Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Tasha Shilla Akui Tiada Masa Bercinta
- 'Saya Masih Belum Hilang Dalam Industri' - Adam (AF)
- Ainul Aishah, Wanpa Berkolaborasi Besarkan Bisnes 'Ainul A Cookies'
- Konvoi KL-Krabi, Bikers Kental menghiburkan
- Air mata saya sangat berharga
- Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit
- Kedai online Lazada semakin popular
- Tubuh dipenuhi ketulan daging
- Aaron bangga anak pandai berlakon
- Altimet akui terkilan
- Aaron Kwok takut kahwin
- Peraih ditembak mati lepas solat
- Kepala anak tertikam gunting ketika ibu bapa bergaduh
- Silap pilih mangsa rompak
- Lelaki pikul 'kediaman' ke kampung halaman
- Sami simbah minyak tanah, bakar diri
- Jambatan di Washington runtuh
- Produk terlaris di bazar larut malam
- Terbang tinggi di udara Barcelona
- Brazil hadapi tekanan ekonomi
- Myanmar giat memulihara landasan kereta api maut
- Tawaran menarik UMW Toyota
- Dua tayar khas untuk negara ASEAN
- Kia Soul 2013: Jelmaan Track'ster Concept
- Kekal DNA tahan lasak dan jimat bahan api
Tasha Shilla Akui Tiada Masa Bercinta Posted: 24 May 2013 10:35 PM PDT Tasha berkata, dia kini berkawan dengan ramai lelaki, namun hanya sekadar teman biasa dan tidak berpeluang untuk mengenali mana-mana lelaki dengan lebih mendalam. "Buat masa ini saya berkawan dengan ramai lelaki tetapi belum ada yang istimewa. "Saya sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk keluar bercinta atau mengenali hati budi dengan mana-mana lelaki," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Tambahnya, setakat ini juga, belum ada sesiapa yang berjaya meyakinkan dirinya dan membuka pintu hatinya untuk mendirikan rumah tanga. Bagaimanapun, kata Tasha, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu dengan lelaki serasi dengannya. "Saya sudah bersedia untuk berkahwin jika bertemu dengan seseorang lelaki yang betul-betul serasi dengan saya," katanya. Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungan pelakon itu dnegan pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli, Tasha berkata, dia masih berkawan dan tidak lebih daripada itu. "Saya senang berkawan dengan dia, dia seorang yang jujur dan ikhlas serta memikirkan masa depan. "Namun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tidak ada masa untuk keluar bersama," ujarnya. Tambah Shilla, berita tentang hubungan mereka yang tersebar sedikit sebanyak dikhuatiri menganggu kerjaya pemain bola tersebut. "Dia bagi tahu saya bahawa dia juga risau jika orang akan mempersalahkan saya jika mutu permainannya merosot. "Saya pun tidak mahu berita ini menjejaskan kredibiliti dan nama dia dalam bidang tersebut," katanya. | |||
'Saya Masih Belum Hilang Dalam Industri' - Adam (AF) Posted: 24 May 2013 10:34 PM PDT Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata, dia msih lagi aktif dalam karier nyanyiannya namun pada masa sama turut terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan pembelajaran ilmu agama serentak. "Saya menyanyi macam biasa kerana apa yang berlaku pada diri masih lagi dalam permulaan dan baru berada di peringkat belajar. "Lagipun saya tidak boleh berubah secara drastik. Semua ini mengambil masa, biarlah diri saya ini ditukar secara perlahan-perlahan. "Dalam pada itu saya turut merancang untuk meninggalkan bidang seni pada masa akan datang, tapi itu saya belum pasti," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat. Tambah Adam, dia bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru di bawah DD Music dengan kerjasama syarikat miliknya iaitu AICO Empire Group dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Adam juga berkata, penampilan hariannya sedikit sebanyak telah diubah mengikut sunnah Nabi dengan memakai jubah dan serban pada satu-satu masa, namun tetap dengan penampilan ranggi jika membuat persembahan pentas. "Saya sekadar mahu mengikut sunnah Nabi dalam berpakaian terutamanya ketika melakukan kerja-kerja yang melibatkan ilmu Islam. Manakala berimej ranggi apabila di atas pentas. "Harap-harap tidak ada pihak yang salah tafsir dengan penampilan saya kerana imej itu mengikut kesesuaian tempat," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Adam turut berdakwah di sekolah-sekolah serta masjid di bawah pimpinan Habib Firdaus At-Taibun Al Makki, ketua Perubatan Alternatif Islam Nursalam. | |||
Ainul Aishah, Wanpa Berkolaborasi Besarkan Bisnes 'Ainul A Cookies' Posted: 24 May 2013 10:34 PM PDT Ainul, 28, berkata, idea tersebut timbul selepas sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan-pelanggan yang menempah baju daripada pereka fesyen tersebut. "Pada asalnya saya meletakkan biskut saya di butik Wanpa atau di majlis-majlis fesyen dan pelanggan-pelanggan dia banyak order. "Kami pula memang jenis yang berfikiran bisnes, jadi dia ajak saya untuk besarkan lagi dan buat secara serius," katanya. Tambah Ainul, dia juga mendapat bantuan daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memulakan perniagaan tersebut. "Alhamdulillah sekarang masih dalam peringkat permulaan dan kami baru di fasa pertama, setakat ini kita akan mulakan modal sebanyak RM50 ribu terlebih dahulu," katanya. Sementara itu, tambah Ainul, dia akan kembali ke bidang lakonan selepas raya dan kini sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan. | |||
Konvoi KL-Krabi, Bikers Kental menghiburkan Posted: 24 May 2013 10:29 PM PDT Namun dalam kesukaran itu, ia seakan berbayar dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan konvoi artis dan krew dari Kuala Lumpur ke Krabi, Thailand. "Sepanjang penggambaran kembara bermotosikal ini, masalah kerosakan motosikal dan kesesakan lalu lintas turut menjadi faktor kesukaran kami bekerja. "Malah pihak produksi dimarahi oleh pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku semasa berlangsungnya penggambaran. Tapi pada saya, ia sebahagian daripada pengalaman yang sukar dilupakan," katanya. Tidak sekadar menjalani penggambaran di Krabi, filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd turut menjalani penggambarannya di sekitar Hatyai dan Sadao, Thailand. Malah sebanyak sembilan motosikal berkuasa tinggi seperti Aprilia RSV4, Aprilia tuono, Aprolia Mana, Harley-Davidson Dyna, Sportster XR1200x dan Naza Blade di bawa ke negara tersebut. Filem merupakan cetusan idea pengarahnya sendiri yang sangat meminati motosikal berkuasa tinggi menampilkan pelakon seperti, Zizan Razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Menariknya, plot penceritaan filem ini mungkin menjadi senario baru dalam industri perfileman apabila 50 peratus jalan cerita membabitkan pengalaman konvoi mereka. Plot menarik Tidak sekadar aksi konvoi motosikal berkuasa besar, Helmi turut menyelitkan dialog dan babak menarik daripada Zizan sebagai Bidin Al Zaifa. Dia yang selama ini gemar bercakap besar dan meminati motor berkuasa tinggi, akhirnya melalui sendiri perjalanan yang sebenarnya amat memenatkan. Lebih lucu apabila dia yang memakai sut penuh berjenama, terpaksa memerah baju akibat peluh sepanjang perjalanan tersebut. Tidak sekadar memaparkan perjalanan mereka, Helmi turut menyelitkan babak Bidin yang menjadi buruan penjenayah kerana 'mencuri' duit mereka. Apatah lagi melihat seorang penjenayah yang penyabar dan seorang lagi pula begitu tidak sabar untuk membunuh Bidin. Begitu juga pertemuannya dengan gadis tempatan yang akhirnya membuahkan rasa cinta Bidin, sehingga sanggup mensabotaj perjalanan rakan yang lain demi memikat hati gadis tersebut. Tidak banyak yang perlu diperkatakan dari aspek sudut kamera dan juga pencahayaan kerana sebelum menjadi pengarah, Helmi terlebih dahulu terlibat dengan kerja belakang tabir. Justeru, banyak sudut-sudut dan teknik menarik yang ada dalam filem ini dan membuatkan penonton tidak akan bosan, biarpun hanya melihat perjalanan konvoi mereka sahaja. Pengembaraan Bidin Bidin Al Zaifa ialah seorang anak muda yang mempunyai minat mendalam terhadap motor berkuasa besar. Dia bekerja di sebuah garaj motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai satu impian, iaitu menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun bersikap cuai, Bidin amat disenangi dan disukai orang ramai. Bidin diberi peluang untuk berkonvoi bersama geng motosikal Eddie Cuardo, yang merupakan salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo dipenuhi pelbagai kisah tragedi dan konflik di antara mereka berdua serta, 2 orang gadis Thailand, Saiya Sukhaporn dan rakannya Cherry Porntit yang mereka jumpa ketika konvoi. | |||
Posted: 24 May 2013 10:28 PM PDT Akui perkara itu tidak mudah kerana dirinya seorang yang sukar menangis. "Ia tidak mudah. Saya sebenarnya seorang yang sangat susah nak menangis. Air mata saya sangat berharga. Saya cuma menangis atas sebab-sebab tertentu. "Cuma, dalam lakonan apabila kita menghayati, lakonan semuanya adalah tentang imaginasi. Kalau imaginasi tinggi, fokus okey, insya-ALLAH apa yang kita nak buat itu menjadi," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini. Dalam drama lakonannya yang terbaru, Surat Dari Langit Biru, Fizo membawakan watak berbeza dari kebiasaan. Fizo akui dibenci penonton ekoran watak antagonis yang dibawanya dalam drama Surat Dari Langit Biru. Namun begitu, pelakon berusia 28 tahun ini menganggap kebencian itu sebagai satu kejayaannya membawakan watak tersebut. "Saya sudah mencuba bawa watak baik dan watak jahat tetapi maklum balas yang saya terima apabila saya bawa watak jahat, contohnya dalam Surat Dari Langit Biru...ramai yang benci dengan saya. Ada yang maki hamun saya. "Memang itu pertama kali selepas lima tahun saya berlakon. Alhamdulillah lah sebab apabila orang benci itu maksudnya, apa yang saya cuba sampaikan kepada penonton itu berjaya," katanya yang kini baru selesai dengan penggambaran filem Cinderella. Meskipun begitu, Fizo beranggapan watak baik lebih sinonim dengannya. "Tapi ramai yang lagi suka saya bawa watak-watak yang baik, drama, yang buat orang menangis bila babak sedih. Saya rasa watak itu lebih sinonim dengan saya," katanya. Cerita tentang Fizo putus cinta sudah bukan rahsia lagi. Meskipun tidak mahu menjaja kisah cintanya, namun Fizo akur dengan statusnya sebagai 'public figure'. "Saya sebenarnya tidak suka bercakap tentang kisah cinta saya dalam media, baik Twitter, akhbar atau TV. Tetapi sebagai 'public figure', inilah pengorbanan saya. Ini harga yang perlu saya bayar sebagai selebriti. "Sedikitlah yang saya boleh cakap tentang kisah cinta saya, mungkin belum ada jodoh untuk bersama. Saya baru putus cinta. Mungkin inilah masa untuk saya lebih fokus pada kerjaya dan bisnes saya. Mungkin dia bukan untuk saya dan saya bukan untuk dia," katanya. | |||
Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit Posted: 24 May 2013 10:27 PM PDT Galaxy S4 juga mencacatkan satu lagi rekod baru bagi Samsung apabila menjana jualan lebih cepat daripada mana-mana produk terdahulu. Untuk perbandingan, Galaxy S3 mencapai jualan 10 juta unit dalam tempoh 50 hari selepas dilancarkan pada 2012 manakala, Galaxy S2 mengambil masa lima bulan dan Galaxy S memerlukan tujuh bulan untuk mencapai jumlah sama. Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin berkata, Samsung akan terus menghasilkan produk yang direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna. Samsung Galaxy S4 kini boleh didapati di 110 negara dan pengeluarnya menyasarkan untuk mencapai 155 negara tidak lama lagi. Samsung turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak warna untuk model Galaxy S4 iaitu biru, merah diikuti ungu dan coklat. | |||
Kedai online Lazada semakin popular Posted: 24 May 2013 10:26 PM PDT Ketua Pegawai Eksekutif Lazada, Igor Pezzili berkata, kejayaan itu disumbang keupayaan laman itu menyediakan perkhidmatan unik yang tidak pernah ditawarkan di Malaysia sebelum ini. Menurutnya, pada peringkat awal, syarikat itu hanya menawarkan produk dan perkhidmatan bagi enam kategori, namun kini bilangannya digandakan bagi menyediakan rangkaian produk yang meluas dan mudah didapati oleh pelanggan. "Kami berbesar hati dengan sambutan positif yang diterima dalam beberapa bulan sahaja. Ini membuktikan lebih ramai rakyat Malaysia membeli belah melalui dalam talian," katanya pada majlis taklimat media Lazada di Kuala Lumpur, kelmarin. Pezzili berkata, Lazada juga akan melancarkan aplikasi mudah alih Lazada Apps bulan depan bagi memberi kemudahan kepada pengguna telefon pintar untuk melakukan pembelian di laman itu. "Selain itu, kami turut merancang menambah 5,000 pembekal dalam talian tempatan menjelang hujung tahun ini bagi mempelbagaikan produk yang ditawarkan melalui laman sesawang kami," katanya. Dalam perkembangan lain, Lazada menganjurkan peraduan Giveaway Extravaganza yang bermula pada 20 Mei lalu hingga 20 Jun depan dengan hadiah ditawarkan bernilai lebih RM120,000 termasuk hadiah utama iaitu sebuah kereta Mazda 2 Hatchback. Lazada memulakan operasi perniagaannya sejak April tahun lalu dengan menawarkan pelbagai produk termasuk barangan elektronik. | |||
Posted: 24 May 2013 10:23 PM PDT Hampir seluruh anggota badan adik Muhammad Iqram Hashim ditumbuhi daging baru selepas peristiwa badannya melecur akibat terkena percikan api, kira-kira dua tahun lalu. Kejadian berlaku semasa ibunya, Suraya Hassan, 32, sedang membakar sampah dan secara tiba-tiba, ada sesuatu meletup dan terpelanting masuk menerusi tingkap bilik lalu terkena Muhammad Iqram yang sedang tidur. Bapanya, Hashim Hassan, 34, berkata, daging baru yang tumbuh di bahagian melecur anaknya semakin membesar dari hari ke hari. Menurutnya, pada awalnya, hanya ada ketulan daging kecil tumbuh di telinga kiri, tetapi lama kelamaan ia tumbuh di seluruh badan anaknya. "Dia (Muhammad Iqram) tidak pernah mengadu sakit, tetapi selalu rasa gatal kerana daging yang tumbuh itu bertindih-tindih dan berkumpul. "Sekarang, kalau rasa gatal, dia akan ambil putik kapas dan membersihkan sendiri di bahagian gatal," katanya. Difahamkan, adik Muhammad Iqram tidak boleh berada di kawasan panas kerana akan membuatkan dia cepat berasa gatal. Hashim berkata, selepas anaknya dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia diminta untuk mendapatkan rawatan susulan setiap minggu. Bagaimanapun dengan pendapatan harian, dia tidak mampu berbuat demikian dan kali terakhir membawa Muhammad Iqram pada Januari tahun lalu. "Bukan tidak mahu bawa untuk rawatan, tetapi saya tidak mampu. Sekali pergi sahaja, saya terpaksa bayar upah pemandu kereta, petrol dan makan, sedangkan pihak hospital periksa sekejap sahaja. "Dulu saya menoreh, sekarang saya ikut orang bertukang. Kalau tak kerja, tak dapatlah gaji. Jadi saya beritahu doktor, hanya kalau saya ada duit, saya akan ke HKL," katanya. Menurutnya, sebelum ini dia ada memohon kes anaknya dipindahkan ke Hospital Temerloh, tetapi permohonannya tidak diterima. Katanya, sekiranya kes itu dipindahkan, dia masih mampu membawa anaknya untuk rawatan susulan seperti diarahkan. Sementara itu, isterinya, Suraya berkata, mereka dimaklumkan oleh HKL, anaknya juga perlu menjalani pembedahan plastik untuk memulihkan fizikalnya. Katanya, walaupun tidak diberitahu tarikh pembedahan, tetapi dia percaya ia akan menelan kos yang besar. "Masa mula-mula dulu, doktor akan ambil bahagian kulit yang elok untuk ditampal di bahagian melecur. "Tapi bila ada daging tumbuh di bahagian sudah ditampal, anak saya perlu jalani pembedahan," katanya. Suraya berkata, dia akan berusaha supaya anaknya boleh menjalani pembedahan plastik itu kerana bimbang, apabila memasuki alam persekolahan, dia akan berasa rendah diri. "Memang anak saya tidak kisah dengan apa yang berlaku pada badannya. Tetapi sebagai ibu, ada juga rasa sedih. Saya harap, anak saya boleh kembali normal seperti kanak-kanak lain," katanya. | |||
Aaron bangga anak pandai berlakon Posted: 24 May 2013 10:16 PM PDT MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Perumpamaan itu menggambarkan pengalaman manis pelakon popular Aaron Aziz melihat anak keduanya mewarisi sebahagian daripada bakat lakonannya baru-baru ini. Aaron menjelaskan, dia bangga melihat prestasi Dwi Ariana yang kini berusia enam tahun berlakon dalam sebuah filem arahannya berjudul Romeo Kota secara tidak sengaja. "Dia (Dwi Ariana) penyelamat saya pada hari itu. Ketika penggambaran pelakon tambahan kanak-kanak tidak hadir dan saya memujuknya untuk menggantikan tempat pelakon itu beberapa kali. "Itu kali pertama saya melihat dia berlakon dan saya melihat dia mempunyai potensi dan disiplin untuk bersinar," singkap Aaron. Selain filem Romeo Kota, Dwi Ariana turut ditawarkan membintangi sebuah iklan untuk mempromosikan siri animasi terbaharu di saluran Disney berjudul Princess Fiona. "Sepanjang penggambaran dari pagi hingga petang saya melihat dia bersungguh-sungguh menghafal skrip terutama bahasa Melayu kerana bahasa Melayunya agak teruk," katanya. Gaji anak Akui Aaron, dia beberapa kali membawa ketiga-tiga anaknya, Danish Anagi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2, ke lokasi penggambaran untuk memberikan pendedahan awal dunia lakonan. Bagaimanapun, Aaron tidak menggalak atau melarang cahaya matanya untuk terbabit dalam dunia lakonan selepas ini. Kata Aaron, dia mahu anak-anaknya memiliki kelayakan tetap paling tidak ijazah sebelum betul-betul mahu menceburkan diri dalam bidang seni. Dalam soal memenuhi kehendak anak-anaknya, Aaron mempunyai pendirian bahawa tiada rezeki boleh datang bergolek. "Dwi ada meminta saya belikan beg jenama Miu Miu baru-baru ini tapi saya enggan belikan kerana agak mahal. Caranya, dia meminta saya duit bayaran berlakon filem itu untuk membeli beg yang dia mahukan," tambah Aaron yang ditemui ketika tayangan perdana filem Lari di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Pukul betul Sementara itu, berkongsi sedikit pengalaman membintangi filem aksi Lari, kata Aaron sejujurnya dia berpuas hati dengan lakonannya dalam filem itu. "Lari merupakan filem aksi paling mencabar bagi saya. Saya melakonkan watak Khaliff yang kebanyakannya perlu bertarung bersendirian, sudah pasti kebanyakan babak agak berat bagi saya. "Namun, saya berpuas hati dengan koreografi aksi yang diarahkan oleh Tony Jaa kerana ia logik, kemas dan tepat! "Untuk mendapatkan impak yang nampak jelas, Lari tidak menggunakan helah kamera pun, lebih 98 peratus aksi dilakukan sendiri oleh pelakon," katanya yang akan memulakan penggambaran filem Adam & Hawa tidak lama lagi. Babak paling mencabar kata Aaron ketika perlu bertarung di atas sebuah bot yang memerlukan dia teroleng-oleng di lautan dari pagi sampai petang sehingga ada beberapa orang krew terpaksa berganti-ganti ekoran mabuk laut. Filem Lari yang menjalani penggambaran di Perlis, Kuala Lumpur dan Ipoh mengisahkan Khaliff yang berdepan dengan konflik apabila adiknya Ina (Erin Malek) dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia manakala ayahnya mati dibunuh. Lari akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 6 Jun depan. | |||
Posted: 24 May 2013 10:15 PM PDT
NAMA penyanyi Altimet yang cukup popular dengan lagu Bangkit dan Syukur semakin bertambah hangat apabila pada 21 Mei lalu telah menulis status berbaur kemarahan menerusi akaun Twitter miliknya. Semuanya gara-gara lagu terbaharunya yang berjudul Kalau Aku Kaya, hasil ciptaan Omar K dan lirik oleh Altimet sendiri telah disiarkan di sebuah stesen radio swasta terlebih awal daripada waktu sasaran promosi iaitu selepas hari raya Aidilfitri tahun ini. Melepaskan kemarahannya kepada syarikat rakamannya Warner Music Malaysia, Altimet dalam statusnya di Twitter menulis, dia enggan lagi menghasilkan lagu dan album baharu disebabkan insiden ini. Bagaimanapun dalam temu bual pemilik nama sebenar Ahmad Alhadad bersama Kosmo! kelmarin, Altimet yang membawa genre hip hop dan rap mengakui dia terkilan dengan apa yang berlaku. Kosmo!: Apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik isu lagu Kalau Aku Kaya? ALTIMET: Sebenarnya semua yang berlaku disebabkan salah faham. Selalunya, lagu baharu akan diberi kepada pihak stesen radio dan mereka akan putarkan lagu tersebut dalam tempoh tiga bulan kemudian.
Apakah masalahnya kerana lagu itu diputarkan di radio dan mendapat sambutan yang baik? Sebelum itu, pihak saya dan pihak syarikat rakaman sudah duduk berbincang dan kami sama-sama bersetuju untuk mengeluarkan lagu Kalau Aku Kaya selepas hari raya Aidilfitri serentak dengan video muzik lagu tersebut. Memang setiap lagu yang dibuat untuk dinikmati orang ramai tetapi kami mempunyai strategi pemasaran yang telah dipersetujui. Siapakah yang harus dipersalahkan? Saya tidak boleh salahkan sesiapa termasuk stesen radio kerana mereka suka lagu saya dan mereka putarkannya. Saya berterima kasih kerana ramai lagi penyanyi yang tidak mempunyai peluang yang sama seperti saya. Bagaimanapun seperti yang saya kata, pihak saya mempunyai strategi dan nampaknya sekarang saya kena ubah strategi untuk promosikan lagu itu sebaik mungkin. Ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan mereka yang melakukan tugas pemasaran juga harus mengambil pengajaran. Tindakan anda mungkin ada benarnya kerana mempertahankan produk sendiri tetapi pada masa yang sama kelihatan seperti gimik untuk popularkan lagu terbaharu itu. Komen anda? Lagu Kalau Aku Kaya tidak perlu sebarang gimik atau kontroversi untuk popular. Siapa yang sudah dengar lagu itu pasti tahu tahap kualitinya. Saya bukan jenis penyanyi yang suka bikin kontroversi untuk popular, itu bukan cara saya. Adakah anda sedar kelantangan anda bersuara dalam hal tidak akan disenangi sesetengah pihak? Saya seorang yang suka berterus-terang, siapa yang kenal saya memang saya kedengaran sedikit kasar. Jauh sekali berniat untuk kurang ajar atau tunjuk bagus. Jika ada pihak yang terasa, saya minta maaf tetapi kadangkala saya rasa perlu bertegas untuk melindungi karya sendiri. | |||
Posted: 24 May 2013 10:15 PM PDT
KEGILAAN peminat terutamanya wanita kepada penyanyi Canto Pop dan pelakon terkenal Hong Kong, Aaron Kwok tidak pernah padam sejak anak pengusaha kedai emas itu terlibat dalam industri seni pada tahun 1980. Kini, pada usia 47 tahun, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Kwok Fu Shing masih segak dan aura bintangnya tidak pernah padam. Namun baru-baru ini, peminat dan media Hong Kong dikejutkan dengan berita Aaron telah putus cinta dengan kekasihnya selama tujuh tahun, model Lynn Hung. Kata Lynn tentang hubungan cinta yang tamat pada pertengahan April lalu itu: "Sejak beberapa tahun lalu, saya telah hidup dalam dunia orang lain. "Saya tidak mahu memaksa diri lagi, saya mahu gembira. Sekarang ini saya tidak berani untuk mengimpikan sebuah perkahwinan kerana bimbang akan dikecewakan lagi." Bagaimanapun sebelum kisah cinta itu berakhir terdapat desas-desus, kononnya Aaron bermain cinta dengan aktres Christine Kuo, manakala Lynn pula memaksa Aaron untuk berkahwin selain didakwa curang bersama taikun kasino, Ji Xiao Bo. Kedua-duanya menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan mereka sebenarnta tidak lagi sehaluan. Aaron bagaimanapun mengakui takut untuk berkahwin kerana bimbang perkahwinan itu akan gagal. "Mungkin sebelum ini saya pernah kecewa dalam percintaan. Sebenarnya saya yang selalu ditinggalkan kekasih kerana mereka tidak mampu bertahan dengan kehidupan saya," luah pelakon filem Para Para Sakura itu. Ditebak dengan soalan, adakah dia yang meninggalkan Lynn? Aaron bagaimanapun menafikan spekulasi itu. "Kenapa orang fikir saya yang tinggalkan dia? Sudah semestinya tidak! Saya tidak mahu bercakap banyak bimbang akan kecilkan hatinya lagi. "Saya sedar ramai orang ingat saya jenis lelaki yang suka bermain cinta dengan ramai wanita tetapi siapa yang mengenali saya pasti akan tahu perangai sebenarnya saya," balasnya. Aaron yang kelihatan cekal hatinya, mengakui, dia juga hampir rebah dengan kisah cintanya. Namun, dia akur dengan haluan yang sedang dilaluinya. "Contohnya, jika anda memakai kasut yang terlalu kecil sudah tentu akan menyakitkan kaki anda. Pastinya anda mahukan sepasang kasut yang selesa untuk dipakai setiap hari. "Sama juga halnya dengan memilih teman hidup. Saya hanya boleh pakai kasut yang sesuai sahaja supaya tidak cederakan diri sendiri. Jika tidak sesuai lebih baik saya cari kasut yang lain," tutur Aaron penuh makna.
Christmas Rose Kontroversi putus cintanya bersama Lynn berlaku pada waktu yang tepat. Ketika media memburunya untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai hubungan mereka, Aaron menggunakan publisiti yang diterima untuk mempromosikan filem terbaharunya Christmas Rose. Cara yang cukup bijak untuknya lari daripada terus ditanya soalan tentang kehidupan peribadi. Akuinya juga selepas putus cinta dan meraikan gelaran bujangnya, Aaron memberi perhatian kepada filem Christmas Rose. "Saya bermati-matian ketika berlakon dalam filem ini. Lebih baik hormati saya sebagai pelakon dan tanya saya soalan tentang kerja," katanya ketika sesi tayangan perdana filem itu di Hong Kong baru-baru ini. Bercakap tentang filem Christmas Rose yang diarahkan Charlie Young itu telah memperlihatkan bakat Aaron sebagai peguam bela kepada seorang wanita kurang upaya lakonan Gwei Lun Mei yang telah mengalami serangan seksual daripada seorang pakar bedah terkenal. Aaron bersetuju untuk berlakon dalam filem yang mengetengahkan topik yang agak kontroversi itu atas faktor skrip yang jujur, selain sebagai tanda sokongan kepada filem pertama arahan Charlie. "Saya membawakan watak Chen, seorang peguam yang sangat percaya pada keadilan serta patuh pada undang-undang. "Bagaimanapun watak Chen merupakan seorang lelaki yang berkonflik dengan nilai dalamannya, tambahan pula, saya tidak pernah melakonkan watak seorang peguam sebelum ini. Apa yang pasti, saya sangat gembira melihat hasil akhirnya," katanya. Pilihan Charlie Bagi memberi hasil lakonan yang baik, Aaron tidak keberatan untuk melakukan kajian terhadap kes-kes serangan seksual yang sebenar. "Kajian itu penting untuk saya memahami dengan tepat perjalanan kes serta aspek pertuturan seorang peguam yang banyak mengandungi terma-terma perundangan. "Saya banyak menghabiskan masa untuk mengkaji dan mempraktikkannya supaya dapat memberikan persembahan terbaik," luahnya yang turut digelar CantoPop Four Heavenly Kings bersama aktor tersohor Hong Kong yang lain iaitu Jacky Cheung, Andy Lau dan Leon Lai. Ujar Aaron lagi, watak Chen yang dipikulnya cukup dekat dengan dirinya yang sebenar. "Chen merupakan seorang lelaki yang berteraskan keadilan dalam kehidupannya, konsisten dan tidak pernah mengalah. Jika dinilai daripada aspek ini, Chen dan saya mempunyai banyak persamaan," terangnya yang popular dengan lagu Loving You Forever. Sebagai pelakon yang telah membintangi 53 buah filem, Aaron cukup mempercayai kebolehan Charlie sebagai pengarah pertama kali kerana sudah mengenalinya selama 20 tahun. "Kami sudah kenal selama 20 tahun dan saya sering lihat komitmen kerjanya. Apabila diberi peluang mengarahkan filem pertamanya, orang pertama yang dihubunginya adalah saya. "Dia mengharapkan agar saya jadi salah seorang pelakonnya. Disebabkan persahabatan kami bertahun-tahun lamanya membuatkan saya terpanggil untuk membintangi serta menjadikan filemnya satu realiti. Dia seorang pengarah yang cukup berkaliber di set penggambaran. Saya berharap peminat di Malaysia memberi sokongan kepada filem ini," ujarnya. | |||
Peraih ditembak mati lepas solat Posted: 24 May 2013 10:13 PM PDT
PASIR PUTEH – Seorang peniaga ikan yang baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Nurul Anuar, Dalam Rhu dekat sini malam kelmarin mati ditembak sejurus kereta dipandu mangsa keluar dari pekarangan masjid. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd. Rahim, sebelum kejadian pada pukul 9 malam, Zahari Razak, 57, dari Kampung Pachakan, Jalan Semerak yang merupakan peraih ikan di Kuala Besut, Terengganu itu, memandu kereta BMW seorang diri sebelum seorang lelaki yang menunggu di atas motosikal melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah kereta mangsa. "Mangsa yang terkena tembakan gagal mengawal kenderaannya menyebabkan kenderaan itu terbabas beberapa meter ke kawasan lapang di bahu jalan sebelum berhenti," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Menurut beliau, kejadian itu berlaku sejurus selepas Zahari selesai menunaikan solat Isyak dan meninggalkan masjid itu untuk pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid itu. "Pada pukul 8.50 malam, setelah selesai solat Isyak, mangsa terus masuk ke dalam kenderaan dan memandu meninggalkan kawasan masjid. "Namun sejurus selepas kenderaan mangsa dipandu melepasi pintu pagar gerbang masjid, kereta mangsa telah ditembak sebanyak lima das oleh seorang suspek yang berada di atas motosikal dan dipercayai menunggu mangsa meninggalkan masjid," kata beliau. | |||
Kepala anak tertikam gunting ketika ibu bapa bergaduh Posted: 24 May 2013 10:10 PM PDT
MIRI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa pertelingkahan ibu bapanya apabila kepala tertikam dengan gunting sedalam tiga sentimeter di rumah mereka di Jalan Tanjung, di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an sedang bertengkar dengan suaminya akibat masalah rumah tangga sebelum dia mengambil sebilah gunting. Bagaimanapun, cubaan wanita itu untuk menyerang suaminya berakhir dengan dia tertikam kepala anaknya sendiri yang kebetulan bermain di situ. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, tikaman tersebut menyebabkan gunting itu tertusuk sedalam tiga sentimeter di kepala mangsa. | |||
Posted: 24 May 2013 10:08 PM PDT PETALING JAYA – Seorang penjenayah tersilap sasaran apabila dia mati ditembak selepas menyamun dan cuba melarikan kereta seorang anggota polis dalam kejadian di sebuah bank di Damansara Utama di sini awal pagi semalam. Semasa kejadian pada pukul 4 pagi itu, suspek ditembak oleh anggota polis terbabit selepas dia yang cuba menghalang tindakan penjenayah itu daripada melarikan kereta Perodua Myvi miliknya diserang suspek terbabit menggunakan pisau pemotong daging. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebelum kejadian mangsa yang merupakan anggota polis berpangkat Koperal di Balai Polis Kampung Baru Subang baru habis bertugas singgah di bank tersebut untuk mendepositkan wang. "Ketika anggota polis yang berpakaian preman berada di bank itu, tiba-tiba muncul seorang lelaki memegang pisau pemotong daging mengugut untuk mencederakan anggota polis itu jika dia tidak menyerahkan barang berharga. "Anggota polis itu terpaksa akur dan menyerahkan barang telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dan kunci kereta kepada suspek. | |||
Lelaki pikul 'kediaman' ke kampung halaman Posted: 24 May 2013 10:04 PM PDT BEIJING - Seorang bekas jurujual di China, Liu Lingchaou, membina sebuah kediaman mudah alih untuk berlindung ketika hujan. Lelaki berusia 38 tahun itu membina rumah unik itu menggunakan bahan binaan ringan seperti buluh dan plastik. Lingchaou diberhentikan kerja sejak lima tahun yang lalu dan telah diusir keluar dari rumah. Dia yang menetap di Shenzhen kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya di daerah Rongan, dalam wilayah Guangxi dengan berjalan kaki. Menurutnya, rumah mudah alih itu membuatkan dia berasa bebas dan membolehkan dia berlindung semasa hujan. Lingchaou memikul struktur seberat 60 kilogram itu dengan berjalan kaki sejauh 32 kilometer sehari. Dia mencari dan menjual botol-botol minuman sepanjang perjalanan tersebut untuk menyara dirinya. Kediaman itu itu dibina selebar 1.5 meter dengan tinggi dua meter. Dia kini berada 32 kilometer dari kampung halamannya. | |||
Sami simbah minyak tanah, bakar diri Posted: 24 May 2013 10:03 PM PDT KANDY - Seorang sami bertindak membakar diri kerana membantah penyembelihan haiwan ternakan seperti lembu di Sri Lanka. Insiden itu merupakan yang pertama membabitkan sami Buddha di negara tersebut. Polis berkata, sami tersebut, Bowatte Indaratane menyimbah minyak tanah dan membakar dirinya dekat sebuah kuil di sini semasa sambutan Hari Wesak. "Beberapa anggota polis berhampiran bertindak memadamkan api dan membawa sami itu ke hospital," kata jurucakap polis, Buddhika Siriwardena. "Sebelum membakar diri, sami itu memberitahu, tindakan tersebut bagi memprotes penyembelihan lembu dan kambing," tambahnya. Menurut polis, sami tersebut kini berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital Sri Lanka. Memakan daging adalah menjadi kebiasaan penduduk Sri Lanka, walaupun agama Buddha melarang penganutnya membunuh haiwan. | |||
Posted: 24 May 2013 10:03 PM PDT OLYMPIA - Sebahagian jambatan empat lorong merentasi sebatang sungai di pedalaman utara bandar raya Seattle, Amerika Syarikat (AS) runtuh kelmarin, menyebabkan sejumlah kenderaan dan orang ramai terhumban ke dalam air, kata pihak berkuasa. Jurucakap polis negeri Washington, Mark Francis berkata, jambatan di lebuh raya Interstate 5 yang merentasi Sungai Skagit di antara bandar Mount Vernon dan Burlington yang terletak 90 kilometer ke utara Seattle itu runtuh sekitar pukul 7 petang (waktu AS). "Saya diberitahu terdapat kenderaan dan orang ramai yang terjatuh ke dalam sungai. Setakat ini saya belum pasti jika ada kecederaan berlaku," katanya. Akhbar Seattle Times melaporkan bahawa tiga orang telah diselamatkan dari dalam sungai tersebut. Kata Francis, punca kejadian masih disiasat tetapi menurutnya, jambatan tersebut runtuh semasa hujan lebat. Menurut Pangkalan Data Jambatan Kebangsaan AS, jambatan berkenaan dibina pada 1955 dan menjadi laluan utama kenderaan yang berulang-alik antara Seattle dan Vancouver di Kanada. Nahas itu berlaku hampir enam tahun selepas sebuah lagi jambatan runtuh di Minnesota, sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan infrastruktur di AS. Pada Ogos 2007, kira-kira 305 meter bahagian jambatan I-35W di Minneapolis runtuh ke dalam sungai Mississippi ketika orang ramai pulang dari tempat kerja. Sejumlah kenderaan terhumban ke dalam sungai dengan menyebabkan 13 orang terbunuh, manakala 145 yang lain cedera. | |||
Produk terlaris di bazar larut malam Posted: 24 May 2013 10:02 PM PDT
SUASANA di bazar larut malam yang terletak di Shah Alam, Selangor itu hiruk-pikuk. Deretan kedai menjual pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori telefon, kasut dan produk kecantikan disinggahi pengunjung yang bertali-arus ke bazar tersebut. Antara barangan paling popular di bazar itu ialah cermin mata. Memandangkan majoriti pengunjung bazar itu terdiri daripada golongan pelajar berusia lingkungan 20-an, cermin mata pelbagai bentuk dan saiz menjadi item paling laris ekoran naluri muda-mudi yang gemar bergaya. Sambil tangan membelek-belek cermin mata yang dipamerkan, terfikir sejenak, adakah aksesori yang dijual pada harga murah itu selamat dipakai? Secara logiknya, harga jualan barangan itu memang menguntungkan pembeli tetapi adakah penjualannya sah di sisi undang-undang? Dijual meluas Cermin mata tiruan pelbagai jenama antarabangsa yang dijual di bazar tersebut dipecahkan mengikut gred. Menurut seorang peniaga yang ditemui, 5A merupakan gred yang paling tinggi. Ia mampu dijual pada harga RM500 ke atas kerana rupa bentuk dan kehalusannya hampir menyamai cermin mata asli. "Cermin mata tiruan biasa pula dijual pada harga standard antara RM10 hingga RM15. Ia diperbuat daripada plastik dan tidak mempunyai kuasa yang boleh memberi efek pada mata. "Bagi cermin mata polaroid yang disertakan dengan bingkai tambahan, kami jual pada harga RM40 sepasang. Harganya sedikit tinggi memandangkan warna dan kualiti yang digunakan lebih baik berbanding cermin mata biasa," jelas peniaga itu ketika Kosmo! melakukan tinjauan di bazar tersebut. Selain cermin mata tiruan jenis biasa, pengunjung juga boleh membeli cermin mata bagi aktiviti berbasikal. Jenama tiruan seperti Oakley Radar dijual secara terbuka di kawasan tersebut pada harga dari RM150, lengkap dengan tiga bingkai percuma. Harga cermin mata Oakley Radar yang asli dijual pada harga RM800. Penjualan cermin mata tiruan secara meluas menimbulkan spekulasi negatif masyarakat terhadap penguatkuasaan barangan tiruan. Difahamkan, Bahagian Penguat Kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan memantau semua bazar lewat malam yang ada di Malaysia bagi membanteras penjualan cermin mata tiruan dan membantu para peniaga yang beretika menjalankan perniagaan berteraskan barangan tulen. Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada KPDNKK, sebanyak 76 kes berkaitan cermin mata tiruan diambil tindakan dengan nilai rampasan berjumlah kira-kira RM387,000 dicatatkan dari tahun 2007 hingga 2012. Menurut Pengarah Penguat Kuasa, Bahagian Penguat Kuasa, KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin, cermin mata termasuk dalam kategori barangan 'panas' dibawa masuk menerusi pembekal dari China dan negara lain dalam kuantiti besar. "Peniaga mampu mengaut keuntungan segera kerana modal yang diperlukan bagi membeli cermin mata tiruan daripada pembekal adalah kecil dan ia mampu dijual pada harga berlipat ganda kepada pengguna. Ia menjadi antara faktor mengapa ada peniaga yang berani menjual barangan sebegini meskipun berdepan risiko tindakan penguatkuasaan. Cap dagangan tiruan "Namun pengimportan dan penjualan cermin mata tidak menjadi satu kesalahan jika mereka mematuhi peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan negara ini. Ia menjadi kesalahan apabila cermin mata yang dijual menggunakan cap dagangan tiruan, tidak meletakkan tanda harga dan tidak mempamerkan label maklumat barangan tersebut. "Bagi mengelakkan kewujudan cermin mata tiruan, pemilik jenama asli perlu mendaftarkan cap dagangan agar perlindungan barangan keluaran mereka dapat dilaksanakan. Ia boleh didaftarkan di Perbadanan Harga Intelek Malaysia, KPDNKK (MyIPO)," jelas Roslan yang dihubungi Kosmo! menerusi e-mel. Di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, di bawah seksyen 8, memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang menjual, mengedar dan membekal barang yang menggunakan apa-apa perihal dagangan palsu berhubung cap dagangan boleh diambil tindakan. Sepanjang tahun 2011 dan 2012, KPDNKK telah mengambil tindakan sebanyak 46 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM107,861 bagi kes terbabit. Tambah Roslan, apa jua barangan termasuk cermin mata yang tidak didaftarkan cap dagangan di Malaysia tidak boleh dilindungi dan diambil tindakan penguatkuasaan khususnya di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Perlindungan sinar ultra ungu Bagaimanapun, KPDNKK mendedahkan bahawa pola rampasan barangan itu sebenarnya telah menunjukkan penurunan. "Meskipun statistik kes KPDNKK semakin berkurangan, ia bukan bermakna kes jualan cermin mata tiruan telah berjaya diatasi. Para peniaga mula beralih menjual cermin mata tiruan yang mempunyai cap dagangan tidak berdaftar bagi mengelirukan pengguna dan pihak penguatkuasa. "Memang kebanyakan bazar lewat malam yang menjual cermin mata tiruan memiliki lesen perniagaan sah, namun sekiranya ada peniaga yang masih menjual barangan tiruan, tindakan boleh diambil," ujar Roslan. Selain isu cap dagangan, kesan sampingan cermin mata tiruan kepada daya penglihatan turut membelenggu pengguna. Berdasarkan laporan yang diperoleh daripada laman web berita Time.com pada tahun 2009, seorang doktor mata dan jurucakap bagi Akademi Oftalmologi Amerika Syarikat, Dr. Wayne Bizer mendedahkan, cermin mata hitam tanpa perlindungan terhadap dua jenis sinaran ultra ungu (UV) iaitu UVA dan UVB boleh menjejaskan kesihatan mata. Apabila mata terdedah kepada cahaya yang terlalu terang, seseorang akan mengecilkan mata dan pupil akan mengecut bagi mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata. Apabila anda memakai cermin mata hitam, efek yang diberikan hampir serupa seperti berada di dalam bilik gelap. Pupil akan mengembang bagi membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Cermin mata hitam tiruan yang tidak menghalang sinaran UV mungkin memberikan sedikit perlindungan terhadap cahaya terang dan mengurangkan pengecilan mata. Namun pendedahan ekstra terhadap UVA dan UVB mungkin membahayakan mata. "Jika anda memakai sepasang cermin mata hitam, pupil anda terbuka dan berubah saiz daripada separuh milimeter (mm) kepada 5 atau 6mm. Ia mengalami peningkatan yang tinggi dan secara langsung membenarkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam mata. "Cermin mata tiruan kebiasaannya dihasilkan tanpa fungsi perlindungan UVA dan UVB malah hanya menapis cahaya sekeliling dan silau. Ia tidak membantu melindungi mata anda malah mampu meningkatkan risiko terhadap katarak, degenerasi makular dan pembentukan kanser yang amat jarang ditemui iaitu melanoma okulus," jelas Bizer. Bagaimanapun, pakar mata dan juga pakar motivasi terkemuka, Profesor Dr. Muhaya Mohamad memberitahu, cermin mata hitam tiruan untuk tujuan bergaya atau melindungi daripada cahaya matahari tidak memberi kesan sampingan kepada mata. | |||
Terbang tinggi di udara Barcelona Posted: 24 May 2013 10:01 PM PDT
MESKIPUN Sepanyol kini sedang bergelut dengan kesuraman ekonomi bahkan cuaca yang tidak menentu, ia bukan penghalang untuk ratusan ribu orang berkumpul di Gelanggang Olimpik Montjuic, di Barcelona. Datang dari segenap pelousok dunia, rata-rata hadirin merupakan anak muda dengan gaya tersendiri. Ada yang datang dengan motosikal, ada juga bersemangat mengayuh basikal BMX dan ada pula yang meluncur laju papan roda. Apa yang pasti, mereka hadir dengan satu semangat iaitu demi sukan lasak X Games musim panas Eropah. Kehangatan kejohanan itu berjaya mengumpulkan lebih 120,000 penonton. Terdapat puluhan kategori dalam pertandingan sukan X Games antaranya moto X gaya bebas, moto endurance, skate vert, skate big air, skate feminine, skate park dan banyak lagi. Menyaksikan peserta meluncur laju dengan papan roda di vert atau papan tanjakan berbentuk gegelung ternyata mengujakan adrenalin penonton. Saat peluncur tiba di penghujung tanjakan dan terbang sambil mempamerkan pelbagai aksi ternyata sangat mendebarkan. X Games yang sememangnya sangat popular di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan banyak peluncur baharu mula memecah dominasi peserta sukan lasak dari negara berkenaan. Bob Burnquist dari Brazil antara yang paling cemerlang apabila membolot pingat emas ke-11 dalam kejohanan X Games bagi kategori skate big air. Bagaimanapun, beberapa peserta kegemaran penonton terdiri daripada peserta cilik yang menampilkan aksi yang tidak kurang hebatnya. Mereka termasuklah Mitchie Brusco, 16, dalam kategori skate big air dan Alana Smith, 12, skate park feminin. "Walaupun tidak memenangi emas, tapi saya sudah sangat gembira apabila menerima sorakan penonton di Barcelona. Ia akan kekal menjadi pengalaman paling manis dalam hidup saya," ujar Alana yang bukan sahaja pulang dengan pingat perak, bahkan mencatatkan rekod pemenang pingat paling muda dalam sukan X Games. | |||
Posted: 24 May 2013 10:00 PM PDT
BANDAR Sao Paulo di Brazil mempunyai populasi rakyat Itali yang besar. Justeru, tidak hairanlah jika banyak restoran dengan cita rasa Itali terdapat di sana. Namun, agak mengejutkan apabila beberapa pengusaha restoran di bandar tersebut mengumumkan bahawa mana-mana hidangan yang dibuat berasaskan tomato akan digugurkan daripada senarai menu yang ada. Pengurus Restoran Nello, Augusto Mello membuat keputusan menggugurkan tomato sebagai bahan dalam sajian mereka sekali gus menarik perhatian agensi media tempatan dan antarabangsa. "Kami lakukan ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. Kami selalu membayar dua reais (RM2.96) untuk satu kilogram tomato segar. Tetapi kini, kami perlu membayar sehingga tujuh reais (RM10.37) untuk kuantiti serupa yang mana jumlahnya terlalu tinggi. "Pengusaha restoran seperti kami biasanya membeli secara pukal iaitu kira-kira satu tan tomato setiap bulan," ujar Mello kepada agensi berita BBC. Tindakan mengejut Mello itu dibuat rentetan krisis kenaikan harga tomato yang kini melanda Brazil dan berlarutan sejak setahun lalu. "Saya sudah bekerja di restoran ini sejak 48 tahun dan ini merupakan harga paling teruk yang pernah dicatatkan," kata Walter Taverna, pemilik restaurant Conchetta di daerah bersejarah Itali Sao Paulo, Bixiga. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah tersebut beliau mengimport puri tomato dari Itali. "Saya mempunyai empat buah restoran dan harga tomato yang meningkat menyebabkan kami mengalami kerugian yang banyak iatu sekitar 5 hingga 10 peratus setiap bulan. Ia suatu jumlah yang besar kepada seorang ahli perniagaan," luah Taverna dengan rasa kesal. Pada satu ketika harga tomato direkod meningkat sehingga 150 peratus terutama pada pertengahan April lalu, menurut Institut Geografi & Statistik Brazil (IBGE). Isu kenaikan harga tomato ini membuatkan pengguna bertindak mengurangkan pengambilan tomato dalam menu harian mereka. "Saya sudah lama tidak mengambil tomato dalam diet berasaskan sayuran kerana harganya semakin tinggi dan saya tidak mampu," tegas seorang guru muzik bersara, Mariliza Leitao. Ironinya, peningkatan harga tomato bukan sekadar memberi kesan terhadap pengusaha restoran mahupun rakyat biasa, tetapi turut memberi tekanan kepada kerajaan Brazil untuk membendung masalah tersebut. Cabaran besar Peningkatan kadar inflasi merupakan satu isu yang sangat sensitif di negara terbesar di Amerika Selatan itu. Ini kerana Brazil pernah berdepan krisis inflasi paling teruk sekitar tahun 1990-an yang mencapai kenaikan harga sehingga 2,000 peratus. Lantaran itu, Presiden Brazil, Dilma Rousseff berdepan cabaran besar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya menjelang pilihan raya tahun depan. Penganalisis tempatan daripada Persekutuan Agrikultur dan Ternakan, Leonardo Machado berkata, peningkatan harga tomato berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor. "Masalah cuaca seperti hujan lebat, kenaikan harga minyak, permintaan yang tinggi dan paling penting pengurangan di kawasan yang digunakan untuk penanaman menjadi punca kepada kenaikan harga tomato," jelas Machado yang berpangkalan di negeri Goias, wilayah yang merupakan pengeluar terbesar tomato di negara itu.
Selain itu, faktor kekurangan tenaga buruh atau pekerja di ladang-ladang turut menyumbang kepada kenaikan harga tomato. Menurut Mauro Lopes, pakar pertanian di pertubuhan pemikir Yayasan Getulio Vargas yang bertapak di Rio de Janeiro, kebanyakan pekerja ladang terdiri daripada individu yang tiada kemahiran khusus. Lantaran itu, apabila ditawarkan pekerjaan dengan suasana kerja yang lebih selesa dan mempunyai faedah-faedah perkhidmatan tertentu, sudah tentu mereka akan menerimanya. "Bekerja di kedai-kedai yang mempunyai pendingin hawa pasti satu pilihan lebih baik berbanding berada di bawah panas terik matahari di ladang-ladang tomato," ujar Lopes. Rumah hijau Perkara itu diakui oleh seorang peladang tomato, Cyro Cury yang menanam 10 jenis tomato di sebuah ladang yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari bandar Sao Paulo. Katanya, dia berminat untuk mengusahakan penanaman tomato di beberapa rumah hijau yang dimiliki untuk membantu memenuhi permintaan yang tinggi musim ini. Namun, dia gagal untuk mendapatkan pekerja tambahan yang sanggup menerima upah kira-kira AS$500 (RM1,500) sebulan. Dalam pada itu, Cyro memberitahu, kenaikan harga tomato sebenarnya tidak menjadikan mereka kaya walaupun ramai yang menganggap pengeluar tomato pasti gembira dengan situasi tersebut. Ia disebabkan perbezaan yang besar di antara harga pemborong dan pengguna. Biasanya, satu kotak tomato segar berharga 3.5 reais (RM5.18) tetapi, ia dijual empat kali ganda daripada harga asal di pasar raya tempatan. Katanya, keuntungan kecil telah membataskan keupayaan peladang untuk meningkatkan pengeluaran walaupun kitaran harga yang sering meningkat berlaku setiap tahun. "Ia sebenarnya tidak mengubah apa-apa. Jika kami tidak menerima polisi untuk skala kecil bagi tanaman dan makanan, kami akan menghadapi masalah yang lebih besar dalam tempoh 10 tahun akan datang," ungkapnya. Brazil kini merupakan pengeluar utama dunia untuk pasaran gula, tumbuhan citrus dan kopi. Malah, ia juga pengeksport utama ayam, itik dan daging di samping bakal menjadi antara negara teratas dalam pengeluaran soya. Bagaimanapun, masalah kekurangan tanah untuk tanaman bukan eksport semakin meruncing. Data yang diperoleh daripada agensi IBGE menunjukkan bahawa kawasan yang ditanam dengan makanan ruji seperti kekacang dan padi telah menjunam kepada 30 peratus sejak tahun 1990 sedangkan populasi rakyat di negara itu mengecil kepada 25 peratus. Meskipun penganalisis menjangka inflasi akan kembali sederhana tahun ini, kenaikan harga memberi cabaran kepada Presiden Rousseff, yang berusaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negaranya. "Kenaikan kadar inflasi telah mencetuskan penggera di dalam kerajaan memandangkan pengundi Rousseff sangat sensitif terhadap isu pekerjaan dan harga barang," jelas Profesor Sains Politik di Universiti Katholik Rio de Janeiro, Ricardo Ismael. Tetapi, dalam perjuangan beliau mengatasi kenaikan harga tomato, Rousseff tidak bersendirian. Beliau telah disokong oleh mantan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva yang masih popular dalam kalangan jutaan rakyat miskin negara tersebut. "Seorang pemimpin wanita yang berpengalaman seperti Dilma (Rousseff) tidak akan membenarkan isu kecil seperti tomato menghancurkan ekonomi dan negara yang mana rakyatnya telah belajar untuk hidup dengan inflasi kawalan," tegas Lula da Silva dalam satu majlis parti pemerintah baru-baru ini. Dalam pada itu, banyak lawak jenaka mengenai kenaikan harga tomato di buat terutama di laman-laman sosial seperti Facebook. Salah satu laman itu dipanggil Tomato caro atau bermakna Tomato mahal yang dipaparkan dalam bentuk kartun dan gambar montaj pada buah tersebut. "Saya tidak mahu menjadi kaya, cuma tingkatkan penanaman tomato," komen seorang pengguna laman sosial berkenaan. Ia satu jenaka yang perlu diharapkan kerajaan kerana seperti tomato itu sendiri, ia juga mempunyai jangka hayat yang singkat. Dilma Rousseff mungkin merupakan antara presiden yang terkenal di dunia, namun peluang beliau untuk dipilih semula pada tahun hadapan dicabar oleh pesaing yang cukup berkuasa iaitu tomato. | |||
Myanmar giat memulihara landasan kereta api maut Posted: 24 May 2013 09:59 PM PDT KELIHATAN ramai pelancong sedang menyeberangi jambatan kereta api di Sungai Kwai, di wilayah Kanchanaburi, Thailand. Jambatan itu menjadi terkenal apabila sebuah filem Hollywood mengenainya diterbitkan pada tahun 1957 iaitu The Bridge Over the River Kwai. Terdapat sebuah tanah perkuburan berhampiran jambatan yang dibina pada era Perang Dunia Kedua itu. Ia merupakan tempat persemadian ribuan tawanan perang yang mati ketika bekerja membina landasan kereta api maut. Sebagai sebuah negara yang membangun, Myanmar mempertimbangkan untuk membaik pulih kawasan bersejarah Perang Dunia Kedua itu sebagai salah satu tarikan pelancongan. Selain itu, ia juga sebagai langkah membantu pembangunan di kawasan sempadan negara tersebut yang penuh dengan konflik dan kemiskinan. Peperangan Seorang petani tempatan, Myat Soe sedang memetik rumpai dan bunga di kawasan berdekatan Tanah Perkuburan Perang Thanbyuzayat di daerah Mon. Ia menempatkan 3,000 tentera bersekutu yang gugur di antara sempadan Myanmar dan Thailand itu. "Selepas melawat tanah perkuburan ini, manusia pasti tidak mahu peperangan berlaku. Mati di medan perang sememangnya mulia tetapi amat menyedihkan," ujar Soe. Banyak tugu yang mengandungi tulisan di tanah perkuburan itu dibiayai oleh Suruhanjaya Komanwel Tanah Perkuburan Perang yang beribu pejabat di Britain. Tulisan tersebut berbentuk lirik lagu dan sajak merupakan bukti yang menyayat hati tentang peperangan yang pernah berlaku di sana. "Kami bukan ke medan perang untuk berpeluk tubuh. Kami meninggal dunia tanpa ucapan selamat tinggal," petikan daripada salah satu tulisan daripada Lans Koperal Sarjan Rejimen Askar Setia, Harry Dawes yang gugur di medan perang pada bulan September, 1943. Keletihan, kelaparan, penyakit dan diseksa merupakan punca utama kematian askar-askar yang dipaksa oleh tentera Jepun untuk mengorek laluan kereta api melalui hutan tebal dan batu pejal pada Oktober 1942 hingga Disember 1943. Kira-kira 13,000 tawanan perang yang ditangkap di Singapura, Semenanjung Malaysia dan Indonesia mati ketika pembinaan laluan tersebut. Selain itu, seramai 100,000 orang awam di kawasan tersebut turut dikerah bagi membina landasan kereta api berkenaan. Seorang veteran dari Australia, Robert Goodwin yang bekerja dengan syarikat Hellfire Pass di sempadan Thai, memberitahu, kesemua yang terlibat dalam pembinaan laluan kereta api itu mengalihkan batu-bata menggunakan tangan. "Sekiranya seseorang itu melakukan kerja dengan perlahan, mereka bukan sekadar memukulnya dengan tangan dan tukul malah menggunakan cemeti atau apa sahaja yang mereka pegang. Orang Jepun sememangnya kejam," katanya. Di Thailand, segerombolan pelancong asing dilihat berduyun-duyun ke landasan dan jambatan yang masih beroperasi. Ia juga sama seperti yang digambarkan dalam filem The Bridge Over the River Kwai. Kanchanaburi terletak kira-kira tiga jam dari Bangkok dan terkenal sebagai destinasi pelancongan di negara tersebut. Menurut pegawai pelancongan Thailand yang enggan dikenali, negara itu memperoleh pendapatan sebanyak 2.4 juta bath (RM240,597) pada tahun lalu hasil pelancongan di Kanchanaburi. Pembangunan pelancongan Berdasarkan fakta tersebut, Myanmar turut berminat untuk membangunkan kawasan tenggara negara itu sebagai tarikan pelancongan. Menurut seorang pegawai perkhidmatan kereta api Myanmar, kajian sedang giat dijalankan bagi mengesan laluan dari Thanbyuzayat hingga ke Three Pagodas Pass di sempadan Thai. Pegawai Lembaga Pelancongan Myanmar, Phyoe Wai Yar Zar memberitahu, kawasan Landasan Kereta Api Maut mempunyai potensi yang besar dalam pembangunan pelancongan di Myanmar. Menurutnya, usaha pembangunan itu tidak semestinya fokus pada kisah-kisah lampau di situ. Sebaliknya ia harus mempamerkan warisan penduduk etnik minoriti tempatan. Bagaimanapun, usaha untuk membangunkan kawasan tersebut turut mengundang keraguan. Menurut Rod Beattie, pengkaji sejarah yang menjalankan kajian mengenai pembangunan Pusat Kereta Api Kanchanaburi's Thailand-Burma, pembinaan itu merupakan satu usaha yang tidak masuk akal kerana empangan hidro Thailand menghalang laluan asal landasan itu. Laluan sepanjang 420 kilometer itu merupakan penghubung antara negara Thailand dan Myanmar. Ia digunakan untuk laluan askar Jepun dalam usaha melawan tentera British dan sekutu-sekutunya. Selepas perang tamat pada tahun 1945, landasan tersebut menjadi hutan belantara. | |||
Posted: 24 May 2013 09:56 PM PDT Sedan eksekutif paling popular di Malaysia sejak enam tahun lalu, Toyota Camry telah dikemas kini dan ditambah baik untuk tahun 2013. Camry kini hadir dengan sistem Vehicle Stability Control (VSC) yang turut meliputi Traction Control (TRC) untuk varian 2.5V dan 2.0G. Sistem keselamatan aktif itu dibangunkan oleh Toyota untuk mengesan gelinciran tayar sewaktu memecut di selekoh atau membelok di atas jalan yang licin. Biarpun penampilan luaran tidak berubah, ruang kabin Camry 2.5V dan Camry 2.0G kini menggunakan tona hitam (sebelum ini warna beige). Sementara varian Camry 2.0E pula kekal dengan warna beige. Semua varian Camry juga dilengkapi dengan ISOFIX. Camry 2.0G dilengkapi dengan sistem kemasukan pintar (Smart Entry) dan Start System yang merupakan ciri standard untuk model Camry 2.5V. Spesifikasi teknikal Camry tetap sama. Ia masih menggunakan dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter 2AR-FE dan 2.0 liter 1AZ-FE. Untuk ketenangan jiwa pemiliknya, Camry hadir bersama jaminan selama 36 bulan atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Biarpun dengan penambahan tersebut, harga yang ditawarkan untuk Camry 2.5V masih sama iaitu RM180,917. Sementara harga Camry 2.0G bertambah sebanyak RM1,000 (RM158,915) dan Camry 2.0E boleh anda miliki pada harga RM149,915 seunit. Selain penambahbaikan tersebut, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) mengadakan kempen Amazing Toyota Value sepanjang bulan Mei dengan promosi-promosi menarik dan peningkatan ke atas beberapa model pada harga yang cukup kompetitif. Sebagai contoh, Toyota Vios kini hadir dengan warna putih mutiara untuk varian 1.5G, 1.5G Limited dan 1.5 TRD Sportivo dalam unit terhad. Untuk opsyen ini, anda perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM800. Model-model lain yang turut ditambah baik ialah Hilux double cab 2.5G M/T, 2.5G A/T, dan 3.0G A/T. Trak pikap itu ditawarkan dengan sistem Toyota DVD Audio Video Navigation (AVN) dan kamera mengundur secara percuma. Aksesori tulen Toyota ini bernilai RM2,990. Tidak cukup? UMW Toyota juga menawarkan rebat pembayaran pendahuluan yang menarik untuk model-model seperti Vios, Camry, Altis, Prius, Prius c, Hilux dan Avanza. Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota atau layari laman web: www.toyota.com.my. Tertakluk kepada terma dan syarat. | |||
Dua tayar khas untuk negara ASEAN Posted: 24 May 2013 09:56 PM PDT
TREND para pengeluar motosikal membawa masuk dan melancarkan produk baharu nampaknya agak rancak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pelbagai model yang ditawarkan oleh pemain-pemain dalam pasaran sudah berwajah baharu. Sekali gus membuatkan segmen motosikal sedia ada kini menjadi semakin meriah. Contoh mudah, motosikal kembara, motard, off-road, jentera berkuasa tinggi, skuter maxi dan motosikal berkuasa tinggi boleh dilihat di mana-mana sahaja. Salah satu faktor penyumbang kepada situasi itu adalah kuasa pasaran dan pemansuhan duti import motosikal dari negara-negara ASEAN (ASEAN CKD). Malah, motosikal juga tidak lagi dilihat sebagai kenderaan kegunaan harian semata-mata. Ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup pemiliknya. "Lihat sahaja pada kehadiran Kawasaki Ninja 250 dan Honda CBR250R di atas jalan raya di negara ASEAN. Pengguna motosikal di Asia Tenggara lebih cenderung ke arah keseronokan tunggangan. "Ini mewujudkan keperluan untuk produk-produk lebih sesuai dengan corak kegunaan jentera," kata Pengarah Komersial Dua Roda Michelin Asia Pasifik dan India, Laurent Lemonnier pada taklimat dua produk terbaharu Michelin di Bangkok, Thailand baru-baru ini. Tambahnya, Michelin percaya Asia Tenggara berpotensi muncul sebagai pasaran paling pantas berkembang di dunia tidak lama lagi. Pilot Street Bersandarkan kepada perkembangan itu, Michelin menghasilkan dua rangkaian tayar khas untuk para pengguna negara ASEAN iaitu Pilot Street dan Pilot Street Radial. Pilot Street dibangunkan untuk kegunaan harian iaitu 100 peratus di atas jalan raya biasa. Tayar itu ditumpukan kepada kelas motosikal di bawah 250cc. Profail penggunanya ialah golongan lelaki muda urban yang meminati sukan bermotor. Mereka juga mementingkan imej motosikal. Corak penggunaan pula lebih ke arah tunggangan sporty dengan purata jarak tunggangan sekitar 150km sehari. Jadi, kumpulan sasar itu mengharapkan tayar yang memberi pengendalian terbaik, kestabilan dan tunggangan tepat, jangka hayat lebih lama, selain cengkaman di atas jalan basah atau kering. Pilot Street Radial Demi menampung keperluan segmen jentera supersports berkapasiti 250cc pula, Michelin tampil dengan Pilot Street Radial. Bezanya, produk itu sudah dicampur dengan silika dalam kandungan getah tayar. Silika ialah material yang diekstrak daripada pasir. Campuran silika pada bunga tayar dapat membantu mengurangkan rintangan, menjimatkan minyak dan menambah baik aspek cengkaman di atas jalan basah. Rangkaian tayar terbaharu itu direka di Pusat Teknologi Michelin di Ladoux, Perancis. Kilang pengeluarannya pula terletak di Thailand. Saya bersama kumpulan media Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam berpeluang menguji Pilot Street dan Polit Steet Radial di Thailand Circuit Nakhon Chaisri, Bangkok. Dua baris motosikal berkapasiti 250cc disediakan. Barisan pertama dilengkapi tayar standard keluaran kilang. Barisan kedua menggunakan Pilot Sport Radial. Pusingan pertama menggunakan tayar standard, sebelum ia ditukar dengan tayar Pilot Street Radial. Sewaktu tunggangan lurus, tidak banyak perbezaan di antara tayar standard dan Michelin. Tetapi perbezaan dapat dirasai ketika di selekoh. Apabila keluar dari kawasan selekoh dan pendikit minyak dipulas lebih, saya mendapati Pilot Street Radial lebih stabil cengkamannya. Selepas sembilan pusingan di litar, apa saya boleh katakan ialah produk Michelin itu memberi keyakinan untuk menurunkan jentera lebih rapat ke bahu litar. Tayar belakang nyata tidak membuang. Kami kemudian beralih kepada tunggangan motosikal underbone. Tayar digunakan ialah Pilot Street jenis tiub. Ujian sama dibuat pada jentera 125cc itu. Tahap cengkaman tayar cukup memuaskan, sehinggakan pemijak kaki menyentuh litar. Bagi menguji aspek kendalian tayar Pilot Street, kami dijemput untuk menunggang di trek berhalang dengan had masa 45 saat sahaja. Cabaran setiap penunggang ialah meniti titi kayu, membelok di sudut berbentuk huruf L, membuat pusingan kecil di lorong sempit dan slalom. Itulah antara halangan yang lazimnya dihadapi ketika mengharungi kesesakan lalu lintas di bandar. Bukan mahu puji lebih-lebih, tetapi prestasi tayar itu memang cukup memuaskan. Senarai harga tayar Pilot Street dan Pilot Street Radial untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan secara rasmi. Pengedar tunggal tayar motosikal Michelin untuk Malaysia ialah Verati Sdn. Bhd. Maklumat lanjut berkenaan tawaran tayar itu boleh didapati dengan menghubungi talian 03-9075 2609 atau e-mel ke alamat info@verati.net. Pengenalan dua rangkaian tayar itu disifatkan sebagai satu permulaan bagi Michelin di ASEAN. Bak kata Lemonnier, banyak lagi model akan ditawarkan tidak lama lagi. | |||
Kia Soul 2013: Jelmaan Track'ster Concept Posted: 24 May 2013 09:55 PM PDT KADANG-kadang kita ada terlepas pandang tentang sesuatu perkara. Mungkin sebab kita pandang remeh, tidak berfikir secara mendalam atau langsung tidak terlintas dalam fikiran. Perkara ini terjadi kepada saya apabila mendapat berita atau membaca tentang Kia Soul. Nama model tersebut dibaca tanpa rasa apa-apa, berkali-kali dalam tempoh yang agak lama hinggalah saya tersedar bahawa sebutan Soul adalah sama seperti Seoul, Korea Selatan. Baru-baru ini di New York, Amerika Syarikat (AS), Kia memperkenalkan model Soul serba baharu. Soul dibangunkan di atas chasis baharu yang lebih tegar, panjang dan lebar. Ini sekali gus menjadikannya lebih besar untuk penumpang dan ruang bagasi. Sementara bunyi, gegaran dan kekasaran turut dikurangkan. Menghormati pelanggan Soul yang unik, Kia memperkenalkan tiga varian kemasan untuk pasaran AS iaitu Base, Plus dan Exclaim. "Apabila Soul pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009, kami di Kia percaya bahawa kami telah berjaya menghasilkan sesuatu yang popular. Tetapi apa yang kami tidak tahu ialah sejauh mana populariti tersebut akan berkembang. "Soul telah merubah perspektif jualan dan pemasaran, sebelum menjadi antara model jualan terlaris Kia di AS. Maka, adalah penting untuk Soul baharu ini kekal menggunakan formula yang berjaya iaitu reka bentuk ikonik, selain menyuntiknya dengan dinamik pemanduan yang ditambah baik serta ciri-ciri yang meningkatkan keterampilan, sofistikated dan nilai," kata Naib Presiden Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi, Kia Motors America (KMA), Michael Sprague. Mengekalkan ciri-ciri yang membuatkan Soul istimewa dan menambah baik apa yang perlu bukanlah tugas mudah. Semasa pasukan pereka sibuk di studio Kia di California, jurutera di AS dan Korea pula fokus untuk menjadikan Soul seronok dipandu. Memetik laporan agensi berita Newspress, model baharu Soul dibangun berdasarkan kepada tiga fokus iaitu reka bentuk ikonik dengan pengaruh moden, ciri-ciri premium dan menambah baik dinamik pemanduan untuk membuatkan ia lebih menarik. Kia dikenali dengan model konsep yang mirip dengan model produksi. Jadi, pasaran boleh mengagak reka bentuk model baharu Kia yang tidak lari jauh dengan model konsep dan Soul tidak terkecuali. Kerangka lebih kukuh Dengan model konsep Track'ster yang diperkenalkan pada 2012, Kia mendapat maklum balas untuk menterjemahkan model itu kepada realiti. Dengan tempoh 18 bulan antara penetapan reka bentuk dan produksi, pasaran boleh menjamah model baharu itu yang banyak mempunyai pengaruh gayaan model konsep Track'ster. Ketua Pereka studio Kia di California, Tom Kearns mengatakan yang Track'ster banyak dipengaruhi oleh anjing bulldog. Malah, tema tersebut dizahirkan kepada hampir semua sudut Soul baharu. "Soul baharu sebenarnya merupakan antara tugasan yang paling sukar kami lakukan. Menghasilkan model dengan kombinasi reka bentuk sedia ada dengan suntikan elemen Track'ster sememangnya satu tugas yang mencabar. "Model ini dibina hasil bimbingan Peter Schreyer di Frankfurt dan bantuan daripada studio kami di Korea. Hasilnya kami berjaya mengekalkan nilai asal Soul. Pada masa yang sama mengadun elemen baharu pada bahagian luar dan dalam kereta," kata Kearns. Badan baharu Soul sebenarnya lebih kukuh iaitu peningkatan 28.7 peratus ketegaran kilasan (torsional rigidity). Jurutera telah menguatkan chasis pada poin sambungan sepanjang dinding enjin (cowl), bahagian atas dan bawah tiang B, cross member dan tiang C. Secara keseluruhannya, 66 peratus chasis menggunakan Ultra High Strength Steel (35 peratus) dan High Strength Steel (31 peratus). Tiang A kini 20mm lebih nipis seterusnya memperbaiki tahap penglihatan ke luar, saiz yang berkurangan tersebut ditebus dengan penggunaan Ultra High Strength Steel yang lebih ringan dan kuat. Penambahbaikan juga dibuat pada aspek pemanduan serta pengendalian melalui talaan semula suspensi depan dan belakang. Palang penstabil dialih ke belakang pada bahagian suspensi depan. Sementara kotak stereng pula dianjak ke depan supaya lebih seimbang, seterusnya memperbaiki tahap pengendalian. Kuasa untuk varian Base dihantar oleh enjin aluminium 1.6 liter Gamma Gasoline Direct Injection (GDi) berkuasa 130hp. Varian Plus dan Exclaim pula menggunakan enjin 2.0 liter Nu GDi berkuasa 164hp. Kedua-dua opsyen enjin tersebut telah ditala semula untuk memberikan lebih kuasa tork pada rpm rendah. Peningkatan sembilan peratus bagi model 2.0 liter dan lima peratus untuk model 1.6 liter bagi memperbaiki prestasi pemanduan bandar. Enjin 1.6 liter dipadankan dengan transmisi enam kelajuan manual atau automatik. Varian Plus pula mungkin akan dipadankan di antara kedua transmisi tersebut, manakala varian Exclaim hanya ditawarkan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Jika anda perasan, kereta buatan Korea mempunyai beberapa model yang mengambil nama tempat seperti Hyundai Tucson dan Hyundai Santa Fe. Jadi tidak hairanlah jika Kia menggunakan nama Soul untuk model ini. Pilihan nama tersebut merupakan suatu yang pintar kerana ia turut mengangkat nama ibu kota Korea Selatan itu di mata dunia. Tahukah anda bahawa tayar Astar keluaran Sime Tyres berasal daripada perkataan Alor Setar? Nama tersebut diambil sempena lokasi kilang produksi tayar yang kini dimiliki oleh Continental AG. | |||
Kekal DNA tahan lasak dan jimat bahan api Posted: 24 May 2013 09:54 PM PDT
SELEPAS sekian lama menunggu, trak pikap popular keluaran Isuzu iaitu D-Max generasi kedua akhirnya dilancarkan secara rasmi pada malam Rabu lalu. Jika dilihat kepada skala majlis pengenalannya, Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (Isuzu Malaysia) nampak serius untuk memberitahu semua orang tentang kemunculan produk terkininya itu. Harus tahu bahawa ia bukanlah model naik taraf. D-Max yang tampil dengan rekaan lebih segar dan kontemporari itu merupakan model serba baharu. Sama ada dari segi penampilan, teknologi, mahupun rangkaian kuasanya. Model itu sebenarnya telah menjenguk pasaran Thailand sejak tahun 2011. Sambutan yang diterimanya juga amat menggalakkan apabila 250,000 unit telah berjaya dijual. D-Max bukan popular di Thailand sahaja. Kalau dilihat di pasaran antarabangsa, trak pikap itu sudah terjual lebih 2.5 juta unit di 80 buah negara di seluruh dunia. Program pembangunan komprehensif Pengguna di Malaysia mula diperkenalkan dengan D-Max pada tahun 2003. Sejak itu, ciri utama D-Max iaitu ketahanan, kebolehpercayaan dan penjimatan bahan api sudah diketahui oleh rakyat negara ini. Maka, tidak hairanlah jika lebih 30,000 unit D-Max sudah menemui pemiliknya. Malah, semuanya berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkannya. Bagi menjadikannya terus kekal relevan dalam segmen trak pikap yang begitu sengit, D-Max juga telah menjalani proses penambahbaikan sebanyak beberapa kali. "Pasukan jurutera Isuzu bukan sekadar meningkatkan ciri-ciri utama seperti ketahanan, kebolehpercayaan dan penjimatan bahan api. Malah pakej keseluruhan seperti keselesaan, keselamatan dan prestasi pada Isuzu D-MAX serba baharu ini juga telah dibawa ke tahap lebih tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kimitoshi Kurokawa. Merupakan hasil daripada program pembangunan paling komprehensif dalam sejarah Isuzu Motors, D-Max kini nyata tampil dengan lebih bersedia untuk memenuhi apa jua keperluan pelanggannya. Program pembangunan D-Max baharu melibatkan penyelidikan dan kaji selidik pelanggan dari seluruh dunia secara ekstensif. Hasilnya, trak pikap itu mampu menjelma menjadi sebuah kenderaan yang benar-benar tahan lasak. Tidak percaya? D-Max sudah pun ujian ketahanan sejauh lebih empat juta kilometer! Menyambung kolaborasi daripada model generasi pertama, D-Max baharu turut dibangunkan bersama General Motors (GM). Tetapi Isuzu mengetuai proses pembangunan tersebut. Maka, produk yang mereka hasilkan iaitu D-Max dan Chevrolet Colorado adalah berbeza dari segi enjin, transmisi, dinamik pemanduan dan gayaan luaran. Apa yang sama cuma platform dan ruang dalamannya sahaja. D-Max kini mempunyai saiz yang lebih besar pada setiap dimensi. Selain mampu menawarkan ruang kabin dan kargo lebih luas, penampilannya juga semakin maskulin dan agresif. Sekiranya diteliti, profail rekaan badan yang berbentuk seperti baji itu sebenarnya direka untuk kecekapan. Fokus kepada aspek aerodinamik, rekaan itu dicipta menggunakan kemudahan terowong angin milik Institut Penyelidikan Teknikal Kereta Api Jepun. Ia merupakan kemudahan sama yang digunakan untuk membangunkan kereta api laju Jepun yang terkenal itu. Hasilnya, tahap pekali seretan (coefficient of drag, Cd) D-Max adalah yang paling rendah dalam kelasnya. ia sekaligus menjadikannya sebah kenderaan yang lebih senyap dan cekap terutama ketika memecut di lebuh raya. Isuzu menyatakan bahawa kualiti ruang kabin D-Max sekarang sudah seperti sebuah SUV. Selepas duduk seketika di dalamnya, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ruang kokpitnya kini semakin luas, moden dan mewah. Sistem audio mewah Pereka Isuzu memastikan semua butang kawalan diposisikan agar mudah dicari dan dicapai oleh pemandu. Sebagai contoh, posisi pemilihan mod pacuan empat roda sebelum ini diletakkan pada fascia papan pemuka. Kini, tombol itu diletakkan lebih hampir dengan pemandu dan tuil gear. Ini membolehkan pemandu untuk memilih mode pemanduan tanpa perlu mengalihkan pandangan daripada jalan raya. Kefungsian ruang juga dipertingkatkan. Kini terdapat sepuluh tempat untuk anda meletak minuman dan 15 kompartmen barang, termasuklah di bahagian bawah tempat duduk belakang. Untuk keselesaan maksimum penumpang, tempat duduk belakangnya mempunyai sudut kedudukan terbaik dalam kelasnya. Ketiga-tiga orang penumpang belakang juga mempunyai perehat kepala dan tali pinggang keledar tiga poin sendiri. Jika tiada penumpang di tengah, perehat tangan boleh diturunkan untuk menambah keselesaan. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, ciri ISOFIX disediakan. Berita baik untuk peminat muzik, D-Max kini dilengkapi sistem audio mewah yang mampu menghasilkan bunyi berkualiti tinggi. Di samping pembesar suara, Sistem Audio Premium Isuzu turut hadir dengan sepasang tweeter 'exciter' yang dipasang kemas pada kemasan bumbung di bahagian atas kepala penumpang. Bercakap tentang prestasi pula, sumber kuasa trak pikap tersebut diperoleh daripada unit enjin 2.5 liter Super Commonrail baharu. Ia dilengkapi sistem turbo Variable Geometry System (VGS) yang dikawal oleh komputer. Enjin berkenaan bukan sahaja memberikan maklum balas pendikit dan prestasi yang lebih baik, malah para jurutera Isuzu berjaya mengimbanginya dengan mengurangkan emisi ekzos serta penggunaan bahan api lebih efisien sehingga sepuluh peratus . Enjin baharu dengan kod nama 4JK1-TCX itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 100kW (136PS) @ 3,600 rpm dan tork 320Nm di antara 1,800rpm hingga 2,800rpm. Ia sememangnya lebih berkuasa jika dibandingkan dengan prestasi enjin 3.0 liter sebelum ini. Berbanding enjin 2.5 liter terdahulu, kuasa dan tork enjin baharu meningkat sebanyak 17 dan 14 peratus. Selain memaksimumkan kecekapan enjin, pengecas turbo VGS berfungsi menghilangkan 'turbo lag' bagi memberikan pecutan lebih pantas. Saiz intercooler juga ditingkatkan bagi menambah baik prestasi penyejukan dan memastikan suhu operasi yang konsisten untuk jangka hayat enjin lebih lama. Enjin itu kemudian dipadankan dengan pilihan kotak gear lima kelajuan manual atau automatik yang baharu bersama mode penukaran berurutan bagi memberikan kawalan sepenuhnya kepada pemandu. Tidak pernah kompromi dengan keselamatan pengguna, D-Max dilengkapi pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Misalnya Traction Control System (TCS), Electronic Stability Control (ESC), ABS dengan Electronic Brake Distribution (EBD) dan Brake Assist. Kerangka dan dinamik tubuh juga menerima penambahbaikan ketara. D-Max ditawarkan melalui lima varian berbeza. Varian-varian tersebut dibezakan oleh sistem pacuan roda, enjin, transmisi, aksesori dan jumlah beg udara yang ada padanya. Harga D-Max bermula dari RM69,799 hingga RM101,150 seunit. Bagi memberi pilihan lebih luas kepada bakal pemiliknya, D-Max hadir dalam lima warna menarik iaitu merah, kelabu, hitam, putih dan perak. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |