperti Jepun dan Korea Selatan. Tahun lalu, sekumpulan 20 sami Buddha dari Korea Selatan telah mengunjungi biara Takht-e-Bahi yang terletak kira-kira 170 kilometer dari Islamabad dan berhampiran kawasan yang dimiliki Taliban dan kumpulan Al-Qaeda.
"Kami merasakan seolah-olah seperti berada di tanah air sendiri. Ia satu perasaan yang hebat dan sukar digambarkan dengan kata-kata. "Cuma, kami kesal kerana menunggu terlalu lama untuk datang ke sini," ujar sami veteran Korea, Jeon Woon-deok melalui e-mel mengenai lawatan tersebut. Sebelum berjaya sampai ke sana, kumpulan sami berkenaan terpaksa melalui beberapa kesukaran. Mereka menentang rayuan dari Seoul untuk membatalkan lawatan berkenaan atas sebab-sebab keselamatan. Lantaran itu, sepanjang pengembaraan ke biara Takht-e-Bahi yang dibina daripada batu oker berwarna kuning tanah dan terletak di pergunungan, kumpulan sami tersebut telah dijaga oleh pasukan keselamatan Pakistan. Menurut sejarah, kira-kira 1,000 tahun Sebelum Masihi sehingga abad ketujuh Selepas Masihi, bahagian utara Pakistan dan Afghanistan moden membentuk kerajaan Gandhara. Ia merupakan kerajaan yang dibentuk daripada campuran adat budaya Greek dan Buddha untuk mewujudkan elemen agama Mahayana. Sami Marananta memulakan daripada apa yang terdapat di barat laut Pakistan untuk menyeberangi China dan menyebarkan agama Buddha di Semenanjung Korea pada abad keempat. Taman Takht-e-Bahi menyediakan tempat berkelah untuk keluarga dan lokasi riadah bagi remaja termasuk para pelajar dari sekolah-kolah tahfiz al-Quran yang berhampiran. Tetapi, pelawat asing amat jarang mengunjungi kawasan itu.
Warisan budaya "Dahulu memang ramai pelancong asing, namun selepas berlaku serangan puak Taliban, sukar untuk melihat kelibat mereka di sini," jelas seorang pemandu pelancong tempatan, Iftikhar Ali. Aliran pelancong yang mengembara dari timur Asia juga amat berkurangan. Kata Ali, secara purata dia hanya melihat seorang atau dua pelawat setiap bulan. "Bagi mereka, tempat ini seperti Mekah," ujar Zulfiqar Rahim, Ketua Persatuan Kebudayaan dan Seni Gandhara yang ditubuhkan khusus untuk mempromosikan warisan Buddha di Pakistan. Tahun lalu, sekumpulan sami dari Bhutan turut berkunjung ke biara itu, namun kerajaan mahu meningkatkan jumlah pelancong dengan pantas. "Kami kini berusaha untuk menggalakkan pelancongan agama dan arkeologi Buddha," terang Timbalan Menteri Pelancongan di Khyber Pakhtunkhwa, Syed Jamaluddin Shah. Malah, pihak berkuasa juga telah merancang pakej pelancongan untuk pelawat dari China, Jepun, Singapura dan Korea Selatan termasuk lawatan ke beberapa tapak Buddha di Takht-e-Bahi, Swat, Peshawar dan Taxila yang kesemuanya berhampiran Islamabad. "Potensi pelancongan sangat besar. Jika setiap orang yang datang membelanjakan AS$1,200 (RM3,600) untuk pelbagai kos dan seramai sejuta orang datang, ia pasti menjana pulangan bilion dolar," ungkap Rahim. "Ironinya, kami tidak bercakap tentang sejuta orang tetapi 50 juta penganut agama Buddha Mahayana di Korea, China dan Jepun." Namun demikian, perjalanan untuk mencapai kejayaan tersebut masih jauh. Sukar untuk mengatasi masalah besar seperti keselamatan, kekurangan infrastruktur pelancongan dan cabaran untuk mendapatkan visa dan keizinan bagi mengembara ke kawasan berisiko tinggi. Banjir besar yang melanda pada tahun 2010 mengakibatkan kerosakan lebih teruk meskipun Amerika Syarikat telah menyediakan AS$5.4 juta (RM16.2 juta) untuk membantu memulihkan ekonomi tempatan dan membangunkan pelancongan di Lembah Swat. Buat masa sekarang, kebanyakan pelawat yang datang terdiri daripada rakyat tempatan yang ingin melihat sendiri peninggalan Buddha di Pakistan. Menggambarkan keadaan negara, Sajjad seorang guru merenung ke arah patung Buddha sambil mengeluh: "Kami benar-benar memerlukan ketenangan sebegini." | ||||
Bagan Serai tetap nikmati pembangunan Posted: 07 Apr 2013 07:57 PM PDT
SELAIN dikenali sebagai sebahagian daripada Jelapang Padi Kerian, kawasan Parlimen Bagan Serai juga popular dengan penduduk suku kaum Banjar yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Bagan Serai, yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu dengan sebahagian besar terbabit dalam bidang pertanian, dilihat terus melalui fasa pembangunan dan lonjakan ekonomi. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |