Rabu, 15 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Siti Nurhaliza di Menara KL

Posted: 14 May 2013 10:40 PM PDT

Gambar dibawah adalah gambar Dato' Siti Nurhaliza ketika dia menghadiri pelancaran Muzik Video lagu Galau di Menara KL baru-baru ini. Video yang dirakamkan pada akhir tahun 2012 itu dibuat dekat Moroccan Pavullion, Taman Botani Putrajaya. Isu tudung disitu dimainkan oleh beberapa orang blogger, yang menyifatkan Siti sepertinya mempermainkan isu bertudung, sebenarnya mereka salah faham, sebab video tu dibuat pada bulan 12, dan Dato Siti bertudung kira-kira beberapa bulan yang lalu.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Nana Temui Penganti, Namanya Cikgu Alan!

Posted: 14 May 2013 10:00 PM PDT

Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana dikhabarkan telah menemui penganti. Pengantinya bukanlah penganti kepada arwah suaminya. Namn kepada penganti penyanyi yang juga telah pergi, Achik. Ini disebabkan kebanyakkan acara, ramai peminat yang inginkan Nana menyanyikan lagu berduet dengan Achik dahulu, jadi disinilah, Nana dah temui penganti untuk bersama-sama berduet. Namanya Alan.
"Namanya Alan dan saya berjumpa dengannya ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terpegun.

"Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai guru di Serdang, Selangor.

"Pun begitu Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi," kata Nana.
Sudah serasi dalam nyanyian, jadi harap-harap Alan dapat melamar Nana pula. Hehe.

Gambar Majlis Kesyukuran ke-2 Anak Irma Hasmie

Posted: 14 May 2013 09:24 PM PDT

Sudah seusia sebulan setengah, Redza Syah Irfhan anak kepada Irma Hasmie dan Redza Syah yang telah mengadakan majlis kesyukuran kali ke-2, sebelumnya kali pertama adalah majlis akikah pada awal bulan April, seminggu selepas kelahiran Redza.

Kali ini, majlis kesyukuran dibuat di rumah ibu kepada Redza dekat Ampang. -gambar HarianIslam









Gambar Maria Tunku Sabri Terkini

Posted: 14 May 2013 08:44 PM PDT


Lama sudah kita tidak melihat kelibat bekas pengacara yang popular dengan program JJCM (Jalan-jalan Cari Makan), Maria Tunku Sabri. Kelihatan dia semakin sihat dan bentuk badan tidak lah sebesar mana, ok cukup sederhana. Maria masih lagi aktif dalam dunia penyiaran dan selalu bersama-sama rakan selebriti yang lain.





Afiq Akui Bukan Anak Derhaka, Emak Mata Duitan!

Posted: 14 May 2013 06:00 PM PDT

Hari Ahad lalu, ibu kandung kepada pelakon, Afiq Muiz telah membuat kenyataan media yang Afiq Muiz (20) sebenarnya seorang anak derhaka. Namun semalam, Afiq Muiz telah menafikan dirinya anak derhaka dan juga Eina Azman (18) menafikan yang dia menjadi punca atau kekasih kepada Afiq.

Mereka berdua membuat sidang media di Subang Parade untuk memberitahu perkara yang sebenar. Makin keliru, mana satu yang benar dan salah, hanya mereka dan Allah sahaja yang Mengetahui.
"Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa,"

"Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah,"

"Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam," luah Afiq. Baca lagi luahan Afiq di SINI
Dan ini pula kenyataan Eina..

"Saya ingin jelaskan yang saya bukan kekasih Afiq. Saya cuma teman rapatnya sahaja. Menjadi teman rapatnya, sudah tentu orang lain yang tidak tahu perkara sebenar akan salah anggap dengan berpendapat yang saya ini kekasihnya. Ibu Afiq melarang saya berkawan dengan Afiq sebab ibunya takut saya kikis duit Afiq. Tapi, apa bukti saya kikis duit Afiq? Apa bukti yang Afiq ada 'memindahkan duit kepada saya? Semasa awal tahun ini, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu Afiq yang memaki saya dan melarang saya berkawan dengan Afiq. Afiq pun berada di tempat kejadian ketika perkara itu berlaku,

"Cerita mengenai mesej yang berbaur ugutan itu tidak benar sama sekali. Saya cabar ibu Afiq tunjukkan bukti kalau ada. Perkara itu adalah fitnah semata-mata. Malah sebenarnya adik-adik Afiq yang buat ugutan di Twitter, tujukan kepada saya. Saya juga menafikan khabar angin yang mengatakan saya bersekedudukan dengan Afiq. Semuanya adalah tidak benar. Saya masih ada keluarga dan saya kini tinggal bersama keluarga. Saya sudah lama sangat pendam semua ini. Tetapi apabila perkara ini terjadi, saya tidak boleh berdiam diri lagi," luah Eina. Baca lagi luahan Eina di SINI


gambar mStar | GUA




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines