Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Emma nafi rampas kekasih Uqasha
- OMK bukan filem syok sendiri
- Tiga Program Menarik Sempena Hari Ibu Di TV3
- Kes Rita Rudaini & Syarikat Produksi Dijangka Selesai Isnin Ini
- Zaleha Menang RM12,500 Teka Ketawa Artis Suria FM
- Album Terbaharu Khadijah Ibrahim Kekal Konsep Balada
- 99 Kali Rindu filem penuh emosi
- Anding: ‘Setiap hari adalah Hari Ibu’
- Tisha Mentor bertunang, rancang kahwin Disember
- Meraung dihukum gantung
- 'Mengapa saya dibantu persatuan agama lain?'
- Episod cinta, kontroversi dan kemasyhuran
- Lia enggan jadi DJ bogel
- Penjenayah gagal merompak
- 85 ahli sindiket Macau Scam direman empat hari
- Ismail bersara wajib 17 Mei
- Pantau secara berkala
- Tiada kenaikan harga barangan kawalan selepas PRU-13
- Gerhana matahari separa di utara Australia
- Radiator ISS didapati bocor
- Air masin bandar Epecuen surut
- Wanita terperangkap di celah runtuhan selama 17 hari
- Seni daripada sehelai kertas
- Teruskan legasi sports GT mewah Britain
- GIVI Centre dibuka di Melaka
Emma nafi rampas kekasih Uqasha Posted: 11 May 2013 07:15 AM PDT
EKORAN gosip yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan pada hujung minggu lalu yang mendakwa pelakon muda Emma Maembong dan Uqasha Senrose tidak bertegur sapa, kedua-dua pelakon itu tampil memberikan respons. Emma turut menjawab dakwaan dia dikatakan dia merampas kekasih Uqasha. Sementara itu, Uqasha turut tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Emma Maembong dan Uqasha Senrose yang dihubungi menerusi telefon baru-baru ini. Kosmo!: Emma dikatakan bermasam muka dengan pelakon Uqasha Senrose gara-gara Emma didakwa telah merampas teman lelaki Uqasha? Benarkah dakwaan itu? EMMA: Saya tidak tahu bagaimana kisah itu boleh timbul kerana kami berkawan sejak saya belum bergelar artis lagi. Kalau berjumpa pun, kami akan bertegur sapa tetapi sejak kebelakangan ini masing-masing sibuk jadi tidak sempat untuk berhubung. Kami baik-baik saja. Benarkah Emma merampas kekasih Uqasha? Tidak benar sama sekali. Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan. Apabila saya mendapat tahu bahawa Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya. Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta.
Adakah benar Emma mengelak daripada berjumpa dengan Uqasha? Tidak. Sebaliknya, saya cuba mengelak daripada berjumpa Ally apabila mendapat tahu bahawa mereka pernah bercinta. Adakah Emma dan Uqasha merupakan sepupu? Sudah terang lagi bersuluh, tidak (ketawa). Kami tiada pertalian darah dan tiada kena-mengena. Uqasha dari Kelantan dan saya pula keturunan dari Terengganu. Saya tergelak setiap kali orang cakap kami adalah sepupu. Bagaimanakah pula dengan kehidupan Emma sekarang? Buat masa sekarang saya hanya fokuskan kerjaya saja, tidak mahu ambil tahu soal cinta. Saya ingin berehat daripada memikirkan tentang komitmen. Apakah perkembangan terkini karier Emma pula? Saya baru selesai penggambaran filem Werewolf dari Bangladesh arahan Mamat Khalid dan akan membintangi beberapa buah drama. Selain itu, drama 13 episod saya berjudul Kampung Girl dan Tiga Nenek Tiga Dara masih menantikan untuk disiarkan di televisyen. | |||
Posted: 11 May 2013 07:14 AM PDT Mendapat pendidikan dalam bidang perfileman sebelum ini, Ain melangkah setapak ke depan dengan menghasilkan skrip filem Oh Mak Kau (OMK) dan turut bertindak sebagai pelakon, pengarah dan juga penerbit bersama. Menegaskan penghasilan OMK bukan sekadar syok sendiri, Ain berkata, idea ini tercetus setelah melihat kebanyakan filem gangster sekarang meletakkan pelakon muda sebagai teraju utama. "Dek kerana kerap melihat pelakon muda sebagai teraju utama, saya terfikir kenapa tidak gangster-gangster dari orang yang lebih berusia, kerana kalau tidak ada generasi tua, tidak adalah generasi muda. "Selain itu saya selitkan mesej mengenai kasih sayang antara adik dan abang, ibu dan anak serta ayah dan anak dalam filem ini," ujarnya kepada Zass. Meletakkan barisan pelakon otai seperti Abon sebagai Pak Maun, Wan Maimunah sebagai Mama San, Didie Alias sebagai Embun, Yassin Yahya sebagai Typo, Ain turut menyelitkan pelakon muda seperti Shuib Sepahtu, Jep Sepahtu, Syamsul Yusof, Ayda AF4, Kay AF9 dan Faiz Raja Lawak 4 dalam filem pertamanya ini. Menurut Ain, ketika penghasilan skrip yang dilakukan bersama Salwa Surol, dia sudah membayangkan siapa pelakon yang akan membintangi setiap watak yang direka itu. "Biarpun gugup pada mulanya, saya amat teruja dan terharu apabila mereka sudi memberi kerjasama untuk berlakon di dalam filem ini. Malah, mereka juga banyak memberi idea kepada saya ketika saya mengarahkan filem ini," katanya. Ain berkata, apa yang menjadi harapannya sekarang adalah penerimaan penonton terhadap filem yang bakal ditayangkan 16 Mei ini, memandangkan dia adalah pengarah baru. "Biarpun mendapat maklum balas dan sokongan yang positif daripada penonton dan media yang menonton OMK, baru-baru ini, saya tetap gugup memikirkan penerimaan penonton kelak. "Saya harapkan yang terbaik, semoga mereka dapat menerima fi lem ini. Jika OMK berjaya, saya tidak menolak untuk menghasilkan filem lain lagi selepas ini," ujarnya. Syamsul turut bantu Ain berkata, biarpun masih baru, dia amat bertuah kerana mempunyai satu team yang cukup berpengalaman dan dapat membantunya sepanjang penghasilan filem ini. Menurutnya, biarpun tempoh penggambaran hanya berlangsung selama 23 hari, tetapi dia bersyukur kerana dapat menyiapkan penggambaran dalam tempoh yang ditetapkan. "Biarpun ramai pelakon otai dan ada juga Syamsul yang berpengalaman dalam filem aksi, tetapi mereka tetap menghormati saya sebagai pengarah. "Malah, Syamsul juga tidak pernah mengganggu kerja saya dan tidak lokek untuk memberi idea apa yang perlu saya lakukan mengenai sudut kamera dan sebagainya," katanya. Diganggu gangster Dalam pada itu, Ain juga tidak dapat melupakan peristiwa set penggambarannya diganggu kumpulan yang datang meminta wang perlindungan. Ain berkata, dek masalah yang timbul itu, penggambaran yang sepatutnya pada sebelah malam, hanya dapat dilakukan pada jam 5 pagi. "Ketika itu ia melibatkan babak letupan kereta di padang, dan kami didatangi sebuah kumpulan yang mengakui diri mereka menjaga kawasan itu dan menghalangkan kami menjalankan penggambaran. "Mereka kata jika saya mahu membuat penggambaran, saya perlu membayar wang perlindungan. Jadi selepas perkara itu diselesaikan barulah saya dapat meneruskan penggambaran," katanya. OMK berkisarkan dua beradik, Sam (Jepp) dan Mun (Shuib) dengan kata simbol mereka, 'kemas balik selepas mencuri' sering mencetuskan kemarahan ibu mereka. Segalanya berubah dengan kedatangan Que (Ain), seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua. Kehadiran Que juga membuatkan Embun (Didie) terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. | |||
Tiga Program Menarik Sempena Hari Ibu Di TV3 Posted: 11 May 2013 07:14 AM PDT Bakal menyajikan tiga program hebat, sambutan itu akan dimulakan menerusi slot Cerekarama dengan sebuah drama lakonan Lisdawati, Fauzi Nawawi dan Fauziah Nawi berjudul Takbur Mama pada Sabtu, pukul 10 malam. Ia diteruskan dengan tayangan filem Anak Mami The Movie lakonan Farouk Hussein, Emylia Rosnaida dan Zahida Rafik pada 12 Mei pukul 3 petang. Program Wanita Hari ini yang bersiaran pada hari Isnin pukul 12 tengah hari pula akan memfokuskan tentang anugerah dan pengorbanan seorang ibu dan topik-topik lain yang menarik. CEREKARAMA: 'TAKBUR MAMA' – Sabtu, 11 Mei 2013, pukul 10.00 malam Taqifah merupakan seorang anak yatim dan telah berkahwin dengan Azman. Namun perkahwinannya tidak direstui oleh ibu mertuanya. Ketika pulang ke rumah, Azman telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya koma. Ibu mertua Taqifah mengambil peluang ini untuk memisahkan Azman dengan Taqifah. Taqifah yang sedang sarat mengandung ketika itu telah dikurung oleh ibu mertuanya. Kemudian ibu mertuanya merancang untuk berjumpa bomoh dengan tujuan menghancurkan hidup menantunya itu. Namun takdir telah menentukan segalanya. Ibu mertua dan adik iparnya meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu menuju ke rumah bomoh itu. Sementara itu, Azman juga telah menghembuskan nafas terakhirnya dan keadaan Taqifah pula ketika itu amat tenat kerana berlaku pendarahan pada kandungannya. Apakah yang terjadi seterusnya? Pelakon: Lisdawati, Fauzi Nawawi, Norlia Ghani, Fizz Fairuz, Lana Nordin, Julia Ziegler, Qazem Nor Filem ini mengisahkan tentang Aniq yang berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga masing-masing kerana sikap keluarga mereka yang akan mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya pihak universiti mengadakan program keluarga angkat di mana Amelia tinggal di rumah keluarga Aniq sebagai anak angkat, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia dengan tujuan untuk memikat bakal mertua masing-masing. Namun rancangan mereka mempunyai masalah apabila Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Pelakon: Farouk Hussin, Emylia Rosnaida, Fiza, Shukor Mohaideen, Zahida Rafik, Norlia Chani, Kartina Aziz, Pi'e. Program bual bicara tempatan khusus untuk wanita, Wanita Hari Ini (WHI) akan meraikan Hari Ibu dengan gayanya tersendiri. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan hos-hos WHI menyambut hari istimewa ini menerusi topik 'Ibu...Anugerah Paling Bermakna' dalam menghargai pengorbanan golongan ibu. Terdapat pelbagai perisian menarik bakal dipaparkan di episod istimewa ini dan antara topik yang akan dibincangkan ialah Teknik Bayi Tabung atau lebih dikenali sebagai IVF (In Vitro Fertilization). Nantikan tetamu undangan yang bakal muncul dalam studio WHI nanti! | |||
Kes Rita Rudaini & Syarikat Produksi Dijangka Selesai Isnin Ini Posted: 11 May 2013 07:12 AM PDT Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zaharin Ishak berkata, selepas mengambil keterangan mereka secara berasingan sebelum ini, persatuan itu akan mengaturkan satu lagi sesi secara bersama bagi memuktamadkan masalah yang berlaku. "Pihak Seniman sudah mendengar penjelasan Rita dan juga wakil syarikat produksi berkenaan secara berasingan tetapi pada hari Isnin nanti, mereka akan dipertemukan untuk menjelaskan masalah berbangkit. "Dalam pertemuan itu nanti, kita akan mendengar luahan mereka sebelum apa-apa keputusan lain dibuat," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat. Pada 25 April lalu, Rita, 37, telah membuat laporan di Pejabat Seniman, Taman Melawati dekat sini selepas mendakwa menerima ugutan daripada sebuah syarikat produksi yang mahu membuat penggambaran semula hampir RM100,000 selepas Rita menarik diri membintangi drama bersiri terbitan syarikat berkenaan. Rita yang hanya sempat melakukan penggambaran selama empat hari membuat keputusan enggan terlibat dalam drama itu kerana tidak berpuas hati dengan sikap tidak profesional syarikat berkenaan dalam menguruskan hal-hal produksi. Zaharin berkata, dalam pertemuan sebelum ini, pihaknya dimaklumkan syarikat berkenaan masih belum mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Rita dan bersetuju untuk berbincang mengenai masalah tersebut. Seniman juga katanya menjangkakan satu keputusan positif bakal diterima dalam pertemuan mereka pada Isnin nanti. "Kami berharap masalah Rita dengan syarikat berkenaan dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada apa-apa tindakan mahkamah," katanya. Sementara itu mengenai kes pelakon Ezany Nizarif, Man (Raja Lawak) dan Adam Corrie Lee Abdullah yang mendakwa disenaraihitamkan oleh stesen televisyen di negara ini Zaharin berkata, masalah mereka akan diuruskan dalam waktu terdekat selepas tertangguh kerana Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu. | |||
Zaleha Menang RM12,500 Teka Ketawa Artis Suria FM Posted: 11 May 2013 07:12 AM PDT Zaleha, 56, berkata, setiap hari dia akan mengkaji tentang jawapan yang diberikan oleh peserta lain dan membuat carian di Google untuk mendapatkan jawapan yang tepat peraduan itu. "Setiap hari saya akan mengkaji tentang peraduan ini. Saya juga akan catat siapakah nama selebriti yang disebut oleh para pendengar lain selain klu yang diberikan oleh juri. "Alhamdulillah setelah tiga kali berusaha meneka peraduan itu, akhirnya percubaan saya membuahkan hasil," ujarnya. Zaleha menjawab dengan tepat pada segmen Selamat Malam Suria bersama Bob Ringgo yang disiarkan pada 19 April lalu dengan meneka ketawa penyampai radio JJ dari Red FM, Rozita Che Wan, Datuk Aziz Satar, Jaclyn Victor dan Aliff Aziz. "Insya-Allah wang ini saya akan simpan untuk pendidikan anak-anak dan saya juga ingin mendermakannya kepada masjid-masjid yang saya kunjungi", katanya. Sementara itu, bagi Roslinawati Ismail dari Jinjang Utara, Kuala Lumpur yang menjadi peserta kedua memenangi wang tunai sebanyak RM12,000 berkata, dia bertuah apabila pemanggil sebelumnya telah menyusun dengan betul empat ketawa selebriti dengan tepat. Roslinawati, 30, berkata, dia hanya mencuba nasib dengan meneka ketawa terakhir yang disiarkan adalah milik penyanyi Stacy dan tidak menyangka ia tepat. "Empat ketawa selebriti telah disusun dengan betul oleh pendengar sebelumnya cuma ketawa selebriti kelima tidak tepat. Roslinawati menang wang berkenaan menerusi segmen Ceria Petang bersama Linda Onn pada 26 April lalu apabila berjaya menyusun ketawa Alyah, Black, Ayu Damit, Awi Rafael dan Stacy. Majlis penyerahan cek kepada dua pemenang tersebut telah diadakan di studio Suria FM pada 7 Mei lalu oleh penyampai radio stesen itu, Seri (Santai Ceria) dan Wan Ajaib (Grandstand Suria). Peraduan berkenaan masih berbaki dua minggu lagi dan para pendengar boleh mendengar Suria FM untuk memperoleh isyarat memanggil selain mendapatkan klu di www.suriafm.com.my dan Facebook Suria FM. | |||
Album Terbaharu Khadijah Ibrahim Kekal Konsep Balada Posted: 11 May 2013 07:11 AM PDT Khadijah, 53, atau lebih selesa dengan panggilan Khaty berkata, beliau yakin muzik balada yang sinonim dengannya mampu menarik hati peminat setianya dan pendengar secara keseluruhan. "Bukan menentang dengan peredaran muzik semasa tetapi saya selesa dengan konsep balada yang telah lama saya bawa. "Tambahan pula genre berkenaan tidak pernah lapuk dan sentiasa dekat di hati pendengar," jelasnya ketika ditemui mStar Online. Khaty memberitahu album mini itu akan memuatkan lima buah lagu dan beliau akan melancarkan 'single' pertamanya berjudul Kurnia Baiduri dalam masa terdekat. Dalam pada itu, Khaty berkata, jadualnya sangat ketat dengan pelbagai undangan nyanyian walaupun sudah lama tidak muncul dengan buah tangan terbaharu. Jelas Khaty, dalam masa terdekat beliau akan menjayakan beberapa persembahan di Singapura, program Citrawarna 1 Malaysia pada 18 Mei ini dan bakal berkongsi pentas dengan Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid menerusi Malam Amal Bersama Tiga Diva bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 12 Jun depan. "Alhamdulillah rezeki masih tidak putus dan pelbagai undangan yang diterima. Selagi bakat diperlukan saya akan terus menyanyi," katanya. Tambah Khaty, beliau juga sedang berfikir untuk menerima pelawaan daripada pihak pengurusan Esplanade, Singapura yang mahu menganjurkan konsert solonya di lokasi berprestij itu. "Satu penghormatan buat diri saya untuk mengadakan persembahan di Esplanade tetapi masih belum buat keputusan muktamad kerana perlu memikirkan pelbagai faktor sebelum bersetuju," jelasnya. Katanya, jika semua perancangan berjalan lancar beliau dijangka akan muncul di pentas itu pada Oktober depan. | |||
99 Kali Rindu filem penuh emosi Posted: 11 May 2013 07:09 AM PDT 99 Kali Rindu merupakan filem yang dihasilkan berdasarkan kesinambungan filem 7 Petala Cinta. Filem ke-76 MIG ini diarahkan oleh Azhari Zain dan dijayakan oleh pendatang baru seperti Wawa Zainal, Aeril Zafril, Afiera Riana, Adey Syafrien, Eddy Rauf, Niezam Zaidi, Siti Aziz dan ramai lagi. Namun, bagi mana-mana penonton yang belum pernah menonton 7 Petala Cinta, anda tidak perlu risau kerana 99 Kali Rindu masih boleh difahami. Biarpun meletakkan cinta tiga sebagai konflik utama penceritaan, namun Azhari turut menyelitkan banyak memberi pengajaran tentang perjalanan penghijrahan kehidupan Attar yang penuh dengan dugaan hidup. Ia sekali gus dapat memberi mesej dan kesedaran buat golongan remaja yang menonton. Meskipun bukan cerita yang berat, namun Azhari telah meletakkan permainan emosi yang berat untuk watak Attar yang menyebabkan penonton akan berasa kasihannya dengannya. Lakonan mantap Wawa Biarpun plot penceritaan ini lebih memfokuskan kehidupan Attar, namun pada pendapat penulis, Wawa yang membawakan watak Fatin Qalbie dilihat lebih menonjol. Dengan lakonan yang semakin mantap dan permainan emosi yang cukup mendalam, Wawa telah berjaya membawakan watak Fatin dengan baik. Manakala Aeril pula, biarpun berjaya mendalami emosi Attar yang hidup dalam kesedihan dan dugaan, namun lakonannya tidak memberi kesan yang besar kepada penonton. Dari segi plot pula, Azhari berjaya menyusun plot dengan menarik, namun jika dia meletakkan pengajaran yang lebih besar buat penonton, tentunya lebih menarik. Cinta dua wanita Filem ini membawa penonton melayari kehidupan Fakhruddin Attar (lakonan Aeril Zafril) yang kematian isterinya Saidatul Nafisa. Attar bersedih selepas kematian isterinya dan mulai berhijrah untuk menghilangkan rasa sedih itu. Semasa dalam proses penghijrahan itu dia telah bertemu dengan dua wanita secara tak sengaja, iaitu Fatin Qalbie dan Zazlena. Pertemuan pertama dengan Zazlena ialah semasa Attar hendak menyeberangi jalan dan dia telah dilanggar oleh Zazlena dan kerana rasa bersalah, Zazlena telah merawat Attar di rumahnya sehingga sembuh. Miqdad abang kepada Zazlena telah menceritakan kisah adiknya yang sedang bertarung dengan sejenis penyakit. Pertemuan kedua, Attar telah menyelamatkan Fatin Qalbie seorang DJ yang diserang oleh seseorang yang tidak suka kepadanya. Sejak itu Fatin Qalbie telah jatuh cinta kepada Attar. Apa yang menimbulkan konflik ialah apabila Fatin Qalbie akan ditunangkan dengan seorang pemuda (dilakonkan oleh Azrel Ismail). Antara dua wanita ini, siapakah yang akan dipilih oleh Attar, Zazlena atau Fatin Qalbie? Adakah Hilma Aqila (Diana Amir) akan muncul semula untuk mencari cintanya semula dengan Attar? | |||
Anding: ‘Setiap hari adalah Hari Ibu’ Posted: 11 May 2013 07:08 AM PDT Namun, Anding terpaksa menunda perancangannya sehingga tamat pementasan Chow Kit Road! Chow Kit Road! "Mak saya untung. Kebetulan Hari Ibu, Hari Guru dan hari lahir dia dekat-dekat. Selalunya, kami adik-beradik akan sambut pada hari lahir dia. "Tapi, kali ini mak saya akan datang ke Kuala Lumpur sebab nak menonton pementasan ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, kelmarin. Anding berkongsi perancangannya untuk membawa ibu dan ayahnya ke luar negara pada hujung bulan ini. "Mak dengan ayah akan 'stay' di KL sampai 30 Mei ini kerana kami akan ke luar negara untuk bercuti. Hanya kami bertiga, saya, mak dan ayah untuk raikan ketiga-tiga tarikh itu," katanya yang merahsiakan lokasi percutiannya. Anding akui pernah memasak untuk ibunya pada sambutan Hari Ibu sebelum ini. "Sebenarnya, setiap hari adalah hari ibu kepada kami. Ibu tak perlu diraikan pada Hari Ibu sahaja. Tapi sebelum ini, saya pernah masak untuk mak saya," kata anak ketiga daripada lima adik-beradik ini. Dalam pada itu, Anding juga memberitahu soal pengorbanan ibunya yang menjadi sosok ibu dan ayah pada masa yang sama. "Tahun ini mak saya 56 tahun. Dia seorang yang sangat-sangat kuat. Ayah saya sakit, jadi, mak saya yang bekerja dan menjaga ayah. "Oleh itu, saya sangat memahami ketabahan dia sebagai seorang mak. Dialah mak, dialah ayah," katanya. Dalam perkembangan lain, Anding dan produksi Teater Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! yang turut menampilkan Adibah Noor, Nadia Aqilah bakal menemui penonton sehingga 26 Mei ini di Istana Budaya. Teater yang mengangkat karya Sudirman Arshad itu mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Ilham yang tinggal di Chow Kit Road bersama ibunya yang juga seorang pelacur. Kisah yang cuba dipaparkan pengarah teater ini, Saw Teong Hin sarat degan mesej berguna untuk tatapan penonton. | |||
Tisha Mentor bertunang, rancang kahwin Disember Posted: 11 May 2013 07:07 AM PDT Tisha atau nama sebenar Sharnorbiah Shamsir Alam, 27, ketika ditemui di rumah keluarganya di sini semalam berkata, dia berhasrat untuk berkongsi hidup bersama tunangnya, Mohd Tarmizi Abu Bakar, 27. Katanya, dia mengenali Mohd Tarmizi melalui rakan-rakan sehingga berkawan lebih rapat serta menjadi pendorong dia aktif dalam bidang seni selain keluarganya sendiri. "Saya tidak berhasrat untuk berhenti daripada aktiviti seni walaupun sudah berkahwin nanti, bagaimanapun ia terpulang kepada bakal suami. "Saya menerima pinangannya kerana saya melihat dia seorang yang penyayang dan mampu menjadi ketua keluarga yang baik," katanya. Anak kelima daripada tujuh beradik itu memulakan karier seni dengan memasuki rancangan realiti Audition NTV7 pada tahun 2003 sebelum berjinak-jinak dengan bidang lakonan. Tisya terlibat sebagai pelakon sampingan dalam beberapa drama seperti Gerak Khas, Dewa Cinta, Metro Skuad, Anak Mama dan Cinta Komuter. Untuk rancangan Mentor, dia mendapat bimbingan Ferhad sehingga berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan selepas itu merakamkan single 'Kukata' duet bersama Ferhad. Tisha yang kini terlibat dengan persembahan Kombo RTM mewarisi bakat seni ayahnya, Shamsir Alam Mohd Zainal, 58, yang merupakan bekas penyanyi Kombo Angkatan Tentera. Selain Tisha, dua kakaknya juga berbakat besar dalam bidang nyanyian iaitu Sharfiza, 41, dan Sharzura, 35. Tisha berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada pertengahan Disember tahun ini dan berharap jodoh mereka berkekalan. | |||
Posted: 11 May 2013 07:04 AM PDT Tertuduh, Khairul Nizam Zulkifli, 30, atau lebih dikenali sebagai Bob turut meraung sambil berkata "Kenapa macam ni ayah, saya tak bersalah" di dalam kandang pesalah setelah mahkamah bersurai. Hukuman itu dijatuhi Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil selepas memutuskan Bob bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,831 gram di dalam kereta Proton Wira Aeroback yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Jalan Bukit Baru, Solok Bukit Baru pada jam 6.40 petang, 24 Disember 2010. Bob turut berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 26.91 gram pada waktu, tarikh dan lokasi yang sama. Terdahulu, Abdul Karim menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh lima tahun penjara dari tarikh ditangkap iaitu 24 Disember 2010 selepas mensabitkan kesalahan bagi pertuduhan 39A (1). Namun hukuman akan dijalankan sekiranya pertuduhan mengikut Seksyen 39B(2) diketepikan. Karim dalam alasannya berkata, tertuduh didapati memberi keterangan saling bercanggah mengenai beg hijau berisi dadah di dalam kereta tersebut selain keterangan salah seorang saksi pembelaan tidak boleh percayai dan diketepikan. "Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan ke atas kesalahan yang hanya ada satu sahaja hukuman. Dengan kuasa undang-undang diperuntukkan kepada saya, dengan ini tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya. Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar melawan Bob yang diwakili peguam, Andrew Louders itu mula dibicarakan pada 2012. Bob sebelum ini dipanggil membela diri pada 8 Mac 2013 selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan yang mengemukakan 16 saksi berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan sebelum dia membuat keterangan bersumpah dan memanggil empat saksi pembelaan. | |||
'Mengapa saya dibantu persatuan agama lain?' Posted: 11 May 2013 07:01 AM PDT Md Rodzi Othman, 48, berkata, dia sudah meminta bantuan daripada pelbagai agensi termasuk, pejabat agama Islam, pusat zakat dan baitulmal bagaimanapun dimaklumkan permasalahan dihadapinya tidak dapat dibantu. "Saya juga ada pergi berjumpa ahli politik bagaimanapun kehadiran saya itu tidak diendahkan sama sekali. "Bagaimanapun, baru-baru ini satu persatuan penganut agama bukan Islam di Bukit Mertajam datang berjumpa saya. Mereka meminta saya mengisi borang selain membuat salinan terhadap kad pengenalan saya. "Saya tidak ada pilihan kerana mereka ingin membantu. Apa yang terbuku di hati saya, sebagai seorang Islam mengapa saya harus dibantu oleh persatuan agama lain," katanya. Sebelum ini, menurutnya kejadian malang menimpanya itu berlaku pada 25 Mei 2005 kira-kira jam 1 tengah hari ketika sedang membaiki rumah di Pondok Labu, dia tergelincir dalam keadaan tangannya berpaut pada kereta sorong berisi simen di dalamnya. Difahamkan kerana bebanan berat, kereta sorong itu kemudiannya menghempap paha kanannya sehingga dia dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan memasukkan keluli bagi menggantikan tulang pahanya yang patah. Sejak kejadian itu, Rodzi tidak dapat berjalan seperti biasa kemudiannya tinggal di surau Hospital Kulim bagaimanapun diarahkan berpindah kerana tempat itu digunakan untuk bersolat oleh pelawat. Atas belas ihsan pekerja hospital, dia kemudian tinggal di rumah bujang di Taman Mutiara beberapa bulan sebelum berpindah ke rumahnya di Kampung Pondok Labu Keladi. Rodzi berkata, walaupun tidak mempunyai bekalan elektrik dan air, dia yang belum berkahwin terpaksa tinggal di rumah peninggalan keluarganya itu kerana sudah tidak ada tempat lain untuk menumpang. Menurutnya, dia yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) ada mendapat bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara hidup bagaimanapun bantuan itu berakhir pada Jun ini. Rodzi berharap ada pihak membantunya menampung kos diperlukannya untuk rawatan saraf kakinya sekitar RM30,000 supaya dia dapat berjalan seperti biasa berikutan hingga kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda. Individu atau pihak berkenaan yang berhasrat meringankan beban Rodzi boleh berbuat demikian dengan menderma ke akaun Agro Bank, nombor akaun 1-00-7511-00008326-7 atau menghubunginya di talian 017-4516283. | |||
Episod cinta, kontroversi dan kemasyhuran Posted: 11 May 2013 06:56 AM PDT
BINTANG remaja sensasi Hollywood, Selena Gomez pernah dikecam hebat gara-gara mengecat seekor kuda dengan warna merah jambu untuk penggambaran klip video single, Love You Like A Love Song dua tahun lalu. Kemudian, kisah cintanya dengan ikon global kelahiran Kanada, Justin Bieber memonopoli keseluruhan kariernya dan menutup segala khilaf terdahulu. Tahun ini, menerusi single terbaharunya yang berjudul Come & Get It, Selena, 20, memberikan tamparan hebat kepada masyarakat beragama Hindu. Semuanya gara-gara dia memakai bindi sebagai aksesori pada dahinya ketika membuat persembahan. Situasi yang mencetuskan kemarahan itu disuarakan oleh wakil Persatuan Vedanta (kuil Hindu) California Selatan, Douglas Overton Blue yang menyifatkan tindakan Selena itu sebagai tidak sopan dan tidak menghormati agama tersebut. Biarpun pemakaian bindi melambangkan metafora dan makna yang mendalam, kata Douglas , bindi sebenarnya dipakai oleh wanita yang telah berkahwin sebagai simbol mengagungkan suaminya seumpama dewa. Selena bagaimanapun tidak mengendahkan teguran itu dan telah memakai aksesori itu sebanyak empat kali iaitu ketika membuat persembahan iaitu di pentas MTV Movie Awards 2013 dan Dancing with the Stars selain ketika muncul dalam program bual bicara Late Show with David Letterman dan Ellen DeGeneres Show hujung bulan April lalu. Dia bagaimanapun ada pandangan tersendiri tentang isu tersebut. "Saya fikir lagu ini mempunyai elemen Hindu, sangat etnik dan saya mahu menterjemahkannya dengan cara saya sendiri. Saya turut belajar mengenai cakra, bindi dan budaya masyarakat tersebut. Ia adalah menakjubkan!" tegas Selena. Drama cinta Berbanding kontroversi tersebut yang dianggap Selena sekadar rencah dunia seni dan hanya dipandang sebelah mata, episod cintanya bersama pelantun lagu As Long As You Love Me, Justin Bieber menjadi fokus umum.
Bibit cinta antara Selena dan Justin bermula awal tahun 2011 apabila kedua-duanya hadir bersama ketika parti Vanity Fair Oscar. Cukup dua tahun bersama, mereka putus dan membawa haluan masing-masing. Belum pun cukup sebulan berpisah, ikon pasangan remaja itu kembali bersatu menerusi pertemuan romantik di Los Angeles memutuskan kembali hubungan cinta mereka pada bulan Januari. Pada penghujung April lalu Selena dan Justin dilaporkan kembali bersatu menerusi bantuan seorang paderi merangkap teman rapat Justin iaitu Judah Smith di Oslo, Norway. Terlampau banyak drama dan gelora luar biasa yang melanda hubungan Selena dan Justin dalam usia yang masih muda adalah satu petanda bahawa mereka tidak sepatutnya ditakdirkan bersama. Menyentuh tentang sejauh manakah perasaan dirinya terhadap Justin, ujar Selena, ia tiada bandingan. "Saya cintakan Justin. Apabila kali pertama bertemunya saya merasakan dia seorang jejaka yang baik. Dia juga seorang yang romantik!" jelas Selena. Pelbagai perspektif timbul rentetan daripada jalinan semula cinta Selena dan Justin. Ada yang menyifatkan Selena kesunyian selepas perpisahannya dengan Justin. Malah, terdapat juga spekulasi ia adalah hasil nasihat daripada Judah Smith. Tak popular Berkongsi cerita mengenai populariti yang diraih sejak pertama kali membintangi siri kanak-kanak Barnie & Friends pada tahun 2001, kata Selena dia asalnya bukan seorang pelajar yang popular di sekolah.
"Saya tidak pernah merasai erti populariti ketika di sekolah. Saya ada dua orang kawan baik tapi masa saya kebanyakannya dihabiskan dengan membuat kerja sekolah. "Zaman persekolahan adalah waktu paling aneh dalam hidup saya. Tidak pernah sekali pun saya merasa yakin apabila menjejakkan kaki ke sekolah. "Bagaimanapun, tiada seorang pun yang berani membuli saya kerana sepupu saya merupakan ketua pasukan sorak," katanya yang pernah menyimpan perasaan cinta terhadap seorang pelajar lelaki di sekolahnya. Menyentuh tentang dirinya yang berkecimpung dalam industri hiburan di Hollywood, ternyata tidak mudah buat dirinya untuk berhadapan dengan pancaroba dunia penuh glamor itu. Bagi dirinya, walau ramai individu sekeliling yang cuba menjatuhkannya, pengalaman mengajar erti hidup. "Banyak penolakan dalam industri ini dan ia sangat sukar. Kadangkala rasa sangat penat melawan halangan tapi apabila kita melakukan perkara yang disukai, semuanya menjadi senang. "Saya bernasib baik kerana mendapat banyak sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Saya dikurniakan kesihatan, keluarga penyayang dan peminat yang menyokong saya. "Pastinya saya akan terus positif," tambah anak kepada pasangan Amanda Cornett dan Ricardo Gomez itu. | |||
Posted: 11 May 2013 06:55 AM PDT
MENCEBURKAN diri sebagai deejay (DJ) merupakan sesuatu lumrah bagi artis Indonesia seperti yang telah dilakukan oleh Maia Estianty, Julia Perez, dan Jenny Cortez. Mengikuti jejak langkah mereka ialah model seksi terkenal, Apriliana atau nama ringkasnya, Lia Namun kebelakangan ini, profesion DJ di Indonesia telah dicemari budaya porno apabila ada sesetengah daripada mereka tampil mendedahkan bahagian atas tubuh, malah ada yang bogel demi bayaran lumayan. Lia yang sudah dua tahun ternyata memprotes budaya tersebut. Katanya: "Bagi saya, budaya bogel dan separuh bogel itu mencemari profesion DJ di Indonesia. Kalau sudah berbakat sebagai DJ, kenapa sampai harus berbogel?" Model berketinggian 173 sentimeter (cm) itu turut mengakui dia sudah menolak lima tawaran untuk melakukan tugasan DJ sambil berbogel. Tambah Lia: "Saya pernah lima kali ditawarkan jadi DJ bogel di parti-parti persendirian. Bayarannya memang sangat lumayan. Namun, aku tolak kesemua tawaran itu sebab aku DJ profesional." | |||
Posted: 11 May 2013 06:54 AM PDT BUKIT MERTAJAM – Cubaan seorang lelaki menyamun sebuah bank di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Tengah di sini semalam tidak menjadi malah suspek itu terpaksa berlari keluar dari bank selepas disyaki terkejut melihat pengawal keselamatan yang melihat gelagatnya. Sebelum kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, suspek yang memakai topi dan menutup mulut dengan topeng meluru masuk ke dalam bank dengan membawa bersama dua objek berbentuk silinder berwarna putih sebesar air botol mineral 600 milimeter berserta sebuah beg pakaian. Suspek berusia 30-an terus menghampiri sebuah kaunter yang ketika itu terdapat seorang kakitangan wanita yang bertugas. Terdapat empat orang pelanggan di dalam bank tersebut ketika kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek yang bertindak bersendirian itu kemudian meletakkan beg pakaian tersebut di atas kaunter sebelum memaksa juruwang itu memasukkan wang. Menurut beliau, juruwang wang yang terkejut dan takut dengan permintaan suspek terus melarikan diri ke belakang tanpa memberikan wang kepada suspek. | |||
85 ahli sindiket Macau Scam direman empat hari Posted: 11 May 2013 06:52 AM PDT KUCHING – Kesemua 85 individu warga China dan Taiwan termasuk tiga warga tempatan yang terlibat dalam sindiket Macau Scam dan dipercayai sudah mengaut keuntungan sebanyak RM4 bilion direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes jenayah tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mohd. Firdaus Abdullah berkata, perintah tahanan reman sehingga 14 Mei itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuching bermula semalam. "Perintah reman ini membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Menurut beliau, kesemua suspek itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan penipuan wang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan. | |||
Posted: 11 May 2013 06:51 AM PDT KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) akan bersara wajib pada 17 Mei ini dan bukan meletak jawatan kerana desakan parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof berkata, penyebaran berita mengenai peletakan jawatan Ketua Polis Negara di media sosial dan blog adalah fitnah dan berniat jahat. "Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraan beliau," kata Ramli dalam kenyataan di sini semalam. Ramli turut menegaskan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah aman tanpa sebarang kekecohan atau huru-hara seperti yang didakwa di laman sosial. Justeru orang ramai diingat agar tidak mempercayai fitnah yang disebarkan atau menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah dengan memanjangkan dan berkongsi dakwaan yang tidak berasas itu di laman sosial. | |||
Posted: 11 May 2013 06:50 AM PDT KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memantau kawasan hutan simpan dan kawasan bukit secara berkala bagi mengelak berulangnya kejadian tanah runtuh seperti Selasa lalu. Rata-rata warga kota mahu DBKL dan agensi-agensi terlibat membuka mata dan tidak memandang ringan masalah yang berlaku. Seorang warga kota di Dang Wangi, Suhaila Firdaus, 19, berkata, kejadian tidak diduga berlaku di kawasan tersebut memandangkan tempat kejadian bukan tapak pembangunan sebaliknya hanyalah hutan simpan. "Saya harap pemantauan lebih rapi dibuat di semua kawasan berbukit selepas ini bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh," katanya di sini semalam. Selain dari hutan simpan Bukit Nanas, empat lokasi lain yang berlaku kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang termasuklah di Jalan Salahuddin di sini yang melibatkan dua batang pokok besar berusia lebih dari 50 tahun, Jalan Kasah di Bukit Damansara dan Jalan Klang Lama di Taman Shanghai. | |||
Tiada kenaikan harga barangan kawalan selepas PRU-13 Posted: 11 May 2013 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kassim menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa harga beberapa barangan kawalan naik di pasaran semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Katanya, barangan kawalan seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan bahan petroleum seperti petrol RON95, RON97 dan diesel serta gas petroleum tidak naik seperti diperkatakan pihak tidak bertanggungjawab. "Harga bagi barang-barang tersebut kekal seperti sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Mengulas dakwaan berkaitan kenaikan harga barangan yang disebarkan semasa dan selepas PRU-13, beliau memberitahu, pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tersebut akan dikenakan tindakan. "Pegawai-pegawai penguat kuasa dan pemantau-pemantau harga di seluruh negara akan digerakkan untuk melaksanakan tugas ini. "Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan," katanya. Pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya menerusi pejabat cawangan atau menelefon 1MOCC melalui talian 03-8000 8000 atau menerusi e-talian di http://e-aduan.kpdnkk.gov.my jika terdapat peniaga yang menaikkan harga. | |||
Gerhana matahari separa di utara Australia Posted: 11 May 2013 06:46 AM PDT
SYDNEY - Sejumlah peminat astronomi berkunjung ke utara Australia untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa semalam. Fenomena itu berlaku apabila bulan bergerak di antara bumi dan matahari. Sebelum ini, gerhana penuh dapat dilihat di utara Australia pada November tahun lalu menyebabkan pemandangan menjadi gelap selama dua minit. Bagaimanapun, gerhana matahari separa itu menyebabkan bulan hanya melindungi 97 peratus matahari. Gerhana separa itu juga dapat dilihat di beberapa bahagian di Australia, Indonesia, New Zealand dan Pasifik Selatan. Seorang ahli astronomi Amerika Syarikat, Jay Pasachoff sanggup datang ke Australia untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari itu. Ia merupakan gerhana matahari kali ke-57 yang pernah dilihatnya. Dia memandu ke sebuah bukit kecil di Outback yang terletak kira-kira 100 kilometer ke utara bandar Tennant Creek. Pasachoff dan 100 orang lagi peminat amatur astronomi merakamkan fenomena itu dengan menggunakan kamera. | |||
Posted: 11 May 2013 06:46 AM PDT WASHINGTON – Sebuah radiator di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) didapati bocor selepas gas ammonia keluar dari stesen itu. Gas ammonia itu berjaya dikesan oleh enam angkasawan yang berada di dalam ISS. Komander ISS, Chris Hadfield dari Kanada menghantar kenyataan di Twitter dengan menyatakan bahawa masalah tersebut adalah serius. Radiator yang bocor itu digunakan untuk menyejukkan sistem tenaga ISS. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat menyatakan, kebocoran itu tidak mendatangkan bahaya kepada angkasawan. Agensi berita Rusia, Interfax yang memetik sumber-sumber industri angkasa lepas menyatakan, angkasawan NASA, Tom Mashburn dan Chris Cassidy mungkin akan keluar dari ISS untuk mencari punca yang menyebabkan kebocoran itu. | |||
Air masin bandar Epecuen surut Posted: 11 May 2013 06:45 AM PDT
BUENOS AIRES, Argentina - Bandar peranginan Epecuen di negara ini yang dibanjiri dengan air masin selama suku abad kini kembali menjadi daya tarikan pelancong. Ia menjadi daya tarikan pelancong selepas air yang memenuhi bandar itu kembali surut. Bandar itu dipenuhi dengan air masin selepas berlaku ribut yang membawa hujan lebat pada 10 November 1985. Air masin itu membanjiri bandar ini selepas ia melimpah dari sebuah tasik akibat hujan lebat. Ketika ribut itu berlaku, orang ramai melarikan diri dan dalam tempoh beberapa hari sahaja, rumah-rumah mereka ditenggelami air masin yang setinggi hampir 10 meter. Sebelum ribut itu berlaku, Epecuen dikunjungi seramai 20,000 orang bagi setiap musim percutian untuk mandi air masin dan menggunakan kemudahan spa. Tasik di bandar ini mempunyai garam 10 kali ganda daripada lautan menyebabkan badan para pelancong akan terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat. Perjalanan dengan menggunakan kereta ke Epecuen dari bandar raya Buenos Aires memakan masa selama enam jam dengan melalui jalan di kawasan luar bandar sejauh 550 kilometer. Para pelancong kini datang untuk melihat kenderaan, perabot dan rumah yang sebelum ini ditenggelami air masin di bandar itu. | |||
Wanita terperangkap di celah runtuhan selama 17 hari Posted: 11 May 2013 06:44 AM PDT SAVAR - Seorang wanita diselamatkan oleh beberapa anggota kumpulan penyelamat selepas dia terperangkap di celah runtuhan sebuah bangunan kilang pakaian selama 17 hari sejak 24 April lalu di sini, dekat Dhaka, Bangladesh. Anggota-anggota penyelamat itu menarik wanita tersebut yang dikenali sebagai Reshma selepas mereka menggali lubang dengan menggunakan alat menggerudi di tempat dia terperangkap. Menurut beberapa anggota penyelamat, berat badannya berkurangan dengan banyak dan tubuhnya tidak mengandungi sebarang kecederaan. Dia dipercayai masih hidup kerana lokasi tempatnya terperangkap di tingkat bawah tanah mungkin mengandungi sumber air. Kerja-kerja menyelamatnya mengambil masa selama 45 minit. Seorang anggota penyelamat mendengar suaranya yang memintanya diselamatkan semasa kerja-kerja mencari mangsa di celah runtuhan itu dilakukan. Seramai, 1,045 orang terbunuh selepas bangunan kilang setinggi lapan tingkat itu runtuh. | |||
Posted: 11 May 2013 06:43 AM PDT
SEKUMPULAN remaja asyik memerhatikan seorang lelaki melakukan demonstrasi teknik potongan kertas di dalam sebuah bilik di Galeri Seni, Shah Alam. Lelaki itu umpama guru kepada remaja-remaja itu. Dia mengajar setiap langkah dengan teliti manakala anak muridnya amat tekun mengikut teknik-teknik yang diajar oleh guru mereka. Potongan kertas yang membentuk tangga dan corak hati merupakan antara contoh yang telah disediakan oleh guru mereka. Walaupun ada yang gagal menghasilkan potongan kertas seperti contoh yang telah siap, mereka tidak berputus asa dan sentiasa mencuba untuk menghasilkan corak tersebut berulang kali. "Teknik potongan kertas atau dikenali sebagai kirigami ini merupakan hobi saya pada masa lapang. Walaupun sudah setahun lebih saya mempelajarinya, saya masih belum dapat menguasai teknik potongan yang betul," ujar Muhamad Nor Syafik Yahya, 26, yang merupakan salah seorang pelajar yang menyertai bengkel kirigami di Galeri Seni, Shah Alam baru-baru ini. Menurut Syafik, walaupun menghasilkan kirigami yang ringkas, ia menuntut tahap kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Jika tersalah memotong kertas, karya itu dikira rosak dan perlu dibuat baharu. "Saya mengetahui teknik potongan kertas yang membentuk pelbagai corak ini sejak kecil. Namun, saya tahu ia dipanggil kirigami setelah menyertai kumpulan di Facebook yang mengumpulkan peminat-peminat karya tersebut baru-baru ini. "Facebook itu juga banyak membantu dalam pengembangan idea saya untuk menghasilkan kirigami. Mereka sentiasa memuat naik karya yang telah dihasilkan dengan kaedah-kaedah pemotongan kertas yang betul. Ia juga amat berguna sebagai panduan saya," ujar pelajar jurusan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu. Syafik merupakan salah seorang daripada 10 remaja yang menuntut ilmu kirigami bersama seorang guru iaitu Alonzo Abu Bakar di Galeri Seni itu sempena Pameran Lukisan Pensel Warna 2013 pada hujung Mac lalu. Melihat kepada keunikan empunya nama, minat Alonzo juga ternyata tidak sama seperti kebanyakan orang. Selain mengajar teknik pembuatan karya kirigami, dia juga menjadikan karya tersebut sebagai sumber pendapatan bulanannya. Tutorial YouTube Menurut Alonzo, ramai yang masih keliru mengenai dua karya yang berasal dari Jepun iaitu kirigami dan origami. "Kirigami bermaksud teknik pemotongan yang dihasilkan dengan menggunakan sehelai kertas manakala origami pula ialah teknik lipatan kertas. Selain itu, kirigami juga dipanggil origami seni bina kerana setiap karya yang dihasilkan mempunyai elemen seni bina. "Uniknya mengenai karya kirigami ialah ia kelihatan berbentuk tiga dimensi walaupun hanya menggunakan sekeping kertas," ujarnya. Walaupun hanya belajar dan memahami teknik potongan kertas itu kira-kira lapan bulan lalu, Alonzo ternyata mahir dalam segenap aspek pembuatan kirigami. Pada awalnya, minatnya timbul sejak dia mula menonton tutorial kirigami melalui YouTube. Selepas itu, dia perlahan-lahan mencuba dan tidak menyangka minat itu telah memberi rezeki kepadanya untuk membuka bisnes, POpUp Cards 4U. "Bagi kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang meminati kirigami, anda harus mencuba memotong sehelai kertas sehingga ia terbentuk sebuah tangga. Langkah itu merupakan teknik asas kirigami. Sekiranya berjaya menghasilkan tangga itu, ia tidak menjadi masalah kepada anda untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih sukar," ujarnya.
Jelas Alonzo, rakyat Malaysia ternyata kurang mendapat pendedahan mengenai penghasilan karya kirigami berbanding di negara lain. Di Jepun dan kebanyakan negara Barat serta Eropah, kirigami di sambut baik dalam kalangan masyarakat di sana. Pameran mengenai hasil karya teknik lipatan kertas merupakan salah satu cara mereka mempromosikan seni tersebut kepada orang ramai. "Seperti di Itali, poskad dan buku menu di kebanyakan restoran di negara itu menggunakan elemen-elemen kirigami sekali gus berjaya menangkap perhatian pengunjung," jelas bapa kepada seorang cahaya mata itu. Sementara itu, pemilik pusat kesenian dan kraf anak-kanak Da Vinci Creative Kids Taman Damai Utama, Puchong, Lu Wei Yin, 34, memberitahu, penghasilan karya kirigami mampu menjana kreativiti dalam membantu tumbesaran pemikiran kanak-kanak. Menurutnya, kirigami juga menjadikan kanak-kanak menghargai sekeping kertas dan menggunakannya sebaik untuk menghasilkan karya seni. "Penghasilan kirigami juga membantu kanak-kanak mempertingkatkan kemahiran pemikiran individu dan berkumpulan. Melalui teknik potongan kertas, mereka juga dituntut untuk berfikir mengenai bentuk-bentuk yang akan dihasilkan. "Apabila kertas itu siap dipotong, bentuk tiga dimensi yang terhasil pasti akan menarik minat kanak-kanak. Kehadiran saya dan kanak-kanak di Pameran Lukisan Pensel Warna ini telah memberi idea kepada saya untuk membawa sukatan pelajaran kirigami ke Da Vinci Creative Kids," ujar Wei Yin ketika ditemui Kosmo! pada pameran itu baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai idolanya dalam karya kirigami, tanpa berfikir panjang Alonzo menamakan Professor Masahiro Chatani merupakan antara pelopor awal yang menghasilkan teknik lipatan kertas terbaik di dunia. Karya kirigami Alonzo ternyata komited dan serius dalam bidang yang diceburinya sejak lapan bulan lalu. Sehingga kini, dia berjaya menghasilkan pelbagai karya kirigami untuk dijual kepada yang berminat. Dengan kemahiran yang ada, dia menjadikan karya kirigami dengan olahan yang lebih menarik. Ia dikenali sebagai kad Popup. Kad Popup sama seperti kirigami tetapi ia menggunakan gam untuk menampal karya itu di atas sekeping kad. Hasilnya dapat dilihat jika kad itu dibuka. Selain itu, setiap karya kad Popup Alonzo dihasilkan atas permintaan mereka yang berminat dan setiap rekaannya pula eksklusif. Sehingga kini, Alonzo telah menghasilkan pelbagai bentuk kad Popup. Antara rekaan yang menarik ialah bentuk Menara Pisa di Italy, Stadium Old Trafford, Manchester, Menara Eiffel, Perancis, Masjidil Haram dan Kaabah, Mekah. Menurutnya, penghasilan kad Popup Stadium Nou Camp, Barcelona, untuk simpanannya sendiri menuntut kesabaran yang tinggi kerana ia memerlukan imaginasi yang tinggi dalam pemotongan setiap penjuru karya itu. "Harga yang ditetapkan oleh syarikat saya pada setiap kad juga berlainan. Ia berbeza mengikut saiz dan bentuk yang dihasilkan," ujarnya, POpUp Cards 4U diterajui oleh Alonzo sendirian dan syarikat tersebut juga menjual pelbagai jenis kad Popup mengikut permintaan pelanggan. Selain kelengkapan asas untuk memotong kertas, Alonzo juga menggunakan mesin Craft Robo untuk membantunya memotong kertas dengan cepat dan mudah. | |||
Teruskan legasi sports GT mewah Britain Posted: 11 May 2013 06:42 AM PDT
PEMBUAT kereta mewah dari Britain, Aston Martin baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-100 dengan pelancaran model elegannya, Aston Martin DB9. Aston Martin sememangnya sudah lama dikenali terutama selepas penglibatan aktifnya dalam filem berimpak tinggi seperti James Bond sejak sekian lama. Disifatkan sebagai model paling berkuasa sejak pengenalan pertamanya pada tahun 1994, Aston Martin DB9 turut ditawarkan kepada rakyat Malaysia menerusi pengimport dan pengedar sahnya, Jelita Seleksi Sdn. Bhd., (Jelita Seleksi). Berikutan pelancaran Aston Martin DB9 itu, Pengarah Eksekutif Aston Martin Kuala Lumpur, Nazrul Mohtar yakin bahawa Malaysia mampu menjadi pasaran utama untuk jenama mewah tersebut di rantau Asia Tenggara. "Permintaan terhadap kereta mewah di sini adalah positif. Ia didorong oleh ekonomi negara yang positif dan peningkatan kuasa membeli pengguna," kata Nazrul yang enggan mendedahkan berapa unit Aston Martin telah terjual di Malaysia. Di sini, Aston Martin DB9 ditawarkan pada harga RM1.7 juta seunit. Namun, harga itu boleh meningkat bergantung kepada tambahan aksesori yang dimahukan pelanggan. Apa yang pasti, kehadiran kereta sport GT Britain itu sememangnya mengukuhkan lagi posisinya selaku peneraju dalam segmen sport mewah. Aston Martin DB9 dilengkapi enjin AM11 V12 penuh kuasa. Penambahbaikan bukan sahaja dilakukan pada aspek prestasi, malah kadar emisinya juga dikurangkan berbanding enjin terdahulu. Enjin aloi sepenuhnya bersesaran 6.0 liter itu mampu menghamburkan kuasa sehingga 510hp @ 6,500rpm dan tork puncak mencecah 620Nm @ 5,500. Dari segi prestasi pula, jentera tersebut mampu meluncur dari 0 hingge ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh cuma 4.6 saat dengan kelajuan maksimum 295km/j! Dengan penggunaan sekitar 60 peratus panel badan baharu, model sport GT itu juga sarat dengan teknologi dan kejuruteraan termaju Aston Martin. Ini membolehkannya mengekalkan statusnya sebagai model utama keluaran Aston Martin. Sebagai contoh, chasisnya kini lebih tegar berbanding model terdahulu, selepas jurutera Aston Martin menggunakan struktur kerangka VH dan menjadikannya lebih baik. Struktur kerangka yang kukuh bukan sahaja memberi perlindungan kepada pemandu dan penumpangnya. Malah membuatkan kawalan stereng menjadi lebih jitu. Prestasi brek mengagumkan Penggunaan komponen-komponen baharu juga menjadikan DB9 semakin istimewa. Sistem brek misalnya, mengguna cakera Matriks Seramik Karbon CCCM) dan angkupnya pula disediakan oleh pakar pembuat brek global, Brembo. Sistem brek itu menawarkan prestasi brek mengagumkan. Ini sekali gus memberi keyakinan kepada pemandu untuk memberhentikan kenderaan dengan yakin dan selamat. DB9 dipasang dengan sistem suspensi termaju generasi keempat buatan Aston Martin yang dikenali sebagai Adaptive Damping System (ADS). ADS telah dijuruterakan semula bagi membolehkan pemandu memilih tiga mode suspensi iaitu Normal, Sport dan Trek. Pada mode Normal, peredam ditala agar dapat memberikan pemanduan selesa. Talaan akan dibuat secara elektronik yang menyesuaikan input daripada pemandu, kelajuan dan kualiti permukaan jalan. Mode Sport pula menyaksikan talaan suspensi lebih fokus bagi memberikan kualiti pemanduan yang dinamik. Sementara talaan suspensi paling keras berlaku apabila pemandu memilih mode Trek. DB9 turut mematuhi piawaian perlindungan pejalan kaki terkini Eropah. Aspek itu berjaya direalisasikan tanpa mengorbankan nilai estetik rekaan luarannya. Bagi mencapai matlamat tersebut, pasukan jurutera Aston Martin telah melakukan pengubahsuian pada struktur bahagian bawah jentera. Ini termasuklah merendahkan kedudukan enjin, penggunaan bonet, binaan bampar hadapan dan acuan gril yang baharu. Penyelesaian itu membuktikan bahawa Aston Martin berjaya mengelak daripada menggunakan cara konvensional seperti penggunaan gril plastik dan banyak lagi. "Enjin AM11 V12 yang baharu dan rekaan bahagian hadapan unik untuk perlindungan pejalan kaki menjadi contoh jelas mengenai kecanggihan teknologi yang menjadikan Aston Martin pembuat kereta sports paling diminati di dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Dr. Ulrich Bez. Material berkualiti tinggi Untuk bahagian luarannya, DB9 menampilkan rekaan yang mengambil inspirasi daripada model Aston Martin GT klasik. Ia tetap mengekal garis tubuh yang maskulin tanpa lekukan berlebihan. Tubuhnya yang rendah dan lebar pula seakan-akan memberi jaminan kepada pemandu bahawa ia menawarkan tahap kestabilan terbaik ketika dipandu laju. Sementara bahagian belakangnya pula menyerlah menerusi rekaan but flip yang dikatakan berfungsi meningkatkan prestasi aerodinamik kereta. Beralih ke bahagaian kabin, DB9 sekali lagi tidak mengecewakan peminatnya dengan ambien yang elegan dan mewah. Selain penggunaan material berkualiti tinggi, perincian teliti juga dapat dilihat dengan jelas. Sebagai contoh, ruang kokpit DB9 dibalut dengan kemasan kulit. Sementara suis-suis kawalannya diperbuat daripada gelas yang kelihatan seperti permata. Ketelitian semua perkara di ruang dalaman itu jelas membuktikan komitmen Aston Martin untuk menggunakan material tulen dan bernilai tinggi. "Kami sangat teruja kerana mampu memulakan sambutan ulang tahun ke-100 Aston Martin menerusi pelancaran DB9 baharu ke pasaran Malaysia. Model ikonik ini merupakan contoh jelas terhadap kekayaan warisan Aston Martin yang kemudiannya digabungkan dengan teknologi tercanggih. "Ini membolehkannya untuk terus hidup untuk 100 tahun lagi. Para pemilik dan peminat jentera Aston Martin pastinya mengagumi model elegan yang tidak dimakan zaman ini yang ditawarkan secara terus oleh Aston Martin Kuala Lumpur," tambah Nazrul. Bukan sekadar DB9, Aston Martin Kuala Lumpur juga menawarkan varian lain Aston Martin termasuklah Super Grand Tourer Vanquish, rangkaian model Vantage serta kereta sport empat pintu paling cantik di dunia, Rapide. | |||
Posted: 11 May 2013 06:41 AM PDT PENERAJU jenama aksesori motosikal di Asia, GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) baru-baru ini membuka GIVI Centre di Melaka. Ia merupakan pusat sehenti ketiga GIVI Asia selepas pembukaan GIVI Point di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. GIVI Centre ialah sebuah kedai dua tingkat berkeluasan 464.5 meter persegi. Ia menawarkan rangkaian produk GIVI yang dibangunkan khas untuk pasaran tempatan dan diimport dari Itali. Turut ditawarkan ialah sistem Monorack Givi (pelengkap kotak simpanan). Premis itu dimiliki dan dikendalikan oleh salah sebuah pengedar produk pakaian dan aksesori motosikal jenama GIVI iaitu Zong Heng Motors. Syarikat itu sudah berkecimpung dalam industri motosikal selama 25 tahun. "Kami gembira kerana dapat menawarkan produk serta keperluan kepada para pelanggan GIVI Asia dan pemilik motosikal di Melaka. "Premis ini menawarkan rangkaian produk yang lebih menyeluruh, bergaya dan aksesori praktikal untuk penunggang motosikal," kata Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee. Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Pengurus Operasi Luar Negara GIVI ASIA, Joseph Perucca dan Presiden Persatuan Peniaga Motor Melaka, Datuk Tan Thiam Chye. GIVI Centre (Zong Heng Motors) terletak di Jalan Bukit Baru di Melaka memulakan operasi mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang. Maklumat lanjut, sila hubungi talian: 06-284 9628. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |