Selasa, 25 November 2014

Penjawat Awam Terima Bonus 18 Disember


SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan  anak-anak.

"Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam.

"Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, pemberian bonus tersebut dibuat bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang mengurus dan membantu menyelaras pelbagai sektor pentadbiran dan pembangunan di negeri tersebut. -SH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines