Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia |
- Gambar Ekin dan Aien
- Gambar Nur Fazura di AIFFA 2013
- Lagi Aksi Diranjang Filem Tempatan!
- Fara Fauzana Sombong?
- Gambar Akikah Anak Eira, Azad
Posted: 01 Apr 2013 10:40 PM PDT |
Gambar Nur Fazura di AIFFA 2013 Posted: 01 Apr 2013 10:00 PM PDT Majlis gilang gemilang AIFFA 2013 yang berlangsung di Kuching Sarawak Baru-baru ini adalah satu malam yang tidak dapat dilupakan apabila ramai selebriti kita memenangi pelbagai kategori yang dipertandingkan. AIFFA merupakan kolaborasi dan kerjasama di antara Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam memartabatkan industri perfileman Malaysia di mata dunia. Ini senarai pemenang.. Dan dibawahnya adalah gambar-gambar selebriti terutama Nurfazura dan rakan-rakannya tempatan mahupun luar negara. Pengarah Terbaik Riri Riza (Atambua 39 Degree Celsius - Indonesia) |
Lagi Aksi Diranjang Filem Tempatan! Posted: 01 Apr 2013 11:16 PM PDT Filem tempatan semakin lama semakin menunjukkan taring dan keberanian dalam adegan di ranjang. Memang mungkin menjadi satu teknik untuk menarik minat penonton untuk melihatnya. Namun pihak berwajib seperti Penapisan Filem Negara telah terlebih dahulu bertindak sebelum kebanyakkan filem dikeluarkan kepada umum. Filem Amukan Azazil lakonan Diana Danielle dan Remy Ishak itu menampilkan aksi di ranjang yang sudah ditapis oleh pihak berwajib sebelum ditontonkan. Video yang berdurasi kurang 2 minit itu menampilkan aksi ranjang yang cukup ghairah. Namun video itu telah pon dihapuskan sehari selepas di muatnaik di dalam laman YouTube. Ntah tak tahu kenapa. Dan kalau tak silap ada di laman Facebook di muaturun oleh sebuah fan page. |
Posted: 01 Apr 2013 08:00 PM PDT Terkejut juga apabila membaca keratan akhbar online Utusan edisi mingguan yang mengatakan deejay dan pelakon, Fara Fauzana sombong. Kisahnya bermula apabila editor Utusan berkenaan pergi ke sebuah majlis kenduri untuk makan nasi minyak yang juga turut dihadiri oleh beberapa golongan selebriti tempatan. Namun apa yang terjadi ketika itu adalah seorang rakan editor berkenaan telah mengadu yang Fara berlagak. Berlagak yang dimaksudkan disini adalah lokek senyum, ditambah dengan sombong dengan meminta gambar sepertinya tidak dilayan. Difahamkan lagi pengadu itu juga sampai tak sempat nak makan dengan usahanya yang tidak berbaloi berulang kali meminta gambar dengan Fara tetapi tidak dilayan. Agak pelik dan jangal melihat kelakuan Fara, namun menjadi persoalan adakah Fara orangnya begini? dan yang kita tahu Fara memang cepat mesra. Mungkin kurang sihat kot. Wallahualam.. |
Posted: 01 Apr 2013 06:11 PM PDT Hari Ahad yang lalu, pelakon suami isteri, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mengadakan satu majlis cukur hambul atau akikah untuk anak perempuan mereka, Amarra Sofea Rose yang berusia 3 bulan. Majlis yang nampak sederhana itu dihadiri oleh rakan-rakan, keluarga dan juga beberapa orang selebriti. Norman Hakim dan anak sulungnya juga turut dibawa (gambar terakhir). -Gambar Instagram Eira. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |