Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Guru Ada Peluang Jadi Isteri Fahrin Ahmad
- Kontroversi Kahwin Aeril Zafrel Tiada Kaitan Isu Agama
- Zizan Razak Ada Cara Promosi 'KL Gangster 2'
- 10 Penerbit Beli 5,000 Tiket, Sokong 'KL Gangster 2'
- Kumpulan Tiga Tidak Tiru The Fabulous Cats
- Faizal, pasca FFM dan Longkai
- Tunggu Jumaat ini! - Ariel Zafrel
- Hujan nafi bermasalah, bersiap sedia ke DFP
- Kes rompak staf AirAsia ditangguh
- Lelaki hadapi lima tuduhan jenayah seksual
- Curi RM2, dijel dua tahun
- KL Gangster 2 kutip RM3.3 juta dalam masa lima hari
Guru Ada Peluang Jadi Isteri Fahrin Ahmad Posted: 08 Oct 2013 05:58 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad membuat keputusan mencari wanita yang bekerja sebagai seorang guru untuk dijadikan calon isteri berbanding memilih mereka di kalangan selebriti. Fahrin, 34, berkata, dia membuat keputusan itu kerana merasakan lebih sesuai untuk mendampingi wanita golongan berkenaan apatah lagi ahli keluarganya yang lain turut bergelar pendidik. "Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja. "Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa dan kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal," jelasnya kepada mStar Online. Dalam perkembangan sama, kata Fahrin dia kini masih sendirian dan selesa dengan kehidupan itu selepas keinginan untuk berkahwin semakin terhakis. "Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin dan jangan tunggu usia sudah mencecah 30-an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga. "Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis," jelasnya. Bagaimanapun kata Fahrin, itu bukan bererti dia tidak mahu berkahwin sebaliknya sudah berusaha mencari calon isteri namun jodoh masih belum menyebelahinya buat masa ini. "Apa-apa pun saya tetap akan berkahwin dan usaha pun telah saya lakukan tetapi tinggal lagi jodoh masih belum sampai," katanya. Sementara itu, Fahrin memberitahu, ibu bapanya ingin mencari calon isteri untuknya namun dia menolak kerana lebih selesa menemui buah hati atas pilihan sendiri. "Keluarga ada beritahu ingin memperkenalkan saya seseorang tapi saya menolak kerana ingin pilih sendiri teman hidup dan bukannya atas kehendak orang lain. "Saya faham mereka risau dengan faktor umur saya yang semakin meningkat tetapi mereka faham cinta itu tidak boleh dipaksa," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Fahrin berkata, dia bakal berangkat ke Cardiff, Wales, United Kingdom pada 20 November depan untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Kelab Cardiff City menentang Manchaster United yang akan berlangsung pada 25 November 2013. Selain Fahrin, tiga lagi artis lelaki iaitu Fizo Omar, Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly akan turut menyertai rombongan itu. | ||
Kontroversi Kahwin Aeril Zafrel Tiada Kaitan Isu Agama Posted: 08 Oct 2013 05:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Aeril Zafrel memberitahu, kenyataannya selama ini yang menggunakan agama bukan untuk dilihat seperti 'budak baik' semata-mata untuk menyembunyikan isu perkahwinan rahsianya dengan aktres Wawa Zainal. Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, menjadi perkara normal untuk dia menyelitkan unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian dan berharap tiada pihak yang salah sangka. "Saya tidak pernah menggunakan agama atau ayat suci al-Quran untuk mempertahankan diri dalam satu-satu hal. Bagaimanapun menjadi perkara normal untuk mengaitkan hal agama dalam perbualan kita. "Kadang-kadang apabila berborak dengan kawan-kawan pun saya bercakap mengaitkan agama," tegasnya yang ditemui di set penggambaran telefilem Kecoh Kuih Semperit di Tasik Ampang Hilir di sini pada Selasa. Pada Ahad lalu sebuah akhbar menyiarkan laporan eksklusif kononnya Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 22, pada 4 Februari lalu secara senyap. Hasil perkahwinan itu, mereka dikatakan telah mendapat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang lahir pada 24 Ogos lalu. Sebelum ini Wawa dikatakan pulang ke negeri kelahirannya di Sabah untuk berubat kononnya terkena buatan orang. Ketika ditemui media pada Selasa, Aeril bersikap terbuka memberi kerjasama untuk menjawab pelbagai soalan selepas gagal dihubungi sebelum ini. Sementara itu, Aeril mendakwa kontroversi berkenaan merupakan satu strategi yang dilakukan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkannya namun dia enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan. "Perkara ini timbul kerana ia adalah satu strategi untuk menjatuhkan saya dan sekarang ini saya ada hak untuk berdiam diri. Perkara ini impaknya besar kerana ia menjatuhkan maruah saya. "Tiada istilah saya mahu lari daripada semua. Kata Imam Syafie; Berkatalah apabila kamu yakin dan jika kamu ragu-ragu maka kau berdiamlah. "Biarlah saya bersedia sepenuhnya untuk menjawab segala persoalan dengan tenang pada Jumaat ini," tuturnya. Ditanya adakah sesebuah perkahwinan itu terlalu peribadi untuk disahkan Aeril berkata, Tuhan mahu menguji imannya sama ada dia seorang yang reda ataupun pemarah. "Untuk beberapa hari ini biarlah semua orang tertanya-tanya. Sama ada orang mahu mencaci dan membenci, biarlah saya hadapinya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya," ujar Aeril. | ||
Zizan Razak Ada Cara Promosi 'KL Gangster 2' Posted: 08 Oct 2013 05:56 PM PDT PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak mempunyai cara promosi tersendiri untuk menarik orang ramai ke pawagam bagi menonton filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof. Zizan, 28, berkata, biarpun tidak berpeluang menyertai rangka promosi filem yang dijalankan sepanjang tayangan bermula pada 3 Oktober lalu, namun dia masih memberi sokongan melalui laman-laman sosial miliknya seperti Twitter, Facebook dan Instagram. "Saya akan beritahu terlebih dahulu dan minta maaf jika tidak dapat hadir promosi yang dijalankan kerana ada komitmen lain tapi saya masih mengambil berat dan sentiasa mendapatkan maklumat tentang filem tersebut. "Walaupun belum berkesempatan menonton di panggung wayang tetapi kelab peminat saya sudah menganjurkan aktiviti menonton KL Gangster 2 bersama-sama," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar Ahad lalu tentang komitmennya dan Aaron yang tidak muncul pada setiap majlis yang dianjurkan untuk promosi filem tersebut. Bagaimanapun, Zizan meminta maaf jika ada pihak atau pelakon lain yang berkecil hati dengan tindakannya itu. "Saya hanya buat apa yang termampu sahaja, kita tidak boleh puaskan hati semua pihak dan yang penting pihak produksi termasuk Datuk Yusof Haslam memahami situasi saya," katanya. Zizan yang memegang watak Fadil dalam filem tersebut turut kecewa apabila filem tersebut disabotaj dengan aktiviti cetak rompak sebelum tarikh tayangan. | ||
10 Penerbit Beli 5,000 Tiket, Sokong 'KL Gangster 2' Posted: 08 Oct 2013 05:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 10 penerbit filem bumiputera mengambil inisiatif dengan membeli sebanyak 5,000 keping tiket filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 sebagai tanda sokongan terhadap karya berkenaan yang telah dicetak rompak sebelum ia ditayangkan di pawagam. Penerbit Eksekutif Nusa Bakti, Isma Liza atau Isma AF berkata, tiket-tiket tersebut akan diedarkan di empat buah pawagam iaitu Tanjung Golden Village (TGV), Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas dan Cathay bermula Khamis ini untuk pembeli tiket bertuah di seluruh Malaysia. "Setiap penerbit telah membeli 500 keping tiket dan secara keseluruhannya kami berjaya mengumpul 5,000 tiket dan ia akan diberikan kepada penonton bertuah. "Jika mereka ingin dapatkan sekeping tiket percuma mereka perlu membeli dua tiket filem KL Gangster 2, " katanya pada sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa. Antara penerbit filem yang terlibat adalah Datuk Yusof Haslam selaku penerbit KL Gangster 2,Afdlin Shauki, Aziz M. Osman, Rosyam Nor, Othman Hafsham, Jurey Latiff Rosley, Norman Abdul Halim dan Mohd Nor Kadir. Setakat Selasa lalu, filem berkenaan telah berjaya mengutip RM3.5 juta hanya selepas lima hari ditayangkan. Dalam pada itu, Yusof berkata, sokongan yang diberikan rakan-rakan terhadapnya disifatkan sebagai penyatuan mereka untuk menentang cetak rompak yang semakin berleluasa. Malah kata Yusof, ia adalah sebagai satu suara untuk memastikan kerajaan mengambil tindakan segera terhadap isu tersebut. "Isu cetak rompak bukan sesuatu yang baharu tetapi respons daripada kerajaan agak perlahan dalam isu ini. "Ia mungkin terjadi kepada filem saya sekarang tetapi adakah perkara ini tidak akan berulang kepada penerbit lain," ujarnya. Bagaimanapun kata Yusof, beliau terharu dengan sokongan yang diberikan rakan-rakannya dan ia menandakan semua penerbit di negara ini bersatu hati. "Ia bukan sekadar sokongan tetapi kami akan lebih aktif dalam merancang pelbagai aktiviti bagi memperluaskan suara kami sebagai penerbit. "Malah kami akan sedaya upaya untuk mengesan dalang yang menyebarkan filem berkenaan secara haram," jelasnya. Sementara itu, Norman yang mewakili KRU Studios berkata, pihaknya akan membantu Skop Production dalam menjual filem berkenaan di peringkat antarabangsa selepas melihat filem itu berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran global. Malah kata Norman, pihaknya akan membawa filem berkenaan ke beberapa festival filem seperti di Berlin, Cannes dan Los Angeles. "Ini bukan pengakhiran kepada KL Gangster 2 kerana ia baru bermula dan filem ini berpotensi di peringkat antarabangsa," jelasnya. | ||
Kumpulan Tiga Tidak Tiru The Fabulous Cats Posted: 08 Oct 2013 05:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan Tiga tidak meniru ataupun menjadi klon mana-mana kumpulan muzik yang sedia ada termasuk The Fabulous Cats biarpun membawa genre muzik hampir sama. Ketua kumpulannya Arween atau nama sebenar Mohd Qhairol Ighssan, 28, berkata, kumpulan tersebut lebih menekan konsep vokal secara harmoni berbanding The Fabulous Cats. "Kami bukan klon atau mempunyai persamaan dengan kumpulan The Fabulous Cats iaitu terdapat seorang wanita dan seorang penyanyi rap. "Single pertama berjudul Pengakuan pula dicipta oleh penyanyi Alyah yang pernah menyertai kumpulan ini suatu ketika dahulu. Lagu ini dibuatnya semasa dia masih dalam kumpulan ini," katanya pada sidang media pelancaran single berkenaan. Tiga turut dianggotai Alfie (Syed Alfrizal), Maya (Maya Haryanto) dan Zack Marican. Tambah Arween, kumpulan berkenaan memperjuangkan genre muzik yang pelbagai termasuk 'world music', pop RNB dan pop rock. Bercakap tentang lagu Pengakuan katanya, karya itu mampu menambat hati pendengar dan mesra radio. "Kami dapat rasakan lagu ini bakal menjadi perhatian kerana berentak rancak dan sesuai dengan genre kumpulan kami," katanya. Bagaimanapun, dia menolak langkah kumpulan itu melakukan kerjasama dengan Alyah adalah untuk menumpang popularitinya. Sementara itu, Alyah berkata, Pengakuan diciptanya sekitar tahun 2005 yang mendapat pengaruh muzik kumpulan The Fabulous Cats. "Saya buat lagu tersebut ketika saya masih lagi ahli kumpulan ini dan saya akui sedikit sebanyak ada pengaruh muzik The Fabulous Cats. "Namun disebabkan ramai ahli kumpulan ini yang boleh mengubah lagu, maka lagu saya disimpan sahaja dan tidak sangka sekarang baru ada yang meminta untuk menyanyikannya," kata Alyah. | ||
Posted: 08 Oct 2013 05:43 PM PDT
SEPERTIMANA janjinya usai meraih kemenangan dalam Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Faizal Hussein kini sedang melunaskan kata-katanya. Terbaharu, bapa kepada dua cahaya mata itu bakal tampil sekali lagi di pawagam bersama buah tangan terbaharu di bawah Metrowealth berjudul Longkai. Isi padu kata-kata Faizal seolah- olah mahu menyatakan pilihannya untuk membintangi filem Longkai bukan silap percaturan. "Longkai banyak bermain perasaan. Walaupun nampak watak saya sebagai Bada itu kasar, ganas dan banyak aksi tetapi pada masa sama turut beremosi. Kerana itulah saya menyahut tawaran ini," kata Faizal yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Longkai di Cineleisure e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Menambah usulnya, Faizal memberitahu, setelah lebih 40 tahun bergelumang dalam dunia seni, baru kali ini dia digandingkan bersama Erra Fazira sebagai tunjang utama filem. "Daripada filem Bunohan, saya mula mengkaji apa lagi yang peminat mahukan daripada Faizal Hussein. Ini kerana dalam filem itu mereka sebenarnya mahu melihat saya beraksi lebih kerap. "Kerana itu dalam Longkai, saya memainkan peranan hero yang ganas, kurang bercakap, penuh adegan aksi dan perlu bercinta. Siapa yang tidak mahu digandingkan dengan Erra Fazira? Setelah sekian lama akhirnya kami disatukan sebagai pasangan. "Erra seorang pelakon yang profesional. Apabila sampai di set penggambaran dia sudah pun siap solekan, hafal semua dialognya dan untuk membina hubungan pun tiada masalah. "Jujur saya cakap, Erra seorang pelakon yang matang," ujarnya yang turut bergandingan dengan pelakon baharu, Niezam Zaidi dalam Longkai. Watak wanita Selain itu, kata Faizal, Longkai dibikin khas untuk melihatnya beraksi di layar perak, namun pada masa sama cuba mencari prospek untuk mengimbangi hero lama dan baharu. "Cara ini saya lihat satu langkah sihat untuk menarik golongan muda kerana tidak semata-mata bercerita tentang diri saya. "Bekerja dengan pelakon baharu pula tiada masalah bagi saya. Sepan- jang penggambaran saya akan memaksa Niezam Zaidi untuk duduk bersama saya sepanjang masa untuk membina hubungan sebagai adik- beradik," tambah Faizal. Ditanya kepuasan Faizal beraksi di layar perak atau layar kaca sepanjang tempoh kariernya, apa lagi yang Faizal mahukan selepas ini? "Saya teringin untuk melakonkan watak wanita! Pernah dahulu saya ditawarkan untuk berlakon watak sebegitu tapi sekadar watak tambahan dan lelaki lembut sahaja. "Maka, saya ketepikan dulu. Saya simpan niat ini untuk menantikan tawaran sebagai watak utama dan Alhamdulillah saya sudah ditawarkan peluang ini untuk sebuah super telefilem yang akan memulakan penggambaran pada bulan April tahun 2014. "Menerusi naskhah itu saya akan berlakon sebagai seorang penari hadrah yang popular di negeri Perlis. "Pada sebelah malam saya akan menjadi wanita dan siang hari akan menjadi lelaki lembut," katanya yang mencabar dirinya untuk melakonkan watak-watak sukar selepas kejayaan filem Bunohan. Ditanya kenapa memilih untuk melakonkan watak wanita, jawab Faizal berseloroh: "Saya rasa saya kurus dan mesti akan jadi perempuan lawa kalau disolek." Go with flow Perjalanan karier anak bongsu pasangan pelakon legenda Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail itu tidak pernah direncanakan langkah demi langkah. Kata Faizal, kejayaan atau pemilihan watak kini dan selepas ini mengikut aturan Allah dan prinsip azali sebagai seorang manusia yang mahukan sesuatu yang berbeza dalam hidup. "Saya ikut aliran dan tidak berusaha untuk mencapai apa-apa tapi hanya berpandu pada ketentuan yang sudah Allah tetapkan dan Alhamdulillah ia berlaku sebaik mungkin. "Dari segi watak untuk berjaya, saya tidak pernah menetapkan untuk menjadi sebegitu atau sebegini," getusnya.
Bagaimanapun, kata suami kepada pelakon Suhaila Sulaiman itu, usai kemenangannya pada FFM25, rezekinya dalam dunia seni kian bercambah. "Saya bersyukur atas kemenangan itu yang telah mengubah banyak susun atur hidup saya dalam dunia seni. Tawaran yang datang lebih banyak dan berlakon watak-watak yang sudah lama saya idamkan, masanya sudah tiba," tambah Faizal. Atas dasar itu juga, Faizal enggan dirinya dimanipulasi atas ketamakan untuk cemerlang dalam semua bidang. "Saya mencuba untuk elakkan menjadi yang terbaik dalam semua bidang dan cukuplah sekadar menjadi pelakon yang berjaya dan hanya berlakon, bukannya mengarah atau menerbit. "Saya takut apabila saya terjun ke bidang lain, ia tidak mampu bertahan lama. Saya tidak mahu tamak dalam semua bidang kerana saya mengejar peningkatan. "Apa guna jadi produser kalau berlakon pun masih terhuyung-hayang? Saya tidak malu untuk mengaku usia saya kini sudah 46 tahun dan saya mahu buktikan pada peringkat ini saya mampu menjadi seorang hero," simpul kata Faizal kemas. | ||
Tunggu Jumaat ini! - Ariel Zafrel Posted: 08 Oct 2013 05:42 PM PDT KONTROVERSI mengenai dua pelakon muda, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang didakwa telah berkahwin secara rahsia dan mempunyai cahaya mata merupakan cerita panas yang kini sedang meniti di bibir masyarakat. Mengikut kronologinya, Aeril, 26, mahupun Wawa, 22, telah menafi- kan kepada Kosmo! spekulasi bahawa mereka sudah berkahwin, menerusi artikel yang disiarkan pada 24 September lepas. Isu menjadi semakin panas apabil muncul sebuah artikel yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan pada Ahad lepas. Artikel itu melaporkan bahawa Aeril dan Wawa dipercayai sudah bernikah pada 4 Februari lalu sebelum dikurniakan anak sulung pada 24 Ogos lalu. Ekoran itu, Aeril mahupun Wawa mengambil langkah berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan. Namun semalam, Aeril telah diserbu oleh pihak media di lokasi drama Cinta Mat Semperit di Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur bagi mendapatkan pengesahan tentang isu tersebut. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Aeril serta peguamnya, Zulhasmi Zakaria dan pengurusnya, Shahriman Wahab. Kosmo!: Minggu lalu kecoh di internet yang mengatakan Aeril sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Ada pihak yang mendakwa mempunyai bukti bahawa Aeril dan Wawa sebenarnya memang benar-benar berkahwin. Boleh komen? AERIL: Saya rasa buat masa sekarang ini, saya tidak dapat memberi sebarang komen tentang diri saya kerana hari ini kehadiran saya adalah untuk membuat promosi terhadap telefilem lakonan saya ini, Cinta Mat Semperit. Agak kurang enak bagi saya jika saya bercerita lebih tentang hal peribadi berbanding mempromosi telefilem. Bagaimanapun, saya akan membuat satu sidang akhbar pada hari Jumaat ini. Di mana lokasi dan masa akan saya umumkan kelak. Saya akan luahkan semua dan Wawa Zainal juga turut berada di sana. Ini kerana saya tidak mahu beri kenyataan banyak kali, jadi di sidang akhbar tersebut, saya akan jawab persoalan kalian semua. Adakah Aeril telah bersedia menghadapi risiko untuk tampilkan bukti di hadapan pihak media? Insya-Allah, saya rasa setakat ini saya sudah bersedia dengan jawapan kepada semua persoalan yang akan diajukan kelak. Ketika kontroversi tersebut muncul dalam artikel di sebuah akhbar pada hari Ahad lepas, kenapa Aeril tidak membalas panggilan telefon mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar? Adakah anda sengaja melarikan diri? Mengapa saya perlu lari. Istilah melarikan diri tidak pernah wujud dalam diri saya kerana saya sedia maklum status saya sebagai selebriti. Walau bagaimana saya sembunyi sekalipun kelak akan menjadi tanda tanya semua orang. Ada sebab mengapa saya mendiamkan diri. Apabila berdiam diri, ramai yang mempunyai persepsi terhadap diri anda, adakah perkara tersebut benar mahupun tidak? ZULHASMI: Bagi kes ini, Aeril sudah serahkan kepada saya untuk mengkaji kes ini secara keseluruhannya. Saya risau apa yang dicakap kelak akan menjadi prejudis terhadap kes ini. Kenapa Aeril mengambil tindakan mahkamah, tidakkah ia terlalu rumit kelak? AERIL: Itu semua akan terjawab pada Jumaat nanti.
Dalam Twitter anda telah mengatakan, senjata telah digunakan untuk menjatuhkan Ariel. Apakah maksudnya? Jika kepada sesiapa yang ikuti Twitter saya, ayat-ayat saya biasanya memerlukan seseorang itu berfikir. Saya tidak gunakan ayat yang semua orang faham dan ia punya makna tersirat. Ariel tidak ingin memberi kenyataan kepada media, namun status Twitter anda seolah- olah memberi kenyataan dari situ. Boleh komen? Bagi saya, biarlah ia menjadi tanda tanya kerana tidak guna saya selalu sangat meluahkan isi hati saya. Biarlah ada sesi khas untuk saya jawab semua persoalan yang ingin diberi kepada saya. Adakah tindakan undang-undang telah diambil atau masih dalam proses? ZULHASMI: Belum lagi kerana saya sedang mengkaji kes ini. Jika kerana ingin promosi telefilem, apakah keperluan untuk membawa peguam bersama Aeril? AERIL: Saya telah tahu daripada pihak produksi mengatakan ada media yang hadir dan selain itu juga, peguam saya ingin berbincang tentang kes ini. Selepas kes itu, peguam saya memang selalu bersama. Adakah ia sebagai langkah berhati-hati? Ya. Tindakan undang-undang itu untuk siapa dan kenapa? Itu belum boleh didedahkan lagi. Adakah Ariel rasa ada pihak yang ingin menjatuhkan anda? Jatuh bangun manusia semua di tangan Allah dan begitu juga diri saya. Jadi, saya harap kalian semua menghormati promosi saya mengenai telefilem ini. Adakah Aeril sedar semua perkara ini berpunca daripada diri anda kerana tidak berterus terang tentang perkara ini? Oleh kerana itulah saya ingin lakukan sidang akhbar (pada Jumaat ini). Bagi saya, sebarang cerita buruk tentang diri saya, itu antara dia dan Tuhan. Jika saya ingin tutup mulut semua orang untuk tidak bercakap tentang saya, itu memang perkara yang mustahil. Terpulang kepada sesiapa yang ingin bercakap tentang saya kerana kelak kebenaran pasti terjawab. Adakah pada sidang akhbar tersebut kelak, segala persoalan akan dijawab. Atau mungkin pihak media masih akan mendapat jawapan yang tidak pasti? Memang ia hari untuk diri saya dan Wawa menjawab persoalan kalian semua. Aeril seperti menggunakan agama untuk melarikan diri daripada disabitkan dengan perkara yang terjadi? Saya tidak pernah menggunakan istilah agama untuk mempertahankan diri saya daripada perkara ini. Itu memang cara saya bercakap. Begitu juga jika saya bersembang dengan rakan-rakan . Apabila dituduh tentang sesuatu perkara yang kita lakukan, maka secara semula jadi kita akan menafikan mahupun mengiyakan perkara tersebut. Namun, antara salah satu jawapan tersebut tidak pernah terpacul dari mulut anda. Boleh komen? Saya akan jawab persoalan tersebut pada Jumaat kelak. Saya sendiri masih dalam keadaan terkejut kerana tidak pernah dikerumuni pihak media seramai ini. Berdiam diri tidak bermakna ia benar atau salah. Saya rasa biarlah saya tenang dan justeru dapat menjawab segala persoalan yang diberi. Saya juga punya hak untuk berdiam diri. Kelak hari Jumaat, biarlah Wawa juga terangkan tentang dirinya. ZULHASMI: Kami akan bentangkan kesemuanya pada Jumaat kelak. Adakah Aeril berjumpa Wawa dan berbincang dengannya tentang kontroversi ini? AERIL: Dia ada menelefon saya dan beritahu saya ketika cerita ini keluar. Mengapa Aeril tidak berterus terang dan ceritakan kesemuanya awal-awal. Mengapa perlu menunggu Wawa jika perkara ini tidak benar. Mengapa perlu tunggu lama? Sidang akhbar tersebut akan direkod untuk kegunaan mahkamah. Oleh kerana itu sidang akhbar diadakan di tempat khas kelak. Apa yang datang dari mulut seseorang itu, akan dijadikan bahan bukti. SHAHRIMAN: Kami cabar kepada pihak berkenaan, sesiapa yang punya bukti dokumen atau sebagainya pada hari tersebut, sila bawa. Bukan mencabar Aeril tidak bersalah. Ada pihak yang menyusun strategi untuk menjatuhkan mereka. | ||
Hujan nafi bermasalah, bersiap sedia ke DFP Posted: 08 Oct 2013 05:41 PM PDT BAND Hujan tidak pernah kering daripada kontroversi. Terbaharu dalam ruangan pojok sebuah akhbar mingguan, band popular itu dikatakan sedang dilanda masalah dalaman. Benar atau tidak, hanya anggota kumpulan itu yang terdiri daripada Noh (vokal), Dimas (keyboard), AG Coco (gitar), Izzat Uzaini (bass) dan Ambobzeela (dram) mampu menjawabnya. Noh yang kini menubuhkan band baharu yang diberi nama Da Vagabons menafikan Hujan sedang dilanda ribut. Meskipun masing-masing mempunyai projek sampingan, kembara Hujan masih berjalan seperti biasa. "Saya tidak tahu nak beri komen apa sebab kami memang tidak ada masalah seperti yang dikatakan. Kalau saya ada masalah, kenapa kami masih ada persembahan pentas bersama," kata Noh ketika dihubungi. Tegasnya, sebagai pemuzik bukan satu perkara baharu untuk setiap anggota kumpulan melibatkan diri dengan projek berasingan daripada band yang asal. "Bukan saya seorang sahaja yang ada projek sampingan, semua orang pun ada. Cuma apabila kami berkumpul sebagai Hujan, kreativiti yang dikeluarkan secara berlima. "Kami berlima mempunyai ciri yang tersendiri sebab itu bila dengar muzik Hujan kadangkala seperti lagu balada dan ada kalanya rock," jelasnya. Tambahnya, sesuatu yang mengarut apabila cerita band Hujan bermasalah disebarkan, walhal mereka merupakan band rock pertama yang akan menggegarkan Dewan Filharmonik Petronas pada 2 Disember depan. "Kalau kami bermasalah, kami tidak akan mengadakan persembahan yang bagi saya cukup besar di sebuah tempat yang amat berprestij. "Tidak lama lagi kami akan mula mengadakan latihan untuk konsert. Apa yang saya boleh katakan, konsert ini merupakan acara terbesar untuk Hujan tahun ini. Harap peminat semua akan turun padang memberi sokongan," katanya. Seorang lagi anggota Hujan, AG Coco juga menafikan kumpulan mereka sedang dilanda masalah. Bagaimanapun, dia tidak menafikan anggota Hujan kini sudah jarang bertemu kerana terikat dengan komitmen masing-masing. "Kami tidak ada masalah, masih bersama apabila ada persembahan. Cuma sekarang, Dimas pulang ke Indonesia untuk menguruskan syarikatnya di sana. "Noh sibuk dengan band baharunya, jadi kami beri ruang kepadanya berekspresi diri bersama Da Vagabons. Saya pula sibuk dengan penerbitan album beberapa orang penyanyi. Sebab itu, kami jarang berjumpa tetapi itu bukan bermakna kami ada masalah, cuma terlalu sibuk," akuinya. Beritahu AG, dalam bulan ini, Hujan akan memulakan produksi untuk album terbaharu mereka yang berkonsep akustik jazz atas permintaan peminat. "Bulan ini akan mula sibuk dengan album baharu, kemudian kami akan mula dengan latihan konsert di Dewan Filharmonik Petronas yang akan diadakan pada Disember depan. "Kesibukan kerja kami membuatkan kami tidak ada ruang bertemu tetapi Hujan masih dan akan terus bersatu sebagai sebuah band," terang AG. | ||
Kes rompak staf AirAsia ditangguh Posted: 08 Oct 2013 05:38 PM PDT AMPANG - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes seorang pemandu bas sekolah dan rakannya yang dituduh merompak eksekutif syarikat penerbangan AirAsia yang maut akibat dilanggar secara tidak sengaja oleh orang awam. Hakim Manira Mohd. Nor menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd. Zawawi memohon satu tarikh lain bagi mendapatkan laporan analisis rakaman televisyen litar tertutup. Noor Fadzlin juga memaklumkan, semua dokumen berkaitan kes termasuk gambar kecederaan mangsa, keterangan tertuduh serta gambar rajah tempat kejadian telah diserahkan kepada pihak pembelaan. | ||
Lelaki hadapi lima tuduhan jenayah seksual Posted: 08 Oct 2013 05:37 PM PDT IPOH - Seorang bekas mekanik didakwa di tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini semalam atas lima pertuduhan melakukan jenayah seksual membabitkan empat mangsa pada bulan lepas. Malek Ridzuan Isroll, 27, dari Batu Gajah, yang berdepan dua pertuduhan cuba merogol, satu pertuduhan cuba meliwat serta masing-masing satu pertuduhan merogol dan meliwat, mengaku tidak bersalah. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa cuba merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di tepi jalan tanah adat Mendaling di belakang Kelab Golf Clearwater Sanctuary, Batu Gajah dekat sini pada pukul 9.50 malam 11 September lepas. Hakim Noor Hayati Mat membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes itu. | ||
Posted: 08 Oct 2013 05:24 PM PDT KOTA BHARU – Gara-gara mencuri wang RM2 daripada tabung masjid, seorang penganggur terpaksa meringkuk di penjara selama dua tahun dan denda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Hadi Hamzah (gambar), 36, selepas tertuduh mengaku mencuri wang tabung dengan menggunakan lidi. Sekiranya gagal membayar denda, hukuman penjara Mohd. Hadi akan ditambah enam bulan lagi. | ||
KL Gangster 2 kutip RM3.3 juta dalam masa lima hari Posted: 08 Oct 2013 05:23 PM PDT KUALA LUMPUR - Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof meraih kutipan melebihi RM3.3 juta selepas lima hari ditayangkan di pawagam. Penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam berkata, beliau bersyukur kerana ia membuktikan penonton masih memberi sokongan kepada filem-filem terbitan syarikatnya, Skop Productions Sdn. Bhd. "Saya yakin ini akan membakar semangat saya dan Syamsul untuk menghasilkan filem pada masa akan datang," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |