Khamis, 30 Mei 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Pelakon Elfaeza Puji Sikap Sharnaaz Ahmad

Posted: 29 May 2013 02:12 AM PDT

Elfaeza selesa berlakon disamping Sharnaaz kerana sikap pelakon itu yang profesional dan peramah.
PETALING JAYA: Aktres yang berasal dari Singapura, Elfaeza Ul Haq memuji sikap pelakon Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya sebagai profesional dan mesra ketika mereka sama-sama menjayakan drama berjudul Mukhlis untuk siaran RTM.
Elfaeza, 28, berkata, walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap bekas kekasih Shila Amzah itu, dia tidak mahu terus menilai seseorang tanpa mengenali terlebih dahulu.
"Sebelum ini nama Sharnaaz hangat diperkatakan dengan pelbagai kontroversi melibatkannya namun itu tidak bererti saya boleh terus menilainya berdasarkan apa yang dihebahkan tentangnya.
"Saya sebenarnya tidak memahami kenapa orang kata dia bermasalah kerana etika kerjanya sangat profesional," katanya kepada mStar Online.
Sharnaaz pertama kali bergandingan dengan Elfaeza menerusi drama Mukhlis.
Tambah Elfaeza, Sharnaaz juga seorang yang suka berjenaka dan peramah selain tidak pernah menimbulkan sebarang masalah di lokasi.
"Sharnaaz seorang yang kelakar dan peramah dengan orang lain selain gemar membuat lawak di lokasi. Saya sangat selesa berlakon dengan dia," katanya.
Dalam pada itu, Elfaeza berkata, dia sangat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama tersebut dan menganggap ia sebagai tanggungjawab besar sebagai pelakon baru.
"Mukhlis adalah drama pertama saya memegang watak utama dan bersyukur diberi peluang sebegitu kerana sebagai orang luar bukan mudah untuk mendapat peranan sedemikian," katanya.
Sementara itu, Elfaeza berkata, dia semakin selesa membina kerjaya lakonannya di Malaysia dan bersyukur usahanya selama ini telah mula menampakkan hasil.
"Apabila datang ke negara orang kita perlu pandai membawa diri dan tidak timbulkan masalah. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan apa yang penting adalah kerja keras," jelasnya.

Dia lelaki terbaik buat saya - Fouziah

Posted: 28 May 2013 07:54 PM PDT

FOUZIAH akui sebagai artis, dia akan sentiasa menjadi bahan gosip.


PELAKON Fouziah Gous tidak pernah sunyi daripada cerita cinta. Sebelum ini namanya hangat dikaitkan dengan seorang ahli korporat. Bagaimanapun. figura jelita ini tidak pernah mengaku tentang spekulasi tersebut dan menutup rapi kisah hatinya.
Fouziah tidak mempunyai sebarang jawapan konkrit apabila disoal tentang isu kekasih dan perkahwinan sebelum ini.
Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu akhirnya membocorkan sendiri rahsia siapa jejaka yang bertakhta di hatinya selama ini.
Bukan ahli korporat yang disangka ramai, tetapi Fouziah memilih lelaki bernama Md. Zhafran Md. Yusof yang dikenalinya sejak setahun yang lalu.
Zhafran merupakan rakan kongsi perniagaannya dan mereka hanya menyulam cinta sejak beberapa bulan yang lalu.
Akui Fouziah, dia yakin Zhafran lelaki yang tepat untuknya dan mereka berdua akan mengikat tali pertunangan pada Sabtu, 1 Jun ini.
Ikuti temu bual Kosmo! baru-baru ini bersama Fouziah yang turut mengumumkan tentang perkahwinannya dengan Zhafran.
Kosmo!: Apakah tarikan Zhafran pada mata Fouziah?
FOUZIAH: Salah satu sebabnya, dia lelaki yang terbaik untuk saya. Sudah pasti dia mempunyai kelebihan tersendiri, apa yang saya inginkan daripada seorang lelaki, ada pada dirinya. Dia bukan hanya kekasih saya tetapi rakan perniagaan, teman saya ketika susah senang, teman bergaduh dan kami sangat serasi satu sama lain.
Adakah anda terburu-buru untuk berkahwin kerana baru bercinta hanya beberapa bulan?
Tidak terburu-buru kerana saya kenal dia sudah setahun, tetapi bercinta baru sangat. Kami berkenalan atas dasar kerja dan akhirnya saya sendiri tidak sangka hubungan kami boleh mencapai ke tahap seterusnya. Kalau kita yakin orang itu yang terbaik untuk kita buat apa tunggu lama-lama.
BAGAI pinang dibelah dua. Fouziah dan Zhafran sudah menetapkan bakal bergelar suami isteri pada September tahun ini.


Pertunangan anda pada Sabtu ini akan menutup segala gosip terdahulu. Komen Fouziah?
Gosip akan sentiasa ada kerana saya artis dan dikenali ramai. Sebelum ini saya tidak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana lelaki. Saya juga tidak pernah keluar berdua dengan sesiapa kerana saya jaga diri saya sebaik mungkin. Gosip akhirnya berlalu begitu sahaja kerana semuanya tidak benar. Saya telah berjanji dengan diri sendiri akan memberitahu siapakah kekasih saya andai saya benar-benar bersedia untuk berkahwin. Rasanya tidak salah untuk saya kongsi kebahagiaan saya bersama peminat.
Bagaimanakah penerimaan Zhafran terhadap kehidupan anda sebagai seorang artis?
Setakat ini, dia boleh terima dengan baik sebab sejak dia kenal saya pun, saya sudah jadi pelakon. Sekarang, dia sendiri sudah mengalami impak menjadi kekasih kepada seorang artis dan semuanya berjalan secara positif.
Debaran untuk bergelar tunangan orang. Komen Fouziah?
Sudah tentu berdebar-debar tetapi saya beruntung kerana ramai rakan dan saudara-mara membantu dalam persiapan majlis. Apa yang boleh saya katakan majlis hanya sederhana, dihadiri rakan dan saudara terdekat serta pihak media sahaja.
Benarkah Fouziah akan berkahwin pada September tahun ini?
Memang mengikut rancangan pada bulan September tetapi setakat hari ini belum ada sebarang tarikh yang boleh saya umumkan lagi. Tidak kiralah bilakah tarikhnya, saya tetap akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini, saya tidak mahu tunggu lama lagi.
Bagaimanakah dengan kerjaya seni Fouziah selepas ini?
Tidak ada sebarang perubahan, saya tetap akan berlakon seperti biasa kerana itu sudah kerjaya saya. Perniagaan saya juga akan berjalan serentak, tetapi batas-batas yang harus dijaga sebagai tunangan orang saya akan jaga sebaik mungkin.

Siti Nordiana temui pengganti

Posted: 28 May 2013 07:54 PM PDT


Siti Nordiana
Siti Nordiana dan Alan. 
Alan
Alan 
Siti Nordiana
Siti Nordiana 
SUATU ketika dahulu, nama Siti Nordiana,29, atau lebih dikenali sebagai Nana sangat sinonim bersama pasangan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Gandingan mereka begitu memukau sehingga mendapat jolokan pasangan duet paling popular pada 2000.

Namun di saat mereka kembali untuk bekerjasama, Nana terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan Achik selama-lamanya apabila rakan duetnya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2010.

Biarpun ketiadaan Achik, namun lagu-lagu duet mereka; Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Mainan Cinta dan Resipi Berkasih, sentiasa segar di ingatan. 

Menurut Nana, kenangan manis bersama arwah juga sememangnya sukar untuk dilupakan bahkan dia berasa janggal apabila terpaksa menyanyikan lagu duet mereka secara solo.

"Saya dan Achik mula terkenal apabila kami digandingkan bersama, pastinya kenangan bersama Achik sukar untuk dilupakan kerana dia seorang kawan yang baik.

"Selama 13 tahun kami digandingkan bersama dalam industri seni, memang sukar untuk mencari pengganti seperti arwah," katanya.

Serasi bersama Alan
Cinta yang menebal dalam bidang nyanyian membuatkan bekas isteri kepada Allahyarham pelakon Faizal Yusof ini mula mencari pengganti teman duetnya. Malah teman barunya yang bernama Alan itu memiliki suara yang hampir sama dengan Achik.
"Memang sekarang saya sudah ada pengganti Achik, tetapi bukanlah secara kekal. Jika anda mendengar suaranya, saling tak ubah seperti suara Achik, tambahan dia adalah peminat kami berdua.

"Alan dan saya berjumpa ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di Sungai Buloh Selangor. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terpegun.

"Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah.

"Pun begitu, Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi," katanya.

Agak lama tidak muncul dengan lagu baru, Nana berkata, dia tetap berharap dapat muncul dengan karya baru.

"Sebagai penyanyi, saya perlu hasilkan lagu terbaru, selepas tiga empat tahun masih menyanyikan lagu lama. Tahun ini saya bercadang rakam lagu baru sekurang-kurangnya single.
"Jemu juga apabila pergi show, asyik menyanyikan lagu lama. Sesuai dengan perubahan diri, saya teringin nak buat lagu berkonsepkan Islamik," katanya.

Dalam pada itu, Nana sempat berkongsi mengenai perniagaan tudung online terbarunya iaitu Adra SNB miliknya sendiri yang mendapat sambutan amat menggalakkan dari pelanggan.

Bukan saingan Achik
Bagi Mohd Noorazlan Shamsuddin, yang lebih mesra dipanggil Alan, dia merasa gembira apabila dapat bergandingan bersama Nana kerana sejak dulu lagi dia sangat meminati Achik dan Nana.
"Saya begitu gembira apabila diberi peluang untuk berduet bersama Nana.
Sejak kemunculan mereka saya memang minat dengan lagu mereka.
"Saya pun tidak menyangka niat saya untuk berduet dengan Nana tercapai ,"katanya.
Tambah Alan, dia juga tidak berniat untuk menggantikan arwah Achik , malah saya menyanyi bersama Nana hanya sekadar hobi dan tidak berniat untuk serius dalam industri hiburan tanah air.
"Suara dimiliki Achik tiada tandingan, mungkin gandingan untuk saya bersama Nana hanya kebetulan," katanya.

Siti Saleha Dikutuk Gara-Gara Tuala Wanita

Posted: 28 May 2013 07:52 PM PDT

Siti Saleha
PETALING JAYA: Langkah pelakon Siti Saleha berkongsi pengalaman sebagai model iklan tuala wanita menerusi laman sosial Instagram miliknya mendapat hinaan masyarakat yang disifatkannya sebagai berfikiran sempit.
Siti Saleha, 23, berkata, golongan yang kebanyakannya lelaki itu cuba mengutuk dan menyindirnya dengan berkata dia sebagai perempuan yang tidak tahu malu selepas dia memuat naik gambar dengan aksi tertentu untuk iklan berkenaan.
"Saya pernah muat naik gambar ketika penggambaran iklan tuala wanita jenama Kotax dengan beberapa pelakon lain, selepas itu ramai pengikut (Instagram) yang beri kritikan dan kutukan di gambar itu.
"Mereka kata saya tidak tahu malu kerana bercakap berkenaan tuala wanita kepada umum dan jadi duta kepada produk itu," katanya ketika ditemui pada pelancaran drama Memberku Hawa Musim Ke-2, di sini, Selasa.
Jelasnya, fikiran dangkal sebegitu tidak sepatutnya timbul pada zaman ini kerana ia merupakan perkara normal bagi setiap wanita dan seharusnya diambil tahu oleh kaum lelaki.
"Lelaki sepatutnya sudah boleh menerima perkara ini dan ia bukan memalukan kerana mereka juga akan mempunyai isteri atau anak perempuan yang melalui perkara yang sama iaitu perlu memakai tuala wanita.
Nad Zainal (kiri) dan Siti Saleha
"Lelaki harus didedahkan dengan perkara ini dan mereka perlu tahu untuk membeli tuala wanita jika diminta oleh isteri dan ia bukan lagi sesuatu yang memalukan," ujarnya.
Dalam pada itu selain Siti Saleha turut berlakon dalam drama bersiri Memberku Hawa musim kedua bersama pelakon Nad Zainal. Drama itu adalah tajaan Kotax.
"Ya... saya membawa watak Nur Hawa iaitu seorang wanita bertudung dalam drama ini dan dalam masa yang sama saya juga merupakan duta produk tuala wanita ini.
"Kami akan adakan beberapa program luar bersama pengguna Kotax, namun begitu ketika di luar, saya tidak bertudung dan imej saya berbeza berbanding dalam drama berkenaan.
Tambah Saleha, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dalam memberi inspirasi kepada setiap wanita.
"Tanggungjawab besar saya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri setiap wanita, isu bertudung atau watak itu hanya dalam drama sahaja dan tidak dibawa keluar.
"Bagaimanapun, secara jujur saya selesa berlakon bertudung dan tidak rasa kekok, sebelum ini juga pernah bawa watak-watak bertudung dan tidak menjadi masalah bagi saya," katanya.
Drama Memberku Hawa Musim ke-2 akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria. Ulangannya adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.
Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.
Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan.

Ayah Ikut ke Lokasi Kerana Tidak Percaya Emma Maembong

Posted: 28 May 2013 07:52 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon jelita Emma Maembong, mengakui pada awalnya agak sukar untuk dia meyakinkan bapanya tentang kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Emma, 19, yang merupakan anak kepada pelukis tersohor negara, Ismail Embong berkata, dia terpaksa meminta bapanya itu menghantar serta mengambilnya di lokasi penggambaran agar dia faham tugas seorang pelakon.
"Masa awal-awal dulu agak sukar juga, dia marah-marah kalau saya balik lewat dan tidak percaya dengan saya.
"Untuk meyakinkan dia, saya bawa dia ke lokasi, suruh dia hantar dan ambil saya setiap kali selesai penggambaran," katanya.
Ujar Emma, bagaimanapun sejak beberapa drama yang dilakonkannya disiarkan di televisyen, bapanya mula menerima dan memahami kerjaya tersebut.
"Sekarang ayah sudah faham dengan kerja saya ini, kalau saya dan adik saya iaitu Chacha balik lewat dia akan masak untuk kami," katanya.
Selain Emma, Chacha Maembong turut mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.
Dalam perkembangan lain, Emma yang baru sahaja selesai melakukan penggambaran program Remaja Ekstrim untuk sebuah stesen televisyen berjaya memiliki lesen menyelam dasar laut.
Dia yang jarang melakukan aktiviti lasak, menganggap peluang tersebut sebagai satu cabaran yang berharga.
"Mulanya rasa takut untuk menyelam tetapi selepas sesi latihan dan belajar teknik yang betul, barulah saya berani untuk ke dasar laut.
"Sebelum ini memang tidak pernah berpeluang untuk buat aktiviti lasak kerana saya ni ada tekanan darah rendah, cepat rasa nak pitam," katanya.

Istana Budaya Lokasi Anugerah Tribute P. Ramlee

Posted: 28 May 2013 07:51 PM PDT

Istana Busaya akan menjadi lokasi Anugerah Tribute P. Ramlee (ATP).
SUBANG JAYA: Istana Budaya (IB) yang sering menjadi lokasi pementasan teater dan konsert, akan menjadi lokasi Anugerah Tribute P. Ramlee (ATP) yang akan berlangsung pada 7 Jun ini.
Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia akan menjadi satu kelainan buat penonton apabila pihaknya yakin penganjuran ATP akan memberi keunikan tersendiri berbanding penganjuran anugerah-anugerah lain.
"Sebenarnya jadual acara di IB sudah pun penuh dengan pelbagai pementasan teater dan konsert. Tetapi memandangkan terdapat persembahan konsert yang ditunda, maka slot kosong itu diisi dengan anugerah ini.
"Saya harap ia akan menjadi satu acara berprestij memandangkan pihak kami memiliki teknologi pentas yang terkini. Sekali gus mampu memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir serta di rumah," katanya.
ATM akan turut disiarkan menerusi saluran TV1.
Acara anugerah memperingati perjuangan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee itu adalah RTM, Kumpulan Utusan dan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Sebanyak sembilan anugerah akan dipertandingkan berdasarkan 10 telefilem yang ditayangkan melalui slot Tribute P. Ramlee di TV1 yang disiarkan setiap Ahad pukul 9 malam bermula 4 November 2012 hingga 6 Januari 2013.
Kategori anugerah tersebut adalah Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik, Telefilem Terbaik dan Videografi Terbaik.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Bahagian Strategik Jabatan Penyiaran Malaysia, Ahmad Jailani Mohamed Yunus berkata, sebuah panel khas juri seramai tujuh orang telah ditubuhkan bagi memilih pencalon terbaik dalam setiap anugerah yang disediakan.
"Sebagai memperbaharui program RTM mengikut peredaran semasa, pihak kami telah menyediakan seorang penerbit muda dalam menjayakan anugerah ini.
"Sekiranya ia mencapai tahap yang disasarkan, Insya-Allah penganjuran kedua ATM akan disambung pada tahun hadapan," ujarnya.
Antara sepuluh telefilem yang dicalonkan menerusi slot Tribute P. Ramlee adalah Tunggu Sekejap arahan Along Kamaluddin, Getaran Jiwa (Michael Ang), Miang Buluh Keladi Birah (Bade Azmi), Di Mana Ku Cari Ganti (Osman Ali) dan Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman) .
Selain itu telefilem bertajuk Jodoh Kita (Ismail Yaakob), Titisan Kasih (Rashid Sibir), Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah), Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Eirma Fatima) yang mana kesemuanya diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd juga dicalonkan.
Antara barisan artis yang akan terlibat menjayakan ATM ialah Atilia, Syafinaz, Misha Omar, Azlan the Typewriter, Asmidar, Muslee Ramlee, Shuib Sepah, Ruminah Sidek, Amy Nadia dan Kumpulan Momento.

Bintang Bola Sepak Akmal Rizal Jadi Pelakon

Posted: 28 May 2013 07:50 PM PDT

Akmal Rizal
PETALING JAYA: Bekas penyerang bola sepak kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli memperluaskan lagi kerjayanya apabila menerima tawaran untuk bergelar pelakon di bawah syarikat produksi Zeel Productions.
Akmal, 32, berkata, sebagai permulaan, dia bersetuju melakukan penampilan khas menerusi drama berjudul Klon untuk siaran RTM bagi membawa watak sebagai tenaga pengajar bola sepak.
"Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih-lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka.
"Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini dan sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti," katanya.
Tambah Akmal, walaupun hanya dua hari penggambaran, ia cukup bermakna untuk dia menimba pengalaman bekerja sebagai pelakon yang sememangnya berbeza berbanding beraksi di padang bola.
Bagaimanapun, Akmal masih belum bersedia untuk bergelar pelakon sepenuh masa memandangkan dia masih lagi mempunyai komitmen dalam sukan bola sepak.
"Memang rasa seronok apabila berlakon, kepuasannya sangat berbeza dan saya senang dengan kerja-kerja seperti ini walaupun banyak masa yang akan digunakan.
"Malah ia mencabar diri kita dalam melihat sejauh mana kemampuan kita dalam melakukan sesuatu perkara," ujarnya.
Klon yang turut dibintangi pelakon Tasha Shilla, Rozita Che Wan, Reza Hasbi dan Azza Elite itu diarahkan oleh Mazri Mustafa dan masih menjalani penggambaran sehingga 26 Jun ini.
Akmal merupakan antara bekas pemain bola sepak negara yang mencipta nama di peringkat antarabangsa selain pernah beraksi di kelab bola sepak Perancis sebelum ini.
Selepas meninggalkan skuad kebangsaan, dia kini bersama pasukan Kedah untuk bersaing dalam Liga Malaysia.

Atuk tercangkul bom lama

Posted: 28 May 2013 07:47 PM PDT


Atuk tercangkul bom lama
Periuk api peninggalan zaman perang yang masih aktif dijumpai Sapuan semasa membersihkan kawasan kebunnya.
Atuk tercangkul bom lama
Nordin Manan
KUALA LANGAT - Seorang warga emas tidak menyangka objek besi yang terkena cangkulnya adalah sebutir bom lama semasa mengutip buah kelapa sawit di Kampung Ladang Batu, Kanchong Darat di sini, kelmarin,

Sapuan Selan, 65, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu dia berseorangan sedang membersihkan kawasan persekitaran kebunnya.

"Semasa sedang mencangkul secara tiba-tiba cangkul saya terkena objek besi dan apabila saya lihat lebih dekat objek itu alangkah terkejutnya apabila mendapatinya adalah sebutir bom lama atau lebih dikenali sebagai periuk api.

"Saya percaya bahan letupan ini digunakan pada zaman darurat kerana kejadian yang sama pernah berlaku di kawasan kebun lain di sini," katanya.

Sapuan berkata, bimbang yang periuk api itu boleh meletup dia mengambil keputusan untuk membiarkannya di kawasan berkenaan sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa.

Katanya, dia bersyukur kerana tidak tidak meneruskan kerja mengutip buah kelapa sawit, jika tidak berkemungkinan meletup dan mencederakan dirinya.

Tambahnya, dia kemudian memberitahu rakan yang berada di kawasan berdekatan sebelum menghubungi polis untuk menjalankan pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika mengesahkan penemuan bom itu berkata, pihaknya percaya bom yang masih aktif itu adalah peninggalan zaman perang.

"Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memeriksa tempat kejadian itu kemudiannya memusnahkan bom lama berkenaan lebih kurang tujuh jam kemudian," katanya.

Pada masa sama, Nordin turut menasihati orang ramai supaya melaporkan penemuan bom lama kepada pihak berkuasa segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Jika terjumpa bahan letupan lama, jangan sekali-kali mengusiknya kerana ia mungkin berbahaya," katanya yang turut memaklumkan kejadian yang sama pernah berlaku pada bulan Januari yang lalu di lokasi berlainan.

Tak sempat larikan mesin ATM

Posted: 28 May 2013 07:46 PM PDT


Tak sempat larikan mesin ATM
Kakitangan bank memeriksa mesin ATM.
Tak sempat larikan mesin ATM
Pasukan forensik sedang memeriksa lori yang digunakan suspek ditemui 500 meter dari lokasi kejadian.
Tak sempat larikan mesin ATM
Info grafik
SUNGAI BULOH – Panik mendengar penggera keselamatan berbunyi, sekumpulan penjenayah tidak sempat melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) meskipun sudah berjaya menariknya keluar dalam kejadian di Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Subang Perdana, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sebelum jam 5.30 pagi itu, empat penjenayah tersebut merosakkan dua kamera litar tertutup dengan memotong wayar utama kamera bagi mengelak identiti mereka dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, suspek kemudiannya melilit rantai di sekeliling mesin tersebut sebelum menarik menggunakan kabel keluli yang diikat pada sebuah lori.

Menurutnya, siasatan melalui CCTV di premis berhampiran mendapati kesemua suspek memakai jaket yang menutup kepala.

"Suspek berusia dalam lingkungan 20-an berdasarkan saiz tubuh yang kurus serta jenis pakaian yang diguna," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sebuah mesin deposit wang (CDM) yang berada bersebelahan mesin ATM itu tidak terjejas.

Menurutnya, lori digunakan ditemui ditinggalkan di sebuah lorong, 500 meter dari lokasi kejadian.

Lori itu milik kedai perabot di Batu Tiga, Shah Alam.

"Kita sudah ambil keterangan pemilik kedai perabot itu yang memaklumkan lori itu kali terakhir dilihatnya Ahad lalu," katanya.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan ketiadaan pengawal keselamatan menjadi punca penjenayah mengambil kesempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457/511 kanun keseksaan.

Cabul wanita atas motosikal

Posted: 28 May 2013 07:45 PM PDT


Cabul wanita atas motosikal
Tertuduh diiringi anggota polis dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka selepas dijatuhi hukuman penjara empat bulan, semalam.
AYER KEROH - Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dan mencabul seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal lain, membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Khairul Azali Abdullah, 21, dari Umbai, Jasin yang turut menunggu kelahiran cahayamata sulung dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Khairul Azali didapati mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun semasa menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika hendak masuk ke simpang Taman Mutiara
Pokok Mangga, kira-kira 11.20 pagi pada 22 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang menganggur ketika rayuan memohon hukuman ringan kerana isterinya sarat mengandung dan dijangka bersalin Jun ini.

"Isteri saya sekarang mengandung. Niat saya cuma mahu berkenalan dan nak minta nombor telefon dia sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan berkata, hukuman perlu diberikan sebagai pengajaran kerana berdasarkan fakta kes perbuatan meraba adalah kesalahan berat, selain tertuduh sedar ketika melakukan perkara tersebut.

Selepas mendengar rayua kedua-dua pihak, Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dari tarikh ditangkap pada 23 Mei lalu.

"Kalau awak nak berkenalan, kenapa tak cakap Assalamualaikum? Tapi awakkan dah kahwin, apa lagi yang awak nak?," tanya Ida terhadap tertuduh yang hanya tunduk dan mendiamkan diri.
Mengikut fakta kes, mangsa yang keluar dari sebuah bank menaiki motosikal menghala persimpangan lampu isyarat Plaza Pandan Malim, terlihat seorang lelaki tidak dikenali mengekorinya menaiki motosikal.

Selepas melepasi persimpangan itu, mangsa melihat lelaki terbabit iaitu tertuduh masih mengekorinya.

Ketika sampai ke simpang masuk Jalan Pokok Mangga, tertuduh dikatakan meraba dari sebelah kiri mangsa sebelum berhenti sebelum tertuduh terus meraba-raba mangsa.

Mangsa yang berang kemudian turut memaki hamun tertuduh yang kemudian bertindak melarikan lari.

KWSP kekal had umur 55 tahun keluar simpanan persaraan

Posted: 28 May 2013 07:44 PM PDT


kwsp
KWSP
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan polisi membenarkan ahlinya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun walaupun umur persaraan penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun.
  
Bagaimanapun, KWSP menggalakkan pencarum mengamalkan pengeluaran caruman secara fleksibel berbanding sekali gus, yang boleh mengundang pembaziran.
  
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata langkah pengeluaran secara fleksibel itu diperkenal bagi membantu anggota KWSP mengurus perbelanjaan mereka selepas bersara.
  
"Sebelum ini, kebanyakan ahli mengeluarkan wang secara sekali gus. Seperti yang anda sedia maklum, adalah sukar untuk mengurus dan menyimpan wang berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata pihaknya sedang mempergiat usaha menggalakkan pencarum melakukan pengeluaran fleksibel serta memberi kesedaran berhubung kepentingan merancang kewangan selepas tamat perkhidmatan.
  
Shahril Ridza berkata setakat ini, sambutan terhadap pengeluaran caruman secara fleksibel di kalangan ahli adalah memberangsangkan.
  
"Jangka hayat sekarang ini semakin panjang sehingga 76 atau 77 tahun. Dan jika semua wang telah dikeluarkan, mereka akan hanya ada baki caruman lima tahun untuk menampung kewangan selepas bersara (pada usia) 60 tahun," katanya.
  
Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 43,775 permohonan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun bernilai RM1.66 bilion diluluskan KWSP berbanding RM1.50 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
  
Pada suku pertama 2013, sejumlah 481,603 pengeluaran dibuat ahli berbanding 451,194 bagi tempoh sama tahun lepas, naik 6.74 peratus.
  
Pengeluaran yang diluluskan pada suku pertama 2013 meningkat 3.54 peratus kepada RM8.77 bilion daripada RM8.47 bilion bagi 2012.
  
Pada 31 Mac, 2013, sejumlah 13.69 juta orang berdaftar dengan KWSP dan daripada jumlah itu, 6.41 juta adalah ahli aktif yang masih mencarum untuk persaraan mereka berbanding 13.26 juta orang dengan 6.28 juta ahli aktif pada suku yang sama pada 2012.
  
Jumlah majikan berdaftar ialah sebanyak 509,139 pada suku pertama 2013, meningkat 3.26 peratus berbanding 493,066 bagi tempoh sama tahun lepas.

Masih terima babak romantis

Posted: 28 May 2013 07:42 PM PDT



TINGGAL beberapa hari sahaja lagi hero drama Sebenarnya Saya Isteri Dia, Izzue Islam bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang juga merangkap pengurus peribadinya, Awin Nurin.
Tanggal 2 Jun 2013 dipilih oleh Izzue dan tunangnya untuk melangsungkan perkahwinan yang bakal dibuat secara sederhana di Shah Alam, Selangor.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan yang ditemui Kosmo! pada penggambaran filem Suami Aku Ustaz di bandar Melaka kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Diajukan persoalan itu kepadanya, pelakon yang juga penyanyi kumpulan Forteen itu mengakui kurang sihat kerana begitu sibuk menjalani penggambaran dan dalam masa yang sama dia harus membuat persiapan perkahwinannya.
Izzue juga tidak lokek bercerita sedikit mengenai persiapan perkahwinannya biarpun dirinya kurang sihat dan juga dalam keadaan ruang waktu yang begitu terhad.
Bagaimanapun, dia kini telah bersedia untuk memegang status suami dan bertanggungjawab terhadap seorang wanita yang akan menjadi pelengkap hidupnya.
"Sehingga kini tinggal lima peratus sahaja persiapan perkahwinan kami, itupun hanya beberapa perkara-perkara kecil yang perlu diselesaikan.
"Kami memilih tema moden yang mana saya akan memakai blazer dan dia (Awin) akan memakai gaun," jelasnya yang kelihatan berseri sebagai seorang bakal pengantin biarpun kurang sihat.
Ceritanya lanjut, majlis akad nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi manakala majlis resepsi pula akan berlangsung pada pukul 2 petang.
Enggan mendedahkan dimanakah majlis perkahwinannya bakal berlangsung, pelakon berusia 23 tahun itu juga mengakui akan menjemput pihak media pada hari bahagianya itu.
Izzue juga mengakui masih belum merancang untuk pergi berbulan madu kerana hanya bercuti seminggu sahaja sebelum kembali memberi fokus kepada kerjayanya.
"Saya mula bercuti 29 Mei sehingga 5 Jun sahaja. Selepas itu saya akan kembali menjalani penggambaran yang tertangguh sepanjang saya mengambil cuti kahwin," ujarnya lagi.
IZZUE dan bakal isterinya, Awin sering berbincang untuk mencari buah pandangan yang dapat menjernihkan hubungan antara mereka.


Babak romantis
Ditebak bagaimana kelangsungan dirinya sebagai anak seni selepas mendirikan rumah tangga kelak, ungkap Izzue, dia akan berlakon dan menyanyi seperti biasa, manakala Awin pula masih bertindak sebagai pengurus peribadinya.
Diajukan pula bagaimanakah jika dia ditawarkan dengan babak-babak romantis seperti berpegangan tangan, berpelukan atau babak di atas katil, Izzue mendedahkan, mereka (dia dan Awin) ada berbincang mengenai perkara itu. Awin terbuka mengenai perkara itu (babak romantis) asalkan ia tidak melampau batas.
"Kami ada berbincang mengenai perkara itu. Awin masih membenarkan saya melakonkan babak romantis, dan saya juga tidak melihat ada masalah di situ, asalkan saya sendiri tahu batasan saya.
"Malah, sebelum berkahwin saya juga tidak pernah melakonkan babak-babak yang melampau batas seperti babak di atas katil," jelasnya jujur.
Izzue kemudian menambah, dia juga sedar selagi berada dalam Malaysia, perbuatan seperti itu (babak-babak di atas ranjang) sangat sensitif dan kalau boleh dia akan cuba mengelak melakonkan babak seumpama itu.
Forteen
Acap kali menerima tawaran berlakon, bagaimanapun akui Izzue dia masih bersama Forteen dan kini mereka sudah mengeluarkan single ketiga berjudul Kita selepas single Seperti Dulu dan juga Berdua Bersatu.
Pengakuan Izzue itu disebabkan dia seringkali dikritik oleh peminatnya yang mengatakan dia lebih sesuai berlakon daripada menyanyi.
"Memang ada yang cakap lebih baik saya berlakon daripada menyanyi. Tetapi ada juga peminat saya yang suka saya menyanyi daripada berlakon. Saya hormati pandangan mereka (peminat). Begitupun, saya meminati kedua-duanya dan akan terus berlakon dan bersama Forteen," tegasnya.
Mengulas mengenai single terbaharu Forteen iaitu Kita, Izzue memberitahu, single tersebut juga dijadikan sebagai lagu tema untuk drama popular Sebenarnya Saya Isterinya lakonannya bersama aktres Tiz Zaqyah.
MENURUT Izzue, persiapan perkahwinannya hanya tinggal baki lima peratus lagi.


Berkonsepkan balada, lagu yang kini meniti di corong-corong radio itu juga dihasilkan oleh komposer Edry Abdul Halim.
Kawan baik Nora Danish
Terlanjur bertemunya di set penggambaran filem Suami Aku Ustaz, Izzue juga bercerita tentang wataknya dalam filem yang turut dibintangi oleh Adi Putra dan Nora Danish itu.
Ujar Izzue, dalam filem Suami Aku Ustaz, dia membawa peranan sebagai kawan baik Nora Danish yang membawa watak sebagai Alisa.
"Saya memegang watak Johan iaitu kawan baik kepada Alisa (lakonan Nora Danish). Mereka sentiasa bertemu tetapi tidak melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Malangnya, ibu bapa Alisa tidak menyukainya dan memaksanya berkahwin dengan sepupunya yang merupakan seorang ustaz," jelasnya.
Mengulas lanjut, ungkap Izzue, Johan kecewa dengan perkahwinan Alisa kerana dia menaruh hati kepada wanita itu.
Mengakui watak Johan tidak terlalu berat, bagaimanapun Izzue tetap melakukan yang terbaik agar watak Johan memberi impak yang besar kepada penonton.
Selepas menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz, Izzue mengakui akan ke set penggambaran Suhan Moivie berjudul Sahabat.
Selain Izzue sebagai tonggak utama, drama tayangan Astro Ria itu juga membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Liyana Jasmay dan juga Sara Ali.

 

Angkara bawa lebihan muatan

Posted: 28 May 2013 07:41 PM PDT

RAGAM penumpang yang memanjat bumbung bot ekspres sebelum berlepas dari Jeti Belaga.


BELAGA – Semangat berkobar-kobar 204 penumpang Bot Ekspres Bakun Mas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Gawai pada Sabtu ini berakhir dengan tragedi apabila 23 daripadanya dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki karam semalam.
Kejadian berhampiran Jeram Tukok/Jeram Bungan, Sungai Rajang dekat sini pukul 9 pagi itu berlaku apabila jurumudi dikatakan gagal mengawal bot lalu melanggar batu sebelum ia terbalik dan karam.
Nahas paling buruk di Sungai Rajang itu terjadi kira-kira sejam selepas bot itu meninggalkan Jeti Belaga di sini.
Bot itu dikatakan menuju ke Kapit dari Bakun sebelum berangkat ke Sibu yang mengambil masa lapan jam perjalanan dengan membawa lebihan penumpang yang rata-ratanya tidak memakai jaket keselamatan.
Difahamkan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) hanya membenarkan mana-mana bot ekspres membawa 74 penumpang sahaja pada satu-satu masa.
Sehingga pukul 6 petang semalam, seramai 181 penumpang yang kebanyakan masyarakat Iban dan Orang Ulu dapat diselamatkan manakala 23 lagi gagal dikesan.
Polis juga masih belum menemui sebarang mayat.
Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, siasatan awal mendapati bot yang membawa lebihan penumpang tersebut karam selepas melanggar batu.

Enjin tak berfungsi punca nahas

Posted: 28 May 2013 07:40 PM PDT


SEBAHAGIAN ahli keluarga mangsa menunggu penumpang yang terselamat di jeti Sungai Rajang, Belaga semalam.


KUCHING – Kegagalan enjin berfungsi dengan sempurna dipercayai menjadi punca sebuah Bot Ekspres Bakun Mas karam hingga mengakibatkan 23 penumpang dikhuatiri mati lemas dalam kejadian dekat Jeram Tukok/Jeram Bungan, Sungai Rajang dekat sini semalam.
Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Datuk Roland Sagah berkata, siasatan awal mendapati ekoran masalah tersebut, jurumudi dikatakan gagal mengawal bot itu sebelum melanggar batu lalu karam.
"Keadaan itu menyebabkan jurumudi tidak dapat berbuat apa-apa selain membiarkan bot itu hanyut mengikut arus sungai yang agak deras.
"Akibatnya, bot itu kemudian telah melanggar batu berhampiran jeram berkenaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini.

Suspek rempuh khemah kenduri kahwin diburu

Posted: 28 May 2013 07:38 PM PDT


Senguttuwan


KAMPAR – Polis sedang memburu seorang penjenayah tegar yang dipercayai merempuh sebuah khemah kenduri perkahwinan sehingga menyebabkan seorang bayi berusia 18 bulan maut dan dua saudaranya cedera.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, individu tersebut dikenal pasti sebagai C.S. Senguttuwan, 28, yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau dan dia dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Antara kesalahan jenayah yang dilakukan suspek ialah cubaan membunuh, mencuri motosikal, memecah rumah dan khianat dengan api selain pernah dikenakan perintah sekatan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 2011.
"Dia yang berasal dari Taman Gopeng, Gopeng dekat sini juga diburu polis di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata maut dalam rusuhan yang dihadirinya pada 7 Mei lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini semalam.
Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati sewaktu kejadian Sengut- tuwan memandu kereta Proton Persona terbabit bersama seorang lagi suspek yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Sewa basikal diperkenalkan di New York

Posted: 28 May 2013 07:36 PM PDT


SEORANG penyewa lelaki mengeluarkan basikal yang disewanya dari sebuah stesen dekat Dataran Union di New York kelmarin.


NEW YORK - Program perkongsian basikal terbesar di Amerika Syarikat (AS) dilancarkan kelmarin yang dibiayai oleh pihak swasta.
Inisiatif tersebut bermula dengan 6,000 buah basikal yang ditempatkan di lebih 300 buah stesen.
Pihak pentadbiran di sini turut merancang memperluaskan program itu merangkumi sehingga 10,000 basikal di 600 lokasi di Manhattan, Brooklyn dan Queens, sekitar kota metropolitan ini.
Menerusi program tersebut, orang ramai boleh menggunakan basikal dari mana-mana stesen selama 45 minit dan mengembalikannya di rak basikal yang disediakan.
"Kami kini memiliki rangkaian pengangkutan baharu tanpa perlu membelanjakan wang pembayar cukai," kata Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg pada satu sidang akhbar.
"Program ini antara lebih 500 sistem perkongsian basikal yang terdapat di seluruh dunia," tambahnya.
Pesuruhjaya Pengangkutan New York, Janette Sadik-Khan pula berkata, seramai 15,000 orang telah mendaftarkan diri untuk program perkongsian basikal tersebut.
Bagi memastikan inisiatif itu berjalan lancar, pentadbiran bandar raya ini telah membina laluan-laluan basikal sepanjang beberapa ratus kilometer di sini.
Program tersebut turut bertujuan untuk mempromosi aktiviti berbasikal sebagai alternatif yang sihat dan mesra alam berbanding memandu kereta.
Program yang dikenali sebagai Citi Bike itu mengenakan bayaran tahunan sebanyak AS$95 (RM288.94) untuk mengayuh basikal selama 45 minit.
Bermula pada 2 Jun depan, para penunggang dibenarkan membeli pas basikal 24 jam pada harga AS$10 (RM30.41).
Harga pas basikal untuk tujuh hari pula akan dikenakan bayaran AS$25 (RM76.03).

Kapal persiaran terbakar

Posted: 28 May 2013 07:35 PM PDT


GAMBAR jarak dekat yang menunjukkan bahagian yang terbakar itu.


BALTIMORE – Satu kebakaran di bahagian belakang kapal persiaran milik Royal Caribbean kelmarin menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa pelayaran tersebut dibatalkan, kata pemilik kapal berkenaan.
Royal Caribbean memberitahu, lebih 2,200 penumpang kapal Grandeur of the Seas itu akan pulang ke Amerika Syarikat dari Kepulauan Bahamas dengan menaiki pesawat.
Pada bulan lalu kapal persiaran Triumph milik firma antarabangsa, Carnival Corp tersadai di tengah lautan dalam satu kebakaran pada Februari lalu.
Kebakaran itu turut menyebabkan beribu-ribu penumpang tersadai di Teluk Mexico selama beberapa hari sebelum kapal berkenaan ditunda ke pantai.
Dalam pada itu, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden kelmarin manakala punca kejadian masih tidak dapat dipastikan.
Walaupun terbakar, kapal Grandeur of the Seas masih berupaya berlayar ke pelabuhan di bandar Freeport tengah hari kelmarin.
Seorang wanita, Andrea Sanders berkata, dia tidur di atas dek bersama beratus-ratus penumpang lain ketika asap tebal keluar dari buritan kapal tersebut
"Saya berasa amat takut kerana ia merupakan pelayaran pertama saya," kata Sanders dalam satu temu bual bersama akhbar Freeport News.
Menurut seorang penumpang, Dan McTigue berkata, dia menyaksikan kebakaran itu dan mendengar letupan kuat.
"Saya mula menangis. Saya berfikir mungkin kami akan mati," kata cucu perempuannya, Sophie.
Beberapa gambar menunjukkan sebahagian besar buritan dengan beberapa buah dek terbakar dalam nahas tersebut.
Royal Caribbean menyatakan, semua penumpang dan 796 kru selamat dalam kemalangan tersebut.
Menurut Royal Caribbean di laman webnya, penerbangan pulang untuk para penumpang kapal itu telah diaturkan semalam.
Lembaga Pengangkutan Kebangsaan AS menyatakan ia akan menyertai Pasukan Pengawal Pantai untuk menyiasat kejadian tersebut.

Kaedah Meta ubah kelajuan membaca

Posted: 28 May 2013 07:34 PM PDT



SUASANA di dalam kelas Speed Reading itu agak berbeza. Setiap peserta yang kebanyakannya terdiri daripada wakil media tempatan diberikan objek berlainan yang sebenarnya merupakan alat permainan kanak-kanak.
Peserta yang menerima objek yang sama akan dikumpulkan dalam kumpulan kecil yang sama.
Sesi perkenalan pula dibuat dalam satu bulatan sambil peserta membaling sebiji bola. Peserta yang lain akan menyambut bola itu, menyebut nama sendiri dan menjawab soalan yang tertera pada bola getah berkenaan. Semuanya dilakukan serentak dan spontan.
Boleh dikatakan, objek dan sifat spontan merupakan ramuan asas kepada teknik pembacaan pantas yang boleh dipelajari menerusi Speed Reading.
Teknik itu diperkenalkan oleh sebuah syarikat tempatan, The Learning Hub Asia. Kaedah itu bertujuan melatih seseorang membaca sehingga sekali ganda lebih pantas daripada kebiasaan.
Bagi memastikan pelajar membuat peningkatan, kelajuan bacaan mereka akan dinilai sebelum kelas dimulakan. Hakikatnya, ramai golongan yang telah mendapat manfaat daripada program Speed Reading ini termasuk pelajar Sarjana Muda Undang-Undang di Kolej Asia Brickfields di Kuala Lumpur, Ahmad Luqman Ahmad Kamaruzaman.
Menurut Ahmad Luqman, 19, dia mempunyai kadar kelajuan membaca yang sangat menyedihkan. Dia mengambil masa selama lebih tujuh minit untuk membaca sebuah artikel yang mempunyai 1,200 patah perkataan.
"Saya hanya boleh membaca 148 patah perkataan seminit. Selepas mengikuti kelas ini, kelajuan membaca saya meningkat.
"Sekarang kelajuannya lebih kurang sama dengan purata kepantasan lelaki dewasa membaca iaitu 264 patah perkataan seminit," katanya yang mendapat keputusan 6A dan 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Dia kini boleh membaca artikel 1,200 patah perkataan dalam masa empat minit 30 saat berbanding tujuh minit sebelum ini.
Sebagai pelajar undang-undang, Ahmad Luqman perlu membaca begitu banyak buku. Justeru, mengikuti kelas tersebut dirasakan tepat sekali di samping meningkatkan disiplinnya ketika membaca.
Akui Ahmad Luqman, gaya membacanya dahulu sama seperti orang lain iaitu membaca sepatah demi sepatah perkataan.
"Itulah cara yang diajar sejak kita kecil lagi. Bukanlah salah sepenuhnya, cuma kurang cekap," keluhnya.

THE Learning Hub Asia melatih seseorang membaca sehingga sekali ganda lebih pantas daripada kebiasaan.


Ketua Pegawai Operasi The Learning Hub Asia, Jessica Dang berkata, terdapat beberapa tabiat yang menjadi punca orang ramai lambat membaca.
Antaranya, ketika berada di tahun satu dan dua sekolah rendah, guru yang mengajar pasti menyuruh murid membaca dengan kuat, namun kaedah pengajaran itu bertukar sebaik sahaja murid memasuki tahun lima.
"Guru mengarahkan anak murid membaca dalam keadaan senyap menyebabkan tabiat membaca kuat terbawa-bawa apabila mereka membaca dalam diam," terang Jessica yang telah pun berada dalam industri pendidikan selama lebih dua dekad.
Ia dikenali sebagai subvocalization (suara kecil) iaitu pembaca akan menggerakkan bibir ketika membaca.
Membaca teks sepatah demi sepatah perkataan juga sebenarnya melambatkan bacaan begitu juga dengan fokus pergerakan mata yang tidak efisien.
"Otak manusia boleh bergerak lebih pantas daripada mulut. Sewaktu membaca, kita harus melihat sesuatu perkataan sebagai imej, bukan susunan huruf," ujar Jessica.
Satu perkara lagi yang membuatkan orang membaca dengan lambat ialah sikap membaca yang kerap membalik atau mengulang-ulang.
Ketika membaca, kita sering terlupa apa yang telah dibaca sebelum itu. Akibatnya, kita akan pulang semula ke perenggan atau muka surat sebelumnya. Kelakuan sebegitu menyebabkan timbul rasa jemu dan menambah tempoh yang diperlukan untuk membaca.
Dalam kelas Speed Reading, individu akan diuji tahap bacaan dan mengenal pasti jenis tabiat dan masalah membaca yang paling dominan.
"Dalam dunia yang sentiasa sibuk ini, membaca surat khabar, dokumen kerja mahupun buku rujukan perlu lebih cepat.
"Teknik membaca ini amat sesuai untuk semua peringkat usia dan boleh diaplikasi kepada kanak-kanak seawal usia 10 tahun," terangnya.
Terdapat beberapa teknik yang ada dan diajar dalam kelas tersebut. Setiap teknik boleh dipupuk bagi meningkatkan kadar membaca seseorang itu.
Antaranya dengan membesarkan pandangan mata daripada penglihatan primer kepada penglihatan periferal. Pandangan tersebut membolehkan lebih banyak perkataan dilihat pada satu-satu masa berbanding satu perkataan pada satu masa.
Maka tabiat buruk membaca satu demi satu perkataan dapat dikurangkan dengan melihat susunan satu-satu ayat itu dalam satu masa.
Cerita Jessica, teknik Speed Reading tercetus apabila pengasasnya, Evelyn Wood berasa putus asa kerana tidak dapat memahami apa yang dibaca lantas mebaling buku tersebut.

SEBAHAGIAN petugas media yang terlibat dalam kelas Speed Reading yang diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya baru-baru ini.


Apabila dia mengutip semula buku itu, dia mendapati buku itu diselaputi habuk dan menyapunya mengikut baris perkataan.
Baris perkataan
Dari situ, wanita itu mendapati pengerakan menyapu habuk menarik pandangan mata dan membantunya membaca dengan lebih baik.
Kejadian tersebut berlaku pada tahun 1958. Sejak itu, Evelyn menggunakan tangan sebagai alat penunjuk serta memperkenalkan kepada umum teknik membaca seperti itu pada tahun berikutnya.
Teknik dikenali sebagai panduan Meta dengan cara menggunakan alat penunjuk yang mampu menjadi perentak dalam tempo bacaan.
Penunjuk boleh memaksa individu membaca dalam kadar yang cepat dengan menggerakkannya pada kelajuan yang dikehendaki.
Teknik itu boleh dilatih bagi mempercepatkan bacaan daripada mengerakkan satu perkataan kepada perkataan yang lain.
Ayat bersegmen
Latihan seterusnya, penunjuk diletakkan pada tengah ayat supaya individu boleh membaca keseluruhan ayat dengan satu tempat sahaja yang ditunjukkan.
Kemudian, kaedah tersebut boleh dilatih dengan menggerakkan penunjuk dari atas ke bawah baris demi baris ayat.
Membaca ayat secara bersegmen seperti itu yang mengikut rangkai kata membolehkan ia mudah difahami.
Penunjuk berfungsi dengan memastikan pandangan anda sentiasa ke hadapan sekali gus menghilang perkataan yang telah dibaca.
Tabiat buruk membaca iaitu suka membaca perenggan sebelumnya secara berulang kali mampu dihapuskan.
"Kami mendapati benda yang paling baik untuk dijadikan penunjuk adalah kayu penyepit berwarna hitam. Ia ringkas, tetapi alat yang sangat berkuasa," kata Jessica lagi.
Menurutnya, jika tiada penunjuk yang sesuai seperti pen, jari juga boleh digunakan. Cuma, elakkan daripada meletakkan telapak tangan pada teks kerana ia menutup pandangan.
Tambah fasilitator The Learning Hub Asia, Charissa Rebecca Daniel, 24, terdapat beberapa kumpulan perkataan yang kerap digunakan dan dikenali sebagai perkataan perdana.
"Perkataan-perkataan itu mudah dikenal pasti serta-merta dan tidak perlu dinyahkod individu, jadi mata tidak perlu ditumpukan pada perkataan itu," kata Charissa selepas kelas Speed Reading.
Nyahkod dalam bacaan adalah kebolehan mengadaptasi pengetahuan membunyikan huruf supaya perkataan disebut dengan tepat.
Jika seseorang itu dapat menguasai perkataan perdana, proses tersebut boleh berlaku secara automatik.
The Learning Hub Asia dan pengasas Speed Reading telah menyusun lebih 500 juta perkataan dalam bahasa Inggeris dan menyisihkannya mengikut kekerapan penggunaannya.
Penyisihan perkataan itu mendapati sebanyak 2,000 patah perkataan membentuk 75 peratus perkataan yang digunakan dalam percakapan seharian.
Tabiat buruk membaca
Daripada 2,000 perkataan itu, 300 pertama mewakili 50 peratus perkataan bahasa Inggeris dalam cetakan, manakala 15 perkataan pertama termasuk dalam 25 peratus daripada semua perkataan yang dicetak.
Walaupun kelas tersebut dijalankan dalam bahasa Inggeris, menurut Charissa, teknik-teknik yang diajar boleh digunakan dalam semua jenis bahasa dengan sedikit ubah suai.
"Kelas ini bertujuan menanam kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak, manakala untuk orang dewasa, ia lebih kepada memecahkan tabiat buruk membaca," katanya.
Selain mengesan dan mempelajari teknik membaca dengan pantas, The Learning Hub Asia turut menggunakan sebuah perisian yang mampu meningkatkan lagi kemahiran membaca.
Perisian tersebut berbentuk permainan perkataan dan huruf yang menguji kecekapan mengenal pasti perkataan atau huruf.
Selepas kelas, perisian tersebut perlu digunakan pelajar selama antara 10 hingga 15 minit sehari bagi menajamkan kemahiran membaca.
"Kami memberi jaminan bahawa peserta kelas ini pasti dapat meningkatkan kelajuan bacaan dalam masa sehari sahaja," tegas Jessica.

Seni pelawat buta

Posted: 28 May 2013 07:33 PM PDT


APPEL meraba bahagian muka arca yang dipamerkan.


DIA tidak mampu melihat namun Barbara Appel, 62, yang meraba wajah arca Picasso di Muzium Seni Moden New York (MoMA) tetap berasa gembira.
Kebanyakan pengunjung yang datang ke muzium mempunyai tujuan untuk melihat pameran tetapi bagi segelintir pengunjung MoMA, kecintaan kepada seni memang benar-benar buta.
Pada setiap bulan, sekumpulan pengunjung yang mengalami masalah penglihatan akan ditemani oleh pembimbing terlatih untuk melawat muzium yang terkenal di Manhattan itu.
Bagi Appel yang kehilangan deria penglihatan secara tiba-tiba sedekad lalu, program Art inSight menjadi nadi kepada dunianya yang disangkakan telah lenyap.
"Saya rasa apa yang ada di muzium ini dekat dengan diri saya iaitu sesuatu yang banyak memberi motivasi," katanya sambil mengimbau kenangan lama ketika bekerja sebagai pereka barangan kemas.
Penerangan
Lawatan yang disertai 20 orang itu melawat pameran yang dipanggil Pengekstrakan Mencipta 1910-1925.
Kebanyakan karya tersebut merupakan lukisan yang mudah rapuh, jadi pengunjung tidak dibenarkan menyentuhnya.
Bagi kumpulan pelawat buta, mereka akan diberikan penerangan oleh petugas muzium mengenai setiap karya yang dipamerkan.
Mereka meluangkan masa yang lebih lama di ruang arca 1918 yang bertajuk pelik iaitu A Regarder (l'autre cote du verre) d'un oeil, de pres, pendant presque une heure, hasil karya Marcel Duchamp.

KEBANYAKAN pengunjung melawat MoMA sekadar melihat pameran namun terdapat juga yang benar-benar menghargai seni.


Terjemahan karya tersebut ialah, "Untuk dilihat (dari sisi lain kaca) menggunakan satu mata selama hampir sejam."
Petugas muzium, Jennifer Gray, menerangkan dengan terperinci tentang arca tersebut kepada seorang pelawat yang rabun. Arca itu merupakan skrin kaca yang retak dan dibentuk dengan susunan geometri.
Penyelia program, Carrie McGee berkata, lawatan khas bagi golongan tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1970.
Kemudian, diperkenalkan program lawatan yang menunjukkan lukisan dan objek yang tidak boleh disentuh kepada pelawat golongan istimewa.
"Kami selalu berbincang untuk menjadikan pengalaman merasai pameran pelbagai deria ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin," kata Carrie.
Contohnya, apabila seorang pelawat buta dibawa melawat arca Efvard Munch yang bernama Scream, mereka diminta untuk meniru arca tersebut dengan membuat mimik muka terlopong, kemudian meletakkan tangan ke atas wajah arca tersebut untuk merasai rupa arca berkenaan.

GOLONGAN yang menghadapi masalah penglihatan teruja menyaksikan pameran di MoMA.


"Tugas ini membuatkan saya dapat melihat karya seni dengan lebih baik kerana saya perlu menceritakan tentang setiap karya kepada mereka.
"Golongan istimewa ini menemui banyak perkara yang kadangkala kami terlepas pandang," kata seorang lagi petugas muzium, Deborah Goldberg.
Hargai seni
Selepas tamat sesi lawatan, petugas MoMA bersetuju untuk membawa Appel ke pameran Picasso di mana terdapatnya karya-karya awal pembentukan kubik oleh Fernande Olivier.
Riak pada wajah Appel menunjukkan seolah-olah dia dapat menggambarkan kubik yang disentuhnya. Dia menyentuh permukaan hidung dan pipi patung yang tidak sekata itu.
"Ini wajahnya, di sini," kata Appel.
"Cuba rasa hidung patung itu yang mancung," kedengaran suami Appel memberi cadangan.
"Saya boleh melihat. Saya boleh menghargai seni seperti dahulu. Rupanya ada deria penglihatan yang menakjubkan dimiliki manusia," balas Appel.

Bebas melukis di The Studio@KL

Posted: 28 May 2013 07:32 PM PDT

ORANG ramai tertarik menyaksikan karya para pelajar.


WALAUPUN tidak mempunyai kemahiran dalam bidang seni lukis, anda tidak perlu bimbang kerana The Studio@KL memberi peluang kepada anda untuk mempelajarinya tanpa mengenakan sebarang syarat.
Anda boleh melukis apa sahaja mengikut cita rasa masing-masing.
Pemilik The Studio@KL, Jennifer Tan berkata, tempat tersebut sesuai untuk golongan yang gemar melukis tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.
Beliau dan suaminya, Jonny Ishaque, 41, telah membuka pusat itu di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur pada April 2010.
Sejak dibuka, pihaknya mempunyai 50 pelajar yang terdiri daripada golongan profesional, ahli perniagaan dan suri rumah.
"Kami juga menawarkan kelas lukisan kepada kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 14 tahun," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran lukisan pelajar-pelajarnya yang julung kali diadakan.
Justeru, orang ramai boleh mengunjungi, The Studio@KL untuk menyaksikan hasil karya pelukis-pelukis di situ yang berakhir hari ini.
Menyentuh mengenai konsep bebas di pusat itu, beliau memberitahu, para pelajar bebas melukis apa sahaja kerana tiada sebarang tajuk diberikan malah pihaknya turut menyediakan tempat untuk melukis.
"Kami memberikan mereka kebebasan sepanjang mereka melukis malah, jika mereka memerlukan bantuan atau tunjuk ajar, kami sedia membantu.

PAMERAN hasil kerja para pelajar di The Studio@KL berakhir hari ini.


Rujukan
"Kami juga menyediakan contoh foto lukisan sebagai rujukan tetapi mereka tidak perlu meniru dengan tepat," katanya yang tidak lokek berkongsi ilmu mengenai bidang itu.
Pihaknya turut menyediakan peralatan melukis seperti berus pelbagai saiz, kanvas, warna air, bufet warna akrilik, struktur kuda-kuda dan apron.
Wanita kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu memberitahu yuran bagi kanak-kanak ialah sebanyak RM400 manakala dewasa RM480.
"Kelas dijalankan sebanyak empat kali sebulan dengan setiap kelas memakan masa sehingga tiga jam," ujarnya lagi.
Bagi Sally Rodwan, 52, dia meminati lukisan sejak di bangku sekolah lagi.
Begitupun, pada tahun 2011, salah seorang rakannya menyarankan supaya mengikuti kelas di The Studio@KL memandangkan konsep pembelajaran yang bebas.
"Pusat ini sangat unik kerana membiarkan peserta melukis apa sahaja.
"Saya kurang berbakat dalam seni lukis tetapi sejak mengikuti kelas ini, kemahiran saya semakin bertambah baik," jelasnya sambil memberitahu dia meneroka sendiri cara-cara melukis serta dibantu oleh Jennifer.
Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman web di www.thestudioatkl.com.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines