Jumaat, 27 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Zizan Razak Bangga Jika Emma Maembong Kekal Bertudung

Posted: 26 Dec 2013 04:40 AM PST


Zizan Razak
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui berasa bangga jika aktres yang sering dikaitkan bercinta dengannya, iaitu Emma Maembong membuat keputusan untuk terus bertudung.
Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 29, berkata, dia tidak pernah menyuruh wanita itu untuk berbuat demikian.
"Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.
"Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita, " katanya kepada mStar Online, di sini.
Emma Maembong
Tambah Zizan, Emma sudah lama memberitahu niat untuk berubah ke arah itu namun masih menunggu masa yang sesuai.
Sementara itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment berkata, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.
"Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!.
"Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak," katanya.

Lana Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik

Posted: 26 Dec 2013 04:39 AM PST


Johan dan Lana putus cinta selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga aktor tersebut.
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin yang sebelum ini meluahkan hasratnya ingin dibimbing menjadi Muslimah yang lebih baik selepas mengenali aktor Johan As'ari, 27, tetap akan meneruskan niatnya itu walaupun mereka kini sudah putus cinta.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia sebenarnya sudah berniat ingin berubah sebelum mengenali Johan lagi, dan isu putus cinta disifatkan bukan penghalang untuk meneruskan hasratnya itu.
"Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon).
"Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Rabu.
Lana Nordin
Menerusi sebuah laporan akhbar pada 29 November lalu, Johan yang sebelum ini dianggap menjalinkan hubungan mesra dengan penyanyi Shila Amzah dilaporkan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.
Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada Rabu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.
Sementara itu, Lana yang sebelum ini sering menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Inggeris berkata, dia akan berhati-hati selepas ini dalam ingin menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu.
"Bukan tidak percayakan lelaki Melayu. Takkanlah kerana Johan, saya isytiharkan lelaki Melayu semuanya sama. Itu tidak adil. Cuma selepas ini saya perlu berhati-hati." ujarnya.

Empat Penyanyi Tempatan Wakil Negara Ke MIDEM

Posted: 26 Dec 2013 04:38 AM PST


Shila Amzah
PETALING JAYA: Seramai empat orang penyanyi tempatan iaitu Shila Amzah, Goldkartz, ThomasJack dan Azlan And The Typewriter akan mewakili negara ke Marche International du Disque et de l'Edition Musicale (MIDEM) di Cannes, Perancis pada Februari 2014.
Delegasi itu akan diketuai di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim menerusi kenyataan media yang diberikan kepadamStar Online berkata, barisan artis tersebut dipilih berdasarkan kepada genre muzik yang dibawa dan mewakili pelbagai segmen bahasa dan kaum di Malaysia.
"Faktor-faktor seperti kredibiliti dan pengiktirafan anugerah, memastikan bahawa mereka bersama-sama produk muzik yang dihasilkan telah siap sedia dieksport untuk dipersembahkan di hadapan penonton dan peminat muzik antarabangsa.
Azlan And The Typewriter
"Kolaborasi di antara pihak kerajaan dengan industri muzik ini merupakan satu galakan yang amat besar kepada penggiat muzik tempatan terutamanya jika diambil kira impak jangka panjang yang bakal diperoleh dan untuk menjana pulangan ekonomi yang lebih besar di dalam industri," katanya.
Penyertaan ini merupakan kali kedua delegasi Malaysia ke acara tahunan terbesar di dunia tersebut dan merupakan sebuah inisiatif di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).
MIDEM adalah sebuah pasaran muzik global yang menerima penyertaan daripada kesemua perniagaan berkaitan dengan muzik dan merupakan platform yang ideal untuk mempromosikan atau melancarkan sebarang produk muzik tempatan di pentas antarabangsa.
Inisiatif ini telah diambil oleh RIM untuk membawa dan seterusnya mempromosikan produk muzik dari Malaysia di MIDEM.
MIDEM 2014 akan mengetengahkan lebih daripada 80 konsert persembahan langsung dan pameran muzik daripada serata dunia termasuklah persembahan daripada artis-artis Malaysia yang dijadualkan akan membuat persembahan di bawah konsert'Malaysian Supernova' pada 3 Februari 2014.
"MIDEM merupakan sebuah acara perniagaan dan persidangan industri muzik global yang paling lama bertahan dan ianya dihadiri oleh label 'independent', para pengedar, agen, pengurus, promoter, media, wakil daripada muzik digital dan ramai lagi pakar-pakar industri di dalam komuniti muzik dunia.
"Kami berharap agar penyertaan Malaysia dapat menghasilkan impak yang besar dan untuk membawa pulang hasil yang terbaik daripada acara ini sama ada daripada segi ekonomi atau kreativiti," ujarnya
MIDEM akan berlangsung selama empat hari bermula dari 1 hingga 4 Februari 2014.

Black Kecewa Lagu Tema Filem Nyanyiannya Gagal Popular

Posted: 26 Dec 2013 04:37 AM PST


Black Hanifah
PETALING JAYA: Penyanyi Black terkilan apabila lagu nyanyiannya berjudul Puisi Sang Dewi yang dijadikan lagu tema filem Lemak Kampung Santan gagal mendapat perhatian.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, promosi terhadap lagu tersebut yang diserahkan sepenuhnya kepada produksi filem itu juga tidak dilakukan dengan baik.
"Lagu ini sepatutnya hit sebelum Takkan Terpisah kerana ia sebuah lagu yang kuat dan dijangka boleh pergi lebih jauh, malangnya ia langsung tidak diketahui dan dimainkan di mana-mana radio.
"Mungkin silap kami kerana tidak buat promosi sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada pihak produksi filem untuk mempromosikannya bersama filem itu," katanya kepada mStar Online.
Lemak Kampung Santan yang membariskan pelakon Hans Isaac dan Neelofa sebagai teraju utama telah menemui penonton pada 8 Ogos lalu.
Dalam pada itu tambah Black, biarpun strategi mempromosi sesebuah lagu boleh dilakukan melalui filem dan drama, namun populariti drama atau filem tersebut juga mempengaruhi 'naik turun' lagu tersebut.
Bagaimanapun dia dan pihak pengurusan 8Unit kini lebih berhati-hati dalam rangka mempromosikan sesebuah lagu baharu agar mencapai sasaran yang ditetapkan.
Selain lagu Puisi Sang Dewi sebagai lagu tema Lemak Kampung Santan, single Takkan Terpisah turut menjadi lagu tema drama berjudul Jodoh Itu Milik Kita terbitan Astro.
"Bagi saya cara mempromosi filem dan lagu adalah dua strategi yang berbeza, sayang kalau lagu tersebut bagus dan boleh hit tapi sepi begitu sahaja, kos untuk buat lagu bukan murah," katanya.
Dalam pada itu, Black berkata, dia bakal muncul dengan album kedua pada awal tahun depan yang memuatkan enam buah lagu termasuk Puisi Sang Dewi, Takkan Terpisah danTeman Pengganti.

Feminisme, seksis Bahayanya Wanita

Posted: 26 Dec 2013 04:29 AM PST



TEATER BAHAYANYA WANITA dan filem hitam putih tersohor arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Madu Tiga tidak jauh bezanya kalau dikaji corak penceritaan.
Memaparkan dilema seorang suami yang berpoligami dengan lebih daripada seorang wanita; berkahwin dengan isteri kedua dengan alasan mahukan anak, tapi berkahwin pula lagi satu atas dasar cinta.
Hampir serupa, cuma pementasan itu ditambah watak wanita keempat yang melengkapkan empat isteri kepada seorang korporat bernama Syed Maadon Al-Sidek (lakonan Zizan Razak).
Tidak salah andai dikatakan menonton pementasan Bahayanya Wanita yang dipentaskan di Istana Budaraya ibarat menonton sebuah adaptasi filem Tiga Abdul ke pentas teater dalam versi lebih moden dan sarat unsur humor.
Namun begitu, oleh kerana terlalu cuba untuk menyampaikan mesej tentang pemerkasaan wanita, pengarah terlupa faktor masa juga perlu diambil kira.
Tiga jam barangkali tidak terasa jika menonton sebuah filem, tapi durasi serupa tidak bersesuaian untuk persembahan secara langsung dan penonton tidak mustahil naik jemu.

DARI kiri: Erra Fazira, Lana Nordin dan Umie Aida berkongsi 'suami' iaitu Zizan.


Bagaimanapun, tempoh tiga jam itu telah diselamatkan oleh kesan humor dan lawak bersahaja Zizan serta barisan pelakon lain yang menjayakan watak keempat-empat isteri dalam karakter yang pelbagai.
Malah, ada antara dialog serius bertukar menjadi jenaka kerana interaksi dan hubungan sesama pelakon yang terlalu 'menjadi'. Penonton tergelak kerana pelakon tergelak!
Tembelang
Bahayanya Wanita mengisahkan kehidupan rumah tangga seorang lelaki korporat bernama Syed Maadon Al-Sidek yang berjaya atas kekayaan isteri pertamanya, Sharifah Fatimah Maruka (lakonan Datin Paduka Umie Aida) namun masih rasa tercabar kerana gagal menundukkan ego isterinya.
Syed Maadon mengahwini Kamelia (Erra Fazira) yang bertentangan sikap dengan isteri pertamanya. Kamelia menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun kemanjaan Kamelia mula merimaskan.
Alasan itu digunakan untuk mengahwini Farhana (Nora Danish/Lana Nordin). Lana menggantikan Nora kerana pelakon itu terikat sebagai juri Maharaja Lawak 2013 (MLM 2013). Mereka memainkan watak gadis muda yang manja dan cantik namun sering mengundang masalah hingga pernikahan mereka diketahui isteri pertama dan kedua.

GANDINGAN Erra (kiri), Erma Fatima dan Umie Aida sebagai madu agak menjadi kerana kearkraban mereka.


Syed Maadon kemudiannya cuba mencari jalan penyelesaian yang akhirnya menemukan dengan peniaga makanan dari Indonesia, Suti Lambung (Erma Fatima) dan memutuskan untuk berkahwin. Suasana menjadi hiruk-pikuk apabila tembelang Syed Maadon pecah dan diketahui isteri-isterinya.
"Saya perlu nampak lebih matang daripada usia sekarang kerana karakter saya adalah seorang lelaki miang yang berkahwin empat. Sebab itu saya pakai misai palsu," kongsi Zizan tertawa.
Poligami
Menghuraikan lebih lanjut mengenai cabaran membintangi teater muzikal tersebut, kata Zizan, dia perlu menghafal lirik lagu dan langkah tari selain skrip lakonan yang panjang.
"Susah untuk hafal lirik lagu, tambahan lirik kali ini ditukar untuk disesuaikan dengan jalan cerita, saya sampai tidak sempat menghafal kesemua lagu pun.
"Melakonkan watak utama pun perlukan saya menghafal banyak skrip, belum lagi ditambah tarian. Kalau difikirkan negatif sudah pasti pementasan ini rosak, tapi saya perlu optimis dengan cabaran-cabaran ini," jelasnya yang mengakui mengalami sakit perut pada hari pertama pementasan.
Bercakap mengenai poligami, kata Zizan dia tiada masalah untuk berdepan situasi sedemikian. Pokoknya yang penting tahu mengawal situasi dan rasional menyelesaikan kemelut yang datang.

LAKONAN Johan As'ari (kiri) sebagai seorang ustaz dilihat selari dengan lakonan Zizan yang memegang watak utama iaitu Syed Maadon Al-Sidek.


"Sebagai lelaki, daripada segi agama Islam tidak salah berpoligami cuma dalam masyarakat Melayu perkara itu agak sensitif.
"Kalau mampu buat tidak mengapa tapi jika tidak mampu jangan sesekali berani. Juga jangan sakitkan hati orang sebab apa yang kita buat suatu masa akan kena diri sendiri," nasihatnya.
Teater muzikal Bahayanya Wanita telah mula dipentaskan pada 20 Disember akan berakhir pada 31 Disember ini.


Johan tak letak taraf kekasih pada Lana

Posted: 26 Dec 2013 04:27 AM PST

SEBULAN lalu, Johan membuat kejutan mengumumkan dia bercinta dengan Lana. Semalam, Johan tanpa rasa malu memberitahu hubungannya dengan Lana telah diputuskan kononnya kerana tiada restu orang tua.


GELODAK kisah cinta antara Johan As'ari dengan pasangannya, Lana Nodin akhirnya berpenghujung apabila pelakon yang popular menerusi drama bersiri Juvana itu mengambil keputusan untuk berpisah atas alasan tidak mendapat restu daripada ibu dan bapanya.
Mungkin berita mengenai perpisahan tersebut tidak begitu mengejutkan ramai pihak tetapi keputusan yang diambil oleh Johan untuk melepaskan Lana selepas sebulan menjalinkan hubungan sedikit sebanyak mencalarkan kredibilitinya sebagai seorang pelakon.
Banyak cakap-cakap nakal mula kedengaran mengenai Johan yang dianggap seperti artis yang 'lapar' publisiti dan sering menggunakan kisah cintanya sebagai tiket untuk meraih perhatian orang ramai.
Dia juga dilihat seperti bersifat keanak-anakan dan tidak serius dalam menilai soal cinta.
Ketika cuba untuk menghubungi pelakon berusia 27 tahun itu, penulis berasa sedikit terkilan kerana panggilan telefon yang dibuat hanya dibiarkan tidak berjawab.
Johan sebaliknya hanya menjawab beberapa soalan secara ringkas melalui mesej yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp.
Jodoh di tangan Allah
"Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.
"Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang.

JOHAN dan Lana sempat terbabit di dalam teater Bahayanya Wanita yang masih berlangsung di Istana Budaya.


"Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini," jelasnya menerusi WatsApp yang dibalas kepada penulis.
Ketika ditanya mengenai apakah status sebenar wanita itu dihatinya, Johan menyatakan, dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa.
"Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja.
"Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya," jelas Johan lagi.
Bukan cari publisiti
Dalam pada itu, Johan yang kini sedang sibuk dengan teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menjaja kisah hubungan cintanya untuk meraih publisiti.
Malah, dia menolak dakwaan menyatakan dirinya merupakan artis yang dahagakan perhatian sehingga sering melakukan tindakan di luar jangkaan.
"Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai.
"Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
"Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan," ujarnya lagi.
Johan barangkali lupa. Sewaktu pertama kali tersebar berita tentang hubungan tiga harinya bersama Lana, dia memberitahu media bahawa telah melamar Lana dan merancang untuk menikahi wanita itu pada tahun depan.
Justeru, apabila dia menyatakan tidak meletakkan sebarang taraf atau menganggap Lana sebagai kekasih sepanjang tempoh mereka intim selama sebulan lalu, ia memberi gambaran betapa mudah benar Johan membuat keputusan dan berubah hati.
Sekadar rekod, sebelum ini, Johan juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain termasuk Izreen Azmida, Nabila Huda dan Shila Amzah.
Bagaimanapun, apabila hubungan mereka putus, Johan memberi alasan yang sama iaitu jodoh itu rahsia Allah.


Ikan 'serah diri' bukan petanda tsunami

Posted: 26 Dec 2013 04:25 AM PST

RIBUAN ikan tamban memenuhi pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kejadian beratus ribu tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah kelmarin bukan petanda tsunami akan berlaku.
Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.
"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu semalam.


Guru cemas burung hering masuk laman rumah

Posted: 26 Dec 2013 04:23 AM PST


MOHD. FADLI (kiri) dan anggota JPAM menunjukkan seekor burung hering yang ditangkap di Muar, Johor semalam.


MUAR - Seorang guru sekolah rendah berdepan detik mencemaskan apabila seekor burung hering memasuki pekarangan rumahnya di Taman Seri Aman Sari, Parit Keroma di sini semalam.
Remy Azman Abdul Rashid, 40, berkata, pada mulanya burung itu yang biasanya makan bangkai berada di luar pagar rumahnya kira-kira pukul 1.15 petang.
Tidak berapa lama kemudian, dia yang mengajar di Sekolah Sungai Raya, Bukit Pasir, di Pagoh terkejut melihat burung berkenaan terbang ke pekarangan rumahnya.


Didik OKU dalami ibadah solat

Posted: 26 Dec 2013 04:21 AM PST



LAUNGAN azan menandakan masuknya waktu solat fardu Zohor. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke pekarangan masjid untuk menunaikan rukun Islam kedua itu.
Di satu sudut di masjid yang tersergam indah itu, kelihatan sekumpulan insan istimewa sedang berkumpul. Ada yang berbaring, ada yang berkerusi roda dan ada yang duduk di sisi keluarga.
Meskipun pergerakannya terbatas, namun Rahmat Jamil, 17, benar-benar bersyukur kerana berpeluang berada di majlis itu. Bahkan, peluang berkumpul bersama rakan-rakan untuk mempelajari ilmu agama bukanlah peluang yang selalu diperoleh oleh insan sepertinya.
Mengakui amat bertuah kerana terpilih untuk menyertai program seumpama itu, remaja lembam yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu, benar-benar teruja.
"Pergerakan kami agak terbatas dan aktiviti untuk kami sertai juga terhad. Saya bersyukur berada di sini sekurang-kurangnya saya dapat memahami dan memperbetulkan bacaan solat," jelas Rahmat yang tahu serba sedikit mengenai asas solat. Remaja yang agak kurang lancar pertuturannya menjelaskan, sebelum ini dia hanya mengetahui pergerakan asas solat.
Kerah kudrat
Begitu juga dengan Afiqah Syamimi Mohd. Aizuddin, 15. Remaja lembam itu menjelaskan, dia kini memahami konsep solat seperti yang dituntut oleh agama.
"Sebelum ini ramai dalam kalangan kami beranggapan ibadah solat adalah sesuatu yang sukar, namun selepas mengikuti program ini, ternyata ia ibadah yang cukup mudah dilakukan," katanya ketika ditemui.
Mereka sebenarnya merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU). Hari itu, mereka dengan tekad yang sama atas nama seorang Islam mengerah segala kudrat dan tenaga untuk hadir ke masjid.
Tujuannya hanya satu iaitu mempelajari asas-asas solat sebagai seorang OKU. Bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan inisiatif Pertubuhan Prihatin Orang Kurang Upaya 1Malaysia (Prihatin), semua yang dirancang menjadi kenyataan.
SEORANG peserta membantu mengelap mulut rakannya.


Menggunakan jenama I Love Klinik Solat Bersama OKU Sabah, Prihatin tampil menerusi pendekatan teori dan amali untuk mendekatkan golongan OKU dengan kewajipan solat.
Berlangsung selama dua hari di Masjid Bandaraya di Likas, Kota Kinabalu, Sabah, pelbagai pengisian diatur sepanjang program tersebut. Acara tersebut disertai hampir 200 peserta mewakili 19 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Sabah.
Takrif solat seperti yang ditetapkan ahli-ahli fiqah membawa pengertian beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam dan dengannya seseorang beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.
Solat juga merupakan penghubung antara hamba dan Tuhannya. Ibadah solat merupakan salah satu daripada tuntutan Rukun Islam dan ibadah yang utama selepas mengucap dua kalimah syahadah.
Solat diwajibkan kepada seseorang mukalaf yakni berakal dan baligh lima waktu sehari semalam. Malah, kecacatan tidak mengecualikan seseorang daripada menunaikan solat selagi memenuhi syarat-syarat wajib solat.
Pakar motivasi yang juga pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Ustaz Dr. Shauqi Othman berkata, golongan OKU boleh menunaikan solat mengikut kemampuan mereka.
Ikut kemampuan
Katanya, Allah tidak memberi ujian ataupun bebanan kepada seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Atas sebab itu, golongan seperti OKU juga boleh menunaikan solat.
"Islam membolehkan seseorang Muslim melakukan sesuatu ibadah termasuk solat sesuai dengan kemampuan tanpa memberatkan mereka.
"Jika seseorang itu tidak mampu berdiri, maka dia boleh solat dengan cara duduk, jika tidak boleh duduk, dia boleh melakukannya hanya dengan berbaring," katanya ketika ditemui pada program tersebut.
SHAUQI (belakang) melakukan demonstrasi kepada peserta-peserta OKU yang menyertai bengkel solat.


Sepanjang program tersebut, Shauqi turut berkongsi ilmu dengan para peserta OKU mengenai cara-cara menunaikan solat mengikut kategori kecacatan.
Selain itu, para peserta juga diberi bimbingan mengenai syarat-syarat solat seperti berwuduk, menutup aurat dan menghadap kiblat.
"Setiap individu yang beragama Islam wajib solat tidak kira dia insan yang sempurna fizikal ataupun sebaliknya. Jika kita sebagai manusia perlukan makanan dalam kehidupan, begitu jugalah kita perlukan solat dalam kehidupan.
"Harus diingat, lebih banyak ujian yang kita terima maka lebih banyak pahala yang kita peroleh asalkan kita bersabar dan berada di atas landasan Allah," ujar Shauqi.
Beliau turut mengakui terdapat segelintir OKU yang tidak mampu menguasai bacaan-bacaan wajib dalam solat selain memiliki kekangan untuk menghafal surah.
Dalam hal ini katanya, setiap OKU perlu mempraktikkan perkara tersebut berulang-ulang kali dengan bantuan ibu bapa ataupun guru termasuklah pergerakan solat.
"Jika OKU itu tergolong dalam kalangan mereka yang bisu atau tidak boleh bercakap, maka dia hanya perlu menggerakkan bibir ketika melafazkan surah dan bacaan-bacaan dalam solat.
"Begitu juga dengan OKU yang lain kerana pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk bersolat mengikut kemampuan masing-masing," jelasnya.
Kewajipan bersolat dalam kalangan OKU bukan hanya tertakluk kepada solat fardu, malah solat Jumaat juga perlu ditunaikan oleh golongan OKU kaum lelaki.
"Kita jangan malu datang ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat hanya kerana kita golongan OKU. Di sisi Tuhan, kita semua sama dan apa yang membezakan kita adalah amalan kita," tegasnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Istimewa (OKU) Malaysia, Norman Ismail mengakui golongan OKU berdepan dengan cabaran untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan insan normal lain.
Justeru katanya, golongan seperti ini tidak perlu merasa rendah diri dan tersisih, sebaliknya mencari platform terbaik untuk menonjolkan diri.
Sebagai contoh katanya, Persatuan Usahawan Istimewa yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu memainkan peranan bukan hanya untuk menjaga kebajikan para OKU, bahkan melatih mereka berdikari.
SEORANG peserta OKU membuat demonstrasi solat sambil dibimbing oleh petugas prihatin dalam Program I Love Solat.


Ilmu agama
"Masyarakat sering melabel golongan OKU sebagai orang yang suka meminta-minta sehinggakan golongan ini sering menjadi mangsa pihak lain untuk meraih keuntungan.
"Atas dasar itu persatuan memikul tanggungjawab besar dalam membantu golongan ini khususnya untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan mereka menerusi khidmat nasihat dan latihan yang disediakan," katanya.
Bagaimanapun ujar beliau, sebelum menempuh kehidupan berdikari, setiap OKU perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agama termasuk dalam hal-hal solat.
"Saya tertarik untuk terlibat dalam program ini selepas melihat pendekatan yang diberikan kepada para OKU khususnya dalam ilmu-ilmu berkaitan agama.
"Bab agama sangat penting kerana sama ada dia OKU ataupun insan biasa banyak didasari oleh amalan dan ketaatannya kepada Tuhan," ujarnya.
Tenaga pengajar PDK Desa Kencana Lahad Datu, Rusni Lutong berkata, perjalanan jauh hampir 10 jam yang ditempuh rombongannya untuk menyertai program berkenaan nyata berbaloi dengan segala ilmu yang diterima.
"Para peserta bukan hanya didedahkan dengan cara bersolat yang sebenar, malah mereka turut diberi peluang menunjukkan bakat masing-masing menerusi pertandingan azan dan nasyid.
"Penglibatan ibu bapa juga penting dalam membantu kami menjayakan aktiviti berkumpulan, sekali gus memberi semangat kepada anak-anak OKU untuk terus berusaha mencari ilmu," katanya.


Merasai suasana bekerja di dalam lombong timah

Posted: 26 Dec 2013 04:20 AM PST



PERNAH sesekali Hindun Ramli, 46, mengadu kepada rakan-rakannya mengenai rasa tidak selesa yang dia hadapi setiap kali berada di dalam ruang yang sempit, sesak dan tertutup.
Sebagai contoh, setiap kali melangkah masuk ke lif, dadanya mula terasa berat. Ruang dalaman lif yang berbentuk seakan-akan kotak ditafsirkan Hindun sebagai sebuah sangkar.
Nafasnya seakan-akan tersangkut di kerongkong walaupun sekadar berfikir mengenainya. Apabila ditanya adakah dia mengalami klaustrafobia, Hindun gagal memberi jawapan.
Klaustrafobia ialah perasaan panik akibat ketakutan berada di tempat yang tertutup dan bimbang tidak dapat keluar dari lokasi tersebut.
Kegentaran guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Kuantan, Pahang itu terhadap ruang yang sempit dan tertutup itu sekali lagi teruji apabila dia diamanahkan untuk mengetuai rombongan 40 orang pelajarnya ke lombong bijih timah kedua terbesar di dunia yang terletak di Sungai Lembing, Pahang.
Mendamaikan
"Pada mulanya saya berasa gentar untuk masuk ke dalam lombong bijih timah tersebut. Saya terbayang betapa sempit, panas dan sesaknya keadaan di dalam lombong tersebut ditambah pula dengan terowong-terowong bawah tanah yang berselirat.
"Bagaimanapun, saya beranikan diri untuk melawan rasa gentar. Saya pimpin tangan salah seorang pelajar dan kami sama-sama menaiki kereta api khas yang disediakan untuk membawa pengunjung dari mulut terowong hingga ke dalam. Tidak sampai beberapa minit, perasaan gentar bertukar kagum," selorohnya sambil berkata, dia kini tidak lagi mengalami klaustrafobia.

SELAIN terowong, Jambatan Sungai Lembing juga merupakan tarikan utama kepada pengunjung.


Sebaik sahaja pengunjung tiba di hujung landasan sejauh kira-kira 80 meter itu, segala tanggapan negatif mengenai keadaan lombong yang kononnya daif dan menyeramkan itu ternyata tidak benar. Bahkan, mereka disambut hawa dingin di dalam lombong berkedalaman kira-kira 900 meter ke dalam perut bumi.
Dinding dan lantai lombong berkenaan yang dahulunya dipenuhi dengan bijih ibarat diukir dengan mesin berteknologi tinggi bagi membentuk laluan seakan-akan terowong bersaiz kira-kira dua meter persegi. Sekali pandang, pengunjung berasa seolah-olah dikelilingi oleh arca-arca batu yang indah.
"Segala yang saya bayangkan tidak benar sama sekali, suasana di dalam terowong tersebut yang kelam, sejuk dan sunyi begitu mendamaikan. Saya terasa seperti berada di dalam sebuah bilik yang berhawa dingin.
"Saya berasa kagum melihat ruang di dalam lombong berkenaan yang berbeza dari segi saiz. Ada yang sebesar padang bola dan ada juga yang terlalu kecil sehingga seseorang itu perlu merangkak untuk melaluinya," ujar wanita berkenaan menceritakan pengalaman yang diperolehnya daripada para petugas di lombong berkenaan.
Walaupun sudah hampir 26 tahun memberhentikan operasi, terowong sepanjang 1.5 kilometer itu bukan sahaja terjaga rapi, malah telah dibaik pulih bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang ingin merasai suasana bekerja di dalam lombong bijih timah.
Dengungan enjin
Ratusan mentol yang mengeluarkan cahaya berwarna oren dipasang di sepanjang terowong bagi memberi sedikit pencahayaan. Mentol tersebut menyerupai tona warna obor yang pernah digunakan untuk menerangi terowong sejauh lapan kilometer itu.
Sesekali, terdengar dengungan enjin kereta api pengangkut bijih yang dijadikan kereta api transit bagi membawa pengunjung ke dalam lombong. Walaupun hanya sekadar replika, ia sudah cukup untuk membawa pengunjung merasai suasana zaman kegemilangan lombong terbabit sekitar tahun 1940-an hingga 1950-an.
PENGUNJUNG akan dibawa ke dalam Terowong Sungai Lembing dengan menggunakan replika kereta api pengangkut bijih.


Muhammad Amri Mohd Zaki, 25, berkata, salah satu kepuasan yang dikecapinya sepanjang setahun berkerja sebagai pekerja am di lombong berkenaan ialah melihat keterujaan wajah pengunjung apabila diberitahu mengenai sejarah dan latar belakang lombong yang berusia kira-kira 150 tahun itu.
Mula diteroka secara komersial sekitar tahun 1920-an, Sungai Lembing yang dahulunya merupakan kawasan penempatan masyarakat British berubah wajah menjadi salah sebuah lokasi perlombongan bijih timah terbesar di dunia di bawah usaha sebuah syarikat British iaitu Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).
Ketika itu, tiada teknologi moden digunakan dalam proses melombong bijih timah sebaliknya, para pekerja terpaksa menggunakan gerudi dan bahan letupan untuk memecahkan bongkah-bongkah batu pada dinding terowong.
Selepas dipecahkan kepada ketulan-ketulan kecil, batuan berisi timah itu kemudiannya dihantar menggunakan sebuah lokomotif berkuasa bateri ke kilang berhampiran untuk diproses.
Timah mentah
Dalam tempoh 100 tahun, lombong bijih timah Sungai Lembing ditadbir pihak pengurusan PCCL, lombong ini telah mengeluarkan kira-kira 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik timah dengan nilai sebanyak hampir RM2 bilion.
Kata anak jati Sungai Lembing itu, kebanyakan pengunjung tidak pernah melihat rupa sebenar bijih timah yang belum diproses. Justeru, apabila diberi peluang untuk melihat sendiri bahan mentah itu dalam keadaan asalnya, mereka teruja.
"Di dalam terowong ini terdapat beberapa lubang yang masih mempunyai sisa-sisa bijih timah. Jika mereka bernasib baik, mereka juga berpeluang untuk melihat bahan mineral lain yang berada di dalam lombong berkenaan contohnya emas.
"Bagaimanapun, lubang-lubang ini sentiasa dikawal rapi kerana kita mahu memelihara segala bahan mineral yang terdapat di dalamnya selama mungkin supaya generasi akan datang dapat melihatnya," ujarnya yang petah bercerita mengenai keistimewaan lombong yang menjadi salah satu lokasi pelancongan utama di daerah Kuantan itu.
Sejak penutupan lombong tersebut pada tahun 1987, ia telah diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang sebelum dibaik pulih dan dibuka kepada pengunjung pada awal tahun ini.

PATUNG-PATUNG digunakan untuk memberi gambaran aktiviti seharian para pelombong kepada pengunjung.


Kini, setelah hampir setahun beroperasi sebagai pusat pelancongan, populariti lombong bijih timah Sungai Lembing semakin meningkat. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja, seramai 32,000 pengunjung dari dalam dan luar negara telah meneroka khazanah lombong tersebut.
Menurut Penolong Pegawai Tadbir (Pelancongan), Jabatan Pembangunan Sukan dan Perlancongan, Majlis Perbandaran Kuantan, Norzatil Othman, 32, peningkatan jumlah pengunjung ke lokasi berkenaan saban hari bukan sahaja menjadikan ia lebih dikenali malah secara tidak langsung membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.
"Kita perhatikan semakin ramai penduduk kampung yang mengambil keputusan untuk berniaga. Daripada membuka gerai makan sehinggalah kedai menjual cenderamata.
"Bahkan, para petugas yang bekerja di lombong bijih timah tersebut kebanyakannya adalah penduduk sekitar," ujarnya ketika ditemui.
Selain lombong bijih timah, terdapat beberapa tarikan lain yang terdapat di kawasan Sungai Lembing antaranya ialah Muzium Sungai Lembing dan Jambatan Gantung Sungai Lembing.
Sebuah bengkel penghasilan sampul surat oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) yang terletak di lokasi yang sama turut menjadi lokasi kunjungan wajib para pelancong di Sungai Lembing.


Ludia penjahit pakaian Bidayuh

Posted: 26 Dec 2013 02:38 AM PST

SEBAHAGIAN daripada pakaian tradisional masyarakat Bidayuh yang sudah siap dijahit yang dijual di Pekan Bau, Sarawak.


DI satu sudut sebuah kedai kayu kecil yang menjual pakaian terpakai di Pekan Bau, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Kuching, Sarawak kelihatan seorang wanita berkulit cerah dengan ketinggian sederhana sibuk menjahit.
Bunyi mesin jahit jelas kedengaran dari kedainya yang menjual pakaian tradisi masyarakat Bidayuh itu. Ludia Apoi, wanita Kenyah yang berasal dari Long Banga, Baram mencari rezeki dengan mengambil tempahan menjahit pakaian tradisional Bidayuh.
"Saya sebenarnya bukan berketurunan Bidayuh, tetapi Kenyah iaitu antara etnik yang termasuk dalam kelompok Orang Ulu di Sarawak, " katanya memulakan perbualan.
Wanita yang meminati ilmu jahitan itu hanya berpeluang mendalami kemahiran tersebut selepas menyertai kursus jahitan yang diadakan di Dewan Suarah Bau tiga tahun lalu.
Sumber pendapatan
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, kursus selama enam bulan itu ternyata memberinya kemahiran menjahit yang cukup baik. Selepas tamat kursus beliau tekad menjadikan jahitan sebagai sumber pendapatannya.
Memulakan perniagaannya di kediaman di Kampung Belimbing, Ludia menerima tempahan menjahit pakaian tradisional Bidayuh, baju kurung dan baju kebaya daripada penduduk sekitar.
Suaminya Libek Jonny, 48, seorang guru berketurunan Bidayuh memberitahu, kemahiran Ludia agak mengagumkan kerana isterinya bukan berketurunan Bidayuh.
Libek sentiasa memberi sokongan terhadap minat isterinya itu dengan membantu membeli barang-barang seperti kain, manik dan benang untuk menghasilkan pakaian tradisional itu.
Sejak kecil, anak perempuan tunggal Ludia, Mariam Urai, 18, diajar menjahit pakaian tradisional.
Mariam juga mahir membuat aksesori seperti rantai manik yang dipakai untuk melengkapi pakaian tradisional Bidayuh.
Pakaian tradisi wanita Bidayuh terdiri daripada baju berlengan pendek atau separuh lengan, kain sarung paras lutut dan tudung kecil atau penutup kepala.
Pakaian lelaki Bidayuh pula terdiri daripada baju hitam separa lengan atau berlengan pendek, kain lilit kepala dan seluar atau cawat.
LUDIA mendapat sokongan suami dalam mengusahakan perniagaannya.


Apakah yang menyebabkan Ludia memilih pakaian tradisional Bidayuh berbanding pakaian tradisi Orang Ulu?
"Masa yang lebih panjang diperlukan untuk menghasilkan pakaian tradisional Orang Ulu berbanding pakaian tradisional Bidayuh, selain itu saya tinggal di kawasan majoriti masyarakat Bidayuh yang menyebabkan pasaran pakaian Orang Ulu sangat terhad," katanya yang mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 18 pasang pakaian dalam masa sebulan.
Masyarakat Bidayuh mendiami sekitar Kuching, Bau, Padawan dan Serian, Sarawak masing-masing mempunyai baju tradisional yang berbeza antara satu dengan lain terutama daripada segi warna.
"Walaupun ketika ini saya menghasilkan baju tradisional masyarakat Bidayuh di Bau, pada masa yang sama saya juga mengambil tempahan dari kawasan lain. Yang penting mereka sertakan contoh pakaian," katanya sambil tersenyum.
Rantai manik
Selain baju, kain, topi dan selendang, Ludia turut menghasilkan aksesori tambahan seperti rantai manik untuk melengkapkan persalinan tradisional.
Selain Ludia, terdapat beberapa penjahit pakaian tradisional Bidayuh di sekitar Bau tetapi mereka tidak menghasilkan persalinan lengkap.
Sesuai dengan perkembangan telnologi masa kini dan bagi mengembangkan perniagaannya, Ludia menggunakan laman sosial Facebook Ludia Craft Collections.
Sejak menggunakan laman sosial enam bulan lalu, Ludia menerima banyak tempahan di sekitar Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Permintaan yang tinggi secara talian dan langsung menyebabkan adakalanya Ludia tidak menang tangan.
Dia juga merancang untuk membesarkan perniagaannya seperti menambah bilangan mesin jahit dan menggaji lebih ramai pekerja.


Berkonvoi sambil beramal

Posted: 26 Dec 2013 02:37 AM PST


ADA di antara ahli komuniti ini yang sanggup mengembara dari Kelantan semata-mata untuk bertemu ahli-ahli lain di Shah Alam.


KERANCAKAN Kawasaki Z800 Komuniti Malaysia menjalankan aktiviti amal sekali gus memperlihatkan sisi berbeza penunggang tegar motosikal berkuasa tinggi yang lazimnya mempunyai jiwa dan hati yang kental.
Selain aktif berkonvoi, komuniti itu yang baru ditubuhkan pada 10 November tahun lalu, rancak membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama dalam kalangan warga emas, anak yatim dan yatim piatu.
Ketua Program Kawasaki Z800 Komuniti Malaysia, Elfe Azrul Abdul berkata, dengan keahlian lebih 10,000 orang, pihaknya yakin dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.
"Tujuan utama kami adalah untuk berkumpul dan merapatkan hubungan sesama ahli. Ketika itu timbul idea untuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai.
"Bagaimanapun, kerja-kerja amal ini dilakukan setelah dibuat perancangan yang teliti selain mengenal pasti rumah yang ingin dilawati," katanya ketika ditemui sempena majlis Makan Malam 2013 Kawasaki Z800 Komuniti Malaysia di Intekma Resort Universiti Teknologi Mara, Shah Alam baru-baru ini.
Jelasnya, antara tujuan lain penubuhan komuniti itu adalah untuk membantu meringankan beban dalam kalangan ahli seperti waris yang meninggal dunia atau menghidap penyakit kronik.
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 pemilik motosikal Kawasaki Z800 itu dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya, persembahan silap mata dan permainan dalam kumpulan.

SYARAT untuk menjadi ahli Kawasaki Z800 Komuniti Malaysia ialah mempunyai motosikal berkuasa tinggi itu.


Elfe Azrul berkata, walaupun kali pertama dianjurkan, pihaknya sunggu berbesar hati apabila mendapat tajaan berjumlah hampir RM80,000 serta berjaya mengutip derma lebih RM5,000 untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan.
Selain itu, pihaknya turut merancang untuk mengadakan program pembersihan kawasan perkuburan Islam di sekitar Lembah Klang.
Dalam pada itu, ahli kumpulan kelab tersebut, Nor Jamaludin Ismail berharap program makam malam tersebut dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.
"Ketika idea untuk mengumpulkan semua pemilik Kawasaki Z800 di bawah satu komuniti diutarakan pada tahun lalu, ia menerima maklum balas yang sangat positif.
"Selain berkonvoi, kami dapat melakukan kerja-kerja kemasyarakatan," katanya.
Bagi Presiden Penunggang Kawasaki Z800 Kelantan, Mohd. Alil Mohd. Arif, penat lelahnya menunggang motosikal bersama 20 penunggang lain selama lapan jam dari Kelantan ke Shah Alam begitu berbaloi apabila dapat berkumpul beramai-ramai pada majlis berkenaan.
"Lihat sahaja kemeriahan majlis makan malam ini kami seperti sudah lama kenal. Walhal semua penunggang yang berada di sini baru berkenalan sebentar tadi," katanya.


Legasi Nasi Ayam Pak Mal

Posted: 26 Dec 2013 02:36 AM PST


SEBANYAK 600 pinggan nasi ayam dijual setiap hari di restoran ini.


SELEPAS hampir separuh abad legasi nasi ayam Pak Mal bertapak di Shah Alam, keenakan hidangan popular itu jarang sekali tewas untuk menambat hati pengunjung.
Apatah lagi, hidangan yang menggunakan resipi turun-temurun sejak tiga generasi itu dihidangkan bersama sup beraroma, daging ayam yang empuk dan sambal yang ditawarkan pada harga hanya RM5 sepinggan.
Bermula dengan pembukaan sebuah gerai di Petaling Jaya pada tahun 1969 dan kemudiannya berpindah ke Seksyen 10 dan 11, Shah Alam, Restoran Pak Mal Nasi Ayam telah diasaskan oleh Kamarul Hilal Jubri yang lebih disenangi dengan panggilan Pak Mal.
Restoran tersebut kini diuruskan oleh anak Kamarul Hilal, Ameerul Izham bersama isterinya, Asmani Abdullah, masing-masing berusia 27 tahun.
Selain nasi ayam sebagai hidangan utama, menu nasi kukus yang dihidangkan bersama potongan ayam goreng merah berempah dan gulai daging kawah serta soto juga antara hidangan kegemaran pengunjung. Restoran tersebut turut menyajikan hidangan Barat seperti stik, chicken chop dan fish and chips serta hidangan Thai.
Seorang pelanggan setia, Syamimi Fizuan Mohd. Sofi, 22, yang menetap di Seksyen 24, Shah Alam sejak tiga tahun lalu, berkata, restoran berkenaan adalah lokasi wajib yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Bandar Raya Anggerik itu.
"Antara sebab saya gemar makan di sini ialah makanan yang disediakan lazat. Selain itu, layanan pekerja di sini juga amat baik
"Sejak tiga tahun lalu berkunjung di restoran ini saya tidak pernah berasa bosan, malah kadangkala terasa mengidam untuk makan di sini," katanya ketika ditemui di restoran berkenaan baru-baru ini.
Lain pula kisahnya bagi Siti Asyikin Ariffin, 22, dari Johor yang pertama kali berkunjung ke restoran itu. Dia berpendapat kelebihan nasi ayam itu terletak pada sambal dan isi ayam yang lembut.

PELANGGAN mula memenuhi Restoran Pak Mal Nasi Ayam pada pukul 11 pagi.


Harga berpatutan
Bagaimanapun, Siti Asyikin berkata, dia lebih tertarik untuk merasa nasi yang dihidangkan bersama potongan ayam goreng merah dan gulai daging kawah.
"Saya mahu mencuba pelbagai variasi menu lain yang turut disediakan di sini. Oleh itu, nasi kukus adalah pilihan saya. Gulai kawah boleh menjadi satu lagi tarikan popular pelanggan selain nasi ayam yang sedia terkenal di sini," katanya.
Sebagai pengurus, Asmani berkata, kepuasan pelanggan adalah keutamaan perkhidmatan di restoran tersebut.
"Kami di sini sangat menghormati pelanggan kerana mereka adalah sumber rezeki perniagaan ini. Segala peringkat penyediaan makanan dan minuman diambil berat, ini termasuk dari aspek keenakan setiap hidangan, penggunaan ramuan halal dan penjagaan kebersihan dapur dan persekitaran restoran.
"Sebagai langkah terus memperbaiki dan mengekalkan mutu perkhidmatan, saya sentiasa memesan kepada kesemua 17 orang pekerja kami agar menguntum senyuman dan melayan pelanggan seperti kita melayan saudara kandung sendiri iaitu dengan penuh rasa hormat," ujarnya.
Menurut Asmani, pelanggan di Restoran Pak Mal Nasi Ayam terdiri daripada pelbagai golongan antaranya penuntut di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan pekerja di sekitar Shah Alam.
Katanya, dia yakin antara sebab utama pelanggan mengunjungi restorannya ialah hidangan-hidangan yang ditawarkan di sana bukan sahaja enak tetapi juga pada harga berpatutan iaitu serendah RM5 untuk hidangan seperti nasi ayam, soto dan masakan bergoreng sehingga RM10 bagi hidangan Barat.
"Setiap hari kira-kira 600 pinggan nasi ayam habis dijual.
"Bagi memenuhi keperluan pelanggan, kami juga menerima tempahan awal bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis di sini," katanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines