LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
Kelantan 'tawan' Piala Presiden Posted: 12 Oct 2013 07:23 PM PDT Sumber: Berita Harian Stadium 'keramat' memihak tuan rumah atasi juara bertahan 2-1 Kuala Lumpur: Tuah beraksi di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan jelas membawa tuah buat tuan rumah apabila dinobatkan juara Piala Presiden selepas mengalahkan juara bertahan, Perak 2-1, malam tadi. Turun selaku juara empat kali, anak buah Sidek Shamsudin jelas dahagakan kejayaan dan kemenangan pada pertandingan edisi ke-29 itu melengkapkan dua trofi kini berada di Kota Bharu selepas skuad senior The Red Warriors menjulang Piala FA. Pada babak pertama, tidak banyak gerakan menarik yang dipamerkan kedua-dua pasukan dan bola dilihat lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang. Namun minit ke-12, Perak terlebih dulu mendapat peluang terbaik tetapi rembatan deras G Mugenthirran dari luar kotak penalti sempat ditepis penjaga gol tuan rumah, Mohd Fakhrul Ikram. Bertahan dua minit Tuan rumah bermula garang di separuh masa kedua dan hasilnya pemain gantian, Muhamad Raim menceriakan penyokong apabila mudah menolak masuk untuk jaringan pertama pada minit ke-73 namun ia hanya bertahan dua minit apabila Khairul Asyraf kembali menyamakan kedudukan selepas itu. Gol penyamaan itu seakan membangkitkan semangat Perak dan minit ke-78, hasrat Perak untuk mendahului permainan tidak kesampaian apabila rembatan kencang Mugenthirran dalam kotak penalti sekadar menggegar palang. Ketika perlawanan seakan diheret ke masa tambahan, Mohd Rozaimi Azwar muncul wira dengan gol kedua Kelantan selepas tandukan lemahnya gagal ditepis keluar Muhd Syazwan untuk memastikan kemenangan mutlak buat tuan rumah. |
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |