LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
Posted: 21 Oct 2013 06:23 PM PDT
Sumber: Utusan malaysia IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mempertaruhkan sentuhan bekas pemain negeri itu untuk menjulang semula skuad Seladang apabila melantik Abu Bakar Fadzim sebagai ketua jurulatih skuad Liga Super musim depan. Abu Bakar, 43, merupakan jurulatih skuad Piala Presiden Perak yang beraksi pada posisi tengah dan pertahanan skuad Yob pada tahun 1991 hingga 2003, seangkatan dengan legenda Perak, Azizol Abu Hanifah. Sepanjang tempoh tersebut, Abu Bakar membantu Perak memenangi dua Piala Malaysia dan dua Piala Sumbangsih. Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mengumumkan pelantikan itu berkata, Abu Bakar akan menggantikan Mohd. Azraai Khor Abdullah yang mengumumkan akan menamatkan kontrak bersama Perak, semalam. Beliau berkata, pelantikan Abu Bakar berdasarkan rekod cemerlangnya sepanjang lapan tahun bersama skuad Piala Presiden negeri itu. Abu Bakar membawa skuadnya memenangi Piala Presiden, Piala Emas Raja-Raja dan naib juara Sukan Malaysia (Sukma) tahun lalu serta juara Liga Piala Presiden dan Naib Juara Piala Presiden tahun ini. "Sudah sampai masanya PAFA membuat transformasi dan keberanian untuk berikan tugas dan peranan memulihkan maruah bola sepak Perak kepada anak tempatan yang mempunyai rekod yang cemerlang seperti Abu Bakar. "Sebaik sahaja dilantik, saya meminta beliau supaya segera mengenal pasti pemain-pemain yang diperlukan untuk mewakili skuad Perak musim depan, termasuk pemain import," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. Sementara itu, mengulas mengenai pelantikannya, Abu Bakar berkata, dia terkejut dengan keberanian PAFA memberi peluang kepadanya untuk mengemudi skuad Perak. Namun, katanya dia sudah bersedia untuk menyahut cabaran beraksi dalam Liga Super musim depan. "Saya menerima tawaran ini kerana saya merasakan inilah peluang terbaik untuk saya membimbing skuad Perak dalam saingan yang lebih tinggi. "Demi membimbing Perak, saya menolak tawaran daripada beberapa pasukan Liga Super dan Liga Perdana. "Saya akan memberikan keutamaan kepada mana-mana pemain yang mempunyai semangat untuk menang dan menaikkan nama skuad Perak," katanya. | ||||||||||
KFA cari jurulatih import dari Cardiff Posted: 21 Oct 2013 06:20 PM PDT Sumber: Harian Metro Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedang dalam perbincangan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris, Cardiff City FC. bagi mendapatkan khidmat jurulatih import pada musim depan. Setiausaha Kehormatnya, Aminuddin Omar berkata, KFA yakin Cardiff City mempunyai barisan jurulatih berwibawa dan berpengalaman untuk dibawa ke negeri ini untuk membimbing pasukan Kedah. Katanya, beliau percaya Cardiff City dapat membantu KFA dalam meningkatkan prestasi pasukan skuad Kenari musim depan terutama dalam aspek kejurulatihan dan pendekatan terkini dalam arena bola sepak. "Walaupun begitu, buat masa ini keputusan mengenai siapa bakal menjadi jurulatih Kedah masih belum diputuskan, tetapi yang pasti kemungkinan KFA akan mendapatkan khidmat jurulatih import dengan bantuan Cardiff City," katanya, semalam. Sebelum ini, Kedah dibimbing Datuk Ahmad Shafie menggantikan Mario Tot dari Croatia. Sementara itu, dalam perkembangan sama, Aminuddin tidak menafikan terdapat desakan supaya jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah kembali menerajui Kedah musim depan. "Kita akui ada desakan daripada penyokong setia Hijau Kuning untuk mendapat semula khidmat Azraai tetapi setakat ini apa yang boleh saya katakan, masih belum ada sebarang perbincangan mengenai perkara itu. "Apa yang pasti buat masa ini KFA hanya berbincang dengan Cardiff City bagi mendapatkan kerjasama untuk khidmat jurulatih import," katanya. | ||||||||||
Posted: 21 Oct 2013 06:18 PM PDT
Sumber: Harian Metro Kuantan: Kelebihan dua gol belum memberi jaminan kepada Pahang untuk beraksi di final Piala Malaysia musim ini. Kapten Pahang Jalaluddin Jaafar mengharapkan prestasi cemerlang di Stadium Darulmakmur dibawa pada aksi separuh akhir kedua ke Stadium Negeri, Kuching, Sabtu ini. Menurutnya, kemenangan 3-1 pada aksi pertama tidak seharusnya membuatkan pasukan berasa terlalu selesa kerana perjuangan sebenar masih belum berakhir. "Sepanjang sesi latihan ini, saya harap segala perancangan jurulatih Dollah Salleh dapat dilaksanakan dengan sempurna untuk menunaikan impian beraksi di final. "Saya dapat rasakan Sarawak akan berjuang habis-habisan untuk memastikan mereka mengisi slot terakhir itu. "Tapi kelebihan dimiliki dan prestasi terbaik dipersembahkan Sabtu lalu tidak mustahil diulangi, sekali gus menyekat hasrat lawan," katanya. Jalaluddin yang belum pernah menjulang Piala Malaysia sejak menyarung jersi Pahang pada 1997 berkata, segalanya kini bergantung kepada persembahan yang bakal diterjemahkan di gelanggang lawan. Menurutnya, dia tidak mahu memikirkan pemain ke-12 pihak lawan iaitu penyokong Ngap Sayop sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian baki 90 minit perlawanan. "Saya harap barisan pertahanan akan bertahan manakala bahagian tengah dan serangan mampu memikul tugas penting bagi menjaringkan gol. "Saya percaya jika segalanya dilaksana mengikut arahan ditetapkan, kami mampu melangkah ke final selepas kali terakhir melakukannya pada 1997." |
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |