Tak tamak Posted: 28 Oct 2013 06:53 PM PDT Sumber: Harian Metro Kota Bharu: "Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan dan berapa banyak jumlah gol. Saya hanya mahu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia". Itu azam penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme yang mahu memastikan trofi berprestij itu kekal bersama The Red Warriors (TRW) musim ini. Komitmen tinggi disuarakan Nwakaeme pastinya membuka ruang lebih luas kepada barisan penyerang lain untuk meledak jaringan. Pemain kelahiran Nigeria itu yang sudah meledak enam gol dalam saingan Piala Malaysia dilihat menjadi ancaman utama Pahang pada final Ahad ini. NWAKAEME (kiri) bersama Khairul Fahmi Che Mat sempat melihat akhbar Harian Metro selepas sesi latihan. "Aksi final bukan mudah kerana ia menemukan dua pasukan terbaik. Ia menjanjikan perlawanan menarik," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, semalam. Kelantan tampil dengan semangat tinggi apabila empat pertemuan dengan Pahang musim ini menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak tidak pernah tewas dan menang besar 4-0 di Kota Bharu pada pertemuan terakhir dalam saingan peringkat kumpulan.
"Kemenangan 4-0 itu sudah kami lupakan dan final ini permulaan yang baru," tegas penyerang berusia 27 tahun itu yang dilabel sebagai "makan besi" oleh pengendali ATM B Sathianathan susulan kesukaran mengekang pergerakannya.
"Final ini tidak akan menjadi perlawanan mudah untuk saya kerana bakal berdepan bek kental Pahang, Damion Delano Stewart." |