Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Zul tak ambil kesempatan - Gayatri
- Sharifah Nadia Akui Berita Pukul Suami Beri Kesan
- Yana Samsudin heroin terhebat?
- Eina: Ibu Afiq Muiz bakal disaman
- Fizo Omar putus cinta
- Kaka Dalami Bidang Muzik
- Zizan Lebih Berhati-hati Bercakap Soal Wanita
- Projek bersama Erra Fazira
- Lari tiada isu dengan Finas
- Ular sawa paling panjang pernah ditangkap di Florida
- Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun
- Penduduk atur majlis pengebumian untuk kerbau jantan
- Syiling Afrika ditemui di Australia
- Cabut peluru pada dahi guna playar
- Lima maut terjatuh ke dalam lubang besar
- 91 maut puting beliung gergasi landa Oklahoma
- Resipi khusus pesakit dialisis
- Catu makanan untuk sihat
- Sisa pepejal bandaran bebankan Hong Kong
- Shahrin mencerap bintang dari rumah
- Gadis cina permata bharatanatyam
- Jam tawaf makin popular
- Model skala plastik aset ketenteraan
- Coffee Bean menghargai pelanggan
- Buah tangan dari Madinah
Zul tak ambil kesempatan - Gayatri Posted: 21 May 2013 06:47 PM PDT HUJUNG tahun 2012, pelakon kacak Zul Ariffin telah membuat pengakuan bahawa dia sedang bercinta dengan penerbit filem Tayangan Unggul Sdn. Bhd. dan Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai. Zul yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Abby Abadi memilih Gayatri atas dasar personaliti penerbit filem itu yang lemah-lembut sekali gus menafikan dakwaan cinta Zul berlandaskan kekayaan dan kemasyhuran semata-mata. Bertemu dengan Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 29, ketika tayangan perdana filem Bikers Kental di Cathay Cineleisure, e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini Kosmo! mendapatkan respons Zul dan Gayatri mengenai perancangan mereka selepas ini. Setelah hampir setahun bercinta, Zul dan Gayatri menegaskan, mereka perlu berahsia dalam soal perancangan kehidupan mereka. Ikuti temu bual bersama kedua-dua selebriti itu. Kosmo!: Zul nampaknya sudah tidak berselindung lagi mengenai hubungan cinta dengan Gayatri. Adakah anda kini lebih bersifat terbuka dalam soal peribadi? ZUL: Kalau perkara baik buat apa saya sembunyikan? Sudah pasti saya akan berkongsi dan bagi saya tiada istilah sorok-sorok. Biarlah orang tahu akan hubungan kami. Kami gembira dan tiada halangan. Sudah setahun kami lalui hubungan ini dengan aman damai. Sejauh manakah hubungan kalian sekarang? Adakah kalian telah bertemu keluarga masing-masing? Saya serius. Buat masa sekarang kami sudah berjumpa keluarga masing-masing. Kali pertama saya berjumpa ibu Gayatri ketika Hari Raya Aidiladha tahun lalu ketika melawatnya di hospital. Bagaimanakah perancangan hubungan anda selepas ini? Perancangan itu ada, tapi saya tidak boleh kongsikan dengan lebih lanjut. Tak seronok pula kalau semua perkara saya beritahu terlalu awal. Mungkinkah anda akan berkahwin pada tahun ini? Tidak pasti lagi tahun ini atau tahun depan. Lagipun, ibu Gayatri masih dirawat di hospital. Beralih cerita mengenai kerjaya pula, adakah mungkin selepas ini akan muncul minat untuk mengarah pula? Saya suka tengok filem tapi tak tahu kenapa tidak minat untuk mengarah atau menulis skrip. Saya tidak mahu dibebankan dengan tekanan kerja sebagai pengarah. Insya-Allah apabila terbuka hati mungkin suatu hari nanti. | ||
Sharifah Nadia Akui Berita Pukul Suami Beri Kesan Posted: 21 May 2013 06:46 PM PDT Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff, 32, berkata, berita berkenaan telah memberikan presepsi buruk masyarakat terhadapnya yang tidak tahu mengenai kejadian sebenar. "Apabila orang baca tentang artis wanita didakwa mencederakan suami berserta gambar saya yang terpampang di akhbar sudah tentu ia memberi kesan kepada saya. "Masyarakat tidak tahu cerita sebenar tentang apa yang berlaku dan saya agak terkilan apabila ada yang terus membuat pelbagai spekulasi tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Sharifah pada 20 Mac lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana mencederakan suaminya, Lob Mahadir Abdul Shukur, 40 dengan mencalarkan tangannya pada November tahun lepas. Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya sabitkan kesalahan. Dalam pada itu, Sharifah berkata, dia tidak perlu mempertahankan diri tentang berita yang dilaporkan akhbar tentangnya kerana ia tidak penting buat masa ini. Jelas Sharifah, kebenaran akan terbukti di mahkamah dan tidak mahu membebankan fikiran dengan telahan masyarakat tentang kisah rumah tangganya. "Apa orang nak kata tentang diri saya biarlah kerana hanya saya dan suami yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan rasanya saya tidak perlu untuk menjelaskan tentang keadaan sebenar kepada orang lain," katanya. Mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak September 2011 dan dalam proses penceraian, Sharifah memberitahu kes berkenaan masih berjalan dan dia juga turut menfailkan kes dia dipukul suaminya di Mahkamah Tinggi Shah Alam. "Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia masih dalam perbicaraan dan berharap ia dapat diselesaikan dengan segera," jelasnya. Hasil perkahwinan dengan Lob, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Lob Ahmad Dani (6 tahun), Puteri Anis Khairah (5 tahun) dan Lob Umar Faiq (3 tahun). | ||
Yana Samsudin heroin terhebat? Posted: 21 May 2013 06:46 PM PDT Anak kelahiran Yong Peng, Johor, ini mula mencipta nama setelah berjaya melayakkan diri sebagai pengarah di usia 23 tahun. Terpilih menerusi Skim Pengarah Muda oleh penerbit terkenal, David Teo wanita ini membuktikan bakat terpendamnya menerusi filem Selamat Pagi Cinta. Meskipun filem itu kurang menyerlah, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berada dalam industri seni tanah air. Bernaung di bawah syarikat lubuk emas, MIG, Yana rancak membintangi pelbagai drama dan filem. Ternyata nasib menyebelahinya apabila filem lakonannya, Adnan Sempit di samping Shahizey Sam dan Intan Ladyana, mendapat sambutan box-office. Sejak itu nama Yana semakin meniti di bibir peminat dan wajahnya laris di layar perak. Sedar persaingan semakin sengit, Yana, bersedia dengan pelbagai percaturan baru demi memastikan karier dalam industri seni tidak hilang dibawa arus. "Alhamdulillah, sejak memulakan perjalanan sebagai anak seni, keluarga kawan-kawan tidak pernah berhenti menyokong saya. "10 tahun dalam industri seni, banyak memberi perspektif baru dalam kehidupan untuk saya lakukan yang terbaik. "Sememangnya saya akui, setiap cabaran itu ada di mana sahaja tetapi yang paling penting bagaimana untuk mengatasi kepayahan itu dan memperbaiki diri untuk mengorak langkah dengan maju ke hadapan," katanya. Tak harap menang Mengejutkan industri menerusi kemenangannya sebagai, Pelakon Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2012 April lalu, nama Yana sekali lagi dicalonkan menerusi Heroin Terhebat untuk Anugerah BlokBuster 2013, yang bakal berlangsung Jun ini. "Saya bermula dalam industri pun dari belakang tabir dan tak terfikir karier lakonan saya akan sampai ke tahap ini. Benar kata Tuhan. Kalau sesuatu benda itu nak jadi, jadi juga dan kali ini Alhamdulillah saya bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan oleh ALLAH kepada saya. "Untuk Anugerah BlokBuster kali ini, saya tidak pernah berharap untuk menang, sebaliknya saya terima seadanya menang mahupun tidak," katanya yang turut menyifatkan kelab peminatnya 'Yana Super Friends' sebagai 'tulang belakang' kejayaannya. Mengimbau perjalanan seninya, pelakon Ana LuLu ini sebenarnya terlebih dahulu berkecimpung sebagai penyanyi. Pernah tampil dengan album Ceria, pada tahun 2004, siapa sangka nasibnya dalam bidang lakonan lebih menyerlah kini. "Sejak dari kecil saya memang minat dalam bidang menyanyi. Namun di sebabkan ke kekangan masa, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus dalam bidang lakonan terlebih dahulu. "Insya-ALLAH saya akan kembali menyanyi sekiranya ada peluang yang baik menanti," katanya. Tak kejar cinta Dalam keghairahan meniti kejayaan, nama Yana juga tidak terlepas dari dikaitkan dengan beberapa lelaki. Selain pernah dikaitkan dengan Piere Andre, Yana juga pernah dikaitkan dengan Shaheizy Sam dan juga adik pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang sedang berjinak-jinak dalam lakonan. "Mengenai hubungan saya bersama Fadzil hanyalah khabar angin semata-mata Saya rasa nak tergelak, tak tahu dari mana datangnya gosip itu. Selepas ini tidak tahu dengan siapa pula akan dikaitkan sebagai kekasih saya. "Saya dan Fadzil hanya sekadar kawan biasa tiada yang istimewa," katanya. Bosan dengan gosip-gosip cintanya, tegas Yana, dia masih single dan keutamaannya kini adalah karier. "Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman bujang. "Sekarang ini saya tidak mahu fikir soal cinta. Saya mahu fokus kepada karier. Saya juga tidak bercadang untuk mencari teman istimewa atau mengenali sesiapa. Bagaimanapun, soal jodoh ini kita tidak boleh jangka, jika sudah tertulis jodoh saya sampai dalam waktu terdekat ini, saya tidak akan menolak tapi berharap jodoh tersebut bukan dari kalangan selebriti," katanya, PROFIL Nama sebenar: Norliana Samsudin Nama panggilan: Yana Tarikh Lahir: 25 September 1984 Umur: 28 tahun Tempat Lahir: Yong Peng, Johor Tahap Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam Status: Bujang Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan pengarah Filem 7 Perhentian, Mami Jarum Junior, Main-Main Cinta, Histeria, Shh… Dia Datang, Adnan Sempit, Aku Masih Dara, Kongsi dan Bini-Biniku Gangster, Drama : E-toyol.com, Bionik, Lu'Lu, Siti Kelembai, 3 Janda dan Suri Bakawali, Bini-Biniku Perkasa Album : Yana Ceria (2004) Filem arahan: Selamat Pagi Cinta | ||
Eina: Ibu Afiq Muiz bakal disaman Posted: 21 May 2013 06:43 PM PDT Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, setelah tempoh tujuh hari buat ibu Afiq membuat permohonan maaf secara terbuka tamat hari ini, dia nekad untuk meneruskan tindakan undang-undang. "Keluarga meminta saya meneruskan tindakan undang-undang dan ayah saya akan uruskan segala hal berkaitan peguam dan sebagainya. "Saya bukan mahu menyaman secara semberono, tetapi ini melibatkan maruah, dia telah memanggil saya dengan panggilan perempuan murahan, sundal, menuduh saya yang bukan-bukan tapi semuanya tanpa bukti. "Secara tak langsung, cerita karutnya itu membuatkan saya turut terlibat sama dalam masalah keluarganya dan ia memburukkan nama saya," katanya. Di tebak dengan pandangan pihak lain yang menganggapnya sebagai punca pertelingkahan dua beranak ini, Eina berkata, dia amat kesal dengan tuduhan melulu pihak lain tanpa mengetahui perkara sebenar. "Bukan saya yang mencipta kontroversi murahan ini, tetapi ibunya yang bermula dulu. Saya datang pada sidang media yang dilakukan Afiq pun kerana Afiq yang menjemput dan dia minta saya bersihkan nama saya. "Apa untungnya saya menjadi batu api. Orang hanya tahu menuding jari saja. Tapi saya percaya pada takdir, lambat laun orang akan tahu perkara sebenar," ujarnya. Afiq kumpul bukti Sementara itu, Afiq, lebih selesa untuk tidak masuk campur keputusan kawan baiknya, Eina Azman, yang nekad menyaman ibunya, Hasliza Mohd, sedikit masa lagi. Ujar Afiq kepada Zass, dia sudah memujuk ibu dan adik-beradiknya untuk memohon maaf kepada Eina kerana segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai Eina sebelum ini ternyata satu fitnah. "Afiq sudah nasihatkan mereka. Tapi mereka yang tidak mahu dengar. Jadi sekarang terpulanglah kepada mereka bagaimana mahu menyelesaikan kes saman ini," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Afiq berkata dia kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk tampil dengan bukti lebih kukuh bahawa dia tidak bersalah. Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi apa perincian bukti yang akan ditampilkan itu. | ||
Posted: 21 May 2013 06:42 PM PDT Bukan kerana orang ketiga, Fizo menganggap tiada jodoh antara mereka. "Kami sempat berkawan dan bercinta dua bulan. Dah tak ada jodoh. "Mungkin tak ada keserasian dan kami berpisah dengan cara baik," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Cinderella, semalam. Pelakon filem Cinderella ini mengakui tidak mahu menghebohkan perkara itu demi menjaga hati banyak pihak. "Bukan tak nak cerita. Sekarang ni terlalu sibuk. "Saya juga nak jaga hati banyak orang. Sekarang dah 'declare', dengan harapan, tiada yang terasa," katanya. Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak sudah bersedia untuk berkahwin memandangkan usinya sudah menjangkau 28 tahun. "Kalau ikut umur dah sedia untuk berkahwin. Mak pun dah tanya. Tapi nak buat macam mana. Mungkin adalah nanti. "Memang saya sasar umur 30 tahun untuk berkahwin...tapi bukan senang. Tak macam beli kereta atau rumah," katanya yang sudah berpisah lebih sebulan dengan wanita cantik tersebut. Menyentuh soal perancangan masa depannya, Fizo berkongsi cerita. "Sasaran saya selepas enam tahun dalam industri...untuk kepuasan diri sendiri itu sudah tercapai. "Lakonan okey...dah ada perniagaan. Cuma, saya terfikir kalau ada anak seronoknya. "Pada saya, kejayaan itu perlu bersama keluarga," katanya. Fizo memegang watak Salman dalam filem Cinderella disamping dua pelakon lain, Nelydia Senrose dan Kamal Adli. | ||
Posted: 21 May 2013 06:39 PM PDT Pemilik nama penuh Nor Atiqa Noor Azraff, 24 berkata, dia kini sedang mempelajari dan mendalami secara asas beberapa alat muzik dan teknik mengubah lagu. "Saya rasa penting bagi saya untuk tahu sedikit sebanyak tentang muzik sebelum betul-betul keluar dengan single pertama ini. "Sebagai penyanyi kalau boleh saya mahu cipta lagu sendiri dan tahu main beberapa alat muzik dan bukan hanya sekadar melontarkan suara," ujarnya. Tambah Kaka, bagi menjadi seorang penyanyi yang serba boleh, dia perlu menyiapkan diri dengan pengatahuan tentang muzik. "Saya ambil kelas seminggu sekali di Rafiq Concept dan sekarang saya sedang belajar piano dan bagaimana untuk mengubah lagu. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebelum ini saya memang tidak pernah tahu tentang alat muzik dan membaca note sekalipun," katanya. Ditanya tentang bidang lakonan, Kaka berkata dia baru pertama kali berlakon dalam drama Uda dan Dara Cornetto terbitan Astro. "Jika ada rezeki memang saya teringin untuk berlakon, masa berlakon Uda dan Dara Cornetto satu babak saya rasa agak tertarik dan dapat menjayakannya dengan baik. "Tapi apa yang lebih diutamakan adalah bidang nyanyian buat masa ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Kaka akan keluar dengan lagu duet terbaru bersama Zizan Razak berjudul Infiniti Cinta dalam masa terdekat. | ||
Zizan Lebih Berhati-hati Bercakap Soal Wanita Posted: 21 May 2013 06:38 PM PDT Zizan, 29, berkata dia tidak mahu ada yang tersinggung atau tersilap tafsir dengan kata-kata atau kenyataan yang dikeluarkan. "Saya tidak mahu cakap tentang wanita misteri itu sebab saya pun tidak mengenalinya dan hanya memandang daripada jauh sahaja. "Bila saya beritahu lebih-lebih nanti orang cakap saya perbodohkan wartawan pula, lebih baik diam dan bila sampai jodoh, saya akan beritahu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Mammee Chef, di sini, Selasa. Sementara itu, Zizan berkata, biarpun sering dikaitkan dengan wanita berdarah kacukan, dia lebih memilih keikhlasan hati berbanding rupa paras. "Memang tidak dinafikan lelaki sering tertarik kepada wanita cantik namun pada saya ialah hati yang ikhlas," ujarnya. Ditanya tentang hubungannya dengan pelakon baru Emma Maembong, Zizan berkata mereka hanya berkawan sejak dua tahun lalu. "Saya tidak tahu macam mana orang kaitkan saya dengan Emma mungkin sebab dia kacukan. "Kami kawan sejak dua tahun lalu dan dia kini merupakan artis dibawah pengurusan saya," katanya. | ||
Posted: 21 May 2013 06:37 PM PDT
AGAK lama Kosmo! tidak menyingkap sisi kehidupan aktres berbakat, Datin Paduka Umie Aida. Melihat kepada penampilannya dari dulu sampai sekarang, aktres berusia 40 tahun itu masih kekal jelita dan terus aktif dalam karier lakonannya. Begitupun, karier seni Umie atau nama sebenarnya Umi Kalsum Rahmad Ali itu kini, bukan sahaja tertumpu pada lakonan tetapi juga bidang nyanyian. Aktres filem Embun itu baru sahaja merakamkan lagu bersama teman baiknya iaitu Erra Fazira. Malah, mereka juga sudah menjalani pembikinan klip video untuk single kolaborasi mereka itu di Sydney, Australia. Apabila Umie menyatakan hasrat untuk menyanyi, ramai yang tertanya-tanya tentang kemampuannya. Bagaimanapun, jangan pernah terlupa tentang fakta bahawa Umie terlebih dulu memulakan langkah sebagai pernyanyi apabila dia menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus ketika berusia 18 tahun. Dia kemudian pernah menghasilkan dua album studio berjudul Romeo & Juliet (1999) dan juga Gema Kasih (2002). Adik kepada pengarah Erma Fatima itu juga pernah popular menerusi lagu Salam Taj Mahal dan juga Redup Kerinduan. Walau bagaimanapun, kerjaya nyanyian Umie tidak begitu menyerlah berbanding karier lakonannya. Rezekinya dalam bidang nyanyian juga tidak seperti Erra Fazira apabila aktres jelita itu berjaya dalam kedua-dua bidang tersebut. Ditebak kenapakah dia ingin kembali menyanyi, dedah Umie, semuanya disebabkan oleh Erra. "Ini semua idea Erra. Dia yang mengajak saya untuk menyanyi semula. Berduet bersama dan menghasilkan single. Saya tahu dan sedar tidak berapa bijak dalam bidang nyanyian. Tetapi, selepas Erra memujuk dan saya fikir tidak salah kalau saya sekadar mencuba," ungkapnya mengenai single kolaborasinya bersama Erra yang dicipta oleh Azlan Abu Hassan itu. Masih belum mempunyai judul untuk single tersebut, ujar Umie lagi, dia menyanyi sekadar berseronok dan tidak mahu hidup dalam keadaan stres tanpa melakukan perkara yang disukai dan menggembirakan hati dan teman baiknya. Anak Biarpun agak keberatan, tidak lengkap sekiranya perihal anak tidak ditanya kepada Umie. Walaupun sudah tiga tahun berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Tanah Suci Mekah pada 14 Mac 2010, pasangan itu masih belum dikurniakan anak. Begitupun, Umie masih belum berputus asa dan masih berharap dirinya dan suami dikurniakan anak biarpun Umie sudah mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mohd. Daniel Firdaus, 20, dan Mohd. Dzulhelmy, 19. "Saya percaya kepada rezeki. Saya sudah berusaha dan lakukan yang terbaik dengan berjumpa doktor pakar. Doktor juga ada mengatakan kami subur dan tiada apa-apa masalah, cuma belum ada rezeki dikurniakan anak," ujarnya yang masih belum cuba untuk berubat secara tradisional. Mengulas lanjut, kata Umie, dia bersyukur kerana dikurniakan dua orang anak angkat dan tidak tertekan kerana tidak dikurniakan anak daripada rahim sendiri. Kata Umie, doktor ada menasihatkan dirinya agar mengurangkan pergerakan dan aktiviti seni untuk memudahkan proses mengandung. Walau bagaimanapun, permintaan doktor itu tidak dapat dituruti olehnya kerana dia sememangnya tidak boleh duduk diam. Ungkapnya lanjut, jika tidak menjalani penggambaran, dia akan ke gimnasium, menunggang basikal, bermain badminton atau bersenam daripada duduk di rumah. Bertenaga Bakal terbang ke Korea Selatan bersama pihak media sempena Anugerah Skrin dari 4 hingga 11 Jun ini, Umie juga memberitahu, dia baru sahaja dilantik sebagai duta produk kesihatan, Phyto Science Double Stemcell selama setahun bermula pada 14 Mei lalu. Ekoran pelantikan Umie sebagai duta produk kesihatan itu, aktres itu juga membuktikan bahawa dia masih mampu menggugat aktres-aktres muda yang sedang mencipta nama buat masa kini. Sengaja melayangkan pertanyaan mengenai dirinya yang dipilih sebagai duta produk kesihatan yang berasaskan kombinasi sel-sel tumbuhan itu, tutur Umie, pelantikan dirinya itu disebabkan pihak tersebut melihat akan bakat dan penglibatannya dalam dunia lakonan. "Alhamdulillah, saya dipilih. Kalau hendak kata saya dipilih disebabkan wajah cantik atau kulit masih tegang, ramai lagi aktres yang memilikinya. "Mereka memberitahu, saya dipilih kerana bakat lakonan dan penglibatan saya dalam industri seni sejak dahulu lagi," ungkap Umie ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk kesihatan Phyto Science Double Stemcell di Hotel Sunway Resorts & Spa di Petaling Jaya, Selangor. Sedar dirinya sebagai pelakon yang sering mengenakan solekan tebal dan lama, ujar Umie, disebabkan itu sejak dahulu lagi dia sering menjaga kulitnya untuk mengelakkan proses penuaan. Selain itu, Umie juga mengakui mengambil vitamin sejak sejak pada usia 20-an lagi. "Sebagai seorang artis, saya perlu menjaga kulit berganda daripada orang biasa. Sebabnya, kami (para pelakon) sering memakai solekan lama malah, kulit kami juga terdedah kepada sinaran UV dan cahaya lampu ketika penggambaran. Lama kelamaan, kalau tidak dijaga kesan penuaan akan ketara," jelasnya. Berkongsi mengenai produk kesihatan tersebut, jelas Umie, setelah mengambilnya selama tiga bulan, dia berasa lebih bertenaga dan tidak berasa letih walaupun perlu menjalani penggambaran selama hampir 24 jam. Ujarnya lagi, walaupun menjalani penggambaran dari pagi sehingga ke petang, pada sebelah malamnya pula dia masih mampu bermain badminton bersama teman-teman. "Produk Phyto Science Double Stem Cell dengan teknologi nano amat mudah dan cepat untuk diserap. Saya mengambilnya dua kali sehari dengan hanya meletakkan di bawah lidah sahaja. Ia berupa serbuk dan mudah diserap. Alhamdulillah selepas mengambilnya saya berasa cergas sepanjang hari," ulasnya lagi. Ditebak berapakah bayaran yang diterima Umie atas pelantikannya sebagai duta itu, Umie hanya tersenyum menyimpan seribu makna. | ||
Posted: 21 May 2013 06:36 PM PDT LARI merupakan salah satu daripada lima buah filem yang berjaya mendapat tempat untuk ditayangkan di Marche Du Film sempena Festival Filem Cannes di Perancis yang berlangsung dari 15 hingga 26 Mei. Menurut Ahmad Idham, selain KIL, Penanggal, Vikingdom dan Bola Kampung, filem arahannya itu terpilih untuk menyertai festival filem itu menerusi wakil sebuah syarikat pengedaran antarabangsa ketika proses suntingan lagi. "Apabila Lari dipilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes, ia merupakan satu perkara yang membuktikan bahawa usaha saya selama ini memang berbaloi. "Kejayaan ini harus dikongsikan bersama peminat dan individu yang menyokong saya selama ini," ujarnya ketika sidang akhbar tayangan perdana Lari di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Katanya, pemilihan Lari bermula apabila wakil dari syarikat pengedaran antarabangsa yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat telah menonton sebahagian daripada filem tersebut ketika proses suntingan di Bangkok, Thailand. Disisih Filem Lari bagaimanapun berdepan dengan isu salah faham dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) apabila filem aksi itu tidak melalui badan tersebut untuk bertanding di Marche Du Film. Kata Idham, tidak perlu timbul sebarang isu apabila ada pihak lain yang lebih peka dan mengambil berat akan perkembangan filem Malaysia. "Tiada isu pun sebenarnya tapi cuba fikirkan adakah saya yang sepatutnya menghantar filem saya atau badan bertanggungjawab yang perlu datang kepada kami? "Masalah sekarang adalah sistem negara kita yang tidak telus dan lemah, sekali gus menyebabkan industri kita tidak ke mana-mana. Ini bukti bahawa orang luar sebenarnya lebih menghargai karya kita," tegasnya. Untuk rekod, Marche Du Film bermula pada 15 hingga 26 Mei ini diadakan sempena Festival Filem Cannes melibatkan 10,000 penyertaan dan sebanyak 4,000 buah filem akan ditayangkan dari seluruh dunia. Dalam pada itu Idham menjelaskan, dia tidak pernah disisihkan daripada Finas, namun kerenah birokrasi dan protokol yang terlalu leceh menyebabkan harapannya untuk ke Marche Du Film melalui Finas pudar. Koreografer Thailand Bercakap mengenai filem yang telah menelan belanja sebanyak RM2.5 juta itu, Idham perlu mengambil kira faktor keselamatan pelakon-pelakonnya memandangkan lebih 80 peratus filem ini adalah aksi. "Cabaran terbesar saya sebenarnya untuk mendapatkan pelakon utama iaitu Aaron kerana semua tahu jadualnya sentiasa padat. "Tapi, dalam masa sama, sepanjang penggambara,n saya perlu memastikan keselamatan pelakon saya kerana kebanyakan aksi sangat ganas dan risiko kecederaan tinggi," katanya yang mendapatkan khidmat koreografer aksi filem Ong-Bak, Tony Jaa. Lari bukan sebuah filem tipikal yang melibatkan pertarungan antara beberapa puak, sebaliknya kata Idham, filem yang menelan bajet terbesar dalam sejarah perfilemannya itu, memaparkan isu yang lebih matang dan universal, contohnya isu pemerdagangan manusia. Lari mengisahkan Khaliff (Aaron Aziz) yang berhadapan dengan konflik apabila adiknya Ina (Erin Malik) dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia dan ayahnya dibunuh kejam. Konflik berterusan apabila Khaliff mengesyaki KJ (Erry Putra) terlibat dalam kejadian tersebut. Sementara itu, kekasihnya dahulu iaitu Maya (Dira Abu Zahar) ingin membantu Khaliff menyelesaikan misinya. Lari akan mula ditayangkan pada 6 Jun di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei dalam format digital sepenuhnya. | ||
Ular sawa paling panjang pernah ditangkap di Florida Posted: 21 May 2013 06:00 PM PDT
MIAMI - Seekor ular sawa Burma sepanjang 5.73 meter telah ditangkap di tepi sebatang jalan raya di Florida pada 11 Mei lalu. Reptilia itu merupakan ular sawa yang paling panjang pernah ditangkap di negeri Florida. Ular tersebut seberat 58.05 kilogram ditemui dan dibunuh oleh Jason Leon di sebuah kawasan luar bandar di tenggara Miami di negeri itu. Sekumpulan penyelidik Universiti Florida kemudian melakukan bedah siasat ke atas ular betina itu tetapi mereka tidak menemui sebarang telur. | ||
Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun Posted: 21 May 2013 05:59 PM PDT MELBOURNE - Seekor buaya air masin terbesar di dunia, Cassius menyambut hari lahirnya yang ke-110 tahun kelmarin. Buaya itu diberikan kek yang diperbuat daripada leher ayam seberat 20 kilogram (kg) di dalam kurungannya di Pulau Green, Queensland. "Dia memakan kek itu kurang 30 minit," kata seornag pakar pengendali buaya, Billy Craig kepada agensi berita Australian Associated Press. Buaya itu sepanjang 5.48 meter (m) kerap memakan ayam seberat 1kg dan ikan pada setiap hari. Pada tahun 2011, buaya itu diisytiharkan oleh pihak Guinness World Records sebagai yang paling besar pernah dipelihara. Haiwan itu dinobatkan sebagai buaya air masin terbesar di dunia selepas buaya Lolong sepanjang 6.17m mati di dalam kurungan di Filipina. | ||
Penduduk atur majlis pengebumian untuk kerbau jantan Posted: 21 May 2013 05:58 PM PDT BEIJING - Sejumlah penduduk mengebumikan bangkai seekor kerbau jantan di daerah Leishan, wilayah Guizhou, China pada Ahad lalu. Haiwan berusia 28 tahun itu telah memenangi banyak pertandingan laga kerbau jantan sehingga ia dianggap sebagai wira di daerah tersebut. Kerbau tersebut yang juga dikenali sebagai Raja Kerbau Jantan telah memenangi 11 kejuaraan sebelum ia bersara pada tahun 2009. Bangkai haiwan itu juga diarak oleh penduduk yang mengangkatnya dengan menggunakan beberapa batang kayu sehingga ke lokasi tempat ia ditanam. | ||
Syiling Afrika ditemui di Australia Posted: 21 May 2013 05:58 PM PDT LONDON - Lima syiling tembaga yang mempunyai perkataan seperti tulisan Arab yang ditemui di utara Australia pada tahun 1944 dipercayai berasal dari Afrika, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat kini mahu mencari jawapan bagaimana syiling berusia ribuan tahun itu boleh berada di Australia. Menurut kajian mereka, Australia mungkin telah ditemui enam abad sebelum seorang penjelajah terkenal dari Britain, Kapten James Cook tiba pada tahun 1770. Warga Eropah yang terawal tiba di Australia sebelum Cook ialah seorang ahli pelayaran dari Belanda, Willem Janszoon pada tahun 1606. Penduduk asli Australia pula dipercayai tiba di Australia dengan perahu dari Kepulauan Melayu antara tahun 40,000 hingga 60,000 tahun lalu. Ketua penyelidik itu, Ian McIntosh dari Australia menyatakan, syiling itu ditemui oleh seorang askar, Maurie Isenberg pada tahun 1944 semasa Perang Dunia Kedua. Isenberg bertugas di Kepulauan Wessel di pantai utara Australia. Askar Australia itu menemui syiling tersebut tertanam di dalam pasir. Pada tahun 1979, Isenberg menghantar syiling tersebut ke sebuah muzium Australia supaya kajian dibuat tentang bagaimana ia boleh tiba di utara negara itu. Isenberg juga menemui empat syiling pada era Syarikat Hindia Timur Belanda. Penemuan itu menyokong dakwaan bahawa penjelajah Belanda menemui Australia lebih awal daripada Cook. McIntosh percaya, syiling itu mungkin memberi petunjuk bahawa terdapat laluan perdagangan yang menghubungkan timur Afrika, Arab, India dan Kepulauan Spice lebih 1,000 tahun lalu. Syiling itu mungkin berasal dari bekas Kesultanan Kilwa di Afrika. Kilwa mempunyai pelabuhan perdagangan dan mempunyai hubungan dengan India pada abad ke-13 hingga ke-16. Ia terletak di sebuah pulau di Tanzania. Syiling itu mungkin wujud sejak tahun 900 Masihi. Jika teori itu benar, ia bermakna terdapat peradaban lain yang telah membuat hubungan dengan penduduk Australia enam abad sebelum warga Eropah tiba. Teori lain ialah syiling tersebut mungkin dihanyutkan ke pantai selepas sebuah kapal karam. Namun, McIntosh akan melancarkan ekspedisi ke kepulauan itu pada Julai depan untuk melakukan kajian tentang bagaimana syiling tersebut boleh berada di Australia. | ||
Cabut peluru pada dahi guna playar Posted: 21 May 2013 05:57 PM PDT MOSCOW - Satu rakaman video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seorang lelaki mencabut peluru yang terlekat pada dahi seorang askar Rusia dengan hanya menggunakan playar, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam. Dalam rakaman video itu, askar tersebut kelihatan tenang semasa peluru tersebut dicabut dengan menggunakan playar oleh rakannya. Askar tersebut dilaporkan terkena peluru tersebut dalam pertempuran antara askar-askar Rusia dengan para pejuang Chechen. Askar tersebut kemudian memeriksa kecederaan pada dahinya itu selepas peluru tersebut berjaya dikeluarkan hanya dalam tempoh beberapa minit. | ||
Lima maut terjatuh ke dalam lubang besar Posted: 21 May 2013 05:56 PM PDT BEIJING - Lima orang maut apabila terjatuh ke dalam lubang sedalam 10 meter yang terbentuk secara tiba-tiba di pintu pagar sebuah kawasan perindustrian di Shenzhen, menurut pihak berkuasa tempatan semalam. Menurut pihak pentadbiran daerah Shezhen Longgang di laman web Sina Weibo, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut. Laman web akhbar Guangming Daily melaporkan, lubang itu muncul di luar kawasan perindustrian Huamao di Shenzhen pada Isnin lalu. . Akhbar arus perdana Shanghai Daily memberitahu, seorang lelaki berjaya diselamatkan. Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja yang telah terjatuh ke dalam lubang itu masih belum diketahui. Kerja-kerja mencari yang dilakukan beberapa anggota penyelamat masih dilakukan sehingga semalam. Lubang yang terbentuk dengan tiba-tiba kerap berlaku di China disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan yang banyak dilakukan di negara ini. | ||
91 maut puting beliung gergasi landa Oklahoma Posted: 21 May 2013 05:56 PM PDT
MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin. Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera. Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut mengisytihar kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar. Menurut White House, Obama telah dimaklumkan secara ringkas mengenai bencana alam itu. Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak. Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam. Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore. Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah. Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion). Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda. Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini. "Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak. Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca. Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda. "Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya. Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat. | ||
Resipi khusus pesakit dialisis Posted: 21 May 2013 05:51 PM PDT
MENJALANI hidup sebagai pesakit buah pinggang memerlukan keperluan asas sama seperti mereka yang sihat. Antaranya, termasuklah makan, minum, melakukan aktiviti dan sebagainya meskipun dengan pendekatan yang berbeza. Menyedari kekangan sebagai pengamal perubatan dan jururawat ekoran pertambahan bilangan pesakit saban tahun, mereka tampil dengan buku panduan pengambilan nutrien. Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Ghazali Ahmad memberitahu, pihaknya sedar kebanyakan masalah dihadapi pesakit yang menjalani rawatan dialisis adalah berkaitan dengan pengurusan pengambilan makanan dan minuman. "Pemakanan boleh memberi impak sama ada secara langsung dan tidak kepada keupayaan pesakit. Pemakanan yang tidak betul boleh menyumbang kepada kematian secara tiba-tiba," jelas beliau ketika ditemui pada majlis pelancaran Buku Resipi Pesakit Dialisis 2013 di Akademi Perubatan Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau menjelaskan, kualiti hidup pesakit boleh terjejas akibat komplikasi pemakanan. Pesakit yang menjalani dialisis jelas Ghazali, perlu mengawal pengambilan makanan dan minuman. "Pengambilan garam yang berlebihan menyebabkan kawalan tekanan darah terganggu. Buah dan sayur pula menyebabkan paras potasium meningkat, jika tidak, pesakit berkemungkinan berdepan dengan masalah sembelit," ujarnya bahawa pesakit dialisis berdepan dengan diet yang sangat ketat. Prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh majoriti pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, sekumpulan pegawai-pegawai di HKL dari Jabatan Dietetik dibantu oleh pakar-pakar nefrologi tampil dengan buku resipi khusus buat pesakit dialisis iaitu Resipi Pesakit Dialisis 2013 yang diterbitkan dengan sokongan sebuah syarikat global berasaskan penyelidikan biofarmaseutikal, Abbvie Sdn. Bhd. Ghazali memberitahu, resipi-resipi dalam buku tersebut telah diuji oleh pesakit, pakar pemakanan dan dirinya sendiri. Dialih bahasa "Ini buku resipi pertama yang dibuat khas untuk pesakit dialisis di Malaysia. Sebelum ini pesakit merujuk kepada pakar pemakanan di klinik dan hospital mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dimakan tanpa memberikan panduan penyediaan," katanya sambil memberitahu, buku tersebut sedikit sebanyak membantu pesakit dialisis mengenai cara-cara penyediaan makanan yang sewajarnya. Buku resipi yang dicetak sebanyak 1,000 naskhah itu boleh didapati di klinik nefrologi di HKL. Bagi memudahkan orang ramai mendapat akses kepada buku tersebut ia boleh didapati untuk dimuat turun di www.hkl.gov.my. Buku tersebut diterbitkan dalam bahasa Melayu dan akan dialih bahasa ke dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil bagi versi secara talian. Setiap resipi yang terdapat dalam buku ini disediakan mengikut keperluan pesakit buah pinggang dengan mengambil kira nilai kalori, protein, potasium, lemak, sodium, karbohidrat dan fosfat.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Rantau Abbvie Asia Selatan, Muru Annamalai bangga menjadi sebahagian daripada usaha tersebut. "Mengubah dan memperbaiki kehidupan pesakit-pesakit dialisis adalah fokus utama AbbVie Malaysia. "Pengurusan pemakanan penting dalam mengekalkan status kesihatan sekali gus dapat mencegah atau merawat komplikasi," katanya ketika ditemui pada majlis yang sama. Tambah beliau, pihaknya komited untuk membantu pesakit-pesakit dialisis di negara ini dengan memberikan mereka kuasa untuk menjadikan hari-hari yang dilalui lebih baik daripada sebelumnya. "Walaupun terpaksa melalui rejim diet yang ketat, kami mahu melihat pesakit tersenyum dan menikmati kehidupan yang lebih berkualiti," ujarnya. Perbezaan buku Resipi Pesakit Dialisis 2013 berbanding buku resipi lain ialah resipi yang dipilih merupakan resipi biasa. "Resipi-resipi yang dibukukan ini adalah resipi biasa yang dimasak setiap hari tetapi telah dianalisis kandungan protein, sodium (garam), potasium, fosfat dan cecair dalam resipi tersebut. "Kita lampirkan juga resipi masakan bergoreng kerana ramai orang kata bahawa orang sakit tidak boleh makan makanan bergoreng," jelas Pakar Pemakanan HKL, Datin Nor Sharita Mohd. Saad. sambil menasihatkan pesakit supaya tidak mengambil masakan bergoreng setiap hari. Dalam buku tersebut juga dinyatakan kandungan potasium dan fosfat dalam setiap makanan yang diambil. Antara resipi yang terkandung dalam buku tersebut ialah ikan berkuah asam pedas, ikan bawal tiga rasa, ikan tenggiri masak kari, ayam goreng berempah, nasi goreng Cina, nasi kerabu ikan, popia goreng bersos, agar-agar mangga dan smoothie strawberi. Buku resipi yang dicetak sebanyak 1,000 naskhah boleh didapati di klinik nefrologi di HKL. | ||
Posted: 21 May 2013 05:50 PM PDT
IA bagai satu tamparan hebat buat lelaki itu apabila doktor mengesahkan bahawa salah satu daripada buah pinggangnya rosak. Siapa sangka, pada usia 34 tahun, seorang jurutera awam yang menjalani gaya hidup sihat menghidap penyakit yang sinonim dengan golongan berusia. Namun, itu hakikat yang perlu ditelan oleh Shazuddin Shaari, 52, ketika didiagnosis mengalami kegagalan buah pinggang dua dekad lalu. "Memang sukar untuk percaya dan terima bahawa saya mengalami kegagalan buah pinggang pada usia 34 tahun. "Ia cabaran yang besar buat saya kerana tiba-tiba jatuh sakit. Dua minggu sebelum itu, saya mengalami muntah-muntah dan demam, kemudian doktor sahkan bahawa buah pinggang saya rosak," kata bapa kepada tiga orang anak itu yang mengambil masa setahun untuk menerima hakikat keadaan yang dialaminya. Kegagalan buah pinggangnya disebabkan paras antibodi immunoglobulin A (IgA) yang tinggi yang tersimpan di dalam organ. Peningkatan paras IgA merosakkan keupayaan buah pinggang untuk menapis sisa dan air yang berlebihan dalam darah untuk dihantar ke pundi kencing sebagai air kencing. Lama-kelamaan, keadaan tersebut menyebabkan kehadiran protein dalam darah dan mengakibatkan bengkak pada tangan dan kaki yang akhirnya merosakkan buah pinggang. Tidak betah melihat penderitaan yang ditanggung Shazuddin, ibunya Wan Zaliha Wan Abdullah, 73, mendermakan buah pinggangnya. Namun, selepas 18 tahun, buah pinggang pemberian ibunya turut 'dimusnahkan' oleh IgA. Rentetan daripada itu, Shazuddin perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu dan empat jam bagi setiap sesi sejak tahun 2006 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) "Penjagaan makanan memang susah nak kawal memandangkan isteri saya pandai memasak. Makan sikit-sikit, pilih lauk dan menyesuaikannya dengan keadaan kesihatan. "Saya sudah biasa dengan keadaan ini. Nasi putih dan ikan goreng pun sudah sangat sedap," katanya yang merupakan jurugambar penuh inspirasi dan pemain tenis pada hujung minggu. Segala yang masuk ke perut Shazuddin perlu 'disukat'. Dia perlu mengambil jumlah protein yang betul, mengurangkan pengambilan garam serta makanan yang mengandungi kalium dan fosfat. Tanpa diet yang betul, pesakit dialisis akan berdepan dengan risiko komplikasi penyakit lain. Isterinya, Noorliza Abu Bakar, 53, dan anak-anak mereka kini mengikuti diet Shazuddin sebagai tanda sokongan. "Saya semakin sihat. Anda ialah apa yang anda makan kerana ia akan mendatangkan kebaikan dan keburukan, pilihan di tangan anda. "Saya mahu hidup lebih aktif, proaktif dan positif. Pelbagaikan aktiviti, jangan duduk di rumah menonton televisyen. Alihkan fikiran anda daripada memikirkan perihal penyakit sahaja," katanya yang kini aktif membantu pesakit dialisis yang lain. Menurut Ketua Jabatan Nefrologi HKL merangkap Ketua Perkhidmatan Nefrologi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Ghazali Ahmad, penyakit buah pinggang kronik merupakan masalah kesihatan yang serius di Malaysia. Pada penghujung tahun 2011, Malaysia mempunyai seramai 25,688 pesakit dialisis dan seramai 1,884 penerima pemindahan buah pinggang berdaftar. "Bilangan pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD) kian bertambah dan boleh berada di tahap membimbangkan sekiranya orang ramai tidak mengambil sebarang langkah pencegahan awal," katanya. Dalam pada itu, Perunding Nefrologi HKL, Dr. Sunita Bavanandan memberitahu, CKD terjadi apabila struktur dan fungsi buah pinggang rosak. "CKD memberi kesan kepada kira-kira 10 peratus penduduk dewasa di Barat dan di Malaysia dianggarkan sebanyak lapan hingga sembilan peratus merujuk kepada Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2011. "CKD pada tahap akhir menyebabkan seseorang pesakit itu perlu menjalani terapi buah pinggang seperti dialisis, penggantian dan pemindahan buah pinggang," katanya pada majlis pelancaran Buku Resipi Pesakit Dialisis 2013 di Akademi Perubatan Malaysia, di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini. CKD juga dikaitkan dengan peningkatan penyakit kardiovaskular dan kematian awal. Terdapat beberapa komplikasi perubatan akibat CKD iaitu hipertensi, hiperlipidemia (kehadiran lemak yang berlebihan dalam darah), anemia (keadaan darah yang kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dan menyebabkan penghidapnya berasa lemah), malnutrisi, gangguan mineral tulang dan penyakit kardiovaskular yang menjadi penyebab utama kematian. "Kajian terkini melaporkan antara 30 hingga 50 peratus pesakit memiliki tanda-tanda kekurangan zat makanan. "Nutrisi penting untuk pesakit dialisis kerana tanpa nutrisi yang baik, penyembuhan luka terjejas, kecenderungan berlakunya jangkitan, lemah badan, keletihan dan kadar pemulihan merosot," jelas Sunita. Pengawalan pengambilan fosfat sangat penting bagi pesakit buah pinggang. Paras fosfat yang tinggi merangsang hormon paratiroid dan menyekat pengeluaran vitamin D3, sekali gus mendorong penyakit tulang paratiroid. Ia juga menyumbang kepada punca kematian jantung melalui pangkalsiuman dalam jantung dan saluran darah. Sehubungan itu, kawalan fosfat sangat penting dalam pengurusan pesakit dengan CKD. Ia sukar dicapai memandangkan diet di Malaysia tinggi fosfat. Seseorang pesakit yang menjalani terapi dialisis bukan sahaja perlu mengawal kadar pengambilan fosfat bahkan mengawasi pengambilan makanan yang mengandungi protein, sodium, kalium dan pengambilan cecair. "Pesakit perlu mengambil protein yang mencukupi iaitu lebih tinggi daripada orang biasa. "Sodium atau garam dalam makanan memberikan rasa pada makanan, namun jika diambil secara berlebihan, kaki pesakit dialisis akan menjadi bengkak air dan mengalami masalah kesukaran bernafas yang akhirnya pesakit terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi," jelas Pakar Pemakanan HKL, Datin Nor Sharita Mohd. Saad. Potasium atau kalium berfungsi untuk mengawal otot. Pengambilan yang terlalu tinggi dalam kalangan pesakit akan mengakibatkan jantung mereka terhenti. Biasanya potasium banyak terkandung dalam sayur-sayuran seperti kailan, jantung pisang, cekur manis, sawi, bayam, petai, brokoli dan keledek. Pesakit perlu bijak memilih dan menyediakan masakan. Antara sayur rendah potasium ialah terung, kacang buncis, kacang botol dan petola. Benar, masakan yang banyak kuah itu lebih sedap, walhal kandungan potasiumnya tinggi. Begitu juga dengan buah-buahan dalam tin. "Pesakit perlu mengelakkan makanan yang tinggi kandungan fosfatnya seperti kaki ayam, kuning telur, minuman bikarbonat dan minuman bersusu. "Mereka boleh menggantikan minuman bersusu kepada minuman biasa seperti teh O, air masak dan menggunakan krimer bukan tenusu," terangnya. Pesakit juga perlu menyukat pengambilan cecair setiap hari. Jika cecair diambil secara berlebihan, ia akan mengakibatkan pengumpulan cecair yang luar biasa abnormal dalam sistem peredaran sehingga menyukarkan pergerakan pesakit. Cecair yang diambil perlu disukat. Dalam sehari mereka hanya boleh mengambil 500 mililiter (ml) air sahaja. "Ada yang beritahu mereka minum tidak sampai 500ml tetapi mereka makan aiskrim, jeli, sup, air batu, bubur, yogurt dan sebagainya yang menyumbang kepada penambahan cecair," katanya memberitahu, pesakit hanya minum sedikit demi sedikit sahaja tidak seperti orang biasa. | ||
Sisa pepejal bandaran bebankan Hong Kong Posted: 21 May 2013 05:49 PM PDT DI pusat bandar raya Hong Kong, sepasukan penyapu sampah di jalanan dan pemungut sampah sentiasa memastikan setiap pelosok jalan di situ bersih. Bagaimanapun, berbukit-bukit sampah yang semakin hari semakin menimbun di pinggir bandar pula menjadi bukti kepada dakwaan para aktivis mengenai krisis alam sekitar. Sementara bahagian bandar tampak seperti diuruskan dengan sempurna, tiga buah tapak pelupusan sampah bertimbun dengan sisa pembuangan manusia sekali gus bakal mencapai kapasiti maksimum pada tahun 2020, menurut agensi kerajaan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD). Terdapat beberapa ramalan mengenai kepadatan sampah di situ. Antara yang menakutkan adalah ia akan penuh dalam tempoh satu hingga dua tahun saja lagi. Tapak pelupusan "Kami mesti mencari pelan cadangan untuk mengurangkan sampah, jika tidak sampah sarap akan berada di jalanan dalam tempoh tujuh tahun ini," kata saintis alam sekitar, Profesor Jonathan Wong dari Universiti Baptis Hong Kong. Majoriti daripada 13,000 tan sampah yang dibuang di tapak pelupusan di Hong Kong setiap hari dikategori sebagai sisa pepejal bandaran (MSW) yang dihasilkan di rumah, perniagaan dan industri. Dengan populasi lebih 7 juta orang, Hong Kong menghantar 1.3 kilogram MSW bagi setiap orang ke tapak pelupusan sehari. Kebanyakan adalah sisa domestik iaitu sampah dari perumahan dan institusi-institusi termasuk sekolah. Ia adalah lebih tinggi berbanding bandar-bandar Asia lain termasuk Tokyo, Seoul dan Taipei. Sikap orang awam dipersalahkan kerana menjadi punca kepada pertambahan sampah MSW. "Hong Kong merupakan bandar yang bergerak pantas dan penduduknya mahu mengikut trend sama ada pakaian, perabot atau telefon bimbit. "Mereka barangkali memiliki sebuah perabot yang masih baik, tetapi akan dibuang untuk digantikan dengan baharu," kata Pengarah Eksekutif Greeners Action, Angus Ho. Greeners Action merupakan sebuah badan bukan kerajaan di Hong Kong. Angus bersama-sama para aktivis lain turut menyalahkan kerajaan kerana tiada tindakan yang diambil sehingga sampah sarap Hong Kong berbukit-bukit. EPD menerbitkan sebuah rangka kerja untuk tempoh 10 tahun bagi menguruskan sisa bandaran pada tahun 2005, tetapi mendapat banyak kritikan. Banyak cadangan yang dikemukakan gagal dibuat selain tiada penjadualan tepat dan konkrit untuk memulakannya. Buat masa ini, pihak tersebut sedang dalam usaha merangka tindakan pada satu lagi pengurusan sampah yang bakal dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu. EPD mengakui Hong Kong mengalami krisis sampah. Tambahnya, ia hanya boleh ditangani dengan mengambil langkah yang mempunyai pelbagai penjuru iaitu daripada pengurangan sampah pada peringkat sumber sehingga meningkatkan pemulihan sisa. Selain itu, pembinaan infrastruktur moden merawat sampah yang komprehensif juga penting terutamanya yang dapat menangani jenis-jenis sampah berbeza. Kerajaan dan kumpulan-kumpulan alam sekitar percaya bayaran yang dikenakan kepada isi rumah dan perniagaan terhadap sampah yang dihasilkan mengikut jumlah merupakan cara tepat dalam mengurangkan sampah. Skim yang sama berjaya dilakukan di Taipei dan Seoul. Namun, pihak pentadbiran teragak-agak untuk melaksanakan tindakan tersebut kepada orang awam, perniagaan, manakala ahli politik pembangkang pula asyik mendesak supaya polisi terbabit dijalankan. "Kerajaan tidak mahu melakukan sebarang tindakan terlalu drastik dan kreatif kerana akan berdepan kesusahan dalam LegCo (Majlis Undangan Hong Kong)," kata Pengarah Sahabat Bumi Hong Kong, Edwin Lau. Kitar semula Edwin berkata, levi beg plastik sebanyak HK$0.50 (RM0.18) yang diperkenalkan pada tahun 2009, kini meliputi 3,000 buah kedai termasuk pasar raya dan kedai serbaneka telah menunjukkan sistem bayaran sangat efektif dalam mengubah tingkah laku orang ramai. Menurut EPD, penggunaan beg plastik dalam kalangan peruncit di bawah skim terbabit mampu mengurangkan bahan tersebut sehingga 90 peratus. Cadangan-cadangan yang dibincangkan adalah seperti membesarkan tapak pelupusan sampah sekarang dan membina insinerator. Bagaimanapun, kedua-dua kertas cadangan itu tidak popular dalam kalangan penduduk tempatan dan beberapa kumpulan aktivis alam sekitar. Sementara itu, beberapa kumpulan dengan skala kecil cuba menyampaikan mesej pada peringkat akar umbi. Kitar Semula Hong Kong merupakan sebuah lagi organisasi tidak berasaskan keuntungan dan ditubuhkan pada tahun lalu. Kumpulan itu memberikan empat buah beg boleh diguna semula kepada pelanggan. Beg-beg itu digunakan dengan cara mengasingkan sampah bergantung kepada jenis iaitu kertas, plastik, metal dan kaca untuk kitar semula. Ia dikutip di pintu rumah sekali seminggu. "Kami fikir ini merupakan jalan yang paling senang untuk mereka kerana kitar semula sebelum ini tidak mendapat sambutan kerana orang ramai malas berjalan sambil membawa sampah ke pusat komuniti," kata pengurus operasinya, Joshua Tan. Pelanggan berdaftar membayar HK$25 (RM8.95) seminggu untuk perkhidmatan itu. Pengarah syarikat peruncitan, Marc Dambrines, 39, yang menetap di Hong Kong selama 17 tahun berkata, dia mendaftar kerana Kitar Semula Hong Kong dapat menerangkan dengan jelas kepadanya destinasi sampah yang dikutip dan cara digunakan. "Mudah mengitar semula, itu jalan terbaik yang kita ada," katanya. | ||
Shahrin mencerap bintang dari rumah Posted: 21 May 2013 05:49 PM PDT
SAMBIL dikelilingi isteri dan empat anaknya, Shahrin Ahmad, 38, pantas membetulkan kedudukan teleskop pemantul jenama Meade yang jika ditegakkan hampir menyamai ketinggiannya. Warna teleskop itu sedikit kusam dengan beberapa tompok coklat kekuningan. Namun, ia masih berfungsi dengan baik untuk meneropong ruang angkasa yang dipenuhi jutaan bintang pada waktu malam. "Ini teleskop yang paling bermakna dalam hidup saya. Arwah ayah, Ahmad Abdul Wahab menghadiahkan teleskop ini atas kejayaan saya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1995. "Ia juga sebagai penyuntik semangat untuk saya meneruskan minat dalam dunia astronomi yang diminati sejak kecil. "Malah, teleskop yang dibeli pada harga RM3,500 ini juga membuatkan saya dikenali di kampus sehingga digelar sebagai 'orang bintang' dan 'orang bulan' oleh rakan-rakan sekuliah," terang Shahrin, peminat tegar dunia astronomi yang juga merupakan pengasas laman web Falak Online. Turut dikenali sebagai Shahgazer dalam kalangan peminat astronomi tempatan, Shahrin mula berkecimpung dalam arena ini sejak tahun 1984. Ketika itu, dia baru menginjak usia 10 tahun. Pada satu malam, anak bongsu daripada empat adik-beradik itu teruja melihat keindahan langit dan ruang angkasa yang dipenuhi jutaan bintang. Naluri kanak-kanaknya membuatkan dia tertanya-tanya apa yang ada di sebalik kerlipan bintang itu dan bagaimana agaknya kehidupan dunia di atas sana? Rentetan itu, Shahrin pantas membina impian dan cita-cita sendiri untuk mendalami ilmu berkaitan astronomi dan angkasa lepas. Nasibnya baik kerana minat tersebut mendapat sokongan keluarga. Persahabatan dengan Mr. Looi "Waktu itu boleh dikatakan tidak ada rakan sekolah yang mempunyai minat serupa. Namun, ia bukan penghalang untuk saya mencari maklumat dalam bidang tersebut melalui pembacaan buku di perpustakaan. "Paling seronok apabila saya berjaya mendapat keputusan 5A dalam Penilaian Darjah Lima, ayah dan mak, Kalthum Jaafar telah menghadiahkan sebuah teleskop kecil berharga RM300," cerita Shahrin mengenai zaman kecilnya. Pada tahun 1988, Shahrin telah bertemu dengan seorang penjual buku-buku astronomi yang dikenali sebagai Mr. Looi sewaktu mengunjungi Pesta Buku Kuala Lumpur. "Apabila berbual dengannya, saya dapat tahu bahawa beliau mempunyai sebuah kedai yang turut menjual peralatan mencerap bintang seperti teleskop. Hubungan kami terus akrab kerana saya sering berkampung di kedainya. "Boleh dikatakan, beliau merupakan guru pertama saya dalam bidang astronomi ini. Malah, daripada Mr. Looi juga, saya mula membina hubungan dengan ahli-ahli Persatuan Astronomi Malaysia," terang bapa kepada empat cahaya mata ini. Sewaktu berusia 16 tahun, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu kemudian mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Astronomi Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang. Ia bertujuan untuk mengumpul para pelajar yang berminat dalam bidang tersebut. Shahrin berjaya menarik kira-kira 30 pelajar untuk mendaftar sebagai ahli. Sejak itu, mereka sering berhubung dengan kelab astronomi sekolah-sekolah lain untuk bertukar-tukar pandangan dan menjalankan pelbagai aktiviti termasuk mencerap langit. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan cemerlang, Shahrin cuba mencari kursus yang sesuai dengan bidang astronomi, namun tidak ketemu. Justeru, bapanya mencadangkan agar dia mengambil kursus berkaitan Sains Komputer di UPM. Walaupun masih belajar, tetapi Shahrin tidak mengenepikan minatnya. Dia tetap melakukan beberapa aktiviti mencerap langit bersama rakan-rakan di kampus. Pada tahun 1995, berlaku gerhana matahari penuh di Kudat, Sabah yang menyebabkan Shahrin teruja untuk ke sana. Bagaimanapun, disebabkan peperiksaan masih berjalan, dia cuma memantau fenomena itu dari rumahnya. "Di Petaling Jaya, hanya berlaku gerhana matahari separuh. Jadi, saya pasang teleskop pemberian ayah di luar rumah. Sambil itu, televisyen yang menyiarkan liputan tentang gerhana tersebut tetap dipasang. "Saya berulang-alik dari luar ke dalam rumah. Tiba-tiba, saya terbau sesuatu yang hangit. Rupa-rupanya, bahagian tepi kanta teleskop itu terbakar. Sejak itu, saya lebih berhati-hati mengendalikan peralatan tersebut," terangnya sambil tersenyum lebar. Disambar petir Ketika membuat projek berkaitan perisian bagi pengajian tahun akhir di universiti, berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya. Ketika itu, Shahrin membuat keputusan untuk menghasilkan perisian astronomi yang dinamakan Sistem Pencerapan Samawi di bawah seliaan pensyarah bahagian fizik, Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab. Menariknya, perisian ciptaan Shahrin itu terpilih sebagai projek terbaik bagi jurusan Sains Komputer. Kemudian beliau menjadi wakil untuk pertandingan projek terbaik peringkat Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, UPM. Namun, tiga hari sebelum pembentangan projek di hadapan panel juri yang dilantik pihak fakulti, komputer Shahrin rosak akibat disambar petir. Ia menyebabkan semua bahan yang telah siap hilang dan tidak dapat diselamatkan. "Apa yang ada cuma gambar skrin shot untuk projek tersebut. Jadi, hanya itu yang saya gunakan sewaktu sesi pembentangan tersebut. Walaupun kecewa tapi saya tetap menerangkan projek Perisian Sistem Pencerapan Samawi dengan bersungguh-sungguh. "Tanpa disangka, akhirnya saya berjaya mendapat tempat kedua dalam pembentangan tersebut meskipun bersandar pada skrin shot sahaja," ungkap Shahrin lagi. Melangkah ke alam pekerjaan sebagai pengaturcara komputer di sebuah syarikat swasta pada tahun 1998, Shahrin masih tegar dengan dunia astronominya. Meskipun baru bekerja, dia sanggup meminta cuti selama tiga hari semata-mata untuk menyaksikan gerhana matahari cincin. Dia menyertai kumpulan Persatuan Pencinta Alam (MNS) untuk merakam fenomena tersebut di Pulau Aur, Johor dengan menaiki bot laju dari Mersing yang memakan masa tiga jam. "Waktu itu, saya turut membawa peralatan mencerap termasuk teleskop Meade pemberian ayah. Saya rasa amat puas apabila dapat menyaksikan gerhana matahari cincin dengan mata sendiri. "Kemudian, pada sebelah malamnya, langit malam yang dilihat dari Pulau Aur dipenuhi jutaan bintang tanpa dilindungi sebarang gugusan awan. Ia teramat cantik dan sukar diungkap dengan kata-kata. Itulah kali pertama dan terakhir saya melihat keindahan langit malam sedemikian rupa," jelas Shahrin sambil memberitahu, aktiviti mencerap langit mampu meningkatkan lagi keimanan kita terhadap kebesaran Allah dalam penciptaan alam semesta. Selepas itu, Shahrin menubuhkan laman falak.net pada tahun 1998 sebagai platform untuk peminat astronomi bertukar-tukar pandangan. Ia kemudian ditukar kepada Falak Online pada tahun berikutnya. Ubah suai loteng Melalui forum yang dibuat dalam laman web tersebut, nama Shahrin semakin dikenali. Rentetan daripada itu, Shahrin mula menubuhkan syarikat sendiri, Equatorial Sky Innovations Sdn. Bhd. pada tahun 2009 yang memberi tumpuan terhadap penyelidikan serta pembangunan perisian dan perkakasan astronomi. Sebagai Pengarah Urusan, Shahrin turut menawarkan khidmat konsultansi kepada pihak Agensi Angkasa Negara (Angkasa), jabatan-jabatan mufti termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang. Kini, selepas 29 tahun, beliau sudah boleh digelar sifu bidang astronomi. Kemuncak minatnya diterjemahkan melalui pembinaan balai cerap di rumahnya sendiri pada tahun 2011. Bermodalkan RM20,000, Shahrin mengubah suai loteng rumahnya menjadi sebuah balai cerap mini. Sebanyak enam buah teleskop yang dianggarkan bernilai RM30,000 menjadi 'penghuni tetap' di bilik dengan bukaan bumbung beroda itu. "Di sinilah saya menghabiskan masa pada waktu malam untuk meneropong bintang-bintang di langit bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, menggunakan kamera khas dan kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR), saya dapat merakam pelbagai objek yang ada di atas sana. "Dahulu, saya sendiri meragui kesahihan gambar astronomi yang dikeluarkan pihak Barat, tetapi kini saya dapat melihatnya sendiri melalui teleskop dan peralatan canggih ini," ungkap Shahrin sambil menjelaskan bahawa dengan peralatan fotografi yang hebat, dia dapat mencerap dan merakam kira-kira 5,000 objek terang yang ada di langit. | ||
Gadis cina permata bharatanatyam Posted: 21 May 2013 05:47 PM PDT
BUNYI gesekan biola, bersatu dengan sejenis dram dipanggil mridangam, serunai, veena (sejenis peralatan seperti gitar) dan nattuvangam (sejenis alat muzik terbentuk daripada sepasang piring loyang) mula bergema di dalam dewan. Suara lunak penyanyi yang mendendangkan lagu dalam bahasa Tamil juga menambahkan lagi keindahan malam itu. Seorang penari kemudian muncul di tengah-tengah pentas mengenakan sari berwarna biru dengan alatan aksesori yang sarat di kepala dan loceng kaki. Wajah penari itu disolek tebal dengan tumpuan diberikan di bahagian mata. Seiring alunan irama muzik dan nyanyian, penari itu mula membuka langkah tari. Kepalanya mula diayunkan ke kanan dan ke kiri bersama lirikan mata yang bundar. Tangannya pula dibengokkan ke sisi sambil jari-jemari turut sama melentik. Sesekali membongkokkan tubuh, penari itu pantas bergerak ke kiri dan ke kanan pentas. Adakalanya dia menghentakkan kaki menghasilkan gemerincing bunyi loceng yang lunak dan pada kebanyakan masa hujung kakinya diginjat membentuk satu posisi signatur tarian klasik India. Hampir dua jam melentur tubuh dengan gerakan-gerakan sukar tarian klasik dipanggil bharatanatyam, penari itu mendapat tepukan gemuruh penonton. Bunyi tepukan bertambah kuat di dalam Panggung Eksperimen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Kuala Lumpur baru-baru ini, malah ada penonton yang berdiri memberikan hormat. Ternyata penari itu begitu istimewa di hati hadirin. Apabila penari tersebut menanggalkan solekan dan bersalin pakaian, akhirnya terjawablah persoalan mengapa beliau merupakan permata istimewa dalam tarian bharatanatyam. Kulitnya putih, matanya sepet dan nama penari muda itu ialah Ng Xinying, 23. Xinying membuat persembahan itu sebagai tanda tamat pengijazahan dalam bidang tarian di Aswara. Malaysia sememangnya mempunyai ramai penari klasik berbakat berketurunan India, malah beberapa penari Melayu juga menempa nama contohnya Ramli Ibrahim dan Zamin Harun. Bermula dengan balet Namun, Xinying begitu unik. Permata baharu bharatanatyam itu membuktikan gadis Cina juga mampu menguasai tarian klasik India. Berbeza daripada tarian biasa, bharatanatyam memerlukan penarinya menggerakkan seluruh tubuh badan termasuk jari-jemari tangan dan kaki selain mimik wajah. Saat Xinying menunjukkan tapak kakinya yang merekah dan mengelupas, ternyata tarian itu bukan dikuasai Xinying dalam tempoh seminggu dua. Xinying hakikatnya memerlukan lebih lima tahun untuk menguasai bharatanatyam sejak melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah. Menurut Xinying, dia sendiri tidak menyangka akan menguasai tarian klasik India kerana sebelum belajar di Aswara dia sendiri tidak pernah menyaksikan tarian-tarian tersebut. Bagaimanapun, bakat Xinying dalam bidang tarian sebenarnya sudah berputik sejak kanak-kanak lagi. Semuanya bermula ketika dia berumur empat tahun. Pada masa itu, apabila terdengar muzik, badannya akan mula bergoyang-goyang dan kaki mula terjengket-jengket. Menyedari kecenderungan Xinying dalam bidang tarian, ibu bapanya, Heng Guay Looe, 53, dan Ng Boon Chye, 53, menghantar anak sulung mereka ke kelas balet. Hampir empat tahun mempelajari tarian balet di sebuah kelas tarian di Johor Bahru, Johor dia akhirnya berjaya menamatkan tarian tersebut. Sepanjang mempelajari tarian itu, dia mengakui tidak pernah ketinggalan kelas berkenaan. "Tidak kira apa yang berlaku, saya tetap mahu ke kelas balet," ujarnya yang menyimpan impian menjadi seorang koreografer tarian pada satu hari nanti. Sejak itu sehingga melangkah alam dewasa, sekiranya ada persembahan tarian di sekolah, Xinying akan mengambil bahagian. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Xinying terus mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tarian. Melihat kepada kos yuran yang berpatutan di Aswara dan dengan sokongan ibu bapa, dia akhirnya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di sana. Bertutur lanjut, gadis yang berpakaian lengkap salwar kameez berwarna kuning itu memberitahu, dia memilih Diploma Tari yang merangkumi tarian Melayu, India, Cina, kontemporari, balet serta etnik Sabah dan Sarawak. Ketika menuntut pengajian di peringkat Diploma Tari, pelajar dikehendaki mempelajari semua jenis tarian. "Sebaik tamat diploma, dari situlah saya mula meminati tarian India kerana merasakan ia sangat unik. Ketika melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pula tahun 2010, baru boleh fokus apa yang kita minat. Jadi, saya buat pengkhususan dalam persembahan tarian kontemporari dan mengambil subjek tambahan tarian bharatanatyam untuk tahun akhir," ujarnya. Ekspresi wajah Berbanding dengan tarian Melayu, Cina dan lain-lain, dia mengakui tarian India sememangnya sangat mencabar. Tarian tersebut bukan sahaja menggunakan tenaga untuk menghentak kaki, tangan, kepala mengikut rentakan lagu yang sangat laju, malah kadangkala perlu melompat. Bukan sahaja pergerakan kepala, tangan, badan dan kaki sahaja yang penting, malah ia menuntut kemahiran mengungkapkan pancaindera mata bagi membangkitkan emosi penonton. "Ia bukan mudah kerana bayangkan dulu pada awal pengajian setiap hari saya menangis kerana gagal berbuat demikian," ujarnya. Bahkan, dia terpaksa menonton filem klasik Tamil versi hitam putih untuk mempelajari reaksi muka pelakon ketika marah, gembira, sedih mahupun kecewa. "Tarian bharatanatyam memerlukan seseorang penari itu melahirkan ekspresi yang berlebihan. Jadi, saya cuba mempelajarinya dengan menonton filem Tamil dan kemudian mempraktikkannya di hadapan cermin," jelasnya. Ketika diminta mengulas mengenai tarian tersebut yang sifat asalnya berkait rapat dengan tuhan-tuhan Hindu, ujar Xinying, dia melihat bharatanatyam dari sudut tarian dan budaya semata-mata kerana pensyarah yang mengajarnya juga tidak memasukkan elemen agama dalam tarian. "Apabila pensyarah menerangkan kewujudan dewa dalam cerita yang akan ditarikan, kami mengambil naratif sahaja supaya tarian itu dapat dipersembahkan dengan baik. "Bagi saya, selagi berpegang teguh kepada agama serta tahu membezakan mana yang benar dan silap, perkara seperti terpesong agama tidak akan berlaku," ujarnya lagi. Hafal lirik lagu Tamil Satu lagi cabaran dalam menguasai bharatanatyam adalah apabila Xinying terpaksa menghafal beratus-ratus lirik dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lirik itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris bagi membolehkan dia memahami maksudnya. Bagi memperbaiki kelemahan menghafal lirik lagu itu, dia mencipta sendiri simbol-simbol untuk mudah difahami. "Bagi setiap ayat, saya reka sendiri simbol supaya saya dapat faham dan menghafalnya untuk diekspresikan dalam tarian," tuturnya. Menyentuh mengenai cara pembelajarannya, dia menunjukkan sehelai kertas putih yang tertera nama-nama dewa. Berdasarkan nama dewa tersebut, dia perlu melakukan gerak anggota badan dan mimik muka yang berbeza. "Bayangkan, saya terpaksa menghafal nama dewa-dewa dan diselangi dengan simbol yang saya reka sendiri," ceritanya dengan penuh ghairah. "Saya amat bersyukur kerana mendapat keluarga dan pensyarah yang sangat memahami. Pensyarah tidak pernah marah, bahkan tidak putus-putus memberi tip yang berguna dalam tarian ini," ungkapnya. | ||
Posted: 21 May 2013 05:44 PM PDT
"EH, kenapa jam awak pukul 9 pagi lagi? Sekarang ini sudah pukul 3 petang. Jam habis bateri ya?" Teguran tersebut penulis terima dengan iringan tawa daripada rakan yang mengerling ke arah jam dipakai pada tangan penulis. Apabila ditunjukkan dengan lebih dekat kepadanya, barulah rakan tersebut menyedari bahawa penulis memakai jam tawaf. Ya, jam tawaf. Tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri. Arah tawaf Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam. Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit. Menurut Mohd. Wieza Mohd. Ali yang merupakan stokis Hijra Timepiece di Selangor, jam tawaf keluaran syarikat tersebut kalis air dan diperbuat daripada plastik tahan lasak serta mampu menahan tekanan kedalaman sehingga 50 meter. "Pelanggan berpeluang memilih satu bentuk muka jam daripada 10 variasi yang ada selain memilih tali jam yang pelbagai warna. "Terdapat dua pilihan saiz yang ditawarkan iaitu saiz biasa dan saiz nano yang lebih kecil," katanya sambil memberitahu jam tawaf tersebut sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita. Jaminan Tambahnya, pelanggan yang membeli jam tawaf tersebut diberikan jaminan selama setahun. Andai ada kerosakan atau kehabisan bateri dalam tempoh tersebut, pelanggan boleh menghubungi pihaknya untuk digantikan dengan jam baharu. Selepas tempoh setahun, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak 50 peratus daripada harga produk untuk mendapatkan jam gantian. "Jika bateri habis, ia boleh diganti dengan bateri yang boleh didapati di kedai-kedai jam biasa. Namun, kalau masih dalam tempoh jaminan, hubungi sahaja pihak kami kerana anda tidak perlu membayarnya. "Selain daripada jam tawaf jenis ini, Hijra Timepiece akan menampilkan jam tangan pasangan dan jam loceng dalam masa terdekat," ujarnya ketika ditemui di Karnival Semarak Syariah yang berlangsung di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jualan Katanya, jualan jam tawaf sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan merasakan ia sesuatu yang baharu walaupun ia sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu. Jam tawaf juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan dengan memberikan keseimbangan badan, ketenangan fikiran, mengasah bahagian otak sebelah kanan, membetulkan aura si pemakai serta sesuai dipakai oleh pesakit kanser kerana dipercayai dapat memusnahkan sel-sel kanser. "Penjualan jam tawaf ini dibuat secara dalam talian iaitu di Facebook, manakala orang ramai juga boleh mendapatkan secara terus apabila kami menyertai karnival. "Jam yang dipesan secara dalam talian akan dihantar menggunakan pos laju di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Para pelanggan akan mendapat jam mereka dalam tempoh dua hingga tiga hari," katanya sambil memberitahu jam tersebut dijual pada harga RM110 secara dalam talian serta mendapat seutas tali jam percuma. Mohd. Wieza memberitahu, pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang mahu menjadi ejen jualan jam tawaf tersebut. Sesiapa yang berminat untuk membeli jam tawaf tersebut atau menjadi ejen boleh mengunjungi laman web www.facebook.com/HijraSelangor dan http://hijraselangor.blogspot.com atau menghubungi Mohd. Wieza di 013-2407 220. | ||
Model skala plastik aset ketenteraan Posted: 21 May 2013 05:44 PM PDT PEMINAT model plastik berskala pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat model-model ketenteraan yang dipamerkan pada Pameran Model Plastik Berskala 2013 di Straits Quay, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Pameran anjuran Kelab Peminat-Peminat Model Plastik Berskala (PMA) berlangsung selama tiga hari iaitu pada 24 hingga 26 Mei ini. Kebanyakan model skala plastik yang dipamerkan seperti aset-aset ketenteraan yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain berlatar belakang diorama sejarah peperangan. Tidak kurang 200 model plastik pelbagai skala termasuk bersaiz gergasi bakal dipamerkan kepada pengunjung. Ia merupakan koleksi ahli-ahli PMA yang juga pembina model profesional dan amatur. Antaranya, pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, MiG-29N, kereta kebal Pendekar PT-91M serta beberapa kelengkapan yang pernah digunakan ATM sebelum ini seperti pesawat A-4PTM Skyhawk dan F-5E Tiger. Diaorama ketenteraan pula seperti berlatar belakang pertempuran semasa Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam termasuklah operasi yang melibatkan ATM di perbatasan negara. Menurut penyelaras media PMA, Ridhzuan Mohd. Halim, pameran percuma itu bertujuan mendedahkan orang ramai kepada model-model plastik berskala ketenteraan. Jelas beliau, PMA yang ditubuhkan setahun lalu bertujuan menyatukan orang ramai yang mempunyai minat atau hobi membina model skala ketenteraan. PMA kini mempunyai kira-kira 200 orang ahli di seluruh negara. "Walaupun hobi ini agak mencabar serta memerlukan perbelanjaan tinggi tetapi ia memberi ruang dan peluang kepada individu agar sentiasa berfikiran kreatif selain melatih sifat sabar. "Pada masa sama, mereka dapat meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah, perkembangan teknologi persenjataan dan industri pertahanan dalam serta luar negara. "PMA berharap pameran ini dapat mendedahkan masyarakat, terutama golongan remaja dan belia tentang dunia model berskala," ujarnya kepada Kosmo! baru-baru ini. Antara aktiviti lain yang diadakan ialah bengkel memasang dan mengecat model plastik berskala, kelas kemahiran lanjutan membina model serta demonstrasi menyiapkan model berskala. Menariknya, PMA juga akan membuka kaunter pendaftaran untuk ahli baharu yang berpeluang menerima cenderahati iaitu kit model berskala 1/72, kemeja-T kelab dan kad keahlian. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membeli kit-kit model berskala pada potongan harga sehingga 25 peratus yang dilakukan oleh penaja utama program iaitu World Hobby Miniatures. "PMA juga berhasrat untuk menambah keahlian kepada individu yang berminat selain berkongsi tip-tip baharu. "Walaupun kali pertama diadakan, kami yakin pameran ini mampu menarik kehadiran ramai pengunjung terutama kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan dunia model berskala plastik," ujar Ridhzuan. | ||
Coffee Bean menghargai pelanggan Posted: 21 May 2013 05:43 PM PDT DIASASKAN di California, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1963, kafe yang menawarkan minuman berasaskan kopi dan teh, The Coffee Bean & Tea Leaf tahun ini menyambut ulang tahun ke-50 mereka. Sepanjang tempoh 50 tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf berjaya membuka hampir 900 francais di 25 buah negara dengan 50 daripadanya terletak di Malaysia. Bagi menghargai pelanggan setia mereka, The Coffee Bean & Tea Leaf memulakan siri promosi istimewa mereka di negara ini bermula bulan April lalu sehingga Jun depan. Promosi Rumah Terbuka yang diadakan pada hari Isnin terakhir dalam setiap bulan itu memberi kelebihan kepada pelanggan menikmati ice blended mocha atau vanila pada potongan harga 50 peratus. Keistimewaan itu dapat diperoleh pelanggan pada 29 April, 27 Mei dan 24 Jun bermula pukul 2 petang sehingga 6 petang. Ice blended dua perisa itu dipilih atas sebab pengaruh besar yang dibawa minuman tersebut dalam meningkatkan populariti The Coffee Bean & Tea Leaf dan kekal menjadi minuman signatur mereka. Selain teh cappuccino yang baru diperkenalkan, anda juga boleh menikmati keenakan pasta dan pencuci mulut baharu. Pasta pesto farfalle mula ditawarkan sejak 22 April lepas. Variasi pencuci mulut terkini pula terdiri daripada kek keju brownie dan pai ceri hitam. Kerangupan walnut bersama adunan keju dan brownie coklat menyempurnakan keenakan sepotong kek keju brownie. Ceri hitam manis yang dibakar bersama krim kacang hazel dan aprikot pula menghasilkan sepotong pai ceri hitam yang lazat. Anda juga boleh mendapatkan cenderamata unik sempena ulang tahun ke-50 The Coffee Bean & Tea Leaf. Sebanyak 50 peratus daripada jualan barangan terpilih tersebut akan disalurkan kepada Tabung Caring Cup. Untuk mengetahui lebih banyak promosi istimewa dan menyertai peraduan menarik, layari laman rasmi Facebook The Coffee Bean & Tea Lea di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage. | ||
Posted: 21 May 2013 05:42 PM PDT
SEWAKTU berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 26 April hingga 5 Mei lalu, buku Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar dan Aroma Antara Benua terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung. Karya yang dihasilkan oleh Prof. Muhd. Kamil Ibrahim dan isterinya, Raudzah Roslan itu sebenarnya baru sahaja diterbitkan dan dijual buat kali pertama dalam acara tahunan yang berprestij itu. Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar merupakan nukilan Muhd. Kamil mengenai pengalaman beliau sepanjang berada di Madinah sejak September 2011. Buku itu menceritakan tentang kebesaran Allah yang tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya di bumi penuh keberkatan itu. Air tangan Buku Aroma Antara Benua pula memaparkan koleksi resipi air tangan Raudzah. Ia dilengkapi catatan peristiwa yang dilalui sewaktu berkelana di beberapa negara semata-mata mengikut suami tercinta. "Kami berharap semoga penulisan buku ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada khalayak pembaca," kata Muhd. Kamil yang berhijrah ke Madinah pada selepas ditawarkan menjadi Profesor Perakaunan di Universiti Taibah. Bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Johor itu memberitahu, menulis sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya dan isteri sepanjang berada di Madinah. "Kami menulis sepanjang masa dan ia merupakan rutin harian. Jika tidak menulis buku, kami akan menulis artikel di blog. "Sehubungan itu, kami mempunyai dua hingga tiga manuskrip serentak. Namun, apabila kami membuat keputusan untuk menghantar kedua-dua manuskrip ini, ia mengambil masa sekitar dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya," ujar beliau melalui e-mel. Menyentuh tentang cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan kedua-dua karya tersebut, Roza memberitahu, buku Aroma Antara Benua lebih sukar berbanding Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar. "Buku yang berkonsep resipi ini memerlukan foto makanan yang berkualiti. Kami tiada studio. Jadi, setiap hari saya menunggu cahaya matahari memasuki tingkap rumah agar mendapat penataan cahaya semula jadi. "Saya pula tidak dilatih untuk mengambil gambar. Tetapi, Alhamdulillah itulah hasilnya seperti yang boleh dilihat dalam buku tersebut," ujar Roza. Bagi Muhd. Kamil pula, beliau melihat buku Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar sebagai sebahagian laluan kehidupan peribadi. "Foto-foto yang ada pula, hanyalah menggunakan kamera telefon bimbit. Itulah yang mampu saya lakukan," katanya. Berkongsi tip Sehingga kini, Muhd. Kamil telah mempunyai koleksi buku penulisan tersendiri. Antaranya ialah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007), PhD Kecil Tapi Signifikan, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008), 50 Tip Motivasi Haji (2011) dan Bersyukur Saat Diuji (2012). Sementara Roza pula tampil dengan buku-buku bertajuk Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi dan Travelog Kehidupan Abadi. Dalam pada itu, Muhd. Kamil turut menitipkan beberapa nasihat buat mereka yang mahu terlibat dalam dunia penulisan. "Pertama, menulislah kerana Allah. Kedua, mohonlah kepada-Nya supaya diberi ilham dalam menghasilkan penulisan yang baik. "Sepanjang kita menulis jangan lupa bangun solat malam, bertahajud dan bermunajat agar apa yang ditulis adalah berdasarkan ilham yang benar. Selain itu, sentiasa berdoa supaya khalayak dapat memahami apa yang kita persembahkan. Ilmu itu anugerah Allah. Allah memberi ilmu kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita hanyalah bala tenteranya," ungkap beliau penuh berhemah. Mengulas mengenai perkembangan buku-buku dan novel berkonsep Islamik di Malaysia, Muhd. Kamil mempunyai pandangan tersendiri. "Jika ia dilakukan semata-mata kerana Allah, insya-Allah, ia akan menyerap ke hati sekali gus menjadi alat dakwah yang berkesan. Jika tidak, ia hanya satu jenama seumpama produk-produk lain di pasaran. "Penulis yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, pembaca akan membaca sebagai satu tabiat mengisi masa lapang dan lebih parah ia hanya tebuk-tebuk di sana sini. Malah, ada jalan ceritanya tidak memenuhi syariah. Ia hanya label di kulit buku sebagai alat mencapai keuntungan. "Bagaimanapun, kami berdoa agar ia benar-benar membawa mereka yang terlibat sama ada penulis mahupun pembaca hampir kepada-Nya," tutur beliau. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |