Jumaat, 11 Oktober 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Rahsia awet muda Che Ta

Posted: 09 Oct 2013 07:43 PM PDT

  • Rozita Che WanRozita Che Wan

KECANTIKAN dan kesihatan adalah satu perkara yang subjektif untuk diulas. Ada sesetengah pihak berpendapat, kecantikan sangat berkait rapat dengan kesihatan dalam seseorang itu.

Bagi kaum wanita pula, biasanya apabila usia mula mencecah 40-an, kecantikan mula diketepikan dan hal-hal ehwal keluarga pula mula diberi perhatian.

Malah ada ketikanya, ada wanita berpendapat, pada usia 40-an, tidak sesuai lagi buat seseorang wanita itu bergaya cantik.

Namun berbeza bagi dramatis terkenal, Rozita Che Wan, biarpun usianya sudah menginjak ke 40 tahun Mac lalu, namun dia masih kelihatan cantik dan ramping bak wanita berusia awal 20-an.

Tidak hanya dengan bentuk tubuh yang ramping dan kulit yang halus, Rozita atau mesra di sapa Che Ta pula masih mengekalkan gaya muda yang menyebabkan dia nampak jauh lebih muda dari usia sebenar.

Mari ikuti rahsia dan cara Che Ta menjaga kecantikan kulit dan tubuh badan.


Sebagai selebriti apa definisi cantik dan sihat bagi anda?

ROZITA 
: Bagi saya kecantikan itu adalah sesuatu perkara yang universal. Jika kita sihat dalaman, secara tidak langsung wajah kita akan nampak cantik dan segar. Jika kita sakit, wajah kita akan nampak kusam dan tidak bermaya.


Pada usia mencecah 40 tahun, anda masih kelihatan cantik, apa rahsianya?

ROZITA :
 Secara jujurnya tiada apa-apa rahsia yang saya amalkan. Cuma saya selalu fikir muda dan gembira sentiasa, saya tidak pernah fikir saya sudah berusia 40 tahun dan saya tidak suka fikir masalah. Pendek kata, saya sentiasa 'happy go lucky'.


Bagaimana cara anda menjaga kecantikan kulit dan wajah?

ROZITA : 
Sama seperti orang lain, saya selalu mencuci wajah, pakai krim, toner dan sebagainya. Pada masa lapang pula saya akan memakai mask (topeng) bagi memastikan kulit sentiasa segar. Cuma pada waktu pagi, saya akan cuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk dan ia memang saya amalkan semenjak remaja lagi.


Ada sesetengah artis mengambil suntikan untuk mengekalkan kecantikan, anda bagaimana?

ROZITA 
: Setakat ini saya belum terfikir lagi untuk mengambil suntikan kerana Alhamdulillah kulit saya tidak mengalami sebarang masalah. Malah saya juga tidak pernah melakukan facial di pusat kecantikan sebaliknya hanya melakukan perkara asas di rumah sahaja.


Ramai orang mengenali Che Ta dengan tubuh yang langsing, tetapi pernahkah anda mengalami masalah berat badan?

ROZITA 
: Pernah tetapi ketika saya mengandung dulu, berat saya daripada 45 kilogram (kg) naik sehingga 90 kilogram. Tetapi biasalah mengandung, kemudian saya berjaya turunkan berat semula. Sekarang kalau badan naik pun hanya dua atau tiga kilogram, bila rasa badan naik, saya akan mula jaga pemakanan. Berat saya sekarang 50kg.


Bagaimana rutin pemakanan harian anda?

ROZITA : 
Saya seorang yang mengambil berat tentang bentuk tubuh saya tetapi itu tidak bermakna saya mengamalkan diet yang ketat sehingga jadi macam kucing, makan ikan sahaja 24 jam (ketawa).

Saya masih mengambil nasi dua kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Saya juga tak ambil makanan segera dan makanan ringan. Tetapi sayur hijau dan ikan adalah makanan kegemaran saya.


Ada ambil suplemen?

ROZITA : 
Saya hanya ambil suplemen dari Rich Beauty dan tidak ambil apa-apa suplemen tambahan lain.


Dengan jadual seni yang padat, sempatkah anda luangkan masa untuk bersenam?

ROZITA : 
Secara jujurnya, tidak. Tetapi saya bersenam dengan cara lain seperti kemas rumah, cuci bilik air kerana apabila kita bersenam, secara tidak langsung, pori-pori di muka akan menjadi kecil. Jadi bukan sahaja badan sihat, tetapi wajah kita pun akan jadi cantik.


Adakah anda gemar manjakan diri di spa dan salun?

ROZITA 
: Tidak. Jika ada masa terluang, saya lebih gemar duduk di rumah, mengemas rumah, memasak, menjahit. Jadi untuk kecantikan diri sendiri, saya lebih gemar beli lulur, mask serta serum untuk rambut dan buat sendiri di rumah.


Berapa kos yang anda peruntukan untuk penjagaan wajah dan tubuh?

ROZITA :
 Saya rasa tak sampai RM100 sebab produk Safi Rania saya dapat percuma, jadi saya cuma perlu perlu mask, serum dan yang sampingan lain sahaja.

Jadi sekarang siapa kata saya 'high-maintenance' (ketawa)? Cuma saya banyak lebihkan duit saya pada baju, kasut, beg kerana bila kita pakai cantik, secara tidak langsung kita akan nampak cantik.


Jika tertekan, apa yang gemar anda lakukan?

ROZITA :
 Kalau saya tertekan, saya suka pergi membeli-belah, tapi lepas itu tertekan sebab duit banyak habis pula (ketawa). Tidaklah. Saya tak pernah rasa tertekan.

Kalau ada masalah, saya tidak pernah fikir dan biar ia selesai sendiri, kalau asyik fikir pun, akhirnya pada wajah banyak kedut-kedut sebab banyak sangat nak difikirkan. Sebenarnya hidup kita tidak rumit cuma kita merumitkan.


Apa perkembangan terkini anda sekarang?

ROZITA :
 Saya dah mula memperlahankan karier seni saya dan tidak lagi menerima tawaran drama kerana mahu memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinan.

Cuma saya masih terlibat dengan program Primadona dan Ratu Rania. Saya akan cuti sehingga Januari 2014 dan selepas itu baru saya akan kembali berlakon. Buat masa ini, telefilem lakonan saya, Kalung Kak Dara akan disiarkan di TV3, Sabtu ini.


5 PERKARA MENGENAI CHE TA 


1. Seorang yang 'happy go lucky'.
2. Mudah lupa.
3. Bukan pencinta gajet dan Che Ta tidak pandai dengan IT.
4. Gemar duduk di rumah.
5. Tidak suka fikir masalah.

Aizat Amdan, Fauziah Latif Duta Kesedaran Kanser

Posted: 09 Oct 2013 07:42 PM PDT


Aizat Amdan
KUALA LUMPUR: Penyanyi Aizat Amdan dan Fauziah Latiff dilantik sebagai duta kempen kesedaran penyakit kanser untuk golongan remaja anjuran Pertubuhan Lets Rock Cancer Malaysia (LECM) bawah Yayasan Kanser Malaysia.
Presiden LECM, Mohd Royzilee Mustaffa berkata, pemilihan dua artis itu berdasarkan rekod bersih mereka yang sesuai dijadikan idola masyarakat.
"Komitmen Aizat terhadap muzik diharap dapat menarik lebih ramai remaja untuk bersama-sama berhibur sambil mendengar penerangan dan maklumat tentang penyakit kanser.
"Fauziah pula, mempunyai semangat kental dengan aktiviti sihat dan lasak. Dengan cara tersebut dapat membantu golongan wanita untuk lebih sedar mengenai penyakit ini," katanya pada sidang media majlis pelancaran kempen berkenaan di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.
Dalam pada itu, pelbagai program dan aktiviti kesedaran secara berterusan telah dirancang bermula Februari 2014.
"Kita merancang untuk adakan showcase dan siri jelajah di universiti dan kolej untuk menarik golongan remaja," katanya.
Mohd Royzilee juga berharap kempen ini mendapat sokongan daripada badan kerajaan dan korporat bagi merealisasikan objektif menubuhkan Pusat Konsultasi Kanser suatu hari nanti.
Sementara itu, Aizat, 25, berkata, keinginannya menyertai kempen ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.
"Walaupun tiada ahli keluarga saya yang menghidap penyakit ini namun saya tetap menganggap ia adalah satu perkara penting bagi memberi kesedaran terhadap pencegahan kanser.
Fauziah Latiff
"Ada seorang rakan saya juga menghidap penyakit kanser pada usia muda dan penyakit ini boleh dicegah dengan penjagaan makanan yang betul selain melakukan aktiviti sihat," katanya.
Menurut Aizat, dia juga dalam perancangan mencipta sebuah lagu kesedaran khas untuk kempen ini.
Bagi Fauziah Latiff, 43, kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan adalah sangat penting untuk wanita seusianya.
"Ramai daripada kita terutamanya wanita menganggap pemeriksaan kesihatan tidak penting selain gemar mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat.
"Saya sendiri buat pemeriksaan setiap enam bulan sekali untuk mengesan penyakit lebih awal," katanya.

Alyah Rasa Puas Jual Turban

Posted: 09 Oct 2013 07:42 PM PDT


Alyah mengakui berasa puas dengan hasil pendapatan yang diterimanya melalui penjualan tudung rekaan sendirinya itu.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Alyah mula jatuh cinta dengan dunia perniagaan baharunya apabila melibatkan diri sebagai penjual tudung jenis 'turban' yang diberi nama 'Gayaalyah'.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 32, berkata, dia berasa puas dengan pendapatan yang diterimanya melalui penjualan tudung rekaan sendirinya itu.
"Sebelum berhijab lagi saya sudah ada jenama turban iaitu Gayaalyah untuk wanita yang gemar bergaya tetapi sekarang selepas berhijab saya kembali semula dengan rekaan-rekaan baru untuk wanita Muslimah.
"Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dan saya sangat gembira dengan hasil jualan turban yang saya reka sendiri," katanya ketika ditemui mStar Online.
Jelas Alyah, dia sentiasa membuat kajian terhadap trend terbaharu daripada fesyen luar negara untuk disesuaikan dengan fesyen Muslimah di negara ini.
Tambahnya, bukan sahaja tudung, malah terdapat juga pakaian wanita Muslimah dalam koleksi jenama tersebut.
"Gayaalyah bukan hanya turban sebaliknya ada juga pakaian wanita, cuma saya tiada banyak masa untuk itu dan fokus utama ialah pada rekaan turban," jelasnya.
Katanya, koleksi Gayaalayah boleh didapati di laman web beli-belah dalam talian Eiliya Butik yang juga memuatkan pelbagai koleksi pereka fesyen Muslimah.
Dalam perkembangan lain, Alyah berkata, dia kini sibuk menyiapkan single terbaharunya berjudul Ada Cinta ciptaan Manusia Putih.
"Saya sedang cari lokasi penggambaran untuk video muzik tersebut dan mungkin akan dilancarkan penghujung tahun ini," katanya.

Twitter Boleh Bikin Orang Berbalah - Rosyam Nor

Posted: 09 Oct 2013 07:41 PM PDT


Rosyam Nor.
PETALING JAYA: Penerbit filem dan pelakon Rosyam Nor menyifatkan kegilaan terhadap penggunaan laman sosial seperti Twitter boleh menjadi satu perdebatan jika pengguna memuat naik mesej-mesej yang boleh menimbulkan kemarahan.
Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 46, berkata, penggunaan laman sosial berkenaan sepatutnya digunakan ke arah yang lebih positif jika tidak, ia boleh merosakkan pemikiran manusia tanpa sedar.
"Sekarang ini orang ramai guna Twitter untuk luah perasaan dan ia menjadi satu perkara yang normal.
"Secara tidak sedar, ada yang mengaibkan diri sendiri, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain sehingga ia menimbulkan pergaduhan," katanya yang ditemui pada sidang media Festival Drama Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 di Terrace, pusat beli belah Bangsar (BSC) di sini pada Rabu.
Sementara itu, Rosyam juga gembira apabila watak Tailong dalam filem KL Gangster 2lakonannya benar-benar memikat hati penonton sehingga membuatkan peminatnya lupa dengan watak lama dia dalam filem Castello.
"Saya gembira Tailong benar-benar memberi kesan yang sangat mendalam buat penonton. Selepas ini filem Balistik pula bakal muncul.
"Harap-harap lakonan saya dalam filem tersebut juga memberi kesan buat penonton," tuturnya.

TV3 Anjur Pertandingan Drama Pendek

Posted: 09 Oct 2013 07:40 PM PDT


Sherina bersama para selebriti yang akan terlibat dengan DFKL.
KUALA LUMPUR: TV3 akan mengadakan pertandingan Drama Pendek menerusi Festival Drama Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun hadapan bersempena ulang tahun ke-30 saluran televisyen itu.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, pertandingan berkenaan akan bermula pada 1 November hingga 30 Disember 2013 yang dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia.
"Panjang drama yang disyaratkan hanyalah lima minit bertemakan kehidupan, percintaan dan komedi, berkisar realiti kehidupan masyarakat Malaysia.
"Objektif kami menganjurkan pertandingan ini bagi menggalakkan golongan amatur yang sering memuat naik pelbagai video di YouTube dalam usaha melihat idea-idea baru yang lebih segar.
"Tiga pemenang yang dipilih akan diberi slot selama lima minit untuk karya mereka disiarkan di TV3," katanya pada sidang media yang diadakan di Terrace, pusat beli-belah Bangsar (BSC) di sini pada Rabu.
Menurut Sherina, selain berpeluang menyiarkan hasil karya di televisyen, pemenang tempat pertama akan mendapat RM10,000, tempat kedua, RM5,000 manakala peserta tempat ketiga akan menerima RM3,000.
Sekiranya karya mereka benar-benar berbakat, TV3 akan memberi peruntukan bagi membolehkan pemenang menghasilkan karya untuk disiarkan di mana-mana slot saluran televisyen itu.
Karya drama pendek yang dihasilkan boleh dihantar menerusi www.veedo.my.
DFKL, merupakan sebuah acara yang julung kali diadakan dengan penglibatan karyawan industri kreatif termasuklah pengarah, penulis skrip, pelakon dan pengacara.
Sebelum berlangsungnya pertandingan berkenaan, TV3 dan juga TV9 akan mengadakan siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tujuan promosi bermula 2 hingga 16 Disember depan.
Atas tujuan itu TV3 juga akan menganjurkan bengkel yang dikelolakan oleh penggiat seni berpengalaman seperti Khabir Bhatia, Azma Aizal, Ahmad Idham dan Rosyam Nor.
Berikut adalah 11 IPT yang terlibat dengan bengkel DFKL
2 Disember 2013 : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Selangor (UNISEL)
4 Disember 2013: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)
6 Disember 2013: Kolej Universiti Shahputra (UCSA) dan Kolej Antarabangsa IKIP
10 Disember 2013: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Melaka dan Universiti Multimedia Melaka (MMU)
12 Disember 2013: Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Johor dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor
16 Disember 2013: Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

Tempah kad pengenalan palsu RM500

Posted: 09 Oct 2013 07:34 PM PDT

  • Tempah kad pengenalan palsu RM500Anggota JPN menunjukkan kad pengenalan palsu milik seorang lelaki di Country Home, Rawang, kelmarin

RAWANG - Usaha seorang lelaki  menyamar sebagai rakyat negara ini tidak berhasil apabila pemeriksaan mendapati kad pengenalan yang dimiliki disahkan palsu.

Lelaki berbangsa Sulu berusia 25 tahun  ditahan di sebuah rumah di kawasan flat di Country Heights, Rawang  pagi semalam  selepas  pemeriksaan  pada cip kad pengenalan oleh penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan ianya milik orang lain.

Pengarah Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, lelaki yang ditahan dikenali sebagai Faisal Akhir Jaman, berumur  25 tahun. Pemeriksaan pihaknya mendapati Faisal menggunakan maklumat milik Abdul Gaim Sahiddan pada kad pengenalannya.

"Kami berjaya mengesan pemalsuan kad pengenalan tersebut apabila gambar Abdul Gaim muncul pada paparan skrin alat pengesan kad pengenalan kami," katanya.

Zakaria berkata, walaupun maklumat pada base card (kad pengenalan) boleh ditukar, namun maklumat di dalam cip pada kad pengenalan tidak dapat ditukar sama sekali.

Menurutnya, pihaknya belum membuat tangkapan ke atas individu yang mengeluarkan kad pengenalan palsu ini dan pihaknya masih memburu individu terbabit.

"Lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam operasi berakhir jam 3 pagi itu, enam lagi warga asing turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pesakit cabul jururawat

Posted: 09 Oct 2013 07:31 PM PDT

  • Pesakit cabul jururawatNora menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Segamat berhubung kejadian menimpanya.

SEGAMAT - Seorang jururawat di sebuah klinik swasta di sini, mendakwa dia dicabul seorang pesakit yang mahu mendapatkan rawatan, petang kelmarin.

Mangsa, Nora (bukan nama sebenar), 29, berkata, ketika kejadian, pesakit lelaki berumur 40-an itu mahu mendapatkan rawatan lanjut kerana sakit di bahagian telapak tangan kanannya.

Menurutnya, lelaki tersebut kemudian dibawa berjumpa pegawai perubatan dan kelihatan tangannya seperti membengkak.

"Kebetulan, saya yang masuk ke bilik rawatan lalu di sebelahnya dan tiba-tiba terasa objek keras seperti tangan di punggung saya.

"Saya sangka seluar yang saya pakai tersangkut pada bucu meja sebelum tersedar lelaki itu meraba punggung saya," katanya kepada Sinar Harian.
Menyedari kejadian tersebut, dia segera menepis tangan lelaki berkenaan dan memarahinya disebabkan malu dengan insiden kurang sopan itu.

Doktor juga bertindak memarahi lelaki itu kerana melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap kakitangannya.

Menurutnya, atas nasihat majikan dan rakan sekerjanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat selepas kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Pihak kami sedang giat mengesan lelaki tersebut untuk membantu siasatan dan saya nasihatkan kepada setiap klinik swasta supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.

Masuk balai polis selamat diri

Posted: 09 Oct 2013 07:30 PM PDT

  • Masuk balai polis selamat diriKeadaan cermin hadapan kereta jenis Proton Iswara yang pecah dalam kejadian petang semalam

IPOH - Akibat ketakutan, tiga lelaki bersama seorang remaja perempuan bertindak melarikan diri ke Balai Polis Buntong selepas kenderaan yang mereka naiki dipecahkan dalam insiden yang berlaku petang semalam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila remaja perempuan berusia 16 tahun bertindak ponteng sekolah dan mengikuti tiga lelaki berkenaan menaiki kereta jenis Proton Iswara di hadapan sekolahnya.

Menurut sumber, guru sekolah pelajar tingkatan empat itu menelefon memberitahu keluarga remaja tersebut yang tidak hadir ke sekolah dan mengikuti kumpulan lelaki terbabit.

"Pakcik pelajar terbabit segera mengesan kereta tersebut dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan berjaya dikesan di Silibin kira-kira jam 1.30 petang sebelum tiga kereta sebuah motosikal mengejar kenderaan tersebut.

"Bahagian cermin hadapan dan tingkap kiri serta kanan kenderaan dipecahkan. Mereka yang ketakutan memecut kereta  masuk ke Balai Polis Buntong," katanya.

Menurutnya, berlaku sedikit kekecohan antara keluarga perempuan dan tiga lelaki terbabit di balai berkenaan hingga menarik  perhatian orang ramai.

"Difahamkan seorang daripada tiga lelaki berkenaan dipercayai teman lelaki kepada pelajar perempuan terbabit.

"Sebelum itu, lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan telah memujuk teman wanitanya mencuri tiga bentuk cincin emas dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000.

"Perlakuan itu menyebabkan keluarga remaja terbabit marah sehingga dia (remaja) lari mengikut teman lelaki serta rakan-rakannya.

"Bagaimanapun, barang kemas tersebut dipulangkan  dan kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu," katanya.

Berang bekas isteri enggan serah anak

Posted: 09 Oct 2013 07:25 PM PDT

  • Berang bekas isteri enggan serah anakTertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam.

KOTA BHARU - Seorang pekerja am sebuah institusi kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan khianat dengan merosakkan kereta serta memukul bekas isterinya, Mei lalu.

Tuduhan terhadap Mohd Omar Saipol, 32, dari Perupok, Bachok, dibuat mengikut Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa berbuat khianat dengan memijak bonet dan menendang pintu kereta di sebuah pejabat di belakang pasar raya Tesco di sini, pada jam 9.40 pagi, 7 Mei. Turut dirosakkan, telefon milik syarikat.

Sementara, pada tuduhan kedua, dia didakwa memukul mangsa dengan tangan dan segugus anak kunci, pada masa, tarikh dan lokasi sama. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya memberi alasan dia bertindak sedemikian kerana isterinya enggan menyerahkan anak mereka.

"Saya pergi untuk mengambil anak, tetapi dia tidak benarkan. Padahal, ada arahan dari Mahkamah Syariah yang membolehkan saya mengambil anak dua hari seminggu," katanya.

Majistret, Nik Habri Muhamad bagaimanapun menyifatkan tindakan tertuduh itu menyebabkan kerugian kepada dirinya sendiri.

"Kalau betul, kenapa tidak buat aduan. Isteri kamu boleh didakwa menghina mahkamah kerana tidak patuh pada arahan. Satu kerugian pada kamu yang asalnya tidak salah, tiba-tiba menjadi salah apabila bertindak begini," katanya.

Selepas itu, Nik Habri kemudian menetapkan sebutan semula pada 20 November depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta diarah menjauhkan diri daripada bekas isterinya itu.

Jamin boleh terbatal sekiranya ada aduan lain daripada mangsa.

Acu besi terhadap ibu

Posted: 09 Oct 2013 07:24 PM PDT

  • Acu besi terhadap ibuTertuduh (dua, kiri) dikawal kemas anggota polis untuk dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman itu

KOTA BHARU - Tindakan luar batasan seorang penganggur mengejar ibu sambil mengacu besi ketika mangsa membaca al-Quran, menyebabkan dia dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh, Mohd Anuar Hamid, 30, dari Peringat di sini, mengaku salah.

Kejadian berlaku di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Padang Mengkali, Peringat pada jam 10.30 pagi, 29 Ogos lalu.

Ketika itu, ibu tertuduh, Mariam Semail, 64, sedang membaca al-Quran dimarahi dan dihalau tertuduh yang baru bangun daripada tidur.

Apabila ibunya bertanya ke mana dia hendak pergi jika keluar dari rumah itu, tertuduh kemudiannya berang dan bertindak mengacu besi.

Wanita itu ketakutan lalu melarikan diri tetapi dikejar tertuduh. Dia kemudian buat laporan berikutan takut perkara lebih buruk berlaku kerana sebelum ini tertuduh pernah mengacu golok kepadanya.

Pada prosiding semalam, Mohd Anuar mulanya menafikan fakta kes itu, namun, menukar pengakuan selepas Nik Habri mahu memanggil ibunya untuk menjalankan perbicaraan.

Nik Habri kemudian mengarahkan hukuman berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan, hari kejadian. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Syamsul bengang, Amani minta maaf

Posted: 09 Oct 2013 07:23 PM PDT

  • shamsul dan amani

PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof bengang dengan pelakon, Sharifah Amani apabila pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghentam filem terbarunya, KL Gangster 2 di laman mikro Twitter.

Amani mempertikaikan soal klasifikasi filem yang mendapat kelulusan P13 sedangkan mempunyai pelbagai unsur seperti pukul, dadah, rogol dan kata-kata kesat.

Kenyataan Amani itu disifatkan biadab oleh Syamsul.

"...tapi dari mana aku datang, 'tweet' itu biadab. Jika nak bersuara pun ada caranya. Lain kali beradab @sharifahamani," tulisnya awal pagi tadi.

Sebelum itu, Syamsul menulis, "Anak @fatibee ini tak puas hati ke apa? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jangan biadab bila bicara. Jangan lupa budi bicara."

Dalam 'tweet' Ahad lalu, Amani menyebut, "filem gua ada darah sedikit dapat P18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13 #LuMemangTailongBesar."

Dalam interaksi di Twitter, Amani menafikan kata-katanya itu berbaur peribadi.

"Saya cuma terganggu dengan 'double standard' yang jelas. Bukan salah awak dan saya tak mempertikaikan rezeki awak," tulisnya.

Kemudian, Amani meminta maaf kepada Syamsul jika katanya-katanya menyinggung Syamsul.

"Awak dan adik awak melakukan kerja yang berani. Kerana itu anda berdua mendapat sokongan saya. Tak ada maksud buruk. Maaf kalau tersinggung," tulisnya.

Wawa Zainal bakal disingkir?

Posted: 09 Oct 2013 07:22 PM PDT

  • David Teo David Teo

BERITA perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafril serta kelahiran seorang bayi pada 24 Ogos lalu bukan sahaja mengejutkan media dan peminat malah pihak pengurusan Wawa sendiri iaitu Metrowealth International Group (MIG).

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar David Teo berkata, beliau juga terkejut sebaik menerima berita itu kerana tidak mengetahui pernikahan dua pelakon berkenaan.

"Dua bulan lalu saya ada berjumpa dengan Wawa kerana dia memaklumkan sedang mengalami penyakit misteri. Apatah lagi ketika dia sedang bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir.

"Itu yang saya nampak misterinya dan saya suruh dia cepat-cepat balik ke Sabah untuk berubat. Dia berjanji akan pulang selepas Aidilfitri tapi sampai sekarang dia belum balik ke sini lagi. Ketika dia datang jumpa saya tu, dia bertudung.

"Kemudian dia tidak muncul-muncul dan Ahad lalu keluar cerita dia sudah berkahwin dan ada anak, saya pun terkejut," jelasnya.

David berkata, andai benar Wawa sudah berkahwin dan mempunyai anak, tiada apa-apa tindakan akan diambil ke atas teraju utama Budak Pailang itu sebaliknya mereka masih mengalu-alukan kepulangan Wawa kerana artis kelahiran Lahad Datu itu masih artis naungan MIG.

"Wawa tetap artis kami. Sekiranya dia mahu kembali dalam syarikat ini, kami akan menerimanya. Sekiranya ada sebarang perubahan dalam kontrak, kami akan berbincang bersama dia (Wawa)," katanya.

David juga memaklumkan dia ada bercadang mahu melawat Wawa di Sabah tetapi pelakon itu tidak membenarkan majikannya itu datang ke kampung halamannya.

Usaha Zass untuk mendapat kepastian daripada Wawa Zainal yang difahamkan hadir ke majlis tersebut gagal kerana aktres cantik itu tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.

Peniaga nafi caj harga mahal

Posted: 09 Oct 2013 07:19 PM PDT

  • Peniaga nafi caj harga mahalFauziah (kiri) menunjukkan laporan polis dan bil sebenar dicaj terhadap ahli rombongan VVIP itu.

KOTA BHARU - Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin.

Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

"Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar.

"Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan," katanya kepada pemberita.

Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam.

"Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang.

"Semasa tiga wakil rombongan itu datang ke kedai untuk menjelaskan bil makanan dan minuman kira-kira jam 9.30 pagi, mereka terkejut kerana caj bil kesemuanya berjumlah RM6,000.

"Dalam perbincangan melalui telefon, mereka mempersetujui sebarang caj bayaran yang dikenakan mengikut kuantiti rombongan berkenaan namun setelah melakukan perbincangan saya caj mereka dengan RM5,500," katanya.

Fauziah berkata, akhirnya mereka bersetuju, namun tidak mengambil bil baru yang dicaj dengan RM 5,500 sebaliknya mengambil bil yang dicaj RM6,000.

"Mungkin caj bil ini nampak mahal, tapi ia berdasarkan kuantiti makanan, minuman dan kapasiti pelanggan yang lebih 200 hingga 400 orang.

"Apa yang saya harapkan dengan penjelasan yang saya lakukan ini dapat membersihkan nama saya dan perniagaan kedai makan ini dan tidak menjadi buah mulut orang selepas ini," katanya.

Fauziah turut menegaskan, tidak ada langsung niat dari pihaknya untuk mengambil kesempatan terhadap rombongan VVIP terbabit memandangkan sebelum ini terdapat juga rombongan seumpama itu pernah singgah di restorannya.

Dalam pada itu, Fauziah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman dan tindakan terbabit dilakukan bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Fasha tak kisah tidak popular

Posted: 09 Oct 2013 07:15 PM PDT


FASHA SANDHA mengaku walaupun boleh untuk tidak bekerja, namun dia tidak betah untuk duduk diam.


FASHA SANDHA nama yang memang tidak asing lagi dalam industri seni tempatan. Selama 10 tahun penglibatannya dalam industri lakonan, dia telah melalui pelbagai fasa dan kontroversi serta populariti bukan perkara asing bagi dirinya.
Bagaimanapun, setelah bergelar seorang ibu kepada Putera Rayfal, Fasha kini dilihat semakin kurang populariti berbanding dahulu. Tutur Fasha, populariti kini bukan lagi menjadi keutamaan bagi dirinya.
Selain itu, sebagai seorang aktres senior, Fasha turut memberi nasihat kepada artis-artis baharu yang sedang meningkat dan semakin bercambah.
Fasha yang ditemui di lokasi penggambaran Cinta Mat Semperit di Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur masih mesra seperti dahulu menjawab segala persoalan pihak media kepadanya.
Kosmo!: Boleh ceritakan perkembangan terkini kerana selepas mempunyai anak, sudah lama anda tidak berlakon?
FASHA: Ini merupakan antara drama awal saya selepas berehat panjang. Drama pertama yang saya terima ialah Tentang Hati arahan Feroz Kader terbitan Global Station bersama dengan Aaron Aziz. Sebelum ini saya ada menolak beberapa tawaran antaranya sebuah filem arahan Osman Ali. Ada lagi beberapa tawaran yang masih dipertimbangkan daripada Enuja Production dan Suhan Movies.
Kenapa ambil tawaran Cinta Mat Semperit ini dan boleh terangkan tentang watak dalam telefilem ini?
Saya ambil kerana ia sangat menarik dan kelakar selain penceritaan yang bagus. Karakter saya juga merupakan watak komedi dan saya suka dengan watak sebegitu. Saya menjadi Lola, seorang pengusaha kuih semperit dan kakak kepada Aeril (lakonan Aeril Zafrel) dan berkorban apa sahaja semata-mata demi kebahagiaan adiknya.
Selepas bergelar isteri dan telah punya anak, bagaimana prestasi anda sebagai pelakon?
Saya suka dengan perkembangan sekarang, yang mana ramai artis muda yang tampil dengan bakat yang baik. Bagus sebenarnya perkembangan ini, cuma nasihat saya ialah perlu lebih menghormati waktu dan belajar tentang disiplin. Untuk berjaya, keduanya perlu seimbang.
Walaupun telah lebih 10 tahun saya dalam industri ini, saya masih diberi peluang oleh pihak produksi untuk berlakon, Alhamdulillah.
Bagaimanakah dengan kehidupan anda selepas berkahwin?
Hidup lebih bermakna dengan kehadiran Putera Rayfal. Dia seorang anak yang baik yang tidak banyak meragam. Saya sentiasa rindu Rayfal dan akan pantau melalui CCTV di telefon bimbit saya. Dalam masa setengah jam sekali saya akan pantau aktivitinya di rumah.
Mengapa perlu bekerja kerana jika dilihat pendapatan keluarga, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk bekerja?
Saya memang seorang yang suka bekerja dan memang benar saya boleh memilih untuk tidak bekerja dan berhenti menjaga anak. Namun, saya bukan begitu, saya lebih selesa bekerja. Walaupun masa saya mengandung, saya masih bekerja.
Bagaimanakah pula dengan tawaran lakonan jika perlu keluar dari Kuala Lumpur?
Saya tidak boleh tidur tanpa suami dan anak saya. Jadi, buat masa ini, memang saya tidak mengambil tawaran yang menyebabkan saya perlu tinggalkan suami dan anak saya.
Sejak jadi ibu, populariti anda telah menurun. Boleh komen?
Kehidupan keluarga saya kini menjadi keutamaan saya. Populariti serta kerjaya telah jatuh nombor dua. Oleh kerana itu, saya banyak tolak tawaran dan lihat dahulu apa yang penting jika tidak mengganggu jadual saya.
Mengenai watak pula, sebelum ini anda juga sering membawa watak antagonis, adakah selepas ini masih akan menerima watak sebegitu?


Hunny tidak lupakan nyanyian

Posted: 09 Oct 2013 07:13 PM PDT




HUNNY mahu meneruskan perjuangan sebagai penyanyi dengan mencuba genre baharu seperti hip hop dan R&B.


APABILA melihat kepada perkembangan dalam industri muzik tempatan sekarang ini, tidak dinafikan terdapat beberapa orang penyampai radio yang telah memilih nyanyian sebagai bidang kerjaya.
Sekadar menyebut beberapa nama seperti Adibah Noor, Dina Nazir, Aril AF dan Zahid AF, sudah tentu mereka perlu berhadapan dengan risiko dan cabaran getir yang terpaksa dilalui.
Paling ketara pastinya lagu-lagu mereka yang kurang disiarkan di stesen-stesen radio lain memandangkan status mereka sebagai seorang penyampai di sesebuah stesen radio tersebut.
Bagi seorang lagi penyampai radio stesen berbahasa Inggeris, Fly FM, Hunny Madu beranggapan bahawa ia seharusnya tidak perlu menjadi halangan besar kerana masih banyak medium lain yang boleh digunakan.
"Saya akui lagu-lagu saya agak jarang dimainkan di stesen radio lain tetapi saya anggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dilalui sekiranya mahu menjadi seorang penyanyi yang berjaya serta menghasilkan produk berkualiti.
"Lagipun dengan teknologi yang ada sekarang ini, terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan seperti promosi menerusi YouTube. Saya berpendapat bahawa ia merupakan satu pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tidak menafikan bahawa peranan stesen radio itu masih lagi penting buat penyanyi tetapi Hunny enggan menjadikan kesukaran yang terpaksa ditempuhi itu akan mematahkan semangatnya untuk terus bergelar penyanyi.
Menceritakan lebih lanjut mengenai kariernya dalam bidang nyanyian, Hunny menyatakan yang dia masih lagi terus aktif. Bagaimanapun, tawaran yang diterimanya sekarang ini menjurus kepada bidang pengacaraan dan penyampai radio.
Ujar Hunny, apa yang dilakukannya sekarang ini semuanya disebabkan minat. Lantaran itu dia terpaksa membahagikan masa agar ia dapat berjalan dengan lancar dan tidak menjejaskan sebarang aktiviti yang dilakukan.
"Mungkin ramai peminat menyangka yang saya seperti sudah merajuk untuk terus aktif menyanyi gara-gara pernah meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18).
"Sebenarnya saya sudah melupakan perkara tersebut dan ingin memohon maaf atas ketelanjuran kata-kata saya dahulu. Sejujurnya saya tidak merasakan kekurangan mendapat tawaran membuat persembahan nyanyian berpunca daripada isu tersebut," luahnya.
Akur dengan kehendak banyak pihak yang lebih kerap menawarkannya menjadi pengacara, Hunny sedar bahawa perkara berkenaan berlaku gara-gara dia pernah melupakan seketika bidang nyanyian kerana berbadan dua pada tahun lalu.
Menurutnya, dalam keadaan dirinya yang hamil agak membataskannya untuk melakukan banyak aktiviti, akhirnya keputusan dibuat bagi memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan sahaja.
"Itu antara punca utama saya tidak aktif menyanyi dan bukan disebabkan merajuk kerana kekecewaan yang melanda semasa AIM 18.
"Kini, saya sudah kembali aktif menyanyi dan tawaran nyanyian yang diterima semakin banyak," jelas selebriti berusia 29 tahun itu.
Album baharu
Pada tahun 2011, impian Hunny Madu untuk menghasilkan album telah terlaksana dengan terbitnya album berjudul Pulau Janji yang mengandungi sebanyak 12 buah lagu termasuk Melayu dan Inggeris.
Antara lagu-lagu tersebut seperti 3 Perkara, Bayangkanlah, Out There, Ting Ting, Dari Masa Hadapan, Shake, Miss Strong, Pulau, Berlari dan Luxe Life serta dua buah lagu duet iaitu Kisah Kita bersama Anuar Zain dan Hey R yang menampilkan Najwa Mahiaddin.
"Kalau menceritakan tentang album berkenaan, saya bersyukur kerana mendapat maklum balas positif dari- pada peminat. Meskipun dari segi penjualan tidak begitu memberangsangkan, saya telah melakukan yang terbaik dengan kelainan yang ditampilkan.
"Pada masa yang sama saya amat gembira kerana mendapat peluang untuk berkolaborasi dengan Najwa dan Anuar. Saya cukup meminati vokal kedua-dua penyanyi tersebut dan ia merupakan satu penghargaan buat diri sendiri kerana kesudian mereka untuk bekerjasama dengan saya," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai penerbitan album baharu pula, ibu kepada seorang cahaya mata itu mendedahkan, dia sedang mencuba genre muzik baharu dan mahu fokus untuk menghasilkan lagu-lagu hip hop dan R&B yang dapat memenuhi cita rasa peminat.
Jelas Hunny, dia mempunyai sasaran tersendiri untuk meletakkan penyanyi rap wanita setanding dengan lelaki dan kini dia sedang dalam proses menyiapkan beberapa buah lagu bersama penyanyi rap wanita terkenal iaitu Kayda Aziz yang juga anak kepada penyanyi Sheila Majid.
"Sebenarnya saya dan Kayda tergolong dalam kumpulan Hip Hop yang dikenali sebagai Flow Fam XXII. Selain kami berdua, terdapat individu lain yang menyertai kumpulan ini seperti Sona One, Karmal, Dose Two, DJ Guibo, Sleeq dan Akeem," jelasnya.
Ujarnya, menerusi gandingannya bersama Kayda juga, mereka bakal melancarkan beberapa buah single baharu dalam masa terdekat sebelum tampil dengan album baharu nanti.
Tiada halangan
Tanggal 12 Disember 2012 pastinya menjadi detik yang paling membahagiakan buat Hunny Madu apabila dikurniakan cahaya mata sulung perempuan yang diberi nama Eva Medina.
Bercerita tentang kehidupannya setelah hampir setahun bergelar seorang ibu, Hunny memberitahu, jadual hariannya sangat ketat kerana perlu memberi perhatian antara kerjaya dan keluarga.
"Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan yang dilalui sekarang ini. Apatah lagi dengan memiliki suami yang cukup memahami karier dan langsung tidak menghalang karier saya sebagai penyanyi, pengacara dan penyampai radio.
"Walaupun mempunyai jadual yang ketat dalam kehidupan seharian, namun saya akan memastikan dapat meluangkan masa secukupnya bersama suami dan anak. Ada kalanya perasaan rindu terhadap Eva juga selalu dirasai apabila keluar bekerja," ujar isteri kepada Khairul Azhar Abdul Wahid itu.
Ditanya mengenai perkembangan aktiviti terbaharunya pula, Hunny memberitahu, dia baru sahaja selesai menjadi pengacara untuk program tanggungjawab sosial (CSR) anjuran produk Ayam Brand pada minggu lalu.
"Sebenarnya saya bukanlah duta kepada produk Ayam Brand, sebaliknya sebagai rakan artis untuk produk tersebut dan merupakan kerjasama saya yang kedua bersama mereka.
"Sebelum ini saya pernah menyertai program CSR yang dianjurkan iaitu pergi melawat ke rumah anak-anak yatim," ujarnya.


Gemilang ulangtahun hitz.fm ke-16

Posted: 09 Oct 2013 07:10 PM PDT

MOHD. RAQEEM BRIAN


BARU-BARU ini, sempena ulang tahun yang ke-16, stesen radio hitz.fm telah meraikan ulang tahun mereka dengan mengadakan sebuah konsert bertemakan hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert di Taylor's University Lakeside Campus, Subang Jaya, Selangor.
Konsert ulang tahun hitz.fm itu diadakan secara percuma buat semua warganegara Malaysia, terutamanya pendengar setia stesen radio berkenaan.
Menurut Pengurus Rangkaian Saluran hitz.fm, Mohamed Raqeem Brian, ia merupakan kali pertama stesen radio hitz.fm bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta Ford.
"Kami menyasarkan untuk menarik ramai pelajar mendengar radio hitz.fm dan juga membeli produk terbaharu kereta berkenaan iaitu Ford Fiesta," jelasnya mengenai pemilihan universiti berkenaan sebagai tempat untuk mengadakan sambutan ulang tahun dan juga pelancaran jenama baharu kereta Ford Fiesta.
Mengulas lanjut, ujar Mohd. Raqeem Brian yang mesra disapa Brian itu, kemeriahan konsert sambutan ulang tahun hitz.fm pada hari itu juga dianggap luar biasa kerana ia melibatkan ramai artis popular tanah air dan juga antarabangsa.
Antara artis yang terlibat ialah Estranged, Mizz Nina, Joe Flizzow, Pop Shuvit, James Baum, K-Town-Clan dan bintang sensasi antarabangsa YouTube, Chester See.
Kata Brian, pemilihan artis dibuat mengikut kehendak pelajar universiti tersebut.
"Bagi kami, tindak balas pendengar sangat penting. Kami sentiasa ambil berat keinginan pendengar. Apa yang mereka suka dan mahukan.
"Jadi, pemilihan artis pada konsert kali ini juga adalah mengikut apa yang pelajar di universiti ini mahukan," ulasnya lagi.
Konsert pada malam itu turut dimeriahkan oleh penyampai hitz.fm sendiri seperti Ean, Jinny Boy, Natalie, Arnold, RD, Ryan dan Denise.
Melalui konsert berkenaan, para pendengar juga telah berkongsi pengalaman indah mereka ketika berada pada malam itu dengan menggunakan hashtag #hitzinvasion #fordfiesta pada laman sosial Twitter dan Instagram.
"Konsert ini dianjurkan kerana mahu pendengar setia kami mengenali lebih dekat penyampai-penyampai radio hitz.fm," jelasnya.
Persembahan pada malam itu di mulakan dengan kumpulan The Biggest Lies dan disertai nyanyian mantap daripada kumpulan Estranged.
Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan James Baum dan penampilan khas tiga watak Minons yang melakukan pelbagai aksi lucu di atas pentas.
Seterusnya, kemunculan They Will Kill Us All, Joe Flizzow dan Noh Hujan dengan lagu-lagu hit mereka memeriahkan lagi konsert pada malam itu.
Turut menjadi tumpuan penonton pada malam itu juga adalah persembahan daripada isteri Noh iaitu Mizz Nina. Tarian bertenaga yang ditonjolkannya pada malam itu begitu memukau penonton.
Tidak terkecuali, persembahan bintang sensasi YouTube antarabangsa iaitu Chester See turut ditunggu- tunggu penonton pada malam itu.
Chester menyanyikan empat lagu popularnya iaitu Nice Guy, Who Am I To Stand In Your Way, Where Are You Now dan God Damn You're Beautiful.
Ternyata, populariti Chester See di Malaysia ini membuatkan dia begitu digilai oleh peminat dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut diserikan dengan nyanyian bertenaga Project EAR, Pop Shuvit, Jakeman dan Skeletor.


Tak sengaja langgar anak sendiri

Posted: 09 Oct 2013 07:08 PM PDT

MOHD. FITRI memegang jenazah anaknya yang maut dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Luluh hati satu pasangan suami isteri apabila anak kecil mereka yang baru hendak bertatih ditemui mati berlumuran darah selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dekat sini semalam.
Kejadian pukul 7.15 pagi itu mengakibatkan anak bongsu daripada enam beradik, Muhammad Faqih Mohd. Fitri, 10 bulan, maut akibat mengalami pendarahan dalaman.
Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setengah jam kemudian.
Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Fitri Ngah, 40, memberitahu, sebelum kejadian, dia bermain dengan Muhammad Faqih di ruang tamu bersama anak-anak lain.
Kata guru itu, dia kemudian meninggalkan mereka untuk bersarapan di dapur.
"Pada masa sama, isteri saya, Faizah Yusuf, 35, menghidupkan enjin untuk mengeluarkan MPV jenis Proton Exora dari garaj sebelum membawa kenderaan itu masuk semula secara mengundur. Dia sering berbuat demikian untuk memudahkan saya keluar bekerja.
"Ketika itulah mungkin Muhammad Faqih yang baru hendak belajar berjalan pergi ke garaj sebelum dilanggar secara tidak sengaja oleh isteri saya. Faizah hanya berhenti dan turun dari kereta selepas terdengar jeritan seorang jiran yang melihat kejadian itu," ceritanya ketika ditemui di HSNZ.

INILAH MPV yang merempuh Muhammad Faqih.


Tambahnya, dia yang terkejut kemudian bergegas keluar dan alangkah luluh hatinya apabila mendapati Muhammad Faqih telah terbaring dalam keadaan berlumuran darah lalu memangkunya. Mangsa kemudian dikejarkan ke HSNZ namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Menurut Mohd. Fitri, anak-anaknya sering menunggu di dalam rumah ketika isterinya mengundurkan kereta.
"Biasanya Muhammad Faqih hanya akan pergi sampai ke pintu namun saya tidak sangka pagi tadi (semalam) dia jalan hingga ke garaj.


3 mati ditembak kerana RM2,000

Posted: 09 Oct 2013 07:06 PM PDT


ANGGOTA polis menutup mayat salah seorang penjenayah yang mati ditembak di Lebuh Raya DUKE berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR – Tiga penjenayah bagaikan mati sia-sia apabila cubaan mereka melarikan diri bersama wang samun yang hanya berjumlah RM2,000 berakhir dengan mereka mati ditembak oleh polis di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di sini semalam.
Sebelum ditembak mati pada pukul 3.30 petang, ketiga-tiga suspek warga Indonesia bersama beberapa lagi rakan penjenayah lain menyamun seorang wanita di depan sebuah bank di Bayu Perdana di Klang, Selangor.
Wanita berusia 39 tahun disamun pada pukul 11.30 pagi ketika mangsa baru memandu kereta untuk meninggalkan bank selepas mengeluarkan wang RM2,000.
Bagaimanapun, kereta dipandu wanita itu tiba-tiba dihimpit oleh dua buah kereta Proton Wira yang dinaiki beberapa lelaki dan sebuah motosikal.
Lelaki yang menunggang motosikal itu terus memecahkan cermin tingkap kenderaan mangsa sebelum penunggangnya melarikan beg tangan mangsa.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar (gambar kecil) berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut melancarkan gerakan mengesan sebuah motosikal dan dua buah kereta Proton Wira yang menyamun wanita itu.
"Selepas kira-kira empat jam selepas kejadian samun mangsa wanita itu, pasukan polis mengesan sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki di Lebuh Raya DUKE sebelum mengekori kereta tersebut sehingga menghampiri Plaza Tol Sentul Pasar," kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian.


Suami hiba pangku mayat isteri

Posted: 09 Oct 2013 07:05 PM PDT


UPEK memangku mayat Julan yang mati selepas 
dilanggar dan diseret sebuah bas di Miri semalam.


MIRI - Seorang suami yang terlalu menyayangi isterinya meratap hiba sambil memangku jasad wanita tersebut apabila mendapati orang yang sudi berkongsi hidup dengannya itu maut dalam keadaan tragis selepas diseret sejauh 10 meter oleh sebuah bas yang melanggarnya semalam.
Kejadian di Jalan Miri-Lutong di sini pada pukul 9 pagi itu berlaku apabila Julan Batang, 42, dilanggar bas henti-henti sebelum diseret hingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dan tangan.
Suami mangsa, Upek Usan, 48, berkata, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Jalan Pujut Adong di sini selepas mencari pekerjaan di sekitar pusat bandar.
"Ketika kami berlari untuk melintas jalan, tangan kami terlepas hingga mengakibatkan Julan dilanggar bas.
"Saya menyesal kerana sebelum itu isteri mencadangkan kami menggunakan jejantas tetapi saya tetap berkeras mahu melintas jalan. Dia menjadi korban kerana tindakan saya," katanya sambil memangku mayat isterinya.


Lelaki Argentina jadi dalang

Posted: 09 Oct 2013 07:03 PM PDT


MOHD. ZAKARIA (kiri) menunjukkan peti wang yang dirampas daripada seorang lelaki Argentina pada sidang akhbar di IPD Maran, Pahang semalam.


MARAN - Dua lelaki warga Argentina yang berjaya menyamun wang daripada sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini tidak sempat menarik nafas lega apabila seorang daripada mereka diberkas polis kelmarin.
Suspek yang berusia 55 tahun ditahan pada pukul 4.30 pagi kira-kira 15 minit selepas melakukan jenayah itu berdekatan Plaza Tol Maran manakala rakannya dapat meloloskan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung samun mesin ATM itu pada pukul 4.15 pagi ketika polis sedang melakukan operasi Ops Cantas Khas di sekitar pekan Maran.
"Polis kemudian mengekori kereta suspek jenis Proton Persona dan menahan mereka di Plaza Tol Maran.
"Ketika kejadian, salah seorang suspek dapat melarikan diri ke ladang sawit berhampiran manakala pemandu kereta itu dapat diberkas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini semalam.


Harimau Sumatera dibedah

Posted: 09 Oct 2013 06:55 PM PDT



BEBERAPA pakar perubatan haiwan melakukan pembedahan ke atas seekor harimau Sumatera di Zoo Sacramento, California kelmarin.


SACRAMENTO, California - Seekor harimau Sumatera yang berusia 15 tahun menjalani pembedahan di Zoo Sacramento di sini kelmarin.
Harimau yang bernama Castro itu mengalami masalah pundi kencing tersumbat akibat batu karang.
Pembedahan itu dilakukan adalah untuk memasukkan tiub dari buah pinggangnya ke pundi kencing.
Kira-kira 30 pakar perubatan haiwan terlibat dalam pembedahan tersebut yang berjaya dilakukan.
Kos untuk melakukan pembedahan itu ialah AS$10,000 (RM31,947).
Namun, disebabkan terdapat sumbangan peralatan untuk pembedahan itu, kos tersebut hanya berjumlah AS$2,000 (RM6,388).


Antara karier dan kisah peribadi

Posted: 09 Oct 2013 06:52 PM PDT

AYU DAMIT kini bahagia bersama dua anaknya, Syed Nasrul Haikal dan Sharifah Alya Adriana hasil perkongsian hidup dengan Syed Fauzi.


BERITA artis sorok pernikahan bukan sesuatu yang baharu dalam industri seni tempatan. Bukan satu dua artis yang cuba menyembunyikan perkahwinan mereka, tetapi cukup ramai. Masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri.
Acap kali perkahwinan yang cuba disembunyikan itu akhirnya akan terbongkar jua. Terbaharu, peminat dikejutkan dengan berita kononnya pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sah bernikah pada 4 Februari lalu kini.
Baik Aeril, mahupun Wawa masing-masing mengunci mulut.
Bahkan Aeril menerusi pengurusnya memberitahu dia akan menjawab segala teka-teki itu dalam satu sidang akhbar yang diadakan esok.
Sebelum ini aktor Bront Palarae juga menafikan berita pernikahannya pada 31 Ogos lalu walaupun majlis itu turut dihadiri pihak media.
Hanya kerana tiada bukti bergambar, Bront dengan cukup lantang menempelak pihak media yang melaporkan hari bahagianya itu.
Namun, akhirnya Bront mengaku juga telah bernikah. Alasannya merahsiakan pernikahannya itu kerana privasi dan pernikahan bersifat peribadi. Bront yang masih merahsiakan identiti isterinya itu akan mengadakan majlis resepsi di kampung halamannya di Hatyai, Thailand pada hujung tahun ini.
Terdahulu, sejarah industri hiburan sebelum ini menyaksikan pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim, Rita Rudaini, Siti Shahrizah Saifuddin (Eja) dan penyanyi Ayu Damit turut menyembunyikan pernikahan, tetapi akhirnya terbongkar dan mengaku dengan sendirinya selepas bukti terpampang di depan mata.
Biarpun beribu alasan diberikan, tetapi pernikahan wajar dihebahkan untuk mengelak fitnah, bahkan dalam Islam, sunat untuk pasangan pengantin membuat kenduri mengikut kemampuan masing-masing.
Rasa bersalah - Rita Rudaini
Pelakon jelita, Rita Rudaini yang telah bercerai dengan suaminya, pemain bola sepak Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak pada 5 September lalu pernah menggemparkan industri hiburan apabila mereka bernikah secara sembunyi di Songkla, Thailand pada Februari 2008.
Berita pernikahan itu hanya dihebahkan kepada media apabila Rita disahkan hamil dua bulan. Walaupun sudah sah bercerai dengan suaminya, Rita tidak kisah berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika status pernikahan itu masih lagi rahsia.
Menurutnya, dia dan bekas suaminya mengambil keputusan untuk merahsiakan pernikahan itu kerana keluarga suaminya tidak merestui hubungan mereka. Ketika itu, Rita berusia 32 tahun, manakala Aidil berusia 21 tahun.

WAWA ZAINAL dan Aeril Zafrel kini masih berteka-teki tentang hubungan mereka.


"Ketika itu saya bukan sengaja sorok pernikahan, tetapi untuk menjaga hati banyak pihak dan atas permintaan bekas suami, itulah keputusan yang terpaksa saya lakukan.
"Kalau ikutkan tiada sebab dan tidak patut untuk saya sorok berita pernikahan itu kerana kami bernikah secara sah dan halal bukannya bersekedudukan," ujarnya.
Luahnya, ketika itu memang sukar dan wujud rasa bersalah bersarang di hatinya apabila terpaksa berbohong dengan orang sekeliling termasuk pihak media tentang status hubungan mereka.
"Saya rasa bersalah sangat sebab saya bukannya orang biasa, semua orang kenal saya. Jadi, sayalah orang yang dihentam kiri dan kanan apabila pernikahan ini akhirnya terbongkar," jelasnya.
Sambung Rita, pada mulanya, dia sememangnya ingin menghebahkan berita pernikahan itu, tetapi selepas banyak kali menafikan hubungan mereka kepada pihak media dan orang sekeliling, pengakuan yang ingin dilakukan itu menjadi terlalu sukar.
"Rasa berat dan susah sangat, tetapi dalam hati memang saya tidak mahu sorok kerana boleh mengundang fitnah. Akhirnya tidak tahu macam mana, ketika semakin dekat tarikh untuk saya beritahu hal sebenar, orang ramai sudah dapat tahu terlebih dahulu," katanya.
Waktu itu, dia dan bekas suami masih belum bersedia untuk memberitahu kisah yang sebenar dan terpaksalah mereka berbohong.
"Selepas berdolak-dalih dan menafikan, apabila tiba waktu sidang akhbar untuk memberitahu hal yang sebenar, saya rasa sangat malu," katanya.
Andai pada masa depan dia bertemu jodoh semula, pengalaman lepas mengajarnya untuk tidak menyembunyikan perkara yang sepatutnya dikongsi dengan semua orang.
"Jika ada jodoh selepas ini, saya tidak mahu sorok kerana perkara yang gembira apabila orang dapat tahu, mereka turut mendoakan kebahagiaan kita. Cukuplah sekali, saya tidak mahu ulang perkara yang sama dan mengundang fitnah," kata Rita.
Fokus kerjaya bukan kisah peribadi - Eja
ABBY ABADI dan suaminya, Noor Farhan bernikah secara rahsia di Thailand pada 9 Julai lalu.


Seorang lagi pelakon cantik, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja hanya mendedahkan statusnya sebagai isteri kepada seorang ahli korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin selepas 10 tahun berkahwin.
Berita itu diumumkan pada Julai 2009, ketika Eja sedang hamil anak sulung dan usia kandungan telah mencecah tujuh bulan.
Eja yang kini berusia 41 tahun, pernah berkata dalam satu temu bual, sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan dia tidak pernah menyorokkan statusnya, bahkan banyak pihak telah tahu status sebenarnya.
"Sebelum ini, saya tidak pernah mengiyakan atau menidakkan apabila ada yang bertanya tentang status saya. Ramai yang sudah tahu, cuma malas bertanya perkara itu kepada saya.
"Saya menghargai privasi yang diberikan kerana ketika itu fokus saya hanyalah kerjaya sahaja," katanya yang kini sudah mengenakan hijab.
Jelasnya, dia juga mengambil keputusan untuk mendedahkan statusnya yang sebenar dan berkongsi wajah suami serta anaknya, Nur Eishal yang kini berusia empat tahun demi masa depan anaknya itu.
"Saya juga tidak mahu menyorok lagi kerana semuanya adalah demi masa depan Nur Eishal dan apa yang saya lakukan selama ini pun, itu adalah pendirian saya.
"Memang dari dulu lagi sudah saya tegaskan bahawa saya mahu kisah kerjaya saya ditonjolkan berbanding dengan kehidupan peribadi," jawabnya.
Elak fitnah, harus dihebahkan - Ustazah Norhafizah Musa
Isu tentang sorok pernikahan ini turut diajukan kepada pendakwah Ustazah Norhafizah Musa yang juga pensyarah di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Ujarnya, pernikahan merupakan sesuatu yang baik dan apabila ia dirahsiakan secara tidak langsung memberi implikasi negatif terhadap keharmonian rumah tangga yang dibina.
"Pernikahan itu harus dihebahkan, jika dalam Islam hukumnya sunat untuk mengadakan majlis kenduri bagi mengeratkan silaturahim dan memberitahu orang sekeliling yang mereka sudah berkahwin bagi mengelak fitnah pada kemudian hari.
"Biasanya pernikahan yang disorokkan pasti ada sesuatu yang tidak kena dan penghujungnya tidak akan harmoni.
"Harus diingat apabila bernikah, kehidupan bukan sekadar berdua tetapi turut melibatkan masyarakat, perkara yang mudah akan menjadi sukar apabila pernikahan itu disorokkan," katanya.
Disoal tentang pasangan artis yang menafikan pernikahan, katanya, itu hak peribadi, bagaimanapun perkara itu tidak sepatutnya berlaku andai pernikahan itu dijalankan berdasarkan syarak yang betul.
"Penafian itu bersifat peribadi, tetapi bagi saya mereka yang menafikan tidak memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.
"Mungkin mereka ada sebab tersendiri seperti menjadi isteri kedua, perkahwinan tidak direstui tetapi sampai bila harus begitu. Pernikahan adalah untuk seumur hidup bukannya untuk tempoh yang singkat," jelasnya.
Tambahnya, status sebagai artis menarik banyak pihak untuk mengetahui kisah yang sebenar tetapi masyarakat bukanlah ingin mencampuri urusan rumah tangga mereka.
"Bagi saya masyarakat sekadar ingin tahu, benarkah mereka telah berkahwin, itu sahaja. Masyarakat kita tidaklah sampai ingin masuk campur dalam rumah tangga mereka.
"Lebih baik berterus-terang kerana pernikahan yang disorok mempunyai banyak implikasi negatif. Lebih tenang dan mudah jika perkara yang baik dihebahkan," katanya.


Bidik apa sahaja dengan Galaxy NX

Posted: 09 Oct 2013 06:50 PM PDT



KIRA-KIRA setahun yang lalu, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung) melancarkan kamera digital pintar pertamanya yang menggunakan sistem operasi Android, iaitu Kamera Galaxy.
Dibangunkan berdasarkan teknologi kamera sistem kompak (CSC), ia menggabungkan ciri-ciri fotografi berprestasi tinggi dengan akses jalur lebar 3G dan WiFi.
Biarpun ia bukanlah kamera pertama yang menggunakan sistem operasi Android selepas Nikon COOLPIX S800c, namun ciri-ciri pada Kamera Galaxy menyebabkan ia mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat gajet dan fotografi di seluruh dunia.
Selain menyediakan aktiviti merakam imej, kamera itu juga membolehkan pengguna menyunting gambar atau video sebelum dikongsi bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan dengan satu langkah mudah iaitu dengan satu sentuhan di skrin kamera.
Selepas setahun, Samsung sekali lagi mengungguli pasaran kamera Android melalui pengenalan model terbaharunya, Galaxy NX.
Menggabungkan evolusi Kamera Galaxy dan Samsung GalaxyS4 Zoom, Galaxy NX dilihat sebagai percubaan serius jenama itu untuk meneroka pasaran kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR).
Sempena pengenalan Galaxy NX, baru-baru ini, Samsung mengajak sekumpulan pengamal media dan penulis blog ke Pulau Pangkor, Perak selama dua hari satu malam untuk menguji gajet tersebut.
Biarpun terpaksa melalui perjalanan hampir lima jam menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Lumut, dari riak wajah masing-masing agak teruja untuk menyertainya.

KEPUASAN fotografi terserlah melalui sistem lensa boleh tukar yang boleh dipadankan dengan 13 lensa Samsung.


Kreativiti
Lebih-lebih lagi apabila diberitahu kami merupakan antara pengguna terawal di negara ini yang berpeluang mencubanya sebelum ia dijual di pasaran bermula 30 September lalu.
Seterusnya, rombongan dibawa mendengar taklimat ringkas yang diberikan oleh Ketua Pemasaran-Pengimejan Digital Samsung, Julian Thean.
"Hari ini kita akan membawa anda semua melawat beberapa lokasi menarik di sekitar pulau peranginan ini.
"Di situ anda boleh mencuba mengambil sebanyak mana gambar mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan mod-mod rakaman yang tersedia," jelasnya.
Sepanjang perjalanan menaiki bot dari lokasi penginapan di Pangkor Laut Resort ke Pulau Pangkor, jari-jemari penulis sempat membelek-belek kamera itu untuk melihat fungsi dan keistimewaannya dengan lebih dekat.
Tidak sukar bereksperimentasi dengan Galaxy NX, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah terbiasa menggunakan telefon pintar keluaran Samsung sebelum ini.
Hanya dengan satu sentuhan, pengguna boleh mengubah mod daripada kamera atau kepada paparan antara muka yang memaparkan aplikasi Android seperti di telefon pintar.
Destinasi pertama kami ialah di Kota Belanda dengan setiap peserta diminta mencuba mod landskap dan panorama bagi mendapatkan imej berbeza di sekitar kawasan bersejarah itu.
Seterusnya, peserta dibawa ke Pantai Teluk Nipah, Taman Fu Li Kung dan sekitar pekan Pangkor atas tujuan yang sama.

JULIAN memberi penerangan mengenai kamera Galaxy NX kepada pengamal media dan penulis blog dalam lawatan ke Pulau Pangkor baru-baru ini.


Kuasa lensa
Bercerita lanjut mengenai Galaxy NX, Julian berkata, salah satu ciri menarik pada kamera itu ialah lensa optikal berkuasa 20.3 megapiksel dengan sensor APS-CMOS yang berupaya menghasilkan imej jelas dan terperinci biarpun dalam keadaan kurang cahaya.
Katanya, enjin DRIMe IV Image Signal Processor pada kamera ini juga mampu memberi rakaman dan warna berkualiti di samping menyokong format berdefinisi tinggi (HD).
"Ia turut dikuasakan dengan cip pemprosesan 1.6Ghz, ingatan capaian rawak sehingga dua Gigabait (GB) serta bateri 4360mAh.
"Di samping itu, ia juga dilengkapi ciri Advanced Hybrid Auto Focus dengan 1/6000 kelajuan pengatup sesaat serta 8.6 bingkai per saat membolehkan ia merakam sebarang momen atau objek bergerak dengan jelas," jelasnya.
Didatangkan dengan lensa standard 18-55 milimeter (mm) f/3.5-5.6 OIS, penulis beranggapan Galaxy NX sudah cukup bergaya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi.
Bagaimanapun, jika ia belum cukup memberi kepuasan ketika berkarya, sistem lensa kamera itu boleh ditukar dan dipadankan dengan lensa-lensa lain keluaran Samsung yang terdapat di pasaran.
Mempunyai berat kira-kira 495 gram, Galaxy NX agak ringan jika dibandingkan dengan kamera jenis DSLR yang lain. Dilengkapi skrin bersaiz 4.8 inci, ia memberi paparan jelas kepada pengguna mengikut keperluan dan tugas yang dikehendaki.
Dengan reka bentuk kasual yang ringkas dengan rona hitam eksklusif pada keseluruhan binaannya, Galaxy NX sememangnya mampu memenuhi semua cita rasa pengguna.

BIARPUN menggunakan lensa standard 18-55mm, Galaxy NX mampu memberikan rakaman dan warna berkualiti.


Tambah Julian, seperti juga telefon pintar Samsung, Galaxy NX mengguna pakai sistem operasi Android 4.2 Jelly Beam untuk meningkatkan keupayaan pengimejan di samping sambungan 3G, 4G LTE dan WiFi.
Ujarnya, pengguna boleh memuat turun ratusan aplikasi pada Android untuk diintegrasikan bersama kamera itu di samping menghasilkan imej dan video, bermain permainan video, menghantar e-mel termasuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga secara dalam talian.
"Dengan pertumbuhan rangkaian sosial dan kelaziman telefon pintar dan tablet hari ini, pengguna mengharapkan komunikasi yang lebih cepat dan pantas.
"Justeru, Galaxy NX dilihat sebagai peranti terbaik yang menggabungkan telefon dan kamera dalam satu gajet sekali gus memberikan keseronokan kepada pengguna," katanya.


Kecairan glasier tropika dunia

Posted: 09 Oct 2013 06:49 PM PDT


BONGKAH ais dan glasier tropika di puncak Andes dikatakan mengambil masa hampir 1600 tahun untuk terbentuk.


PERU merupakan negara yang sangat istimewa. Ia kaya dengan nilai sejarah silam dan ribuan tapak arkeologi yang terus terpelihara sehingga kini.
Bagaimanapun di sebalik kemegahan sejarah silamnya, pelancong juga mempunyai sebab lain untuk melawat Peru. Salah satunya ialah kewujudan kawasan glasier tropika yang diiktiraf terbesar di dunia.
Merentangi sepanjang puncak banjaran Andes, kewujudan glasier penting dalam mengurus sumber air untuk kegunaan penduduk, aktiviti pertanian dan tenaga hidroelektrik.
Bagaimanapun, bongkah glasier yang terbentuk lebih 1600 tahun itu kini semakin mengecil. Kajian terbaharu menunjukkan ia menyusut sehingga 22 peratus dalam tempoh 25 tahun lalu.
Para saintis berpendapat, keadaan itu disebabkan oleh kenaikan suhu global sekali gus menyebabkan ekosistem alam semula jadi menjadi tidak seimbang.
Ia jelas dibuktikan melalui margin bongkah ais di Quelccaya yang semakin mengecil berbanding sebelumnya. Pencairan secara drastik ini menyaksikan penemuan pelbagai spesies tumbuhan reput yang sebelum ini membeku dalam glasier yang terbentuk ribuan tahun lalu.
Kajian terperinci yang dilakukan menggunakan kaedah karbon radioaktif terhadap tisu tumbuhan yang mereput pada kadar tertentu membolehkan saintis menentukan usia lapisan ais berkenaan.

SAINTIS sentiasa memantau perkembangan di Banjaran Andes melalui data-data yang dikumpul sejak 30 tahun lalu.


Kenal pasti punca
Seorang ahli glaciologi dari Universiti Ohio, Lonnie G. Thompson yang bertanggungjawab melakukan kajian di Quelccaya sejak beberapa dekad lalu melaporkan penemuan itu dalam sebuah jurnal sains baru-baru ini.
Kajian itu meliputi analisis terhadap kandungan bahan kimia pada silinder ais yang digerudi di dasar Quelccaya. Hasil kajian itu akan membantu saintis di seluruh dunia mengenal pasti punca sebenar perubahan iklim.
Ada antara analisis berkenaan memerlukan masa panjang, namun Thomson berkata, berdasarkan bukti-bukti awal sebelum ini, bumi pernah melalui fasa perubahan iklim luar biasa ketika Revolusi Perancis pada tahun 1789. Perubahan iklim ketika itu menyumbang kepada kekurangan bekalan makanan, di samping diburukkan dengan pergolakan yang berlaku.
"Apabila berlaku kekurangan bekalan makanan, ia merupakan satu berita buruk kepada mana-mana pemerintah," katanya dalam satu wawancara.
Bagi menghasilkan penemuan lebih menarik, Thompson dan pasukannya telah memperluaskan penyelidikan mereka. Ia termasuk mengkaji tumbuhan-tumbuhan mati yang ditemui di pinggir Quelccaya, sebuah bongkah ais besar dan rata terletak di kawasan gunung berapi setinggi 5,486 meter pada paras laut.
Ujian kimia
Beberapa tahun lalu, pasukan itu melaporkan mengenai penemuan pelbagai spesies tumbuhan berhampiran sebuah tasik yang terhasil akibat pencairan ais. Ujian kimia menunjukkan ada di antaranya berusia sekitar 4700 tahun.
Dalam kajian terbaharu, iaitu 304.8 meter lebih dalam berbanding lokasi ujian sebelum ini mendedahkan ada antara spesies tumbuhan berkenaan berusia sehingga 6300 tahun.
Sementara itu, seorang ahli geologi mengenai glasier dari Kolej Dartmouth, Meredith A. Kelly berkata, interpretasinya terhadap tumbuhan berkenaan boleh dipercayai dan berpandukan fakta.
Penyelidikannya di Quelccaya menunjukkan margin glasier telah mencair dengan begitu pantas pada masa lalu. Katanya, pencairan ais yang berlaku pada hari ini agak pantas, biarpun tidak sepantas seperti yang pernah direkodkan sejak era zaman ais berakhir.

GLASIER yang mencair turut mengairi kawasan tasik yang menjadi sumber air kepada penduduk sekitar.


Saintis berkata, pemanasan global yang berpunca daripada pembebasan gas rumah hijau oleh manusia memberikan impak besar bergantung kepada latitud dan ketinggiannya.
Disebabkan itu, kata saintis, bongkah ais di Quelccaya yang berada pada paras tinggi di kawasan tropika sangat sensitif terhadap sebarang perubahan iklim.
"Perubahannya mungkin tidak dilihat melalui mata kasar kerana masih banyak ais di sini, namun kita mungkin terperangkap dalam situasi yang menjadi punca kepada pencairan ais berkenaan," kata Mathias Vuille, saintis kaji cuaca di Universiti Albany, New York.
Sepanjang banjaran Andes, glasier kini mencair begitu pantas yang turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis mengenai sumber air yang dibekalkan kepada penduduk di wilayah berkenaan. Pencairan glasier pada musim panas dan kering, membantu komuniti di sekitar kawasan pergunungan itu mendapat bekalan air secukupnya.
Menurut pakar, dalam jangka masa pendek, pencairan ais akan meningkatkan sumber air sekali gus berupaya menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat di beberapa bandar di sekitar Andes.
Bagaimanapun, kata mereka, penyusutan glasier akan menimbulkan ketidakpastian yang sentiasa menghantui manusia.


Bekerja sebagai satu ibadah

Posted: 09 Oct 2013 06:44 PM PDT


PESERTA kursus yang terdiri daripada pekerja organisasi swasta dan kerajaan tekun mendengar ceramah dan taklimat mengenai panduan bekerja dengan hati dan akal di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.


PENGLIBATAN Juraiman Rahim dalam kursus Bekerja Dengan Hati dan Akal di Hotel Istana, Kuala Lumpur selama dua hari baru-baru ini merupakan inisiatifnya sendiri.
Menurut Pengurus Operasi dan Program Pusat Kelompok Masjid dalam Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) itu, sepanjang menyertai kursus tersebut, banyak perkara baharu dipelajarinya yang boleh dipraktikkan dalam tugasan hariannya di MUIS.
"Matlamat utama MUIS ialah menjadikan masyarakat Islam progresif, maju dan kuat pegangan agama. Di Singapura, masjid merupakan tempat ibadat dan pembangunan sosial masyarakat.
"Melalui kursus ini, saya mampu memberikan idea kepada MUIS mengenai kaedah untuk mengendalikan sistem pentadbiran masjid dengan lebih sistematik mengikut lunas Islam. Sebelum ini, pimpinan masjid dipelopori oleh golongan korporat dan kebanyakannya kurang menekankan aspek agama," ujarnya yang menguruskan pentadbiran 29 buah masjid di bahagian pusat bandar Singapura.
Kaedah 4I iaitu Islam, Iman, Ilmu dan Islah merupakan antara pengajaran yang memberi panduan kepada Juraiman dalam melaksanakan tugasan hariannya.
Perspektif tauhid
Kursus yang dianjurkan Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) merupakan kali pertama dibuka penyertaannya kepada organisasi dan masyarakat.
Kursus yang dipimpin oleh Jaafar Muhammad selaku fasilitator itu menggunakan pendekatan latihan dan ceramah mengenai konsep ilmu menurut perspektif tauhid, mengenal Allah, manusia, alam, kehidupan, agama, kerasulan dan hari akhirat kepada peserta dalam kursus tersebut.
Menurut Jaafar, pekerjaan setiap manusia boleh dijadikan sebagai bukti yang kukuh untuk beramal kepada Allah.
"Ramai yang kurang memahami konsep pekerjaan merupakan satu ibadah dan amalan kepada Allah. Umat Islam juga perlu tahu membezakan penggunaan hati dan akal dalam melaksanakan ibadah kepada Allah.
"Peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari pada kursus ini dalam pekerjaan seharian mereka dengan memahami konsep ilmu," ujarnya yang menggunakan panggilan Abu Faiz yang bermaksud Bapa Kejayaan dalam setiap sesi kursus kendaliannya.
Kursus itu juga memberi informasi mengenai tauhid dan Islam dengan beberapa contoh yang berkaitan dalam konteks masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
Platform terbaik
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Syariah dan Pengurusan Islam Universiti Malaya, Dr. Nor 'Azzah Kamri, 36, yang juga peserta berpendapat, kursus tersebut memberi kefahaman untuk membentuk pekerja yang berprestasi tinggi untuk sesebuah organisasi.
"Abu Faiz juga sering mengingatkan peserta bahawa setiap manusia berada dalam pelukan kasih sayang Allah. Sebagai seorang insan, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Justeru, Abu Faiz sering mengingatkan setiap peserta agar ingat matlamat asal dalam pekerjaan iaitu semuanya kerana Allah.
"Bagi saya, kursus ini merupakan platform terbaik untuk membetulkan niat setiap pekerja. Walaupun kita sibuk mencari rezeki, namun setiap rezeki itu perlu disulami dengan niat yang tulus kerana Allah," ujarnya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines