Rabu, 8 Mei 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Ashraf enggan komen isu kahwin dua

Posted: 07 May 2013 07:35 AM PDT

ASHRAF mengakui dia sememangnya mengunjungi Mahkamah Syariah baru-baru ini.


SEBUAH forum gosip hiburan popular di internet mengeluarkan satu dakwaan bahawa pelakon yang dahulunya pernah popular menerusi drama Manjalara, Ashraf Muslim, telah berkunjung ke sebuah mahkamah syariah baru-baru ini.
Tujuannya adalah untuk membuka sebuah fail mendapatkan kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama.
Susulan dengan dakwaan terbabit, timbul desas-desus mengatakan punca tindakan Ashraf, 32, mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana.
Perkahwinan pasangan itu hampir memasuki usia tiga tahun setelah diijabkabulkan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.
Kosmo! mendapatkan pengesahan dan keterangan lanjut daripada pelakon filem Aku Masih Dara itu berhubung isu terbabit. Ikuti temu bual bersama Ashraf ketika dihubungi menerusi telefon baru-baru ini.
Kosmo!: Benarkah dakwaan bahawa Ashraf telah pergi ke sebuah mahkamah syariah untuk membuka fail kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama?
ASHRAF: Saya ada ke sana tapi saya tidak boleh komen lanjut atas sebab apa.
Adakah benar dakwaan rumah tangga Ashraf kini bergolak sehingga menyebabkan Ashraf berkahwin lain?
Saya tidak perlu cakap. Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang.
Sejauh manakah kebenaran dakwaan terbabit?
Tiada komen!
USIA perkahwinan Ashraf dan Noor Dayana kini hampir mencecah tiga tahun.


Bagaimanakah kehidupan peribadi Ashraf bersama keluarga sekarang?
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang masalah.
Adakah sebarang khabar gembira daripada Ashraf mengenai cahaya mata?
Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi. Kami ada berikhtiar menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional tapi belum rezeki kami.
Semakin kurang dilihat di kaca televisyen atau layar perak, adakah Ashraf sudah nekad untuk bersara daripada dunia lakonan?
Berdakwah itu ada banyak cara dan Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan berlakon. Saya mendapat banyak tawaran tapi terpaksa tolak kerana saya mempunyai prinsip. Prioriti saya adalah kehidupan saya sekarang untuk mengubat orang sakit.
Bercerita mengenai dunia lakonan yang bukan lagi menjadi prioriti Ashraf, adakah anda terkilan sekiranya masih ada naskhah lakonan anda sebelum ini yang mungkin kurang sopan disiarkan di televisyen berulang kali?
Ada antara lakonan lama saya boleh menjatuhkan aib saya tapi saya kena terima perkara yang sudah berlaku dan saya tiada kuasa untuk menghalangnya. Sepatutnya stesen televisyen tidak boleh mengeluarkan drama atau program yang agak berbahaya bagi saya dan boleh mendatangkan syak wasangka kepada pesakit saya.
Adakah Ashraf terkilan dengan tindakan sesetengah stesen televisyen yang tidak menghormati pendirian anda dan beberapa rakan artis yang telah berhijrah?
Saya reda tapi saya berharap stesen televisyen menghormati pendirian saya. Saya tidak berapa berminat kalau stesen TV mengeluarkan drama atau filem lakonan saya yang tidak betul.
Ashraf sudah lama menyepi daripada industri seni, sudi kongsikan perkembangan terbaharu sekarang?
Saya sibuk menguruskan klinik dan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah milik saya setiap hari. Selain itu saya turut menguruskan sebuah produksi iaitu Al-Hidayah Production dan telah menerbitkan dua buah drama sebelum ini iaitu Aku Bukan Haji dan Surat Untuk Dia. Selepas ini akan ada drama terbaharu daripada produksi saya yang sedang diusahakan.

Ramai percaya ibu duit online

Posted: 07 May 2013 07:34 AM PDT


SALAH satu iklan ibu duit yang dijual secara online.


KUALA LUMPUR – Bagi mengejar kemewahan, ramai percaya kepada perkara tahyul seperti menyimpan ibu duit yang didakwa mampu memberikan kekayaan kepada pemiliknya.
Jika dahulu, ibu duit diambil daripada pemberian orang-orang tertentu seperti bomoh namun sekarang ia sudah boleh dipesan secara mudah melalui online.
Tinjauan di beberapa laman web mendapati terdapat beberapa iklan jualan wang kertas RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 yang dilabel sebagai ibu duit dan ia menerima sambutan ramai.
Iklan-iklan berkenaan turut menyelitkan hadis dan dalil-dalil agama selain memaparkan testimoni pengguna dalam bentuk surat dan resit bank yang menunjukkan peningkatan jumlah wang luar biasa di dalam akaun masing-masing bagi menarik minat orang ramai.
Tinjauan juga mendapati, mereka yang berminat hanya perlu menghubungi nombor atau menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor yang terdapat di dalam iklan untuk membelinya pada harga RM450 hingga RM650 setiap satu.
Tempahan juga boleh dibuat melalui SMS dan setelah pembayaran dibuat, ia diposkan kepada pembeli dan akan diterima dalam tempoh lima hari.
Tempoh lima hari itu diperlukan bagi menjampi wang kertas itu bagi dijadikan ibu duit melalui satu upacara khas.
Mengulas perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, kepercayaan kepada ibu duit menyalahi syarak dan boleh membawa kepada syirik.

Anak peneroka bergelar jutawan emas

Posted: 07 May 2013 07:33 AM PDT


 Shamsul Anuar
Shamsul Anuar menceritakan pengalaman beliau dalam industri emas.
Anak peneroka bergelar jutawan emas
Anak peneroka bergelar jutawan emas
JIKA tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Itulah perumpamaan untuk berjaya. Perlu usaha yang gigih untuk mencapai kejayaan. Pelbagai pengalaman pahit manis dalam kehidupan, telah diharungi oleh anak peneroka Felda Gedangsa Hulu Selangor yang juga bekas guru Shamsul Anuar Md Ali, 35 tahun menceritakan pengalaman beliau dalam industri emas.

" Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah". Beliau membuka bicara.

"Pada tahun awal bergelar guru dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai suami dan ayah memaksa saya membuat kerja sampingan bagi mencari duit lebih. Tambahan pula pada waktu itu isteri masih lagi belajar.

Apa yang saya lakukan ialah pada setiap awal pagi saya masak mi goreng, nasi goreng, nasi lemak dan letak di gerai di sepanjang jalan menuju ke sekolah. Sebelah malam pula saya mengajar tuisyen.

Selain itu saya juga pernah menjual baja, membuat kerja percetakan, menjadi ejen syarikat MLM, berniaga restoran namun semuanya hanya sekerat jalan dan akhirnya saya terpedaya dengan pujukan penganjur skim cepat kaya yg menjanjikan pulangan lumayan sehingga habis duit saya dikikis.

Kesilapan yang saya lakukan menyebabkan segalanya hilang sekelip mata. Gaji yang semakin tidak mencukupi, hutang keliling pinggang memaksa saya mencuba pula menjadi nelayan.

Mungkin ramai yang tidak percaya namun itulah hakikatnya. Untuk menyara empat orang anak, saya dan isteri turun ke laut setiap hari selepas waktu persekolahan.

Boleh dikatakan hidup kami sekeluarga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tanpa menghiraukan keadaan cuaca, kami tetap turun ke laut dan pernah dipukul gelombang dalam kedaan ribut petir di tengah laut. Hanya Allah yang tahu perasaan kami suami isteri ketika itu demi mencari nafkah untuk empat orang anak kecil yang turut kerisauan di rumah.

Selama setahun bermain dengan ombak dan laut saya banyak berfikir bagaimana mahu ubah kehidupan saya sekeluarga. Akhirnya saya menemui emas yang sememangnya sejak ribuan tahun dahulu nilainya tidak pernah susut.

Pada tahun 2009 bermula dengan dua kilogram emas berharga RM103 segram Cikgu Shamsul bersama isterinya Cikgu Norliza Ngatiman nekad untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM300,000.
"Saya membeli jongkong emas sebanyak dua kilogram berharga RM206,000 dan lebihan duit tersebut saya membeli barang kemas terpakai dan jadikan sebagai simpanan.

"Menggunakan ilmu emas, saya cuba bercerita kepada rakan-rakan tentang kelebihan simpanan emas berbanding simpanan wang kertas. Alhamdulillah hasil perkongsian ilmu tersebut ramai rakan-rakan yang sedar dan celik emas telah membeli emas daripada saya.  Penubuhan Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd  (GCP) pada 26 Mac 2009 bersama isteri, merupakan tindakan tepat kami memandangkan permintaan yang semakin meningkat. Amat mengujakan pada tahun pertama sahaja jualan kami mencecah RM23.9 juta.

Menurut Shamsul, "sepanjang empat tahun ini, kenaikan harga emas pernah mencatat harga tertinggi pada 16 September 2011 mencecah RM216 segram dan nilai keuntungan yang saya peroleh juga mampu membuatkan saya membayar balik pinjaman bank dengan seberapa segera."

Jelas Shamsul lagi, GCP adalah sebuah syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya. Ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.

"Kepakaran kami menyediakan platform terbaik dan membimbing masyarakat mencapai 'financial freedom' dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan, pelaburan dan perniagaan emas fizikal yang mana kejayaan ini telah terbukti apabila syarikat berjaya melahirkan lebih 4500 usahawan emas bumiputera dalam tempoh 4 tahun penubuhannya.

Melihat keadaan perniagaan yang semakin "huru hara" dengan permintaan emas yang tinggi dari pelanggan, beliau dan isteri nekad berhenti mengajar untuk menumpukan sepenuh masa bersama-sama menjayakan syarikat milik mereka.

Menjelaskan potensi pelaburan emas, "emas semakin sukar didapati kerana ia merupakan galian yang tidak boleh dicipta dan kerana kesukaran itulah harganya akan sentiasa naik dan meningkat berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap emas. Saya ambil contoh begini."
"Dalam empat tahun pertama sahaja, harganya sudah naik sehingga RM87  segram (RM190 segram harga runcit di pasaran hari ini) dan jika diambil kira dengan emas yang kita ada, keuntungan diperoleh sudah mencecah RM174,000," katanya.

"Kami mahu membantu masyarakat celik tentang emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami juga membantu masyarakat untuk meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar GCP di mana harga pengedar beli daripada GCP, jauh lebih murah berbanding harga di pasaran.

"Harga yang ditawarkan kepada pengedar adalah harga borong. Pengedar kemudiannya boleh menjualnya kepada individu yang berminat dan ia mengikut kepada budi bicara pengedar itu sendiri. Jika ia mahukan untung lebih, mereka akan menjualnya pada harga runcit pasaran dan jika mahu untung sedikit, boleh jual kurang dari harga pasaran. GCP juga menawarkan penghantaran percuma walaupun pembelian emas seberat satu gram. Emas yang ditawarkan juga adalah berketulenan 999 dan 916," jelasnya.

"Pada awal penubuhan, saya berusaha keras dan berkorban masa untuk bersama keluarga tetapi selepas empat tahun, masa untuk keluarga juga semakin banyak apabila kini syarikat semakin kukuh dan berjalan mengikut sistem seperti yang dirancang. Setiap tahun saya sekeluarga boleh melancong ke tempat disukai, menunaikan Umrah, tanpa ada batasan wang dan sebagainya.

"Melihat kejayaan yang telah diperolehi, saya mengambil keputusan mengadakan pelbagai seminar dan program khusus untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang pelaburan emas ini agar masyarakat tidak terjebak dengan pelbagai skim cepat kaya  yang menggunakan emas sebagai daya penarik. Malah melalui pengalaman dan kepakaran saya dalam bidang perniagaan emas ini besar harapan saya untuk menambah nilai hidup ramai orang untuk kaya dan berjaya dunia akhirat.

"Untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup, seseorang tidak boleh memasang impian kosong sebaliknya perlu ada tindakan yang luar biasa dan konsisten. Malah tindakan itu juga mestilah bersistem berdasarkan ilmu yang diajar oleh mentor.

Dahulu, saya mengajar anak murid di sekolah tetapi kini saya mengajar masyarakat sekali gus berkongsi kenikmatan hidup yakni mempunyai kebebasan kewangan dengan kata lain adanya wang pada bila-bila masa," katanya yang menjelajah ke seluruh Malaysia dalam Program Usahawan Aura Kejayaan yang dianjurkan GCP.

Dalam program ini saya menekankan  pentingnya emas sebagai penyimpan nilai dan mengelakkan wang kertas semakin susut nilainya dimamah inflasi serta mengelak dari terjebak dengan skim cepat kaya.

Selain daripada berceramah di seminar-seminar, bulan Julai nanti juga Shamsul akan berkongsi ilmu dengan bersiaran setiap ahad jam 9 malam sebanyak 13 episod sebagai panelis di rancangan Bicara Hikmah, HyppTv HIKMAH unifi, saluran 113.

Sehubungan itu individu yang ingin menceburi bidang pelaburan dan perniagaan emas digalakkan menimba sebanyak mungkin ilmu tentang emas dan salah satunya adalah menyertai majlis ilmu yang dianjurkan GCP secara PERCUMA dengan melayari www.usahawanaurakejayaan.com

Bagi anda yang ingin tahu mengenai Goldcrest Pavillion Sdn Bhd, boleh
Kunjungi kami di:-
PEJABAT URUSAN GCP
Pt 7490 tkt 1, Jln BBN 1/1E Putra Point 1, Bdr Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Hotline: 1700817969
Isnin-Jumaat  9.00pagi hingga 5.00ptg.
(Belakang bank Rakyat Nilai)

KEDAI EMAS GCP
CAWANGAN CHERAS.
No 47 Jln Dwitasik 1,
Dataran Dwitasik,
Bdr Tasik Permaisuri Cheras.
TEL: 0391743476
TEL: 03-8933 1442
Isnin-Sabtu 11.00pagi hingga 6.00ptg.
(Sebelah Arrahnu Exchange)

CAWANGAN MELAKA CENTRAL
No 41 Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda, Melaka Central, Melaka.
Isnin-Sabtu 11.00pagi hingga 6.00ptg.
(Hadapan JUSCO Melaka Central)

CAWANGAN KEPALA BATAS PULAU PINANG
No. 33 Lorong Bertam Indah 4/9, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Isnin-Sabtu 11.00pagi hingga 6.00ptg.
(Sebelah Maybank & Tabung Haji Bertam)

Website: www.gcp.com.my
Facebook: www.facebook.com/goldcrestpavilion.gcp

Rabecca Nur Al-Islam Mengandung Lagi

Posted: 07 May 2013 07:32 AM PDT

Rabecca Nur Al-Islam
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam mengakui dia kini sedang hamil 18 minggu dan menganggap ia satu rezeki yang amat bermakna selepas melahirkan anak sulungnya, Nor Anggun Raverra pada 2 November tahun lalu.
Rabecca atau nama panggilannya, Becca, 27, juga menyifatkan kehamilannya itu merupakan hadiah yang cukup bermakna daripada Tuhan selepas pernah mengalami dua kali keguguran sebelum ini.
"Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang saya dan suami terima ini. Keguguran kandungan sebanyak dua kali sebelum ini ada hikmahnya. Allah S.W.T memberikan rezeki lebih buat saya sekeluarga.
"Walaupun dalam tempoh masa yang sangat dekat, itu tidak menjadi isu.
Rabecca ketika melahirkan Anggun pada November tahun lalu. Foto milik Rabecca.
"Anak lelaki saya, Adam Daniel turut teruja dengan kehadiran seorang lagi adiknya tidak lama lagi. Semoga bayi (dalam kamdungan) ini mengukuhkan dan menyinari lagi keluarga kami, InsyaAllah," katanya yang dihubungi mStar Online, pada Isnin.
Tambah Rabecca, kerana keterujaannya itu, dia juga sudah mempunyai senarai nama anak yang bakal dilahirkan nanti.
"Memandangkan saya masih lagi tidak tahu jantina anak, saya sudah ada tiga senarai nama anak perempuan dan lelaki.
"Saja nak berangan, yang penting anak yang bakal dilahirkan itu sihat dan cukup sifat," ujarnya.
Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang mengandung, Rabecca berkata, kehamilannya pada kali ini membuatkan dia sering berasa malas untuk keluar rumah.
Sebaliknya, pelakon drama Jangan Tegur... Lagi itu lebih senang berehat di rumah sambil melayani karenah anak-anaknya.
Sementara itu, beritahu Rabecca, dia terpaksa melupakan hasrat kembali aktif berlakon semula buat sementara waktu sehinggalah dia selesai tempoh berpantang selepas melahirkan anak yang dijangka sekitar bulan September ini.
"Kali ini saya mahu berehat sepenuhnya tanpa melakukan sebarang kerja. Mungkin selepas habis pantang nanti barulah saya akan sibuk berlakon.
"Tidak mungkin saya akan berhenti terus di bidang ini. Dalam pada itu saya berhasrat untuk menjadi penerbit drama, namun ia masih lagi dalam perancangan," katanya.
Becca telah mendirikan rumah tangga dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 45, pada 14 Januari 2011 di kediaman mereka di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

Syed Ali Hilang 11 Kilogram Kerana Lakonan

Posted: 07 May 2013 07:31 AM PDT

Syed Ali bersyukur kerjaya lakonannya semakin menyerlah pada tahun 2013.
PETALING JAYA: Pelakon Syed Ali mengakui menghabiskan masa sekurang-kurangnya lima hari seminggu di pusat kecergasan untuk bersenam bagi menguruskan badannya.
Syed Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Tar Mohd, 27, berkata, dia kini berjaya menurunkan berat badannya kepada 69 kilogram berbanding 78 kilogram sebelum ini.
"Sebelum ini saya memang sedang membina badan supaya tampak lebih sasa tetapi ramai mengatakan saya tidak sesuai dengan susuk tubuh itu tambahan pula kebanyakan drama yang saya terima memerlukan badan yang lebih kurus.
"Jadi kerana kerjaya saya kuruskan kembali badan saya dan Alhamdulillah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 11 kilogram dan hanya perlu mengekalkan berat dan bentuk badan sedia ada," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi, Isnin.
Dalam pada itu, Syed berkata, tahun 2013 memperlihatkan kerjaya lakonannya semakin berkembang dengan pelbagai tawaran berlakon diterimanya.
Bagaimanapun kata Syed, dia terpaksa memilih watak yang diterimanya kerana bimbang tidak dapat melunaskan kesemuanya pada masa sama.
"Alhamdulillah tawaran semakin mencurah tahun ini sehingga terpaksa memilih kerana tidak mampu untuk menerima kesemuanya,"jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Syed berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Buddies musim kedua selain baru selesai di set drama 16 episod berjudul Ikhlas untuk siaran bulan Ramadan nanti di TV1.

Luahan Insan Seni Selepas BN Kembali Memerintah

Posted: 07 May 2013 07:30 AM PDT

Helen Yap
PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pemerintahan.
Sokongan para artis yang sanggup turun padang membantu kerajaan berkempen membuatkan mereka turut gembira dan bersyukur atas kemenangan itu.
<>mStar Online mendapatkan komen beberapa golongan artis dan kebanyakan mereka mengharapkan kerajaan dapat membalas sokongan mereka dengan memberi perhatian serius terhadap industri seni tempatan.
Komposer terkenal Helen Yap menyifatkan kemenangan BN menunjukkan rakyat masih lagi menyokong kerajaan walaupun terlalu banyak informasi terutamanya di laman sosial memburukkan kerajaan BN.
Justeru itu, dia berharap pihak kerajaan dapat membuktikan ketelusan dalam setiap perkara yang dilakukan bagi meyakinkan pihak lain (pembangkang) mengenai pentadbiran BN.
"Saya rasa semua orang mahu melihat ketelusan kerajaan dalam mentadbir negara.
"Dalam pada itu, saya harap kerajaan dapat membantu mengukuhkan industri seni kita," katanya.
Noh Salleh
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pula berharap pihak kerajaan dapat memberi ruang buat karyawan khususnya penggiat muzik mengadakan persembahan di mana-mana sahaja di negara ini tanpa sekatan.
"Ada beberapa tempat yang penggiat muzik tidak dibenarkan membuat persembahan nyanyian.
"Kalau boleh kami mahu diberi ruang mencari rezeki di mana-mana sahaja tanpa perlu disekat.
"Harap-harap kami mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak kerajaan seperti mana kami menyokong mereka," tuturnya.
Ad Samad
Sementara itu, penulis lirik Ad Samad pula gembira apabila mendapat tahu Datuk Ismail Sabri memenangi kerusi parlimen Bera, Pahang dan berharap bapa kepada penyanyi Dafi itu dapat terus berkhidmat kepada rakyat.
"Ismail Sabri seorang yang berjiwa rakyat dan sentiasa turun padang mendengar luahan masalah rakyat dan beliau sememangnya layak. Saya gembira atas kejayaannya itu.
"Dalam masa sama, apabila perlantikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang baru, saya harap individu itu dapat membantu golongan seni," katanya.
Jojo Struys
Pengacara jelita, Jojo Struys yang kini giat mempromosikan album berbentuk meditasi berjudul, Letting Go With Jojo Struys Vol 2 berharap kerajaan yang dipilih sekarang dapat memastikan keamanan negara tanpa sebarang isu perkauman.
"Berdasarkan pelbagai luahan di Internet, saya rasa rakyat inginkan perubahan dan ramai yang kecewa di luar sana.
"Apa-apa pun, yang penting kita lihat masa depan dan saya mengharapkan Malaysia selamat dan masyarakat di negara ini aman dan makmur tanpa perbalahan," katanya.
Shashi Tharan
Pelakon filem Estet, Shashi Tharan pula berharap kerajaan dapat membuat pemantauan mengenai kemasukan lambakan filem luar ke dalam negara sehingga menjejaskan industri perfileman tempatan.
Katanya, menerusi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pihak tersebut dapat memantau pawagam yang lebih mengutamakan filem-filem asing.
"Saya harap KPKK dapat membuat sekatan filem luar dalam beberapa jangka masa sehinggalah ekonomi industri filem tempatan kembali lancar.
"Kerana pihak pawagam yang lebih mementingkan filem-filem luar, produk tempatan langsung tidak dipandang masyarakat.
"Apabila penyekatan berlaku, saya percaya industri perfileman kita dapat kembali hidup. Ia sekali gus membantu pendapatan penggiat-penggiat seni lain," tegasnya.
Tambah Shashi, dia juga mahu pihak kerajaan menetapkan piawaian pendapatan para pelakon dengan kadar yang berpatutan, agar tidak ada individu atau pihak produksi mengambil kesempatan meletakkan harga yang rendah kepada pelakon-pelakon berbakat.

PRU13: Herman Tino Adakan Kenduri Rai Kekalahan

Posted: 07 May 2013 07:29 AM PDT

Herman Tino akan mengadakan kenduri bagi meraikan kekalahannya pada PRU13 dan akan menjemput 340 pengundi yang mengundinya.
PETALING JAYA: Penyanyi era 80-an Herman Tino akan mengadakan sebuah majlis kesyukuran bagi meraikan kekalahannya dalam merebut kerusi Parlimen Tanjong Karang daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar pada 5 Mei lalu.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, dia turut menjemput kesemua 340 pengundi yang mengundinya ke majlis tersebut bagi menghargai sokongan mereka walaupun tewas.
"Tidak semestinya menang sahaja boleh buat kenduri jadi saya memang berhajat untuk membuat majlis itu bagi meraikan kekalahan dan para pengundi yang mengundi untuk saya.
"Bagaimanapun saya masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan majlis berkenaan," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Noh menang dengan majoriti besar apabila memperolehi 20,548 undi manakala lawannya Mohamad Rashdi Deraman (PAS) memperolehi 16,154 undi manakala Herman Tino 340.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' itu turut hilang wang pertaruhannya sebanyak RM10,000.
Dalam pada itu, Herman Tino berkata, beliau menerima hakikat kekalahannya kerana tahu telah bertanding secara jujur walaupun membuat keputusan itu pada saat-saat akhir.
Jelasnya, walaupun hilang wang pertaruhan dia berbangga dan bersyukur kerana rakan-rakannya yang membantunya untuk membayar wang berkenaan tidak pernah membangkitkan isu berkenaan dan terus menyokongnya.
"Saya terima hakikat dengan kekalahan tersebut dan tidak pernah mempersoalkannya malah saya semakin memahami dengan situasi dan siapa sebenarnya diri saya," jelasnya.
Tambah Herman Tino, beliau akan terus memperjuangkan kepercayaannya dalam politik sebagaimana beliau bersungguh-sungguh semasa mencipta nama sebagai penyanyi.
"Seperti mana bidang nyanyian begitu juga dengan politik. Saya tidak main-main dan akan terus memperjuangkan kepercayaan saya. Insya Allah jika ada rezeki saya akan bertanding lagi," katanya.

Jimmy Shanley Ke Mahkamah Lagi Walaupun Kes Sudah Selesai

Posted: 07 May 2013 07:29 AM PDT

Jimmy Shanley
PETALING JAYA: Pelakon Jimmy Shanley yang sebelum ini berasa lega apabila kes perceraian dan hak penjagaan anaknya selesai terpaksa 'naik turun' mahkamah semula apabila bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, mahu membuat satu lagi tuntutan pada Khamis ini.
Menurut Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 33, berkata, dia dimaklumkan bekas isterinya akan memfailkan tuntutan berhubung hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang memberi Jimmy hak melawat anaknya, iaitu Zahrah Rania Shanley.
"Saya dimaklumkan Suhaila akan membuat tuntutan mahkamah sekali lagi berhubung isu hak penjagaan anak kami pada Khamis ini.
"Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu secara terperinci tentang perkara ini. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti," katanya yang dihubungi mStar Online pada tengah hari Selasa.
Pada 8 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan Jimmy mendapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anak perempuannya yang berusia setahun sembilan bulan.
Jimmy dan Nursuhaila hanya sempat bergelar suami isteri selama 20 hari sebelum tinggal berasingan dan bercerai pada Oktober tahun lalu.
Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis pukul 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.
Bagaimanapun tambah Jimmy, sehingga kini bekas isterinya masih lagi tidak membenarkan dia berjumpa dengan anaknya itu.
"Walaupun mahkamah memberikan tempoh tertentu untuk saya melawat Zahrah, saya masih lagi tidak diberikan peluang melihat anak saya itu.
"Saya tidak tahu apa yang cuba dilakukannya (Suhaila) dan tidak faham apa yang dirasakan tidak puas hati dengan keputusan yang diberi.
"Harap-harap kes pada Khamis ini tidaklah sampai ke tahap akan memutuskan perhubungan saya dengan anak, Insya-Allah," ujarnya.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.

Yulia Rachman terus berhijab

Posted: 07 May 2013 07:27 AM PDT


Yulia Rachman
Yulia Rachman
SELEPAS pulang dari mengerjakan umrah, pelakon sinetron, Sayangi Dirimu, Yulia Rachman kini tekad akan terus kekal bertudung.

Menurutnya, setiap kali solat, hatinya terdetik untuknya terus menutup aurat.

"Saya akui, mungkin ada selebriti menganggap dengan memakai tudung, tawaran berlakon akan berkurang.

"Tapi bagi saya ia bukanlah faktor utama menjadi penghalang untuk menutup aurat," katanya.

Judika terkejut sambutan peminat Malaysia luar biasa

Posted: 07 May 2013 07:26 AM PDT


Judika
Judika
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti,
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari,
Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku,
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia...


MELIHAT sahaja rangkap lagu ini, pasti semua mengenali penyanyi bersuara merdu dari Indonesia, Judika yang kini semakin mendapat perhatian pendengar di Malaysia.

Tidak dinafikan, sambutan luar biasa diterima menerusi single, Aku Yang Tersakiti yang diselitkan dalam album keduanya, Setengah Mati Merindu sedikit sebanyak memberi impak positif kepada karier nyanyiannya di negara ini.

Terbaru, sempena mempromosikan album tersebut, Judika sempat mengadakan showcase di Hotel Royal, Kuala Lumpur khas buat peminatnya di Malaysia dan sambutannya begitu menggalakkan.

"Saya sendiri tidak sangka memiliki peminat di sini. Secara jujurnya saya agak terkejut dan bangga dengan sambutan lagu-lagu saya di sini," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai album keduanya itu, Judika memberitahu, album tersebut mengandungi sebanyak 10 buah lagu, di mana tiga lagu daripadanya adalah ciptaannya sendiri.

"Aku Yang Tersakiti, Ku Tak Mampu dan Andai adalah lagu ciptaan saya sendiri dan inilah album pertama yang menonjolkan kemampuan saya sebagai komposer.

"Saya bersyukur kerana lagu Aku Yang Tersakiti diterima baik masyarakat di sini dan itu adalah penghargaan yang besar buat saya," ujarnya.

Tambah Judika lagi, dia bakal tampil dengan album ketiga, Sampai Akhir dan dijangka akan dilancarkan di Indonesia pada 15 Mei ini.

"Dalam album ini juga saya ada menyumbangkan empat buah lagu, di mana ia menceritakan kisah kehidupan saya dan mengharapkan peminat akan menyukainya," jelasnya.

Kisah cinta terlarang

Menyentuh mengenai hal peribadinya, Judika memberitahu dia kini hampir selesai membuat persiapan perkahwinannya bersama Puteri Indonesia 2007, Duma Riris Silalahi yang dijangka akan berlangsung pada 31 Ogos ini yang juga merupakan tarikh kelahirannya.

"Kami telah bercinta sejak lima tahun yang lalu dan apa yang saya boleh katakan, kisah percintaan kami tidak mudah kerana banyak cabaran terpaksa dilalui memandangkan keluarganya tidak merestui hubungan kami.

"Namun setelah membuktikan kemampuan saya, akhirnya hubungan kami direstui dan kisah ini juga saya akan kongsikan bersama peminat menerusi lagu ciptaan saya, Mama Papa Larang yang akan diselitkan dalam album yang akan keluar Mei ini," katanya.

Tambah Judika, dia tidak merasakan perkahwinan bakal menjatuhkan nama dan popularitinya sebagai seorang penyanyi malah memandang positif terhadap perkara itu.

"Sememangnya saya tidak percaya perkara seumpama itu akan berlaku. Jika ia berlaku pun bukanlah disebabkan perkahwinan saya nanti kerana naik turun seseorang penyanyi adalah lumrah.

"Saya tidak mahu memikirkan soal itu. Apa yang penting saya mahu sentiasa mempertingkatkan prestasi sebagai penyanyi dan berikan yang terbaik untuk peminat," katanya.

Membesar dengan lagu Search

Berkongsi mengenai minatnya terhadap muzik dari Malaysia, Judika mengakui dirinya tidak asing dengan beberapa lagu daripada penyanyi tempatan.

Menurutnya, jika diberikan peluang dia berhasrat untuk mengadakan kolaborasi dengan kumpulan kegemarannya iaitu kumpulan rock terkenal tanah air, Search.

"Sejak dari bangku sekolah lagi saya sudah mendengar lagu-lagu mereka dan juga beberapa kumpulan lain. Antaranya seperti kumpulan Iklim dan Slam.

"Bapa saya pernah belikan saya album dari kumpulan Search. Ketika itu dalam bentuk kaset. Saya paling suka lagu Isabella.

"Kalau persembahan di Indonesia, saya sering juga menyanyikan lagu tersebut. Peminat juga ramai yang minat apabila saya nyanyikannya.

"Kalau diberi peluang, saya mahu sangat berduet dengan Amy, dan saya berharap hasrat ini akan tercapai satu hari nanti," katanya.

Menu ala Thai di Ayamas

Posted: 07 May 2013 07:24 AM PDT


Menu ala Thai di Ayamas
Ayam Panggang Spicy Siam.
AYAMAS memperkenalkan resipi baru masakan ala Thailand iaitu Ayam Panggang Spicy Siam.

Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, operator untuk rangkaian Kedai Ayamas, Datuk Zaki Zahid berkata, syarikatnya yakin ayam panggang itu digemari ramai dengan keunikan rasanya.

"Ayam Panggang Spicy Siam adalah menu unik yang beri peluang kepada pelanggan merasai keenakan ayam panggang ala Thailand," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi hidangan ala carte, Ayam Panggang Spicy Siam boleh didapati dengan harga RM27.90 bagi seekor, separuh RM19.90, manakala satu perempat RM13.90.

Ayam Panggang Spicy Siam kini dijual di semua Kedai Ayamas berdekatan pada waktu terhad iaitu 55 hari sehingga stok masih ada sehingga 15 Jun 2013.

Perjuangan tanpa henti Judika

Posted: 07 May 2013 07:13 AM PDT



TEPAT memandang ke dalam bota mata saya dan sambil mengangguk yakin, Judika mengaku dirinya seorang yang popular. Dia tidak teragak-agak untuk menjawab persoalan tersebut. Bukan kerana riak atau perasan, tapi kerana beranggapan dirinya relevan dalam industri seni suara di republiknya, Indonesia.
"Ya, saya popular," katanya saat ditemui usai showcase yang diadakan di Hotel Royal, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.
Dia yang bernaung di bawal label Sony Music ini kemudian bersungguh-sungguh menyambung bicara: "Saya maksudkan sekarang. Sekarang, saya memang popular berbanding dulu.
"Hal ini dapat saya lihat apabila saya tidak lagi boleh bebas keluar ke pusat beli-belah untuk membeli barang atau sekadar bersiar-siar. Saya pasti dikerumuni peminat untuk bergambar dan sebagainya. Jadi saya anggap saya memang popular."
Judika mengaku dia popular, tetapi mungkin masih ramai yang tidak mengenali dirinya. Namun, jika disenaraikan beberapa hit seperti Bukan Rayuan Gombal, Malaikat dan terkini, Aku Yang Tersakiti, barangkali senang khalayak mencerna lagu-lagu patah hati yang didendangkan oleh pemilik vokal tinggi ini.
Bagaimanapun, harus diakui nama Judika barangkali tidak sebesar nama rakan-rakan penyanyinya yang lain seperti Afghan atau Rossa di Malaysia.
Namun, sesiapa yang mengenali Judika, semua pasti bersetuju, magis pemilik nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotang terletak kepada vokal luar biasa yang dimilikinya.
Dia tersenyum saat disua tentang magis seorang Judika yang mampu meruntun hati banyak orang dengan vokal yang dimilikinya. Bagaimanapun penyanyi itu lebih senang menyifatkan, magis yang ada pada dirinya disokong oleh untaian lagu yang indah nyanyiannya.
"Saya kira magis itu terletak bukan hanya pada vokal saya, tetapi pada lagu-lagu yang dinyanyikan. Mungkin, banyak yang terpesona kerana hampir semua lagu saya, saya akan memulakan ia dengan rentak perlahan, sebelum ia naik tinggi," katanya merendah diri.
Ironi, Judika bukan nama baharu dalam belantika muzik di Indonesia. Dia mula meraih perhatian selepas mendapat tempat kedua dalam program realiti Indonesian Idol pada tahun 2005.

POPULARITI Judika mungkin tidak seiring dengan lagunya Aku Yang Tersakiti yang kini cukup hit di Malaysia.


Sejak itu kehidupannya sebagai seorang penyanyi tidak ubah seperti permainan rollar coaster.
Malah, dia menyifatkan bahawa saat kemunculan album pertamanya dahulu iaitu, Seri Cinta, adalah detik paling parah dalam karier seninya.
Dia mengaku, itu bukan waktu yang tepat buatnya muncul dengan sebuah album berpaksi pop rock kerana saat itu pasaran muzik di Indonesia sedang didominasi dengan muzik kemelayuan seperti daripada grup ST 12.
"Saya seperti masuk ke dalam industri pada waktu yang salah. Ia tahun yang amat sukar buat saya. Namun, syukur, selepas dua tahun perlahan-lahan saya naik selepas itu," imbas anak keenam daripada tujuh beradik ini.
Judika kemudian melebarkan empayar dan mencairkan hati lebih banyak peminatnya saat album kedua, One, lahir.
Malaikat dan Bukan Rayuan Gombal umpama peluru yang tepat menusuk di tangkai hati banyak peminat, yang telah membuatkan namanya mendadak naik.
Bersama dua lagu tersebut, Setengah Mati Merindu kemudian menjadi penyambung kepada lagu-lagu patah hati ciptaannya yang melekat di dalam hati peminat. Terkini, Aku Yang Tersakiti tidak ubah seperti satu candu buat para penggemarnya.
Mengulas tentang karya-karya yang dihasilkannya, Judika memberitahu, dia hanya menuangkan segala rasa yang di simpan di dalam minda dan hatinya dengan sejujur mungkin.
"Intinya, harus selalu jujur. Apabila kita jujur, semua akan menjadi baik dan positif," katanya ringkas.
Solo dan Mahadewa
Selain sukses dengan karier sebagai penyanyi solo, sejak dua tahun lalu, Judika juga merupakan vokalis kepada grup Mahadewa. Selain Judika, grup tersebut dianggotai oleh bukan calang-calang pemuzik Indonesia. Mereka termasuklah Ahmad Dhani yang merekrut grup tersebut serta Andry (gitar), Wawan (bass), Ikmal (drum) dan Vega (gitar).

RAMAI yang tidak menyedari kehadiran Judika di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu. Dia sempat menghiburkan peminatnya dengan enam buah lagu dalam showcase di Hotel Royal, Kuala Lumpur.


Ditanya keperluan buat dirinya duduk dalam sebuah grup, sedang namanya sudah terkenal sebagai penyanyi solo, Judika memberitahu, kegilaannya terhadap bidang nyanyian membuat dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama Mahadewa.
Jelasnya: "Saya seorang pencinta muzik. Saya telah gila menyanyi sejak kecil. Sebelum menjadi artis, saya terlebih dahulu menyanyi di banyak kelab malam dan telah menyanyi pelbagai genre lagu.
"Justeru, saat dilamar menjadi vokalis Mahadewa, saya sayang untuk menolaknya kerana dalam karier solo, saya seorang penyanyi pop rock, tetapi sebagai vokalis Mahadewa, saya menyanyikan lagu yang kebanyakannya merupakan electro muzik.
"Jadi secara tak langsung Judika sebagai penyanyi solo dan selaku vokalis Mahadewa itu sangat berbeza."
Dia juga memberitahu sengaja menggunakan nama Mahadewa agar tidak dibandingkan dengan penyanyi asal Dewa 19 dan Dewa iaitu Ari Lasso dan Once.
Lakonan
Satu lagi cabang seni yang juga menuai sukses buat dirinya, bidang lakonan. Mengaku tidak begitu serius berlakon, dia menerima lamaran berlakon dalam filem Si Jago Merah pada tahun 2008 kerana ia mengenai bangsa Batak.
"Saya orang Batak. Jadi sewaktu diajak bermain dalam filem tersebut, saya bersetuju," katanya yang telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Baru Terbaik dalam Indonesian Movie Awards 2009 menerusi lakonannya dalam filem tersebut.
Selain Si Jago Merah, dia juga terbabit dengan dua buah lagi filem dan saat ditanya kebarangkalian khalayak menonton dia kembali berlakon, Judika memberitahu jadual yang ketat tidak mengizinkan dia aktif berlakon dalam masa terdekat ini.

Mayat dalam lombong

Posted: 07 May 2013 07:12 AM PDT


MAYAT Murugan ditemui terapung dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di bekas lombong di Batu Gajah, Perak kelmarin.


BATU GAJAH – Tanda-tanya mengenai kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang selepas keluar rumah sejak Rabu lalu terjawab apabila dia ditemui mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di dalam bekas lombong berhampiran Kawasan Industri Bemban di sini kelmarin.
Mayat K. Murugan, 37, ditemui terapung di dalam bekas lombong berkenaan pada pukul 5 petang oleh seorang penggembala lembu yang sedang menghalau ternakannya pulang ke kandang berhampiran.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa pergi ke kawasan lombong tersebut selepas tercium bau busuk.
"Mangsa kemudian terkejut apabila menemui satu mayat dengan tangan dan kakinya diikat sebelum melaporkannya kepada polis.
"Siasatan mendapati mangsa dikenali sebagai K. Murugan, 37, yang dilaporkan hilang sejak keluar dari rumahnya di Bidor dekat sini pada pukul 11.30 malam Rabu lalu," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Tambahnya, identiti mangsa dicam oleh ahli keluarganya melalui satu ukiran tatu yang terdapat pada badannya.

Hidup tertekan angkara Datuk

Posted: 07 May 2013 07:11 AM PDT


SAMSUDIN (kanan) bersama salah seorang mangsa penipuan menunjukkan laporan polis yang dibuat di Serdang semalam.


SERDANG – Seramai 10 individu kini hidup dalam keadaan tertekan selepas dibebani dengan masalah saman dan hutang bank apabila mendakwa diperdaya seorang usahawan bergelar Datuk dan anak perempuannya yang menjalankan perniagaan kereta sewa sejak 2011.
Mereka mendakwa dua beranak tersebut mengaut keuntungan sebanyak RM20,000 sebulan dengan memperdaya orang ramai supaya 'meminjamkan' kenderaan masing-masing kepada mereka untuk disewakan.
Untuk menarik minat orang ramai, dua beranak tersebut telah mengiklankan perkhidmatan mereka di internet dan menawarkan RM1,500 sebulan kepada pemilik kereta yang ingin menyewakan kenderaan mereka.
Difahamkan, antara kereta yang diberikan mangsa termasuk Perodua Viva, Alza dan Myvi.
Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi berkata, kebanyakan mangsa hanya menerima bayaran untuk dua bulan pertama sahaja sebelum Datuk itu memberikan cek tendang kepada mereka.

Lelaki maut Nissan Fairlady rempuh pokok

Posted: 07 May 2013 07:10 AM PDT


ANGGOTA bomba memadam api daripada kereta jenis Nissan Fairlady yang terbakar selepas merempuh pokok di Kuching kelmarin.


KUCHING – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila Nissan Fairlady yang mereka naiki hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok lalu terbakar di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11.30 malam itu mengakibatkan Jee Chen Soon, 32, mati di tempat kejadian manakala pemandunya, Bong Chan Lung, 30, kritikal dan masih dirawat di Hospital Umum Sarawak.
Difahamkan, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mewah tersebut gagal dikawal Chan Lung ketika dalam perjalanan dari Jejambat Batu Tiga ke pusat bandar.
Kereta itu kemudian merempuh sebatang pokok sebelum berpusing beberapa kali lalu terbabas ke dalam parit dan terbakar.

Misi kemanusiaan berjaya buat 28 pembedahan di Palestin

Posted: 07 May 2013 07:08 AM PDT


ZAINUR (kiri) bersalaman dengan sebahagian daripada doktor yang pulang dari Gaza di KLIA baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Misi Kemanusiaan Gaza ke-14 (Projek Perubatan) berjaya melakukan sebanyak 28 pembedahan berbanding sasaran 21 pembedahan sepanjang 14 hari berada di negara Palestin.
Ketua misi, Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkata, tujuan utama misi mereka berjaya hasil usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Palestin di Gaza.
"Misi kali ini membawa enam doktor pakar termasuk saya dan terbahagi kepada beberapa pakar utama iaitu pakar urologi, ortopedik dan neurologi dan pembedahan khusus pemasangan alat bantuan ereksi.
"Semua pembedahan ini dilakukan di hospital kerajaan di Palestin iaitu di Hospital Al-Quds, Hospital Asdeeqa Al-Mareed dan Hospital Al-Awda," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar sebaik sahaja pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini baru-baru.

Wanita berbikini bentuk formasi 2013

Posted: 07 May 2013 07:06 AM PDT


PULUHAN ribu wanita berbikini membentuk formasi angka 2013 di Taman Tema Air Chimelong.


GUANGZHOU – Sekumpulan wanita yang hanya memakai bikini di China berkumpul di Taman Tema Air Chimelong di sini untuk membentuk formasi angka 2013 kelmarin, lapor media tempatan.
Formasi angka tahun 2013 itu juga dilakukan seperti bentuk ular yang melingkar.
Lapor media tempatan, kumpulan wanita itu melakukan formasi tersebut untuk sesi fotografi sempena satu acara promosi di taman tema air tersebut.
Beribu-ribu wanita mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang diadakan kelmarin.
Ia diadakan sempena musim panas tahun ular menurut kalendar masyarakat Cina.
Kumpulan wanita muda itu turut mengambil kesempatan berekreasi dan mandi di kolam air taman tema air tersebut.

Sumbu badak bernilai AS$365,000 dirampas

Posted: 07 May 2013 07:05 AM PDT


GAMBAR fail 22 November 2012 menunjukkan bangkai seekor badak sumbu yang ditembak pemburu haram di Tantanana, Afrika Selatan.


HANOI - Lebih tujuh kilogram sumbu badak telah dirampas oleh pihak kastam Vietnam, lapor media negara itu semalam.
Akhbar Phap Luat melaporkan, dua sumbu tersebut dipercayai diseludup dari Afrika dan dianggarkan bernilai sekitar AS$365,000 (RM1.08 juta).
Ia ditemui di dalam bagasi seorang penumpang lelaki yang tiba di Bandar Raya Ho Chi Minh selepas menaiki penerbangan dari Doha kelmarin.
Menurut laporan tersebut, penumpang tempatan itu kini ditahan polis untuk membantu siasatan.
Pemburuan haram badak sumbu meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan sumbu haiwan itu di Asia terutama Vietnam.
Penduduk di negara ini percaya bahawa sumbu badak dapat mempunyai pelbagai khasiat perubatan.
Serbuk sumbu badak dijual pada harga mencecah AS$5,000 (RM14,865) untuk seratus gram di pasaran gelap di Vietnam.

Iron Man 3 catat kutipan tiket kedua tertinggi

Posted: 07 May 2013 07:05 AM PDT


Robert DOWNEY JR. bergambar bersama patung Iron Man sempena promosi filem Iron Man 3 di Beijing, China pada 6 April lalu.


LOS ANGELES - Sekuel adiwira Iron Man 3 mengungguli carta pecah panggung Amerika Syarikat apabila mengutip AS$175.3 juta (RM521.1 juta), sekali gus menjadi tayangan pembukaan kedua terbaik dalam sejarah Hollywood.
Filem yang dibintangi Robert Downey Jr sebagai Iron Man itu mengekori The Avengers yang mencatat AS$207.4 juta (RM616.6 juta) pada tayangan pembukaannya setahun lalu.
"Iron Man 3 meneruskan kesinambungan filem paling popular musim panas tahun lalu, The Avengers," kata seorang penganalisis filem Hollywood, Jeff Bock.
Menurutnya, filem itu bakal mencatat filem musim panas paling menguntungkan pada tahun ini jika gagal disaingi oleh sebuah lagi filem pecah panggung Superman yang bakal ditayangkan pada bulan depan.
Berada di tempat kedua senarai sama ialah filem komedi aksi Pain and Gain yang dibintangi Mark Wahlberg dan Dwayne Johnson. Filem tersebut mencatat kutipan tiket berjumlah AS$7.6 juta (RM22.5 juta).
Tidak jauh di belakang Pain and Gain merupakan filem 42 yang mengisahkan tentang kehidupan bintang besball Jackie Robinson dengan kutipan tiket AS$6.2 juta (RM18.4 juta).
Tempat keempat milik Oblivion yang menampilkan aksi Tom Cruise, diikuti filem animasi The Croods di tempat kelima.
Oblivion mengaut kutipan AS$5.8 juta (RM17.2 juta), manakala AS$4.2 juta (RM12.4 juta) diperoleh The Croods.

28 terbunuh dalam protes berdarah di Dhaka

Posted: 07 May 2013 07:04 AM PDT


PERUSUH menutup sebatang jalan utama di Dhaka semalam sambil menuntut satu undang-undang antimenghina agama yang baru diwujudkan.


DHAKA - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh apabila pasukan polis Bangladesh bertempur dengan ratusan ribu penganut Islam dari kumpulan Hefajat-e-Islam di sini semalam.
Jurucakap polis Dhaka, Masudur Rahman memberitahu, polis menggunakan bom tangan bunyi, meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan kira-kira 200,000 orang perusuh yang berkumpul di kawasan komersial utama bandar ini.
Mereka menuntut supaya satu undang-undang antimenghina agama yang baru diwujudkan. Namun, kerajaan menolak desakan itu dan menyatakan bahawa Bangladesh ditadbir oleh undang-undang sekular liberal.
"Kami terpaksa berbuat sesuatu kerana mereka terus bertindak ganas dan berkumpul di Motijheel. Mereka juga menyerang kami dengan batu, batang besi dan buluh. Perusuh bagaimanapun bersurai pada pagi semalam," kata Rahman.
Inspektor polis, Mozammel Haq di Hospital Kolej Perubatan Dhaka memberitahu, sebanyak 11 mayat dibawa ke sana. Ada antara mayat itu terkena tembakan dan seorang polis ditetak di kepala dengan parang. Pegawai hospital juga menyatakan, beratus-ratus yang lain cedera.
Perusuh bertindak menutup lebuh raya sambil menyatakan penganut ajaran Atheis mesti digantung.

India kecewa, gusti gugur di Olimpik

Posted: 07 May 2013 07:02 AM PDT

MENJADI ahli gusti dan orang yang terkenal antara cita-cita anak-anak muda di India, namun segalanya bakal terkubur andai sukan tersebut digugurkan daripada Olimpik.


AHLI gusti, Raj Singh mengunci lawannya. Ketika itu, kedua-duanya yang beradu di atas sebuah gelanggang terbuka yang diperbuat daripada kain-kain buruk dibasahi peluh. Namun, ketika beradu tenaga itu, dia masih sempat memikirkan impiannya untuk beraksi di Olimpik yang telah musnah.
"Tak dapat saya fikirkan, bagaimana sukan gusti tidak menjadi sebahagian daripada Olimpik.
"Saya tidak nampak apa masalahnya kerana gusti menarik ramai penonton tidak kira di mana ia diadakan. Sukan ini tidak boleh dibiarkan mati begitu saja," katanya yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Gusti India.
Masa depan sukan itu tampak semakin kelam selepas lembaga eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Februari lalu memutuskan untuk menggugurkannya pada temasya edisi tahun 2020.
Moral jatuh
Sejak itu, ramai tokoh besar sukan itu menyertai kempen untuk menentang keputusan tersebut.
Rekod Olimpik India bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi ahli gusti negara itu membawa pulang empat daripada 13 medal individu sejak ia mencapai kemerdekaan dari Britain pada 1947, termasuk pingat gangsa oleh Khashaba Jadhav di Helsinki, Finland pada 1952.
Ramai ahli gusti melihat sukan tersebut bukan sahaja sebagai peluang kejayaan Olimpik, tetapi cara mengeluarkan diri daripada kancah kemiskinan.
Sushil Kumar yang mendapat pingat perak di London tahun lalu selepas memungut gangsa di Beijing pada 2008, menjadi wira di negara yang obses dengan kriket itu. Sejak itu, gambarnya digunakan secara meluas oleh pengiklan bagi menjual pelbagai produk daripada minuman ringan ke jentera berat.

PENGLIBATAN seseorang dalam arena gusti di India dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.


"Kita telah memulakan kemenangan medal Olimpik dalam sukan gusti. jika mereka menggugurkannya ia akan menjadi masalah besar buat kita.
"Sebaik mendengar berita buruk tersebut, moral semua orang jatuh," kata jurulatih kebangsaan India, Vinod Kumar.
Rakan sepasukan Sushil, Yogeshwar Dutt yang mendapat pingat gangsa di London memberitahu AFP bahawa dia akan memulangkan medalnya jika gusti tidak disenaraikan semula.
"Gusti adalah hidup saya dan ribuan yang lain. Apabila kami menang pingat, ramai anak muda yang merasakan mereka juga berpeluang memenanginya di Olimpik.
"Mereka memasang angan-angan untuk berjaya tetapi ia kini hancur berderai," kata Yogeshwar, anak kepda seorang guru sekolah di kampung itu.
Dia kini bekerja dalam pasukan polis berikutan kejayaan Olimpik yang diperolehnya.
Permulaan karier
Kebanyakan ahli gusti terkemuka India memulakan karier mereka dengan bergelut di atas gelanggang lumpur purba dipanggil Guru Hanuman 'Akhara' di kota lama Delhi.
Sekurang-kurangnya 125 pelatih berusia antara 10 hingga 30 tahun menetap di situ, malah memasak makanan sendiri dan mempelajari inti pati gusti daripada jurulatih yang dilantik kerajaan.
Rejim kecergasan mereka termasuk memanjat tali dan berlari mendaki bukit dengan mendukung pelatih lain serta membina otot di sebuah gimnasium terbuka buatan sendiri.

ANAK-ANAK muda di India berlatih bersungguh-sungguh bagi mempersiapkan diri mereka untuk mewakili negara dalam sukan gusti.


Maha Singh Rao yang menjadi jurulatih di 'Akhara' sejak 1984 berkata, pelatih diajar prinsip asas kehidupan ringkas dengan minda yang bersih dan badan yang kuat.
"Disiplin adalah perkara terpenting bagi mereka yang mahu mencipta nama. Gusti seperti kehidupan, semua orang mahu menjadi lebih kuat berbanding yang lain," katanya lagi.
Antara pelatih yang ada di 'Akhara' ialah Chandan Singh, 16, yang meninggalkan ibu bapanya di Hyderabad empat tahun lalu untuk mengabdikan diri mempelajari seni gusti.
"Saya sukakan kehidupan di sini, mereka menjaga saya dan memberikan makanan yang bagus, malah saya dapat pergi ke sekolah.
"Bagaimanapun, apa yang saya mahukan ialah bergusti dan menjadi seorang yang terkenal," katanya.
Gusti kekal dalam senarai acara Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, namun kebarangkalian untuk ia digugurkan pada temasya sukan antarabangsa itu pada tahun 2020 sangat tinggi. Ini kerana tujuh disiplin sukan lain termasuk skuasy, besbol, wakeboarding dan wusyu saling bersaing untuk menggantikannya.
IOC tidak menyatakan punca lembaga eksekutifnya mahu menggugurkan gusti, tetapi rating televisyen yang rendah dan tidak ramai yang menyaksikannya dilaporkan menjadi faktor utama.
Keputusan muktamad mengenainya akan dibuat apabila kesemua anggota IOC bersidang pada September ini.
Madrid, Tokyo dan Istanbul masing-masing membida untuk menjadi tuan rumah kepada Olimpik 2020.

Mahali pilih Puma Mobium Elite

Posted: 07 May 2013 07:01 AM PDT

MAHALI menunjukkan kasut Puma Mobium Elite yang membantu larian lebih selesa.


KASUT larian yang dicipta khusus mengikut pergerakan kaki kini boleh dimiliki mereka yang aktif berlari. Puma Mobium Elite menjadi item wajib untuk dipakai kerana keupayaannya untuk mengembang dan mengecut saat kaki bergerak.
Proses rekaan dan pembangunan Puma Mobium Elite yang dijalankan selama dua tahun dihasilkan dengan mengambil kira pengembangan kaki menerusi tiga arah. Longitud, lateral dan sisi tegak kaki diteliti, sekali gus menghasilkan sepasang kasut yang bersesuaian dengan pergerakan badan menjadikan larian lebih natural.
Pengurus Besar Puma Malaysia, Cheryl Wong menjelaskan, Puma Mobium Elite merupakan kasut generasi pertama yang direka mengikut konsep sebegitu.

DARI kiri: Mahali, Cheryl dan Wee Wern pada majlis pelancaran Puma Mobium Elite baru-baru ini.


"Ia dihasilkan bagi mencabar pembentukan statik kebanyakan kasut dan melangkaui standard konvensional.
"Kami percaya kasut ini mampu memberi keselesaan berpanjangan kepada pemakai dan paling penting, ia meningkatkan kualiti larian agar lebih efisien," ujar Cheryl pada majlis pelancaran Puma Mobium Elite di pusat beli-belah 1Utama, Selangor baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli dan atlet skuasy negara, Low Wee Wern yang tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mereka menyarung Puma Mobium Elite.
PUMA Mobium Elite dicipta berpandukan tiga aspek pergerakan kaki.


Mahali ketika ditemui Kosmo! pada majlis itu memberitahu, percubaan awalnya menggunakan Puma Mobium Elite ternyata memberi kelancaran luar biasa dalam lariannya.
"Sebagai ahli sukan, kasut memainkan peranan yang penting dalam aktiviti seharian. Kasut yang baik mestilah selesa dan stabil serta mampu meningkatkan prestasi.
"Saya sendiri pernah terbeli kasut yang tidak sesuai. Kesannya ia membuatkan kaki saya cepat melecet dan jika dipakai secara berterusan, ia boleh mencederakan kaki.
"Jadi adalah amat penting kita mengetahui kasut yang sesuai dengan kaki kita. Sebelum beli, cuba kasut itu terlebih dahulu dan selepas benar-benar yakin, barulah membuat keputusan," kongsi Mahali sambil menambah kasut yang berharga RM369 ini selesa dan mampu memberi kepuasan kepada dirinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines