LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
- Pemain Harimau Muda A yang akan dilepaskan tahun 2014
- Johor DT bakal rombak pasukan
- ‘Tak mahu Stadium Shah Alam’
Pemain Harimau Muda A yang akan dilepaskan tahun 2014 Posted: 07 Oct 2013 10:37 PM PDT Sumber: Facebook Malaysian Football Team |
Posted: 07 Oct 2013 10:34 PM PDT Sumber: Harian Metro Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) dikhabarkan akan membuat rombakan besar-besaran dalam usaha memburu kejuaraan Liga Malaysia (Liga M) sama ada menjulang Piala Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia pada musim depan selaras dengan impian Tunku Ismail Sultan Ibrahim merevolusikan bola sepak Johor. Justeru perubahan drastik itu menjanjikan skuad Harimau Selatan berwajah baru dan difahamkan sembilan pemain skuad itu akan dikekalkan manakala beberapa pemain lagi akan diserapkan dalam skuad Johor yang beraksi di Liga Perdana yang turut akan dirombak untuk memburu kejuaraan liga berkenaan. Difahamkan pemain yang akan dikekalkan adalah penjaga gol, Muhammad Al-Hafiz Hamzah, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Akram Mahinan, Mohd Hadin Azman, Mohd Nazri Ahmad, kapten Aidil Zafuan Abd Radzak dan Safiq Rahim manakala Ahmad Tharmimi Saiban, Tuah Iskandar, Irfan Abd Ghani dan beberapa pemain lain kemungkinan menyertai Johor di Liga Perdana. Pemain pertahanan Muslim Ahmad yang sering memanaskan bangku simpanan tampak diketepikan berikutan prestasi tidak memberangsangkan sepanjang kempen Piala Malaysia dan saingan Liga Super. Turut tersenarai untuk dinaikkan pangkat menyertai skuad Harimau Selatan adalah Mohd Izuan Jarudin manakala khidmat See Kok Luen masih kekal bersama Johor musim depan yang turut mendapat khidmat pemain pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan. Apa pun kedudukan Safee Sali masih samar sama ada akan beraksi bersama Johor di Liga Perdana atau kembali menyertai kelab asalnya, Arema FC pada saingan Liga Super Indonesia selepas Johor DT yang mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan itu secara pinjaman bakal berakhir, November ini. Namun skuad Harimau Selatan yang akan dibimbing ketua jurulatih Cesar Ferrando Giminez akan diperkuatkan dengan kehadiran empat tonggak Selangor, Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Mohd Asaruddin Putra Omar dan penjaga gol kelahiran Johor, Norazlan Razali. Skuad Harimau Selatan sudah melengkapkan kuota tiga pemain import selepas mengikat bekas pemain Argentina, Pablo Aimar, bekas pemain bawah 21 tahun Sepanyol, Braulio Rodriguez dan pemain tengan LionsXII, Hariss Harun. |
Posted: 07 Oct 2013 10:30 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: "Kelebihan akan memihak kepada Kelantan". Itu reaksi salah seorang pemain senior Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak setuju perubahan stadium yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam berbanding Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang menjadi gelanggang tuan rumah Gladiators sepanjang musim ini. "Bagi pemain, bermain di Shah Alam seolah-olah beraksi di stadium berkecuali yang secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada lawan. Pasti ramai penyokong mereka akan hadir memenuhi stadium. "Seperti Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV yang menjadi gelanggang keramat mereka, kami juga menganggap Stadium MPS seperti itu. Kami hanya tewas beberapa kali musim ini. Kenapa stadium perlu ditukarkan semata-mata untuk memenuhi permintaan penyokong lawan," katanya. Presiden Persatuan Bolasepak ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebelum ini mengarahkan perbincangan diadakan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai pertukaran stadium selepas menyingkirkan LionsXII di suku akhir kerana dijadual berdepan lawan yang mempunyai penyokong yang ramai. Stadium MPS dilihat terlalu kecil untuk berlangsungnya pertemuan separuh akhir berkenaan apabila sekadar mempunyai kapasiti 16,000 berbanding Stadium Shah Alam yang mencecah 80,000 penonton. "Saya turut tidak merasakan aspek keselamatan menjadi masalah jika bermain di Selayang kerana ia boleh ditingkatkan bagi memastikan perlawanan berjalan dengan lancar. Untuk aksi separuh akhir ini seolah-olah kami bermain di stadium berkecuali (Stadium Shah Alam) dan di tempat lawan (Stadium Sultan Muhammad IV). Tiada sebarang kelebihan di laman sendiri," kata pemain berpengalaman itu. ATM melangkah bergaya ke separuh akhir apabila menewaskan LionsXII 4-1 di Stadium MPS hasil sokongan padu kira-kira 13,000 penyokong Gladiators walaupun tewas 0-1 pada suku akhir pertama di Stadium Jalan Besar. ATM dijadual bertemu Kelantan untuk separuh akhir pertama pada 18 Oktober ini. |
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |