Sabtu, 21 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Aril Pilus Jadi Suami Dengan Sekali Lafaz

Posted: 20 Dec 2013 05:33 AM PST


Aril selamat bergelar suami kepada Puteri Erma.
PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan penyampai radio Era FM iaitu, Aril Pilus akhirnya bergelar suami kepada Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Padang Enggang, Pasir Hor, Kota Baharu, Kelantan.
Pasangan itu selamat diijabkabulkan oleh imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa kira-kira pukul 3.20 petang Jumaat.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, menyerahkan wang hantaran yang juga dijadikan emas kahwin sebanyak RM15,000.
Rombongan lelaki turut membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah cincin emas putih bertatahkan berlian, seutas jam tangan, beg tangan, senaskhah Al-Quran, sejadah dan telekung, sepasang kasut jenama Christian Louboutin, sepersalinan pakaian, pewangi Marc Jacobs dan sirih junjung.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut Dr Martin, pewangi, dompet, tali pinggang, beg lelaki, jaket, dan sebentuk cincin bertatah berlian.
Sementara itu, majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan sejurus selepas akad nikah di lokasi yang sama.

Iqram akui rapat dengan Wincci

Posted: 20 Dec 2013 05:33 AM PST

GIMIK atau benar? Aksi Soo Wincci dan Iqram pada majlis pelancaran album bahasa Melayu sulung Wincci di Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KETIKA sedang asyik mendengar ucapan daripada penyanyi, Soo Wincci sempena pelancaran album bahasa Melayu sulungnya, Su Win Si by Soo Wincci di Embassy Row Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, kelibat pelakon popular, Iqram Dinzly dengan tidak semena-mena muncul daripada belakang pentas.
Iqram, 32, yang hadir dengan sejambak bunga tiba-tiba bertindak melutut di hadapan penyanyi putih melepak itu sambil menghulurkan sebentuk cincin kepadanya.
"Selagi awak tidak menerima cincin ini, saya tidak akan bangun," getus Iqram sambil diperhatikan oleh Wincci, yang ternyata kaget dengan tindakannya itu.
"Sudikah awak menjadi teman baik saya sehingga ke akhir hayat?" tanya Iqram yang akhirnya meleraikan situasi 'tegang' pada petang itu. Wincci akhirnya ketawa dan mengiyakan soalan Iqram lalu menerima cincin tersebut.
Gimik yang dilakukan oleh Iqram ternyata menjadi. Aktor yang pernah dikenali sebagai pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu berkongsi dengan Kosmo! mengapa dia bertindak sedemikian.
Kosmo!: Mengapakah anda melakukan gimik sebegini pada majlis pelancaran album Soo Wincci?
IQRAM: Sudah lama saya dan Wincci tidak bersua muka. Kali terakhir kami berjumpa ketika Wincci menyambut hari lahirnya beberapa bulan lalu. Jadi, apabila saya tahu tentang acara pada hari ini, saya terus terpanggil untuk melakukan gimik tersebut.
Hubungan anda dan Wincci dilihat agak rapat. Boleh ceritakan bagaimana anda berjumpa?
Kami mula-mula kenal ketika menjayakan sebuah iklan untuk sebuah syarikat telekomunikasi tempatan. Sejak itu hubungan kami agak rapat. Saya dan Wincci sering berbalas mesej bertanya khabar.
IQRAM mempunyai sebab tersendiri kenapa dia tertarik untuk mengenali Wincci dengan lebih rapat.


Mengapa anda tertarik untuk mengenali Wincci dengan lebih rapat?
Penggambaran iklan tersebut diadakan pada bulan Ramadan tahun ini. Ketika itu, Wincci mengadu pada saya bahawa dia sakit perut kerana turut ikut berpuasa bersama-sama umat Islam yang lain. Saya begitu kagum dengan pilihannya untuk berpuasa dan dari situ kita mula berkawan.
Apa istimewanya Wincci pada mata anda?
Dia seorang yang gila kerja. Dia mampu untuk melakukan pelbagai kerja demi mencapai cita-citanya. Di samping itu, dia tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan sering memberikan semangat dan motivasi kepada saya untuk menyambung pelajaran dan menguasai bahasa Inggeris.
Tindakan anda memberi cincin 'persahabatan' kepada Wincci menimbulkan banyak tanda tanya. Adakah anda merancang untuk menyuntingnya menjadi suri hidup anda? Apa pendapat keluarga anda pula?
(Sambil ketawa) Saya tidak cakap mahu menyuntingnya menjadi isteri tetapi jika dijodohkan apa salahnya. Tiga orang pak cik saya mendirikan rumah tangga dengan pasangan mereka yang berbangsa Cina. Rasanya, tidak menjadi masalah bagi kaum keluarga saya untuk menerimanya.
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Saya sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta bersama Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.


Adakah ini bakal suami Linda Onn?

Posted: 20 Dec 2013 05:32 AM PST

  • Adakah ini bakal suami Linda Onn?

SECARA eksklusif, Media Hiburan Online berkongsi wajah yang dikhabarkan sebagai bakal suami kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn.

Menurut sumber, bakal suami Linda adalah berketurunan kerabat bernama Ungku Azhar, berusia dalam lingkungan 40an.

MH telah cuba menghubungi Linda Onn untuk mengesahkan perkara ini tetapi gagal.

Namun, menerusi laporan dalam sebuah akhbar, Linda mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini dan akan mengadakan majlis secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Sebelum ini, Linda juga dipercayai telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru.

Kes Skandal Adi Putra: Amiruddin Ceraikan Isteri Talak Satu

Posted: 20 Dec 2013 05:30 AM PST


Amiruddin bersama isterinya, Noraida pada sidang media mereka 13 Disember lalu.
PUTRAJAYA: Amiruddin Othman, 56, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra mendakwa telah menceraikan isterinya secara lisan dengan talak satu pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.
Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain untuk kebaikan mereka bersama.
"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis (semalam) pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama," katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof dan peguam mereka melakukan sidang media pada 12 Disember lalu.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.
"Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan u tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan.
"Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.
"Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami," ujarnya.
Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Othman.
Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Raja Azrey tamat zaman duda

Posted: 20 Dec 2013 05:29 AM PST

  • Raja Azrey tamat zaman dudaFoto Media Hiburan

SELEPAS hampir setahun setengah hidup menduda, pelakon dan pengarah, Raja Azrey akhirnya mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya.

Dengan hanya sekali lafaz, Raja Azrey telah pun selamat bergelar suami kepada Rozita Rahim yang juga merupakan pengurus peribadinya dalam majlis pernikahan yang diadakan semalam. 

Memetik laporan Media Hiburan Online, majlis yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Pandan Indah tepat jam 5 petang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang.

Manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada malam ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan bertemakan bangsawan.

Neelofa Luah Rasa Bimbang Tinggal Sendirian Di AS

Posted: 20 Dec 2013 05:28 AM PST


Neelofa
KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa meluahkan rasa debar untuk ke Amerika Syarikat pada 27 Disember ini bagi mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA).
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, sepanjang sebulan lebih berada di negara itu, dia risau dengan situasi kehidupannya bersendirian tanpa ditemani kenalan dari Malaysia.
"Dalam rasa teruja untuk mengikuti kursus di NYFA, saya sebenarnya gementar dengan suasana yang bakal dilalui.
"Ini kerana saya ke sana tanpa teman dan bilik yang disewa hanya saya seorang yang tinggal. Dan kalau nak tahu saya ini penakut orangnya. Tak boleh duduk seorang diri," selorohnya.
Neelofa ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Meletop Era di Hotel Double Tree di sini pada Khamis.
Tambah pelakon filem Lemak Kampung Santan, perasaan takut tinggal bersendirian wujud kerana dia sering mendengar pelbagai kisah berkaitan makhluk halus sejak zaman sekolah menengah.
Malah rasa ketakutan itu membuatkan Neelofa telah membeli sebuah kamera mini yang disambungkan ke komputer dan diletakkan di bilik bagi membolehkan keluarga memantau keadaannya menerusi Internet.
Dalam pada itu, Neelofa yang sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkata, tujuan dia mengambil kursus di NYFA adalah untuk menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan.
"Insya-Allah, ilmu yang dipelajari di sana dapat diaplikasikan dalam kerjaya lakonan saya. Dan sekarang ini saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sehinggalah kursus selesai.
"Kemudiannya saya akan terlibat dengan penggambaran filem berjudul Sinaran selepas pulang ke tanah air," tuturnya.

Hadiah untuk peminat Melayu!

Posted: 20 Dec 2013 05:27 AM PST

  • Hadiah untuk peminat Melayu!

PENYANYI yang kini sedang menempa nama di Taiwan, Soo Wincci melancarkan album mini terbaharunya, Su Win Si by Soo Wincci, khas buat peminat Melayu.

Bercerita mengenai pemilihan tajuk album mini terbarunya, Wincci memberitahu, tajuk itu dipilih untuk memudahkan semua peminat terutamanya yang berbangsa Melayu untuk menyebut namanya memandangkan sebelum ini ramai yang agak keliru mengenai sebutan namanya.

"Cabaran utama saya ialah sebutan bahasa Melayu. Banyak perkataan Melayu yang saya tak dapat sebut dengan betul kerana pelat Cina saya terlalu pekat. Maklum saja, saya baru saja balik dari Taiwan.

"Mujur abang Ajai menukar lirik untuk tutup kekurangan saya," katanya yang ditemui ketika pelancaran album tersebut di M Suite @ Embassy Row, Jalan Ampang.

Menurut penyanyi cantik ini, album yang dihasilkan adalah sebagai hadiah buat peminat yang banyak menyokongnya selama ini.
Wincci berkata, album itu mengandungi lima buah lagu, antaranya Terus Teranglah duet bersama Joe Flizzow, Musim Asmara, Jangan Risau dan Nombor 1.

"Kesemuanya adalah lagu gubahan Ajai dan sangat senang bekerjasama dengannya sekali gus  memudahkan saya untuk merakamkannya, " katanya.

Juara Miss World Malaysia 2008/2009 ini juga memberitahu, dia turut menghadapi cabaran dari segi bahasa memandangkan ini merupakan album pertamanya berbahasa Melayu selepas menghasilkan empat album Mandarin sebelum ini.

Album Su Win Si by Soo Wincci yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia akan menemui peminat pada 20 Disember ini.

Peminat juga boleh memuat turun lagu-lagu terbaru Wincci di laman-laman Telco dan mengikuti perkembangan Wincci di Facebook, WincciFanPage, Instagram dan Twitter@soowincci.

Single baharu Radhi

Posted: 20 Dec 2013 05:26 AM PST

  • Single baharu RadhiRadhi

SUDAH lama industri tidak disajikan dengan lagu-lagu unik daripada Mohd Radhi Razali, 36, atau Radhi yang satu ketika dulu pernah menggegarkan arena hiburan seni tanah air bersama kumpulan OAG.

Susulan daripada kontroversinya dalam penyalahgunaan dadah, hinggalah kepada perceraiannya sejak beberapa tahun lalu, karier seni jejaka kelahiran Sarawak ini bagai terhenti seketika.

Tampil dengan semangat baharu berbekalkan sokongan keluarga dan rakan-rakannya dalam industri, pelantun 60s TV ini, bakal kembali dengan single terbaharunya selepas projek 3 Duda di samping Asheed Def-Gab-C dan CD Naz.

"Proses lagu ini, sudah hampir 70 peratus siap dan selepas itu akan lancarkannya pada tahun depan," kata pengacara Switch Off ini.

Radhi berkata, single terbaharunya ini masih mengekalkan konsep muzik yang sama dibawa oleh OAG iaitu rock alternatif indie dan tidak pernah tersasar dari elemen lagu yang diterapkan  seperti sebelum ini.

"Lagu ini masih mengekalkan suntikan happy tune, catchy.

"Pastinya lagu ini akan menghiburkan seiring dengan irama alternatif yang masih digilai anak muda masa kini," katanya.

Kahwin tahun depan?

Tinggalkan mengenai karier seninya seketika, Radhi mengakui dirinya sangat bertuah kerana dapat mendampingi seorang gadis yang sangat memahaminya, Nur Shahirah Ayu Zahiri, 19 tahun.

"Alhamdulillah, Ayu jenis yang matang dan boleh menerima setiap pandangan saya. Seperti sebelum ini, dia mula berjinak untuk memakai tudung walaupun tidak sepenuhnya.

"Tapi saya terima, biarlah dia perlahan berubah dan saya tak paksa dia. Biar dia bertudung kerana ALLAH bukan kerana paksaan saya," katanya.

Menurut Radhi, sebelum ini Ayu sentiasa memberi sokongan dan berjaya membawa perubahan dalam dirinya untuk menjalani pemulihan di rumah Pengasih.

"Saya kagum dengan Ayu sebab dia banyak mendorong dan merubah saya. Dia jauh lebih matang berbanding usianya. Dia tak putus asa yakinkan saya yang saya boleh berubah," katanya.

Walaupun jarak umur mereka jauh berbeza, Radhi menganggap semua itu bukanlah halangan untuk menjalinkan perhubungan.

Sikap matang Ayu yang berusaha membantu dirinya keluar dari belenggu masalah itu membuatkan hatinya terpaut pada gadis itu.

Di tebak mengenai fasa seterusnya perhubungan mereka, Radhi menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir. Baginya, adalah lebih penting untuknya memperbetulkan dirinya terlebih dahulu agar dapat membimbing bakal isterinya itu nanti.

Sementara itu,  Ayu yang juga ditemui bersama Radhi berkata, dia merancang berkahwin pada tahun depan memandangkan kedua-dua pihak keluarga merestui hubungan mereka.

"InsyaALLAH, jika ada jodoh, saya dan Radhi akan melangsungkan perkahwinan," katanya.

Menurut Ayu lagi walaupun bukan mudah berkawan dengan Radhi, namun dia merasa bertuah kerana penyanyi itu sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya itu.

"Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya," katanya.

Salamiah Hassan bakal tawan IB

Posted: 20 Dec 2013 05:25 AM PST

  • Salamiah Hassan bakal tawan IB

RAMAI yang mengenali penyanyi Atilia sebagai penyambung darah seni penyanyi bersuara emas, Salamiah Hassan. Namun, tidak ramai generasi kini begitu mengenali Salamiah Hassan dengan lebih mendalam, apatah lagi mengetahui tentang perjalanan seni muziknya yang kini sudah pun mencecah empat dekad.

Mempunyai sejarah dan perjalanan seni muzik yang cukup unik, kerjaya Salamiah, yang kini sudah berusia 62 tahun sebagai penyanyi bukanlah bermula di kelab-kelab malam seperti mana anggapan segelintir orang terhadap dirinya.

"Kerjaya saya bermula dalam bidang seni nyanyian ini bermula dengan  menyertai pertandingan Bakat TV anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi lagu If You Go Away," katanya.

Walaupun tidak berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut, namun bakat besar yang dimiliki oleh Salamiah berjaya menarik perhatian  komposer penuh kredibiliti ketika itu iaitu Ahmad Nawab (kini bergelar Datuk).

Bermula dari situlah kerjaya Salamiah sebagai seorang penyanyi rakaman menerusi beberapa lagu yang dihasilkan. Namun begitu, penyanyi rakaman masih belum memberi kepuasan yang penuh buat anak kelahiran  Kuala Lumpur ini yang mewarisi darah seni menyanyi daripada ibunya, Sabariah Aziz.

Daripada penyanyi rakaman, Salamiah beralih haluan menjadi penyanyi kelab malam. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh kebanyakan penyanyi wanita lain pada masa itu.

"Di kelab-kelab malam, saya menemui kepuasan apabila berpeluang menghiburkan ramai pencinta muzik dengan variasi muzik dan lagu yang pelbagai.

"Daripada penyanyi rakaman, saya terus mengasah kemampuan vokal dan persembahannya untuk membawa pelbagai genre muzik dan repertoir yang lebih meluas termasuk R&B dan Jazz yang kemudiannya turut menjadi kecintaannya," katanya.

Bertitik tolak daripada itu, ia kemudiannya membuka peluang yang lebih besar dan meluas untuknya menjadi penyanyi Jingle atau penyanyi lagu produk iklan di TV.

Berhibur dan beramal

Meneruskan perjalanan seninya, pelantun Bila Rindu Ku Sebut Namamu, ini bakal menjayakan Konsert Gelombang Salamiah Hassan di Istana Budaya pada 10, 11 dan 12 Januari depan.

Diterbitkan Akid Production Sdn Bhd, idea untuk menghasilkan Konsert Gelombang Salamiah Hassan ini dicetuskan sendiri oleh produsernya, Yang Mulia Raja Azmi Raja Sulaiman.

Bukan disebabkan oleh hubungan akrabnya dengan Salamiah yang disifatkan sebagai kakaknya sendiri, namun Raja Azmi berpendapat bahawa Salamiah sememangnya berusaha untuk berdiri di pentas Istana Budaya dan menjayakan konsert solo sendiri.

"Alhamdulillah sebaik saja saya kemukakan cadangan saya untuk menerbitkan konsert ini kepada pihak Istana Budaya, Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani tau Abang Jo bukan saja menerimanya dengan terbuka tetapi turut menyokong usaha kami untuk merealisasikan konsert ini.

"Menerbitkan acara sebegini mungkin bukan kebiasaan saya kerana selama ini saya lebih banyak terlibat dengan penerbitan filem serta komik dan majalah," katanya.

Konsert ini bakal di kemudi pengarah berwibawa Pat Ibrahim berserta pemuzik terkenal dan berkaliber, Aubrey Suwito serta pengarah seni dan artistik, Raja Malek.

Menurut Pat Ibrahim, dia sangat berbesar hati apabila dapat bekerja dengan Salamiah serta mengemudi konsert solo pertama penyanyi hebat itu.

"Nama Salamiah Hassan sangat besar. Tapi, tidak begitu ramai yang menyedari apa yang dilakukannya. Konsert Gelombang Salamiah Hassan ini bakal mendedahkan kisah dan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.

" Sebanyak 25 buah lagu bakal disampaikan oleh Salamiah dengan enam segmen dan salah satu segmen tersebut akan ada Atilia bersama Salamiah," katanya.

Dalam pada itu, Salamiah memberitahu, konsert tersebut bertujuan untuk berhibur sambil beramal.

"Konsert ini bakal diadakan selama tiga hari berturut-turut  akan melelong beberapa barang peribadi milik saya secara eksklusif seperti Baju, beg, kasut dan barangan berharga. Wang hasil kutipan lelongan barang ini bakal disalurkan kepada badan kebajikan haiwan, SPCA (Society for the Prevention of Cruelty to animal), " katanya.

Lancar album baharu

Biarpun sibuk membuat persiapan diri untuk menjayakan konsert solo pertama yang julung kali adakan ini, Salamiah juga sempat mencuri masa untuk menyiapkan album studio terbaru berjudul 'Aku'.

Berkonsepkan Melayu Klasik, album yang turut diterbitkan Aubrey Suwito ini menampilkan lima lagu-lagu kegemaran Salamiah yang dinyanyikan semula olehnya dengan susunan muzik yang baru. Sebuah lagu baru berjudul Aku ciptaan Aubrey Suwito turut dimuatkan di dalam album ini.

Salamiah berkata, dia sememangnya sangat teruja tetapi dalam masa yang sama gementar untuk menjayakan konsert solo pertama itu.

"Banyak sebenarnya yang saya lalui sebagai seorang anak seni. Insya-ALLAH, di dalam konsert ini nanti, saya akan mendekati audiens dengan lagu-lagu saya, kisah hidup saya dan perkara-perkara melucukan yang ingin saya kongsikan dengan mereka," katanya.

Album ini bakal menemui peminat pada 8 Januari depan dengan memuatkan 23 buah lagu nyanyian Salamiah.

Cipta fenomena tersendiri

Posted: 20 Dec 2013 05:24 AM PST

  • Cipta fenomena tersendiriHafiz Hamidun

BERJAYA mendapat sambutan menggalakkan menerusi album, Zikir Terapi, pada tahun lalu, Hafiz, tidak membiarkan peminatnya menunggu lama. Tampil dengan album Zikir Terapi 2 pada Jun lalu, akui Hafiz, kedua-dua album itu berjaya mencipta fenomena sendiri.

"Alhamdulillah, Zikir Terapi berjaya dijual sebanyak 250,000 salinan. Untuk album Zikir Terapi 2, ianya turut menunjukkan peningkatan.

"Sehingga kini, kami mengeluarkan 50,000 salinan untuk Zikir Terapi 2 dan saya percaya angka itu akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

"Ia merupakan penghargaan yang bernilai buat saya kerana trend lagu zikir ini semakin mendapat tempat di hati peminat," katanya yang turut bertindak sebagai penyusun muzik dan juru adun album berkenaan.

Album Terapi Diri 2 mengandungi 11 lagu termasuk Rabbi Zidni, Ilahi Last, Zaljalali Wal Iqram, Malikul Haq, Allahu Ya Rahman, Maghfirah, Tubna Ilallah, Subhanallah Walhamdulillah, Karimu Antallah, Rabbibil Mustofa dan Habib.

Selain Zikir Terapi dan Zikir Terapi 2, sebelum ini, Hafiz memiliki album solo lain termasuk Syukran pada tahun 2009.

Hormat pandangan orang lain.

Walaupun sebelum ini, usaha dakwahnya pernah dikritik, namun Hafiz tidak pernah memandang ke belakang dan menganggapnya sebagai cabaran.

"Ada segelintir pihak mempertikaikan cara penyampaian lagu dan imej saya, namun ia tidak menjadi 'kudis' buat saya. Saya hormat pandangan semua orang, namun saya juga mempunyai cara saya sendiri.

"Saya mahu menjadikan zikir ini satu fenomena dan di mana sahaja mereka berada, mereka boleh berzikir dengan irama. Lagipun, peminat saya terdiri daripada pelbagai lapisan umur iaitu dari 13 hingga 40 tahun.

"Usaha dakwah ini akan diteruskan selagi ia berada di paksi yang betul," katanya yang mengakui penglibatan dalam bidang seni bukan berdasarkan hiburan semata-mata.

Malah, tambah Hafiz lagi dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ada di kalangan penyanyi atau pemuzik tampil dengan cara yang sama dalam menyampaikan dakwah.

"Saya tak kisah kalau ada yang nak cuba menggunakan cara yang sama untuk berdakwah kerana adalah untuk masyarakat.

"Dalam industri, kita memerlukan persaingan sihat kerana ia bukanlah sesuatu perkara yang memudaratkan," katanya.

Kahwin tahun depan?

Di usia lewat 20-an, mungkin ramai di kalangan sahabatnya yang telah berkeluarga dan memiliki anak.

Namun, bagi Hafiz, jauh di sudut hatinya turut berhasrat  melengkapkan kehidupan dengan kehadiran isteri dan anak-anak.

"Siapa yang tak nak berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. Namun, buat masa ini, saya tak mahu terlalu terbuka bercerita mengenai kehidupan peribadi.

"Saya ada berkawan dengan wanita, namun saya takut nak bercerita, takut tak jadi pula.

"Insya-ALLAH, sasaran saya adalah pada tahun hadapan. Jika ada jodoh, adalah. Apa pun, saya berserah pada kuasa Yang Maha Esa," katanya yang mengakui lebih tertarik dengan wanita yang kelakar, pandai memasak dan suka melancong.

Tiada Penaja, Majlis Kahwin Aril Pilus Guna Wang Sendiri

Posted: 20 Dec 2013 05:22 AM PST


Aril Pilus
PETALING JAYA: Penyanyi Aril Pilus menggunakan wang daripada titik peluhnya untuk mengadakan majlis perkahwinan dan tidak menerima tajaan mana-mana pihak.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, berkata, semua perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil wang simpanan dan sedikit pelaburannya sepanjang menjadi artis.
"Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini.
"Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Puteri Erma Edlinda
Aril akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines, iaitu Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, selepas solat Jumaat.
Majlis akad nikah bakal berlangsung di kampung pengantin perempuan iaitu di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelantan pada Jumaat (hari ini).
Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan.
Aril yang juga deejay Era FM berkata, dia turut berasa gemuruh untuk melalui detik-detik bergelar suami
Bagaimanapun dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab tersebut.
"Debaran semakin terasa dan sukar untuk saya gambarkan apa yang saya rasa pada majlis itu nanti.
"Saya harap dapat lafazkan akad dengan lancar dan tidak tersalah sebut kerana perasaan gemuruh," katanya.
Sementara itu, Aril berkata, majlis persandingan di Kuala Lumpur untuk rakan-rakan dan media akan diadakan pada Mac tahun hadapan.
"Pada majlis nikah, kami buat secara kecil-kecilan dahulu kerana bakal isteri saya hanya dapat cuti dua hari sahaja dan pada Mac nanti baharulah kami adakan untuk rakan-rakan dan media," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang keistimewaan Puteri, Aril memberitahu wanita itu mempunyai kelembutan dan ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri.
Dia juga tidak menghalang untuk isterinya terus bekerja sebagai selepas berkahwin nanti.

Kes cerai Zahnita Wilson tangguh

Posted: 20 Dec 2013 05:21 AM PST

  • Zahnita Wilson

SHAH ALAM - [video] Sebutan kes perceraian membabitkan model jelita, Zahnita Wilson dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abd Gafour tertangguh ekoran suaminya gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor, hari ini.

Peguam Zahnita, Datuk Amli Embong memohon kepada Hakim Syarie, Azmi Aziz agar diberi satu lagi tarikh sebutan kes tersebut.

"Sepatutnya defendan kena hadir pada hari ini untuk menjawab tuntutan pihak plaintif, Zahnita. Tetapi defendan masih gagal hadir.

"Kita minta satu lagi tarikh sebutan (3 Februari 2014) untuk membolehkan pihak defendan hadir ke mahkamah dan sekiranya gagal hadir, kami akan teruskan kes tanpa kehadiran pihak defendan," katanya kepada pemberita ketika ditemui, hari ini.

Mengulas lanjut soal permohonan Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, Amli Embong berkata, permohonan tersebut adalah untuk bercerai secara fasakh.

"Kami dah serahkan saman itu pada 13 Disember kepada pihak defendan. Walaupun mereka enggan terima tetapi sudah dianggap terima.

"Zahnita memang dikecualikan kehadiran di peringkat sebutan tetapi untuk sebutan Februari nanti jika diperlukan Zahnita akan hadir," katanya.

Setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga, Zahnita Wilson memfailkan permohonan cerai kepada Abdul Zackery pada 18 November lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zahrafeena, 6, dan Zaharayna,1.

'Jaga rohani' rahsia awet muda Aida Khalida

Posted: 20 Dec 2013 05:19 AM PST

  • Aida Khalida

NAMA Aida Khalida barangkali bukan asing dalam industri seni lakonan. Biarpun mula dikenali dengan nama Aida Rahim dan kemudian beralih kepada Aida Radzwill, dia masih individu yang sama, mewarnai industri semenjak awal1990-an lagi.

Biarpun sudah tampil berhijab dua tahun lalu, ia tidak sedikit pun menjadi penghalang buat aktres berbakat besar ini, namun akuinya, dia masih mengehadkan tawaran lakonan agar tidak lari dari imej Muslimah.

Bukan sahaja berbakat besar, pesona utama Aida di mata sesiapa sahaja adalah sikapnya yang lemah lembut dan percakapannya yang cukup sopan-santun.

Bahkan, dalam usianya yang sudah melewati angka 50-an dan sudah berstatus nenda, Aida masih kelihatan cantik dengan susuk tubuh yang ramping. Pendek kata, biarpun sudah berusia, namun Aida masih menawan dan berada dalam kelas kecantikannya yang tersendiri.

Apatah lagi, tanpa perlu mendedahkan aurat, atau mengenakan solekan yang tebal, Aida masih mampu untuk menarik perhatian peminat atau sesiapa sahaja.

Oleh kerana itu, ramai pasti tertanya-tanya apakah rahsia yang diamalkan oleh wanita ini dalam memastikan mempunyai wajah yang awet muda dan tubuh yang langsing bagi wanita yang sudah berusia.
Justeru, Zass mendekati Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Seri Angkasa 1994  menerusi drama Tak Ingat tak ingat bagi mendapatkan jawapannya.

Apakah pengertian cantik & sihat bagi anda?

Bagi saya kecantikan adalah hijab yang sempurna bila kita menutup aurat, jaga iman dan menjaga hati. Dari segi kesihatan pula, amat penting kita jaga pemakanan, jalani kehidupan yang sihat.

Sebagai wanita yang sudah berusia, anda masih kelihatan cantik, apa rahsianya?

Tiada apa rahsia yang khusus tetapi saya hanya menjaga makan, bersenam dan menjaga kerohanian saya. Maksud saya cantik ini adalah dari segi rohani, bila kita bersolat. Membaca al-Quran.

Selain itu, adakah anda mengambil ubat-ubatan atau suplemen untuk menjaga kesihatan?

Ya, sekali-sekala penting untuk kita lakukan detox dan saya juga ada mengambil suplemen yang bahan-bahannya berasaskan buah beri untuk kesihatan dalaman. Tapi setiap orang berbeza suplemen yang perlu di ambil.
Jadi amatlah penting untuk kita lakukan pemeriksaan bagi mengetahui apa yang kurang dan lebih dalam badan kita.

Bagi perancangan jangka panjang, adakah anda merancang atau melakukan apa-apa rawatan demi kesihatan?

Tidak sama sekali. Bagi saya kini, apa yang saya amalkan, apa yang saya buat, biarlah mendapat manfaat dan menjadi pahala buat saya. Manfaat untuk saya di akhirat.

Boleh kongsikan rutin harian anda?

Bukan saya nak riak ya, tetapi semenjak saya berhijrah, masa saya banyak saya habiskan dengan mendalami ilmu agama. Sebelum matahari terbit, saya akan ambil masa untuk solat sunat, tahajud dan kemudiannya selepas menunaikan solat Subuh, saya akan membaca al-Quran.

Selepas itu barulah bersenam dan seterusnya tugas harian seperti kerja rumah dan kerja saya sendiri.

Bagaimana pula rutin senaman?

Sejujurnya saya lebih selesa berjoging di rumah sahaja, kerana menjaga aurat saya. Tetapi jika ada masa terluang, saya akan ke gimnasium bersama kawan-kawan. Tapi jarang sekalilah, kerana saya lebih gemar bersenam di rumah sahaja.

Boleh kongsikan rutin pemakanan anda?
Saya lebih banyak amalkan memakan buah-buahan sebelum makan dan minum air suam. Selain itu saya hanya makan seperti biasa, tiada diet khusus.

Ramai wanita gemar meluangkan masa ke spa untuk merehatkan badan, apakah anda juga memilih cara sama?

Oh tentu sekali dan saya ada kawan yang membantu saya untuk berurut kerana sekali sekala badan kita memerlukan rehat setrta berurut dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.

Selain itu, apa aktiviti yang gemar anda lakukan pada waktu luang?

Saya gemar membaca tafsir al-Quran, beberapa tafsir hadis dan sebagainya. Selain itu, saya gemar menghadiri majlis-majlis ilmu.

Apa perkembangan terkini anda?

Semalam (Isnin), saya baharu sahaja selesai mengikuti misi bantuan mangsa banjir ke Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang bersama kumpulan Usrah Fitrah saya. Kami membantu mengagihkan makanan dan membersihkan kawasan sekolah yang dilanda banjir.

Istimewanya majlis ini mendapat tajaan dari pihak Adabi dan masjid Al Muqaramah, Bandar Sri Damansara. Selain itu, esok (hari ini), saya akan memulakan penggambaran sebuah telefilem untuk TV3.

Apa nasihat anda untuk semua wanita di luar sana?

Apa yang kita lakukan, amat penting menjaga hati, iman dan aurat kita kerana dari hati, iman serta auratlah terbitnya kecantikan itu.

Astro Perkenal Anugerah Meletop Era

Posted: 20 Dec 2013 05:17 AM PST


KUALA LUMPUR: Kewujudan kategori Artis Serantau Meletop bagi anugerah Anugerah Meletop Era yang bakal diperkenalkan tidak akan mencetuskan kontroversi berkaitan penglibatan artis-artis negara luar pada acara berprestij itu nanti.
Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, pihaknya yakin tiada sebarang isu yang akan dibangkitkan berkaitan kategori tersebut kerana ia sekadar tanda pengiktirafan kepada artis negara luar yang berjaya menembus pasaran di negara ini.
"Saya faham ada sesetengah pihak cuba membangkitkan isu pemberian pengiktirafan kepada artis negara luar.
"Tetapi perlu diingat kejayaan mereka disebabkan masyarakat kita yang meminati muzik mereka.
"Selain itu anugerah ini juga diadakan khas untuk karya-karya berbahasa Melayu dan ia juga sebagai tanda mengangkat seni hiburan berbahasa Melayu," katanya.
Pengacara Meletop. Dari kiri, Nabil Ahmad, Neelofa dan AC Mizal
Putri ditemui pada majlis sidang media Anugerah Meletop Era di Hotel Double Tree di sini pada Khamis.
Pada majlis tersebut pihak penganjur turut mengumumkan barisan pengacara yang akan mengendalikan acara berkenaan iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Anugerah Meletop Era merupakan sebuah acara pengiktirafan karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
"Anugerah ini merupakan kolaborasi antara program Meletop dan radio ERA FM bagi mengangkat bakat dan kreativiti para selebriti yang banyak menyumbang dalam industri seni hiburan tempatan.
"Menerusi platform ini, orang ramai dapat menunjukkan sokongan mereka dengan menghantar undian bagi memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori yang dipertandingkan," ujarnya.
Sebanyak 16 kategori diperkenalkan menerusi anugerah ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Kumpulan Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.
Turut diperkenalkan Program TV Meletop, Bintang TV Meletop, Bintang Siber Meletop, Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Fesyen Meletop selain Artis Serantau Meletop.
Bagi pencalonan awal, pihak penganjur menyenaraikan nama 20 pencalonan bagi setiap kategori untuk membolehkan lima daripadanya tersenarai pada peringkat akhir.
Undian fasa pertama untuk memilih lima terbaik dibuka dengan cara undian secara dalam talian bermula 10 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014.
Ia boleh dibuat dengan melayari laman www.meletop.com.my,www.facebook.com/mymeletop dan www.facebook.com/erafm.
Anugerah Meletop Era bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 menerusi saluran Astro Ria, Maya HD dan Astro Hitz.

Drama TV3 & TV9 Diiktiraf Dalam 'Anugerah Drama Festival KL'

Posted: 20 Dec 2013 05:10 AM PST


Antara barisan mereka yang terlibat dalam Festival Drama KL.
SUBANG JAYA: Buat pertama kali stesen televisyen TV3 dan TV9 bergabung untuk menganjurkan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 22 Februari 2014.
Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, anugerah sempena Festival Drama Kuala Lumpur itu adalah bagi mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang disiarkan saluran televisyen berkenaan sepanjang tahun 2013.
"Kita telah mendapat maklum balas yang sangat baik daripada penonton dan peminat drama-drama Melayu daripada semua slot sejak awal tahun lalu.
"Oleh itu, kita membuka peluang kepada mereka untuk mengundi sendiri drama dan kategori yang mereka rasa layak untuk menang," katanya pada sidang media acara itu di Empire Subang, di sini, Khamis.
Tambahnya, drama yang dicalonkan dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013.
Drama tersebut terdiri daripada Ruby, Diandra, Karlos, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Janji Shirah, Love You Mr. Arrogant, Janji Adam, Dalam Setiap Sujud, 6 Progresif dan Puteri Malam.
Aiman Hakim Redza
Manakala tujuh kategori dipertandingkan adalah Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Barisan Pelakon Pilihan dan Pasangan Serasi Pilihan.
Penonton boleh membuat undian menerusi di www.dfkl.com.my mulai 1 Januari depan.
Tambah Sherina, sempena festival tersebut juga bengkel selama dua hari akan dianjurkan melibatkan 17 penceramah berpengalaman dalam industri seni berkaitan drama dan lakonan.
"Bengkel selama dua hari ini memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari sesuatu yang baharu melalui pengalaman penceramah-penceramah hebat tanah air.
"Peserta berpeluang untuk belajar mengenai pengarahan, penulisan skrip, lakonan dan komposisi muzik dengan yuran pendaftaran hanya RM60 dan RM100," katanya.
Bengkel ini akan diadakan pada 20 dan 21 Februari 2014 Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.
Bagi yang berminat boleh mendaftar di Jabatan Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Tingkat 2, Sayap Utara, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Selain itu juga, Pertandingan Drama Pendek telah dibuka bermula sejak 1 November lalu dan akan tamat pada 31 Disember ini.
Undian secara dalam talian akan dibuka pada 1 Januari 2014 bagi setiap penyertaan dan lima buah drama pendek yang menerima undian tertinggi bakal mara ke peringkat seterusnya yang akan diadili oleh juri profesional.
Pemenang diumumkan pada kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur pada 22 Februari depan.

Mahu lelaki matang

Posted: 20 Dec 2013 05:08 AM PST



HAKIKATNYA, perceraian merupakan satu peristiwa yang cukup pahit untuk ditelan. Namun ia merupakan langkah terakhir buat sesebuah pasangan yang tidak mampu lagi hidup sebagai suami isteri.
Pelakon Rita Rudaini Mokhtar yang baru bercerai dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak sejak September lalu setelah berhadapan dengan masalah rumah tangga yang berlarutan selama bertahun-tahun, kelihatan cukup kental memegang status sebagai ibu tunggal.
Bertemu dengan pelakon tersebut ketika majlis pratonton filem Balistik baru-baru ini, Rita menyatakan bahawa kehidupannya sekarang lebih bertumpu kepada kerjaya dan membesarkan kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2.
Enggan memberikan sebarang komen tentang kisah bekas suaminya yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis yang pernah digosipkan dahulu, pelakon yang berasal dari Kangar, Perlis itu menegaskan bahawa dia tidak mahu langsung mengambil tahu mengenai hal tersebut.
"Saya tidak dapat berikan apa-apa komen sebab kami sudah berpisah dan Aidil tidak ada kena-mengena dalam hidup saya lagi. Cuma, sekarang orang ramai sudah boleh menilai situasi yang pernah berlaku antara kami dahulu.
"Sebenarnya, saya langsung tidak terkejut apabila mendengar cerita dia akan berkahwin. Sekarang ini, Allah sudah menunjukkan kebenarannya, meskipun dia pernah berkali-kali menafikan cerita berkenaan," ujarnya dengan nada serius.
Memandangkan bekas suaminya itu sudah menemui pengganti dan bakal mendirikan rumah tangga, Rita turut ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berkahwin lagi.
Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, buat masa ini, dia masih belum terfikir untuk kembali berkahwin memandangkan dia baru sahaja habis edah serta sedang bergiat aktif dalam bidang lakonan.
"Sekarang ini, dalam fikiran saya mahu mencari duit untuk menyara anak-anak. Bukan mudah untuk mencari seseorang yang boleh menerima diri saya dan anak-anak, malah sehingga kini tiada mana-mana lelaki yang cuba mendekati saya.
FIGURA jelita ini mengakui menyimpan segala keratan akhbar yang menampilkan kisah dan cerita yang membabitkan dirinya dan Aidil.


"Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi, saya tidak memandang pada usia pasangan sama ada lebih tua atau muda.
"Seboleh-bolehnya, saya inginkan seorang lelaki yang berfikiran matang dan mampu membuat keputusan sendiri serta bukan anak emak," jelasnya.
Berkenaan dengan permasalahan yang berlaku antara dirinya dan Aidil, pelakon itu berkata, dia tidak akan menyembunyikannya daripada pengetahuan kedua-dua anaknya itu dan akan menjelaskan segala-galanya apabila tiba masanya kelak.
Menurut Rita, dia sebenarnya banyak menyimpan keratan akhbar yang menyiarkan cerita membabitkan dirinya dan bekas suaminya itu untuk tatapan anak-anak dan terpulang kepada mereka untuk menilainya nanti.
"Buat masa ini, belum sesuai untuk saya menceritakan tentang masalah yang melanda kami memandangkan mereka masih kecil, dan sebagai ibu saya tidak akan menghasut mereka untuk membenci bapa mereka sendiri," ujarnya.
Nafkah anak
Mengenai tuntutan nafkah anak sebanyak RM5,392 yang dirasakan tidak munasabah oleh Aidil serta mendapat kritikan ramai, Rita menegaskan, tuntutan tersebut wajar memandangkan ia nafkah untuk dua orang anak.
Pelakon itu berkata, tindakan segelintir pihak yang mempertikaikan tuntutannya itu pula seolah-olah tidak merasai sendiri situasi yang dialaminya untuk menyara kehidupan dua orang anak yang semakin besar.
"Apabila Rayyan dan Rafqa meningkat usia, pastinya belanja untuk mereka akan bertambah. Lagipun apa yang saya tuntut itu adalah hak anak-anak dan dia sebagai bapa perlu menjalankan tanggungjawab.
"Kalau diikutkan saya malas hendak membuat tuntutan ini kerana masih mampu menyara anak-anak saya, tetapi semuanya ini saya lakukan kerana ingin memberikan yang terbaik buat mereka," luahnya seakan-akan tidak berpuas hati.
Rita turut mempertikaikan tindakan Aidil yang beranggapan tuntutan berkenaan tidak munasabah. Ini memandangkan bekas suaminya itu mempunyai pendapatan yang tinggi sebagai pemain bola sepak.
"Apa salahnya dia membayar jumlah tersebut kerana itu semua adalah untuk anak-anaknya sendiri dan rasanya bayaran yang dia berikan kepada peguam lagi tinggi berbanding apa yang saya tuntut. Lebih baik duit yang digunakan membayar peguam diberikan kepada anak sendiri," jelasnya.
RITA berikrar tidak akan menghasut anak-anaknya membenci bapa mereka sendiri.


Tidak halang
Meskipun sudah ditakdirkan tidak lagi menjadi isteri kepada Aidil, ujar Rita, dia tidak pernah menghalang sekiranya bekas suaminya itu mahu berjumpa dengan anak-anak.
Mengakui kali terakhir Aidil berjumpa dengan kedua-dua anaknya itu pada bulan Jun lalu, pelakon berkenaan turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap Aidil yang jarang bertanya khabar.
"Mengikut perkiraan saya dalam dua minggu sekali dia akan menghantar pesanan khidmat ringkas bertanyakan khabar anak-anak. Itupun sikapnya seperti tidak bersungguh-sungguh.
"Sebelum ini, memang pernah ada dia memberitahu ingin berjumpa dengan anak dan saya izinkan. Namun begitu, apabila saya suruh datang ke rumah, dia pula yang menolak," ujarnya yang meminta supaya bekas suaminya itu menjadi seorang bapa yang lebih bertanggungjawab.
Menjelaskan Rayyan dan Rafqa lebih rapat dengan dirinya berbanding Aidil, tetapi sebagai wanita dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin antara bapa dan anak.
"Saya pernah mengalami situasi yang sama apabila ditinggalkan bapa semasa berusia dua tahun, tetapi saya masih tetap menerima beliau sebagai bapa sewaktu saya berusia 17 tahun.
"Dalam hal ini, saya tidak kisah dan memberikan kebebasan kepada Aidil untuk berjumpa anak-anak, cuma saya meletakkan syarat yang mereka hanya boleh bermalam dengan Aidil ketika masing-masing sudah berusia tujuh tahun memandangkan selama ini mereka membesar bersama saya," jelasnya.


Farawahida sorok Shukur lapan tahun

Posted: 20 Dec 2013 05:07 AM PST

PASANGAN mempelai ini cuba mencuri masa untuk berbulan madu sempena perkahwinan mereka ini.


RAHSIA identiti kekasih hati Farawahida yang hanya dikenali sebagai Mr. A tersimpan rapi selama lapan tahun.
Namun, ia akhirnya terlerai selepas lelaki yang disifatkan pemalu itu sah memiliki penyanyi bersuara lantang tersebut menerusi ikatan perkahwinan pada Isnin lalu.
Abdul Shukur Mohd. Zain, 29, hanya memerlukan sekali lafaz sahaja untuk menjadi suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu tersebut.
Disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, Sentosa Villa Resort menjadi lokasi bersejarah dua jiwa tersebut yang dinikahkan Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Imanuddin Zakaria.
Anggun dengan busana putih rekaan Syarakim, riak wajah Farawahida Razali, 28, tampak tenang duduk bersimpuh di pelamin yang bertemakan karangan laut, mutiara dan kulit siput.
Berbeza dengan Shukur, bacaan lafaz taklik perkahwinan tersekat-sekat dan terhenti beberapa kali setelah dia gagal menahan sebak dan air mata yang tumpah di pipi.
Mengulas emosinya pada waktu itu, Shukur yang merupakan seorang usahawan memberitahu, terma dan syarat dalam lafaz taklik yang mewajarkan pembubaran perkahwinan amat mengentarkan jiwanya.
"Bagi saya, perkahwinan cuma sekali dan untuk sepanjang hayat. Tak mampu saya membayangkan perpisahan.
"Saya juga agak gementar kerana akad nikah bukan sekadar lafaz mewajarkan hubungan suami isteri tetapi juga amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipikul sebagai pemimpin keluarga yang baharu dibina," jelas anak jati Klang, Selangor itu ketika ditemui usai upacara pernikahan tersebut.
Merahsiakan jumlah wang hantaran kecuali untuk pengetahuan keluarga terdekat, Farawahida menerima mas kahwin RM1,000 berserta dua bentuk cincin emas.
Pengantin lelaki turut menghadiahkan tujuh dulang hantaran iaitu beg tangan, persalinan, komputer riba, minyak wangi, buah-buahan, sejadah dan telekung serta satu persalinan.
Pihak pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang hantaran. Antara yang menarik perhatian ialah empat buku biografi negarawan, tokoh perniagaan dan sukan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Nelson Mandela, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Alex Ferguson.
Selain itu, Farawahida turut menghadiahkan suaminya, Ipad, sebuah tafsir al-Quran, seutas jam tangan, buah-buahan kering, minyak wangi, tali pinggang dan tali leher, sirih junjung serta buah-buahan.
Gelodak jiwa
Menyentuh semula tentang emosi dirinya sewaktu melalui detik-detik akhir zaman daranya, ujar Farawahida, biarpun luarannya nampak tenang namun hanya Tuhan yang mengetahui gelodak dalam jiwanya.

FARAWAHIDA dan Shukur mula berkenalan pada tahun 2001 di alam persekolahan.


"Saya tak risau kelancaran upacara pernikahan kerana yakin abang (Shukur) mampu melaluinya. Namun yang lebih membuatkan saya gelisah tentang cabaran dan tanggungjawab menanti sebaik menjejakkan kaki ke alam rumah tangga.
"Oleh itu, kami sentiasa mengharapkan keberkatan Allah dan restu keluarga serta peminat agar kehidupan yang baru dibina kekal rukun hingga ke jannah," pintanya.
Mengimbas detik awal perkenalan mereka, ujar Farawahida, dia dan Shukur mula dipertemukan sewaktu masing-masing mewakili sekolah pada pertandingan sayembara puisi pada tahun 2001.
"Namun kami tidak bertegur sapa sehinggalah bertemu semula pada majlis perjumpaan rakan-rakan sekolah saya di Taiping pada tahun 2005. Shukur yang mengikut salah seorang rakan sekolah saya menyertai program itu menggamit perasaan saya.
"Kami mula rapat setahun kemudian sebelum serius membicarakan soal perkahwinan beberapa tahun kemudian," cerita penyanyi tersebut.
Shukur yang berada di samping isterinya itu pula menyampuk. Ujarnya, penglibatan dalam dunia penyiaran dan kewartawanan secara sambilan termasuk menjadi hos rancangan bual bicara Hello On 2 pada tahun 2009, merapatkan lagi hubungan dirinya dengan Farawahida.
"Namun, sifat pemalunya sukar dikikis. Seingat saya, kami tak pernah bergambar bersama kecuali untuk praperkahwinan baru-baru ini. Tapi hari ini (kelmarin), boleh rakam gambar kami banyak-banyak," selorohnya.
Hikmah
Mengakui berkasih selama lapan tahun sebagai tempoh yang agak panjang, Shukur tetap mengambil hikmah dan menganggap ruang masa tersebut membolehkan dia dan Farawahida lebih mengenali hati budi masing-masing dan menunjukkan karakter sebenar tanpa berlindung.
"Saya mempunyai masa untuk memahami kerjaya Farawahida sebagai penyanyi sekali gus yakin dapat menyesuaikan diri dalam dunia selebriti yang penuh onak duri," ujarnya.
Farawahida pula mengakui selesa bersama Shukur kerana selain ahli keluarganya, jejaka lulusan Universiti Malaya itu merupakan insan yang sentiasa memberi sokongan setiap kali dia dilanda kontroversi demi kontroversi sepanjang bergelumang dalam industri seni.
Dalam pada itu, Farawahida dan Shukur sepakat tidak merancang zuriat sebalik berserah kepada ketentuan Illahi termasuk bersedia bergelar ayah dan ibu dalam masa terdekat.
Memilih untuk menjelajah beberapa pulau-pulau peranginan terkenal tanah air sebagai lokasi berbulan madu, bagaimanapun masih belum menetapkan tarikhnya memandangkan mereka sibuk dalam kerjaya masing-masing.
"Shukur mempunyai jadual yang cukup ketat bagi menguruskan perniagaan manakala saya yang akan meneruskan karier sebagai penyanyi selepas ini menyasar mengeluarkan single terbaharu pada awal tahun hadapan.
"Mungkin kami akan curi-curi masa untuk selit aktiviti berbulan madu apabila ada sedikit kelapangan kelak," beritahunya.
Majlis resepsi pasangan dua sejoli itu yang bertemakan Glamour Extravaganza di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Perak itu turut berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu termasuk rakan-rakan artis seperti Ifa Raziah, Fazli Zainal, Ayu Damit dan Salma.


ASB agih dividen, bonus 8.7 sen

Posted: 20 Dec 2013 05:04 AM PST


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan kadar dividen dan bonus ASB di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menikmati agihan dividen sebanyak 7.7 sen dan bonus 1 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Agihan dividen itu akan dinikmati seramai 8.26 juta pelabur dengan melibatkan langganan sebanyak 127.2 bilion unit ASB.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah yang diperuntukkan bagi pembayaran pengagihan dividen tersebut ialah sebanyak RM9.38 bilion.


Kasut sekolah RM5 jadi tarikan

Posted: 20 Dec 2013 05:03 AM PST


PENGUNJUNG mengambil peluang membeli kasut sekolah pada harga RM5 sempena Karnival Jualan Gudang Kedua di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Jualan kasut sekolah murah dengan tawaran harga serendah RM5 sepasang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Karnival Jualan Gudang Kedua (FOC ke-2) di Pusat Konvensyen Pameran, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Jalan Duta di sini.
Tawaran sempena musim kembali ke sekolah itu dibuat oleh pasar raya The Store yang mengambil bahagian pada pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 22 Disember ini.
Eksekutif Jualan The Store, Nurul Adriana Sim Abdullah berkata, sejak dibuka kelmarin, bahagian produk sekolah menjadi tumpuan orang ramai kerana terpesona dengan harga murah yang ditawarkan.


Anak Orang Asli, OKU bukti kemampuan

Posted: 20 Dec 2013 05:01 AM PST


SEBAHAGIAN daripada 102 calon PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher menunjukkan keputusan peperiksaan masing-masing di Kota Bharu semalam.


IPOH - Kepayahan ibu mencari rezeki bagi menyara keluarga menjadi perangsang kepada seorang pelajar anak Orang Asli untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 yang diumum semalam.
Ere Yan Bah Dim, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sheikh Abdul Ghani, Bidor dekat sini memperoleh 7A, sekali gus muncul pelajar tunggal daripada komuniti peribumi berkenaan di Perak yang mendapat gred A dalam semua subjek yang didudukinya.
Dia yang berasal dari Kampung Chang, Bidor berkata, ibunya, Keretina Bahdahman, 36, terpaksa menyara keluarga sendirian setelah ayahnya, Bah Din Thatoh, 41, tidak mampu bekerja berikutan mengalami kecederaan tulang belakang kekal kira-kira lapan tahun lalu.


Misi satelit Gaia buat peta 1 bilion bintang

Posted: 20 Dec 2013 05:00 AM PST

LAKARAN artis menunjukkan satelit itu membuat pemetaan di galaksi Bima Sakti. - REUTERS


BERLIN - Agensi Angkasa Lepas Eropah berjaya melancarkan satelit peninjau ke angkasa lepas semalam dalam usaha untuk memetakan satu bilion bintang di galaksi Bima Sakti dalam bentuk tiga dimensi.
Menurut agensi itu, satelit Gaia itu memasuki angkasa lepas dari pusat pelancaran Kourou di Guiana Perancis pada pukul 6.12 pagi waktu tempatan.
Satelit itu dibawa dengan roket buatan Rusia, Soyuz ke angkasa lepas.
Sejurus selepas Gaia tiba di Lagrange 2 yang terletak di angkasa lepas dan sejauh 1.5 juta kilometer dari Bumi, ia akan membuka pelindung cahaya matahari secara automatik.
Pelindung itu akan melindungi peralatan penting daripada terkena sinaran matahari.
Satelit itu akan menggunakan dua buah teleskop bagi mengkaji kedudukan, pergerakan serta bahan kimia yang terdapat pada satu bilion bintang.
Bima Sakti mempunyai kira-kira 100 bilion bintang.
Data-data itu akan membantu para saintis menentukan asal usul Bima Sakti dan evolusinya, menurut timbalan ketua projek tersebut, Jos de Bruijne.
Misi itu melibatkan kos sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion).


Kotak kaca di puncak gunung Perancis jadi tarikan pelancong

Posted: 20 Dec 2013 04:58 AM PST


DECHAVANNE berdiri di dalam kotak kaca itu.


PARIS - Sebuah kotak kaca diletakkan di struktur bangunan di puncak Gunung Aiguille du Midi di pergunungan Alps, Perancis.
Kotak kaca itu berada pada ketinggian 3,842 meter dan para pengunjung boleh melihat pemandangan unik kawasan pergunungan.
Pengunjung perlu memakai selipar semasa mereka memasuki kotak kaca itu.
Kotak kaca itu akan dibuka kepada orang ramai pada 21 Disember depan.
Ia merupakan daya tarikan pelancong terbaharu di lokasi itu.
Para pelancong boleh menyaksikan pemandangan Gunung Mont Blanc yang paling tinggi di Eropah.
Syarikat Compagnie du Mont Blanc yang diketuai Mathieu Dechavanne membiayai kos kotak kaca itu.


Pasang 52,000 lampu untuk terangi rumah

Posted: 20 Dec 2013 04:57 AM PST


GAMBAR dari jarak dekat yang menunjukkan kawasan rumah keluarga Duszenko.


WARSAW - Sebuah keluarga di Poland menggunakan 52,000 lampu untuk menerangi rumah mereka yang dipenuhi pelbagai hiasan sempena sambutan Hari Krismas.
Keluarga Duszenko tinggal di Polkowice, barat daya negara ini akan memasang lampu itu pada setiap tahun sebelum perayaan Krismas berlangsung.
Anggota-anggota keluarga itu telah memasang lampu-lampu untuk menghiasi rumah mereka sejak tahun 1999.


Ilusi kekebalan pendatang asing

Posted: 20 Dec 2013 04:50 AM PST

ISU kebanjiran pendatang asing di Malaysia juga perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.


ISU pendatang asing merusuh di Little India, Singapura baru-baru ini sepatutnya menjadi satu iktibar untuk kita semua di Malaysia. Berdasarkan laporan, rusuhan bermula apabila salah seorang daripada mereka telah dilanggar bas.
Ekoran itu, ia telah menyebabkan kemarahan ahli kumpulan berkenaan yang diakhiri dengan rusuhan sehingga menyebabkan beberapa individu tercedera. Malah, kumpulan tersebut telah bertindak ganas termasuk membakar kereta polis.
Kita selalu bertanya, mengapa ada pendatang asing yang bersikap begitu agresif dan tidak mematuhi peraturan? Walaupun hakikatnya mereka datang ke negara lain untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik.
Isu rusuhan pendatang asing ini bukan satu perkara baharu di Malaysia. Pada tahun 2009, kira-kira 30 tahanan warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar juga melakukan rusuhan kecil di Kem Tahanan Semenyih.
Terbaharu, seperti yang dilaporkan oleh media, sekumpulan pekerja asing cuba menyerang polis di Betong, Sarawak. Semua ini menunjukkan bahawa kumpulan pendatang asing yang merupakan kumpulan minoriti mampu membahayakan kumpulan majoriti lain.
Pandangan psikologi mengistilahkan hal seumpama ini sebagai satu tindakan proses kumpulan. Dalam keadaan biasa, apabila manusia berasa selamat, biasanya mereka tidak memerlukan kehadiran kumpulan.
Bagaimanapun, dalam kes masyarakat minoriti, apatah lagi pendatang yang hidup di negara asing yang berlainan budaya dan sifat masyarakatnya, mereka akan saling memerlukan antara satu sama lain. Ini bagi membolehkan mereka secara psikologi berasa lebih selamat dan kuat.
Sebab itulah, apabila melancong ke luar negara, kita terasa ingin menegur warga Malaysia yang ditemui walaupun tidak mengenali mereka. Sebaliknya, apabila kita berada di negara sendiri, kita akan menyapa mereka yang dikenali sahaja. Semua ini adalah reaksi psikologikal yang selalu berlaku dalam proses interaksi manusia.
Dalam kes pendatang asing di Malaysia, kita dapati mereka menetap di satu-satu kawasan tertentu, berkongsi rumah, malah cuba bekerja di tempat yang sama.
Ini merupakan reaksi psikologi bagi membolehkan mereka berasa selamat. Bagaimanapun, masalah akan timbul apabila kumpulan ini mula merasakan mereka 'kebal' dengan kehadiran jumlah ahli yang semakin besar.

KOMUNITI pendatang asing biasanya akan membina penempatan sendiri dan hidup dalam kalangan bangsa mereka sendiri.


Ilusi kekebalan
Pendatang ini berasa bahawa satu-satu kawasan itu sudah menjadi milik mereka dan tidak ada sesiapapun yang boleh mengganggu kehidupan mereka. Mereka juga menganggap bahawa setiap ahli adalah kepunyaan kumpulan.
Justeru, kita selalu mendengar kes pergaduhan yang berlaku dalam kumpulan pendatang asing ini. Kemarahan kecil akan menular menjadi besar apabila punca kejadian disebabkan orang luar.
Ia tidak lagi merupakan konflik sesama individu, tetapi telah dianggap sebagai satu ancaman terhadap kumpulan.
Dalam kes di Little India, ia mungkin tidak berakhir dengan rusuhan sekiranya kemalangan itu melibatkan pemandu daripada kumpulan ras atau pendatang tadi.
Sebaliknya, ia menjadi isu besar kerana pemandu bas tadi dianggap sebagai 'orang luar'. Lantaran itu, mereka sanggup mengabaikan undang-undang kerana kehadiran sokongan daripada bilangan ahli kumpulan yang besar, biasanya individu akan terpengaruh dengan ilusi kekebalan.
Mereka berasa mampu melakukan segala-galanya, tidak mudah digugat dan akan mencapai kejayaan dalam setiap tindakan. Ia adalah proses psikologik yang selalu berlaku di mana-mana sahaja.
Kes pencerobohan sekumpulan pelampau dari selatan Filipina di Lahad Datu beberapa bulan lalu mungkin berpunca daripada sentimen. Mereka beranggapan memiliki kekuatan yang mencukupi sehingga sanggup berperang dengan negara lain.
Ini hanya disebabkan ilusi psikologi yang mungkin dipengaruhi oleh kepercayaan bahawa di kawasan tersebut terdapat ramai pendatang asing dari kumpulan etnik sama yang akan menyokong mereka.
Walaupun kita tidak boleh berkata bahawa setiap pendatang asing ini hanya akan mencetuskan kekacauan atau melakukan tindakan yang bersifat negatif, tetapi pihak berwajib sewajarnya melihat insiden yang berlaku di Singapura sebagai satu pengajaran.
Mungkin sudah tiba masanya diadakan satu mekanisme untuk memastikan bahawa sesebuah kawasan tidak hanya dimonopoli oleh kumpulan pendatang tertentu. Begitu juga dengan sektor pekerjaan tertentu. Ia mesti dikawal agar tidak hanya satu etnik pendatang yang menguasainya.
Harus diingat, kebanyakan pendatang asing ini datang dari negara miskin. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup.
Keadaan akan menjadi bertambah teruk sekiranya mereka merasakan bahawa mereka merupakan tuan punya bagi kawasan tertentu.
Ilusi kumpulan menyebabkan apa sahaja boleh berlaku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan