Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Cristina Suzanne Kahwin 22 Januari 2014
- Anis Aneesa Sudah Kahwin Dengan Lelaki Syria
- Lisa Surihani Lancar 'Lisa's Fghends' Demi Peminat
- Pengorbanan Hafiz Hamidun
- Saya belum kahwin - Shahir
- Menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM)
- Bisnes restoran Khadijah sukses
- Album Doa UNIC
- Lembu korban terkorban selepas terjun parit
- Fosil nyamuk berusia 46 juta tahun
- Evolusi ukiran kayu merentasi zaman
- Kayu hanyut sumber rezeki Azizul
- Inovasi pembiakan spirulina di Thailand
- Tahan lama, sedia dimakan
- Komputer pretasi tinggi harga berpatutan
- Cabaran Dew Xtreme lebih getir
- Peluang hayati karya seni potret
- Wangian glamor pelembut pakaian
- Ais gergasi tawan Bukit Bintang
Cristina Suzanne Kahwin 22 Januari 2014 Posted: 15 Oct 2013 06:18 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Cristina Suzane bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan ibunya pada 22 Januari 2014 di kampung halamannya, Kuantan, Pahang. Cristina atau lebih mesra disapa Cris, 28, berkata, dia sudah pun melangsungkan majlis pertunangan dengan lelaki yang enggan didedahkan identitinya itu pada Ahad lalu dan bagaimanapun tidak mahu bercerita lanjut mengenai majlis tersebut. "Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja. "Setakat ini kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014 tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua," katanya yang dihubungi mStar Onlinedisini, pada Selasa. Cris atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill dalam laporan media terdahulu memberitahu bahawa tunangnya itu merupakan teman sekolahnya dan sejak bekerja mereka tidak pernah berhubung sehinggalah pada Ramadan lalu lelaki berkenaan datang ke rumah untuk merisik. Selepas melihat keperibadian lelaki tersebut yang menghormati orang tua selain pandai mengambil hati adik beradik, ibu Cris terus menasihatinya untuk menerima lelaki itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Tambah Chris, setakat ini dia belum membuat sebarang persiapan lagi, namun mengakui dia kini sedang belajar memasak sebagai persediaan menempuh kehidupan berumah tangga nanti. "Sekarang ini saya belajar memasak daripada mak. Selama ini bukan saya tak mahu belajar memasak, tetapi mak tidak membenarkan saya tolong kerana enggan dapur bersepah nanti," selorohnya. Dalam perkembangan lain, pelakon filem KIL itu baharu saja selesai penggambaran filemCEO pada dua bulan lalu bersama aktor Remy Ishak. Selain itu, Chris juga bakal muncul menerusi telefilem Dari Sinar Mata untuk siaran TV3. | ||
Anis Aneesa Sudah Kahwin Dengan Lelaki Syria Posted: 15 Oct 2013 06:17 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Anis Aneesa mengakui dia sudah pun berkahwin dengan lelaki kelahiran negara Syria pada Oktober dan kini memiliki seorang anak lelaki bernama Mohd Kaiser, tiga bulan. Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 27, bagaimanapun berkata, suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.K itu bukanlah lelaki sama yang yang bertunang dengannya pada Januari 2012 dan berharap agar tiada pihak yang keliru. "Saya ini, bertunang dengan lelaki Iran, kahwin pula dengan lelaki Syria pada Oktober tahun lalu. Tak sangka kan, bercakap tentang jodoh, segala kemungkinan boleh berlaku. "Tetapi semua ini berpunca selepas saya mendapat tahu bekas tunang saya itu cuba mengambil kesempatan terhadap diri dan keluarga. Selepas empat bulan putus, saya mengenali Mr.K dan tanpa melengahkan masa kami terus rancang untuk berkahwin. "Alhamdulillah, saya dan suami sudah pun memiliki seorang anak lelaki dan dia merupakan pelengkap rumah tangga kami ," katanya kepada mStar Online. Tambah Anis, kehadiran anaknya itu juga membuatkan dia dan suami berasa lebih bertanggungjawab dan bersifat lebih matang dalam melalui proses kehidupan sebagai suami isteri. Sementara itu, Anis juga baharu sahaja mengadakan majlis cukur jambul Kaiser di kediamannya di Selayang Baru dekat sini pada Sabtu lalu dengan kehadiran kira-kira 100 orang tetamu. Kata penyanyi Qasidah Cinta itu, dia tidak sangka dan bersyukur, walaupun tidak terlalu kerap meraih publisiti sebagai penyanyi, namun dia masih lagi menerima beberapa penajaan bagi menjayakan majlis cukur jambul itu. "Syukur, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja Ayubi Catering, Mama Danish Deco & Craft, Little Big Shot Photography dan Es Studio KL kerana sudi menaja majlis kami. "Dalam pada itu, saya tidak sangka ramai yang hadir memeriahkan majlis ini, Alhamdulillah," tuturnya. Bagaimanapun, dirinya yang baharu saja kehilangan bapa, Mushidi Desa, 52, pada 1 September lalu mengakui berasa sedih kerana tidak dapat bersama meraikan anak lelakinya itu. "Memang terasa sangat apabila majlis ini diadakan tanpa arwah ayah, tetapi saya reda dan hanya mendoakan yang terbaik buat dirinya," kata Anis. | ||
Lisa Surihani Lancar 'Lisa's Fghends' Demi Peminat Posted: 15 Oct 2013 06:16 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani melancarkan laman web 'Lisa's Fghends' iaitu www.lisasfghends.com sebagai tanda penghargaan buat peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini selebriti itu. Lisa berkata, selepas meraih ramai pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram, dia bercadang untuk membuka sebuah laman web bagi memudahkan peminat-peminatnya berkumpul. "Memandangkan orang mengenali saya kerana kepelatan sebutan 'R', jadi ia sudah menjadi 'trademark', dan kerana itu saya muncul dengan laman web Lisa's Fghends. "Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan peminat dan menariknya ruangan Diari Lisa dan Borak Lisa turut disediakan. Ia memudahkan peminat mengetahui perkembangan terbaharu saya selain daripada laman sosial yang lain," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online. Tambah Lisa, peminat juga boleh berkongsi apa jua idea di ruangan tersebut malah laman ini juga membolehkan peminat menonton video dan melihat koleksi foto Lisa sendiri mengenai aktiviti hariannya. Dalam pada itu, para peminat juga boleh membeli barangan cenderahati di dalam laman web tersebut seperti kemeja-T 'Lisa's Fghends', sarung telefon bimbit, 'Snapback', payung, , cawan magik, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan. Malah 'Lisa's Fghends' turut menawarkan hadiah percuma kepada 10 peminat bertuah yang berdaftar setiap bulan sebagai tanda penghargaan. "Selain itu, pelbagai promosi turut ditawarkan khas bagi memudahkan peminat menyimpan barangan cenderahati tersebut sebagai kenangan," ujarnya. Pendaftaran Lisa's Fghends adalah percuma dan selain laman web, para peminat juga boleh mengikuti perkembangan menerusi Facebook (Lisa's Fghends), Twitter (@LisasFghends), Youtube (lisas fghends) dan Instagram (@lisasfghends). Sehingga kini, Lisa memiliki sebanyak 2.6 juta pengikut di Facebook, Twitter (1.6 juta) dan Instagram (404,000). Projek ini dibawakan oleh Dangerous Media Sdn. Bhd. | ||
Posted: 15 Oct 2013 06:15 PM PDT
Begitu juga dilalui Hafiz Hamidun, figura yang mula mendapat tempat di hati peminat selepas lagunya Zikir Terapi Diri menerima sambutan hebat. Menurut Hafiz, ada sesetengah pihak mempertikai lagu-lagu yang dibawanya dengan anggapan ia tidak seiring dengan imejnya yang tidak seperti penyanyi nasyid. "Apa pun yang diperkatakan orang, itu bukan halangan asalkan perjuangan itu berada di atas paksi yang betul. "Inilah salah satu pengorbanan yang saya lakukan untuk masyarakat," katanya ketika ditemui Zass, baru-baru ini. Hafiz mengakui, keputusannya menceburi bidang seni sejak usia belasan tahun, menyebabkan banyak perubahan terjadi dalam hidupnya. Malah tanpa berselindung, Hafiz memberitahu, dia terpaksa mengorbankan banyak perkara demi mencapai impian menempa nama di persada seni. "Apabila bercakap mengenai pengorbanan, ia adalah satu konsep ibadah. Jadi, segala perbuatan kita mestilah berkonsep ibadah. "Setiap orang pasti ada pengorbanan masing-masing. Pada saya, setiap hari kita buat pengorbanan kerana ia adalah satu tanggungjawab yang tidak mempunyai batasan waktu. "Begitu juga saya, demi menggapai impian, pengorbanan paling besar saya buat adalah melibatkan masa. Malah, saya sudah mula bergaul dengan masyarakat ketika umur 18 tahun lagi, padahal ketika itu adalah zaman remaja saya," katanya. Tambahnya lagi, dengan tahap situasi yang berbeza-beza, masanya lebih banyak diluangkan bersama masyarakat berbanding diri sendiri. "Ketika itu, masa saya banyak dihabiskan dengan masyarakat berbanding diri sendiri melalui pelbagai program. "Cuma dulu, impaknya mungkin tidak dapat dirasai kerana masih muda. Tetapi, lama-kelamaan, apabila semakin dewasa, saya dapat merasai kesan itu. "Persoalannya sekarang adalah bagaimana kita hendak menukar supaya masa yang diluangkan pada masyarakat itu menjadi satu ibadah supaya memperoleh ganjaran daripada ALLAH SWT," jelasnya. Tambahnya, oleh kerana menyedari keadaan diri sentiasa sibuk, ia menjadikannya seorang yang sentiasa bersyukur supaya masa itu habis dengan perkara bermanfaat. "Saya lebih memahami erti syukur. Banyak masa digunakan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat, " katanya yang akan menyambut Aidiladha di Vietnam. Dakwah menerusi lagu Selain tampil dengan empat album solo, pencapaian terbesar Hafiz adalah dengan mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun pada November tahun lalu. Walaupun tanpa banyak pihak penaja, penyanyi yang berasal dari Teluk Intan, Perak itu tetap mampu mengadakan konsert berskala besar seumpama itu dan ternyata ia menerima sambutan hebat. Selain itu, penyanyi irama nasyid dan ketuhanan tersebut juga dilihat telah membawa anjakan dalam persada muzik tanah air dan dikatakan penyanyi tempatan paling cemerlang pada tahun lalu. Kini Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun lebih selesa bergerak secara solo dalam memperjuang muziknya selepas keluar dari kumpulan nasyid UNIC. Menurut Hafiz, penglibatannya dalam bidang seni bukan berdasarkan hiburan semata-mata, sebaliknya ingin berdakwah menerusi lagu yang dinyanyikan. "Macam saya katakan tadi, imej hanyalah perkara luaran tetapi ia bukanlah satu masalah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat," katanya. Pengorbanan terbalas Hafiz berkata, pengorbanan masa selama ini seperti sudah terbalas dengan melihat pencapaian jualan albumnya yang sangat memberangsang selain setiap lagunya dikatakan memberi kesan mendalam kepada semua pendengar. Perjuangannya menerusi album ternyata membuahkan hasil. Empat album solonya, Hafiz Hamidun yang dilancarkan pada 2007, Syukran (2009), Zikir Terapi Diri (2011) dan Zikir Terapi Diri 2 (2013) memberi petanda positif lebih-lebih lagi dalam arus modenisasi hari ini. "Saya makin nampak hasilnya. Maksud hasil itu ialah kesan kepada pendengar terhadap apa yang telah dibuat dan respon positif itu menambah semangat untuk buat lebih baik pada masa akan datang. "Ia juga satu pencapaian di luar dugaan dan sebagai seorang komposer dan penyanyi, saya bangga," katanya. Nampaknya anak muda ini tidak terhad pada satu skop seni, sebaliknya Hafiz mahu karyanya terus dikembangkan kepada cabang seni lain. Dalam konteks ini, Hafiz mengambil contoh keseriusannya dalam menghasilkan skor muzik untuk filem-filem tempatan. "Setakat ini, saya sudah melibatkan diri sebagai penulis skor muzik bagi filem Nur Kasih The Movie, Sesuatu Yang Tertinggal, Azazil, Juvana dan terbaru KL Gangster 2," katanya yang bakal mengeluarkan album kompilasi tidak lama lagi. Kahwin tahun depan? Mengenai sisi peribadinya, Hafiz tidak berselindung bahawa dia bakal berkahwin pada tahun depan. Katanya, dia telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan terus melamar wanita itu. "Calonnya sudah ada dan wanita itu adalah pilihan saya. Buat masa ini, kami saling mengenali diri masing-masing," ujarnya. Ditanya keistimewaan si dia, Hafiz memberitahu sifat jujur wanita itu membuatnya tertarik hati. "Bila jujur, banyak sifat terpuji yang lain akan 'keluar' dengan sendirinya. Macam itu juga kalau kita jujur dalam perhubungan. "Terima dia seadanya. Tidak kiralah apa kelebihan atau kelemahan pasangan kita itu. "Apa yang penting akhirnya dia boleh menjadi kawan saya, malah kami ada banyak persamaan," katanya yang ingin terus berkahwin tanpa bertunang terlebih dulu. | ||
Posted: 15 Oct 2013 06:10 PM PDT
AHMAD SHAHIR ZAWAWI atau nama pentasnya, Shahir, 25, menghilangkan diri agak lama daripada dunia seni tempatan. Kehilangannya telah menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk dikatakan telah berkahwin. Realitinya, pada saat namanya memuncak, Shahir memilih pulang ke kampung untuk berada di sisi keluarga. Bintang Akademi Fantasia musim kelapan itu percaya pada kuasa Allah dan rezeki yang telah ditetapkan kepadanya terkini mahu pun pada masa akan datang. Itu pengorbanan Shahir. Bukan bermakna mahu melihat kariernya merudum gara-gara memencilkan bakat seketika untuk memberi ruang kepada diri menunaikan tanggungjawab kepada keluarga tetapi, memasang keyakinan menebus kekecewaan peminat yang menantikan kemunculan semulanya lebih setahun. "Allah yang mengizinkan peminat untuk menyokong atau membenci saya. Dia yang menentukan rezeki saya atau titik perjuangan kerjaya saya. Saya tidak pernah takut akan hilang rezeki suatu hari nanti sebab apa jua yang saya lakukan mengharapkan keredaan-Nya. "Begitu juga keluarga serta kedua-dua ibu bapa saya. Saya mengharapkan keberkatan daripada mereka, malah selama saya dalam dalam bidang nyanyian saya tidak merasakan diri saya bagus atau cukup sempurna untuk tiba-tiba mengambil langkah drastik menghilangkan diri kerana beranggapan bahawa akan sentiasa ada peminat sedia menanti saya pada bila-bila masa kelak. "Saya tidak boleh memberikan jaminan bahawa saya tidak akan menghilangkan diri suatu masa nanti kerana liku-liku masa atau kehidupan setiap orang berbeza-beza. "Cuma saya menjanjikan kali ini kemunculan saya adalah lebih bersedia," kata Shahir yang ditemui usai konsert Akademi Fantasia 2013 di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya, malam Ahad lalu. Kemunculan Shahir secara tiba-tiba dari belakang pentas berduet lagu Ada Apa Dengan Cinta bersama salah seorang peserta Akademi Fantasia 2013, Aishah benar-benar menghadiahkan satu kejutan yang luar biasa kepada penonton begitu juga peserta terbabit. Bukan melengkapkan drama kehilangan dirinya tetapi kemunculan khas itu, kata Shahir adalah bagi membuktikan bahawa dirinya kini benar-benar bersedia untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai penghibur dalam industri seni. Bukan sandiwara Tanda tanya kehilangan Shahir terus menjadi pokok perbualan. Kenapa sehingga perlu menghilangkan diri dalam tempoh yang begitu lama. Namun sepanjang waktu tiada khabar berita daripada Shahir juga, dua buah single yang dipetik daripada album pertamanya yang berjudul Shahir, tetap dilancarkan. "Cuti panjang itu untuk saya melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga dan apabila semuanya sudah selesai, saya keluar. Memang niat saya untuk meninggalkan dunia seni seketika dan menumpukan sepenuhnya fokus kepada urusan keluarga. "Tapi saya minta maaf, urusan keluarga itu tidak dapat saya kongsikan kepada orang ramai kerana terlalu peribadi," jelas anak sulung daripada lima beradik itu. Bagaimanapun, sepanjang tempoh kehilangannya, pernah sekali Shahir diundang untuk berduet bersama Adira menerusi salah sebuah konsert rancangan realiti nyanyian, Mania sekitar pertengahan tahun lalu, ia sekali gus disalah anggap oleh segelintir pihak bahawa dia sudah sedia kembali ke dunia seni. Namun, selepas itu, dia kembali menghilang sebelum kini muncul kembali. Katanya, usai melaksanakan tanggungjawab kepada keluarganya kini dia memasang tekad baharu untuk memberikan sepenuhnya kudrat bagi mempromosikan kedua-dua buah single, Aku Yang Berdosa dan Dia Yang Kau Pilih serta albumnya yang tertangguh sekian lama. Ditanya adakah urusan keluarga itu bermakna dia telah berkahwin senyap-senyap tanpa menghebohkan kepada media atau peminatnya semata-mata mahu memberikan ruang privasi kepada diri dan keluarga, jawab Shahir, dakwaan itu sama sekali tidak benar. "Pelbagai spekulasi timbul setelah saya menghilangkan diri. Pernah terlintas untuk kembali menyanyi, tapi saya pentingkan keluarga lebih daripada segalanya. Sepanjang tempoh itu, saya langsung tidak membuat sebarang persembahan pentas. "Keluarga saya faham dengan keadaan saya dan tidak mendesak untuk saya kembali bekerja walaupun mereka tahu saya masih sayangkan karier saya. Saya tidak pernah silap untuk meninggalkan semua yang berkaitan dengan karier disebabkan mereka. "Saya masih solo dan belum berkahwin. Ada juga pihak yang mendakwa saya pulang ke kampung untuk berubat kerana terkena penyakit misteri, itu pun tidak betul. Alhamdulillah saya masih sihat sampai hari ini," jelasnya. Merajuk Ironi seperti judul single hit terbaharu dirinya, Dia Yang Kau Pilih, apakah mungkin atas dasar pelakon jelita yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan dengan Shahir sebelum ini iaitu Rozita Che Wan yang telah memilih Zain Saidin sebagai bakal suaminya membuatkan hati Shahir membungkam seraya meninggalkan kota Kuala Lumpur untuk kembali ke pangkuan keluarga di Kampar, Perak? Jelas Shahir lagi: "Itu tiada kena mengena dengan saya dan cumalah gosip liar. Kami tidak pernah mempunyai sebarang hubungan cinta sebelum ini dan sama sekali tidak merajuk atas sebab itu hingga pulang ke kampung." Meneguhkan kata-katanya, ujar Shahir dia sama sekali tidak mengetahui akan kehadiran Rozita Che Wan ketika konsert Akademi Fantasia 2013 yang sama hujung minggu lalu. Dia disembunyikan oleh pihak produksi sementara menantikan giliran membuat persembahan terakhir bersama pelajar tersebut. Ketika konsert sama, Rozita ditampilkan sebagai gimik persembahan lagu Pencinta Wanita nyanyian kumpulan duo Azhael pada giliran ketiga. Begitupun, Shahir sempat melayangkan ucapan tahniah kepada Rozita yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon muda Zain Saidin pada bulan Disember depan. "Tahniah saya ucapkan, saya mendoakan semoga bahagia hingga akhir hayat dan saya harap selepas ini tiada lagi yang mengaitkan saya dengan dia atau sesiapa saja. Mungkin impaknya tidak besar, tapi disebabkan gosip-gosip atau cerita tidak berasas ini akan membuatkan sesetengah pihak tersinggung. Cukuplah setakat ini saja," ujar Shahir. Shahir dan cinta? Tegasnya, dia langsung tidak memikirkan soal itu buat masa sekarang, biarlah dia merencanakan kembali kariernya yang ibaratnya seperti telur di hujung tanduk, tunggu masa untuk jatuh. Siap siaga Selain album lengkap enam lagu yang masih belum dipromosikan, Shahir memberitahu bahawa dia bakal menyiapkan single terbaharu dalam sukatan yang lebih realistik, muzik yang beridentiti serta menyalurkan mesej kepada pendengar. "Sebelum ini saya ada pelbagai identiti muzik yang kadangkala mengelirukan pendengar. Selepas ini saya akan mencari satu kelainan baharu supaya dalam lagu saya boleh menyampaikan mesej tertentu. Senang cakap saya mahu menghasilkan lagu yang mempunyai dwimakna. | ||
Menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM) Posted: 15 Oct 2013 06:09 PM PDT SELEPAS lebih 20 tahun menjadi anak seni, kini pada usia 46 tahun, Rosyam Nor menerima pengiktirafan yang tidak pernah diimpikannya. Dia, pada Ahad lalu, baru sahaja menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM) Kehormat yang membawa gelaran Datuk di Dewan Negeri Melaka sempena majlis Penganugerahan Hari Kelahiran ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob. Mengaku gelaran tersebut tidak merubah corak hidupnya secara kasar, namun, kata Rosyam gelaran tersebut menjadi pemangkin buatnya menaikkan semangat dan stigma terhadap anak seni tempatan yang juga mampu menyumbang sesuatu terhadap ekonomi dan pembangunan negara. Ditemui pada majlis perasmian kedai motosikal berkuasa tinggi S4M Motorsports di Jalan Pahang, Kuala Lumpur baru-baru ini, Rosyam berkongsi perasaannya terhadap pengiktirafan tersebut kepada Kosmo!. Tahniah dengan pengiktirafan yang anda perolehi baru-baru ini. Boleh kongsi sedikit tentang maklumat awal anda mendapat berita bakal memegang gelaran Datuk? ROSYAM: Saya menerima panggilan pada 7 Oktober 2013 lalu. Sejujurnya, saya terkejut dan tidak menyangka masih ada pihak yang mahu mengiktiraf saya, terutama dengan pengiktirafan yang agak besar seumpama ini. Apakah perasaan anda setelah menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM) ini? Pertama sekali saya ingin meluahkan rasa syukur dan gembira kerana terpilih untuk mewakili anak seni, khususnya dalam bidang lakonan. Malah, tidak ramai anak seni yang berada dalam lingkungan umur seperti saya yang mendapat gelaran Datuk ini. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada diri saya dan setiap pengiktirafan yang diterima akan menjadi contoh dan teladan kepada semua. Malah, tidak kira pengiktirafan itu secara kecil mahupun besar. Saya berserah kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Adakah anda telah bersedia dengan situasi baharu ini, kerana selepas ini orang akan memanggil anda dengan panggilan Datuk Rosyam Nor? Sebenarnya, saya telah bersedia dari awal lagi kerana bulan Mac tahun hadapan saya bakal bergelar datuk (ketawa). Secara peribadi, saya tidak kisah apa jua panggilan yang ingin dipanggil kerana ini merupakan pengiktirafan buat diri saya. Jadi, saya akan menyahut apa sahaja nama yang dipanggil kepada saya dan sudah pasti saya tidak akan berkecil hati. Saya juga mungkin akan guna nama Rosyam sahaja di layar perak dan hanya untuk majlis-majlis rasmi menggunakan gelaran Datuk. Setelah bergelar Datuk, bagaimana dengan bayaran dan perbezaan bekerja, adakah akan lebih tinggi? Itu bukan prinsip saya. Gelaran yang diberikan adalah satu pengiktirafan. Kalau mahu bercakap tentang menaikkan harga perkhidmatan saya, saya kira saya juga pernah mendapat gelaran lain dan saya juga antara pelakon yang banyak kali memenangi anugerah, tetapi tidak banyak (harga) yang berubah. Saya bersyukur dengan rezeki yang datang kepada saya sekarang. Adakah dengan pengiktirafan ini, orang akan memandang tinggi terhadap anda dan industri seni kita sendiri? Ya, saya berharap juga begitu, kerana saya merupakan wakil industri lakonan. Secara jujur juga, saya memang mengharapkan pengiktirafan kerana jika dilihat dahulu, ramai seniman atau seniwati yang hebat, tetapi tidak diiktiraf. Bagaimanapun, hari ini pihak kerajaan nampak perjuangan anak-anak seni kerana seni juga membangunkan masyarakat, budaya dan ekonomi negara. Apakah yang menyebabkan anda menerima anugerah ini? Sebenarnya, saya tidak tahu dan saya tak boleh nak beri komen mengapa saya menerima penganugerahan ini. Sebelum ini, saya juga pernah menerima Anugerah Bintang Cemerlang dan Pingat Jasa Kebaktian Selangor. | ||
Bisnes restoran Khadijah sukses Posted: 15 Oct 2013 06:06 PM PDT PEMBABITAN penyanyi terbilang negara, Datuk Khadijah Ibrahim dalam bisnes sudah diketahui umum sejak dia menampilkan cawangan pertama restorannya, Khadijah's Kitchen yang beroperasi di Jalan Bukit, Petaling Jaya, Selangor sejak tahun 2008. Membuktikan bahawa bisnes restoran yang menawarkan pelbagai menu makanan masakan kampung yang diusahakannya itu meraih sukses, Khadijah kini membuka cawangan kedua Khadijah's Kitchen di di PV 128, Jalan Genting Klang, Setapak baru-baru ini. Menurut figura yang sudah berkecimpung dalam bidang seni selama 30 tahun itu, perancangan untuk membuka Khadijah's Kitchen cawangan Setapak itu hanya mengambil masa lima bulan. "Tempat yang strategik, ruangan kedai yang besar serta tempat yang boleh mengadakan majlis seperti resepsi, majlis ulang tahun, marhaban membuatkan saya berminat untuk membuka Khadijah's Kitchen di Setapak. "Malah, dahulu saya sering berulang-alik di jalan (Genting Klang) ini dan tidak menyangka tempat yang dulunya dipenuhi dengan pokok-pokok getah kini menjadi satu tempat yang komersial dan maju," katanya yang ditemui pada majlis pembukaan Khadijah's Kitchen cawangan Setapak itu baru-baru ini. Tegasnya, antara sebab beliau membuka Khadijah's Kitchen di Setapak adalah kerana ingin memberikan sumbangan kepada artis-artis veteran. Beliau ternyata sedih apabila melihat sesetengah pihak yang tidak mempedulikan artis-artis veteran yang cukup berbakat. "Khadijah's Kitchen di Setapak akan menjadi platform kepada artis veteran dan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan. Malah, Khadijah's Kitchen akan mengadakan malam acara khusus bersama penyanyi tersohor suatu ketika dahulu, Zaiton Sameon. "Konsep yang terbuka dan pentas yang disediakan membolehkan mereka membuat persembahan. "Malah, sumbangan yang kecil ini memberi kesempatan kepada saya untuk membantu golongan ini dalam menyediakan klip video yang terbaik untuk tujuan promosi kepada syarikat rakaman," katanya. Ralat Ditanya mengenai Konsert 3 Diva yang sebelum ini ditunda, Khadijah ternyata lega apabila konsert yang bakal menggandingkan dirinya dengan Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid akhirnya bakal berlangsung pada 26 November ini di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), Selangor. "Saya berasa lega apabila mengetahui konsert amal ini dijadualkan berlangsung pada 26 November ini SACC, Shah Alam yang sebenarnya merupakan lokasi asal konsert. "Saya berasa ralat apabila konsert ini ditunda kerana niat saya tidak kesampaian untuk membantu ibu tunggal dan saya prihatin dengan pihak pengurusan yang menguruskan konsert ini kerana mereka melaburkan wang yang sangat banyak," luahnya. Tambah Khadijah: "Ini merupakan kali pertama persembahan saya bersama Sharifah Aini dan Uji Rashid. "Mereka merupakan sahabat baik saya. Malah, saya tidak sabar untuk membuat persembahan bersama mereka. "Apa yang penting, niat yang murni saya ini untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal menerusi konsert itu harus dilakukan dan disegerakan." | ||
Posted: 15 Oct 2013 06:05 PM PDT
SEJAK tahun 2009, kumpulan nasyid popular UNIC telah bergerak dengan tiga orang ahli. Mohd. Fakhrul Radhi Khamarudin, 27, Bazli Hazwan Che Osman, 29, dan Ahmad Fazli Abd Aziz, 29, menerusi legasi UNIC setelah beberapa kali berlaku pertukaran ahli. Sungguhpun tidak lagi bersama anggota asal kecuali Bazli, namun pengaruh dan populariti kumpulan itu tidak pernah pudar. Buktinya, sejak penubuhan UNIC pada tahun 2002, mereka telah melahirkan sebanyak lapan buah album. Terbaharu, UNIC muncul dengan album Doa yang mengandungi 20 buah doa terpilih. Menariknya, doa yang dimuatkan dalam album ini disertakan dengan melodi serta makna supaya pendengar lebih mudah menghafal dan memahami maksud doa tersebut. "Kami selalu mengadakan majlis motivasi dan ramai ibu bapa serta peserta sendiri menghadapi kesukaran untuk menghafal doa serta memahami maksud sesuatu doa itu. "Atas permintaan ramai dan selepas mengkaji beberapa doa, akhirnya kami muncul dengan 20 buah doa. Apabila doa itu disertakan dengan melodi, pelajar terutamanya lebih mudah menghafal," kata Fazli. Kata Fakhrul, walaupun album doa seperti ini pernah dikeluarkan oleh Hafiz Hamidun, mereka merasakan album doa mempunyai permintaan yang tinggi. "Memang ada penyanyi lain yang buat album yang lebih kurang sama, tetapi isi kandungannya berbeza. Selepas membuat kajian selama lima bulan dan merujuk kepada beberapa orang ustaz, inilah hasilnya. "Kami tidak pilih sebarangan doa tetapi sebaliknya selaras dengan apa yang diminta oleh peminat serta pendapat ustaz. Antara doa yang popular termasuklah Doa Dhuha dan Ya Hanana," jelas Fakhrul. Menurut Fazli, album Doa yang turut menampilkan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre itu telah berada di pasaran dan dijual pada harga RM19.90. Selain dijual di kedai, album Doa yang diterbitkan oleh UNIC Records boleh didapati secara talian di i-Tunes dan sehingga kini, album itu telah terjual sebanyak 15,000 unit. Tidak hanya menyanyi, UNIC turut aktif dalam bidang perniagaan menerusi syarikat UNIC Nasyeed and Training Consultant. Bermula awal tahun 2010, mereka telah mula berjinak-jinak dalam program motivasi pelajar sekolah dan pelajar pusat pengajian tinggi. "Seperti Fazli, dia merupakan kaunselor berdaftar, Fakhrul pula guru mengaji al-Quran dan saya sendiri jurutera bunyi. "Kami menggunakan kemahiran yang ada pada diri masing-masing untuk kembangkan syarikat kami. Setakat ini, kami cukup aktif dengan program-program motivasi dan sekarang kami dalam perancangan untuk menerbitkan program televisyen sendiri," kata Bazli. Jelas Bazli, program terbitan mereka kelak lebih terarah kepada hiburan yang berunsur pendidikan. "Tagline program-program kami, hiburan berilmu, rohani terpelihara. Setakat ini kami masih dalam proses pembelajaran hasil daripada pengalaman kami sebagai pengacara di beberapa buah program di televisyen. "Jika tidak ada aral melintang dan ada rezeki, program kami akan bersiaran di televisyen. Cabarannya cukup besar tetapi untuk berjaya bukan mudah. "Alhamdulillah, kami cukup serasi bertiga sama ada di pentas nyanyian dan juga menguruskan syarikat bersama," ujar Bazli yang berharap UNIC akan kekal selama yang mungkin. | ||
Lembu korban terkorban selepas terjun parit Posted: 15 Oct 2013 06:02 PM PDT KUCHING - Kemeriahan orang ramai melaksanakan majlis korban sempena Aidiladha di Jalan Matang-Laruh Skim dekat sini gempar seketika apabila seekor lembu yang hendak disembelih tiba-tiba mengamuk sebelum melarikan diri di sini semalam. Malah, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, lembu tersebut yang terlepas daripada ikatan juga bertindak agresif apabila mengejar beberapa penduduk yang berada di situ. Lebih malang lagi, dalam situasi kelam-kabut itu lembu berkenaan kemudian terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ. Salah seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd. Safri, 30, berkata, lembu korban itu tanpa disedari terlepas daripada ikatan ketika menanti giliran untuk disembelih. Ceritanya, kejadian itu menyebabkan orang ramai yang menunggu giliran untuk mengambil daging korban bertempiaran lari menyelamatkan diri. | ||
Fosil nyamuk berusia 46 juta tahun Posted: 15 Oct 2013 05:57 PM PDT WASHINGTON - Fosil seekor nyamuk betina yang menunjukkan perutnya mengandungi darah dan berusia 46 juta tahun telah ditemui di tebing sebatang Sungai Montana, kata beberapa penyelidik Amerika Syarikat kelmarin. "Ia merupakan fosil yang amat luar biasa tetapi ia satu-satunya yang terdapat di dunia ini," kata ketua penulis kajian mengenai fosil tersebut, Dale Greenwalt. Dia menulis tentang fosil tersebut di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. Dalam jurnal itu, Greenwalt berkata, perut nyamuk tersebut kelihatan seperti sebiji belon yang mahu meletup kerana ia mengandungi darah. Fosil itu ditemui pada sebuah batu lumpur di tebing sungai tersebut. Greenwalt merupakan pengkaji dari Muzium Kebangsaan Sejarah Semula Jadi Amerika Syarikat di Washington D.C. Sejak bertahun-tahun lalu, dia telah mengumpulkan serpihan batu dari tebing sungai tersebut. "Batu-batu itu mempunyai lapisan yang nipis iaitu setebal satu atau dua milimeter," kata Greenwalt. | ||
Evolusi ukiran kayu merentasi zaman Posted: 15 Oct 2013 05:55 PM PDT SEBAGAI anak seorang pengukir, kecintaan Mohd. Aidil Mohd. Diah, 27, terhadap seni ukiran kayu terlalu tinggi. Apatah lagi, sejak kecil dia sering melihat ketekunan dan kegigihan ayahnya, Mohd. Diah Arifin menyiapkan ukiran pada alat muzik gambus yang popular di Johor. Setiap hari, dia pasti akan meluangkan masa di bengkel yang terletak bersebelahan rumahnya selepas pulang dari sekolah untuk membantu sekadar yang perlu. Dari situlah berputiknya minat Mohd. Aidil mempelajari seni ukiran kayu sehingga memilih untuk melanjutkan pelajaran di Institut Kraf Negara (IKN), Rawang, Selangor. "Saya merupakan anak tunggal lelaki daripada enam adik-beradik. Jadi, saya tidak mahu legasi kemahiran mengukir ayah lenyap begitu sahaja selepas beliau tiada nanti. "Jujurnya saya dapat rasakan seni mengukir ini begitu serasi dengan jiwa saya. Justeru, pengajian di IKN membolehkan saya mendalami dunia ukiran secara serius selepas menimba ilmu mengukir dengan ayah secara tidak formal," ujar Mohd. Aidil yang berasal dari Batu Pahat, Johor ketika ditemui sewaktu Pameran Nuansa Ukiran Melayu di Muzium Etnografi Melayu, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. Melihat keindahan seni ukiran kayu yang dipamerkan pada pameran tersebut, jelas membuktikan ketelitian dan kehalusan kerja tangan masyarakat Melayu yang tiada tandingan. Hakikatnya, seni ukiran kayu Melayu telah melewati satu sejarah yang panjang. Ia melalui zaman daripada keperluan khidmat pandai ukir untuk membina rumah kampung orang Melayu, masjid-masjid, pengangkutan seperti perahu dan pelbagai peralatan seperti keris, cepu dan serunai sehinggalah ke pembinaan istana-istana Melayu. Seiring peredaran zaman, seni ukir Melayu terus dilestarikan dengan wadah dan wajah yang berbeza. Ukiran Melayu telah masuk sebagai penghias di dalam bangunan-bangunan pentadbiran mahupun premis-premis perniagaan. Malah produk-produk yang dihasilkan oleh para pengukir juga pelbagai mengikut selera orang zaman ini. Sumber ilham Berbicara mengenainya, mantan Naib Canselor UM, Prof. Mohd. Taib Osman pernah mengingatkan bahawa unsur budaya tradisional termasuklah ukiran kayu Melayu merupakan unsur yang terkandung dalam ciri-ciri persambungan budaya Melayu. Ia mesti menjadi tali ikatan, baik dari segi masa mahupun ruang dengan entiti yang dinamakan Malaysia. Perkara itu diakui oleh Konsultan Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina UM, Profesor Emeritus Ezrin Arbi yang merupakan pakar dalam warisan seni bina Melayu. Menurutnya, sebelum kedatangan Islam, nenek moyang kita telah mengamalkan cara hidup seni ukir mereka sendiri sebagai pernyataan terhadap kecintaan dan keindahan. "Mereka menjadikan alam sekeliling yang penuh dengan pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan sebagai sumber ilham yang tiada batasnya. "Bagaimanapun, selepas Islam tersebar di Nusantara yang mengaitkan keindahan dengan sifat Tuhan telah memurnikan dan meningkatkan lagi mutu seni ukir mereka. "Islam telah memberi kebebasan berkarya dalam ruang-ruang tertentu dan menggalakkan umatnya mencipta pelbagai karya seni selagi ciptaan itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai dan etika agama," jelasnya. Tambah Ezrin, dalam seni ukiran, larangan menunjukkan makhluk bernyawa telah ditanggapi dengan sangat bijaksana oleh nenek moyang kita melalui penyamaran atau pengabstrak bentuk seperti yang dilihat dalam motif itik pulang petang dan badar mudik yang banyak digunakan sebagai ukiran bingkai di Semenanjung dan pulau Sumatera. "Malah, di seberang Selat Melaka orang Minang masih menggunakan nama-nama seperti kuda menendang, tupai tertegun, kelawar bergantung dan kucing tidur untuk karya-karya ukiran dengan motif tertentu," katanya.
Larangan Jelas Ezrin lagi, ada empat peranan hiasan ukiran kayu dalam kehidupan sehari-hari. Di samping melahirkan keindahan dalam sesebuah rumah atau bangunan, ia juga boleh dimanfaatkan untuk memudahkan pengaliran udara, peneduhan dan keselamatan. Secara keseluruhan, terdapat lebih 100 karya dan artifak ukiran kayu Melayu aliran tradisional dan kontemporari dipamerkan pada pameran tersebut. Ini termasuklah hasil kerja tangan pengukir handalan tanah air seperti Latiff Long, Wanpo, Norhaiza Noordin, A. Muhaimin Hasbollah, Mohd. Abdah Hassan dan Zarir Abdullah. Karya tokoh seni ukiran Allahyarham Wan Su Othman dan Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein turut menyerikan pameran berkenaan di samping hasil kerja pelajar IKN. Seminar Sementara itu, Pengarah Akademi Pengajian Melayu (APM), UM, Prof. Dr. Zahir Ahmad berkata, pameran tersebut diadakan sejak 2 September lalu sehingga 31 Oktober 2013. Sempena pameran itu juga, pihaknya turut menganjurkan program Seminar Ukiran Kayu Melayu pada 18 September lalu bertempat di Dewan Semarak, APM. Ia menyaksikan sembilan orang pembentang kertas kerja yang terdiri daripada ahli akademik dan penggiat seni berhimpun untuk membincangkan pelbagai aspek berkaitan ukiran Melayu. "Pameran dan seminar ini bertujuan untuk melestarikan dan mendokumentasi pelbagai karya seni ukiran Melayu tradisi dan kontemporari sekali gus menghasilkan bahan rujukan tentang perkembangan terkini mengenainya," ujar Zahir. | ||
Kayu hanyut sumber rezeki Azizul Posted: 15 Oct 2013 05:54 PM PDT
KREATIVITI dalam penghasilan kraf ukiran kayu sering menjadi identiti kepada para pengukir di Malaysia untuk tampil dengan produk unik. Sebagai contoh, kayu hanyut yang mungkin tidak bernilai bagi sesetengah individu, tetapi ia berjaya ditukar menjadi sumber pendapatan oleh Azizul Ahmad, 40. Anak jati Pulau Langkawi itu memberitahu, ilham untuk menghasilkan ukiran daripada kayu hanyut dan terbuang diperoleh sekitar tahun 1999. Ketika itu, dia bersiar-siar di tepi pantai dan terlihat sebatang kayu hanyut terdampar di atas pasir. "Melihat keadaan kayu itu yang masih elok, saya terus mendapat idea untuk membawanya pulang. Dari situ, saya mula mengukirnya untuk dijadikan kraf kayu yang istimewa," ujar Azizul kepada Kosmo!. Kayu hanyut biasanya terdiri daripada spesies pokok bakau seperti nyireh. Selain itu, terdapat pelbagai jenis kayu hanyut yang tidak dikenali spesies asalnya turut digunakan untuk mengukir. Kebiasaannya, kayu-kayu ini dihanyutkan selepas tumbang atau patah. Ia merangkumi bahagian-bahagian tertentu seperti batang, dahan, ranting atau akarnya. Sejak itu, dia akan mencari kayu hanyut di sekitar pantai dan hutan di Langkawi untuk diukir dengan pelbagai motif unsur alam. Pada Pameran Nuansa Ukiran Melayu yang sedang berlangsung di Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Azizul menghantar tiga karya ukiran. "Ukiran tersebut menggunakan kayu angsana dan saya memilih motif unsur alam seperti air dan arus dengan sentuhan kontemporari sesuai dengan tema pameran tersebut," jelas bapa kepada dua orang cahaya mata itu. Menurut pemilik Idea Craftworks itu, selain menggunakan kayu hanyut, dia turut menggunakan kayu-kayu tempatan seperti seraya dan batang cempaka lantaran teksturnya yang lembut dan mudah diukir.
Motif ukiran Ukiran yang dihasilkan Azizul biasanya boleh digunakan sebagai perhiasan untuk pintu rumah, bingkai dinding atau cermin. Bagi yang mengenali Idea Craftworks, mereka pasti mengenali hasil karya Azizul yang sinonim dengan ukiran bermotif awan, gelombang, arus sungai, api, akar dan ranting. "Saya sebenarnya gemar memerhati alam sekitar dan menyerap apa yang ada di sekeliling kita. Melalui pemerhatian itulah saya mendapat idea untuk menyiapkan koleksi ukiran. "Malah, saya juga mengukir mengikut rasa hati. Jika angin saya baik, saya boleh berada di bengkel selama berjam-jam. Jika tidak, lebih suka meluangkan masa bersama keluarga sehinggalah mood mengukir datang kembali," jelas Azizul yang sudah lali dengan kecederaan di bahagian tangan ketika mengukir. Sehubungan itu, pelanggan yang menempah produk ukiran Azizul perlu bersabar untuk mendapatkannya. Walaupun pengeluarannya agak terhad, namun mereka pasti berpuas hati dengan kehalusan kerja tangan lelaki tersebut. Justeru, tidak hairanlah jika kraf kayu ukiran Azizul mendapat perhatian pelanggan dari Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan United Kingdom. "Selepas melihat produk kraf saya yang dipamerkan di Pusat Kraftangan Langkawi, mereka berminat untuk menempahnya. "Selepas ia siap, saya akan mengirimkannya melalui pos," katanya yang berdaftar dengan Perbadanan Kraftangan Malaysia. Perbadanan itu banyak memberi bantuan kepada Azizul untuk memajukan perniagaannya. Selain itu, dia juga merupakan ahli Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia. Sementara itu, tenaga pengajar di Institut Kraf Negara, Mohd. Firdaus Ramli berkata, seorang pengukir perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan terbaik. "Namun, ia bergantung kepada inisiatif pengukir itu sendiri. Jika mereka rajin mencuba sesuatu yang baharu, pasti ukiran mereka akan men jadi lebih menarik," katanya. | ||
Inovasi pembiakan spirulina di Thailand Posted: 15 Oct 2013 05:54 PM PDT Bumbung bangunan pencakar langit di Bangkok merupakan tempat paling sesuai mengusahakan spirulina berikutan pancaran terus cahaya matahari dan keadaan suhu yang tinggi. DI atas bumbung sebuah hotel di Bangkok, Thailand, berpuluh-puluh tong berisi cecair likat berwarna hijau yang diletakkan di bawah cahaya matahari kelihatan berbuih. Susunan tong-tong tersebut merupakan inovasi terbaharu pertanian bandar. Pendukung alga yang boleh dimakan dan dikenali sebagai spirulina mengatakan ia mampu menjadi sumber protein yang mapan dan alternatif kepada daging. Tiga kali seminggu, Patsakorn Thaveeuchukorn menuai alga hijau di dalam tong-tong tersebut. "Alga ini tumbuh dengan cepat dan biasanya menjadi dua kali lebih banyak dalam tempoh 24 jam. Dengan kandungan protein dan nutrien yang tinggi ia memainkan peranan penting dalam jaminan keselamatan makanan. "Kalau anda membandingkannya dengan sekilogram haiwan yang memerlukan enam bulan untuk menghasilkan protein, cara ini pula hanya memerlukan tempoh seminggu," katanya yang merupakan pekerja EnerGaia, sebuah syarikat yang menggunakan bumbung bangunan-bangunan di Bangkok sebagai tempat pembiakan spirulina. Spirulina disifatkan sebagai makanan super oleh pakar pemakanan kesihatan dan popularitinya semakin melonjak di seluruh dunia. Rosa Rolle dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) berkata, spirulina adalah sumber makanan penting sejak berkurun lamanya. "Ia tumbuh secara semula jadi di Tasik Texcoco di Mexico dan dimakan oleh puak Inca. Kebanyakan negara yang bersempadan dengan Tasik Chad di Afrika Barat turut menjadikannya sumber protein," katanya kepada AFP. Masalah kesihatan Bagaimamnapun, kata Rolle, spirulina juga berisiko menyebabkan masalah kesihatan bagi mereka yang menghidap penyakit gout kerana ia menghasilkan banyak asid urik. Orang ramai perlu dididik mengenai kesan positif dan negatif spirulina sebelum mengambilnya. "Anda memerlukan maklumat nutrisi mengenainya, namun ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan," katanya. Bumbung bangunan pencakar langit di Bangkok merupakan tempat yang paling sesuai mengusahakan spirulina berikutan pancaran terus cahaya matahari dan suhu tinggi yang sekata. Antara kebaikan alga ini adalah menyingkirkan gas karbon dioksida menerusi proses fotosintesis. Pakar- pakar spirulina menyifatkan cara penanaman di bandar adalah baik kerana ia dapat sampai kepada pengguna pada hari yang sama ia dituai. Sebaik dikumpulkan, alga spirulina akan dicuci menggunakan tangan dan dikeringkan dengan mesin basuh yang diubah suai. Ia kemudian dipadatkan ke dalam bekas-bekas, sekali lagi menggunakan tangan kerana belum ada mesin dicipta untuk memproses cecair pekat seperti jeli yang dihasilkannya. "Kami telah membuat banyak percubaan dan menempuh banyak kegagalan. "Namun, hasilnya adalah sangat baik untuk vegetarian kerana ia dilengkapi dengan antioksidan dan membantu detoksikasi tubuh," kata Pengarah Teknologi EnerGaia, Derek Blitz. Dalam makmal syarikat tersebut, barisan tabung uji berlainan saiz dihubungkan antara satu sama lain sebagai tempat membiakkan alga itu, manakala tong-tong berlainan saiz di atas bangunan pula diuji untuk memastikan yang mana satu menghasilkan lebih banyak spirulina. EnerGaia menegaskan bahawa ia adalah satu-satunya pengeluar spirulina segar dunia ketika syarikat lain hanya memasarkan produk kering dan yang telah diproses. Bereksperimen Bekas padat alga mampu bertahan selama kira-kira tiga minggu selepas dituai, namun Blitz merancang untuk meningkatkan tempoh tersebut dalam usaha mengeksportnya ke luar negara. "Antara kelebihan mendapatkannya secara segar kerana ia tidak mempunyai sebarang rasa dan boleh dicampurkan ke dalam apa jua jenis makanan. "Pengambilan spirulina umpama memakan sayur yang sudah dimasak berbanding yang mentah. Lebih banyak nutrien dalam yang segar berbanding yang kering. Selain itu, pengambilan spirulina segar tidak memerlukan banyak tenaga kerja," kata Blitz lagi. Sebahagian chef dari Bangkok turut bereksperimen dengan alga tersebut, seperti pemilik Oyster Bar, Bill Marinelli. "Ia benar-benar memberi kesan baik kepada anda. Kami menambahkannya ke dalam hidangan untuk meningkatkan nilai nutrisinya," katanya. Warna alga itu sangat kuat sehingga apa juga yang dicampurkan dengannya bertukar hijau. Disebabkan ia tidak mempunyai rasa, Marinelli masih terus menggunakannya. "Saya melihatnya sebagai alternatif kepada protein haiwan. Kita dapat mengurangkan jumlah protein dalam hidangan ikan atau daging dengan memasukkan spirulina sebagai sumber protein tambahan," katanya. Spirulina telah digunakan sebagai makanan suplemen selama berpuluh-puluh tahun dan popular dalam kalangan ahli bina badan. | ||
Posted: 15 Oct 2013 05:53 PM PDT
TIGA tahun lalu, niat untuk melakukan ibadah korban terdetik dalam hatinya kerana ia satu tuntutan yang digalakkan dalam Islam. Jannatul Akmal Muhd. Talib, 29, kemudiannya mencari maklumat mengenai badan kebajikan atau organisasi yang melakukan ibadah korban. Menurut wanita yang bekerja dalam sektor kerajaan itu, dia mengutamakan badan yang menawarkan harga korban berpatutan dan penerimanya. Dalam usahanya itu, dia menemui laman sosial Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) yang menawarkan ibadah korban di negara-negara Islam seluruh dunia. "Saya tertarik dengan yayasan tersebut selepas yakin dengan cara dan proses pengagihan daging korbannya kerana ia di khusus kepada tempat-tempat yang dilanda bencana di luar dan dalam negara," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Menurut Jannatul, dia memilih Muslim Aid kerana harga yang ditawarkan untuk satu bahagian korban sekitar RM380 sahaja. Seorang lagi yang melakukan korban bersama Muslim Aid turut bersetuju dengan pandangan tersebut. Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rosiah, 48, berkata, daging tersebut telah dimasak dan ditinkan mengikut cita rasa negara penerima. "Ia dapat mengelakkan pembaziran jika penerima mendapat daging mentah. Sekurang-kurangnya, daging korban yang ditinkan dapat disimpan dan dimakan mengikut keperluan mereka," ujar kakitangan swasta itu. Dia memilih untuk melakukan ibadah korban bersama organisasi tersebut kerana daging tersebut diberikan kepada masyarakat Islam di luar negara. "Pendapat saya, ibadah korban dalam negara kita sangat mewah sehinggakan terdapat daging-daging terbazir begitu sahaja. "Melalui Muslim Aid, setiap korban yang dilakukan akan dihantar terus ke negara-negara yang ditimpa bencana. Ia sekali gus dapat membantu sesama saudara Islam diseluruh dunia," jelas Rosiah yang telah melakukan ibadah korban bersama Muslim Aid sejak sedekad lalu. Pekerja sektor swasta itu menambah, pihak Muslim Aid sangat efisien kerana mereka akan membuat peringatan setiap tahun kepada golongan yang berminat melakukan ibadah korban. "Jika dibandingkan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi lain, pelanggan Muslim Aid akan diingatkan setiap kali datangnya musim korban menerusi kiriman e-mail. "Dari segi kebersihan, daging korban tersebut adalah selamat dan dijamin bersih berbanding aktiviti korban yang dilakukan secara konvensional," katanya. Sejak beroperasi di Malaysia pada tahun 2004, Muslim Aid menghulurkan bantuan kepada penduduk dunia yang mengalami bencana atau peperangan. Ia merupakan sebuah perwakilan rasmi Muslim Aid International di Asia yang ditubuhkan pada tahun 1985. Muslim Aid merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama. Walaupun merupakan sebuah organisasi Islam, bantuan Muslim Aid tidak mengira sempadan, tidak membezakan warna kulit atau warna kulit penerima bantuan. Pusat pengumpulan Selain Malaysia, terdapat tiga pusat pengumpulan dana utamanya yang lain iaitu England, Jerman dan Australia. Muslim Aid juga mempunyai pejabat cawangan hampir di seluruh negara Islam. Salah satu program Muslim Aid ialah Qurban For Life (Q4L) dengan mengagihkan daging korban ke negara-negara Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti Afganistan, Afrika, Bangladesh, Syria, Palestin dan Somalia. Di Malaysia, bantuan tersebut diberikan kepada golongan asnaf yang berdaftar. Pengarah Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia, Wan Rusli Wan Muda, berkata, proses penyembelihan dilakukan di Australia kerana negara itu mampu menyediakan bekalan daging yang mencukupi. "Kami pernah cuba mencari tempat penyembilhan di Malaysia tetapi tiada tempat penternakan yang boleh menampung lebih 8,000 ekor daging korban. "Disebabkan itu, kami memilih Australia kerana negara tersebut mempunyai bekalan yang mencukupi. Pusat penyembelihan di negara itu juga boleh menyembelih sebanyak 8,000 ekor sehari," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di pejabat Muslim Aid di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jelas beliau, pusat-pusat penyembelihan yang terpilih mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyeliaan ketat Muslim Aid. Proses pengetinan Proses penyembelihan dilakukan dalam masa empat hari wajib korban iaitu pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Daging-daging tanpa tulang akan dihantar ke Malaysia untuk proses pengetinan. Proses tersebut dilakukan oleh sebuah syarikat pengetinan di Terengganu. "Proses pengetinan merupakan kaedah terbaik untuk mengagihkan daging korban. Ia boleh tahan selama tiga tahun dan boleh dihantar ke lokasi-lokasi yang daif dari segi infrastruktur. "Penerima boleh menyediakan juadah tanpa perlu memasaknya kerana ia sedia dimakan pada bila-bila masa," kata Wan Rusli. Setiap buah keluarga akan menerima 24 tin daging korban atau mengikut keperluan mereka. Di Malaysia, sebanyak 3,000 ekor kambing dan lembu diperlukan untuk diagihkan kepada golongan asnaf. Syarikat pengetinan yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu itu akan memasak dan mengetin daging korban. Sebanyak tiga jenis makanan tin akan disediakan dan setiap satunya mengikut cita rasa sesebuah negara. "Sebagai contoh, daging kambing cincang banyak diagihkan ke negara-negara Asia Barat seperti Palestin, Somalia dan Afrika. "Negara-negara seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Malaysia akan diagihkan makanan tin jenis kari dan berkuah," ujarnya. Antara jenis makanan yang disediakan ialah daging kambing cincang, daging lembu cincang dan daging kambing masak kari. Muslim Aid juga melakukan penyembelihan setempat iaitu melakukan ibadah korban di negara-negara terpilih. Pada tahun ini, organisasi tersebut akan bekerjasama dengan Masjid Negara untuk melakukan korban di Vietnam. "Selain membawa daging sejuk beku sedia ada, kami akan membeli haiwan ternakan di kampung-kampung berdekatan. Usaha itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka melalui pembelian yang dilakukan," jelas Wan Rusli. Selain Vietnam, negara yang pernah terlibat menerima agihan daging korban ialah Kemboja, Pakistan dan Palestin. Dana Muslim Aid diperoleh daripada pelbagai program seperti jualan amal, sumbangan daripada orang ramai serta kerjasama dari syarikat korporat. Di Malaysia sejak tahun 2008, setiap sumbangan yang diberikan kepada Muslim Aid akan menerima pelepasan cukai pendapatan. | ||
Komputer pretasi tinggi harga berpatutan Posted: 15 Oct 2013 05:51 PM PDT HEWLETT-PACKARD (M) Sdn. Bhd. (HP) baru-baru ini mengumumkan variasi produk terbaharunya dengan cip pemproses AMD, sekali gus menawarkan komputer berprestasi tinggi untuk kegunaan harian pada harga berpatutan. Variasi komputer itu terdiri daripada HP Pavilion TouchSmart 14 Sleekbook, HP Pavilion TouchSmart 11, HP Pavillion TouchSmart 20 dan unit pemprosesan pusat (CPU) HP Envy 110 Desktop PC. Pengurus Besar Percetakan dan Sistem Peribadi Malaysia dan Singapura, Serena Yong berkata, variasi produk yang baharu dilancarkan itu sesuai bagi semua peringkat pengguna di negara ini. Katanya, model komputer riba, HP Pavilion TouchSmart 14 Sleekbook misalnya, sesuai untuk pengguna yang mementingkan prestasi sesebuah komputer sama ada untuk kegunaan harian atau hiburan. "Model komputer peribadi HP Pavilion 20 TouchSmart pula menawarkan nilai-nilai ekonomi dengan konsep komputer 'semua dalam satu' yang menawarkan skrin lebar 20 inci (50.8 sentimeter). "Sementara itu, komputer riba HP Pavilion TouchSmart 11 yang lebih kecil dan ringan sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah dan kolej manakala HP Envy 110 Desktop PC pula menawarkan pilihan komputer yang berkuasa," katanya ketika majlis pelancarannya di ibu negara baru-baru ini. Turut hadir ialah Pengurus Negara AMD Malaysia (Jualan), Alex Tan. Tambah Yong , HP menawarkan gaya baharu kepada pengguna agar kekal produktif dan pada masa yang sama menikmati pengalaman menyeronokkan melalui filem atau permainan video dengan paparan muka mesra pengguna pada harga yang berpatutan. "Kami berharap dengan variasi komputer baharu yang dikuasakan AMD ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan sebuah peranti yang berkuasa, pelbagai fungsi dan berdaya saing," ujarnya. Sementara itu Tan berkata, sistem operasi AMD sememangnya direka untuk memberi kepuasan maksimum kepada pengguna. "Ia tidak sekadar sesuai untuk pelbagai tugasan harian seperti menghasilkan dokumen atau menyiapkan bahan-bahan persembahan tetapi juga mampu menawarkan pemprosesan grafik terbaik dan berkualiti tinggi sejajar dengan keperluan pengguna. "Variasi produk terbaharu HP dan AMD merupakan gabungan terbaik yang menawarkan rekaan dan kuasa yang dikehendaki pengguna tanpa berkompromi tentang harga," jelasnya. Di pasaran HP Pavilion TouchSmart 14 Sleekbook dijual pada harga RM2,199 (skrin sesentuh) dan RM1,899 (skrin biasa); HP Pavilion 20 TouchSmart (RM1,899); HP Pavilion TouchSmart 11 (RM1,299 hingga RM1,499) dan HP Envy 110 Desktop PC (RM899). | ||
Cabaran Dew Xtreme lebih getir Posted: 15 Oct 2013 05:50 PM PDT SUKAN ekstrem semakin mendapat tempat dalam masyarakat pada hari ini. Menyedari hakikat itu, jenama minuman terkemuka dari Amerika Syarikat, Mountain Dew menganjurkan Cabaran Dew Xtreme 2013 yang berlangsung bermula 12 Oktober hingga 14 Disember nanti. Memasuki edisi ketiga penganjurannya pada tahun ini, cabaran tersebut menjanjikan debaran adrenalin pada peserta melalui pelbagai aktiviti lasak dan mencabar berbanding siri-siri sebelumnya. Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis, R. Hemalatha berkata, pertandingan yang diadakan pada tahun ini menjanjikan cabaran lebih getir kerana peserta akan diuji di daratan, air dan udara. Katanya, selain perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi, Cabaran Dew Xtreme 2013 juga perlu melalui beberapa ujian yang disediakan di peringkat saringan sebelum melangkah ke peringkat akhir. "Kami sentiasa menyediakan cabaran yang sejajar dengan jenama yang menjadi pilihan kepada mereka yang bersemangat dan suka menguji diri dengan sesuatu yang ekstrem," katanya. Tambah Hemalatha, Cabaran Dew Xtreme 2013 akan berlangsung mengikut negeri di tujuh lokasi terpilih di seluruh negara. Antaranya, pusat beli-belah Berjaya Time Square, Kuala Lumpur pada 12 hingga 13 Oktober, Berjaya Megamall, Kuantan (19 hingga 20 Oktober), Citi Square, Johor Bahru (26 hingga 27 Oktober), The Curve, Selangor (9 hingga 10 November) dan Alor Star Mall, Kedah (15 hingga 16 November). Katanya, pemenang di setiap negeri, yang juga terdiri daripada peserta dalam talian, akan berentap antara satu sama lain sebelum memasuki pertandingan akhir yang dijangka diadakan di Berjaya Times Square pada 14 Disember ini. "Seramai 70 peserta dijangka bertanding di peringkat akhir nanti. Mereka akan diuji dari sudut keberanian, ketangkasan dan kecerdasan akal sehingga tinggal dua peserta terakhir. "Kedua-dua peserta ini akan berjuang habis-habisan dan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM250,000 yang ditawarkan," jelasnya sambil memaklumkan pemenang utama akan membawa pulang sebuah trak Chevrolet Colorado 4x4 manakala tempat kedua pula sebuah kereta Chevrolet Sonic. Orang ramai yang berminat untuk menyertai cabaran di peringkat negeri boleh mendaftar melalui laman sosial Facebook (fb.com/MountainDewMalaysia) atau mengisi borang yang diedarkan di kolej-kolej dan universiti tempatan di seluruh negara. Pendaftaran juga boleh dilakukan di salah satu daripada tujuh lokasi pertandingan dengan hanya mendaftar dan mengikuti Dew Challenge yang dianjurkan. | ||
Peluang hayati karya seni potret Posted: 15 Oct 2013 05:49 PM PDT ARENA seni tanah air mengorak langkah ke depan apabila penggiat-penggiat seni berpeluang mempamerkan karya masing-masing di Galeri Potret Negara (GPN), Kuala Lumpur. Ini berikutan, Balai Seni Visual Negara (BSVN) telah membuka Galeri Potret Negara (GPN) untuk tatapan umum, bermula Khamis lalu. Lebih manis, lebih 30 buah karya potret dan figuratif daripada seniman-seniman terbaik negara dihimpunkan buat pertama kali selepas 55 tahun BSVN ditubuhkan. Menurut Timbalan Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Abdul Ghaffar A. Tambi, penubuhan GPN bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan rakyat Malaysia terhadap identiti, stail, sejarah, budaya, kreativiti dan kepelbagaian seni menerusi karya seni potret. "Galeri ini merakamkan wajah rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, agama dan kaum yang mempunyai kepentingan dalam sejarah tanah air. "Secara tidak langsung, GPN mengangkat perkembangan seni catan potret di Malaysia dan sebagai penganugerahan kepada pelukis-pelukis potret negara," katanya. Bagaimanapun, katanya, ruang GPN di BSVN itu hanya bersifat sementara kerana pembinaan galeri di sebuah bangunan kekal akan dibina pada masa depan. Jelasnya, pembinaan GPN di lokasi tetap akan merancakkan dan memperluaskan lagi peranan BSVN dalam mempergiatkan aktiviti kesenian dalam negara. Setakat ini, BSVN mempunyai 500 koleksi lukisan potret pelbagai kategori. Sebahagian besarnya akan dipamerkan di GPN mengikut kronologi susur masa seni visual negara. Potret terawal Antara lukisan bersejarah yang dipamerkan ialah My Wife Wedding Dress, karya tahun 1933. Ia merupakan karya potret terawal negara yang dilukis oleh O.Don Peris menggunakan media cat minyak. Selain itu, terdapat juga lukisan oleh H.N Ridley yang menghasilkan karya potret Howard Barron. Dua lukisan daripada pemotret tersohor negara, Datuk Mohd. Hoessein Enas turut dipamerkan iaitu Potret Sendiri dan Minah. Beliau merupakan pelopor kepada stail konsisten dengan pegangan figuratif yang romantis. Mengulas kewujudan GPN, pelukis potret, Fadli Buhari berpendapat, ia merupakan satu usaha yang memberi manfaat kepada pelukis-pelukis negara, terutamanya pelukis potret. "Ia dilihat sebagai satu batu loncatan kepada artis yang terlibat dalam seni lukis potret kerana difahamkan selepas penubuhan GPN ini, akan ada lagi galeri seni serupa di beberapa negeri," ujarnya. Tambahnya, apabila semakin banyak galeri khusus dalam seni potret, masyarakat akan lebih menerima cabang lukisan tersebut. Berkecimpung dalam dunia lukisan sepenuh masa sejak lima tahun lepas, dia banyak merantau untuk melukis potret. Selain itu, dia turut melukis di beberapa lokasi seni popular sekitar ibu kota seperti Jalan Bukit Bintang dan Pasar Seni. "Sesetengah pelukis berpendapat, jika seorang pelukis itu mahir dalam lukisan potret dan figura, dia mampu menguasai cabang seni lukis lain," katanya. Jelas Fadli atau dikenali sebagai Imam dalam kalangan penggiat seni tempatan, pelukis potret mempunyai ketelitian dalam beberapa perkara seperti lukisan wajah, jari-jari dan pergerakan anggota. "Sesetengah pelukis cabang lain, contohnya pelukis pemandangan, merasakan mereka tidak dapat menghasilkan lukisan yang terlalu teliti seperti yang dilakukan pelukis potret dan figura," tambah Fadli. Sementara itu, orang ramai yang ingin mengunjungi GPN, ia dibuka secara percuma setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang atau dapatkan maklumat lanjut di laman web www.artgallery.gov.my. | ||
Wangian glamor pelembut pakaian Posted: 15 Oct 2013 05:49 PM PDT
PENAMPILAN seseorang tidak akan lengkap tanpa haruman yang mampu menyerlahkan personaliti diri. Bukan setakat melengkapkan penampilan, wangian yang sempurna juga meningkatkan keyakinan individu dan menyuntik aura positif. Menyedari kehebatan haruman dalam mencorak kehidupan harian setiap insan, jenama pelembut fabrik utama di pasaran dunia, Downy memperkenalkan produk terbaharu mereka, Downy Parfum Mystique. Diilhamkan daripada suasana romantis di Paris, Perancis, Downy Parfum Mystique mempunyai daya tarikan minyak wangi mewah dengan aura misteri yang mampu memikat orang sekeliling. Sempena meraikan pelancaran haruman itu, Downy turut menjalinkan kerjasama bersama gedung fesyen dalam talian terkemuka di Malaysia, FashionValet bagi menghasilkan rekaan pakaian edisi terhad. Mengulas mengenai kerjasama itu, Goh Seng Jone, Pengurus Komunikasi P&G Malaysia berkata: "Downy berterusan melakukan transformasi jenama yang menarik menerusi peningkatan kualiti produk dan melakukan kerjasama unik bersama industri fesyen. "Bagi menggabungkan Downy dan fesyen, kami bersetuju untuk mencipta aroma pelembut yang disatukan bersama haruman glamor namun masih mengekalkan fungsinya sebagai pelembut pakaian. "Kerjasama bersama FashionValet juga membuka dimensi baharu kepada jenama ini dalam meneroka lebih banyak peluang dalam fesyen. Downy Parfum Mystique dicipta bersama haruman flora dan rempah Timur. Lapisan pertama haruman dikuasai bauan anggur dan aprikot yang kemudiannya mencipta haruman bak bunga lily dan osmanthus serta diadun bersama biji tonka dan vanila yang berkrim. Haruman asasnya pula diperkaya dengan aroma ambar, kesturi dan kayuan yang diadun bersama beberapa jenis rempah. "Pakaian yang anggun tidak lengkap tanpa haruman yang mempesona. Downy Parfum Mystique sungguh menarik dan banyak memberi inspirasi kepada saya," ujar Vivy Yusof, Pengarah Urusan FashionValet. Koleksi Downy Mystique terdiri daripada 14 pakaian dan boleh didapati di laman web FashionValet. Pelembut Downy Parfum Mystique baharu kini boleh didapati di semua kedai runcit utama pada harga RM5.85 untuk pek 370 mililiter (ml), RM10.90 (900ml) dan RM20.90 (1,800ml). Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi dan peraduan berkenaan, sila layari laman web www.fashionvalet.com. | ||
Ais gergasi tawan Bukit Bintang Posted: 15 Oct 2013 05:48 PM PDT
PEJALAN kaki di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada minggu lalu dikejutkan dengan kemunculan sebuah arca ais bersaiz 274 sentimeter (cm) yang mengandungi puluhan botol syampu antikelemumur Ice Cool Menthol baharu daripada jenama Clear. Ais gergasi berukir itu mula diletakkan di Plaza Sungei Wang pada 24 Ogos lalu sebelum dipindahkan ke Fahrenheit 88 pada keesokan harinya. Bagi menambah keterujaan, orang ramai turut diberikan alat pemecah ais sekali gus memberi peluang kepada mereka membawa pulang beberapa botol syampu terkini Clear tersebut. Orang awam juga tidak melepaskan peluang bagi merebut hadiah utama berupa percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan. Bagi memenangi ganjaran itu, para peserta perlu memasukkan tiga digit kod pada botol syampu masing-masing yang menjadi kunci kepada peti misteri yang diletakkan di tengah-tengah ais gergasi itu. Selain hadiah utama itu, seramai 88 pemenang juga berjaya membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM30 manakala 188 individu menerima hadiah berupa perapi Clear. "Syampu antikelemumur Ice Cool Menthol baharu Clear ini berfungsi sebagai penyejuk dan penyegar kulit kepala sepanjang hari. Bagi berkongsi keunikan keluaran baharu Clear ini, kami telah menghasilkan iglu tiruan di Berjaya Times Square pada bulan Julai lalu. "Atas sebab yang sama, kami turut membina arca ais ini yang mengandungi banyak ganjaran menarik kepada orang ramai," ujar Pengurus Jenama Clear, Uniliver (M) Holdings Sdn. Bhd., Andrea Huang. Tambah Huang: "Kelemumur merupakan masalah yang kerap dialami rakyat Malaysia apabila melibatkan soal penjagaan rambut. Oleh itu, menerusi teknologi 10 Nutrium terkini, Clear menawarkan penyelesaian terbaik kepada masalah ini." |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |