Selasa, 28 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anita Baharom Kini Bertudung?

Posted: 27 May 2013 10:49 PM PDT

Pelakon Anita Baharom baru-baru ini ada pergi mengerjakan umrah. Dia kelihatan nampak cantik dan ayu bila bertudung. Namun menjadi persoalan kita sekarang, kalau betul Anita Baharom dah bertudung setelah kembalinya dari Tanah Suci, baguslah kan.



Gambar Ana Raffali dan Suami

Posted: 27 May 2013 10:00 PM PDT


Gambar dibawah adalah gambar terbaru diantara Ana Raffali dengan suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah. Mereka mendirikan rumahtangga pada Februari 2012 yang lalu, kini sudah setahun lebih bahagia mnjadi suami isteri. Namun yang pasti berita kehamilan Ana Raffali belum lagi kedengaran, belum ada rezeki juga nampaknya. Harap bersabar ok.




Gambar Siti Nuraliza Terkini

Posted: 27 May 2013 09:00 PM PDT

Ini adalah gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang diambil dalam minggu ni. Memang bahagia sungguh Dato' Siti ni. Orangnya periang disamping suaminya, Datuk Seri Khalid. Aish, bila lah nak ada baby ni, dah 2013 dari 2007, kami dah tak sabar dan tak sanggup nak tunggu ni. huhu.. lagi gambar di IG Siti.







Khalwat: Shahrizal Buka Mulut, Akui Diri Terperangkap!

Posted: 27 May 2013 08:00 PM PDT

Semalam, setelah seminggu berlalu yakni pada 16 Mei yang lalu apabila Jais mengeluarkan kenyataan kes khalwat di Apartment Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi yang melibatkan pelakon, Shahrizal Jaszle, akhirnya dia tampil membuat kenyataan media. Shahrizal mengakui dirinya diperangkap dan mengakui dirinya tidak bersalah. Tambah Shahrizal lagi, bila dia diikat jamin, dia terus menceritakan segala-galanya kepada keluarga.
"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.

"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November (2013) depan nanti,

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.

"Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," -Shahrizal. mStar

Fouziah Gous Bertunang 1 Jun 2013

Posted: 27 May 2013 08:49 PM PDT

Wah tak disangka, Fouziah Gous akan bertunang pada Sabtu ini bersamaan 1 Jun 2013. Fouziah akan bertunang dengan kekasihnya yang baru beberapa bulan bercinta, Md Zhafran Md Yusof.

Dan yang paling romantis sekali apabila Fouziah dilamar olok-olok ketika diajak oleh Zhafran menaiki pesawat ringan di Lapangan Terbang Subang dan kelihatan beberapa orang membuat kejutan dengan memampangkan tulisan lamaran terhadap Fouziah ketika sedang di dalam pesawat. -gambar Instagram Fouziah Gous





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines