Sabtu, 11 Mei 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Scha, Awal saling melengkapi

Posted: 10 May 2013 04:13 AM PDT


Awal dan Scha
Awal dan Scha
Awal
Awal dan Scha ketika bercuti di Korea Selatan
Tanggal 4 Mei lalu, genap setahun ikatan perkahwinan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Namun, sambutan ulang tahun pertama mereka bukanlah diraikan dalam satu majlis khas seperti kebanyakan selebriti lain.

Bagi Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, baik dirinya mahupun Awal, mereka kurang gemar menyambut tarikh-tarikh tertentu.

"Kami tidak mengamalkan sambutan dalam perkara-perkara sebegitu kerana tidak mahu ianya dijadikan sebagai rutin.

"Saya lebih selesa sederhana dan tidak meletakkan waktu-waktu tertentu untuk meraikan bersama suami.

"Jika ada rezeki lebih, Awal akan bagi hadiah dan begitu juga dengan saya tanpa menunggu tarikh itu. Namun, kami juga tetap meluangkan masa bersama untuk menikmati makan malam pada hari itu," katanya yang berharap agar rumah tangga yang dibina sentiasa diserikan dengan kebahagiaan.

"Setiap pasangan mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan perkara yang elok-elok.

"Kami sama-sama berharap agar kedua-duanya mendapat apa yang diinginkan dalam kehidupan masing-masing. Begitu juga dalam hubungan suami isteri," katanya.

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 selepas bercinta selama tiga tahun.


Bercuti ke Barcelona

Menurut Scha, kesibukan jadual kerja membuatkan dia dan Awal sukar untuk meluangkan masa bersama.

Namun, jika ada masa yang terluang, pasti akan diisi dengan aktiviti bersama.

Pun begitu, Scha memberitahu, dia dan Awal ada membuat perancangan untuk bercuti di luar negara.

"Insya-Allah, jika ada kelapangan, kami akan bercuti di Barcelona. Namun, sehingga kini masih belum ada tarikh yang sesuai.

"Untuk pergi melancong, kami kena memastikan jadual masing-masing tidak terganggu. Saya tidak mahu percutian itu memberi masalah kepada komitmen kerja pula.

"Mengikut perancangan asal, kami akan ke sana pada tahun ini. Jika tiada aral melintang, Insya-Allah, sampailah nanti," katanya yang bakal muncul dalam drama 24 episod di Astro Prima, Bila Hati Perempuan Menjerit dan telemovie untuk TV9, Sweet Lola.


Percaya pada Awal

Cuba menduga tahap kesangsian pada suami, Scha ketawa kecil dan nyata tidak cepat melatah walaupun ramai yang risau melihat Awal bergandingan bersama wanita lain menerusi lakonan.

Malah, Scha mengakui dia sangat bertuah memiliki Awal kerana suaminya bukanlah lelaki yang sukar untuk dijaga.

"Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang baik dan tidak banyak karenah. Malah, saya percaya pada Awal.

"Sepanjang setahun usia perkahwinan, dia masih lagi Awal yang dulu dan tidak berubah apa-apa.

"Dari segi lakonan pula, dia tahu menjaga batas-batas untuk bergaul bersama pelakon wanita dan saya tiada masalah dalam hal itu memandangkan saya juga pelakon," katanya yang memberitahu Awal kini turut sibuk dalam mengendalikan program terbaru di Astro Ria, Gadis M2.


Belum fikir soal anak

Di saat rakan-rakan artis teruja dengan kehadiran cahaya mata, Awal dan Scha masih lagi menanti 'orang baru'.

Bukan tidak bersedia, namun akui Scha, mereka berhadapan dengan kekangan waktu untuk bersama.

"Buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadi, tidak pernah terlintas persoalan di fikiran kami mengenai anak.

"Memang saya sudah bersedia untuk bergelar 'mummy', namun saya harus akur dengan kesibukan kerja kami.

"Malah, saya tidak risau kerana ia baru tahun pertama dan ia peratusan normal jika masih belum punyai zuriat. Pun begitu, saya tidak menolak sekiranya ada rezeki," kata pelakon filem, Awan Dania The Movie, ini.

Dipilih untuk mengendalikan program carta lagu tempatan popular, Muzik Muzik musim ke-28 bersama AG, Scha mengakui rancangan itu berjaya meningkatkan kemahirannya dalam bidang pengacaraan.

"Sebelum ini, saya memang ada niat untuk menceburi bidang pengacaraan pada tahun ini.

"Alhamdulillah, hasrat saya untuk mencuba bidang pengacaraan sudah tercapai. Pun begitu, saya masih lagi belajar untuk memperbaiki kelemahan.

"Saya akui, tugas pengacaraan rancangan ini bukanlah perkara yang mudah. Namun, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menghiburkan penonton di setiap minggu," katanya yang kini bukan lagi, Wajah Eksklusif Astro.

Tambah Scha, Muzik-Muzik 28 adalah program pertamanya bersama Media Prima Berhad setelah kontraknya bersama Astro sudah tamat.

Stesen TV Jepun Minat Beli Program 'Showdown' 8TV

Posted: 10 May 2013 04:12 AM PDT

Showdown 2013 akan tampil dengan tiga kategori.
KUALA LUMPUR: Kejayaan tiga musim program pertandingan tarian Showdown membuatkan stesen televisyen di negara Jepun berminat untuk membeli rancangan tersebut secara francais.
Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, berkata, pihak stesen televisyen negara itu tidak menyangka Malaysia mempunyai sebuah produk yang menggunakan konsep tarian berkumpulan, berbeza dengan pertandingan lain yang hanya melihatkan bakat nyanyian atau tarian solo.
"Kami sudah pun bercakap dengan pihak stesen berkenaan dan mereka berminat untuk membeli program ini secara francais.
"Lebih-lebih lagi melihatkan konsep teknikal kamera dan grafik logo Showdown, mereka sukakannya.
"Bagaimanapun buat permulaan hanya satu negara yang bersetuju membeli produk kami. Melihatkan program-program Jepun mempunyai impak kuat kepada negara luar, saya percaya jenama Showdown akan lebih kukuh dengan pembelian francais di negara lain pula," katanya.
Airin ditemui pada pelancaran Showdown 2014 musim keempat di The Pool Ampang di sini pada Rabu.
Program tersebut bakal menyaksikan enam penari antarabangsa popular menjadi juri jemputan dalam program pertandingan tarian Showdown 2013 yang akan bermula pada 19 Mei ini.
Juri-juri tersebut ialah Sheena Vera Cruz dari Filipina manakala YNOT, Junior Boogaloo, Bboy Full Deck, Mr Wiggles dan Jay Smooth dari Amerika Syarikat.
Beritahu Airin, juri jemputan itu merupakan salah satu kelainan yang diubah dalam konsep program Showdown selain mutu tarian para peserta yang dianggap lebih hebat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Tahun ini, juri tetap Showdown 2013 iaitu Joe Flizzow dan Mapple Loo akan ditemani penari-penari profesional sebagai membuat penilaian peserta.
"Menerusi pendedahan sebegini, ia sekali gus dapat menunjukkan bakat para peserta ini yang mungkin boleh di bawa ke mata dunia selain mendapat tunjuk ajar daripada golongan penari hebat itu," ujarnya.
Sementara itu, Showdown 2013 bakal menampilkan tiga kategori berbeza iaitu kategori 'Junior', 'Terbuka' dan 'All Star'.
Bagi kategori 'Junior', ia dibuka untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke bawah dan kategori 'Terbuka' adalah untuk individu tanpa had umur.
Uji bakat akan diadakan pada Sabtu ini pukul 9 pagi hingga tiga petang di Dewan A, Menara Matrade, Jalan Khidmat Usaha, off Jalan Duta di sini.
Manakala untuk kategori 'All Star' ia terbuka kepada penari-penari jemputan yang akan beraksi terus di pentas Showdown 2013.
Juara bagi kategori 'Junior' akan meraih wang tunai sebanyak RM10,000 dan tempat kedua menerima sebanyak RM5,000.
Bagi kategori 'Terbuka', juara akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 serta perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat Asia. Naib juara tidak pulang dengan tangan kosong kerana pemenang akan membawa pulang wang tunai RM20,000.
Untuk kategori 'All Star', juara akan mendapat RM75,000 berserta wang RM125,000 dan perbelanjaan pemenang yang akan ke pertandingan tarian peringkat antarabangsa. Naib juara pula akan mendapat RM30,000.
Showdown 2013 bakal bersiaran setiap Sabtu pada pukul 10.30 malam dan Ahad (10 malam) bermula 19 Mei ini di 8TV.

Jimmy Shanley Dituduh Tidak Ikhlas Jaga Anak

Posted: 10 May 2013 04:11 AM PDT

Nursuhaila memberitahu tidak pernah berniat untuk memutuskan hubungan Zahrah dengan Jimmy.
SHAH ALAM: Bekas isteri kepada Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy mendakwa pengacara itu tidak ikhlas dalam menjaga anak tunggal mereka, Zahrah Rania kerana tidak pernah mengambil berat terhadap anak itu.
Nursuhaila, 27, berkata, Jimmy juga tidak pernah bertanya khabar sama ada menerusi panggilan telefon atau pun khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perkembangan anak mereka itu.
"Saya mahu proses menjaga Zahrah secara bersama dilakukan dengan ikhlas demi kebajikannya kerana tetapi saya merasakan Jimmy tidak ikhlas menjaga anak kami dan tidak pernah bertanya khabar tentangnya.
"Malah apabila saya maklumkan anak dimasukkan ke hospital pada 16 April lalu dia langsung tidak datang atau bertanya tentang kesihatan Zahrah.
"Tetapi sebaliknya dia boleh menghantar SMS marah-marah dan tidak menghiraukan mesej yang saya sampaikan mengenai tarikh hari lahir anak kami," jelasnya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini pada Khamis.
Nursuhaila mengulas mengenai tindakan Jimmy yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakannya atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania yang berusia hampir dua tahun.
Jimmy memperoleh hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya.
Pada 8 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan hak penjagaan anak perempuan pasangan itu diberikan kepada Nursuhaila manakala Jimmy memperoleh hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu selain dibenarkan menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.
Bagaimanapun, Nursuhaila pada 19 April lalu telah memfailkan permohonan ubah perintah serta penggantungan perintah mahkamah dan Hakim Syarie, Mawardi Che Man yang mendengar kes itu pada Khamis (semalam) mengarahkan permohonan dipinda semula kerana ia tidak jelas dan mengelirukan.
Dalam pada itu, Nursuhaila berkata, dia tidak pernah berniat untuk mengingkari perintah mahkamah dengan sengaja mahupun memisahkan seorang anak dengan bapa kandungnya.
Nursuhaila sebaliknya berkata, dia berharap anaknya itu dapat mengenali dan mendapat kasih sayang daripada Jimmy sebagai bapa.
"Saya membuat permohonan agar hak bermalam dengan Jimmy ditangguhkan hanya semata-mata kerana kesihatan dan kebajikan Zahrah.
"Malah perintah itu bukan dibuat secara kekal sebaliknya hanya sementara dia menguruskan dirinya memandangkan umurnya baru setahun 11 bulan.
"Tambahan pula Jimmy tinggal seorang diri dan dia selalu tiada di rumah. Malah keadaan rumahnya yang tidak terurus menyebabkan saya bimbang keselamatan anak," jelasnya.
Pasangan ini mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Tambah Nursuhaila, Zahrah tidak pernah tinggal bersendirian dengan Jimmy lebih daripada setengah jam dan dia bimbang emosi Zahrah terganggu.
Sementara itu, Nursuhaila berkata, dia berharap selepas ini Jimmy tidak lagi menghebohkan tentang pergolakan hubungan mereka di akhbar demi menjaga hubungan kekeluargaan iaitu mereka sebagai ibu dan bapa Zahrah.
"Saya harap dia tidak menghebohkan mengenai perkara yang dia sendiri tidak boleh buktikan di mahkamah kepada masyarakat termasuk hak lawatan kerana ia sedang diadili di mahkamah," katanya.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai secara tebus talak dengan bayaran RM1 pada 10 Oktober 2012.

'Chow Kit Road! Chow Kit Road!' Sarat Mesej Positif

Posted: 10 May 2013 04:10 AM PDT

Saw tidak menyangka para pelakon tetap komited terhadap teater Chow Kit Road! Chow Kit Road! walaupun penaja menarik diri.
PETALING JAYA: Penarikan diri sebuah syarikat yang sepatutnya menaja pementasan teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! Pada saat-saat akhir tidak menghalang para pelakonnya untuk memberikan persembahan terbaik pada pementasan perdana yang berlangsung di Istana Budaya malam Khamis.
Pengarah teater itu, Saw Teong Hin berkata, dia tidak sangka para pelakon terutamanya nama-nama besar seperti Tony Eusoff, Adibah Noor, Anding dan Nadia Aqilah tetap bersetuju dan komited utuk terus berlakon teater itu meskipun berkemungkinan besar bayaran mereka akan dikurangkan.
"Melihat persembahan mereka pada pementasan perdana, saya cukup kagum, terharu dan bangga memiliki barisan pelakon yang bagus dalam karya saya meskipun mereka tahu bayaran mereka mungkin akan dikurangkan gara-gara tiada penaja di saat-saat akhir.
"Malah saya mendapat respons persembahan yang ditampilkan mengagumkan semua penonton yang menyaksikannya," katanya yang ditemui selepas pementasan tersebut.
Tambah Teong Hin, melihatkan kesungguhan para pelakonnya, pihak penerbit tetap berusaha melakukan pembayaran mengikut perjanjian asal.
Adibah memegang watak sebagai Datin Jamilah dalam teater Chow Kit Road! Chow Kit Road!
Chow Kit Road! Chow Kit Road! yang dipentaskan dari 10 hingga 26 Mei depan merupakan sebuah teater muzikal yang mengangkat lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Jalan Chow Kit dijadikan sebagai plot utama penceritaan kerana kawasan tersebut signifikan dengan penduduk di negara ini selain Allahyarham pernah membuat persembahan di situ pada tahun 1986.
Muzikal ini berkisar tentang watak Ilham (Anding), seorang anak muda yang hidup di Chow Kit membidas sekumpulan anggota persatuan kebajikan yang datang untuk membantu.
Ketua persatuan itu, Datin Jamilah (Adibah Noor) kemudian menyahut cabaran untuk mengubah pemuda ini kepada pemuda yang bersikap baik.
Bagaimanapun, Jamilah mengenakan satu syarat iaitu anggota persatuan perlu bersetuju untuk menderma bagi projek kemasyarakatannya jika dia berjaya mengubah sikap Ilham.
Selepas berubah, Ilham pula menyedari bahawa dia hanya diperalatkan dan begitu juga dengan dirinya yang memandang hina rakan-rakan dan ibunya yang tinggal di Chow Kit.
Selain jalan ceritanya, teater tersebut turut sarat dengan nyanyian dan tarian yang menggunakan lagu Sudirman.
Bagaimanapun, ia merumitkan keadaannya apabila dia jatuh cinta dengan anak Jamilah iaitu Maya.
Lakonan Anding sebagai Ilham berjaya membuatkan para penonton membenci sisi nakal dan derhakanya kepada seorang ibu dan pada masa sama suka dengan semangat juang yang dimiliki Ilham untuk membersihkan nama anak-anak Chow Kit yang sering dipandang hina masyarakat.
Watak Tony yang menggalas tanggungjawab sebagai Tookoo, lelaki penagih dadah cukup memberi kesan dengan lakonannya yang bersahaja.
Ternyata bakat Tony bukan sahaja pada watak-watak lelaki bandar tetapi turut hebat menjayakan lakonan sebagai lelaki jalanan yang tiada arah tuju.
Teong Hin bijak menyatukan plot dan watak di mana watak seperti Dimple (pondan) dan Jelita (pelacur tua) dan peniaga yang menjadi nadi Chow Kit Road turut menguatkan pementasan teater ini.
Tony Eusoff turut menjayakan teater Chow Kit Road! Chow Kit Road!
Teong Hin mengangkat sisi gelap kawasan tersebut dengan memasukkan pelbagai elemen positif dalam penceritaan dengan menggunakan bahasa sebenar yang digunakan oleh masyarakat Chow Kit.
Sementara itu, pilihan sebanyak 20 buah lagu Sudirman yang antaranya seperti Pesta Dunia, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, Pelangi Petang dan Salam Terakhir menyempurnakan lagi pementasan tersebut.
Apatah lagi teater itu mempunyai barisan pelakon yang memiliki vokal nyanyian yang hebat.
Malah beberapa lagu yang jarang-jarang didengar oleh peminat di radio turut digunakan dalam pementasan itu.
Tiket persembahan dijual pada harga RM170, RM100 dan RM50. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.masakinitheatre.com.my.

Artis Veteran Dibantu Beli Rumah RM89,000

Posted: 10 May 2013 04:09 AM PDT

Norsham Abd Aziz (dua dari kiri) bersama para artis dari kiri; Boy Iman, Abon, Yang Jamil dan Zed Zaidi melihat replika rumah yang bakal dibina.
AMPANG: Karyawan seni terutamanya artis-artis veteran berpeluang memperoleh sebuah rumah teres dengan harga serendah RM89,000 menerusi kerjasama di antara Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan syarikat perumahan Alfafa Group.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, dengan bayaran sebanyak itu, para artis yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah mampu memperoleh sebuah rumah yang selesa di beberapa lokasi terpilih seluruh negara.
"Inilah masanya untuk para artis mengambil peluang bagi mendapatkan sebuah kediaman yang selesa dengan harga yang murah mengikut konsep Islam.
"Peluang ini terbuka kepada mereka yang tidak berkemampuan terutamanya kepada artis-artis veteran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pra pelancaran perumahan Alfafa di Hotel De Palma, Ampang di sini pada Khamis.
Hadir sama Pengerusi Koperasi Alfafa Berhad, Norsham Abd Aziz, duta projek perumahan berkenaan iaitu pelakon Boy Iman serta beberapa selebriti tempatan.
Zed Zaidi berkata, pada masa ini para artis sukar membuat pinjaman kerana tidak mempunyai slip gaji sehingga menyukarkan pihak bank meluluskan permohonan mereka.
Sehubungan itu kata Zed, menerusi kerjasama ini pihaknya akan membantu para artis untuk memperoleh pinjaman dengan sayarat-syarat tertentu yang bakal dikenakan oleh pihak Alfafa.
Jelasnya lagi, artis-artis yang hendak memohon bagi memiliki kediaman serendah ini boleh mendapat maklumat dengan Seniman dan pihaknya akan membuat beberapa tapisan sebelum meluluskan permohonan berkenaan.
"Buat masa ini kita akan beri keutamaan kepada aris-artis veteran dan artis muda yang difikirkan layak memperoleh kerjasama ini," katanya.
Sementara itu Norsham berkata, individu yang berminat membeli rumah berkenaan diwajibkan membayar wang RM89,000 secara tunai dengan cara membuat pinjaman peribadi menerusi bank.
Daripada jumlah itu pihaknya akan membeli sebidang tanah seluas satu ekar untuk didirikan enam atau tujuh buah rumah dalam masa tiga tahun.
Katanya, apabila tujuh buah rumah itu siap, salah satu daripadanya menjadi milik individu berkenan sementara baki enam buah rumah lagi adalah menjadi hak milik Alfafa.
"Apabila rumah itu sudah siap, harganya akan meningkat sehingga RM300 ribu dan pemilih boleh membuat keputusan untuk tinggal di rumah itu ataupun menjualnya. Ia amat menguntungkan kerana mereka hanya perlu mengeluarkan RM89,000 sahaja," jelasnya.
Tambah Norsham lagi, buat masa ini kawasan perumahan yang sudah siap ialah di di Kampung Padang Balang, Sentul di sini manakala projek terbaharu pula terletak di Kuang dan Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

'3R' Cari Hos Baharu Selepas 3 Tahun Menyepi

Posted: 10 May 2013 04:09 AM PDT

3R mencari wajah baru sebagai hos program tersebut.
PETALING JAYA: Selepas tiga tahun tidak bersiaran, program yang mengetengahkan isu-isu berkaitan kaum wanita iaitu 3R (Respek, Relaks, Respon) akan melakukan uji bakat untuk mencari personaliti baharu bagi mengacarakan program tersebut.
Sebelum ini, 3R dihoskan oleh Azah Yasmin Yusof, Rafidah Abdullah, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Celina Khor.
Penerbit Eksekutif Bersama, Red Comunication Sdn Bhd, Lina Tan, berkata, menerusi pencarian tersebut, pihaknya akan mengadakan sebuah program realiti khas iaitu Projek 3R di mana seramai 12 orang finalis dipilih menyertai ke program itu dan hanya tiga peserta akan menjadi pemenang sebagai hos baru 3R.
"Tidak dinafikan, Azah, Yuen, Kartini, Celina dan Rafidah telah menjadikan 3R sebagai sebuah jenama yang kukuh di hati penonton. Oleh itu, kami juga ingin mencari wajah baru yang memiliki faktor 'X' seperti mereka.
"Kami juga ingin mencari wanita muda yang mempunyai pendirian, idea dan sentiasa peka dengan isu-isu sosial. Bukan sekadar rupa paras semata-mata," katanya.
Tambah Lina, sebagai generasi muda yang bertanggungjawab dalam pembangunan kemasyarakatan, hos baharu yang dicari itu perlu berani menyahut cabaran dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri.
Hos 3R sebelum ini dari kiri: Kartini, Rafidah, Azah dan Yuen.
Bagi yang berminat dalam pencarian hos 3R, bolehlah melayari laman web www.3r.com.my untuk pendaftaran dan informasi lanjut.
3R telah bermula pada tahun 2000, disiarkan di TV3 dan Astro Ria selama 14 musim dengan keseluruhannya 182 episod.
Sementara itu penerbit eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir berkata walaupun program ini tidak aktif dalam tempoh masa yang agak lama, dia percaya 3R masih lagi relevan untuk tontonan remaja kini.
"Dalam program ini kita sering membincangkan isu-isu sosial khususnya berkaitan kaum wanita dan saya rasa masalah yang dilalui kaum wanita pada zaman dahulu dan sekarang tidak banyak bezanya.
"Cuma daripada segi pendekatannya sahaja yang berbeza, di mana kebanyakannya lebih banyak berkaitan dengan unsur-unsur siber.
"Pihak kami juga akan menyediakan ruang untuk meluahkan pendapat atau masalah menerusi laman web serta Facebook kami dan di situ, kita juga lebih mudah mengikut trend masalah yang dihadapi oleh golongan muda sekarang," ujarnya.
Projek 3R yang memaparkan pemilihan hos akan disiarkan bermula 24 Ogos depan setiap hari Sabtu pukul 6 petang.
Musim terbaharu 3R sebanyak 13 episod pula akan mula bersiaran pada 20 Oktober 2013, setiap Ahad pukul 7.30 petang. Kedua-dua program berkenaan disiarkan di TV3.

Sania lancar single terbaru

Posted: 10 May 2013 04:06 AM PDT


Sania
Sania
Pulih daripada penyakit Adenomyosis yang dihadapinya, kini penyanyi Sania yang terkenal menerusi lagu 'Cintai Aku Lagi' kembali aktif dalam bidang seni.

Sebagai permulaan, Sania mempromosikan single terbarunya "Tak Cinta Lagi".

Menurutnya, dorongan berterusan dari keluarga dan peminat tercinta membuatkan dia semakin bersemangat untuk meneruskan nyanyian.

"Saya akui, dalam industri seni pastinya akan kelihatan wajah-wajah baru.

"Namun, dia bukan mematahkan semangat saya untuk teruskan minat dalam bidang nyanyian," katanya.

Bunkface semakin tenggelam

Posted: 10 May 2013 04:06 AM PDT


Bunkface
Bunkface. 
Bunkface bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air, malah nama mereka pernah menjadi perhatian seluruh masyarakat di negara ini tatkala zaman kegemilangan band-band indie tercetus beberapa tahun lalu.

Bukan sahaja tenaga luar biasa yang ditonjolkan band ini ketika membuat persembahan dikagumi malah beberapa lagu mereka seperti Situasi, Revolusi dan Ekstravaganza berjaya menambat hati peminat muzik di negara ini.

Namun tidak tahu di mana silapnya, Bunkface yang dianggotai tiga anak muda, Sam, Youk dan Paan kini seakan meniti zaman kejatuhannya setelah perkembangan karier mereka dilihat tidak serancak seperti sebelumnya.

Tambahan pula album kedua mereka, 'Bunk Not Dead' yang telah dikeluarkan tahun lalu tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan.

Vokalisnya, Sam akui perkembangan Bunkface sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan agak merudum dan ianya sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam terhadap band ini.

"Kalau tanya saya kenapa perkara ini boleh berlaku, saya sendiri pun tidak tahu punca sebenarnya. Kami masih lagi agresif dalam persembahan sama seperti sebelum ini cuma permintaan daripada peminat semakin berkurangan.

"Paling ketara apabila album ke dua kami yang keluar tahun lalu tidak dapat sambutan sedangkan promosi yang kami lakukan sama seperti album pertama," jelasnya ketika di temui pada majlis pelancaran album kompilasi 'Baik Punya' di Kafe Hard Rock,
baru-baru ini.

Tambah Paan, mereka turut kecewa setelah mengetahui ada di kalangan peminat mereka tidak mengetahui kemunculan album terbaru yang telah dilancarkan tahun lalu.

"Kami pelik bila ada peminat yang tertanya-tanya kepada kami tentang lagu baru padahal kami telah lancarkan album Bunk Not Dead.

"Bila jadi perkara seperti ini memang kami agak terkilan," katanya.


Belum putus asa

Biarpun kecewa dengan respons yang semakin berkurangan daripada peminatnya, Sam bagaimanapun menegaskan Bunkface tidak akan mengalah dan berputus asa malah cuba perbaiki kelemahan untuk memperjuangkan muzik mereka.

Katanya lagi, perkara ini berlaku mungkin disebabkan perubahan muzik mengikut aliran semasa dan dia tidak menolak kemungkinan album kedua yang dikeluarkan itu mempertaruhkan lagu yang agak berat untuk diterima pendengar.

"Banyak kemungkinan sebab dan punca perkara ini berlaku. Kemungkinan lagu-lagu yang ada dalam Bunk Not Dead terlalu berat dan mendalam untuk diterima peminat berbanding dengan lagu-lagu dalam album pertama.

"Bagaimanapun, kami akan terus bekerja keras perjuangkan muzik kami," katanya.

Dalam pada itu, Sam berkata, Bunkface akan mengatur beberapa strategi untuk meraih semula perhatian peminat mereka.

"Kami akan perbaiki kesilapan dan kekurangan yang ada seperti mencipta lagu-lagu yang mudah diterima pendengar selain daripada mencari peluang untuk membuat persembahan di peringkat antarabangsa.

"Mungkin juga kami akan berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi lain untuk tarik peminat," katanya.

Konsert jelajah

Bercerita mengenai perkembangan lain, Bunkface bakal mengikuti konsert jelajah Bunk Not Dead  Malaysia bermula Jun ini.

Menurut Sam, konsert itu bakal menjelajah lapan lokasi di seluruh semenanjung Malaysia.

"Ini adalah satu peluang besar untuk kami bertemu peminat dengan lebih dekat. Dalam konsert ini kami akan memperkenalkan lagu-lagu yang ada dalam album ke dua kami.

"Jika konsert ini mendapat sambutan yang menggalakkan, mungkin kami akan pertimbangkan untuk bertemu peminat di Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Hijabista: Dari majalah ke kaca TV

Posted: 10 May 2013 04:05 AM PDT


Hijabista:Dari majalah ke kaca TV
Barisan produksi Hijabista TV terbitan Kumpulan Media Karangkraf yang bakal disiarkan di Astro Ria, Ahad ini.
Hijabista: Dari majalah ke kaca TV
Syamil Fahim (dua kanan) bersama Pengurus Besar Red Film, Lina Tan (kiri), Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli dan Penerbit Eksekutif Program Hijabista, Kartini Kamalu
JIKA sebelum ini, banyak novel terbitan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) diangkat ke layar perak, kini, tiba giliran majalah Hijabista pula.

Hijabista yang merupakan majalah tentang fesyen, gaya hidup dan isu semasa berkaitan dengan wanita berhijab itu kini diterjemahkan ke program TV yang berjudul Hijabista (Hijabista TV).

Empat segmen bagi 13 episod yang bakal ditayangkan di Astro Ria adalah Travel In Style, Bicara Personaliti, Pilihan Editor dan drama bersiri 'Dunia Lola'.

Hijabista TV bakal dikendalikan empat hos baru, iaitu Syakirin Husnal, Yasmin Matthews, Dayah Bakar dan Faatin Akib.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KMK, Syamil Fahim Mohd Fahim, Hijabista TV merupakan lakaran sejarah KMK yang bermula dari media cetak ke media elektronik.

"Hijabista TV merupakan sejarah KMK melangkah ke dalam penerbitan TV. Sebelum ini kami lebih kepada media cetak saja tapi dengan Hijabista TV, ia permulaan kepada kami.

"Selepas ini, Insyaallah, beberapa majalah terbitan kami yang lain mungkin akan mengikut jejak Hijabista," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sidang media Hijabista TV, hari ini.

Beliau akui yakin Hijabista TV bakal mendapat sambutan ekoran terbitan majalah itu sendiri sudah mendapat tempat di hati pembaca.

"Dari segi keyakinan, majalah itu sendiri mendapat sambutan, apatah lagi bila diterjemah dalam bentuk visual.

"Jika program TV dikenali ramai, ia juga bakal mengangkat majalah Hijabista itu sendiri," katanya.

Selain itu, Editor Majalah Hijabista, Nursuziana Zulkifli bersama empat penata gaya iaitu Nik Nurul Jannah Mohd Amin, Nasyirah Saleh, Nur Farhana Abdul Halim dan Nuraini Muhamad Daulay turut terlibat memberi sentuhan bagi 13 episod ini.

Program yang mendapat kerjasama Sunsilk dan Astro itu bakal menemui penonton setiap Ahad bermula 12 Mei ini di saluran Astro Ria, jam 7 malam.

Sementara siaran ulangan Hijabista TV pada setiap Jumaat jam 5 petang.

Nora, Adira dan Black bakal gegarkan UUM!

Posted: 10 May 2013 04:04 AM PDT


Nora
Nora
Sempena Hari Pengasasan ke-29, Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menganjurkan Konsert Gemilang 2013 pada 12 Mei ini di Dewan Mu'adzam Shah, UUM.

Konsert yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Pengurusan Kebajikan (MKSK) dan Pusat Budaya dan Seni UUM itu menggabungkan tiga penyanyi terkenal tanah air iaitu Nora, Adira dan Black.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Karim berkata, konsert tersebut pastinya menjadi lebih menarik apabila turut mendapat kerjasama daripada Istana Budaya.

"Konsert ini turut diserikan dengan barisan pemuzik dan artis Istana Budaya serta penampilan khas pelajar dan staf UUM sendiri," katanya.

Menurut Dr Malek, walaupun UUM tidak mempunyai program kesenian yang ditawarkan dalam pengajiannya, namun Pusat Budaya dan Seni memainkan peranan yang amat penting dalam membangun serta membimbing mahasiswa yang berketerampilan dalam bidang seni.

"Sebagai Universiti Pengurusan mereka juga perlu mengetahui bagaimana proses mengendalikan program kesenian oleh itu gabungan dengan Istana Budaya ini sudah cukup untuk membantu mereka untuk mempraktikkan bidang praktikal selepas teori dipelajari di bilik kuliah.

Malah, dia turut memuji Istana Budaya yang bukan sahaja memberi kerjasama kepada UUM malah turut menawarkan latihan industri kepada mahasiswa yang berminat.


Muzik 1Malaysia

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani turut memuji usaha UUM dalam memartabatkan muzik tradisional yang kini kian terpinggir.

Jelasnya, antara tarikan utama dalam konsert tersebut adalah setiap penyanyi akan diiringi dengan muzik orkestra tradisional yang merupakan gabungan muzik ketiga kaum di Malaysia.

"Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) merupakan sebuah Orkestra unik yang menggabungkan secara sistematik alat muzik tradisional hasil gabungan 1Malaysia.

"Malah OTM merupakan satu-satunya orkestra yang menggabungkan pelbagai alat muzik tradisional dalam satu masa di dunia ini," katanya.

Tambah Mohamed Juhari, perkembangan dalam bidang seni juga memerlukan perhatian khasnya mahasiswa dalam bidang seni bagi memartabatkan bidang seni tanah air.

Katanya, konsert yang bakal mempersembahkan ciri-ciri kesantunan, keanggunan dan patriotisme khususnya kepada warga kampus turut dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga merupakan Pro Canselor UUM.

WeChat cecah 300 juta pengguna

Posted: 10 May 2013 04:02 AM PDT


WeChat
WeChat
WeChat, peneraju aplikasi komunikasi sosial mudah alih dengan 300 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia memegang kedudukan teratas bagi carta aplikasi percuma untuk enam minggu berturut-turut sekali gus menjadi aplikasi sosial nombor satu yang paling banyak dimuat turun di Google Play dan App Store di Malaysia.

WeChat mempunyai kadar penembusan 60 peratus di kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia.

Timbalan Presiden Tencent International Business, PoshuYeung berkata, WeChat bukan sahaja aplikasi mesej yang membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain tetapi juga membenarkan komunikasi korporat dengan pelanggan melalui rangkaian dua hala bagi jenama dan pengguna.

Menurutnya, WeChat menyasarkan untuk membina ekosistem unik yang mana pengguna boleh berhubung dan bersosial sambil menikmati fungsi interaktif semua dalam satu yang menyediakan keperluan berlainan kepada pengguna.

Herba Bio-J untuk jantung

Posted: 10 May 2013 04:01 AM PDT


Badaruddin
Badaruddin mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang herba menerangkan kelebihan produk keluaran syarikatnya. Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
Bermula dengan produk pertama, Bio-J yang dihasilkan khas untuk merawat penyakit jantung, Pengerusi Nasar Teguh Trading, Prof Datuk Dr Badaruddin Nordin kini merancang memperluaskan lagi perniagaannya dengan menghasilkan produk herba dalam bentuk kapsul serta formula baru untuk bantu mencegah lebih banyak penyakit.

Syarikat itu kini mempunyai tiga produk minuman herba Bio-J, Bio-99 dan Bio-Prof serta madu asli Bio-Bee.

"Minuman Bio-J dan Bio-99 akan dikapsulkan dalam tempoh setahun setengah lagi dan kami juga sedang menghasilkan produk untuk penyakit saraf yang dijangka akan mula dipasarkan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan dari sekarang," menurut pengasas produk minuman herba itu.

Badaruddin yang juga ahli Majlis Pembangunan Herba Negara berkata, jualan tahun lalu mencapai sasaran RM5 juta dan untuk tahun ini, beliau menyasarkan pertumbuhan jualan sebanyak tiga hingga lima peratus.

"Di Malaysia kini, hampir lapan juta orang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kolesterol jadi perniagaan ini ada potensi untuk berkembang.

"Memang banyak penggiat industri herba yang menawarkan pelbagai produk tetapi kami memfokuskan kepada kualiti," katanya mengenai persaingan dalam industri itu.

Menurut Badaruddin, pasaran produk herba di dunia bernilai AS$200 bilion (RM593 bilion) pada 2008 dan dijangka meningkat sehingga AS$5 trilion (RM14.8 trilion) pada 2020 manakala di Malaysia, pasaran herba dijangka bernilai RM2.2 bilion menjelang 2020.
Badaruddin berkata, perniagaan produk berasaskan herba itu dimulakan pada 2010 dengan formula pertama dihasilkan adalah Bio-J.

Produk itu mengambil masa tiga tahun bermula 2008 untuk dihasilkan, menggunakan ramuan seperti buah hayat atau castella, yang terkenal dengan keberkesanannya merawat penyakit jantung.

Sementara itu, Bio-99 yang dirumus daripada herba dikenali sebagai kumango berfungsi bagi merawat ketumbuhan seperti fibroid, kanser, buasir, gout, bisul serta kencing manis manakala Bio-Prof bagi penyakit seperti kanser prostat, gastrik dan migrain.

Menurut Badaruddin, syarikatnya juga telah pun melaburkan lebih RM5 juta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak hampir tiga tahun lalu.
Produk keluaran Nasar Teguh itu dijual antara RM40 sehingga RM 120 sebotol melalui 100 stokis dan ejen di seluruh negara selain tempahan melalui laman web.

Badaruddin berkata, syarikat itu juga telah mengeksport produk keluarannya ke Brunei dan Indonesia serta merancang menembusi Filipina dan selatan Thailand tahun ini.

Honda sasar jual 3,200 hibrid Civic

Posted: 10 May 2013 04:01 AM PDT


Honda Civic Hibrid
Honda Civic Hibrid
Honda Malaysia Sdn Bhd menyasarkan untuk menjual 3,200 unit kereta Hibrid Civic tahun ini berbanding dengan 1,200 unit tahun lalu, dengan sasaran jualan bulanan 270 unit.

"Dengan mempunyai pelbagai pilihan kereta hibrid, Honda telah mengekalkan kedudukan nombor satu di dalam segmen hibrid pada tahun lalu," menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

"Sehingga April lalu, lebih 16,300 unit kenderaan Hibrid Honda telah berada di atas jalan raya Malaysia dan daripada jumlah itu, hampir 2,460 adalah Hibrid Civic," katanya.

Syarikat itu mengumumkan semalam bahawa Hibrid Civic kini dilengkapi dengan keupayaan kamera belakang untuk berundur dan sistem telefon bebas tangan.

Kenderaan itu boleh didapati dalam tiga warna iaitu putih metalik, putih mutiara dan hitam.

Kereta elektrik Nissan dilancar tahun ini

Posted: 10 May 2013 04:00 AM PDT


Kereta elektrik Nissan Leaf
Kereta elektrik Nissan Leaf
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta Nissan di Malaysia, akan melancarkan kereta elektrik Nissan Leaf pada suku ketiga tahun ini, menurut Pengarah Eksekutifnya Datuk David Chen.

Perluasan rangkaian stesen mengecas kenderaan elektrik (EV) di Kuala Lumpur dan bandar raya lain di Malaysia akan menyokong pelancaran Nissan Leaf yang ditunggu-tunggu itu, katanya kepada pemberita semasa pelancaran stesen EV terbaru di
Bangsar Shopping Centre (BSC).

Chen berkata, stesen EV itu dibangunkan hasil inisiatif sektor swasta yang menyokong usaha kerajaan dalam penjagaan alam sekitar mesra alam, menggalakkan mobiliti dan membuka infrastruktur EV di Malaysia.

"Kami sangat bangga kerana BSC menyertai kami dalam berkongsi wawasan dan komitmen ke arah alam sekitar lebih hijau serta gaya hidup sihat," katanya.

Stesen EV di BSC itu adalah yang keempat

Cabaran Ain jadi pengarah

Posted: 10 May 2013 03:55 AM PDT


AIN mengakui menghadapi cabaran dalam melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengarah Oh Mak Kau.


BERBEKALKAN wajah cantik dengan darah kacukan yang dimilikinya, sekali pandang pelakon Cristina Suzanne Stockstill memang mampu mencairkan hati lelaki yang melihatnya.
Bagaimanapun, di sebalik kecantikan yang dimilikinya itu pelakon berkenaan dilihat tampil cukup ringkas dengan berbaju kurung hitam sewaktu bertemu dengannya dalam majlis pelancaran filem Tujuh baru-baru ini.
"Saya memang selesa dengan penampilan yang ringkas kalau hendak pergi ke mana-mana acara. Nasib baik saya telah diberitahu supaya membawa baju lebih kerana ada sesi fotografi bersama Kosmo!," ujarnya memulakan bicara.
Berbicara lebih lanjut mengenai kerjaya lakonannya selepas popular menerusi drama bersiri Bicara Hati, pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Cris itu mengakui perjalanan karier seninya agak perlahan.
Jelas pelakon berusia 28 tahun itu, sudah banyak tawaran lakonan yang diterimanya, tetapi dia terpaksa menolaknya kerana seringkali diberi watak yang sama.
"Selepas drama bersiri Bicara Hati yang disiarkan pada tahun lalu mendapat sambutan penonton, banyak yang menawarkan saya watak yang hampir sama iaitu seorang gadis yang bertudung.
"Bukan mahu terlalu selektif untuk memilih sesuatu tawaran, kalau boleh biarlah saya diberi peluang membawa peranan yang lain supaya ia dapat memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon," ujarnya yang tidak menyasarkan sesuatu watak yang ingin dilakonkannya.
Apabila ditanya tentang pandangannya bahawa seseorang pelakon berwajah kacukan sepertinya tidak sukar meraih populariti dalam tempoh singkat, pelakon berkenaan menyatakan ia bukanlah menjadi ukuran utama.
Buktinya, dia sendiri menyatakan bahawa sehingga kini dirinya tidaklah popular dan dikenali ramai, meskipun sudah agak lama berkecimpung dalam dunia lakonan.
"Wajah itu sekadar pakej kerana penonton sekarang lebih bijak menilai mutu lakonan seseorang pelakon itu. Tentang populariti pula saya tidak kisah cepat atau lambat kerana lebih penting saya tidak mahu orang melihat saya sebagai pelakon kayu.
"Jadi, sebelum mengejar populariti lebih baik saya perbaiki terlebih dahulu mutu lakonan. Biarlah saya lambat popular dalam dunia hiburan ini, asalkan ia seiring dengan kehebatan saya sebagai pelakon," jelasnya.
Bagi mengasah lagi bakatnya sebagai pelakon memandangkan dia tiada asas dalam bidang lakonan, Cris memberitahu dia kini sudah mula berjinak-jinak dengan pentas teater.
Pernah berlakon dalam sebuah teater berjudul Ramlee Festasi sebanyak dua kali, Cris menyatakan pelbagai ilmu dan pengalaman yang diperoleh serta berlakon teater mampu memberi lebih banyak keyakinan kepada dirinya.
"Semasa berlakon teater saya banyak bergaul dengan para pelakon yang memang menuntut dalam jurusan lakonan, jadi banyak perkara yang saya pelajari daripada mereka.
SHUIB menerima tawaran berlakon filem sulung arahan Ain, Oh Mak Kau kerana tertarik dengan jalan ceritanya.


"Lagipun mereka jenis yang tidak kedekut ilmu dan sebab itu saya suka bergaul dengan mereka, malah cara kerja dan penghayatan mereka dalam membawakan sesuatu watak sangat mengagumkan saya," ujarnya.
Sambung belajar
Biarpun kerjaya lakonannya sekarang ini dilihat semakin berkembang, Cris memberitahu dia telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang rekaan grafik pada hujung tahun ini.
Ujarnya, keputusan tersebut dibuat sebagai persediaan untuk jangka panjang buat dirinya sekiranya tiada lagi tawaran berlakon yang diterima pada masa akan datang.
"Sebagai seorang individu yang sekadar berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah tentu memiliki kelulusan yang lebih tinggi itu sangat penting.
"Memandangkan semakin ramai pelakon baharu yang muncul sekarang ini, dengan kelulusan yang ada pastinya ia lebih menjamin masa depan buat diri saya menceburi bidang yang lain pula," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada dia akan berhenti berlakon sekiranya menyambung pelajaran, pelakon itu menyatakan dia sama sekali tidak akan meninggalkannya.
"Saya terjun ke dalam bidang lakonan kerana minat yang cukup mendalam dan sudah tentu saya akan meneruskannya. Cuma, saya perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan berlakon," jelasnya yang beranggapan belum terlambat buat dirinya ke menara gading.
Berkenaan dengan aktiviti lakonannya pula, Cris memberitahu pada 20 Mei ini dia bakal menjalani penggambaran filem bergenre seram berjudul Tujuh terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Masih berkawan
Selain dilihat sebagai seorang pelakon yang kurang menjadi sebutan ramai, Cris turut tidak terlepas daripada dikaitkan dengan beberapa cerita sensasi.
Sebelum ini, dia pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Bront Palarae apabila kedua-duanya berlakon bersama dalam filem berjudul Jwanita arahan Osman Ali.
Apabila diminta penjelasan tentang gosip percintaan tersebut, pelakon itu masih tetap memberikan jawapan yang sama bahawa tiada hubungan cinta yang terjalin antara mereka berdua.
"Saya ingin nyatakan sekali lagi hubungan saya dan Bront sekadar rakan sesama artis. Sehingga kini kami masih lagi tetap berkawan seperti biasa.
"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu lagi perkara ini diperkatakan lagi kerana berasa kurang selesa apabila kisah peribadi lebih banyak menjadi tumpuan," ujarnya.
Sebelum mengakhiri bicara, Cris berharap supaya kisah tentang kerjayanya lebih diberi perhatian berbanding dikenali ramai kerana dikaitkan cerita sensasi atau gosip supaya ia tidak memberi impak negatif terhadap perjalanan karier seninya.

Wajah kacukan bukan ukuran

Posted: 10 May 2013 03:55 AM PDT



BERBEKALKAN wajah cantik dengan darah kacukan yang dimilikinya, sekali pandang pelakon Cristina Suzanne Stockstill memang mampu mencairkan hati lelaki yang melihatnya.
Bagaimanapun, di sebalik kecantikan yang dimilikinya itu pelakon berkenaan dilihat tampil cukup ringkas dengan berbaju kurung hitam sewaktu bertemu dengannya dalam majlis pelancaran filem Tujuh baru-baru ini.
"Saya memang selesa dengan penampilan yang ringkas kalau hendak pergi ke mana-mana acara. Nasib baik saya telah diberitahu supaya membawa baju lebih kerana ada sesi fotografi bersama Kosmo!," ujarnya memulakan bicara.
Berbicara lebih lanjut mengenai kerjaya lakonannya selepas popular menerusi drama bersiri Bicara Hati, pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Cris itu mengakui perjalanan karier seninya agak perlahan.
Jelas pelakon berusia 28 tahun itu, sudah banyak tawaran lakonan yang diterimanya, tetapi dia terpaksa menolaknya kerana seringkali diberi watak yang sama.
"Selepas drama bersiri Bicara Hati yang disiarkan pada tahun lalu mendapat sambutan penonton, banyak yang menawarkan saya watak yang hampir sama iaitu seorang gadis yang bertudung.
"Bukan mahu terlalu selektif untuk memilih sesuatu tawaran, kalau boleh biarlah saya diberi peluang membawa peranan yang lain supaya ia dapat memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon," ujarnya yang tidak menyasarkan sesuatu watak yang ingin dilakonkannya.
Apabila ditanya tentang pandangannya bahawa seseorang pelakon berwajah kacukan sepertinya tidak sukar meraih populariti dalam tempoh singkat, pelakon berkenaan menyatakan ia bukanlah menjadi ukuran utama.
Buktinya, dia sendiri menyatakan bahawa sehingga kini dirinya tidaklah popular dan dikenali ramai, meskipun sudah agak lama berkecimpung dalam dunia lakonan.
"Wajah itu sekadar pakej kerana penonton sekarang lebih bijak menilai mutu lakonan seseorang pelakon itu. Tentang populariti pula saya tidak kisah cepat atau lambat kerana lebih penting saya tidak mahu orang melihat saya sebagai pelakon kayu.
FIGURA jelita ini tidak selesa apabila dirinya menjadi bahan gosip sensasi.


"Jadi, sebelum mengejar populariti lebih baik saya perbaiki terlebih dahulu mutu lakonan. Biarlah saya lambat popular dalam dunia hiburan ini, asalkan ia seiring dengan kehebatan saya sebagai pelakon," jelasnya.
Bagi mengasah lagi bakatnya sebagai pelakon memandangkan dia tiada asas dalam bidang lakonan, Cris memberitahu dia kini sudah mula berjinak-jinak dengan pentas teater.
Pernah berlakon dalam sebuah teater berjudul Ramlee Festasi sebanyak dua kali, Cris menyatakan pelbagai ilmu dan pengalaman yang diperoleh serta berlakon teater mampu memberi lebih banyak keyakinan kepada dirinya.
"Semasa berlakon teater saya banyak bergaul dengan para pelakon yang memang menuntut dalam jurusan lakonan, jadi banyak perkara yang saya pelajari daripada mereka.
"Lagipun mereka jenis yang tidak kedekut ilmu dan sebab itu saya suka bergaul dengan mereka, malah cara kerja dan penghayatan mereka dalam membawakan sesuatu watak sangat mengagumkan saya," ujarnya.
Sambung belajar
Biarpun kerjaya lakonannya sekarang ini dilihat semakin berkembang, Cris memberitahu dia telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang rekaan grafik pada hujung tahun ini.
Ujarnya, keputusan tersebut dibuat sebagai persediaan untuk jangka panjang buat dirinya sekiranya tiada lagi tawaran berlakon yang diterima pada masa akan datang.
"Sebagai seorang individu yang sekadar berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah tentu memiliki kelulusan yang lebih tinggi itu sangat penting.
"Memandangkan semakin ramai pelakon baharu yang muncul sekarang ini, dengan kelulusan yang ada pastinya ia lebih menjamin masa depan buat diri saya menceburi bidang yang lain pula," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada dia akan berhenti berlakon sekiranya menyambung pelajaran, pelakon itu menyatakan dia sama sekali tidak akan meninggalkannya.
MERAIH pengalaman berharga menerusi teater, Ramli Festasi, Cris mahu terus memperbaiki mutu lakonannya.


"Saya terjun ke dalam bidang lakonan kerana minat yang cukup mendalam dan sudah tentu saya akan meneruskannya. Cuma, saya perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan berlakon," jelasnya yang beranggapan belum terlambat buat dirinya ke menara gading.
Berkenaan dengan aktiviti lakonannya pula, Cris memberitahu pada 20 Mei ini dia bakal menjalani penggambaran filem bergenre seram berjudul Tujuh terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Masih berkawan
Selain dilihat sebagai seorang pelakon yang kurang menjadi sebutan ramai, Cris turut tidak terlepas daripada dikaitkan dengan beberapa cerita sensasi.
Sebelum ini, dia pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Bront Palarae apabila kedua-duanya berlakon bersama dalam filem berjudul Jwanita arahan Osman Ali.
Apabila diminta penjelasan tentang gosip percintaan tersebut, pelakon itu masih tetap memberikan jawapan yang sama bahawa tiada hubungan cinta yang terjalin antara mereka berdua.
"Saya ingin nyatakan sekali lagi hubungan saya dan Bront sekadar rakan sesama artis. Sehingga kini kami masih lagi tetap berkawan seperti biasa.
"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu lagi perkara ini diperkatakan lagi kerana berasa kurang selesa apabila kisah peribadi lebih banyak menjadi tumpuan," ujarnya.
Sebelum mengakhiri bicara, Cris berharap supaya kisah tentang kerjayanya lebih diberi perhatian berbanding dikenali ramai kerana dikaitkan cerita sensasi atau gosip supaya ia tidak memberi impak negatif terhadap perjalanan karier seninya.

 

Gara-gara kasut tumit tinggi Kardashian

Posted: 10 May 2013 03:54 AM PDT


KIM dirakam memakai kasut tumit tinggi yang baru dibelinya sehingga kakinya bengkak (foto kecil).


KIM KARDASHIAN sebelum ini mengakui hamil bukan suatu perkara yang mudah buat dirinya. Bintang realiti TV itu kini sedang hamil anak sulung hasil perkongsian cinta dengan kekasihnya, penyanyi Kanye West. Ternyata kehamilan adalah sesuatu yang sukar buat Kim, khususnya kerana dia agak obses dengan kasut tumit tinggi.
Biarpun usia kandungannya itu kini sudah mencecah tujuh bulan, Kim, 32, tetap ingin kelihatan seperti tidak hamil menerusi pakaian ketat yang digayakan lengkap dengan kasut tumit tingginya.
Baru-baru ini, Kim berada di sekitar Los Angeles dengan menyarung kasut tumit tinggi daripada jenama Givenchy yang baru dibelinya.
Mahu tahu apakah yang terjadi kepada kakinya itu? Kim sendiri mendedahkan jawapannya menerusi Instagram miliknya.
Memuat naikkan gambar kakinya yang bengkak gara-gara menyarungkan kasut tumit tinggi tersebut, dia menulis dalam Twitternya yang berbunyi: "Kaki bengkak atau tatu baharu Givenchy?"
Kim sebelum ini menyelar kritikan media terhadap gaya pemakaiannya ketika hamil. Ujarnya kepada Extra TV: "(Kritikan) itu agak melampau. Saya gemarkan fesyen. Saya gemar membuat eksperimental dengan fesyen sebab itu saya cuba semua jenis baju rekaan terbaharu - tidak kiralah sama ada saya tengah mengandung atau tidak hamil. Fesyen adalah sesuatu yang menyeronokkan buat saya."

Operasi dalam banglo mewah

Posted: 10 May 2013 03:52 AM PDT


ANGGOTA dan pegawai polis memerhatikan sebahagian daripada 85 individu yang diberkas kerana terlibat dalam kegiatan penipuan di Kuching semalam.


KUCHING – Tindakan satu sindiket Macau Scam menjadikan sebuah banglo mewah sebagai pusat untuk menjalankan kegiatan penipuan antarabangsa sejak Februari lalu terbongkar apabila diserbu di Jalan Green dan Jalan Bampfylde di sini semalam.
Serbuan pukul 10.30 pagi itu berjaya menahan 85 individu berusia lingkungan 20 hingga 30-an yang terdiri daripada warga China, Taiwan dan seorang lelaki tempatan selepas polis mendapat maklumat daripada pihak berkuasa dari dua negara tersebut.
Daripada jumlah itu, 48 merupakan lelaki manakala bakinya wanita.
Sumber berkata, banglo itu dijadikan sebagai pusat panggilan untuk menghubungi mangsa yang rata-ratanya terdiri daripada warga asing.
"Modus operandi suspek itu ialah menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank republik China sebelum memberitahu akaun mereka terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.
"Suspek kemudian akan mengarahkan mangsa memindahkan wang ke dalam akaun tertentu. Bagi meyakinkan mangsa, seorang lagi ahli sindiket akan menghubungi mangsa yang sama dengan menyamar sebagai anggota polis atau pegawai bank dan memberikan arahan yang serupa," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kaji tempoh khidmat tentera wanita

Posted: 10 May 2013 03:51 AM PDT


ZULKIFELI (kanan) berbual dengan anggota wanita pertama Malbatt 5 yang dihantar untuk berkhidmat di Lubnan di Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengkaji cadangan memanjangkan tempoh perkhidmatan anggota tentera wanita di Lebanon daripada enam bulan kepada sembilan bulan atau setahun.
Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, tempoh perkhidmatan dicadangkan itu merupakan satu usaha untuk memastikan mereka berkhidmat dengan cemerlang dan setaraf dengan tentera wanita dari negara-negara maju.
"Di Kem Tibnin, Selatan Lebanon, pasukan wanita kita berkhidmat selama enam bulan sahaja berbanding pasukan lelaki yang berkhidmat selama setahun. Tetapi kami melihat bahawa jangka waktu sesuai ialah sembilan bulan.
"Namun, khidmat mereka meninggalkan kesan mendalam terhadap rakyat tempatan di sana. Maka terdapat juga peluang tempoh dipanjangkan kepada setahun dan saya telah meminta untuk mengkaji cadangan tersebut," katanya selepas menyambut kepulangan anggota Kumpulan Wanita Pertama Batalion 5 Malaysia (Malbatt 5) dari Lebanon yang diketuai Kapten Norfaizah Sulaiman di Auditorium Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini semalam.

Maxis catat perolehan RM2.327 bilion

Posted: 10 May 2013 03:50 AM PDT


ARSHAD (dua dari kiri) bersama Suren (dua dari kanan) melihat laporan kewangan Maxis sambil diperhatikan oleh Nasution (kiri) dan Dioguardi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Maxis Bhd. (Maxis) memulakan tahun 2013 dengan momentum positif apabila mencatat perolehan sebanyak RM2.327 billion pada suku pertama 2013, peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Syarikat turut mencatatkan pertumbuhan merentasi semua segmen perniagaannya dengan perkhidmatan data terutamanya internet mudah alih yang menjadi pemacu pertumbuhan utama dengan peningkatan sebanyak 17.3 peratus berbanding tahun lalu.
Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, prestasi tersebut mencerminkan persekitaran sihat hasil daripada pelbagai inisiatif pasaran Maxis tahun lalu.
"Usaha kami memperkenalkan produk data yang inovatif dan meningkatkan pengalaman keseluruhan data pengguna membawa kepada pendapatan dalam segmen bukan suara yang kukuh pada tahap 47.8 peratus daripada perkhidmatan mudah alih.
"Kami kini mempunyai 8.5 juta pengguna internet mudah alih aktif dengan 39 peratus daripada mereka menggunakan telefon pintar.
"Hasilnya, hampir 69 peratus daripada pendapatan bukan suara Maxis terdiri daripada perkhidmatan Internet dan data," katanya pada sidang akhbar bersempena mesyuarat agung tahunannya kali ke-4 dan pengumuman prestasi kewangan Maxis di sini semalam.

Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri

Posted: 10 May 2013 03:48 AM PDT


SEORANG lelaki terjun dari tingkat tujuh Plaza LDA yang terbakar di Lahore semalam.


LAHORE, Pakistan - Seramai tiga orang terjun dari Plaza LDA yang terbakar di sini semalam sebagai usaha untuk menyelamatkan diri.
Dua daripada tiga orang itu cedera selepas mereka terjun dari tingkat tujuh.
Mereka kemudian dirawat di sebuah hospital.
Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang terjun itu mati di tempat kejadian.
Lima buah jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Sejumlah orang dilaporkan terperangkap di dalam bangunan setinggi 13 tingkat itu ketika kebakaran tersebut bermula di tingkat tujuh dan lapan.
Beberapa buah helikopter turut digunakan untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terperangkap akibat kebakaran tersebut.
Empat orang terbunuh dalam kejadian itu.
Punca kejadian masih belum diketahui.

Dua penumpang terjatuh dari kapal

Posted: 10 May 2013 03:47 AM PDT


BEBERAPA penumpang beratur di luar kapal itu semalam.


SYDNEY - Pihak berkuasa semalam melancarkan gerakan mencari dua orang penumpang yang terjatuh ke dalam laut dari sebuah kapal persiaran, Carvival Spirit.
Menurut seorang pegawai polis New South Wales, Mark Hutchings, gerakan mencari itu dilakukan di pantai timur Australia selepas dua penumpang tersebut didapati hilang oleh kru-kru kapal pada pagi semalam selepas Carnival Spirit berlabuh di Circulay Quay di sini.
Beliau berkata, rakaman kamera pengawasan menunjukkan dua penumpang tersebut yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 30 tahun dan pasangannya berumur 27 tahun terjatuh dari dek kapal pada malam Rabu lalu.
Hutchings memberitahu, ketika kejadian, kapal tersebut berada kira-kira 120 kilometer di luar bandar Forster.
"Kami berharap dapat menemui mereka hidup-hidup," katanya kepada pemberita.
Jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, Jo Meehan berkata, sebuah pesawat, helikopter dan beberapa buah bot polis digunakan dalam misi mencari mangsa-mangsa tersebut.
Pasangan itu merupakan antara 2,680 orang penumpang yang menaiki kapal tersebut dalam pelayaran selama 10 hari.

One Direction guna khidmat bekas ejen Obama

Posted: 10 May 2013 03:47 AM PDT

ANGGOTA-ANGGOTA One Direction terdiri daripada Tomlinson (kiri) yang berdiri di sebelah Payne, Malik, Horan dan Styles. di Sao Paulo pada 30 November 2012.


LONDON - Kumpulan nyanyian terkenal, One Direction dilaporkan akan menggunakan khidmat bekas pasukan keselamatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sempena konsert jelajah mereka di AS, lapor portal berita Express kelmarin.
Keputusan tersebut dibuat oleh ketua konsert jelajah One Direction selepas dia bimbang tentang peningkatan peminat fanatik kumpulan dari Britain itu.
Penggunaan bekas pasukan keselamatan Obama itu dibuat selepas seorang anggota kumpulan tersebut, Liam Payne, 19, berpisah dengan kekasihnya, Danielle Peezer.
"Beberapa anggota keselamatan itu pernah berkhidmat dengan Obama," kata satu sumber.
Kumpulan itu juga dijangka mendapatkan khidmat bekas anggota tentera AS yang pernah berkhidmat semasa Perang Iraq untuk mengawal keselamatan mereka.
One Direction yang turut dianggotai Harry Styles, Zayn Malik, Louis Tomlinson dan Niall Horan bakal memulakan konsert jelajah di Florida, AS pada 13 Jun depan.

Kereta peronda sport milik polis Dubai dipamer

Posted: 10 May 2013 03:46 AM PDT

BEBERAPA orang wanita melihat kereta Aston Martin One-77 yang akan digunakan polis Dubai di Pasar Perdagangan Arab, Dubai semalam.


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu - Tiga buah kereta sport milik polis di bandar raya ini dipamerkan kepada orang ramai di Pasar Perdagangan Arab di sini semalam.
Ketiga-tiga kereta yang dipamerkan itu ialah Lamborghini Aventador, Bentley Continental GT dan Aston Martin One-77.
Polis Dubai akan menggunakan kereta tersebut semasa membuat rondaan di beberapa buah kawasan di bandar raya ini.
Kereta sport Lamborhini Aventador buatan syarikat Automobili Lamborghini S.p.A di Itali itu boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam (km/j).
Ia berharga lebih AS$394,000 (RM1.17 juta).
Kelajuan maksimum yang dicatatkan kereta Bentley Continental GT yang dikeluarkan di kilang kenderaan itu di Crewe, England ialah 318 km/j.
Ia dijual pada harga permulaan AS$176,725 (RM525,580).
Kereta sport Aston Martin itu yang dikeluarkan dari kilang Gaydon, Warwickshire, United Kingdom boleh mencecah kelajuan 320 km/j.
Ia dianggarkan berharga AS$1.78 juta (RM5.29 juta).

Kenangan sambut bayi atas troli

Posted: 10 May 2013 03:44 AM PDT



TANGISAN bayi silih berganti mengisi ruang wad 17 bilik di hospital bersalin paling terkenal di Kuala Lumpur itu. Seorang jururawat kelihatan mendukung seorang bayi yang baru lahir ke mesin penimbang sebelum menidurkannya di atas katil khas bayi.
Selama lima dekad lalu, suasana dan emosi di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini hampir tidak berubah walaupun ia kini menggunakan peralatan berteknologi terbaharu.
Wad itu juga dikenali sebagai Hospital Bersalin dan diletakkan di bawah Jabatan Obstetrik & Ginekologi HKL.
Sebagai antara hospital bersalin yang terbesar dan tersibuk di dunia, sebanyak lebih 916,000 bayi telah dilahirkan di sini sejak ia dibuka secara rasmi pada 18 Januari 1963. Segala pahit manis dan suka duka yang terkait dengan hospital itu masih boleh didengar hingga ke hari ini.
Biarpun ada cerita kurang enak tentang perkhidmatan dan layanan kakitangannya, ia tidak mencerminkan realiti di sebalik dinding hospital tersebut.
Seorang ibu, Azlina Jaafar, 39, misalnya, mempercayai servis hospital bersalin HKL. Dia melahirkan anak pertama pada tahun 1998 di HKL tetapi bayinya itu meninggal dunia ketika berusia lima bulan dalam kandungan. Ironinya, empat lagi anak Azlina yang lain lahir di wad yang sama.
Suami Azlina, Khairozzam Tumiran, 39, memberitahu, dia dapat melihat perubahan ketara dari segi infrastruktur dan perkhidmatan di wad tersebut.
"Keselesaan dan kecekapan kakitangan mengendalikan proses sebelum, ketika dan selepas kelahiran membuatkan saya dan isteri memilih hospital ini," ujar Khairozzam yang teruja menyambut cahaya mata kelimanya pada 15 Januari lalu yang dilahirkan menerusi pembedahan.
Seorang doktor yang bertugas di HKL, Dr. Juani Hayyan juga memilih hospital bersalin itu semasa melahirkan anak pertamanya. Kemunculan hospital swasta bertaraf lima bintang tidak menggugat keyakinan Juani terhadap perkhidmatan ibu dan bayi di HKL.

KIRI: Kesabaran dan kepakaran yang seiring perlu dimiliki kakitangan hospital bersalin.


Jururawat menjerit
Sememangnya ada dakwaan bahawa layanan oleh jururawat bertugas kurang memuaskan. Kisah ibu baru bersalin dimarahi malah diherdik kakitangan wad berkenaan pernah menjadi topik perbualan hangat. Tetapi sejauh manakah kebenaran cerita tersebut?
Ketua Jururawat, Rani Alagappan, 56, yang telah berkhidmat selama 21 tahun di wad tersebut menjelaskan, petugas tidak berniat untuk memarahi pesakit. Ia mungkin berlaku mengikut situasi tetapi bukan niat mereka untuk berbuat demikian.
"Kerja kami ialah untuk menyelamatkan dua nyawa sekali gus iaitu ibu dan bayi. Ada ketikanya ibu-ibu terlalu letih dan mengantuk untuk melahirkan bayi dan situasi ini sangat berbahaya kepada mereka berdua.
"Kami meninggikan suara agar ibu-ibu begini kembali sedar dan menaikkan semangat mereka.
"Jika ia mengecilkan hati mereka sekali pun, kami tidak ralat kerana pada akhirnya ia untuk kebaikan ibu dan bayi terbabit," jelas Rani yang menambah, suntikan epidural juga kini ditawarkan di wad itu bagi mengurangkan kesakitan bersalin.
Mengimbas situasi hospital bersalin HKL pada tahun 1990-an, Rani menyatakan ia sentiasa sibuk ditambah pula dengan kekangan bilangan kakitangan. Kekurangan bilik bersalin memaksa jururawat menyambut bayi di atas troli di koridor hospital.
Bagaimanapun, ruang kecil untuk menampung bilangan pesakit yang ramai tidak pernah membuatkan kakitangan di situ mengeluh. Mereka bersengkang mata dan ada masanya terpaksa mengorbankan waktu rehat.
"Pada waktu dahulu, kami hanya mempunyai pakar bedah dan kebanyakan kelahiran normal disambut jururawat yang bertauliah. Doktor meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kami.
"Ibu yang bersalin normal ditempatkan di wad berisiko rendah dan ia dikendalikan bidan berdaftar. Kes-kes berisiko tinggi pula diletakkan di bangunan utama hospital bersalin. Namun hari ini tempat berisiko rendah telah ditutup dan semua kelahiran dilakukan di bangunan utama.
"Selama bekerja di sini, saya masih ingat kes seorang ibu yang sakit hendak bersalin selama dua hari. Kami terpaksa pergi ke rumahnya tetapi bayinya tidak dapat diselamatkan.
"Selepas itu, si ibu pula meninggal dunia," singkap Rani yang ingin mengingatkan masyarakat bahawa emosi jururawat juga terganggu sekiranya proses kelahiran tidak berjalan lancar.

JUANI (kiri) bersama suaminya gembira menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.


Bayi luar nikah
Menyentuh soal warga asing yang bersalin di HKL, penyelia jururawat, Looi Siew Cheng, 55, berkata pada masa ini, kira-kira 25 peratus pelanggan warga asing datang dari Myanmar. Trend tersebut mengubah dominasi warga asing Indonesia pada tahun 1990-an.
Bagi memastikan kelancaran komunikasi semasa proses kelahiran, pihak hospital menyediakan tiga orang penterjemah bahasa Myanmar. Selain wad bersalin, perterjemah terbabit turut bertugas di beberapa jabatan lain di HKL.
Sementara itu, sekiranya hospital lain khuatir untuk menerima gadis bawah umur yang hamil anak luar nikah, hospital bersalin HKL tidak pernah menolaknya.
"Kami mempunyai klinik khas bagi remaja bawah umur. Kami membantu golongan sebegini atas dasar perubatan. Mengadili atau menghukum kesilapan mereka tidak termasuk dalam konteks profesionalisme kami," ujar Siew Cheng.
Apabila wujudnya kes kelahiran seperti itu, tambah Siew Cheng, secara tidak langsung ia menarik perhatian orang awam khususnya pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat.
Kata Siew Cheng: "Kadang-kadang ada kes pesakit yang lari selepas melahirkan anak. Jadi ada sesetengah individu beranggapan kami mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas bayi yang dilahirkan tanpa kerelaan ibu-ibu ini.
"Kami tidak boleh memberikan bayi-bayi itu kepada mereka yang berhajat untuk mengambil anak angkat. Segalanya perlu dilakukan melalui prosedur yang betul.
"Disebabkan itu, kami membentuk hubungan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beberapa organisasi berkaitan," jelas Siew Cheng.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines