Jumaat, 17 Mei 2013

Shah Jazle ditangkap khalwat



SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jais pada 3.30 pagi semalam.

Serbuan dilakukan di Apartment Taman Sri Subang.

Penahanan Shah Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Penangkapan Shah Jaszle adalah berdasarkan aduan pihak awam kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


Shah Jaszle mula dikenali dengan lakonannya dalam beberapa buah drama dan filem Azura 2012 bersama pelakon Neelofa. Dia kemudiannya bertunang dengan gadis pilihannya, Redzwani Puteri pada Disember tahun lalu.

Apa-apa pun, kita sebagai manusia biasa tak boleh cepat untuk memberikan tanggapan yang bukan-bukan, pastinya Shahz Jaszle sendiri ada alasan. Selepas ini, pelakon ini pasti akan jawab segala soalan.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines