Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Album Wings Tergendala Kerana Jadual Ketat Awie
- Sheera: Enggan digelar pelawak
- Penerbit 'Maduku Kalut' Mohon Maaf Lewat Bayar Baki Bayaran Pelakon
- Prinsip Aziz M Osman!
- Konsert Bantu Artis YA1M Ditunda 3 November 2013
- 6 Filem Projek 'Ikal Mayang' Boleh Ditonton Di Astro First
- Jackie Chan Belum Bersedia Bersara
- 38 tukang cuci haram ditahan
- Liyana ikut nasihat keluarga sorok kehamilan
- Fathia, Miera dilamar karyawan antarabangsa
- Aida tidak mahu sahkan
- Tiga hari, 60 band
- Suami baran mahu isteri kembali
- Pegawai TUDM dituduh tumbuk, sepak isteri
- Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah
- China laksana peraturan ke atas program ala American Idol, The Voice
- Profesor wanita pertama di UTM
- Yayasan UniMy taja dua pelajar terbaik
- Metafora mimpi dan imaginasi
- Tea Twist papar modifikasi teh
Album Wings Tergendala Kerana Jadual Ketat Awie Posted: 22 Oct 2013 10:43 PM PDT PETALING JAYA: Vokalis Wings iaitu Awie mengakui kesibukannya dengan pelbagai aktiviti dalam bidang lakonan dan teater telah menyebabkan album terbaharu kumpulan itu berjudul Menakluk Kosmos tergendala. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak mahu terburu-buru menyiapkan album tersebut kerana enggan memberikan produk yang tidak mencapai standard memandangkan ia adalah album pertama mereka selepas 13 tahun tidak berbuat demikian. "Ini adalah album pertama selepas 13 tahun Wings tidak muncul dengan karya terbaharu jadi saya tidak mahu menghasilkannya dalam keadaan kelam kabut. "Biarpun peminat terpaksa menunggu lama tetapi saya tetap dengan pendirian tidak mahu memberikan album 'cincai' kepada mereka," katanya kepada mStar Online. Wings sepatutnya muncul dengan Menakluk Kosmos pada September 2012 selepas mengikat kontrak bersama syarikat rakaman KRU Music Group. Selain Awie (vokal), Wings terdiri daripada Eddie (pemain bass), Black (dram) dan Joe (gitar). Dalam pada itu, Awie berkata, setakat ini muzik untuk album berkenaan telah pun siap dan cuma menunggu proses memasukkan vokalnya sahaja. Jelas Awie, dia sedang mencari masa sesuai untuk memberikan tumpuan hanya kepada rakaman album itu kerana dia komited untuk memberikan terbaik kepada peminat setia Wings. "Saya kini sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan sedang mencari masa sesuai untuk melakukan proses rakaman suara dan ingin memberikan tumpuan kepada perkara itu sahaja. "Jika saya buat dalam keadaan letih dan terkejar-kejar ia akan memberi kesan kepada persembahan vokal saya memandangkan ia adalah muzik rock jadi kekuatan vokal amat penting," katanya. Sementara itu, Awie berkata, walaupun album berkenaan lewat disiapkan namun syarikat rakaman memahami dan tidak mendesaknya untuk menyiapkan album berkenaan walaupun ia telah tertangguh selama setahun. "Pihak syarikat rakaman faham dengan situasi saya dan mereka juga mahu memberikan yang terbaik kepada semua peminat dan Insya Allah saya menjangkakan ia akan siap sepenuhnya pada awal tahun hadapan," katanya. Dalam perkembangan lain, Awie bakal muncul dalam teater muzikal SuperMokh yang mengangkat kisah kehidupan legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 18 November depan. | |
Sheera: Enggan digelar pelawak Posted: 22 Oct 2013 10:42 PM PDT
Pemilik nama Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, 28, dahulunya lebih dikenali sebagai pelakon air mata dalam drama bersiri seperti Janji Diana, Sembilu Kasih dan Mahabbah. Walau bagaimanapun, namanya meningkat naik apabila membintangi drama komedi romantis Halimah Jonggang. Ternyata percubaan anak kepada pelakon veteran popular, Aznah Hamid itu untuk mencuba cabang baru dalam lakonannya menjadi. Baru-baru ini, mungkin dia jarang terlibat dengan rancangan realiti Sheera telah mengejutkan ramai orang apabila menyertai program TV3, Liga Lawak SuperStar (LLS). Menafikan dirinya sebagai pelawak, dia menjelaskan tawaran untuk menyertai program tersebut secara tidak sengaja dan terbuka hati untuk menerimanya. "Saya bukannya pelawak tetapi suka mencuba perkara baru termasuklah komedi. "Biarlah orang lain menilai sama ada saya mampu berlawak atau tidak. Lagipun saya menjadi pelakon yang versatil dan mampu melakonkan pelbagai watak," katanya. Ketika ditanya mengenai perkembangan semasanya, Sheera berkata dia kini mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada LLS untuk sementara. Biarpun kumpulannya Aku Diandra gagal bergelar johan bagi minggu pertama walaupun para juri memuji persembahan kumpulannya. "Saya mungkin baru dalam komedi tetapi bukan menjadi satu masalah kepada saya. "Jika kita tidak tahu, jadi seharusnya kita mempelajari bagaimana cara untuk berlawak," katanya yang banyak belajar dengan Kazim, Ilya dan Afdlin Shauki. Dalam masa yang sama, Sheera menyatakan dia juga terlibat dalam penggambaran drama baru berjudul, Jalan Kembali di bawah produksi Skop Production Sdn Bhd. Katanya, dia memegang watak sebagai bohsia dan lebih menarik dia digandingkan bersama Kazim dalam drama tersebut. "Sebenarnya ia lebih memudahkan kami untuk berlatih. Jadi masa latihan tiada masalah buat kami. "Apatah lagi kami tidak memikir soal menang atau kalah kerana dalam setiap persembahan kami sentiasa 'enjoy' dengan apa yang kami lakukan," katanya. Kahwin tahun depan? Ketika ditebak dengan soal kahwin, Sheera berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan kahwin pada tahun hadapan. "Tetapi macam mana nak kahwin jika saya masih belum ada yang berpunya. Lebih baik kita berserah kepada ALLAH SWT agar dikurniakan pasangan yang memahami diri ini," katanya. Tambahnya, jika sudah sampai seru dia akan mengkhabarkan berita perkahwinannya kepada umum. "Kahwin merupakan perkara mulia jadi kenapa ia harus disorok? Sepatutnya kita harus berkongsi berita gembira dengan semua. "Jika disembunyikan ia akan menimbulkan fitnah dan mencalarkan imej kita," katanya. | |
Penerbit 'Maduku Kalut' Mohon Maaf Lewat Bayar Baki Bayaran Pelakon Posted: 22 Oct 2013 10:41 PM PDT PETALING JAYA: Penerbit teater Maduku Kalut Mohd Amer Shafiq Khalip memohon maaf kepada beberapa pelakon yang terlibat dengan pementasan teater berkenaan atas kelewatan menjelaskan baki bayaran. Shafiq atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, kelewatan itu berpunca daripada pihak ejen tiket iaitu AirAsiaRedTic.com yang masih belum membayar hasil kutipan tiket pementasan berkenaan. "Saya memohon maaf dan tidak berniat pun mahu menangguhkan baki bayaran para pelakon yang terlibat. Ini merupakan produksi teater berskala besar pertama saya terbitkan berbanding projek teater sebelum ini yang hanya berskala kecil. "Dan sudah tentu saya perlu menjaga reputasi diri agar nama tidak tercalar. Masalah ini berlaku disebabkan saya menggunakan ejen tiket dan pembayaran yang akan dibuat mengambil masa sedikit," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa. Sebuah akhbar pada Selasa melaporan tiga pelakon utama Maduku Kalut, Jihan Muse, Nad Zainal dan Karl Shafek kecewa dengan Shawn yang masih belum menjelaskan baki bayaran mereka selepas hampir sebulan pementasan selesai. Pementasan itu telah berlangsung bermula 27 hingga 31 September 2013. Jihan berkata, di dalam kontraknya menunjukkan baki bayarannya akan dilangsaikan dalam tempoh seminggu selepas pementasan dan Nad Zainal menyifatkan penangguhan baki bayaran mereka melanggar kontrak yang sudah dipersetujui bersama. Karl pula meluahkan sikap lepas tangan penerbit tanpa sebarang penjelasan menunjukkan dia tidak profesional dan telus. Sementara itu, Shawn berkata, dia berasa cukup terkilan dan pada masa sama lucu apabila ketiga-tiga pelakon berkenaan bertindak membuat kenyataan media berhubung isu berkenaan memandangkan dia telah berhubung dengan mereka menjelaskan situasi sebenar. "Saya terkilan mereka terus membuat kenyataan media secara melulu dan lucu pula rasanya apabila dikatakan cuba melarikan diri sedangkan saya menghubungi setiap pelakon berkenaan memberitahu akan kelewatan pembayaran mereka. "Setakat ini saya telah melangsaikan bayaran kepada hampir semua yang terlibat dan hanya tinggal lebih kurang RM20,000 (jumlah keseluruhan) yang perlu dijelaskan kepada para pelakon. "Dan ada beberapa bayaran saya menggunakan wang peribadi dahulu," tuturnya. Dalam pada itu, Shawn berkata, pihaknya akan menjelaskan baki bayaran pada minggu ini dan berharap agar isu ini tidak dibesarkan pada masa akan datang. "Saya harap para pelakon yang juga merupakan teman-teman saya itu boleh bersabar dan berjanji akan melunaskan baki bayaran pada minggu ini walaupun masih belum menerima wang daripada ejen tiket. "Kepada rakan-rakan pelakon lain yang bersabar menunggu, terima kasih kerana mempercayai saya," tuturnya. | |
Posted: 22 Oct 2013 10:39 PM PDT
Malah kredibilitinya dalam bidang pengarahan tidak boleh dipertikaikan lagi apabila pernah mengarahkan filem bergenre komedi, drama dan juga patriotik seperti Leftenan Adnan, Senario Lagi, Senario The Movie dan Puteri Impian. Biarpun pernah menyuarakan hasrat untuk berundur, jelas Aziz, dia mengambil keputusan untuk berbuat sedemikian kerana terpaksa mengubah pendiriannya. "Saya bukanlah mempunyai pendirian untuk membuat filem seni semata-mata, sehingga mahu dinobatkan sebagai pengarah berseni, tetapi karya yang saya maksudkan mestilah yang tidak melanggar pendirian saya seperti pemilihan genre dan bertepatan dengan apa yang saya mahukan dalam pengarahan. "Dulu pendirian saya, saya buat filem kerana itu adalah apa yang saya mahukan dalam pengarahan, tetapi kini saya buat filem kerana terpaksa mengikut permintaan atau cita rasa penonton. "Ia membuatkan saya terpaksa lari daripada prinsip saya," katanya yang kini sudah berhenti mengarah drama TV kerana merasakan tidak dapat menyampaikan cerita mengikut selera penonton sekarang. Namun dalam diam sebenarnya, pengarah prolifik ini sebenarnya sedang menyiapkan sebuah filem paranormal berjudul Penunggu yang akan dibintangi oleh Reizman Khuzaimi dan Ramona Zam Zam. "Kemungkinan, filem ini akan ditayangkan pada hujung tahun ini," katanya. Ujar Aziz, filem kali ini adalah hadiah kepada peminatnya yang menantikan hasil kejutan dan hasil luar biasa daripadanya. "Selain filem seram, saya juga kini sedang mencari material untuk menghasilkan sebuah filem patriotik yang berkisar mengenai sejarah pejuang. Ia berjudul Tanjong Katong dan buat masa ini sudah 30 peratus penyelidikan dan bahan sudah saya perolehi," katanya. Utama kepuasan Dalam pada itu, Aziz mengakui dia sebenarnya begitu selektif dan lebih mengutamakan kepuasan dalam berkarya. Oleh kerana itu, dia juga amat selektif dalam pemilihan pelakon kerana baginya faktor pelakon akan menarik orang ramai ke pawagam. "Saya juga seperti pengarah yang lain, kemungkinan besar untuk menarik orang ramai ke pawagam adalah dengan menghidangkan artis yang sememangnya popular. "Tak ada muka seperti Aaron Aziz, Zizan Razak dan Shaheizy Sam, mungkin sukar sikit menarik khalayak untuk menonton sesebuah filem. "Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di Hollywood. Ini kerana ada satu peringkat zaman yang mana, orang ramai mahu melihat pelakon kegemaran mereka beraksi di layar perak" katanya yang mengakui Steven Spielberg adalah idolanya dalam bidang pengarahan. Elak jadi anti sosial Sementara itu, ditanya mengapa kini dia tidak mahu menggunakan telefon bimbit, Aziz menjelaskan, dia kini sedang melatih dirinya untuk tidak menggunakan telefon bimbit sejak beberapa bulan lalu. Keputusan tersebut dibuat apabila dia mula merasakan kecanggihan telefon bimbit zaman sekarang membuatkan diri seseorang itu melupakan aktiviti serta pergaulan dengan orang-orang sekeliling, baik dengan rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Lebih membuatkan Aziz nekad untuk tidak menggunakan telefon bimbit ialah apabila anak-anaknya memintanya membelikan telefon pintar dan macam-macam gadjet lain. "Sebelum ni saya pakai telefon. Tapi dah 3, 4 bulan saya melatih diri saya untuk tak pakai telefon. Saya berhenti pakai telefon sejak anak saya mula minta belikan iPad lah, iPhone lah, tablet dan macam-macam lah gadjet zaman sekarang. "Lagipun dah jadi macam satu kebiasaan sekarang, semua orang kalau ada telefon di tangan tu asyik leka dengan telefon. Kalau duduk berkumpul bersama pun, dah tak berbual sangat dah tapi masing-masing leka dengan telefon. Saya rasa cara itu tak sihat. "Tapi saya tidak la berhenti memakai telefon untuk selamanya. Saya ni sebenarnya peminat tegar iPhone. Jadi selagi saya tak dapat miliki iPhone 5S, selagi tu lah saya tak mahu pakai telefon," jelasnya. | |
Konsert Bantu Artis YA1M Ditunda 3 November 2013 Posted: 22 Oct 2013 10:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Konsert amal "Satu Suara Satu Matlamat" anjuran Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) yang sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah ditunda pada 3 November depan. Pengerusi yayasan itu, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata, penundaan tersebut bukan disebabkan penjualan meja yang lembab sebaliknya ia dianjak ke tarikh baharu kerana ingin memberi laluan kepada Pemilihan Perwakilan Umno yang berlangsung pada 8 hingga 19 Oktober lalu di tempat sama. "Perancangan asal terpaksa ditundaa kerana PWTC digunakan untuk pemilihan Umno dan setakat meja telah berjaya dijual sebanyak 50 peratus. "Pihak kami menyasarkan sebanyak 70 hingga 80 peratus meja dapat dijual pada malam itu nanti," katanya pada sidang media penganjuran konsert dan majlis penyampaian sumbangan wang ihsan kepada artis veteran, di Restoran Riverside PWTC, di sini, Rabu. Konsert tersebut diadakan untuk mengumpul dana bagi membantu artis memerlukan dan memastikan golongan artis veteran terus menerima bantuan. "Kami akan mengutip derma untuk mengisi tabung kebajikan yayasan dan objektif adalah untuk menghargai artis tanah air yang telah menyumbang dalam pembangunan industri hiburan tempatan. "Ia juga sebagai titik tolak dan pemangkin dalam usaha YA1M untuk menjadi satu badan yang diurus selia secara profesional yang tidak mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak," katanya. Tambahnya, seramai 10 orang artis popular yang terdiri daripada golongan baharu dan lama akan membuat persembahan istimewa untuk menghiburkan tetamu. "Kami akan tampilkan lebih kurang 10 orang artis baru dan lama dalam tempoh lebih kurang sejam persembahan. "Konsert ini akan diadakan dengan cara penjualan meja dan ia akan diuruskan oleh tenaga kerja YA1M sepenuhnya," kata DJ Dave. Antara artis yang bakal memeriahkan konsert itu adalah Datuk M. Nasir, Datuk David Arumugam, Fredo (Flybaits), Fauziah Latif, Marsha, Hafiz, Jimmy Palikat, Soo Wincci, Lockup dan Najwa Latif. Tambahnya, hasil kutipan konsert tersebut akan disalurkan kepada yayasan sebagai dana untuk keperluan artis. Sementara itu pada majlis tersebut, YA1M turut menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada 21 orang artis veteran yang berumur 60 tahun ke atas bersempena Hari Deepavali. Antara artis yang menerima bantuan adalah Kunji Krishnan, Annatham Manickam, Liew Choon, Sidek Husin Raja Norbaizura, Aripah Damanhuri, Adibah Yaakob dan Omar Abdullah. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah barisan ahli jawatankuasa YA1M yang terdiri daripada Datuk M Nasir, Datuk A.Rahman Hassan dan Nancie Foo. | |
6 Filem Projek 'Ikal Mayang' Boleh Ditonton Di Astro First Posted: 22 Oct 2013 10:36 PM PDT PETALING JAYA: Sebanyak enam filem pendek yang terpilih daripada projek Ikal Mayang: Telling Women Stories bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan. Ikal Mayang cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls, merupakan kompilasi filem pendek arahan 15 penggiat seni wanita mengisahkan isu-isu kehidupan kaum hawa bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang telah berlangsung Mac lalu. Menurut Ketua Pemerolehan Pengkomision Premium dan Media Baru Astro Saniboey Mohd Ismail, enam filem pendek itu dipilih untuk tayangan Astro First sebagai ingin memberikan kelainan kepada penonton yang melanggan saluran tersebut. "Biasanya, Astro First hanya menyiarkan filem-filem terbaharu tempatan dan antarabangsa. Dan enam filem pendek yang dipilih daripada projek Ikal Mayang ini sekadar ingin memberikan kelainan kepada penonton. "Selain itu, ia juga memaparkan tentang luahan hati, cabaran, cita-cita dan impian wanita yang jarang-jarang sekali dikupas dalam sesebuah karya filem," katanya. Saniboey ditemui pada pratonton Gabungan Enam Pengarah Wanita Paparkan Isu Semasa Kaum Hawa Dalam Antologi Filem Pendek di GSC The Gardens di sini pada Selasa. Enam karya yang bakal ditayangkan merupakan filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran (Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar), Junaidah M. Nor (Odah) dan Elaine Daly (Inspektor Mastura). Kompilasi filem pendek tersebut akan ditayangkan selama 70 minit. Sementara itu, pengarah kreatif Ikal Mayang, Ida Nerina berkata, pemilihan enam filem daripada projek tersebut merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya kerana menganggap ia sebagai permulaan untuk menunjukkan karya-karya hasil penggiat seni wanita di negara ini. "Misi Ikal Mayang sendiri menunjukkan ia sebagai menaikkan martabat wanita dalam konteks memaparkan hasil-hasil filem pendek yang dibikin. "Saya rasa ini satu pencapaian yang sangat besar dimana ia juga sebagai pembuka mata buat industri seni tempatan bahawa kita mempunyai pengarah-pengarah wanita yang sangat berbakat," ujarnya. Dalam perkembangan lain, projek Ikal Mayang turut mendapat perhatian penggiat seni luar negara apabila mereka diundang menyertai Festival Filem Antarabangsa Busan ke-18 (BIFF18). Festival yang diadakan di Busan, Korea Selatan itu berlangsung bermula 3 hingga 12 Oktober lalu. | |
Jackie Chan Belum Bersedia Bersara Posted: 22 Oct 2013 10:35 PM PDT PELAKON aksi Jackie Chan mengakui belum bersedia untuk bersara daripada dunia lakonan dan hanya akan berbuat demikian apabila keadaan keadaan badannya sudah tidak mengizinkan. Jackie, 59, berkata, dia sudah letih untuk menjawab soalan daripada media mengenai perkara itu dan tidak mahu lagi memberi jawapan sama seperti sebelum ini. "Selalunya saya akan berkata tunggu lagi lima tahun untuk saya bersara dan kini umur saya akan mencecah 60 tahun dalam masa enam bulan lagi. "Rasanya saya tidak akan bersara tetapi hanya akan berbuat demikian apabila badan saya sudah tidak lagi berupaya melakukan aksi lasak," katanya kepada contactmusic.com. Bagaimanapun kata pelakon filem The Tuxedo itu, dengan usianya kini dia sedar dia perlu memperlahankan aktiviti lakonannya terutama dalam aksi lasak yang membahayakan kesihatannya. | |
Posted: 22 Oct 2013 10:31 PM PDT
Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata, kesemua 38 tukang cuci berusia dalam lingkungan 18 hingga 51 tahun itu ditahan di sebuah bangunan perniagaan di Jalan Maarof, Bangsar, kira-kira jam 4 petang. "Dari jumlah itu, empat daripadanya ialah tukang cuci lelaki yang juga warga Indonesia dan menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya. Menurutnya, syarikat membekalkan pekerja warga asing itu dipercayai mementingkan keuntungan dengan menggunakan khidmat warga asing yang hanya mempunyai pas lawatan sosial. "Kita percaya pekerja warga asing tersebut akan diganti dengan orang lain setiap bulan. Syarikat itu mengambil kesempatan dengan tidak membayar levi sektor perkhidmatan," katanya. James menegaskan, majikan yang ingin mendapatkan khidmat pekerja warga asing perlu memohon kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan masuk ke negara ini. "Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang masih berdegil dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya. Kesemua yang ditahan itu dibawa ke lokap tahanan, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan lanjut. Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas. | |
Liyana ikut nasihat keluarga sorok kehamilan Posted: 22 Oct 2013 10:25 PM PDT
SETELAH mendirikan rumah tangga pada bulan Februari lalu, penantian pelakon Liyana Jasmay untuk bergelar ibu akhirnya terlaksana apabila dia disahkan hamil dua bulan. Perkara tersebut diakui sendiri oleh isteri kepada Fathudin Mazlan itu setelah kisah mengenai dirinya sudah berbadan dua tersebar menerusi ruangan gosip sebuah akhbar. Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Papadom itu menyatakan, dia bukan hendak berahsia mengenai kehamilannya itu kerana beranggapan masih terlalu awal untuk didedahkan kepada pihak media. Ikuti penjelasan selanjutnya berhubung kisah tentang dirinya setelah disahkan mengandung serta persediaannya untuk bergelar ibu sewaktu dihubungi Kosmo! semalam. Kosmo!: Tahniah Liyana atas berita baik mengenai kehamilan anda. Apakah yang menyebabkan anda tidak membuka mulut sehinggalah cerita tersebut keluar di ruangan gosip sebuah akhbar? Liyana: Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini. Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan. Jadi, saya tidak tahu macam mana orang lain boleh dapat tahu dahulu. Sejak bila anda dapat mengetahui yang diri anda sudah berbadan dua? Saya mengetahuinya sejak sebulan lalu setelah mendapati diri tidak datang bulan dalam tempoh yang lama. Kemudian, saya membuat temu janji dengan doktor dan ketika pemeriksaan dijalankan, saya disahkan mengandung. Ketika itu perasaan saya memang amat sukar untuk digambarkan kerana terlalu gembira apabila bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Lagipun itu yang sangat dinantikan oleh saya dan suami. Setelah disahkan hamil, bagaimanakah dengan perjalanan kehidupan harian anda sekarang? Sejak berbadan dua ini saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana badan selalu berasa penat dan kerap muntah. Bagi saya, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia perkara normal untuk peringkat awal kehamilan. Bagaimanakah pula dengan aktiviti seni anda? Kalau mengikut perancangan, saya bakal terbabit dengan sebuah drama bersiri pada penghujung tahun ini terbitan syarikat produksi sendiri iaitu Mermaid Studios. Dalam drama berkenaan saya akan melakonkan watak yang agak lasak. Setelah disahkan hamil, sudah tentu saya tidak dapat meneruskannya dan ketika ini kakak saya sedang mencari pelakon lain yang sesuai untuk menggantikan tempat saya itu. Adakah anda kini masih sering berjauhan dengan suami? Sehingga kini kehidupan saya dan suami masih lagi berjauhan seperti biasa. Kalau terbabit dengan sebarang pekerjaan saya akan turun ke Kuala Lumpur, manakala suami pula sibuk menguruskan perniagaannya di Kota Kinabalu, Sabah. Ketika ini, suami saya juga sedang dalam proses untuk membeli sebuah apartmen baharu memandangkan kawasan kediaman yang kami menetap sekarang ini agak kurang privasi. | |
Fathia, Miera dilamar karyawan antarabangsa Posted: 22 Oct 2013 10:24 PM PDT BERLANGSUNG meriah di Hotel International Tashkent, Uzbekistan pada malam Sabtu lalu, acara perasmian Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard kali ketiga turut dihadiri oleh dua pelakon terkenal tanah air, Nur Fathia dan Miera Leyana. Fathia dan Miera menggayakan busana yang direka khas oleh Cosry untuk acara karpet merah dan makan malam gala. Ini secara tidak langsung telah menarik perhatian beberapa pengarah serta selebriti terkenal dari Uzbekistan dan Rusia. Pelakon Fathia telah ditawarkan untuk muncul dalam klip video penyanyi terkenal Uzbekistan, Atarbak Dotsent Maxashev yang bakal memulakan penggambaran di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Miera pula disunting oleh pengarah filem Rusia, Said Muxtozor untuk membintangi filem terbaharunya, Jealous. "Memang saya tidak menjangka akan mendapat tawaran daripada produser antarabangsa tapi semuanya masih dalam peringkat perbincangan. "Paling melucukan apabila ramai artis dari Uzbekistan menyangka saya berasal dari negara mereka dan mula berinteraksi dengan saya dalam bahasa ibunda mereka," ujar Fathia yang ditemui usai acara karpet merah. Fathia dan Miera diterbangkan ke Uzbekistan oleh The Rafflesia Pearl Centre untuk menyaksikan pembukaan Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard dan menyertai Minggu Fesyen Tashkent yang mana pereka fesyen Malaysia, Alia Bastamam memperagakan busananya. Pereka kasut terkenal antarabangsa, Prof. Datuk Jimmy Choo pula diundang selaku tetamu kehormat acara itu. Rombongan ke Uzbekistan diuruskan oleh Bill Bora selaku Pegawai Publisiti The Rafflesia. Forum Filem Antarabangsa Tashkent kali ketiga itu diadakan lebih santai berbanding penganjuran dua tahun berturut-turut sebelum ini, bagaimanapun masih menjaga kemegahan acara terbesar di Uzbekistan itu. Untuk mengeratkan jalinan antara peserta yang bertanding dalam tiga kategori utama iaitu filem animasi, filem pendek dan filem cereka tahun ini, penganjur memberikan peluang kepada penggiat filem serta para juri berinteraksi pada malam pembukaan acara itu selain mempersembahkan senarai trofi kepada bakal pemenang tahun ini. Menarik sempena acara pembukaan Forum Filem Antarabangsa Tashkent, tetamu dari negara luar antaranya India, Perancis, Brazil, China, Jepun termasuk Malaysia dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional oleh kumpulan Sabo. Pengarah filem terkenal China, Zhang Yuan, selaku ketua juri tahun ini mengharapkan agar acara itu berlangsung lancar dan mengharapkan persaingan sihat akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. "Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara hebat tahun ini dan dapat bekerjasama dengan penggiat filem dari negara lain. "Ini kali pertama saya ke Uzbekistan dan sudah jatuh cinta dengan keindahan serta keunikan negara ini. Pernah suatu ketika dulu, Uzbekistan dan China dihubungkan dengan Laluan Sutera, jadi saya mengharapkan haluan itu akan diteruskan menerusi acara ini," katanya. Dalam pada itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan bintang pertandingan bakat nyanyian Zo'r-Zo'r Star menerusi lagu Skyfall serta repertoir klasikal Andrea Bocelli oleh penyanyi opera Uzbekistan, Ramiz Usmanov dan Shirin Mamatova. Tahun ini, Forum Filem Antarabangsa Tashkent dianjurkan serentak dengan Style.Uz Art Week yang menampilkan persembahan fesyen serta karya-karya seni berkualiti tinggi dari seluruh dunia. Sepanjang acara itu, beberapa bengkel perfileman daripada pengarah serta penulis skrip terkenal akan diadakan selain tayangan naskhah filem yang akan dipertandingkan sepanjang acara selama seminggu itu. Acara penutup bakal berlangsung esok. | |
Posted: 22 Oct 2013 10:23 PM PDT SEPI seketika kontroversi skandal pelakon Adi Putra bersama seorang wanita yang berstatus isteri orang, kini ia seperti bakal menjadi panas semula. Ia ekoran timbul dakwaan kononnya pelakon popular itu bertemu dengan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan. Adakah benar dakwaan tersebut, hanya Adi sendiri yang mampu memberi jawapannya. Malangnya, percubaan Kosmo! untuk menghubungi pelakon drama rantaian hebat Teduhan Kasih itu gagal apabila Adi tidak menjawab telefon mahupun membalas kiriman WhatsApp di telefon pintarnya. Bagaimanapun, Kosmo! berjaya menghubungi isteri Adi, Aida Yusof untuk bertanya lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut. Enggan mengiyakan atau menafikan dakwaan tersebut, namun Aida mendedahkan, kes siasatan suaminya sudah hampir ke penghujungnya. "Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan perkara tersebut. Kalau boleh saya enggan komen apa-apa kerana siasatan masih dijalankan. "Setakat ini, kami masih belum dapat apa-apa maklumat mengenai siasatan kes kecuali mereka memaklumkan siasatan di bahagian forensik sudah selesai," jelas- nya. Disoal bagaimanakah dakwaan tersebut (jumpa orang berpengaruh untuk gugurkan kes) boleh timbul, Aida enggan mengulas lanjut kerana ia boleh mengganggu siasatan polis yang masih berjalan. Dia juga tidak mahu kenyataannya nanti dibidas orang ramai dan apa yang mampu dilakukan setakat ini hanya menunggu sahaja dipanggil pihak polis apabila kes siasatan selesai. Buat masa ini, jelas Aida lagi, kehidupannya bersama Adi berlangsung seperti biasa dan tiada apa-apa yang terjejas. Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita berusia 30 tahun yang berstatus isteri orang. Suami wanita itu berjaya mengesan hubungan mereka selepas terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika berada di sebuah restoran makanan segera Jalan Skudai-Pontian awal Ogos lalu. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membuat laporan di balai polis berdekatan. Terdahulu, biarpun kes masih dalam siasatan, Adi pernah membuat pengakuan tidak mengenali wanita itu ketika ditemui pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecanti- kan dan kesihatan. | |
Posted: 22 Oct 2013 10:22 PM PDT BUAT julung-julung kalinya kerjasama serantau Indonesia dan Malaysia iaitu Lian Mipro dan Indigital Sdn. Bhd. akan menganjurkan festival pakaian dan muzik yang pertama serta terbesar di Malaysia. Lian Mipro adalah antara lima syarikat penganjuran acara yang terbesar di Indonesia dan telah berjaya menganjurkan acara festival besar di negara itu setiap tahun yang dikenali sebagai JakCloth. Indigital Sdn. Bhd. pula adalah sebuah syarikat pembekal kandungan muzik kepada syarikat telekomunikasi dan juga banyak bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan indie di Malaysia. Pengalaman dan kekuatan dalam bidang yang berbeza oleh kedua-dua syarikat ini menjadi asas kepada penganjuran festival ini yang diberi nama Festival Rangkaian Jenama Pakaian dan Muzik Serumpun. Festival yang akan berlangsung di Speed City Kuala Lumpur, Kelab Lumba Kuda Selangor akan menggabungkan 120 rangkaian jenama pakaian dari Indonesia dan Malaysia. Antara jenama yang terlibat ialah Dead Seventies, Cozuma, Hattrick, Rown, Altos, Nushock dan banyak lagi. Sesuai dengan namanya lebih 60 band indie dari kedua-dua negara akan membuat persembahan sepanjang festival itu berlangsung selama tiga hari. Menariknya festival ini turut membariskan band terkenal seperti Sheila On 7, Go Gerila!, Bunkface, 6ixth Sense, Indie Mice, Drama Band, Hyper Act, Loka, Edane, Love Me Butch, Aryan Band, Pop Konspiracy, Buronan Mertua, The Padangs dan banyak lagi. Buat peminat Sheila On 7, jangan lupa saksikan band pujaan anda pada 25 Oktober ini. Acara itu akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober ini, bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam setiap hari. Bayaran masuk hanya RM20. Bagi memudahkan pengunjung ke tempat festival, terdapat bas perantaraan percuma disediakan antara Stesen LRT Bukit Jalil ke Speed City setiap 15 minit. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Facebook/Urban Clothing Festival dan twitter @urbanclothingfest- kl. | |
Suami baran mahu isteri kembali Posted: 22 Oct 2013 10:21 PM PDT
BUKIT MERTAJAM - Seorang pegawai veterinar yang berdepan hukuman penjara setahun dan denda atas tuduhan membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital Ogos lalu berharap wanita itu berfikir sedalam-dalamnya mengenai hubungan mereka. Ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini selepas selesai prosiding semalam, tertuduh, Muhammad Affandi Ismail, 36, berkata, dia sedia maklum mengenai kenyataan isterinya sebelum ini yang tidak lagi mahu kembali ke pangkuannya. "Saya berharap perkara itu difikirkan semula. Kalau isteri kata sudah tertutup hatinya, saya minta dia buka mindanya kembali supaya dapat berfikir semula tentang keputusan itu," katanya ringkas kepada pemberita. Terdahulu, Majistret Ariff Mohamed Sharif menetapkan 21 November depan sebagai tarikh untuk menyambung perbicaraan kerana dokumen kes itu masih belum lengkap. Mengikut kertas pertuduhan, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang merupakan pekerja kilang berusia 36 tahun. Perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda dekat sini pada pukul 4 petang. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. | |
Pegawai TUDM dituduh tumbuk, sepak isteri Posted: 22 Oct 2013 10:19 PM PDT
KUANTAN - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan isterinya di Taman Indera Sempurna di sini pada 28 Julai 2011 lalu. Mohamad Halim Kasbin, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk dan menyepak Azrina Ahmad, 37, di rumah beralamat No. 19, Lorong IS 71, Taman Indera Sempurna di sini pada pukul 5 petang. Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret Jesseca Daimis membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000. Tertuduh membayar wang tersebut. | |
Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah Posted: 22 Oct 2013 10:15 PM PDT
BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional. Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian. Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam. Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak. "Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah baginda dalam satu ucapan. Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996. "Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21," kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu. Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi. Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain. Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan. Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet. Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad. "Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu," katanya. | |
China laksana peraturan ke atas program ala American Idol, The Voice Posted: 22 Oct 2013 10:11 PM PDT BEIJING - Pihak berkuasa China kini melaksanakan peraturan baharu ke atas program pencarian bakat nyanyian yang popular ala American Idol dan The Voice. Peraturan baharu itu memerlukan saluran-saluran televisyen satelit mendapatkan kelulusan daripada pihak yang memantau program hiburan. Pihak yang ditugaskan membuat pementasan tersebut akan memberi- kan lesen hanya untuk satu program seperti itu untuk setiap saluran televisyen pada waktu perdana. Terdapat juga peraturan baharu yang meminta setiap saluran televisyen satelit memperuntukkan siaran berkaitan ekonomi, kebudayaan, berita dan sains pada tahun depan. Sebelum ini, terdapat usaha untuk mengurangkan program-program hiburan ala realiti televisyen Amerika Syarikat daripada disiarkan di China. Seorang penganslisis politik di Akademi Sosial Sains China, Liu Shanying berkata, beliau menganggap peraturan baharu itu dilaksana- kan kerana saluran stesen satelit berjaya menambat hati ramai penonton berbanding stesen penyiaran pemerintah. | |
Profesor wanita pertama di UTM Posted: 22 Oct 2013 10:08 PM PDT Profesor Datuk Dr. Halimaton Hamdan menyuntik inspirasi dalam kalangan warga muda untuk mendalami bidang sains dengan meneroka teknologi nano dan menghasil Maerogel.
KEPAKARAN beliau dalam bidang teknologi nano di negara ini sememangnya diperakui. Penemuan Prof. Datuk Dr. Halimaton Hamdan berhubung M Maerogel (aerogel Malaysia) daripada ekstrak silika sekam padi mampu mengurangkan kos pengeluaran sebanyak 80 peratus. Bahan itu mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh diguna untuk mengurangkan suhu panas bangunan konkrit, menyerap tumpahan minyak dan pencemaran udara serta dijadikan panel kalis bom. Bagi membangunkan maerogel, ia mengambil masa sembilan tahun. Kepada Halimaton, saiz nano yang sangat kecil menyebabkan banyak teknologi boleh diteroka. Wanita bertubuh langsing dan tinggi lampai itu kelihatan elegan dalam persalinan kurung moden. Ketika ditemui di Universiti Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy) di Cyberjaya, Selangor beliau kelihatan sibuk berurusan dengan kakitangannya tetapi masih sudi meluangkan masa. Selepas tiga dekad mencurah bakti sebagai pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), khidmat Halimaton tidak terhenti di situ saja. Kepakaran beliau diperlukan UniMy sebagai Naib Canselor UniMy sejak bulan Oktober 2012. Unimy merupakan sebuah universiti butik yang menekankan bidang sains komputer dan kejuruteraan. Apa yang lebih menarik, cabang pengajian itu agak berbeza dengan latar belakang pengajiannya iaitu kimia. "Malaysia memerlukan lebih kurang 20,000 orang pekerja dalam bidang sains komputer pada tahun 2020. Bidang ini sangat penting terutamanya untuk penyelidikan dan pembangunan," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurut Halimaton, sains komputer seperti pembangunan perisian yang bersesuaian, membantu memberikan simulasi keputusan kajian jika suatu penyelidikan itu dibuat dalam bidang kimia. Secara tidak langsung, ia membantu menjimatkan masa sekali gus penyelidik dapat meramal hasil kajian. "Kesepaduan antara sains komputer dan jurusan-jurusan sains lain membolehkan para saintis menerokai bidang baharu yang banyak melibatkan data-data yang besar selain penggunaan pengkomputeran awan. "Dahulu tanpa teknologi sains komputer, para penyelidik perlu membuat pengiraan sendiri secara manual tanpa ada perisian-perisian yang membantu dalam mencepatkan kerja," akui saintis yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam penyelidikan silika. Latar belakang Dilahirkan pada tahun 1956 di Ujung Pasir, Melaka, Halimaton merupakan anak kepada pegawai polis, Hamdan Ismail dan ibunya, Jamilah Jasmi, seorang suri rumah. Sebenarnya, beliau berasal daripada sebuah keluarga yang sangat aktif dalam bidang politik, datuknya, Jasmi Mohd. merupakan ahli pemuda UMNO Melaka ketika zaman Tun Abdul Ghaffar. Kata beliau, ibunya selalu bercerita mengenai keadaan di rumah yang sentiasa sesak dengan kedatangan orang ramai ke rumah datuknya. Pada pertengahan 1980-an, Halimaton pernah diajak menyertai lapangan politik di tempat kelahiran tetapi beliau mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada bidang sains dan teknologi. Merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik yang berjaya melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah dan ijazah muda, Halimaton menceritakan beliau sering bersaing dengan adiknya ketika di bangku sekolah, sungguhpun di sekolah berbeza. Halimaton belajar di sekolah rendah Melayu dan apabila melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tun Fatimah (STF) yang beraliran Inggeris, beliau perlu memasuki kelas peralihan selama setahun manakala adiknya, yang setahun lebih muda daripadanya terus ke tingkatan satu. Jadi, persaingan antara beliau dan adiknya, yang menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid berlaku apabila mereka sama-sama berada di peringkat yang sama. Bagi Halimaton, persaingan sihat itu telah menyebabkan beliau sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik dalam segala bidang yang diceburi. Selepas tamat belajar dan kembali semula ke Malaysia pada tahun 1981 dengan tahap pendidikan ijazah sarjana muda sains kimia dari Universiti Indiana di Amerika Syarikat, Halimaton mencari kerja. Walaupun banyak dipanggil oleh syarikat-syarikat besar terutamanya dalam bidang minyak dan gas, namun kelayakan beliau dirasakan tidak sesuai dengan jawatan yang ada. Tidak berputus asa, Halimaton terus mencuba dan mendapat tawaran dari tiga buah universiti iaitu UTM, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Barangkali sukar membuat keputusan dalam menerima tawaran, beliau meminta nasihat ayahnya yang mengalakkan beliau memilih UTM kerana tidak ramai bumiputera yang mengambil aliran kejuruteraan di institusi pengajian tinggi awam itu. Pada umur 40 tahun, Halimaton telah menerima gelaran profesor, sekali gus menjadi wanita pertama yang mendapat gelaran tertinggi di UTM. Cabaran Bidang sains dan teknologi bagi seorang wanita sangat mencabar tetapi Halimaton percaya kejayaan seseorang pensyarah itu di universiti adalah terletak pada kesarjanaan individu. "Ia dapat dilihat dengan beberapa aspek seperti pembelajaran, penyelidikan, penulisan penerbitan dan sumbangan kepada masyarakat," ujarnya. Tambah beliau, seseorang pensyarah itu seharusnya dikenali kerana ilmu yang dimiliki dan mahir dalam bidang masing-masing, bukan jawatan yang disandang di pusat pengajian terbabit. "Seorang pemimpin institusi pengajian itu perlu tersohor dalam bidangnya terlebih dahulu. Sebagai contoh, di Universiti Cambridge, dekannya terkenal dalam bidang pengajian melalui aktiviti kesarjanaan yang dilakukannya. "Malah, profesor-profesor yang terkenal dalam di dunia mempunyai paten penyelidikan dan memiliki kajian dalam bidang masing-masing," terangnya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam penyelidikan bahan berasaskan silika. Ternyata kenyataan beliau bukan sekadar omong-omong kosong, laman web www.chem.utm.my menyatakan Halimaton telah memulakan 25 program penyelidikan dan 80 buah projek dalam bidangnya dengan geran terkumpul lebih RM13 juta selain lebih 100 buah jurnal penerbitan. Kajiannya banyak memberi fokus mengenai kelestarian, teknologi hijau dengan manipulasi molekular sehingga sintesis bahan-bahan baharu dan sistem struktur nano. Ciptaan yang terus mengangkat nama beliau, Maerogel, merupakan bahan pepejal paling ringan dan penebat terbaik telah dipilih sebagai produk pilihan pada tahun 2008 oleh International Clean Energy Circle, United Kingdom. Bahan itu telah dipatenkan di Malaysia dan 22 buah negara lain di seluruh dunia selain sedang dikomersialkan oleh syarikat Gelanggang Kencana Sdn. Bhd. Bidang pengkhususan Profesor Halimaton dalam kimia ialah zeolite teknologi bahan berstruktur nano, bahan pepejal resonans magnet nuklear (NMR), pemangkinan heterogen dan kimia permukaan. Seorang saintis di Amerika Syarikat, Samuel Stephens Kistler telah mencipta aerogel pada tahun 1931. Penggunaan bahan itu untuk tujuan komersial telah diterhadkan kerana kos penghasilannya yang tinggi. Dalam artikel profil sempena Anugerah Merdeka yang diterimanya pada tahun 2009, Halimaton berkongsi sisi peribadinya dan mengakui sangat cintakan seni, muzik dan tarian, di samping meminati bidang jahitan. Menjahit merupakan hobi Profesor Halimaton. Pada awal kariernya, dia menjahit pakaiannya sendiri. Beliau berkahwin dengan Prof. Madya Mohd. Nazlan Mohd. Muhid dan mempunyai dua cahaya mata. "Jika saya bebas memilih bidang pengajian berdasarkan hobi pada waktu itu, sudah pasti saya memilih bidang arkitek atau komunikasi massa," ungkap wanita yang amat meminati lagu-lagu dendangan Anuar Zain ini. Dalam pada itu, Halimaton berkata, sains memerlukan tiga perkara supaya seseorang itu berjaya dalam bidang tersebut. "Minat terhadap bidang tersebut sangat penting dan jika tiada rasa tersebut pada peringkat awal, ia boleh dipupuk. Kemudian, komitmen yang terbaik perlu diberikan sepanjang menjalani pengajian. "Paling penting, kemampuan akademik seseorang itu dalam sains dan matematik perlu dapat menyamai sesuatu bidang sains yang diceburi," tegasnya. | |
Yayasan UniMy taja dua pelajar terbaik Posted: 22 Oct 2013 10:07 PM PDT DUA orang pelajar University Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy) yang menanggung yuran pembelajaran sendiri telah dianugerahkan biasiswa bagi pengajian mereka di universiti butik pertama di Malaysia itu. Mereka ialah bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar, Johor, Abdul Matyn Abdul Jalal yang mendapat lapan A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, Kenny Ng Kwang Meng yang memperoleh enam A dan dua B dalam SPM. Masing-masing menerima biasiswa penuh dan sebahagian sebanyak RM17,000 dan RM10,000 daripada Yayasan UniMy bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam pengajian asas pengkomputeran dan kejuruteraan (FCE). Pengajian FCE merupakan program intensif unik selama setahun yang menawarkan para pelajar asas bagi bidang pengkomputeran, kimia, fizik dan matematik sebagai persedian untuk menuntut di tahap ijazah muda dan pengkhususan. Abdul Matyn, 18, mahu melanjutkan pelajaran sehingga tahap doktor falsafah dalam sains komputer manakala Ng pula meletakkan sasaran tertinggi dengan bekerja di syarikat multinasional seperti Facebook ataupun Google. Abdul Matyn begitu tertarik dengan kerjasama strategik yang dijalankan UniMy bersama syarikat-syarikat besar teknologi seperti Microsoft, Dell, IBM dan Huawei. Kerjasama itu membolehkan para pelajar tahun akhir ijazah belajar dan bekerja melalui peluang latihan industri sekali gus menjadi dorongan kepadanya untuk berjaya. Dalam memilih pelajar, Timbalan Naib Canselor (Akademik), Profesor Madya Dr. Mohamad Kasim Abdul Jalil berkata, pihak universiti hanya mengambil pelajar yang selari dengan visi universiti. Kerajaan telah memberi mandat kepada universiti untuk mewujudkan ekosistem bakat-bakat terbaik dalam teknologi maklumat dan komunikasi di negara ini. "Kami hanya menerima pelajar yang terbaik dan cemerlang dalam akademik yang cenderung pada matematik serta sains selain berbakat dalam sains komputer dan kejuruteraan. "Pelajar yang menamatkan program FCE dengan jayanya akan ditawarkan kemasukan ke program sarjana muda sains komputer dan kejuruteraan perisian," katanya. | |
Posted: 22 Oct 2013 10:06 PM PDT
MIMPI menjadi sandaran untuk lari dari dunia realiti dan membenarkan otak berehat selepas bertungkus lumus dipergunakan seharian. Disebabkan itu, malam dicipta oleh Yang Maha Esa supaya badan dan fungsi dalaman memperlahankan operasi dan mengembalikan tenaga untuk keesokan hari. Apabila berbicara tentang mimpi, ia sering dikaitkan dengan alam fantasi di mana akal meninggalkan realiti membiarkan ia menerawang memikirkan cerita-cerita indah yang sukar digapai pemikiran waras manusia. Tidak salah jika dikatakan, fantasi-fantasi ini sering dialami pada zaman kanak-kanak. Setiap daripada kita pasti mempunyai ceritera mimpi yang digebangkan penuh ghairah kepada rakan dan ahli keluarga. Ironinya, rangkaian imaginasi mimpi itu berjaya dipercikkan di atas kanvas oleh pelukis kontemporari, Raja Lope Rasyidi Raja Rozlan, 40, dalam pameran solonya, Lope. Setiap satu daripada 15 lukisannya melingkari tema mainan tidur itu dengan olahan yang kaya dengan unsur-unsur budaya. Watak-watak yang dicipta kreatif oleh pelukis yang dikenali sebagai Lope itu diselitkan dengan keindahan susur galur kepelbagaian budaya yang terdapat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kuda kepang, wayang kulit, wau bulan, naga, burung jentayu dan gasing antara cetusan idea yang dibawa ke medium seni lukisan. "Penerapan unsur-unsur tradisional sengaja dilakukan. Lihat sahaja senario hari ini ramai generasi muda tidak kenal dengan budaya dan permainan tradisi sendiri. Disebabkan itu, saya mengangkat dan memperkenalkan semula kepada masyarakat ketinggian nilai seni dan budaya bangsa," ujar Raja Lope Rasyidi Lope atau mesra dengan panggilan Lope ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Mungkin segelintir peminat seni berasa klise kerana unsur-unsur itu kelihatan biasa dalam kebanyakan karya anak tempatan, juga negara jiran. Tetapi uniknya persembahan Lope apabila watak-watak tersebut diolah menerapkan elemen moden dan kontemporari. Pernahkah anda terbayang apabila watak yang terdapat dalam persembahan wayang kulit sebenarnya dayang-dayang istana berbadan robot? Lenggoknya sama gemalai seperti yang biasa dilihat tetapi bertubuhkan logam-logam. Ia merupakan sesuatu yang baru kepada khayalan akal. "Tetapi sebenarnya, gaya lukisan ala anime ini sudah lama diperkenalkan di luar lingkungan seni kita. Mereka lebih dahulu menyampaikan imaginasi mereka dalam genre sebegini. Idea itu saya bawa dan terapkan dengan cita rasa orang kita," jelas pemuda berasal dari Beruas, Perak itu. Di sebalik mainan imaginasi, Lope tegas menyampaikan mesej-mesej kemanusiaan dan alam sekitar yang dirasakannya semakin terhakis dalam diri masyarakat hari ini. Kehadiran pari-pari hijau yang terdapat dalam kebanyakan lukisannya diibaratkan sebagai penyampai mesej kepada hidupan negara imaginasi Lope. Kebimbangan makhluk mitos itu cuba menggambarkan kemusnahan alam yang semakin ketara. Jika tidak dipelihara, keindahan flora dan fauna hanya tinggal cerita semata-mata. Mengambil masa setahun setengah untuk menyiapkan keseluruhan koleksi tersebut, Lope percaya setiap lukisannya bakal membawa kegembiraan kepada pengunjung dan penggemar seni kontemporari. Dia berpendapat seni itu sangat subjektif. Ada penggemar seni yang mahu berfikir kritis apabila melalui atau menghayati karya seni, tetapi bagi Lope, dia percaya seni tidak perlu terlalu serius. "Saya mahukan mereka yang menghayati seni saya pulang dengan senyuman dan mengimbas kembali memori ketika zaman kanak-kanak. Penggunaan warna-warna terang dapat menarik perhatian, khususnya golongan muda. "Pada awalnya, saya menggambarkan lukisan-lukisan ini boleh bergerak dengan mainan animasi tiga dimensi. Bagi menggantikan idea tersebut, saya banyak bermain dengan warna bagi menghidupkan watak-watak dalam lukisan," ujarnya. Selain itu, dia menggunakan teknik berus udara yang banyak digunakan dalam proses mewarna aksesori kenderaan bermotor. Jelas Lope, ia menaikkan lagi mood lukisan berbanding menggunakan kaedah lain. "Ia merupakan eksperimen pertama saya dan nyata memberi hasil yang sangat mengagumkan. Sebagai contoh, efek-efek awan yang menjadi latar belakang lukisan kelihatan jelas dan asli," katanya. Pencinta seni tempatan dijemput untuk menikmati karya seni Lope di Galeri Core Design, Subang Jaya yang telah bermula 12 Oktober dan berakhir pada 30 November 2013. | |
Tea Twist papar modifikasi teh Posted: 22 Oct 2013 10:05 PM PDT TEH ialah minuman ruji masyarakat di seluruh dunia. Perbezaannya di setiap negara terletak pada cara penyediaan, perisa, penambahan bahan lain dan bagaimana ia dihidangkan. Rakyat di Malaysia juga mempunyai kefahaman tersendiri terhadap teh. Ada yang memilih teh panas kosong atau teh ais iaitu teh yang dicampur bersama susu pekat manis, tidak ketinggalan individu yang menggemari teh herba, teh Cina dan teh berperisa buah-buahan. Bagaimanapun kita jarang melakukan eksperimen pengubahsuaian ke atas teh. Penambahan bahan di luar jangkaan termasuk hirisan buah, potongan sayur atau serbuk perisa yang bersesuaian, mampu menghasilkan secawan teh yang baharu pada tunas rasa seseorang. Sekiranya anda mahu belajar teknik-teknik kreatif terhadap modifikasi teh, jangan ketinggalan menonton rancangan masakan berkonsep santai Tea Twist yang dihoskan chef muda yang sedang meningkat naik, Nik Michael Imran Nik Ezar. Mula bersiaran pada 18 Oktober lalu pada pukul 9.30 malam, program enam episod berdurasi 30 minit itu disiarkan pada saluran Asian Food Channel (AFC) iaitu Saluran Astro 703 dan dapat disaksikan di 12 wilayah Asia yang berbeza. Pada setiap episod, Nik Michael Imran, 23, bekerjasama dengan jenama teh panas nombor satu di dunia, Lipton bagi berkongsi penyediaan teh gaya baharu menggunakan uncang teh Lipton Yellow Label. Sebanyak tujuh resipi teh akan dipertontonkan sepanjang rancangan Tea Twist dan pada setiap episod, Nik Michael Imran akan memadankan teh yang bersesuaian mengikut sajian utama dan pencuci mulut yang disediakan. Rangkaian teh Lipton Yellow Label yang bakal diolah menerusi kreativiti Nik Michael Imran ialah paradise sunrise, teh ais sparkle, teh serai madu (panas dan sejuk), mo-tea-to, lovely berries dan teh latte halia earl grey.
"Saya jenis individu yang minum teh untuk relaks dan apabila berada dalam keadaan santai, ia mengundang kedamaian dengan bersahaja. "Secara peribadi, teh juga minuman yang sangat fleksibel. Ia mudah diadun bersama pelbagai perisa, rempah-ratus atau herba yang sering digunakan dalam masakan di Asia. "Setiap bahan tersebut mampu mencipta rasa yang berbeza dan itu yang ingin kami paparkan dalam Tea Twist. Kami berharap ia dapat memberi ilham kepada penonton untuk melakukan eksperimen terhadap teh dan merasai sendiri keseronokan hasil pengalaman tersebut," kongsi Nik Michael Imran pada majlis pelancaran rancangan Tea Twist di Hotel Maya, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kempen Pengenalan program Tea Twist juga menandakan permulaan terhadap kempen Lipton, A New Twist to Your Lipton Moments di Malaysia. Kempen yang diterajui uncang teh Lipton Yellow Label itu bertujuan memperkenalkan konsep baharu meminum teh. Menerusi penyediaan dan penyajian menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh di sekeliling kita, Lipton mahu rakyat Malaysia mencipta detik istimewa ketika menjamu minuman teh pada bila-bila masa dan acara. "Kami mahu menunjukkan nilai versatil yang dimiliki seuncang teh. Lipton merupakan jenama yang sering membawa sesuatu yang positif dan mahu pengguna mereka rasa bersemangat saat menikmati secawan teh. "Kami juga berharap para pengguna Lipton akan mencuba resipi teh baharu yang dipaparkan dalam Tea Twist," ujar Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura, Rakesh Mohan. Sementara itu, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Herry Budiazhari berkata, uncang teh Lipton adalah uncang teh nombor satu di Malaysia. Jelasnya: "Uncang teh Lipton Yellow Label diperbuat daripada gabungan bahan terbaik yang dibawa dari Sri Lanka dan Kenya, sekali gus mencipta aroma dan keistimewaan pada seuncang teh Lipton." |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |