Selasa, 16 April 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Fasha Sandha & Jejai Dapat Anak Lelaki

Posted: 14 Apr 2013 10:44 PM PDT


Fasha memangku anak sulungnya selepas bersalin pada awal pagi ini. Foto Ihsan Facebook Fasha.
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 9.21 pagi Isnin.
Suami kepada aktres itu, Rizal Ashram turut mengesahkan berita berkenaan di laman Twitternya dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.
"Bayi lelaki telah dilahirkan. Seorang lagi untuk keluarga kecil kami. Isteri dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur kepada Allah," tulisnya dalam satu entri di Twitter.
Entri Rizal di Twitter tentang kelahiran bayinya.
Fasha dan Rizal berkahwin dalam satu majlis sederhana pada 27 April tahun lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.
Rizal atau lebih mesra dengan sapaan Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia empat tahun.

Nora berani, Shirin terkilan

Posted: 14 Apr 2013 10:44 PM PDT

NORADANISH


KEGAGALAN pelakon utama filem Mencari Cinta, Rusdi Ramli hadir ke majlis tayangan perdana filem itu baru-baru ini disifatkan sebagai tidak profesional oleh pengarahnya Shirin Khuzaimi, sedangkan heroin filem tersebut Nora Danish menghadirkan diri.
Pengarah filem tersebut menganggap Rusdi gagal menghadirkan diri ke majlis tersebut kerana bimbang dengan kontroversi babak atas ranjangnya bersama Nora Danish.
Shirin juga mendakwa penerbit filem tersebut, Khairul Anuar Zainal Kadri mengatakan Rusdi mempunyai komitmen kerja lain.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Shirin tentang filem yang diterbitkan oleh Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. itu dengan bajet RM1.5 juta tersebut.
Kosmo!: Mengapakah hero filem ini, Rusdi Ramli tidak hadir? Adakah Shirin sudah dimaklumkan tentang ketidakhadirannya?
SHIRIN: Saya tidak pasti kenapa dia tidak hadir, mungkin dia sibuk. Namun bagi saya, dia seorang pelakon yang tidak profesional kerana tidak hadir ke majlis tayangan perdana filemnya sendiri. Sudah pasti pihak produksi ada menjemputnya tetapi sejak kontroversi tercetus, saya cuba menghubungi Rusdi, bagaimanapun tidak berjawab.
Adakah hal ini berkaitan dengan adegan intim yang banyak terdapat dalam filem ini membabitkan dia dengan Nora Danish?
Saya kecewa bila dia memberikan kenyataan kononnya tidak senang dengan aksinya dalam babak tersebut. Walhal ketika penggambaran, dia bersetuju dengan setiap babak yang saya arahkan, tidak ada sebarang bantahan. Saya juga tanya pendapatnya terlebih dahulu sebelum penggambaran babak tersebut dilakukan.
Bagaimanakah pula dengan tindakan pihak penerbit yang mengeluarkan trailer filem yang membabitkan babak kontroversi itu di laman pengkongsian video YouTube sebagai gimik untuk menarik perhatian penonton dan mendapat publisiti percuma?
Sebenarnya ia bukan gimik kerana selain babak tersebut, kami telah memuat naik tiga trailer yang lain, tetapi kenapa babak itu sahaja yang menarik perhatian. Kami tidak meraih sebarang keuntungan daripada kontroversi tersebut.
Filem ini juga banyak menerima kritikan sebelum ia ditayangkan pada 25 April ini. Boleh anda komen sedikit?
Saya mengaku filem ini dikritik hebat gara-gara babak panas yang dimaksudkan itu sedangkan jika penonton menonton sendiri filem ini, babak tersebut tidak seperti yang disangkakan. Lagipun filem ini bukan berunsur seks sebaliknya berunsur romantik.
Apakah keperluan babak intim seperti tidak berbaju di atas katil ini dipertontonkan?
Saya kira ia memang satu keperluan kerana filem ini bercerita tentang percintaan selepas berkahwin. Itu yang ingin saya tonjolkan kerana pada zaman sekarang jarang orang berkahwin dahulu, kemudian baru bercinta.

Raja Ilya Rela Bergelar Andartu

Posted: 14 Apr 2013 10:43 PM PDT

Raja Ilya tidak kisah bergelar 'andartu' kerana serik untuk bercinta selepas putus tunang dua tahun lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Raja Ilya tidak hirau sekiranya terpaksa bergelar andartu (anak dara tua) kerana dia tidak pernah merancang untuk berkahwin selepas putus tunang dua tahun lalu.
Raja Ilya, 28, berkata, pengalaman kecewa yang hampir menghancurkan hatinya itu telah membuatkan dia serik dan fobia mendekati mana-mana lelaki.
"Saya lebih rela digelar anak dara tua daripada berkahwin kerana serik dan fobia dengan kejadian menimpa saya dahulu.
"Malah saya juga tidak pernah bercadang untuk mencari pengganti walaupun ada yang mahu bercinta namun saya selesa dengan keadaan sekarang," jelasnya kepada mStar Online.
Pelakon filem Appalam itu putus tunang selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar dua tahun lalu sehingga menyebabkan dia menerima tekanan daripada keluarga kekasihnya yang kecewa dengan penyebaran gambar tersebut.
Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, dia bukan anti lelaki tetapi pengalaman lalu membuatkannya bimbang masalah sama akan berulang.
Raja Ilya bakal berangkat ke India untuk merakamkan filem berbahasa Tamil pertamanya berjudul Briyani.
Bagaimanapun katanya, jika ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya dia tidak dapat menolak takdir tersebut.
"Barangkali saya tidak sesuai berada dalam perhubungan dan sekarang ini pendirian saya ingin terus kekal 'single' tetapi jika ditakdirkan saya bertemu dengan seseorang saya terima," katanya.
Sementara itu, Raja Ilya berkata, fokusnya kini adalah untuk membina kembali kerjaya lakonannya dan bersyukur keputusannya untuk kembali aktif mendapat respons yang baik daripada syarikat produksi.
"Kawan-kawan banyak membantu apabila saya beritahu nak kembali berlakon dan Alhamdulillah rezeki saya murah dengan pelbagai projek.
"Saya tidak mahu mensia-siakan peluang dan kepercayaan diberikan dan ingin menebus kembali apa yang telah saya lepaskan sebelum ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Raja Ilya akan berangkat ke India untuk penggambaran filem berbahasa Tamil pertamanya berjudul Briyani.
Jelasnya, walaupun tidak mendapat watak utama tetapi ia adalah peluang terbaik untuk kerjayanya terus berkembang di Bollywood.
Raja Ilya juga bakal tampil dalam filem Pilot Cafe di samping drama bersiri Dahlia, Surat Cinta dan Epilog Cinta Khirana.

Dazrin Nafi Bermasam Muka Dengan Hairul

Posted: 14 Apr 2013 10:39 PM PDT

Dazrin Kamarudin
PETALING JAYA: Pelakon Dazrin Kamarudin terkejut apabila dikatakan mempunyai sikap pentingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain sehingga membuatkan rakannya Hairul Azreen berkecil hati dengannya.
Dazrin, 25, juga menafikan kelakuannya itu turut membuatkan dia dan Hairul, yang merupakan pasangannya dalam program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama bermasam muka antara stau sama lain.
"Semua ini mengarut dan tidak benar. Pada mulanya, saya tidak tahu tentang berita ini sehinggalah Hairul menghubungi saya.
"Tak mungkinlah kami bermasam muka sedangkan saya dan Hairul sering lepak bersama jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Dazrin diminta mengulas mengenai laporan sebuah laporan akhbar mingguan pada Ahad yang melaporkan pasangan juara Fear Factor itu bermasam muka gara-gara kelakuan Dazrin yang terlalu mementingkan diri.
Dazrin dan Hairul muncul sebagai juara pada program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama.
Tambah pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama Adam dan Hawa itu, dia berharap menerusi penjelasan yang diberikan, tiada pihak yang akan mempersoalkan lagi mengenai gosip tersebut.
"Sebenarnya saya berada di Ketereh, Kelantan bagi menjalani penggambaran drama Syurga Di Wajahmu untuk TV1 dan rangkaian perkhidmatan telefon saya kurang jelas.
"Jadi apabila ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang isu ini, geram pula jadinya," seloroh Dazrin.
Dalam perkembangan lain, Dazrin juga semakin dikenali menerusi lagu terbarunya, Kota Antara.
Katanya, dia tidak sangka lagu tema bagi drama Jodoh yang ditayangkan menerusi Astro Prima turut menjadi perhatian di stesen-stesen radio tempatan.
"Alhamdulillah, semua ini saya anggap adalah satu rezeki buat saya. Memang saya minat menyanyi, tetapi tidak sangka ia menerima permintaan yang banyak di radio.
"Bagaimanapun, kerja-kerja lakonan tetap diutamakan dahulu sebelum mahu fokus ke bidang nyanyian pula. Saya perlu asah bakat nyanyian betul-betul sebelum bergelar penyanyi," ujarnya.

Justin Bieber Tidak Puas Hati Dengan Selena Gomez

Posted: 14 Apr 2013 10:38 PM PDT


Justin Bieber
SELENA Gomez bukan lagi kekasih kepada Justin Bieber tetapi penyanyi kegilaaan ramai wanita itu masih menganggap semua perkara yang mempunyai kaitan dengan Selena adalah urusannya.
Baru-baru ini, portal The Sun melaporkan Justin begitu marah apabila mendapat tahu Selena menyertai sebuah parti bersama teman baik penyanyi kelahiran Kanada itu.
Malah King Kevi sempat mengunjungi Selena di rumahnya.
Selena Gomez
"Justin terlalu menjengkelkan apabila teman baiknya mula merapatkan diri dengan Selena. Dia masih merasakan Selena adalah miliknya.
"Dia tidak senang dengan keakraban mereka yang dianggap mungkin boleh menjadi ke sebuah perhubungan yang lebih serius," kata su,ber.
Bagaimanapn, menurut sumber lain pula, perhubungan King dengan Selena hanya disebabkan status Selena sebagai selebriti semata-mata.
King hanya ingin menjadi teman baik kepada penyanyi berusia 20 tahun itu sahaja,tidak lebih daripada itu.

Siapakah bakal bergelar juara Da'i?

Posted: 14 Apr 2013 10:36 PM PDT


Finalis Pencarian Da'i musim pertama
Finalis Pencarian Da'i musim pertama. 
Pencarian Da'i musim pertama kini hampir sampai di penghujungnya apabila tiga finalis diumumkan dalam episod ke 11 program realiti agama terbitan media prima itu.

Ketiga-tiga finalis, Mohamad Azammudin Zainal, Muhammad Tajdid Hadhari Romli dan Nor Adibah Rozain berjaya memikat hati juri dan melangkah ke peringkat akhir.

Menyingkap perjalanan barisan finalis ini, sedikit sebanyak mereka telah membawa penonton dan masyarakat mendalami apa sebenarnya dakwah.

Meskipun bukan mudah bagi mereka menarik perhatian masyarakat namun misi mereka tetap diteruskan demi memperjuangkan Islam.

Menurut penerbit program, Shukri Ibrahim, pelbagai ujian dan tugasan diberikan kepada mereka juga antara faktor melahirkan Da'i yang berkualiti.

"Ketiga finalis yang terpilih ini mempunyai aspek dan keistimewaan tertentu dalam diri mereka.

"Masing-masing punya kehebatan dan gaya tersendiri, cuma untuk menentukan siapa paling layak bergelar juara, itu terletak di tangan juri," katanya.

Dalam pada itu, sedikit mengenai tugasan terakhir mereka, Shukri memberitahu, finalis telah ditugaskan selama tiga hari dua malam bersama keluarga angkat di perkampungan Orang Asli yang terletak di Perak.

"Kali ini mereka perlu berhadapan keluarga masing-masing dengan tujuan berdakwah kepada mereka untuk lebih mendekati Islam.

"Seperti kita tahu, rata-rata masyarakat Orang Asli kurang didikan agamanya dan ini menjadi cabaran hebat kepada mereka," katanya.


Tidak mahu bangga diri: Hadhari

Menjadi salah seorang finalis bukan bererti peserta yang mesra disapa Hadhari ini boleh berbangga dengan keupayaannya, namun baginya, ia meletakkan dia di satu tahap yang lebih tinggi khususnya pada pandangan masyarakat.

Berkongsi perasaan bergelar finalis, akui Hadhari, dia sememangnya tidak menyangka mampu melangkah ke peringkat akhir bersama Azammudin dan Adibah.

"Setiap peserta pastinya mempunyai harapan dan impian untuk menjadi juara, saya juga begitu, namun semua ini bukan mudah.

"Ia memerlukan pengorbanan yang besar. Ini termasuklah dari segi masa, kudrat dan sebagainya.
"Apa pun, saya akan cuba yang terbaik dengan memperbaiki diri dan memantapkan lagi ilmu yang ada dalam diri," katanya.
Ditanya mengenai tugasan terakhir ini, jelas Hadhari, pada awalnya, dia agak gementar kerana bimbang dengan penerimaan masyarakat di sana.

"Bagaimanapun, apabila sampai ke sana, barulah kita dapat lihat siapa sebenarnya mereka ini.
"Walaupun kurang pengetahuan mengenai agama namun mereka sangat baik dan ramah orangnya," katanya.


Pilih pendekatan hiburan: Azammudin

Bagi Azammudin pula, berjaya menjadi finalis adalah pengalaman manis dan hebat baginya.

Katanya, pelbagai ujian yang diterima sepanjang 11 minggu menjadi peserta Da'i, membuktikan bukan mudah membawa nama sebagai pendakwah.

"Kita perlu bersedia berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan apabila melakukan dakwah.

"Bukan semua yang kita lakukan disukai orang lain, oleh itu untuk menambat hati mereka memberi seribu satu cabaran buat saya," katanya.

Berkongsi pandangan mengenai tugasan terakhir ini pula, ujarnya, memandangkan masyarakat Orang Asli lebih suka berhibur, maka dia mengambil kesempatan tersebut dengan berdakwah menerusi hiburan.

"Hiburan yang saya maksudkan ini adalah seperti berzikir, dalam pada kita berhibur, kita juga mendapat faedahnya," katanya.

Ditanya siapa finalis yang digeruninya pula, jelas Azammudin, dia sangat mengagumi Adibah.

"Dia adalah finalis yang mempunyai ciri-ciri pendakwah yang baik, mengapa saya kata begini, ini kerana dia mampu melontarkan kata-kata yang penuh dengan isinya," katanya.


Cabaran besar buat Adibah

Sementara bagi Adibah, kembali ke Da'i selepas disingkirkan dan kini bergelar finalis bagaikan mimpi indah buat dirinya.

Akui Adibah, sebagai peserta tunggal wanita, bukan mudah dia berhadapan dengan dua lagi finalis lelaki.
"Sebagai wanita apa yang dilakukan sangat terbatas, namun apabila diberi ruang untuk kembali di sini semula, saya segera berfikir dengan bijak untuk menanganinya.

"Saya tidak mahu batas-batas ini menjadi alasan saya tidak boleh menjadi pendakwah yang bagus sebaliknya, saya perlu cari dan cungkil cara tersendiri untuk berdakwah," kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini.

Berbicara mengenai tugasan di perkampungan Orang Asli pula, jelas Adibah, ia sesuatu yang amat mencabar dirinya.
"Mula-mula memang macam-macam perkara berlegar di fikiran saya tetapi apabila pergi ke sana, saya tahu saya harus menggalas tanggungjawab ini dengan hati terbuka.

"Harapan saya, agar apa yang disampaikan dapat memberi sesuatu kepada mereka," katanya.

38 warga asing ditahan dalam Ops Selera

Posted: 14 Apr 2013 10:33 PM PDT


38 warga asing ditahan dalam Ops Selera
Anggota penguat kuasa sedang menyoal siasat warga asing yang ditahan dalam operasi itu.
KUALA LUMPUR - Seramai 26 warga asing yang bekerja sambilan sebagai tukang masak dan pelayan di sebuah cafe di Solaris Dutamas ditahan kerana menyalahgunakan pas masuk ke negara ini dalam operasi bersepadu Ops Selera yang dijalankan Jabatan Imigresen, malam kelmarin.

Sebahagian daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 17 dan 40 tahun itu bukan sahaja masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar, malah tidak memiliki permit untuk bekerja di sini.

Ketika diperiksa oleh anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, ada di antara warga asing terbabit mendakwa menuntut di beberapa buah kolej swasta di ibu kota.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, mereka terdiri daripada 17 lelaki dan sembilan wanita.

"Mereka yang berasal dari Indonesia, Thailand, Bangladesh, Filipina, China dan Myanmar kini ditahan untuk siasatan lanjut. Seorang wanita warga tempatan yang dipercayai majikan mereka turut ditahan mengikut Seksyen 55B kerana mengambil pekerja tidak memiliki permit sah," katanya ketika ditemui selepas operasi.

Dalam operasi berasingan yang bermula pada jam 6.30 petang, seramai 12 tukang urut berusia dalam lingkungan 31 dan 55 tahun ditahan dalam serbuan di dua premis pusat urut dan refleksologi di Desa Sri Hartamas.

"Kesalahan dipercayai dilakukan wanita warga Indonesia, Thailand dan China terbabit adalah melanggar syarat pas serta permit dan satu daripada pas lawatan kerja sementara disyaki palsu.

"Kami turut menahan seorang pengurus syarikat produksi dan pengurusan acara yang dipercayai majikan di sebuah premis berkenaan," katanya.

'Ops Sayang' itu melibatkan 36 anggota Imigresen dari Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kesemua warga asing yang ditahan terbabit dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk tindakan selanjutnya.

Gigih kumpul aset

Posted: 14 Apr 2013 10:30 PM PDT

FARA menafikan dia telah bergelar jutawan berdasarkan banyak kemenangan yang diperolehnya.


TIDAK dinafikan daripada segi luaran, Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd. Fadzil seorang yang berjaya. Pada usia 33 tahun, namanya berada di puncak sebagai penyampai radio serta pengacara televisyen popular sejak menceburi bidang radio pada tahun 2004.
Bukan itu sahaja, selain turut bergelar pelakon, Fara juga memiliki beberapa cabang perniagaan seperti Fafau Entertainment, Rojak Box dan homestay. Melihat kesibukan Fara, sudah pasti ramai yang beranggapan Fara hidup dalam kemewahan.
Bagaimanapun, ujar Fara rezeki yang diterima hari ini tidak digunakan untuk dirinya seorang sahaja, sebaliknya dikongsikan bersama keluarganya.
"Niat utama saya mula-mula bekerja adalah untuk membantu ibu bapa mengurangkan beban mereka seperti selesaikan segala hutang-hutang yang mereka ada. Mereka berhutang pun sebab hantar saya sambung belajar selain saya juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap adik-beradik yang lain.
"Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada beberapa perniagaan seperti Fafau Entertaiment. Walaupun tidak menguruskan artis lain selain diri saya, tetapi syarikat itu berjalan dengan baik. Saya juga selalu mengadakan kolaborasi bersama syarikat Darling Ngasri untuk menerbitkan drama.
"Homestay pula, telah saya usahakan sejak beberapa tahun lalu dan bulan lepas saya baru sahaja membuka perusahaan makanan iaitu Rojak Box di KL Sentral yang saya kongsi bersama rakan saya," ujarnya tentang aset yang dimilikinya kini.
Disoal selama bekerja keras dalam bidang penyiaran dan perniagaan adakah kini Fara boleh digelar seorang jutawan, Fara hanya ketawa sebelum menjawab.
Ujarnya: "Orang lain mungkin lihat saya hidup mewah, tetapi mereka tidak faham. Mungkin pendapatan yang saya terima agar besar jumlahnya, tetapi dalam masa yang sama saya juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarga.
"Jujur saya katakan, saya belum ada aset untuk bergelar seorang jutawan. Jika saya menggunakan semua pendapatan untuk diri saya seorang, ya mungkin saya sudah bergelar jutawan sekarang ini. Setakat ini, saya masih perlu bekerja keras setiap hari untuk menjadi jutawan."
Bercakap mengenai populariti, akui Fara dia mula terasa tempias populariti sejak menjadi pengacara program Melodi. Sejak itu, kehidupannya sedikit berubah apabila wajahnya semakin dikenali ramai.
FARA akan kembali ke pentas teater menerusi Teater Nyonya & The Gang pada 14 Jun ini.


"Saya mula rasa popular sejak menjadi pengacara program Melodi. Saya tidak pernah nafikan orang kenal saya kerana program itu dan kebetulan pada waktu yang sama, saya juga muncul di program yang lain serta beberapa buah drama," balasnya.
Tambahnya lagi, bakat bercakap yang dimilikinya digunakan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, dirinya yang sesuai untuk pelbagai majlis juga dirasakan antara penyumbang kepada kejayaannya hari ini.
"Apabila saya bercakap, tidak kiralah di radio atau di mana-mana sahaja, saya akan fikirkan yang saya bercakap untuk semua orang tidak kira peringkat umur atau status. Jika orang minta saya jadi pengacara untuk majlis di luar bandar, saya akan bercakap macam orang kampung, kalau diminta untuk majlis yang dihadiri golongan urban saya akan bercakap ikut cara mereka.
"Saya juga sering menjadi pengacara untuk majlis korporat. Maknanya saya mempunyai peminat daripada pelbagai lapisan usia. Semua acara di mana sahaja, semuanya saya boleh masuk. Jadi, sebelum buka mulut saya harus berfikir terlebih dahulu," katanya.
Plihan pertama
Sudah bergelar penyampai radio, pengacara dan pelakon popular, disoal bidang manakah yang menjadi pilihan utamanya, Fara tidak mengambil masa yang panjang untuk menjawab.
"Radio," katanya ringkas sebelum menjelaskan menjadi penyampai radio merupakan kerjaya untuk tempoh masa yang panjang berbanding pengacaraan dan berlakon.
"Orang tidak kisah saya tidak cantik, gemuk atau tidak pandai fesyen kerana mereka hanya ingin mendengar suara saya sahaja.
"Kalau berlakon, sudah tua atau tidak menepati pasaran, sudah tidak ada tawaran lakonan. Jadi, bekerja di radio merupakan pilihan terbaik saya, lagipun saya bermula dengan radio, jadi cinta pertama saya sememangnya di radio," jelasnya.
Balasnya lagi, dia tidak pernah merasa penat bekerja kerana dia melakukan kerja yang diminati.
Meskipun sudah berjaya, Fara masih menyimpan impian terbesarnya yang telah dirancang sejak dua tahun yang lalu. Jika tidak aral melintang, impiannya itu pasti akan dilaksanakan pada tahun ini.
"Perancangan masa depan saya untuk memberi kembali kepada masyarakat menerusi kerja amal. Sudah dua tahun saya rancang, tetapi untuk buat sesuatu kepada masyarakat, saya kena rancang dengan betul sebab itu ia mengambil masa yang agak lama.
"Fokus saya ialah warga emas dan kanak-kanak. Apa yang saya miliki hari ini bukan milik saya seorang, jadi saya harus berkongsi dengan orang yang memerlukan. Sudah menjadi tugas saya untuk membantu. Harapan saya agar tahun ini saya dapat laksanakannya," ujar Fara tentang impiannya itu.
FARA mempunyai impian untuk berbakti dan berkongsi harta sepencariannya dengan warga emas dan kanak-kanak.


Mangsa fesyen
Sementara itu, jika diperhatikan, setiap kali Fara muncul pada majlis anugerah, ada sahaja kritikan yang diterimanya berkenaan dengan fesyen yang digayakannya. Contohnyan ketika Fara menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular baru-baru ini, daripada empat helai pakaian yang disarungnya, pasti salah satunya ada yang tidak kena pada mata pengkritik.
Mengakui tidak pandai berfesyen, tetapi itu tidak bermakna Fara tidak berusaha untuk kelihatan cantik ketika berada di majlis besar ataupun kaca televisyen.
"Masalah fesyen dan Fara sangat berkawan baik (ketawa). Sebenarnya saya sudah sampai tahap tidak kisah tentang fesyen. Masalah pakaian juga berlaku ketika saya menjadi pengacara Melodi.
"Saya sedar yang diri saya bukanlah seorang model, sebab itu saya malas untuk bercakap tentang pemilihan pakaian. Jika saya bercakap banyak, nanti orang akan melabel diri saya seorang diva pula," balasnya.
Tidak berputus asa, kata Fara, dia hanya boleh mencantikkan pakaian yang disarungnya dengan bahasa pertuturannya sahaja.
"Untuk mengalih perhatian khalayak terhadap fesyen yang saya gayakan, apa yang saya lakukan adalah tenggelamkan masalah pakaian itu dengan gaya pertuturan saya.
"Itu sahaja yang saya mampu lakukan. Kalau pakai cantik-cantik, tetapi tidak pandai bercakap dan jalankan tugas dengan baik pun tidak guna juga. Itu caranya saya motivasikan diri.
"Bagi saya cantik itu sangat universal. Mungkin pada mata sesetengah orang pakaian yang saya pakai tidak cantik dan setengah lagi kata cantik. Saya sangat berusaha untuk kelihatan cantik tetapi saya harus terima hakikat saya bukan model, hanya bakat bercakap saya yang lebih cantik," katanya lagi.

Siti Nurhaliza jemput Zizan berduet

Posted: 14 Apr 2013 10:28 PM PDT


SITI dan Zizan bergabung vokal dan aura mendendangkan lagu hit Dewa, Sedang Ingin Bercinta.


SETELAH berehat selama tiga bulan untuk menjaga suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di New Zealand pada 13 Disember lalu, kini penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin kembali aktif membuat persembahan.
Terbaharu, pelantun lagu Galau itu mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 11 April lalu di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Jika ada beberapa artis yang mengadakan persembahan untuk Minggu Setiausaha pada tahun ini kurang mendapat sambutan, Siti sebaliknya berjaya menarik perhatian peminat yang rata-ratanya terdiri daripada bos dan setiausaha untuk hadir menyaksikan persembahannya pada petang itu.
Menampilkan tema Memori Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza, tetamu yang hadir memenuhi segenap ruang dewan hotel yang mampu memuatkan 80 buah meja itu.
"Alhamdulillah, ia adalah berkat rezeki dan kepercayaan peminat terhadap nyanyian dan persembahan Siti," ungkapnya kepada media usai mengadakan persembahan.
Mengulas lanjut, ujar Siti, mungkin ada yang beranggapan jika seseorang artis jarang muncul menerusi media, popularitinya akan menurun.
Begitupun, kata Siti, jika artis tersebut sentiasa membuat yang terbaik dalam persembahannya, pasti figura tersebut sentiasa dinanti-nantikan peminat.
Menyampaikan sebanyak 10 buah lagu termasuklah lagu popularnya sendiri seperti Pendirianku, Galau, Usah Diragui, Diari Hatiku dan Muara Hati.
Selain itu, Siti juga menyanyikan lagu-lagu popular lain seperti Kenangan Terindah, Pak Ketipak Ketipung dan lagu Inggeris, Love On Top.
Siti turut menggamatkan suasana apabila menjemput bos-bos menari bersamanya.
Majlis pada hari itu juga diserikan dengan kehadiran pelawak Zizan Razak sebagai pengacara majlis dan buat julung kalinya juga, Siti menjemput Zizan untuk berduet bersamanya lagu Sedang Ingin Bercinta dendangan kumpulan Dewa.
Selesa jaga suami
Mula kembali aktif dalam bidang seni bermula bulan April ini, ulas Siti, bagaimanapun dia masih perlu mengehadkan aktivitinya memandangkan keadaan suaminya, Datuk K masih belum pulih sepenuhnya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di New Zealand sebelum ini.
Tidak berasa terbeban, dedah Siti, dia selesa menjaga sendiri suaminya tanpa bantuan orang lain.
"Semasa berada di New Zealand, memang ada terfikir untuk mengupah seorang jururawat menjaga dia (Datuk Khalid). Tetapi, apabila saya sudah menjaga dia selama dua minggu, saya rasa mampu menjaganya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia juga mesti lebih selesa jika isterinya yang melakukannya berbanding orang lain," ujarnya.
Akui Siti, dia juga berasa bersyukur kerana pengorbanannya itu menjadikan hubungannya bersama suami dan anak-anak semakin erat.
Zizan tidak sangka
Sementara itu, menurut Zizan, dia tidak menyangka dapat berduet bersama Siti dan menganggap ia seperti bulan jatuh ke riba.
"Saya tidak sangka dapat bergandingan dengan Siti kerana memang saya meminatinya sejak kecil lagi," ujar Zizan yang menganggap Siti seorang penyanyi yang high class, bijak dan sangat berbakat.
Mengulas lanjut, kata Zizan, Siti yang menjemputnya untuk berduet bersama untuk lagu Sedang Ingin Bercinta pada majlis Minggu Setiausaha itu.
Bercerita mengenai perkembangan terbaharunya, ulas Zizan, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Abang Long Fadzil, selain empat buah filem lakonannya iaitu KL Gangster 2, Tokan, KL Zombie dan Bikers Kental bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

Tiga sekawan ditahan selepas tujuh jam menyamun

Posted: 14 Apr 2013 10:27 PM PDT


TIGA termasuk seorang wanita yang disyaki penyamun ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Selayang semalam.


GOMBAK - Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita yang sedang berehat selepas selesai menyamun dua buah premis di Kompleks Selayang Capitol di sini dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, tangkapan terhadap tiga suspek yang berusia 34 hingga 37 tahun itu dibuat pada pukul 9 pagi, kira-kira 100 meter dari lokasi mereka melakukan samun.
Ketika serbuan, ketiga-tiga suspek berada di bawah pengaruh dadah.
"Ketika pemeriksaan dilakukan kita menemui sepucuk pistol jenis revolver tanpa peluru di dalam bilik air dan sepasang gari di dalam tong sampah.
"Kita juga menjumpai beberapa paket dadah jenis ketamin dan pil ekstasi di dalam beg dan peralatan menghisap dadah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

CUEPACS minta JPA beri cuti tanpa rekod untuk mengundi

Posted: 14 Apr 2013 10:24 PM PDT


Datuk Omar Osman


KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
"Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah Ahad tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut
"6 Mei jatuh pada hari Isnin. CUEPACS minta agar penjawat awam diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres CUEPACS di sini semalam.
Menurut beliau, jika penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan, mungkin ia akan menimbulkan kesusahan atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri.
Omar turut mencadangkan kepada JPA untuk membenarkan penjawat awam mengeluarkan 20 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan masing-masing pada usia 50 tahun.
Katanya, pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam menampung perbelanjaan mereka atau menggunakan wang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang pinjaman kewangan sebelum pencen.

Kutip beg selepas pesawat terlajak

Posted: 14 Apr 2013 10:22 PM PDT


BADAN pesawat itu terputus dua.


DENPASAR - Sekumpulan anggota penyelamat menggunakan sebuah bot untuk mengutip beg-beg milik penumpang dan kru yang terapung di sini semalam.
Beg-beg itu bertaburan selepas ia keluar dari sebuah pesawat baharu syarikat Lion Air yang terlajak ke dalam laut semasa mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali.
Walaupun pesawat Boeing 737-800 itu terputus dua, kesemua 108 orang yang menaiki pesawat tersebut termasuk tujuh kru, seorang bayi dan empat warga asing selamat.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, Bambang Ervan berkata, pihaknya akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca pesawat yang berlepas dari Bandung itu terlajak kelmarin.
Sebuah kumpulan yang menyiasat insiden itu telah memperoleh perakam penerbangan pesawat tersebut.
Badan pesawat tersebut juga akan ditanggalkan bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan bagi mengetahui punca nahas itu.
Menurut Bambang, juruterbang dan pembantunya akan disiasat sama ada mereka mengambil dadah.
Nahas itu berlaku ketika hujan.
Pesawat tersebut diterima oleh pihak syarikat berkenaan pada bulan lalu daripada syarikat Boeing.
Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi berkata, pesawat tersebut berada dalam posisi pendaratan apabila ia kemudiannya merempuh laut.
"Semua penumpang yang berada dalam keadaan panik dan ketakutan kemudian menjerit kerana mereka bimbang akan lemas.
"Saya meninggalkan semua barang milik saya sebelum menuju ke pintu kecemasan.
"Saya keluar dari pesawat dan berenang sebelum anggota-anggota penyelamat membantu saya," katanya kepada agensi berita AP.
Pesawat itu terlajak 50 meter dari landasan.
Seramai 52 mangsa dirawat di hospital dengan sebahagian mereka cedera di kepala dan patah tulang.

Psy perkenal tarian pinggul

Posted: 14 Apr 2013 10:21 PM PDT


SEJUMLAH penonton menyaksikan aksi Psy yang menunjukkan aksinya seperti terbang semasa dia membuat persembahan.


SEOUL - Bintang rap Korea Selatan, Psy kelmarin mendedahkan tarian goyang pinggul dalam video muzik terbaharunya yang berjudul Gentleman di laman YouTube.
Psy juga menyanyi dan melakukan gerakan tarian tersebut semasa dia membuat persembahan yang disaksikan 50,000 orang di sebuah stadium di sini kelmarin.
Video muzik penyanyi berusia 35 tahun itu kini mencatatkan lebih 13 juta tontonan selepas dimuat naik sejurus konsert Psy bermula di stadium tersebut.
Video muzik penyanyi itu yang berjudul Oppa Gangnam Style telah mencatatkan lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.
Pada sidang akhbar sebelum konsertnya bermula, Psy menyatakan, dia mahu penduduk Korea Utara turut berkongsi kegembiraan dan keseronokan semasa bergembira dengan muziknya.
Dia membuat kenyataan itu ketika mengulas tentang krisis di Semenanjung Korea yang semakin memuncak selepas Korea Utara mengancam mahu melancarkan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan Jepun.
Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melancarkan sekatan pengimportan barang mewah ke Korea Utara kerana negara itu melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.
"Pada malam ini, kita dan 50,000 rakyat Korea...kita akan menyanyi bersama-sama dengan kuat.
"Kami akan menjerit dan kita amat dekat dengan mereka (penduduk Korea Utara) supaya mereka boleh mendengar.
"Adalah diharapkan menerusi Gangnam Style dan Gentleman, video muzik serta reka tari saya, mereka (penduduk Korea Utara) akan turut terhibur bersama-sama," kata Psy.
Dalam video muzik itu, Psy membuat gurauan terhadap wanita-wanita antaranya dia bertindak menarik kerusi semasa mereka mahu duduk.

Cerobong asap diruntuhkan di Amerika Syarikat

Posted: 14 Apr 2013 10:19 PM PDT

SEBUAH cerobong asap diruntuhkan dekat Lebuh Raya Antara Negeri 10 di El Paso, Texas kelmarin.


EL PASO, Texas - Dua buah cerobong asap diruntuhkan dekat Lebuh Raya Antara Negeri 10 di sini kelmarin.
Pasukan pemusnah meruntuhkan cerobong itu yang sebelum ini digunakan oleh pihak pengurusan syarikat pelebur tembaga, ASARCO.
Sebanyak 136.07 kilogram dinamit digunakan untuk meruntuhkan cerobong asap tersebut.
Dua buah cerobong itu di sebagai usaha daripada kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut.
Dua cerobong asap itu masing-masing setinggi 182.88 meter (m) dan 252.67m.

Pengacara televisyen cipta rekod dunia

Posted: 14 Apr 2013 10:19 PM PDT


LAMICHHANE (kanan) menerima sijil daripada seorang pegawai Guinness World Records di Kathmandu semalam.


KATHMANDU - Seorang pengacara Nepal telah mencipta rekod mengendalikan program bual bicara televisyan yang paling lama di sunia, kata pihak penganjur semalam.
Pengacara itu, Rabi Lamichhane yang berusia 36 tahun mengendalikan program tersebut selama 62 jam dan 12 minit.
Dia yang bekerja di Amerika Syarikat telah kembali ke sini untuk mengendalikan program televisyen itu, Lord Buddha Was Born in Nepal.
Lamichhane mencipta rekod Guinness World Records itu malam kelmarin.
"Kempen kami adalah untuk menyebarkan mesej kepada dunia bahawa Buddha dilahirkan di Nepal," kata Pengerusi News24, Anil Joshi kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, program itu juga bertujuan untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan di negara ini seperti Gunung Everest.
Seramai 100 orang tetamu termasuk beberapa selebriti televisyen menyertai program bual bicara itu.
Kejayaan Lamichhane itu mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Pavlo Kuzheyev dan Tetiana Danylenko.
Kedua-dua mereka mengendalikan program bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-20 Ukraine pada 2011 dengan bersiaran selama 52 jam.
Menurut undang-undang Guinness World Records, Lamichhane dibenarkan hanya berehat selama lima minit untuk setiap jam ketika dia bertugas.
Pihak penganjur menyatakan, ada ketikanya, dia makan sambil mewawancara tetamu selain minum air yang boleh memberikannya tenaga untuk mengendalikan program tersebut.

Pertandingan berlari guna kasut tinggi

Posted: 14 Apr 2013 10:16 PM PDT


SEORANG peserta wanita terjatuh semasa dia berlari.


JAKARTA - Kira-kira 170 orang wanita menyertai pertandingan berlari dengan memakai kasut tinggi yang berlangsung di sini semalam.
Pertandingan itu diadakan bagi meraikan Hari Kartini.
Kartini yang nama sebenarnya ialah Raden Ajeng Kartini merupakan pejuang emansipasi wanita di negara ini.
Beliau dilahirkan pada 21 April 1879.
Pada pertandingan itu, sebahagian besar penonton terhibur dengan pelbagai gelagat para peserta yang mencuit hati ketika berlari sejauh 100 meter.

Gelagat orang ramai sambut Songkran di Bangkok

Posted: 14 Apr 2013 10:15 PM PDT


PISTOL air turut digunakan oleh beberapa lelaki bagi memeriahkan Festival Songkran.


BANGKOK - Festival Songkran disambut meriah di Jalan Silom di sini semalam sempena menyambut kedatangan tahun baharu tradisional Thailand.
Pelbagai gelagat orang ramai yang menyambut kedatangan tahun baharu itu saling mencurahkan air antara satu sama lain.
Sebahagian daripada mereka menggunakan pistol air untuk menembak rakan-rakan dan kenalan baharu mereka.
Sambutan itu juga dikenali sebagai Festival Air.

Kemunculan Hosni di mahkamah mengejutkan penduduk Mesir

Posted: 14 Apr 2013 10:13 PM PDT


HOSNI (mengangkat tangan) duduk di sebelah dua anaknya, Alaa (kanan) dan Gamal di dalam kandang pesalah di sebuah mahkamah di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Selepas beberapa bulan diselubungi khabar angin bahawa bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak berada dalam keadaan nazak dan hampir mati, imej Hosni di sebuah mahkamah kelmarin telah mengejutkan kebanyakan penduduk di negara ini.
Hosni yang meletakkan jawatan pada Februari 2011 dilihat tidak seperti yang disangka oleh kebanyakan penduduk di Mesir.
Dia yang duduk di kandang pesalah kelihatan bertenaga dan memakai cermin mata hitam selain memberikan senyuman kepada para penyokongnya.
Hosni yang berusia 84 tahun itu berdepan dakwaan rasuah duduk bersama dengan dua anaknya, Alaa dan Gamal.
Bekas Presiden itu sebelum ini ditahan di sebuah hospital tentera di sini kerana mengalami masalah jantung, tulang rusuk retak, cecair di dalam paru-paru, kemurungan dan tekanan darah tinggi.
"Saya mahu melihat seorang lelaki yang sakit. Bagaimanapun, gambar-gambar yang menunjukkan dia tersenyum dan memberikan senyuman amat provokatif," kata seorang penduduk di Kaherah, Heba Radwan.

Keagungan seni bina Peranakan

Posted: 14 Apr 2013 10:12 PM PDT



KETIKA Dr. Tan Ta Sen, 78, menemui sebuah premis di deretan rumah dua tingkat lama di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka, 20 tahun yang lalu, dia begitu terpesona dengan kesenian yang terdapat pada bangunan itu.
Sayangnya, rumah gaya Peranakan Cina, Baba Nyonya itu berada dalam keadaan sangat sedih dan boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja, kata Ta Sen memberi gambaran pada waktu itu.
"Bangunan ini penuh semak-samun, malah tiada sesiapa yang berani masuk ke dalam rumah ini kerana takut ada binatang liar," ceritanya lagi ketika ditemui di Banda Hilir, Melaka.
Segala konotasi negatif yang menggambarkan rumah bernombor 118 itu seperti rosak dan mereput boleh diberikan.
Barangkali rumah yang sudah lama ditinggalkan itu tidak memberi sebarang makna kepada kebanyakan orang, tetapi bagi Ta Sen rumah tersebut mempunyai 1,001 sebab untuk dipelihara.
"Saya seorang sejarawan yang sangat sukakan barangan dan bangunan antik," ungkapnya sambil tersenyum tenang.
Dengan langkah drastik, Ta Sen yang mendapat pendidikan dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Indonesia mengeluarkan kos kira-kira RM10 juta, nilai pada waktu itu bagi membaik pulih rumah tersebut.
Rumah yang dibina pada tahun 1822 itu melalui kerja-kerja baik pulih yang sangat teliti dan mengekalkan reka bentuk asli semaksimum yang boleh.
Premis tiga tingkat itu kini merupakan sebuah hotel butik yang diberi nama Hotel Puri.
Ta Sen ketika ditemui di Hotel Puri pada petang Sabtu lalu kelihatan sedang menikmati pemandangan dan keadaan sekeliling, manakala pengunjung hotel tidak putus-putus mendaftar masuk.
Setiap hujung minggu, hotel-hotel butik yang terdapat di sepanjang jalan itu pasti penuh diinap para pelancong, manakala pengembara backpacker lebih gemar menginap di rumah-rumah tumpangan di Jalan Tukang Besi.
Menariknya, rumah tumpangan di situ mempunyai mempunyai identiti pada namanya iaitu menggunakan kata ganda seperti sama-sama, kawan-kawan dan sayang-sayang serta diikuti dengan frasa guest house.

WALAUPUN telah diubah suai menjadi restoran, mozek, tingkap dan dinding masih dikekalkan sebaik mungkin.


Tarikan Hotel Puri
Hotel Puri mempunyai panjang 100 meter dan gabungan lima buah rumah serta masih mengekalkan sebanyak 70 peratus bahagian asal.
Antaranya bingkai tingkap, jubin-jubin dan ukiran daripada pelbagai era masih lagi boleh kelihatan pada bahagian lantai dan dinding, malah perigi lama masih lagi ada dan boleh digunakan.
Selebihnya, pengubahsuaian dijalankan untuk bahagian bilik-bilik tamu dan ruang restoran serta taman.
Uniknya, burung layang-layang masih lagi terbang ke dalam ruang tamu untuk membuat sarang dan ia dibiarkan bagi mengekalkan rasa autentik bangunan lama.
Dari segi hiasan perabot pula, eksekutif tempahan, Juliana Tay Lan yang berketurunan asli Baba Nyonya berkata, ciri-ciri yang ada boleh dilihat jelas di bahagian lobi.
Misalnya, kerusi antik yang menjadi tempat orang dahulu beristirehat dan melakukan upacara minum teh ketika majlis perkahwinan.
"Dahulu, kerusi ini digunakan untuk orang tua-tua berbual sesama mereka pada waktu petang," terangnya sambil duduk di atas pangkin dengan gaya wanita Nyonya dahulu kala.
Di tingkap bahagian dalam Hotel Puri, terdapat ukiran haiwan seperti harimau, ayam jantan dan binatang mistik yang memiliki maksud tersendiri, kata Juliana.
Barang-barang perhiasan antik seperti bakul sia yang digunakan sebagai hantaran, tempayan, pasu dan hiasan bingkai kaligrafi masih kekal.
"Ada antara barangan antik seperti bangku dan meja cermin sudah menjangkau usia 100 tahun. Semua ini menjadi ciri-ciri rumah milik keturunan Baba Nyonya," ceritanya.
"Tetamu kami kebanyakan terdiri daripada orang Eropah yang sukakan suasanan seperti di rumah," kata Penolong Pengurus Jualan Hotel Puri, Shalasiah Arshad, 47, ketika ditemui.
Namun, sejak bandar itu disenarai sebagai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 7 Julai 2008, orang tempatan juga sudah mula berminat menetap di hotel butik, tambahnya.

JULIANA menunjukkan gaya wanita Nyonya dahulu beristirehat di atas pangkin yang merupakan antara perabot boleh dilihat di Hotel Puri.


Bangunan di Bandar Hilir
Kata Ta Sen, kesenian Melaka telah pun mengalami pembauran dari segi budaya dan seni binanya.
Cuma, jika dilihat pada persekitaran Banda Hilir, Ta Sen berpendapat masih banyak yang perlu diperbaiki seperti laluan pejalan kaki selain, pengisian dari segi seni seperti pertunjukan tarian dan pameran.
Ta Sen juga merupakan Presiden Persatuan Antarabangsa Zheng He, malah telah melakukan kajian terhadap tokoh tersebut selama 15 tahun.
Sebuah muzium yang diabadikan untuk Laksamana Zheng He atau lebih dikenali di sini sebagai Cheng Ho boleh dilawati di Lorong Hang Jebat, Melaka.
Secara am, bangunan di Banda Hilir masih lagi terpelihara sejak kurun ke-16 dan dipengaruhi seni bina, Portugis, Belanda dan Inggeris.
"Seni bina deretan rumah kedai pula bercirikan masyarakat Peranakan yang mempunyai struktur seni bina fusion yang unik dengan sedikit pengaruh Barat," terang Ketua Fakulti Seni Kreatif dan Rekaan, SEGi College, Subang Jaya, Roslan Othman.
Pengaruh Barat dapat dilihat pada pemilihan bahan binaan yang digunakan, manakala facade (muka) bangunan di situ menghadap ke arah cahaya matahari terbit.
"Itu merupakan ciri-ciri feng shui pada bangunan yang sebenarnya berkaitan dengan teknik pencahayaan sempurna," terangnya.
Ukiran pada kayu dan siling plaster menggunakan motif-motif semula jadi sekali gus memberi rasa tempatan pada seni bina Peranakan. Ia kelihatan pada bingkai tingkap, pintu dan dinding.
Satu lagi tarikan yang ada pada seni bina di Banda Hilir ialah lantai mozek berbentuk geometri yang disusun menghasilkan corak jalinan yang sangat menarik.
Katanya, pemilihan warna mozek sesuai dengan keadaan sekeliling dan ia boleh dilihat serta dinilai dengan mudah.
Mozek juga boleh didapati pada tangga rumah tradisional Melayu Melaka yang menggunakan pelbagai warna terang dan ceria.
"Seni bina itu merupakan sesuatu kelainan dan tidak mungkin menyamai dengan mana-mana tempat di dunia," ungkap Roslan yang dihubungi melalui e-mel.
Bercerita mengenai susun atur bandar di Banda Hilir pula, ujar Roslan, ia agak berselerak, tetapi masih lagi tertumpu di kawasan berdekatan dengan laut dan sungai.

MAKANAN Baba Nyonya juga mempunyai ciri-ciri pembauran budaya.


Kedudukan geografi itu barangkali disebabkan oleh sejarah lama Melaka yang dibina berdekatan dengan selat.
"Daripada pengamatan dan pengalaman saya berkunjung ke beberapa tempat, susun atur Banda Hilir menyamai beberapa bandar lain di Semenanjung," terangnya.
Banda Hilir mempunyai persamaan dengan susun atur Pulau Pinang dan sesetengah kawasan lama Melaka itu menyamai Katong.
Katong merupakan sebuah kawasan berdekatan dengan East Coast Park, Singapura.
Berbalik semula ke Hotel Puri, Ta Sen yang berasal dari Triang, Pahang dan kini menetap di Singapura sedang menikmati setiap inci seni bina hotel tersebut.
"Selepas lebih 20 tahun, baru ia mendatangkan hasil, walaupun sewa bangunan itu masih dibayar sehingga sekarang" ungkapnya.
Ketika ditanya bahagian bangunan yang menjadi kesukaannya, Ta Sen mengakui, semua sudut rumah lama itu sangat digemarinya.
"Cuba lihat pada tangga berpilin-pilin itu, betapa megah ia kelihatan. Jubin pada bahagian lantai airwell pula mempunyai rekaan era Victoria," luncur kata-kata Ta Sen menzahirkan rasa cintanya pada Hotel Puri.

Asal keturunan Baba Nyonya

Posted: 14 Apr 2013 10:11 PM PDT


KETURUNAN Baba Nyonya sememangnya berasal dan terbentuk di Melaka.


KOH KIM BOK, 70-an masih lagi mengingati wajah dan gaya berpakaian ibunya, Tan Chik Neo yang berketurunan Baba Nyonya.
Ibunya berwajah Melayu dengan sentiasa memakai kebaya dan apabila usia meningkat, kebaya panjang pula menjadi baju basahan wanita itu, manakala rambut bersanggul bercucuk uping.
Bahasa pertuturan ibunya pula 100 peratus bahasa Baba dan tidak tahu langsung bercakap bahasa Cina. Ibunya berkahwin dengan lelaki Cina.
Bukan setakat itu, pengaruh ibunya terhadap Kim Bok dapat dilihat pada cita rasa makanan dan kepercayaan.
Kim Bok yang lahir dan membesar di Bukit Rambai, Melaka itu bekerja sebagai guru bahasa Melayu dan mengambil keputusan bersara awal pada usia 40 tahun semata-mata mahu memulakan perniagaan sekali gus memperjuangkan budaya dan keturunannya.
Dia kini memiliki perniagaan membuat cendol asli berdasarkan resipi kepunyaannya dan bergiat aktif berpersatuan.
Kim Bok merupakan pengasas Persatuan Peranakan Cina Melaka, tetapi telah melepaskan jawatan pengerusi atas faktor kesihatan, dia kini perlu menjalani rawatan dialisis.
Ceritanya, pendapat mengenai asal keturunan Baba Nyonya daripada Puteri Hang Li Po adalah tidak benar kerana puteri itu memeluk Islam sedangkan orang Peranakan bukan beragama Islam.
Baba Nyonya terbentuk melalui perkahwinan campur antara pedagang dari China dengan wanita tempatan dari Asia Tenggara sejak abad ke-15 lagi.
Ia berlaku apabila pedagang yang datang ke sini mengikut angin monsun timur laut perlu berada di Melaka selama enam bulan.
Kemudian, pulang semula ke China mengikut arah angin barat daya. Disebabkan tempoh menunggu yang agak lama dan undang-undang China yang tidak membenarkan membawa wanita, maka berlaku perkahwinan campur.
"Masyarakat Baba Nyonya memang berasal dan terbentuk di Melaka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Rambai, Melaka.
Pihak lelaki Baba merupakan orang yang rajin berniaga dan sering merantau menyebabkan anak-anak dijaga oleh ibu dengan didikan dan budaya tempatan.
Sekali gus revolusi budaya terjadi yang dapat dilihat pada makanan dan bahasa selain percampuran darah keturunan yang berbeza.
Bukan itu sahaja, dari segi kepercayaan juga mengikut adat-adat Melayu seperti larangan tidak berada di luar rumah pada waktu senja juga menjadi kepercayaan orang Baba Nyonya.

KEUNIKAN budaya Baba Nyonya terserlah pada bahasa, kostum, makanan dan muzik.


Loghat yang berbeza pula terjadi akibat percampuran dengan bahasa Hokkien apabila sesetengah perkataan tiada dalam bahasa Melayu. Uniknya, bahasa mereka tiada pertambahan suku kata.
Contoh menarik ialah terma bakul sia. Sia dalam bahasa Hokkien bermaksud bakul, tetapi kerana tidak memahaminya, maka timbul nama tersebut.
Disebabkan keadaan Kim Bok yang uzur, lelaki itu telah meletakkan semua jawatannya dalam persatuan kecuali sebagai pengerusi Badan Kesenian Babah Nyonyah yang diasasnya sejak tahun 1985.
"Ketika itu ahli sekitar 10 orang dan kini mencecah 40 orang. Saya sangat tegas untuk menerima ahli, iaitu syarat utamanya mesti berketurunan Baba Nyonya sama ada sebelah ayah atau ibu," katanya.
Tambahan huruf H pada hujung Babah dan Nyonyah juga ada sebabnya, ia bagi mengelakkan ia disebut salah dan bunyinya tepat kedengaran, kata Kim Bok.
Kim Bok yang berkahwin sekitar tahun 70-an, mengadakan majlis mengikut gaya Inggeris, tetapi kini sebagai pencinta budaya, dia sentiasa menggalakkan orang ramai memakai pakaian tradisional.
Malah, dia turut memiliki dua pasang baju perkahwinan Baba Nyonya untuk disewakan kepada orang yang berminat.
"Melayu bukan, Cina pun bukan, itulah dia Baba Melaka," ungkap Kim Bok sepotong ayat mengakhiri bicara.

Motivasi santai gaya Bahruddin

Posted: 14 Apr 2013 10:08 PM PDT

BAHRUDDIN menunjukkan antara karya tulisannya yang kini berada di pasaran.


SANTAI namun penuh dengan motivasi. Itu kesimpulan yang boleh dibuat apabila membaca karya-karya yang dihasilkan oleh penulis kelahiran Samarahan, Sarawak, Bahruddin Bekri.
Mula bergiat dalam bidang penulisan novel secara serius pada tahun 2007, kini nama Bahruddin, 32, semakin meniti di bibir para penggemarnya.
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, minat menulis sudah tertanam dalam dirinya ketika masih di alam persekolahan lagi. Dia mengakui sentiasa seronok dan gembira untuk menyiapkan karangan iaitu kerja rumah bagi subjek Bahasa Melayu yang diberi oleh guru.
"Waktu sekolah rendah, saya memang suka menulis, tetapi tidak terlalu serius. Biasalah kanak-kanak. Namun, minat tersebut semakin berkembang apabila memasuki tingkatan empat.
"Saya rajin menyiapkan cerpen-cerpen pendek untuk bacaan sendiri. Biasanya bentuk penulisan saya cenderung kepada golongan remaja. Maklumlah ketika itu saya baru berusia 16 tahun," ujar Bahruddin kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Rentetan daripada itu, pada tahun 2004, Bahruddin mula berjinak-jinak dalam dunia blog dengan tujuan mendokumenkan hasil penulisannya secara sistematik. Selain itu, dia juga menjadikan blog sebagai platform untuknya bereksperimen dengan pelbagai bentuk penulisan.
Melalui blog juga, Bahruddin tetap meneruskan penulisan bergenre remaja yang disuntik dengan elemen motivasi. Selepas menyiapkan puluhan karya cerpen-cerpen remaja, pada 2007 Bahruddin berjaya menghasilkan sebuah novel bertajuk Adi Gempa.
Bagaimanapun, novel Dunia Ini Sederhana Kecil yang diterbitkan pada Mac 2008 merupakan karya pertamanya ekoran novel Adi Gempa diterbitkan lewat empat bulan.
"Novel ini mengisahkan tentang Syamil, seorang graduan lepasan ijazah yang menganggur kerana sukar mendapatkan sebarang pekerjaan. Dalam pencariannya, banyak pengalaman yang diperoleh dan akhirnya dia berjaya sebagai seorang manusia yang berjiwa besar," terang Bahruddin mengenai novel tersebut.
Sejak itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) tersebut langsung tidak menoleh ke belakang lagi.
Selain Adi Gempa dan Dunia Ini Sederhana Kecil, Bahruddin sudah menghasilkan lebih 20 buah buku sejak melibatkan diri dalam dunia penulisan.
Antaranya Doa Untuk Aku, Detektif Bertudung Hitam, Puisi Untuk Nadina, Perang Kucing, Naluri dan siri Diari Mat Despatch.
Ditanya mengenai masa yang diperuntukkan untuk menulis, pemuda yang dilahirkan pada 11 Januari 1981 itu memberitahu, setiap hari dia menyasarkan untuk menulis sebanyak 10 muka surat.
"Kadang-kadang pada sebelah malam atau awal pagi, bergantung pada ilham yang terdetik di fikiran. Apa yang pasti, saya mahu berkongsi kisah-kisah 'orang kecil' seperti mat despatch yang sering dipandang rendah oleh masyarakat.
"Hakikatnya, mereka juga seperti manusia lain, punyai hati dan perasaan serta cita-cita untuk digapai. Moga melalui penulisan saya, ia mampu menjadi motivasi untuk golongan ini menggapai kejayaan dalam hidup," jujur luahan Bahruddin yang meminati penulis Indonesia, Andrea Hirata yang terkenal dengan karya agung, Laskar Pelangi.
Untuk sebarang pertanyaan, Bahruddin boleh dihubungi melalui e-mel di bahruddin.bekri@gmail.com.

UTC Melaka kebanggaan warga Hang Tuah

Posted: 14 Apr 2013 10:07 PM PDT


KONSEP UTC turut menarik perhatian pihak luar yang ingin mencontohi Malaysia.


BAYANGKAN, anda boleh membuat banyak urusan daripada pembayaran bil sehinggalah pembaharuan pasport di dalam bangunan yang sama.
Malah, semua urusan itu boleh diselesaikan dalam waktu tidak sampai sehari.
Pasti mudah bukan dan mungkin ramai yang bertanya di manakah lokasi itu? Jawapannya ialah di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
UTC pertama di negara ini yang berlokasi di Melaka, sememangnya menjadi kebanggaan warga negeri itu.
Telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun tahun lalu bangunan yang tersergam indah di Jalan Hang Tuah itu bagaikan satu rahmat buat penduduk Melaka.
Bangunan yang telah diubah suai melibatkan kos sebanyak RM28.3 juta itu menempatkan 70 kementerian, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuka kaunter di bawah 10 kluster perkhidmatan.
UTC Melaka memiliki bangunan sembilan tingkat yang dulunya ialah Wisma Persekutuan sebelum diambil alih oleh Dunia Melayu Dunia Islam.
Ramai warga negeri Hang Tuah bersyukur dengan kewujudan UTC yang memudahkan pelbagai urusan.
Sebagai contoh jika seseorang itu sudah selesai memperbaharui cukai jalan di Jabatan Pengangkutan Jalan di aras dua, dia kemudian boleh membuat kad pengenalan baharu di Jabatan Pendaftaran Negara yang terdapat di aras sama sebelum membayar cukai tanah di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di aras lima.
Selain urusan pembayaran bil, beberapa perkhidmatan lain yang terdapat di bangunan tersebut termasuklah Tabung Haji, Telekom Malaysia, Pos Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Biro Pengaduan Awam, Maybank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Klinik 1Malaysia.
Pusat Y-Centre
UTC adalah sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy - NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui kerjasama strategik di antara kementerian, jabatan dan pihak swasta.
Kesemua inisiatif itu adalah bagi memastikan komuniti bandar mendapat perkhidmatan dengan cepat, selesa dan mudah di dalam satu bangunan.
Selain kaunter urusan kerajaan dan NGO, UTC Melaka turut menempatkan Pusat Y-Centre yang menjadi platform gaya hidup sihat para belia.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Salmah Aziz berkata, tujuan pusat tersebut dibuka adalah untuk mendidik remaja melakukan aktiviti sihat sambil menimba ilmu pengetahuan.

PERPUSTAKAAN mini yang lengkap dengan pelbagai sumber bacaan.


"Di sini terdapat tiga tempat utama iaitu bahagian hadapan yang mengandungi kaunter pertanyaan dan juga indoor game seperti pool, dam, catur, karom dan dart.
"Dua lagi bahagian ialah pusat kecergasan yang di dalamnya terdapat gimnasium dan pusat aerobik, sementara sebuah lagi ialah pusat maklumat yang dinamakan Pusat Siber Rakan Muda," katanya.
Selain Y-Centre, UTC juga menempatkan perpustakaan mini dan pusat tuisyen untuk golongan muda.
Melaka telah dipilih sebagai projek perintis dan lokasi pertama program UTC melalui Kementerian Kewangan sebagai peneraju utama.
Ia sekali gus memenuhi keperluan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Kewujudan UTC Melaka telah banyak memberi faedah kepada penduduk bandar untuk membuat sebarang urusan dengan kementerian, agensi kerajaan negeri dan swasta yang diletakkan di dalam satu bangunan.
Pendek kata, UTC Melaka merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines