Khamis, 14 November 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Barisan Kedah hampir lengkap

Posted: 12 Nov 2013 05:40 PM PST

Sumber: Harian Metro

Alor Setar: Senarai penuh barisan pemain tempatan yang akan membarisi skuad Kenari untuk saingan Liga Perdana musim depan dijangka diumum selepas Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), esok.

Setiausaha Kehormat KFA Aminuddin Omar berkata, setakat ini senarai pemain tempatan sudah hampir lengkap termasuk dua tonggak utama musim lalu Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar.



Katanya, setakat ini beberapa bekas pemain yang pernah beraksi untuk Kedah seperti Helmi Eliza Elias, Fauzi Saari dan Shafizan Hashim turut dirisik untuk kembali menyarung jersi skuad hijau kuning pada musim depan.

"Semua senarai nama pemain tempatan yang kita tawarkan bermain di Kedah sudah lengkap dan hampir semua sudah bersetuju dan menandatangani kontrak dengan KFA, cuma tinggal seorang, dua sahaja lagi yang masih belum memberi kata putus.

"Bagaimanapun, keputusan itu akan diperoleh dalam tempoh terdekat dan dijangka diumum selepas Mesyuarat Eksekutif KFA yang turut dihadiri oleh Presiden Datuk Mukhriz Mahathir," katanya semalam.

Mengenai pemilihan pemain import, Aminuddin berkata, buat masa ini ia belum diputuskan KFA namun perbincangan mengenainya sudah berada pada peringkat akhir dan hanya akan diketahui dalam tempoh terdekat.

"Kita harap senarai pemain yang bakal membarisi pasukan Hijau Kuning mampu beraksi dengan cemerlang sekali gus menjadi pasukan digeruni lawan seperti era 1990-an lalu," katanya yang mengesahkan bekas penyerang Selangor, David Mitchell sebagai jurulatih musim depan.

Belum putus

Posted: 12 Nov 2013 05:38 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) belum membuat keputusan berhubung kedudukan pemain yang akan menyarung jersi skuad Tok Gajah bagi menghadapi Liga M musim depan.

Setiausaha PBNP Fuzeimi Ibrahim berkata, setakat ini, segala urusan berkaitan pemain masih dalam perbincangan termasuk sama ada menyenaraikan seorang lagi pemain import.



Menurutnya, desas-desus penyerang import Kelantan musim ini, Dickson Nwakaeme akan mewakili skuad Pahang juga di luar pengetahuannya.

"Apa yang saya tahu, kita masih belum membuat keputusan senarai pemain termasuk tenaga import musim depan.

"Setakat ini, tiada perancangan memandangkan Pahang masih meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia selepas menamatkan kemarau 21 tahun," katanya.

Marzuki nafi sarung jersi PDRM

Posted: 12 Nov 2013 05:37 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Kapten T-Team Marzuki Yusof menafikan desas-desus akan menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) musim depan.

Pemain pertahanan itu terkejut dengan berita perpindahan sedangkan dia tidak pernah menerima tawaran daripada pasukan Liga Perdana itu.



"Saya kekal bersama T-Team dan tidak tahu menahu isu perpindahan ini. "Kontrak saya bersama T-Team hingga 2014 dan fokus utama terhadap pasukan ini musim depan selepas melalui musim mengecewakan musim ini," katanya.

Dia yang mula menyarung jersi Terengganu sejak 2001 dan membantu pasukan itu merangkul Piala Malaysia pada tahun itu juga bertekad mahu mengulangi kejayaan bersama The Titans musim depan.

Bekas tonggak kebangsaan itu berharap T-Team lebih berjaya di bawah bimbingan jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Ikat pemain berminat sahaja

Posted: 12 Nov 2013 05:35 PM PST

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) terpaksa melupakan niat mendapatkan khidmat penyerang Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad pada saingan Liga M musim depan selepas pemain itu secara rasmi memohon dilepaskan.

Walaupun pada awalnya pemain kelahiran Terengganu itu sudah bersetuju menyertai Johor DT mengharungi kempen Liga Super musim depan, atas sebab peribadi dan keluarga, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) secara profesional mengambil keputusan melepaskannya biarpun pemain itu sudah menandatangani persetujuan. 



"Polisi PBNJ adalah fokus kepada pemain yang benar-benar mahu berbakti kepada skuad Harimau Selatan. 

"PBNJ tidak akan sekat kemahuan pemain itu dan mengucap selama maju jaya kepadanya dengan pasukan pilihan," kata kenyataan media PBNJ, semalam.


Sementara itu, PBNJ juga membidas kenyataan pengurus Safee Sali, Zakaria Ab Rahim bahawa penyerang itu wajar berhijrah ke kelab luar negara andai sayangkan karier sebagai pemain bola sepak profesional.


"Semasa PBNJ ingin mendapatkan khidmat Safee pada saingan Liga Super musim ini, Zakaria meminta bayaran daripada PBNJ namun permintaan beliau ditolak sebaliknya PBNJ berurusan terus dengan penyerang kebangsaan itu," katanya. 

Berhubung kelantangan Khairy Jamaluddin yang membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu. 

"Beliau layak menyuarakan pendapat dan pandangan selaku menteri yang diberi mandat mentadbir hala tuju sukan negara termasuk bola sepak. 

"Teguran beliau dengan niat baik demi kemajuan bola sepak negara," kata Tunku Ismail menerusi kenyataan media itu.

Fokus kutip tiga mata

Posted: 12 Nov 2013 05:34 PM PST

Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Tiada laluan mudah buat jentera serangan Bahrain walaupun lawan turun dengan misi mengutip tiga mata dan dilihat mempunyai pelbagai kelebihan.
Itu jaminan pertahanan Harimau Malaya, Mohd Razman Roslan menjelang aksi getir skuad negara kendalian Datuk K Rajagobal yang turun dalam kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D menentang Bahrain di Stadium Nasional Manama, Jumaat ini.
Skuad negara kini berada di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul empat mata di belakang Qatar (enam) dan Bahrain (tujuh) dengan Yaman tanpa sebarang mata. Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan dan satu pasukan ketiga terbaik layak ke pusingan akhir di Australia pada 2015.


Razman yang segar menikmati kejayaan menjulang Piala Malaysia bersama Pahang baru-baru ini berkata, tiada tekanan buat skuad negara turun beraksi walaupun ia dilihat aksi penentu nasib skuad negara yang mahu menepati sasaran layak ke pusingan akhir.

"Kami kini fokus untuk mencatatkan keputusan yang baik di Bahrain kerana selepas ini bakal bertemu Qatar di tempat sendiri.

"Setakat ini latihan berjalan lancar dengan tumpuan banyak diberikan kepada perancangan taktikal.

"Kami perlu memantapkan bahagian pertahanan dan pada masa sama cuba menjaringkan gol," kata pertahanan tengah berusia 29 itu yang bakal bersaing sengit dengan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Amiridzwan Taj Tajudin untuk berada dalam kesebelasan utama. 

Tambahnya, barisan pertahanan perlu lebih waspada kali ini dan aspek komunikasi perlu dipertingkatkan supaya lebih bersedia dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh mengundang padah.

"Kelebihan pastinya memihak mereka kali ini kerana bermain di tempat sendiri. Malah mereka juga mempunyai kelebihan fizikal dan teknik namun ia bukanlah penghalang kerana kita turut mempunyai kepantasan yang boleh dijadikan senjata untuk mengejutkan mereka," katanya.

Skuad negara yang mengikat lawan yang sama 1-1 pada pusingan pertama di Stadium Shah Alam pada 15 Oktober lalu perlu mengelak daripada tewas andai mahu membuka peluang sekurang-kurangnya layak sebagai pasukan ketiga terbaik daripada lima kumpulan yang bersaing.

Anak buah Rajagobal bagaimanapun kecundang 0-3 dalam aksi persahabatan menentang Kuwait beberapa hari lalu dengan Bahrain mendapat suntikan positif apabila menewaskan Lubnan 1-0.

Eldstal poised to make Games debut

Posted: 12 Nov 2013 12:40 AM PST

Sumber: NST

JUNIOR Eldstal could make his Sea Games debut in Myanmar next month if the midfielder regains his fitness from a back injury before the biennial Games.

National youth coach Ong Kim Swee will evaluate Eldstal's condition in a friendly match on Nov 26 or Nov 27 before finalising his 20-member Sea Games squad.
Eldtsal suffered a back injury in an M-League match and had surgery eight days ago in Europe.


But the youngster, who has extended his contract with Sarawak for next season, is expected back in training soon.

A member of Malaysia's Merdeka Tournament-winning team, Eldstal joined Sarawak in April.

Kim Swee hopes Eldstal will be fit for the Sea Games.

"Eldstal is a key member and we need his services. As we have lost several regulars, his return will give us a boost ahead of the Sea Games," said Kim Swee yesterday.

"Eldstal is a tireless midfielder with good qualities and is never afraid of taking on defenders and scoring goals. I hope others will not suffer injuries before the tournament."

Three regulars -- Wan Zack Haikal Wan Noor, Gary Steven Robbart and Fandi Othman -- have been ruled out by injuries. The trio have senior caps and are key members of Kim Swee's team. They could be joined by striker Syahrul Azwari, who is down with a knee injury.

The Under-23 team are in Jordan for two friendly matches with the hosts' Under-22 team.

Kim Swee also touched on the Sea Games scheduling where Malaysia will have to play their Group A matches (against Laos, Brunei, Singapore and Vietnam) at 4pm.

"I do not know why we have to play all our matches at 4pm but I am confident we can adapt to it. It is not too hot in Myanmar," he said.

On his team's performance in the recent Mekong BIDC Cup, Kim Swee said his players are progressing well.

"We did not have several regulars for the tournament. The fringe players gave a decent performance but of course need to work on weaknesses," Kim Swee added.

The team, without eight players from the Merdeka Tournament-winning team, were ousted by Myanmar's Under-22 side in the semi-finals in Phnom Penh.

Taj staying with Forces

Posted: 12 Nov 2013 12:39 AM PST

Sumber: NST

THAT'S A PROMISE: Coach confirms defender will sign contract on return from national duty in Bahrain

ARMED Forces coach B. Sathianathan quashed rumours that his prized defender Amiridzwan Taj Tajudin would follow Shukor Adan in leaving the Super League outfit next season.

   Taj, 27, had been linked with his home state Kelantan but Sathianathan said he obtained a commitment from the centre-back that he would remain with Forces for 2014.


   Following the decision of former national team captain Shukor and goalkeeper Farizal Harun to move to Premier League side Felda United, losing Taj would have left Forces short-handed in defence.

   But Taj is expected to sign on the dotted line when he returns from national team duty in Bahrain next week while Forces also look to bring in an Asian defender when three South Koreans and a Japanese arrive for trials later this month.

   "Taj said before he left with the national team that he would sign after he returns from Bahrain," said Sathianathan yesterday. "He told me that he has not spoken to any other team and that he wants to continue to improve with Forces.
  
 "For now I don't want to bother him while he is with the national team. I am not like some other coaches who will go to FAM (FA of Malaysia) and talk to players."

   With Taj set to stay, Sathianathan will turn his attention to filling the void left by Shukor and Farizal.

   It has also been reported that skipper Hairuddin Omar is on the verge of joining Felda though Sathianathan said no other player will be leaving Forces.
  
 "I have three or four Asian defenders on my radar. Three South Koreans and a Japanese player will be arriving on Nov 24 for a trial. I will have a look at them and then decide.

   "As for the goalkeeper, we have two lined up but I cannot name them yet until their existing contracts with their respective teams expire at the end of the month.

   "Truthfully, there are only two really good goalkeepers in this country but neither Khairul Fahmi Che Mat or Farizal Marlias is available so I have to make do with whoever I can find.

   "Aside from Shukor and Farizal, everyone else will be staying and we will begin pre-season training on Nov 21."

   The Asian defender which Forces eventually sign will join striker Marlon Alex James of St Vincent and the Grenadines and Argentine midfielder Bruno Martelotto as the side's three foreign signings after the duo extended their contracts by a year for a third consecutive season with the team.

  FORMER national team striker Akmal Rizal Ahmad Rakhli signed a one-year deal with newly promoted Super League side Sarawak yesterday after being released by home state Kedah.

   "Just signed a contact for a season with Sarawak," Akmal posted on Twitter. "I am happy to join a team on the rise. I am confident Sarawak can be one of the main challengers in the 2014 Super League."

   Sarawak becomes 31-year-old Akmal's eighth club in a storied career after becoming a peripheral figure at Kedah, where he scored three goals in the Premier League and one in the FA Cup last season.

   "Thanks to everyone on Twitter for your support," added Akmal, who plans to link up with the Sarawak team on Nov 27. "To Sarawak fans, I hope you receive me with open arms. God willing, I will contribute with all my ability and experience."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines