Isnin, 4 November 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Percintaan Nad Zainal & Azman Kombos Masih Terjalin

Posted: 02 Nov 2013 08:39 PM PDT


Nad menafikan hubungan cintanya dengan Azman putus ditengah jalan.
SHAH ALAM: Pelakon Nad Zainal menafikan dia dan kekasihnya, aktor Azman Kombos telah putus cinta seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini.
Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal, 23, berkata, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa dan memberitahu tidak pernah timbul sebarang masalah dalam percintaan mereka.
"Sejujurnya saya tidak pasti bagaimana cerita berkenaan boleh timbul kerana hubungan kami masih berjalan seperti biasa dan bukannya seperti dilaporkan.
"Malah saya sendiri tidak mengetahui berita berkenaan dikeluarkan sehingga ada kenalan yang memberitahu saya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Debaran Anugerah Skrin 2013 yang diadakan di Plaza Alam Sentral di sini, malam Jumaat lalu.
Pada acara yang mengumumkan lima pencalonan terbaik bagi 30 kategori dipertandingakan, Nad tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Mawar Pitih Tanda Perpisahan arahan Bade Azmi.
Azman Kombos.
Dalam perkembangan berkaitan, Nad berkata, cerita berkenaan timbul mungkin disebabkan dia tidak lagi memuat naik gambar bersama kekasihnya di laman Instagram seperti sebelum ini.
Jelas Nad, selepas ditimpa beberapa kontroversi sebelum ini, dia memilih untuk bersikap 'low profile' tentang hubungan cinta mereka kerana bimbang akan menimbulkan salah faham peminat.
"Kami berdua lebih selesa untuk tidak mendedahkan kisah percintaan melebihi daripada kerjaya masing-masing tambahan pula kami sedang membina tapak dalam industri.
"Jika terlalu mendedahkan tentang kisah-kisah peribadi bimbang ia akan menimbulkan masalah lain kemudian hari," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tunggakan pembayaran baki akhir teater Maduku Kalut yang gagal dilunaskan pihak produksi sebelum ini, Nad menjelaskan masalah itu telah pun selesai.
Kata Nad, pihak penerbit iaitu Mohd Amer Shafiq Khalip telah menjelaskan baki pembayaran kepadanya yang tertunggak sehingga menimbulkan kontroversi.
"Sudah tiada masalah kerana saya telah menyelesaikan tanggungjawab untuk teater berkenaan dan pihak penerbit sudah membuat pembayaran kepada saya," ujarnya.
Sementara itu, Nad memberitahu dia sangat merendah diri apabila tercalon dengan nama-nama besar dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK 2013 seperti Datin Umie Aida, Nora Danish, Sharifah Amani dan Sherie Merlis.
Kata Nad, dia berbangga tercalon dalam kategori itu dan sudah menganggap ia sebagai satu kemenangan buatnya sebagai pelakon.
"Soal menang atau kalah bukan isu kerana saya sudah cukup gembira apabila nama tersenarai dengan semua pelakon-pelakon hebat dalam kategori sama," katanya.

Lisdawati Lega Tiada Diskriminasi Terhadap Pelakon Bertudung

Posted: 02 Nov 2013 08:38 PM PDT


Lisdawati bersyukur apabila rezekinya dalam bidang lakonan semakin murah.
PETALING JAYA: Dramatis Lisdawati berasa lega apabila pihak produksi tempatan tidak meletakkan sebarang diskriminasi terhadap pelakon bertudung sepertinya untuk berlakon dalam drama terbitan mereka.
Lisdawati berkata, sejak mula berhijab dia tidak pernah bimbang kerjaya lakonannya akan malap dan yakin perubahan itu akan membuka lagi pintu rezekinya.
"Sejak saya berhijab enam bulan lalu tawaran berlakon yang diterima masih banyak dan pihak produksi sedia bertolak-ansur tentang imej terbaharu saya dan akan mengubah suai watak diberikan bersesuaian dengan diri saya.
"Malah saya tidak lihat ada apa-apa diskriminasi terhadap pelakon bertudung dan ini adalah perkara yang sangat positif," katanya kepada mStar Online.
Tambah Lisdawati, walaupun sebelum ini ada salah faham mengatakan dia sedia membuka tudung untuk memenuhi sesuatu peranan tetapi dia menegaskan tidak akan sesekali membiarkan rambutnya dilihat oleh orang lain.
"Tiada istilah untuk buka tudung berlakon kerana jika sudah pakai tidak akan buka balik. Rambut saya tidak akan dilihat oleh sesiapa dalam mana-mana drama.
"Jika ada yang menonton drama saya tidak bertudung itu bererti ia adalah projek sebelum saya berhijab dan rasanya masih ada beberapa drama lakonan saya yang masih belum ditayangkan," ujarnya.
Bagaimanapun kata Lisdawati, dia sedar watak untuknya terhad dan dia tidak boleh lagi bersikap memilih terhadap watak yang diberikan kepadanya.
"Jika ia bersesuaian saya akan ambil kerana peranan untuk wanita bertudung agak terhad namun Alhamdulillah rezeki masih ada," jelasnya.

Cheryl Samad timang anak pertama

Posted: 02 Nov 2013 08:38 PM PDT

  • Cheryl Samad timang anak pertamaCheryl telah berkongsi foto comel anak sulungnya itu yang diberi nama, Stella. - Foto Ihsan Instagram Cheryl

PENGACARA dan pelakon, Cheryl Samad dan suami yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 18 Oktober lalu.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Cheryl telah berkongsi foto comel anak sulungnya itu yang diberi nama, Stella.

Cheryl dan suami, Ng Ping Ho telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan 2011.

Apa dosa bayi ini?

Posted: 02 Nov 2013 08:31 PM PDT

  • Apa dosa bayi ini?

SENAI –  Seorang bayi perempuan masih bernyawa ditemui tanpa seurat benang dalam beg di perhentian bas Taman Nesa, Skudai dekat sini, dipercayai ditinggalkan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, bayi dipercayai berusia 13 hari itu ditemui bertali pusat oleh orang awam di perhentian bas berkenaan pada 18 Oktober lalu.

"Bayi itu ditemui kira-kira jam 5.30 pagi dalam beg berwarna hitam yang diletakkan di perhentian bas Taman Nesa.

"Orang awam yang menemui bayi berkenaan telah membuat laporan polis dan bayi dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, bayi berkenaan dinamakan sebagai Zara Safiya kini diletakkan di dalam perlindungan JKM mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan usaha mengesan ahli keluarga dan waris bayi berkenaan telah dijalankan namun gagal.

"Kami berharap keluarga atau mana-mana pihak yang tahu mengenai bayi ini menghubungi kami demi kebajikan dan masa depannya," katanya.

Dalam pada itu katanya, seorang bayi lelaki dipercayai berusia 13 hari turut ditemui penduduk selepas ditinggalkan di dalam sebuah kotak di Jalan Panglin 1, Taman Perling dekat sini, pada tarikh sama.

"Bayi lelaki itu ditemui pada jam 10.30 malam oleh orang awam yang mendengar tangisan bayi berkenaan yang ditinggalkan di dalam kotak.

"Bayi berkenaan dinamakan sebagai Aidil Adha telah dirujuk kepada HSA dan kini berada di bawah perlindungan JKM," katanya.

Manayi berkata, beliau berharap keluarga atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua bayi berkenaan menghubungi JKM di talian 07-2232606.

Ulat tiket cekik darah

Posted: 02 Nov 2013 08:28 PM PDT

  • Ulat tiket cekik darahUlat tiket mencari pelanggan di sekitar pekarangan stadium.

KOTA BHARU - Langkah yang diambil Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk membasmi kegiatan ulat tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, antara Kelantan dan Pahang pada hari jualan tiket Rabu lalu, dengan membawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak memberi kesan.

Malah masih ada ulat tiket yang berani beroperasi di sekitar Stadium Sultan Muhammad IV di sini, dengan menjual tiket berharga tiga kali ganda iaitu RM120 berbanding harga sebenar RM40.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan itu mendapati sekurang-kurangnya enam ulat tiket duduk secara berkumpulan di pekarangan stadium untuk mencari pelanggan.

Malah, ulat tiket ini tanpa segan silu menayangkan beberapa keping tiket bagi memudahkan pelanggan untuk mengenal pasti mereka yang menjalankan aktiviti tersebut.

Seorang penyokong tegar The Red Warriors (TRW), Rozaimi Ishak, 24, dari Wakaf Baharu, Tumpat, kesal  dengan tindakan ulat tiket tersebut yang mengaut keuntungan cara mudah tanpa memikirkan kesusahan orang lain yang terpaksa beratur panjang ketika kaunter dibuka Rabu lalu.

"Saya geram dengan ulat tiket yang menjual tiket perlawanan akhir, dengan harga terlalu mahal sedangkan orang lain terpaksa bersusah-payah beratur untuk membeli tiket tersebut.

"Saya sendiri tak dapat tiket walaupun beratur lebih lima jam Rabu lalu dan lebih mengecewakan apabila penjualan tiket secara haram ini masih berleluasa walaupun pelbagai cara telah diambil Kafa untuk mengekangnya," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Kafa, Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi semalam berkata, penjualan 10,000 tiket pada Rabu lalu adalah telus kerana ia dipantau rapi oleh SPRM.

"Mungkin ulat tiket tersebut datang secara berkelompok dan turut beratur bersama penyokong yang lain kerana tiket hanya dijual maksimum empat keping bagi setiap pelanggan.

"Kafa telah mengadakan perbincangan dengan polis Kelantan berhubung masalah ini dan difahamkan, tiada sebarang akta atau undang-undang yang boleh mencegah penjualan tiket oleh ulat tiket ini," katanya.

Misteri tapak kaki gergasi

Posted: 02 Nov 2013 08:24 PM PDT

  • Misteri tapak kaki gergasiPerbezaan saiz antara kesan tapak kaki yang ditemui dengan kaki manusia.

MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian.

Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu.

Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil.

"Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar," katanya kepada Sinar Harian.

Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia normal. 

"Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar, dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil," katanya.

Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya.

Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut.

Penemuan bukan kali pertama

Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17 tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997 di Bukit Jejulung.

"Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat 'makhluk gergasi' yang dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api (elektrik) itu melintas jalan," katanya.

Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan dengan misteri kewujudan 'big foot'  iaitu makhluk yang dikatakan mempunyai bulu di seluruh badannya.

"Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki 'big foot' terus menjadi misteri," katanya.

Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan 'big foot' juga dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani.

Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa.

"Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat," katanya.

Rezeki melimpah musim tengkujuh

Posted: 02 Nov 2013 08:22 PM PDT

  • Rezeki melimpah musim tengkujuhJagung segar yang dijual Linda di tepi jalan Kampung Pasir Puteh laris setiap kali tiba musim tengkujuh.

PENGKALAN BERANGAN - Musim tengkujuh membawa gambaran suasana muram dan hujan mencurah namun bagi sesetengah orang, ia membawa bersama keceriaan dan rezeki melimpah.

Peniaga jagung di Pasir Putih dekat sini, Azizah Sulong, 63, berkata, perniagaan jagung segar dan rebus di kawasan itu telah bermula sejak awal 90an dan jagung dijual dibahagikan kepada dua jenis iaitu jagung susu dan jagung manis madu.

Bagaimanapun, katanya, rata-rata peniaga tepi jalan di situ menjual jagung manis madu kerana bekalannya lebih mudah didapati berbanding jagung susu dan ia dijual dengan harga RM5 bagi tiga biji atau RM10 selonggok.

"Alhamdulillah, sejak makcik memulakan perniagaan ini beberapa tahun lalu pendapatan diperoleh agak lumayan dan kadang kala mencecah sehingga RM200 sehari termasuk pada musim tengkujuh kerana ia adalah waktu cuti persekolahan," katanya.

Seorang lagi peniaga jagung yang hanya mahu di kenal sebagai Linda berkata, selain jagung, kacang rebus, air nira dan madu lebah asli juga dijual sebagai produk sampingan bagi memberi pilihan kepada para pelanggan.

Sementara itu seorang pengunjung, Nasir Muhamad, 38, berkata, kepelbagaian barang jualan peniaga jagung di situ menyebabkan pengguna jalan raya yang melalui jalan itu untuk balik ke kampung halaman tidak akan melepaskan peluang untuk singgah.

Dari Sinar Mata & Karma Abah Menarik Sempena Awal Muharam

Posted: 02 Nov 2013 08:20 PM PDT


Dari Sinar Mata.
PETALING JAYA: Dua buah telefilem menarik bakal menemui penonton bersempena Awal Muharam atau Maal Hijrah iaitu Dari Sinar Mata dan Karma Abah yang akan disiarkan di TV3.
Dari Sinar Mata bakal bersiaran pada 6 November pada pukul 9 malam dan Cerekarama khas Karma Abah pada 9 November pada pukul 10 malam yang diwarnai oleh barisan pelakon handalan seperti Faizal Hussein, Eja, Cha Cha Maembong, Aedy Ashraff, Sweet Farhana, Fathil Dani, Siti Saleha, Shah Jazle, Jasmine Hamid dan Kismah Johar.
Selain menggamit emosi kedua-dua drama tersebut sarat dengan pengajaran bersesuaian dengan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.
Karma Abah.
Atas permintaan ramai juga TV3 akan menyiarkan kembali lapan telemovie istemewa bermula 4 sehingga 7 November iaitu Wulan Puteri Bulan, Senario Misteri Malam Raya, Kalut, Qarina, OMG Raya, Malaikat Di Pintu, Saya Terhebat dan Aku Bukan Malaikat.
Berikut adalah senarai program-program istimewa bersempena Maal Hijrah di TV3:
Isnin (4 November 2013)
Wulan Puteri Bulan - 9.30 pagi
Cerita dongeng Indonesia ini mengisahkan Datuk Buluh telah menemui rebung buluh yang bersinar di dalam sebuah hutan lalu membelahnya dan lahirlah seorang bayi perempuan dan diberi nama Wulan.
Semenjak memelihara Wulan, rezekinya bertambah baik kerana selalu terjumpa emas dan menjadikannya kaya dan dalam masa tiga bulan Wulan telah membesar dan menjadi seorang gadis yang cantik.
Pelakon: Yofana, Ahmad Nugraha, Sri Hartini dan Thomas Joseft.
Senario Misteri Malam Raya - 5.00 petang
Wahid, Lan dan Azli bersama isteri masing-masing dijemput ke sebuah banglo mewah untuk berbuka puasa sehari sebelum Hari Raya tanpa mengetahui siapakah tuan banglo tersebut.
Tuan banglo tersebut sering menimbulkan masalah kepada mereka bertiga. Keadaan menjadi tegang apabila Wahid, Lan dan Azli mendapati tuan punya banglo ditemui mati setelah elektrik terpadam. Siapakah pembunuh sebenar? Berjayakah Wahid, Lan dan Azli membuktikan diri sendiri tidak bersalah atas kejadian ini? Pelakon: Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, , Joey, Siti Chubby, Raja Ilya, Shakila Khoriri, Tocai, Gegau.
Selasa (5 November 2013)
Kalut – 9.30 pagi
Anak-anak Sufian dan Niza sedar bahawa setiap tahun mereka beraya di kampung, Mak Lang Qarina akan menunjuk-nunjuk kemewahannya.
Dengan itu, mereka mencari jalan untuk membantu ibu bapa mereka untuk berjimat demi persiapan Hari Raya. Salah seorang pelanggan Sufian, Fifi menawarkan peluang untuk menggayakan koleksi baju kepada mereka.
Pelakon: Zul Yahya, Nadia Mustafa, Fiza Halim, Khatijah Tan, Fazli Daniel Ali, Maisara Syazreen.
Qarina - 3.00 petang
Qarina, anak perempuan Azimal dan Rozita yang berusia 11 tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, Daniel dan Elfira.
Ibu bapanya terlalu materialistik dan gemar menunjuk-nunjuk apa yang dimiliki mereka supaya orang ramai mengetahui mereka kaya. Satu hari, Qarina bertemu dengan Ustaz Adib, seorang yang pakar dalam seni khat Bahasa Arab.
Pelakon: Ashraf Muslim, Adik Farah Nadia, Emelda Rosmila, Faizal Hussain, Erynne Erynna, Airil Fesol.
OMG Hero Kampung – 5.00 Petang
Drama komedi muzikal ini merupakan kesinambungan empat orang anak muda yang berbakat dalam muzik di Kampung London. Satu hari, Kampung London dilanda kes kecurian harta misteri.
Hampir setiap hari kasut, basikal, motorsikal dan segala barang yang diletakkan di luar rumah hilang tanpa dapat dikesan sehingga menjadi pergaduhan dan tuduh-menuduh sesama penduduk kampung.
Pencuri tersebut juga menggunakan taktik hantu untuk menakutkan penduduk kampung supaya tidak keluar rumah. Kumpulan OMG cuba menyelesaikan masalah kecurian setelah studio mereka sendiri turut dirompak oleh pencuri tersebut dan Bo kehilangan gitar kesayangannya.
Pelakon: Black, Amir Jahari, Anas Ridzuan, One Sofazr, El Faeza Ul-Haq, Shakila Khoriri, Arash Mohd.
Rabu (6 November 2013)
Malaikat Di Pintu – 9.30 Pagi
Ridwan sebelum ini dibesarkan di rumah anak yatim. Namun kini ibu saudaranya, Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin, namun Zai dan Mus tidak dikurniakan anak.
Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan namun dia mengikut sahaja permintaan isterinya kerana tidak mahu bertelagah.
Pelakon: Awie, Yana Samsudin, Fazli Daniel, Fakhrusy Syakirin, Puteri Balqish, Aziz Singah.
Dari Sinar Mata – 9.00 malam
Syamil dan Syara merupakan pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga. Syamil pula anak tunggal kepada Mak Som dan semenjak berkhawin Mak Som lalu tinggal dengan mereka.
Mak Som selalu mendesak supaya mereka mendapat cucu dengan segera. Bosan dengan leteran Mak Som, Syara dan ibunya berpakat menipu dengan mengatakan Syara mengandung.
Pelakon: Siti Saleha, Shah Jazle, Jasmine Hamid, Kismah Johar, Mak Engku.
Khamis (7 November 2013)
Aku Bukan Malaikat - 10.00 malam
Sejak kecil lagi kehidupan Mardiah penuh dengan derita. Dia terpaksa mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarganya. Malah dia sering dipaksa oleh bapanya untuk membeli dadah.
Mardiah nekad untuk mengubah kehidupannya dengan berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur pula, Mardiah berkenalan dengan seorang lelaki berkulit hitam, Duke.
Pelakon: Datin Umie Aida, Beto Kusyairy, Amar Baharin, Elfira Loy, Sharifah Amani, Fadzilah Mansor.
Sabtu (9 November 2013)
Karma Abah - 10.00 Malam
Zaleha merupakan isteri yang rajin mencari duit untuk membantu keluarga dan berdikari.
Suaminya, Nasir merupakan tukang kebun di sekolah merupakan seorang yang pemalas dan tidak mahu berkerja keras. Nasir berkenalan dengan Liza yang berkerja di kantin sekolah.
Nasir menawarkan Liza untuk menyewa di rumah milik isterinya di sebelah rumah mereka. Nafsu menguasai segalanya apabila Nasir tergamak melakukan perkara sumbang dengan Liza.
Pelakon: Faizal Hussein, Eja, Cha Cha Maembong, Aedy Ashraff, Sweet Farhana, Fathil Dani.

Highland Tower buat anda 'meremang'...

Posted: 02 Nov 2013 08:18 PM PDT

  • Highland Tower

KISAH runtuhan Highland Tower barangkali adalah kisah baharu bagi golongan muda yang lahir sekitar awal 1990-an.
Namun, bagi mereka yang pernah mengikuti perkembangan kes runtuhan yang berlaku pada 11 Disember 1993 sehingga mengorbankan 43 nyawa, pasti tahu banyak kisah yang terdengar selepas kejadian yang meninggalkan sejarah buat negara itu.
Kini, lokasi runtuhan sering dijadikan subjek buat pemburu entiti paranormal, begitu juga dengan penggiat seni yang mahu mencari kelainan dalam fi lem terbitan mereka.
Oleh kerana itu barangkali ada penonton yang sudah boleh mengagak tahap keseraman yang akan dialami sebaik menonton filem itu.
Namun, berbeza dengan karya terbaru dari Pierre Andre ini, filem yang menggunakan judul sama dengan nama kondominium itu memberi satu momentum baharu buat penggemar filem seram kerana ia bukanlah filem hantu tipikal yang biasa kita lihat dalam filem seram.
Apatah lagi filem ini melalui penggambaran dalam konsep found footage (sebahagian rakaman filem yang dijumpai atau dalam bentuk rakaman video) membuatkan jalan cerita terasa lebih real meskipun melalui proses suntingan seperti filem biasa.
Meskipun masih menerapkan unsur jeritan dan larian, namun segala tindak tanduk itu kena dengan situasi dan lebih penting ke semua peranan iaitu Mikael Andre, Nizam Zaidi, Eddy Rauf, Shima Anuar, Atikah Suhaimi dan Adibah Yunus; yang membawa nama sama dalam
filem ini tidak nampak terlalu 'terbuat-buat'.
Secara ringkasnya filem ini mengisahkan Mika (Mikael) dan Nizam mempunyai idea untuk membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram, di mana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan yang bernama Highland Tower.
Dengan bantuan pihak produksi daripada MiG, Mika dan Nizam berjaya mendapat dana daripada pihak produksi tersebut kerana mereka berminat dengan idea yang dibentangkan oleh mereka dan turut menambah krew bagi membantu melancarkan penggambaran iaitu Shima Anuar, Atikah, Adibah, Eddy dan Kamal.
Namun, sebaik penggambaran bermula pada waktu tengah malam, pelbagai peristiwa pelik mula berlaku sehingga Atikah dan Shima di rasuk!
Kekuatan sinematografi 

Bagi penulis perkara utama yang menjadi titik penting dalam sesebuah filem seram adalah kisah dan lokasinya.
Tanpa melibatkan makhluk dengan rupa yang menakutkan, filem yang berbentuk seakan dokumentari ini telah memberikan satu perasaan aneh pada penonton hanya dengan melihat sinematografi atau lokasi Highland Tower itu sendiri.
Dengan suasana sunyi, bangunan usang dan semak samun, ia sudah cukup memberi satu debaran yang tersendiri buat penonton.
Apatah lagi, Pierre bijak memancing perhatian penonton dengan meletakkan sedikit babak seram pada permulaan jalan cerita sebelum membawa penonton 'menjelajahi' Highland Tower.
Lakonan mantap!
Meskipun mempertaruhkan muka-muka baru dalam filem ini, bagi penulis lakonan mereka tidak wajar dipandang enteng terutamanya Eddy, Mikael dan Nizam.
Malahan kali ini, Eddy dan Mikael dilihat lebih berjaya mengemudi watak masing-masing dan Eddy kerap menimbulkan rasa lucu kerana sikapnya yang begitu takut sehingga beberapa kali mengajak rakannya untuk pulang.
Justeru, bagi pembaca yang masih belum menonton Highland Tower, penulis sarankan untuk menonton filem ini kerana ia lain dari lain dan anda akan saksikan sendiri keseramannya.

247 'pak guard' di Perak hilang kerja

Posted: 02 Nov 2013 08:17 PM PDT

  • 247 'pak guard' di Perak hilang kerjaSebahagian pengawal keselamatan berkumpul untuk menyatakan rasa terkilan dan sedih selepas notis pembekuan kerja dikeluarkan semalam.

IPOH – Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Seramai 247 pengawal keselamatan di negeri ini hilang punca pendapatan selepas menerima notis 'tidak bekerja' berikutan penggantungan lesen terhadap majikan mereka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa, semalam.
Syarikat keselamatan yang berpejabat di sini dan mempunyai beberapa cawangan di negeri ini terpaksa menghentikan tugas semua kakitangannya yang sebelum ini berkhidmat di 75 bank seluruh negeri.
Pihak pengurusannya, ketika ditemui mengakui, tiada pilihan lain, selain terpaksa 'membekukan' semua tugas pengawal keselamatan bagi mengelak tindakan lebih berat dikenakan.
Menurutnya, sepertimana reaksi pekerja, syarikat juga agak terkejut dengan notis yang diterima kerana bakal menjejaskan sumber pendapatan kakitangannya yang rata-rata sudah berkhidmat antara satu hingga lima tahun.
"Berdasarkan notis berkenaan, mereka sudah tidak dibenarkan bekerja bermula hari ini (semalam), walaupun ia situasi mengejutkan, namun arahan dikeluarkan kementerian, kita terpaksa akur," katanya, yang tidak mahu dikenali.
Beliau berkata, daripada 247 pengawal keselamatan kendalian syarikatnya, sebahagian besar berkhidmat di bank, sementara sebilangan kecil di premis perniagaan dan kewangan lain seperti syarikat insurans.
Katanya, rata-rata mereka menerima purata gaji antara RM900 dan RM1,100 tidak termasuk elaun kerja lebih masa.
Ismail Sulaiman, 49, berkata, dia sama sekali tidak menyangka, impak insiden pembunuhan, pada 22 Oktober lalu yang dilakukan seorang pengawal keselamatan akan menjejaskan kehidupan pengawal- pengawal lain.
Dia menjadi pengawal sejak empat tahun lalu dan menganggap keputusan pergantungan yang dikenakan agak drastik hingga tidak memberi ruang kepadanya mencari sumber pendapatan lain.
"Entahlah, sebaik tahu perkara ni, fikiran saya kosong. Tak tahu apa nak buat selepas ini. Dalam keadaan ekonomi sekarang, bukan senang nakcari kerja. "Tambah pula harga barang naik, sekurang-kurangnya kerajaan berilah kami masa, takkanlah kerana seorang pengawal, nasib pengawal lain dipertaruhkan," katanya.
Ismail berkata, meskipun bekerja dalam skop yang sama, namun mereka juga mengutuk sebarang jenayah yang dilakukan pengawal keselamatan.
Katanya, sebagai pengawal, setiap hari mereka mempertaruhkan diri lebih dari nyawa sendiri.
"Kami cuma minta sedikit ruang dan keprihatinan, lagipun bukan tidak ada insiden pengawal mati ketika bertugas sebelum ini," katanya.
Seorang lagi pengawal di syarikat itu, E Aquila, 50, buntu apabila memikirkan tanggungan keluarga yang perlu digalas sebaik sumber pendapatannya hilang.
Sepanjang dua tahun berkhidmat, wanita ini mengakui, selesa bekerja sebagai pengawal di sebuah bank di Jalan Yang Kalsom dan pendapatan yang diterima cukup untuk perbelanjaan tiga anaknya yang masih bersekolah.
"Saya sudah puas menangis tadi sebaik diberitahu perkara ini. Jika tiada perubahan (keputusan pergantungan lesen), terpaksa saya fikir alternatif kerja lain," katanya.
Mohd Yunus Budin, 49, yang baru bekerja dengan syarikat itu sebagai pengawal selama sebulan pula terpaksa menempuhi alam pengangguran sekali lagi.
Katanya, keadaan itu sedikit sebanyak menggugat ekonomi keluarga, tambahan pula dia ada tiga anak yang masih bersekolah.
"Siapa yang tak sedih. Saya baru dapat kerja setelah menganggur beberapa bulan.
Sekarang terpaksa berehat lagi. Tak tahulah apa nak buat selepas ni," katanya.

81,000 penjawat awam terima surat opsyen bulan ini

Posted: 02 Nov 2013 08:14 PM PDT

  • bajet 2014

PUTRAJAYA - Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.
  
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.
  
Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.
  
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.
  
"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.
  
Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
  
Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.
  
Sementara itu Omar berkata, skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.
  
"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya. 

Dahulu saya comot - Nazim Othman

Posted: 02 Nov 2013 08:09 PM PDT

NAZIM menyifatkan transisi fesyen dan kerja lakonnya berjalan seiring.


CUACA panas terik pada petang Selasa lalu tidak menghalang Nazim Othman untuk menyarung baju kot dan bertali leher kupu-kupu (bow tie). Penampilan yang selayaknya digayakan ketika melintasi karpet merah itu bukan penghalang untuk Nazim melayan permintaan untuk beraksi di siar kaki sebuah deretan rumah kedai di Damansara.
"Jangan risaukan, saya okey," katanya sambil membetul-betulkan sut yang terletak kemas pada tubuhnya.
Memiliki ketinggian 178 sentimeter dengan berat badan hanya 67 kilogram, sosoknya molek untuk menyarungkan apa jenis pakaian ke badan.
"Saya pakai apa yang saya rasakan selesa, kemas, sesuai dengan situasi, tidak comot dan menterjemahkan siapa saya," ujarnya ketawa memintas persoalan pengaruh imej KPop jika itu yang hendak ditala ke mukanya.
Cerita Nazim, penataan gaya dan imej kemas itu mula menjadi sebahagian daripada dirinya selepas dua tahun bergelar pelakon.
"Rasanya transisi imej dan keyakinan saya sebagai seorang pelakon bergerak seiring. Dahulu saya pakai entah apa fesyen, rasa comotnya saya bila tengok gambar-gambar lama. Begitu juga dengan lakonan. Sekarang, saya sendiri dapat rasakan perbezaan. Asalkan positif dan membawa banyak kebaikan untuk saya, saya selesa rasa lebih berkeyakinan dengan imej saya sekarang," ujarnya.
Menghampiri fasa terakhir tahun 2013, Nazim ada kesibukan dan perkembangan terbaharu yang mahu dikongsikan dengan khalayak. Selain kerja seni yang menunjukkan keizinan untuk dia terus berkarya sebagai pelakon, lelaki berzodiak Virgo berkongsi sisi bisnes, obsesi, hala tuju kehidupan peribadi dan cabang seni lain yang sedang bergulir dalam perancangannya ketika ini.
Butik pakaian sendiri
Atas kecintaan terhadap fesyen, duta jam tangan jenama terkenal itu turut menyimpan harapan untuk memiliki sebuah butik pakaian sendiri pada masa hadapan.
"Idea itu diilhamkan oleh seorang sahabat yang kenal sangat dengan sikap saya. Tahun depan usia saya 30 tahun, jadi saya kena fikirkan sesuatu. Butik pakaian itu salah satu daripada agenda besar saya. Setakat ini sudah banyak koleksi yang dikumpul dan pakaian-pakaian itu bukanlah hasil rekaan saya sebaliknya stok yang saya perolehi daripada luar negara. Ia dipilih berdasarkan cita rasa dan apa yang saya rasakan sesuai dengan kelompok pelanggan sasar," jelas Nazim yang menjadikan laman Instagram sebagai platform promosi awal kepada butik pakaiannya nanti.
Disember bulan terbang
Terlibat dengan penggambaran drama bersiri terbaharu berjudul Kalimah Jiwa, Disember nanti, drama hasil produksi Rumah Karya Citra itu bakal akan menerbangkannya ke sebuah lokasi di New Zealand untuk penggambaran di sana.
"Kiranya hujung tahun ini ada negara berbeza rasa dan cuaca yang akan saya lalui. Selepas ke New Zealand, saya juga baru memberi kata putus untuk sebuah drama lain berjudul Gerimis Salju Naminara. Penggambaran drama itu akan membawa saya ke Korea Selatan selama dua minggu ketika musim salji. Bekulah saya di sana nanti. Sebenarnya saya kurang gemar untuk bekerja dalam cuaca sejuk sebab 'kulit Melayu' saya ini sensitif," katanya yang bakal bergandingan dengan Tasha Shilla, Izara Aisyah dan Afiq Muiz dalam drama berkenaan.
Berbalik kepada drama Kalimah Jiwa, drama yang sekali lagi meletakkan Nazim sebagai hero bawah arahan Erma Fatima itu disifatkan Nazim sedikit berlainan berbanding karakter yang pernah dibawa sebelum ini.
"Dalam Kalimah Jiwa saya jadi lelaki yang agak misteri. Dia lari meninggalkan bakal isterinya pada hari perkahwinan mereka. Sepatutnya saya berkahwin dengan seorang wanita, lakonan Bella Dally tetapi watak saya lebih banyak bersama Raja Ilya," katanya.
BELLA DALLY, pelakon muda yang sudah dua tahun menyulam hubungan istimewa dengan Nazim sejak tahun 2011.


Berlakon dengan kekasih
Selepas disatukan dalam sebuah drama pada tahun 2011 yang merapatkan hubungannya dengan Bella Dally sehingga mereka bergelar kekasih.
"Pertama kali kami berlakon sama ialah pada tahun 2010, ketika itu saya dan dia tiada sebarang perasaan. Selepas drama kedua pada tahun 2011, kami mula rapat dan sekarang kami berlakon sama. Rasanya tiada masalah sebab saya jenis yang tegas, masa kerja kena kerja secara profesional. Disebabkan saya beberapa tahun lebih tua daripada Bella yang baru berusia 22 tahun, dia memang mendengar kata. Dia tak boleh main-main kalau hendak jadi pelakon yang berjaya," jelas Nazim yang sudah dua tahun menjalin hubungan istimewa bersama pelakon kelahiran program Pilih Kasih itu.
Sepanjang berkasih, cukuplah khalayak tahu hal perhubungan mereka namun untuk berkongsi lebih daripada itu, Nazim seboleh-bolehnya tidak mahu hubungan mereka menjadi fokus media.
Mahu jadi penyanyi
Sekitar tahun lepas ada cerita mengaitkan pelakon drama Kau Yang Terindah terhadap sebuah lagu Cinta yang menjadi runut bunyi drama Begitukah Cinta. Dia juga pernah mencipta sebuah lagu berjudul Langit Menangi yang menjadi runut bunyi drama Dejavu Di Kinabalu. Bercerita soal muzik, Nazim tidak pernah melupakan hasratnya untuk mencuba bakat sebagai penyanyi.
"Sekarang saya ada sebuah lagu berjudul Destinasi yang dicipta sepenuhnya oleh saya. Kali ini saya serius, biarlah orang kata saya tidak boleh menyanyi, yang penting saya mencuba. Dahulu ada seorang pelakon senior suruh saya buat kerja lain kerana lakonan saya kayu, saya teruskan juga berlakon. Begitu juga dengan nyanyian, belum cuba belum tahu. Kalau perancangan berjalan lancar, single berserta klip video lagu itu akan saya lancarkan hujung tahun atau selewat-lewatnya awal tahun depan, tunggu klip video siap dulu," katanya yang menanggung untung atau rugi pelaburan untuk mengeluarkan single itu dari poket sendiri.
Melaram gaya Kpop di Pulai Nami
Lali dengan kritikan atau apa sahaja komen negatif berhubungan imejnya yang dikatakan terikut-ikut gaya KPop, Nazim tidak menjadi soal itu sebagai faktor yang akan mematahkan keyakinan dirinya. Peluang beraksi dalam Gerimis Salju Naminara nanti, Nazim awal-awal lagi sudah diberitahu pihak produksi agar imej sebagaimana yang dilihat dalam siri drama Korea juga harus menjadi sebahagian daripada karakternya.
"Sebenarnya imej saya itu bukannya hanya cenderung kepada KPop semata-mata, gaya kemas dan bersih begitu memang trend ketika ini. Persediaan bawa karakter di Korea itu juga bukan satu masalah buat saya. Dalam koleksi saya pun sudah ada sekitar enam helai jaket musim sejuk yang belum dipakai. Memang saya gemar mengumpul pakaian, bukannya untuk melaram semata-mata tetapi itu tuntutan watak dan perwatakan yang sering saya lakonkan. Saya memang tidak mengharapkan baju tajaan untuk lakonan di set," ujarnya yang obses mengumpul koleksi kasut daripada pelbagai jenis dan warna termasuklah kasut pejabat, loafer dan but.


Debaran Anugerah Skrin 2013

Posted: 02 Nov 2013 08:08 PM PDT


BARISAN aktor terhebat ASK 2013. Faizal Hussein (kiri) dan Azhan Rani bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama manakala Adi Putra (kanan) pula tersenarai untuk anugerah Aktor Terbaik Filem.


DRAMA Mawar Putih Tanda Perpisahan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. dan filem KIL (Grand Brilliance Sdn. Bhd.) mendominasi senarai pencalonan terbaik untuk Anugerah Skrin (ASK) yang semakin hampir melabuhkan tirai penganjuran untuk tahun 2013 tidak lama lagi.
Bertanding dalam kategori drama, Mawar Putih Tanda Perpisahan mendapat lapan pencalonan terbaik termasuklah anugerah drama terbaik, pelakon lelaki, pelakon wanita, pelakon pembantu wanita, pengarah, videografi, artis harapan Pantene dan pelakon televisyen terbaik.
Selain Mawar Putih Tanda Perpisahan arahan Bade Azmi itu, empat lagi drama yang tersenarai dalam kategori Top 5 termasuklah Aku Bukan Malaikat arahan Erma Fatima, Di Bawah Langit Mu (Raja Ahmad Alauddin), Fatihah Untuk Abah (Azma Aizal Yusoof) dan Neraka Abah (Heykal Hanifah).
Filem KIL arahan pertama Nik Amir Mustapha pula bakal bersaing dalam barisan filem-filem terbaik sepanjang tayangan di pawagam dari 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013.
KIL mendapat tujuh pencalonan mengatasi lima filem yang tersenarai sebagai Top 5, antaranya SAM dengan lima pencalonan, Rock Oo (lima), Istanbul Aku Datang (tiga) dan Langgar (tiga).
Acara yang diperkenalkan sejak tahun 1994 itu memecahkan tradisi apabila membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik atau Top 5 bagi setiap 30 kategori yang dipertandingkan.
Ibarat malam praanugerah, pencalonan Top 5 lazimnya diketahui malam kemuncak anugerah itu diumumkan dalam sebuah majlis pelancaran Debaran ASK 2013 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Jumaat lalu.
Diumumkan sebulan awal sebelum malam kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 29 November nanti, ASK yang menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni serta karyawan tanah air sebagai satu kelainan selain meraikan kesemua finalis yang bertanding.
"Mereka sebenarnya sudah layak bergelar sebagai pemenang berdasarkan kualiti kerja yang dipersembahkan. Pendekatan sebegini juga mampu mencetuskan debaran dalam kalangan finalis yang bertanding sebulan sebelum acara berlangsung," kata Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Sherina Nordin sebaik acara itu dimulakan.
MAMPUKAH lakonan Sharifah Amani dalam Fatihah Untuk Abahmelayakkannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama?


Empat pelakon popular tanah air termasuklah Umie Aida, Nora Danish, Sharnaaz Ahmad dan Azhan Rani mampu tersenyum puas apabila kerja lakonan mereka sudah mendapat perhatian juri.
Mereka berjaya menempatkan diri dalam dua kategori terbaik untuk persembahan filem dan drama lakonan masing-masing.
Pasangan pengarah, Erma dan suaminya, Bade pula masih berada dalam liga pengarah terbaik menerusi Aku Bukan Malaikat dan Mawar Putih Tanda Perpisahan.
Acara ASK 2013 secara keseluruhannya mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 drama, tujuh filem, enam penerbitan dalaman dan enam teknikal yang baharu diperkenalkan.
Untuk kategori drama, 16 drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan. Sementara itu, sebanyak 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk ASK 2013 ini.
Antara drama yang layak bertanding seperti Akhirnya Kisah Perempuan, Aku Bukan Malaikat, Anak Lorong, Bedah Tong Gas Nak Raya, Di Bawah Langit Mu, Fatihah Untuk Abah, Hari Hari Terakhir Seorang Seniman, Kampong Semarah Padi, Kawan, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Neraka Abah, Perempuan Itu Ibuku, Sebelum Kiamat, Siapa Dapat Lisa, Strawberry Karipap dan Tunggu Sekejap.
Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2013 menerima pencalonan seperti Adam Dan Hawa, Cinta Kau Dan Aku, Dalam Setiap Sujud, Debunga Lalang, Geng Bas Sekolah (Musim 5), Jodoh, Karlos, Operasi D6, Setia Hujung Nyawa, Surat Dari Langit Biru, Tanah Merah, Terlanjur Cinta dan Trilogi Cinta 2.
Kategori drama komedi pula menerima pencalonan seperti Buletin Cinta, Mentua vs Mentua, Udin Glamor Balik Kampung dan Keluarga Iskandar.
Filem yang layak bertanding termasuk 29 Februari, Aku Terima Nikahnya, Istanbul Aku Datang, Juvana, KIL, Langgar, Lari, Pecah, Rock Oo, SAM dan lain-lain.
Semua pencalonan dinilai oleh panel juri profesional yang terpilih.


Syafinaz tidak takut tua

Posted: 02 Nov 2013 08:07 PM PDT


SYAFINAZ akan muncul dalam konsert Koir Kebangsaan Malaysia, Kembara Muzikal Teater dan Filem pada 23 dan 24 November ini.


GURU vokal, pensyarah muzik yang juga penyanyi bernama Syafinaz Selamat ini masih berjuang dalam memartabatkan seni dengan caranya tersendiri. Cuma wajahnya jarang jadi tatapan di kaca televisyen mahupun media cetak. Dia banyak terlibat dengan undangan tertutup dan hanya baru-baru ini muncul sebagai pengkritik bebas menerusi program AF Buzz bersempena kehadiran Akademi Fantasia 2013.
Seperti biasa, rutin mengajarnya masih diteruskan. Penyanyi bersuara soprano ini perlu membahagi masa meneruskan komitmennya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan International College Of Music (ICOM).
Dalam pada itu pada 23 dan 24 November ini, Syafinaz turut akan terbabit dalam konsert Koir Kebangsaan Malaysia, Kembara Muzikal Teater dan Filem di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) bermula jam 8.30 malam. Turut serta ialah penggiat Mak Yong, Rosnan Rahman dan dua lagi kumpulan baharu iaitu Memento dan Vox Aurora. Tiket berharga RM30 dan untuk pelajar hanya perlu membayar separuh sahaja. Persembahan ini anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN).


Trio pelapis pengacara

Posted: 02 Nov 2013 08:05 PM PDT

WAJAH-WAJAH baharu program 3R ini menjanjikan program tersebut akan menyediakan pelbagai isu menarik berkaitan wanita.


NAMA-NAMA seperti Azah Yasmin Yusof, Rafidah Abdullah, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Celina Khor terlebih dulu mencipta nama menerusi rancangan televisyen 3R (Respek, Relaks, Respon).
Selepas 13 musim ke udara, untuk edisi pada tahun 2013, 3R muncul semula bersama tiga muka baharu. Tiada jalan mudah untuk mereka, sebaliknya trio 3R versi baharu yang terdiri daripada Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee sebenarnya tiga peserta terbaik yang lulus ujian menerusi program pencarian pengacara baharu, Projek 3R baru-baru ini.
Pada minggu lalu, wanita muda itu mula bersiaran dalam episod pertama 3R yang mengenengahkan isu bertajuk Lelaki Kaki Pukul.
Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 24 yang sebelum ini pernah menjadi pengacara rancangan Hijabista di TV9 menjelaskan bahawa penglibatannya dalam 3R merupakan platform untuk mengembangkan potensi diri.
"Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga 3R dan seperti berada dalam mimpi. Tetapi jika kita bersungguh-sungguh mahu melakukannya, pasti mimpi boleh menjadi realiti. Itulah yang telah saya lakukan," katanya.
Bagi Amirah, 22, atau nama penuhnya Siti Nor Amirah Mohammad Azmi, dia menggunakan platform itu untuk memberi sumbangan kepada remaja perempuan dalam bentuk pendidikan hiburan.
"Saya berharap dapat berkongsi idea dan isu semasa berkaitan gadis seperti saya supaya mereka tahu bagaimana untuk menangani isu-isu berkenan. Semoga mereka memberi respons yang menggalakkan kepada saya," ujar graduan ijazah sarjana muda dalam perakaunan daripada Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu.
Dalam pada itu, Yvonne yang merupakan bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2012/13 pula menjanjikan perkongsian pengetahuan yang menyeronokkan buat penonton.
"Team 3R bagaikan sebuah keluarga buat saya. Berada di sini membuatkan saya melalui proses mengenali diri serta membantu perkembangan pemikiran dan cara saya melihat dunia.
"Pastinya saya mahu menarik lebih ramai penonton baharu kerana kami menjanjikan pelbagai isu berkaitan wanita yang terkini, lebih hangat dan menarik. Ia akan diolah dengan cara yang menyeronokkan," kata graduan ijazah komunikasi media tersebut.


Rezeki Aishah di lapangan terbang

Posted: 02 Nov 2013 08:04 PM PDT



SEBAGAI wajah baharu dalam lapangan seni, ujian pertama yang perlu dihadapi Siti Aishah Ilias sudah tentu berhadapan skeptikal keluarga.
Pelakon yang mesra disapa Aishah itu mendakwa karier baharunya tidak dipersetujui keluarga namun atas yakin diri dan nekad Aishah, mereka sudah memahami kehendaknya.
Cerita Aishah, dia memasuki dunia glamor secara tidak sengaja. Dia dan rakannya disapa seseorang yang pada awalnya menyangka Aishah berasal dari Indonesia. Sebaik dia membuka mulut barulah empunya syarikat Zeel Production itu mengetahui wanita cantik di depannya itu ialah orang Malaysia.
Antara ragu dan percaya dengan apa yang mahu dilakukan, Aishah melangkah menuju pejabat Haji Zeel atau nama sebenarnya Md. Fadzil Teh beberapa waktu selepas insiden di lapangan terbang. Benar kata orang tua, tuah ayam nampak di kaki dan tuah buat Aishah ialah apabila dia membenarkan kata hatinya untuk mencuba sesi uji bakat atas dorongan kakaknya.
Ragu-ragu
"Saya ke pejabat Haji Zeel dalam takut-takut. Diberikan skrip, saya cuba baca dan tidak sangka akhirnya ditawarkan watak utama dalam drama yang bertajuk Mencari Athira untuk siaran saluran RTM," ujar si tinggi lampai ini.
Apabila tawaran yang diterima membenarkan kata hatinya, dia meyakinkan diri untuk terus berada di arena ini. Lapangan hiburan yang bakal memberi dia seribu kemungkinan di hadapan dan dia sedang sedar akan hakikat itu.
"Hidup saya berubah secara automatik. Walau belum benar-benar dikenali tetapi saya sedar tidak lama lagi saya perlu berkongsi tentang kehidupan saya. Saya fikir masak-masak namun pada masa yang sama sebenarnya hidup saya tidaklah banyak privasi," senyumnya manis.

FILEM Paku akan menyaksikan aksi 'panas' antara Aishah Ilias yang membawakan watak Rania dan suaminya dalam filem tersebut lakonan Johan A'sari. Aishah bersedia untk menerima respons yang diberikan atas lakonannya di layar lebar.


Awalnya juga pelakon baru berusia 26 tahun ini mengaku bahawa melakukan kerjaya baharu ini demi wang. Tetapi selepas satu demi satu tawaran datang, dia merubah fikiran untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya selepas merasa keseronokan berhadapan kamera.
"Saya berhenti kerja sebagai setiausaha. Saya mahu jadikan lakonan sebagai kerja tetap. Berlakon itu sudah sampai tahap seronoknya buat saya. Dalam masa yang sama saya mahu lebih banyak belajar. Sambil berlakon sambil memperbaiki kelemahan dan mempelajari ilmu lakonan," ceritanya tenang.
Selepas Mencari Atirah, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu ditawarkan berlakon dalam drama Atas Nama Cinta dan Cerita Ameera. Malah dia juga berpeluang menjayakan Dejavu Di Kinabalu yang diarahkan Erma Fatima. Kini wajahnya boleh ditonton di saluran TV3 melalui siri drama kesukaan ramai, Love You Mr. Arrogant .
Jadi hantu filem
Menjala pengalaman di aliran drama, kini dia mendapat satu lagi imbuhan dalam portfolio lakonannya. Membawakan watak utama dalam sebuah layar lebih besar bergelar filem.
Aishah selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelakon utama filem terbitan Nusantara Seni Karya (NSK Production). Filem yang berjudul Paku itu sebuah buku baharu kerana dia membawakan watak puntianak, ibu dan juga isteri. Lebih berat kerana dia mengandungkan emosi hantu dan manusia dalam satu jalur.
"Solekan sangat membantu sewaktu saya menjadi puntianak. Malah saya membuat semua lagak ngeri secara sendiri. Saya masuk dalam kubur dan dikafankan. Saya berada lima minit dalam keranda untuk satu adegan.
"Adegan dalam kubur tidak terlalu menakutkan saya sebaliknya paling seram ialah apabila diletakkan seekor kambing yang baru disembelih di atas badan saya untuk satu adegan. Saya ketakutan sampai menangis," ujar pembawa watak Rania ini.
Tambahnya, dia berdebar menantikan filem itu yang dijangka mula ditayangkan pada 12 Disember ini.
"Saya tidak sabar melihat hasilnya kerana ini merupakan produk perdana saya untuk filem," ketawanya walaupun belum pernah merasakan detik cemas bersalin.
Jujurnya juga, dia mengaku pada tahap awal berada di set penggambaran Paku, dia digenangi rasa takut. Seriau kalau tidak terbawa dengan baik watak Rania yang diberikan. Namun atas pertolongan pengarah, P. Rameesh dan pelakon lelaki utama, Johan A'sari, dia menepis rasa takut itu.
SOLEKAN banyak membantu penumbuhan emosi. Itu yang dirasakan oleh pemegang watak puntianak dalam filemPaku ini.


Adegan ranjang
Sebut sahaja nama Johan yang merupakan pasangan Aishah dalam filem seram ini, dia tidak dapat menepis persoalan yang sudah panas di pentas laman sosial. Tentang kononnya mereka melakukan ranjang dalam membawakan realiti watak suami dan isteri yang penyayang. Berdua di atas katil dan menunjukkan kemesraan yang mungkin jadi buah mulut penonton filem ini kelak.
Senyum lagi, Aishah tahu soalan ini akan jadi momokan awal buat karier lakonan filem yang bermula dengan watak hantu. Dia menghela nafas sebelum menjawab tentang persoalan yang sudah ditebak akan sampai di telinganya.
"Saya tahu adegan ini akan menjadi kontroversi. Tetapi nanti kalau khalayak tengok adegan itu, ia nampak macam biasa. Lagipun saya dalam solekan hantu. Awalnya risau juga tanggapan orang tetapi saya diyakinkan oleh pengarah. Saya juga kena belajar menerima," terangnya yang semakin faham dengan metod berlakon filem apabila berada dalam set Paku.
Tambahnya, Johan tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
"Dia juga mahu jaga namanya dan meletakkan syarat dalam lakonan kami. Jadi adegan itu normal sebenarnya.
"Untuk melakonkan watak puntianak ini, selepas dapat skrip, hari-hari saya menonton filem hantu seorang diri. Saya mempelajari adegan yang seram dan fahami cerita. Paling saya gemari ialah filem Thailand iaitu Nang Nak dan Phobia," ujarnya lagi yang akan muncul juga dalam filem Pilot Kafe dan Husin UFO.
Ujian kedua bakal muncul tidak lama lagi. Berjayakah puntianak baharu ini berjaya muncul 'cantik' di hadapan khalayak kelak? Lebih penting, berjayakah puntianak baharu ini menghantui pemikiran khalayak dengan tebaran emosi dan bakat lakonannya bergentayangan ke pohon-pohon filem yang lain pula?


Saya tidak terdesak sangat - Almy Nadia

Posted: 02 Nov 2013 08:03 PM PDT

IMEJ baharu Almy Nadia yang kini berambut paras bahu.


PENGAKUAN dramatis Almy Nadia terpaksa menjual karipap untuk menyara keperluan seharian baru-baru ini mengejutkan ramai.
Di sebalik sensasi percintaan dan status perhubungannya bersama aktor popular Fizz Fairuz yang kembali berputik sedang diperkatakan, kisah karipap Almy itu seolah-oleh menunjukkan betapa pelakon yang baru berusia 27 itu sedang dalam kesusahan untuk mencari rezeki.
"Rasanya semua itu salah faham. Itu cerita lama, saya ditemu bual tentang perkara berkenaan sudah lama. Memang betul ketika itu saya tiada tawaran lakonan dan daripada membuang masa melepak di KL, lebih baik saya pulang ke kampung menolong ibu saya membuat dan menjual karipap. Saya faham tentang tanggapan ramai apabila cerita saya jual karipap itu tersebar.
"Ibu saya memang menerima tempahan karipap sejuk beku dan saya juga ada mempromosikan jualan ibu menerusi akaun Instagram saya sejak sebelum bulan puasa lagi. Jadi, memang saya tolong ibu dan saya tidak malu pun. Cuma saya rasa ada sedikit yang tidak kena kerana ketika kisah itu disiarkan, saya dilihat elok sahaja berada di lokasi penggambaran," katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Gadis Saza di ibu kota.
Tambah Almy dalam nada serba salah: "Seperti yang saya telah katakan, keadaan saya tidak seteruk seperti yang disangka. Saya tetap ada kerja dan cari duit secara halal tapi tidaklah sampai kelihatan seperti terdesak."
Untuk drama bersiri 13 episod terbaharunya itu, Almy sibuk sehingga 16 November nanti sebelum menunggu mana-mana tawaran lain yang datang.
ALMY NADIA bakal dirisik oleh Fizz Fairuz dalam tempoh terdekat.


Ditanya tentang kepayahan hidup yang dilalui gara-gara ketiadaan tawaran lakonan, Almy Nadia akui turun naik nasib yang dihadapi segelintir pelakon seperti dirinya.
"Bukan pertama kali saya tiada tawaran lakonan, sebelum ini ada pernah berbulan-bulan juga saya tidak tawaran. Perkara itu biasa buat saya tapi saya okey sahaja.
"Sekarang stesen televisyen ada klasifikasi pelakon yang mereka mahukan, pelakon wanita kini ramai yang baharu. Tapi saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya pun faham peredaran semasa. Sekarang saya cuba tukar imej dengan berambut pendek, saya korbankan rambut panjang selama ini untuk tampil lebih segar, nampak lebih muda sikit," katanya berhasrat untuk memperbesarkan perniagaan karipap sejuk beku yang diusahakan bersama ibunya ketika ini.
Kata Almy, dia bagaimanapun bersyukur atas setiap rezeki yang diterima.
"Kekangan paling utama ialah modal, bila lama tiada tawaran lakonan, duit simpanan boleh habis untuk kegunaan harian. Jadi, saya kena stabilkan kewangan dulu. Sekarang saya berniat mahu mendaftarkan dulu perniagaan itu. Bila sudah ada sijil, barulah boleh serius dengan perniagaan. Setakat ini memang kami sudah ada pelanggan tetap, cuma kalau saya sibuk dengan lakonan, pembuatan karipap itu akan terhad sebab ibu saya memang tiada pembantu lain," jelas Almy.
Tutup helaian jualan karipap, Almy kini semakin matang apabila diajak bercakap soal masa depan. Ditanya juga tentang pengakuan Fizz yang akan menghantar rombongan merisik pada minggu depan, Almy masih berpegang kepada prinsipnya.
"Saya tidak mahu bercakap panjang tentang hal itu. Syukurlah hal pun keluar daripada mulut Fizz. Dia menunjukkan keikhlasannya dan saya lega," kata Almy.


Cameron Highlands tidak boleh diselamatkan lagi

Posted: 02 Nov 2013 08:01 PM PDT

HAKISAN melampau menjadi punca air Empangan Sul tan Abu Bakar di Cameron Highlands baru-baru ini dan mengorbankan empat nyawa.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar alam sekitar menegaskan, kehijauan Cameron Highlands sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana daerah itu sudah diteroka untuk pelbagai jenis pembangunan sejak 100 tahun lalu.
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Pauzi Zakaria berkata, sejak ditemui pada tahun 1885, Cameron Highlands telah menjadi kawasan pelbagai guna secara komersial.
Beliau berkata, pembangunan secara meluas itu meliputi aktiviti komersial seperti pertanian, perhotelan dan perumahan selain pembalakan.
"Sudah lebih 100 tahun Cameron Highlands diteroka dengan rakus, maka untuk membolehkannya pulih seperti dahulu adalah sesuatu yang sangat sukar dan mustahil," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.


Gempar kepala kereta api terbakar

Posted: 02 Nov 2013 07:59 PM PDT


BEGINILAH keadaan sebuah kepala kereta api yang terbakar di Kuala Kangsar, Perak semalam.


KUALA KANGSAR - Seramai 442 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) cemas selepas kepala kenderaan itu terbakar ketika melalui sebuah jambatan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Enggor dekat sini semalam.
Ketika kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, kereta api Senandung Langkawi tersebut dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke KL Sentral di Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu.
"Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa melibatkan penumpang mahupun kakitangan KTMB. Kebakaran hanya melibatkan kepala kereta api berkenaan dan kebakaran tidak merebak ke gerabak lain.
"Penumpang dibenarkan berada di dalam gerabak masing-masing sewaktu operasi memadamkan api menggunakan 18 alat pemadam api," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Sambutan luar biasa

Posted: 02 Nov 2013 07:58 PM PDT


ABDULLAH menyampaikan ceramah pada Kursus Perubatan Islam Antara Realiti dan Misteri anjuran Superbest Power di Klana Resort, Seremban, semalam.


SEREMBAN - Kursus perubatan Islam anjuran syarikat pengeluar minuman kopi dan teh, Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. (Superbest Power) terus mendapat sambutan apabila seramai 60 peserta menyertai kursus fasa kedua yang berlangsung di Klana Resort di sini semalam.
Penasihat Syariah Superbest Power, Abdullah Mahmud berkata, kursus fasa kedua siri pertama yang diadakan itu berbeza dengan fasa sebelum ini apabila para peserta didedahkan secara lebih mendalam berhubung kaedah perubatan Islam sebenar.
"Pada fasa pertama kita hanya memberi pendedahan asas kepada para peserta berhubung kaedah perubatan, manakala pada fasa kedua para peserta yang dipilih akan mempelajari kaedah untuk menjadi seorang perawat.
"Saya berharap melalui penganjuran kursus ini lebih ramai perawat yang menggunakan kaedah al-Quran dan Sunnah dapat dilahirkan di negara ini," katanya.


Kosen akhirnya temui cinta

Posted: 02 Nov 2013 07:55 PM PDT



SEMASA melawat London pada tahun 2009, lelaki paling tinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 2.46 meter (m) ini berkata, dia sedang mencari-cari cinta.
Sultan Kosen yang berasal dari Turki digambarkan sebagai telah 'melenyapkan' Tower Bridge ketika dia bergambar di tebing Sungai Thames dalam lawatan pertamanya ke luar negara itu.
Kosen, 30, berkata: "Sungguh sukar untuk mencari teman wanita. Mereka selalunya takut dengan saya. Harap-harap setelah menjadi terkenal, saya berpeluang bertemu dengan ramai wanita. Impian saya ialah ingin berkahwin."
Kosen diiktiraf sebagai lelaki paling tinggi di dunia oleh Guinness World Records (GWR) empat tahun lalu.
Dalam tempoh dua tahun selepas itu, kehidupan Kosen benar-benar berubah. Dia diberikan kemudahan pembedahan percuma seumur hidup bagi menghentikan tumbesarannya.
Pakaian dan kasutnya juga dijahit khas, malah dia berpeluang melancong mengelilingi dunia.
Dia mengambil alih gelaran itu daripada lelaki tertinggi di China, Bao Xishun yang mempunyai ketinggian hanya 2.36m.
Kosen turut memiliki tangan dan kaki terpanjang masing-masing, berukuran 27.5 sentimeter (sm) dan 36.5sm. Tangan gergasinya itu membuatkan mereka yang bersalaman dengannya berasa kerdil.
KOSEN dan Dibo cuma bertemu selama dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin Sabtu lalu.


Pada hari Sabtu lalu, impian Kosen termakbul. Dia mengahwini Merve Dibo, 20, gadis Syria yang hampir satu meter lebih rendah daripadanya. Dibo memiliki ketinggian manusia normal iaitu 1.8m.
Kosen bertemu Dibo menerusi perkenalan kawan atas kawan. Malah, Dibo sanggup datang dari rumahnya di Hasaki, Syria untuk bertemu Kosen di kampung lelaki itu di Dede Koy, Turki.
Mereka hanya keluar bertemu janji dua bulan lalu tetapi berkata, masing-masing segera memutuskan untuk hidup bersama.
Kosen memberitahu: "Saya lihat jauh ke dalam matanya dan saya tahu ia pandangan cinta."
Dibo pula berkata: "Pada mulanya semua orang menasihati saya supaya jangan berkahwin dengan Kosen kerana ketinggiannya.
"Sungguh, saya jatuh cinta kerana hatinya, bukan sebab fizikalnya. Saya tidak kisah langsung dengan ketinggiannya."
Pasangan beragama Islam ini merancang untuk memperoleh dua orang anak.
Sukar
Kosen merupakan seorang daripada kira-kira 10 individu di dunia yang mencapai ketinggian 2.4m selepas dia mengalami penyakit yang jarang dialami yang dipanggil pituitari gigantism. Kosen disenaraikan GWR sebagai lelaki paling tinggi di dunia pada tahun 2011.
Namun, ketinggian Kosen terhenti selepas dia mendapat rawatan di sebuah hospital di Pusat Perubatan Universiti Virginia, Amerika Syarikat pada Mei 2010.
KOSEN bergambar dengan He Pingping dari China yang memiliki ketinggian 73sm.


Dia tidak mampu untuk menghabiskan persekolahannya disebabkan ketinggian luar biasanya itu, namun sekali-sekala Kosen bekerja sebagai tukang kebun untuk menyara keluarga.
Seluruh keluarga, termasuk ibu dan ayahnya, semua bersaiz normal, namun tumbesarannya mula meningkat ketika berumur 10 tahun akibat tumor yang mengeluarkan hormon ketinggian berlebihan daripada kelenjar pituitarinya.
Dia menggambarkan, salah satu kelebihan memiliki ketinggian ialah dapat membantu ibunya melakukan kerja seperti menukar mentol lampu dan menggantung langsir.
Dari segi kelemahannya pula, dia sukar mencari pakaian atau kasut yang sesuai serta saiznya itu menyebabkan dia amat sukar untuk dimuatkan ke dalam sebuah kereta bersaiz biasa.
Menjadi lelaki gergasi tidak semestinya mudah. Yang paling sukar mungkin untuk mencari jodoh. Perkara yang sama dialami Bao Xishun, kini berusia 62 tahun.
Penggembala kambing dari kawasan pedalaman Mongolia itu pernah membeli iklan mencari jodoh yang disiarkan di seluruh negara. Mujurlah pada tahun 2007, penantiannya itu berakhir.
Xishun yang mendapat liputan meluas selepas dia berjaya menyelamatkan dua ekor ikan lumba-lumba dengan menarik keluar plastik dari perut haiwan itu menggunakan tangannya yang panjang pada Disember 2006, bertemu jodoh dengan seorang wanita yang memiliki ketinggian normal iaitu Xia Shujian.
Jurujual berusia 34 tahun itu memiliki ketinggian 1.68m iaitu rendah hampir satu pertiga daripada Xishun.

LELAKI ini sering menjadi perhatian disebabkan ketinggiannya.


"Selepas pencarian yang panjang dan penuh berhati-hati, usaha itu akhirnya berhasil," lapor Beijing News.
Setahun kemudian iaitu pada usia 56 tahun, Xishun bergelar bapa.
Xishun pernah melepaskan gelaran sebagai lelaki tertinggi GWR kepada lelaki Ukraine, Leonid Stadnyk tetapi mendapatnya semula apabila Stadnyk enggan diukur mengikut garis panduan baharu.
Tidak seperti Kosen dan Xishun yang bersungguh-sungguh mencari pasangan hidup, Stadnyk dengan ketinggian 2.59 meter bersikap sebaliknya.
Dia bukan sahaja enggan mencari cinta, malah tidak mahu fizikalnya diukur secara rasmi oleh GWR kerana dia bencikan ketinggiannya dan tidak mahu menjadi terkenal.
Dia yang tinggal di Podoliantsi, sebuah perkampungan kecil di Ukraine, menggelar ketinggiannya sebagai 'hukuman tuhan yang paling besar ke atas saya' dan dia sama sekali enggan melihat dirinya di hadapan cermin.


Skandal pakej umrah

Posted: 02 Nov 2013 07:53 PM PDT


PERMINTAAN tinggi terhadap pakej umrah sering diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


IMPIAN Siti Aida Mohd. Salleh untuk mengerjakan umrah buat kali pertama bersama keluarga- nya musnah kerana ditipu sebuah agensi pelancongan.
Ketika ditemui baru- baru ini, Siti Aida memberitahu, sepatutnya dia bersama ibu dan abangnya mengerjakan umrah pada 16 Jun lalu.
Namun, agensi pelancongan terbabit sering menunda tarikh penerbangan.
Dia merupakan antara kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara yang tertipu dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM4.8 juta.
Apa yang lebih malang, wang mereka turut lesap.
Beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, syarikat itu gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah pada Jun tahun ini walau- pun bayaran penuh sebanyak RM3,999 dibuat oleh setiap bakal jemaah sejak 2012.
Menurut seorang perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul 'Ain Hasman, dia dan 54 jemaah lain hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.
"Pada mulanya saya dimaklumkan wakil agensi, terdapat masalah berkaitan dana tidak mencukupi yang seharusnya dibiayai syarikat korporat bagi menanggung RM1,500 setiap jemaah daripada harga sebenar pakej umrah iaitu RM5,500," katanya.
Cek tendang
Namun, sebaik sahaja ke pejabat agensi itu, ia ditutup dengan notis yang tertera 'premis ditutup sementara'. Usaha menghubungi wakil agensi turut gagal.
Wanita ini mendakwa, kira-kira 1,200 bakal jemaah termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengambil pakej umrah agensi itu turut gagal menunaikan umrah mereka.
Qurratul memberitahu, pada 7 Jun lalu, pegawai agensi itu menawarkan dua pilihan sama ada meneruskan penerbangan yang dijanjikan pada Ogos dan September lepas atau mengambil wang yang dibayar 45 hari selepas tarikh cek dikeluarkan.
"Tetapi cek itu cek tendang," katanya.
Menurut konsultan Umrah-Haji.com, Hairul Azaman yang merupakan ejen penghubung bakal individu yang ingin menunaikan haji dan umrah, seseorang perlu berhati-hati memilih pakej haji atau umrah yang ditawarkan.
"Pilih syarikat yang berkemampuan dan kredibilitinya tidak dipertikaikan. Ada yang memilih pakej hanya kerana personaliti sese- orang individu.

PENIPUAN pakej umrah antara 12 bentuk penipuan yang paling popular berlaku di negara ini mengikut Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Tipu
"Jika difikir secara logik, seorang individu hanya mampu menguruskan 40 orang maksimum dan sekiranya lebih itu tidak masuk akal," katanya.
Jelasnya, bayaran yang dibuat lebih wajar sekiranya melalui akaun syarikat dan bukannya milik individu.
Tambahnya, mereka yang ingin mengerjakan umrah atau haji tidak seharusnya tertipu dengan agensi yang menawarkan pakej umrah dengan kadar harga rendah.
"Mengikut kadar sekarang, biasanya melebihi RM5,000 tetapi jika ada syarikat yang menawarkan hanya RM2,500, itu tidak masuk akal," katanya.
Bagi seorang pengendali umrah dan haji, Ustaz Abdul Halim Abdullah, bagi mereka yang ingin menunaikan umrah sebaiknya mendapatkan nasihat daripada rakan- rakan atau saudara-mara mereka yang pernah menunaikannya.
"Jika mereka memberikan cadangan, lebih baik kerana ini menunjukkan agensi itu dikenali dan berjaya menganjurkan pakej umrah.
"Ini bagi memastikan kita tidak tertipu kerana banyak pihak yang mengambil kesempatan menipu pada zaman moden ini walaupun berkisar soal agama," ujarnya.
Jelasnya lagi, taraf hidup rakyat negara ini semakin meningkat selain lebih 70,000 orang menunaikan umrah setiap tahun.
"Namun, bukan itu alasan untuk menipu orang lain," tegasnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pula meminta kesemua mangsa memfailkan aduan rasmi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT- PM).
Pendengaran kes tersebut akan berlangsung dalam tempoh 40 hari selepas kes tersebut difailkan.
Beliau berkata, pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh TTPM, boleh didenda tidak mele- bihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali.
"Oleh itu, saya menasihatkan mangsa pakej umrah berkenaan supaya segera memfailkan kes kerana kita yakin kes tersebut dapat diselesaikan kurang 60 hari selepas ia difailkan. Wang mereka akan di- kembalikan," katanya.


Parodi Sharifah Sakinah, Shiro Raja Lawak

Posted: 02 Nov 2013 07:52 PM PDT

SHARIFAH SAKINAH


DIVA sudah kata budak Syasya yang muat turun video 'macam comel, macam cantik ja' itu satu benda yang rosak tahap boleh campak.
Memang tak lama selepas video itu tersebar dan jadi bualan, muncul pula video-video lain atau disebut sebagai video parodi Syasya. Kali ini bukan sahaja budak-budak yang nak mencipta nama popular macam Syasya yang buat, tapi video parodi itu dirakam pula oleh artis-artis popular kita. Nak menengoknya kali ini, memang Diva tak kuasa tapi setakat jeling-jeling sempatlah. Memanglah kelakar tapi fikir-fikir, buat apalah artis-artis yang dah besar panjang itu meniru sikap budak hingusan macam budak perempuan yang mulakan video 'macam comel, macam cantik itu'.
Tapi memandangkan artis yang macam Sharifah Sakinah dan Shiro Raja Lawak yang tiru video berkenaan, maka tidaklah Diva terlalu hairan. Sakinah kan suka buat kerja-kerja gila dia dalam Keek sebelum ini. Sekarang nampaklah bahawa pemikiran Sakinah pun sama juga macam budak-budak remaja yang baharu nak naik atau nak popular cepat di internet.
Diva: Malam ini malam terakhir Teater Kompilasi Nam Ron di Damansara. Dengarnya hebat benar lakonan Sofia Jane, Sharifah Amani, Varnidah Imran dan Aqasha dalam teater itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan