Isnin, 13 Mei 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Adira dalami ajaran Islam

Posted: 11 May 2013 07:23 PM PDT

MANIS bertudung namun ini bukanlah penampilan tetap Adira.


FIGURA Siti Adira Suhaimi yang lebih dikenali sebagai Adira berterusan dihimpit cerita sensasi. Tidak habis dengan kes percintaannya dengan penyanyi Alif Aziz, kini nama penyanyi itu terpalit satu lagi kisah kontroversi.
Cerita terbaharu yang menjadi topik perbualan peminat sejak beberapa hari lalu ialah mengenai perubahan penampilan penyanyi lagu Ombak Rindu itu yang didakwa sudah mula berhijab.
Beberapa keping gambar Adira yang mengenakan tudung sudah mula tersebar di internet sejak minggu lepas. Di sebalik cakap-cakap peminat itu, ada yang mengesahkan bahawa Adira sudah mula menutup aurat.
Tidak mahu mereka terus berteka-teki, Adira lantas bersuara: "Saya masih belum bertudung sebenarnya. Gambar yang tersebar itu adalah ketika saya menghadiri kelas agama. Bagi menghormati majlis, saya telah mengenakan tudung."
Menurut penyanyi berusia 22 tahun itu, isu tersebut mula timbul apabila akaun laman sosial Facebook miliknya digodam sehingga menyebabkan beberapa kenyataan mengelirukan dikeluarkan oleh penggodam.
"Ini kali kedua akaun Facebook saya digodam. Sejak itu macam-macam kenyataan yang keluar di situ termasuklah kononnya saya sudah bertudung.
"Oleh kerana tidak mahu nama saya terjejas dengan posting yang keterlaluan sebegitu, saya sudah membuat laporan polis beberapa hari lepas," katan penyanyi lagu Ilusi itu.
Salah satu kenyataan yang dikeluarkan penggodam dan menjadi topik perbualan berbunyi: "Saya takut mimpi saya masa tidur tiga minggu lalu. Saya terbayang-bayang hingga sekarang. Saya melihat perempuan yang rambutnya panjang diseksa. Mereka menangis terjerit-jerit. Saya panik, lantas saya bangkit daripada tidur dan mulai terfikir-fikir mimpi saya itu. Alhamdulillah saya mulai memakai tudung yang saya tinggalkan sebelum menjadi artis."
Kenyataan itu antara yang panas dan menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat Adira di internet.
Dalam pada itu, gadis kelahiran Ranau, Sabah itu menegaskan bahawa dia belum bersedia untuk berhijrah atau tampil dengan gaya bertudung buat masa ini.
"Insya-Allah, bila tiba masanya nanti saya akan bertudung juga tanpa dipaksa oleh sesiapa. Sekarang biarlah saya mendekatkan diri dengan ilmu agama dahulu. Tetapi karier saya dalam bidang nyanyian tetap diteruskan kerana ia adalah sumber pendapatan saya," katanya.
Adira kini sering menyertai kelas agama Usrah Fitrah setelah dipelawa oleh rakannya yang merupakan peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Heliza Helmi. Dia tertarik setelah Heliza berkongsi pengalamannya ketika sama-sama mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini.

Cinta lelaki motosikal besar

Posted: 11 May 2013 07:22 PM PDT


DUNIA permotoran dan hobi lelaki bermotosikal kuasa besar menjadi fokus dalam filem Bikers Kental yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Mei nanti.


DI layar perak, kisah lelaki peminat motosikal digambarkan dalam dua sudut, satu daripada perspektif negatif dan satu lagi penuh unsur negatif. Paling melekat dalam fikiran peminat dunia hiburan apabila Awie muncul memacu Harley Davidson dalam filem popular, Sembilu. Saat itu dan sampai hari ini, lelaki bermotor Harley masih mengingatkan khalayak terhadap Awie.
Untuk khalayak hari ini pula, mungkin Adnan Sempit lakonan Shaheizy Sam pula segar menjadi jolokan penunggang kapcai. Jika ada yang masih ingat, Rosyam Noor juga antara penunggang motosikal yang berjaya dihidupkan dalam KL Menjerit 1 dan KL Menjerit 2. Tentunya watak Roy (Faizal Hussein) yang bermotor scrambler dalam Gila-Gila Remaja masih tiada tandingan.
Itu antara nilai sentimental yang mengaitkan lelaki dan motosikal yang pernah disaksikan. Akan datang, sebuah filem pertama arahan Helmi Yusof bakal menemui peminat filem dan peminat motosikal berkuasa besar berjudul Bikers Kental. Bukan sebuah filem aksi atau drama romantik, filem yang menghidangkan kisah pengembaraan sekumpulan lelaki bermotor besar berkonvoi dari Kuala Lumpur sampai ke Krabi, Thailand itu sebalik sebuah filem komedi.
Menariknya, selain pengaruh Awie yang sekali lagi dikembalikan sebagai hero bermotor besar, pelawak popular Zizan Razak dan aktor yang sedang meningkat, Zul Ariffin buat julung kali dipersembahkan sebagai 'bikers' yang kental semangat dalam filem itu.
Bercakap tentang watak, filem, permotoran dan wanita, Zizan dan Zul Ariffin ada sasaran tersendiri untuk filem yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Mei nanti.
Himpun kisah cinta
Dalam filem Bikers Kental, Zizan membawakan watak Bidin Al-Zaifa yang digambarkan dekat dengan dirinya. Lebih membawakan karakter diri sendiri, Zizan menyifatkan ada persamaan antara mereka berdua terutamanya dalam minat terhadap dunia permotoran.
"Saya memang sukakan motor dari dulu, dari zaman sekolah. Bidin pula ialah seorang pekerja kedai motor namun dia seorang yang 'loser,' selalu diherdik dan direndah-rendahkan oleh kawan-kawan. Namun ada suatu perkara yang membuatkan hidupnya bertukar," jelas Zizan yang selesa bekerja di bawah arahan Helmi.
Buat Zizan, filem Bikers Kental memberi gambaran kepada khalayak tentang dunia geng motor besar. Dalam filem tersebut, mereka mengembara ke Krabi, Thailand untuk mengikuti Bike Weeks.
"Jujurnya, filem Bikers Kental merupakan sebuah filem yang saya gemari. Saya memang pernah mengidam untuk terlibat dengan cerita sebegini," kata Zizan yang juga terlibat dengan empat buah filem tahun ini.
Apabila ditanya tentang peranan yang lebih serius berbanding watak komedi yang sering dibawakan, Zizan mengaku dia melakukan sedikit kelainan dalam watak Bidin.
"Dalam filem Tokan kelak, khalayak akan melihat saya lebih serius. Saya teringin membawakan watak serius tetapi saya perlu ambil berat penerimaan ramai kerana mereka yang mahu tonton. Kalau saya mahu bawakan watak serius biarlah cerita itu ada turun naik emosi seperti Kuch Kuch Hota Hai. Awalnya gembira dan akhirnya sedih. Tidak mahulah terlampau serius daripada mula," jelasnya yang memuji tenaga kerja Thailand yang banyak membantu dirinya dalam penggambaran Bikers Kental.
Zizan menangis
Semenjak popular baik dalam membawa tugasan sebagai tukang lawak, pelakon mahupun hos, jejaka kelahiran Terengganu ini tidak pernah terlepas dengan cerita wanita di sekelilingnya. Nama-nama seperti Leez AF, Juliana Evans, Kaka dan terbaharu Emma Maembong menjadi bunga yang berkembang bersama nama Zizan.
Juara Maharaja Lawak ini menyatakan dia memang gemar berkawan. Pada petang temu ramah diadakan, nama Juliana Evans atau mesra dipanggil Ju tidak lekang daripada bibirnya.
"Kami tidak pernah berpasangan sampailah Ju ke Amerika Syarikat (AS). Saya memang mahu berkahwin pada umur 30 tahun dan kini adalah masa untuk saya fokus dengan kerja. Kalau saya berkenan nanti, saya terus pinang sahaja," ketawanya lagi namun tidak berselindung.
"Cinta pertama saya ialah waktu saya tingkatan empat dan kemudian diikuti dengan cinta kedua. Kedua-duanya meninggalkan saya. Lepas itu tidak ada sampailah saya jumpa Ju, saya menyukai dia tetapi tidak ada kata putus. Jujurnya, saya memang sedih, kecewa dan menangis waktu dia ke AS untuk menyambung pengajian. Berbulan juga saya ambil masa dan akhirnya saya alihkan kesedihan dengan menyibukkan diri," ceritanya lagi.
ZUL ARIFFIN dan Zizan (kanan) saling tidak sebulu dalam filem komedi terbaharu Bikers Kental arahan Helmi Yusof.


Diusik tentang gosip cinta dengan aktres Emma Maembong, Zizan mengakui mengenali Emma dua tahun lalu. Namun tiada perasaan istimewa yang lahir antara mereka setakat ini. Malah, dia turut hairan dengan gosip cinta yang tiba-tiba hadir membabitkan nama mereka berdua,
"Dulu saya tunggu dia tetapi sekarang tidak. Dia seperti mahu menetap di sana. Tetapi kalau ada jodoh, saya tidak boleh cakap apa. Ibu saya juga menyenanginya," katanya yang mengaku pernah menangis sewaktu Juliana 'meninggalkan' dirinya.
Seperti Zizan, Zul Ariffin, 29, tidak terlepas bermain gosip. Berlakon sejak tahun 2009 apabila diperkenalkan menerusi drama kepolisan terbitan Skop Production Sdn. Bhd., perlahan-lahan jejaka kelahiran Taiping, Perak itu mencari rentak.
"Beberapa tahun dahulu, saya sedikit segan untuk menghadiri acara hiburan, majlis anugerah atau festival filem. Saya fikir saya belum kukuh tapi bermula tahun 2013 ini, perasaan saya sedikit berlainan. Tahun ini, lembaran saya sedikit berbeza.
"Selama ini, saya berlakon drama. Habis penggambaran, tunggu drama ditayangkan di televisyen dan kemudian berlakon lagi untuk drama yang lain. Tapi berlakon filem beri pengalaman berbeza, bila hampir waktu tayangan begini, pelakon kena buat publisiti dan keluar bertemu khalayak. Sekarang, barulah saya rasa bahawa saya ini sebahagian daripada pelakon, maksud saya pelakon dalam industri perfileman," katanya sedikit berhati-hati.
Lali cinta Abby Abadi
Tidak seperti Zizan yang selesa berjenaka sambil berbual, nada pelakon drama bersiri Debunga Lalang itu berbunyi serius. Katanya, dia tidak merasa terpinggir jika tidak terlalu kerap menghiasi kaca televisyen asalkan permainannya boleh meresap ke jiwa penonton.
"Biarpun susah untuk saya mengukir rentak dalam karier, susah menambat hati dan kepercayaan penonton, sampai hari ini, sebenarnya saya okey. Orang tidak terlalu kenal gaya lakonan saya, itu sedikit mudah sebenarnya. Jika tidak, saya pasti semakin sukar untuk pelbagaikan karakter," katanya yang seboleh-boleh cuba mengelak membawa watak bapa seperti yang telah diingati dalam Anak Rintik dan Sayang Abah, dua tahun lepas.
Bercakap tentang Bikers Kental, Zul yang masih dalam nada merendah diri mempamerkan aura ceria. Katanya, filem yang memberikan nama Arbi kepada wataknya banyak nilai sentimental.
"Tentu sebab saya dapat berlakon dengan Awie. Dulu sesiapa sahaja yang nampak mat motor besar, lilit bandan ke muka, pakai kaca mata hitam, mesti orang kata, 'eh, macam Awie'. Sekarang, saya berlakon dengan Awie dan sama-sama jadi mat motor. Pernah satu ketika, semasa kami berhenti rehat, ada orang nampak kami dan kata, eh, macam Awie. Bila Awie buka kaca mata, memang betul Awie. Kelakar," katanya.
"Zizan pun nama besar, saya antara peminat lawak-lawak dia dan dalam filem ini, pertama kali saya berlakon dengan Zizan dan Awie. Kebetulan, Bikers Kental juga filem pertama arahan Helmi Yusof yang sebelum ini memang seorang pengarah sinematografi handalan. Saya juga pertama kali belajar naik motosikal kuasa besar sehingga sampai ke Krabi melalui filem ini. Banyak yang pertama dalam filem ini walaupun ini filem kedua saya selepas Evolusi KL Drift 2," katanya yang bakal muncul dengan sebuah lagi filem, namun berlainan genre berjudul Penanggal, sekitar hujung tahun nanti.
Melihat Zul yang semakin larut dalam perbualan, kisahnya bersama Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn. Bhd., Gayatri Su-Lin Pillai masuk menyisip. Tidak terusik sementelah Zul sendiri sedar perhubungan mereka bukan lagi rahsia, katanya, dia sudah terbiasa dengan kisah cinta. Mungkin sudah lali gara-gara pernah menganyam cinta bersama selebriti Abby Abadi satu ketika dahulu.
"Semua pihak tahu hubungan kami, yang tinggal sekarang, bagaimana saya hendak mengimbang kisah cinta itu agar khalayak sedar bahawa saya juga seorang pelakon yang serius," ujarnya.
Masih menanti beberapa projek filem yang belum diberikan hitam-putih, harapan Zul, dia mahu setidak-tidak Bikers Kental meninggalkan bekas positif ke atas kemunculannya di layar perak.

Fouziah Gous nafi rampas kekasih Ramona

Posted: 11 May 2013 07:20 PM PDT


Fouziah Gous dan Zhafran Yusof
Fouziah Gous dan Zhafran Yusof
Sebelum ini, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 31, dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta bersama golongan VVIP. Malah, pelakon dan pengacara, Iqram Dinzly turut dikaitkan dalam kancah cinta Fouziah.

Namun, baru-baru ini, Fouziah telah memuat naik gambar kekasihnya, Zhafran Yusof, 30, sekali gus mengundang kontroversi hebat apabila lelaki itu dikaitkan dengan pelakon Ramona Zam Zam.

Tidak kurang juga yang menganggap Fouziah menjadi orang ketiga antara Zhaf dan Ramona sehingga cinta itu mula beralih arah. Tidak cepat melatah dengan dakwaan liar itu, Fouziah bagaimanapun enggan mengambil pusing mengenai perkara itu dan tidak mahu perkara ini menjadi topik hangat.

"Saya malas nak cakap banyak mengenai perkara ini kerana kami tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Tiada istilah rampas-merampas.

"Ketika saya mengenali Zhaf, dia bukanlah milik sesiapa dan kami bukanlah terlalu fanatik bina hubungan kerana saya bukan jenis gemar mencari pasangan.

"Tidak perlulah perkara ini digembargemburkan lagi sehingga merumitkan keadaan. Saya tidak mahu berkelakuan seperti budak-budak dan tidak matang," katanya yang mengakui tidak pernah menghadapi kes seumpama ini.

Rasa tertekan?

Tidak menganggap kontroversi yang berlaku boleh menjejaskan hubungannya bersama kekasih, Fouziah memberitahu, perkara itu tidak membebankan fikirannya. Malah, baginya, apa sahaja perkara yang bakal berlaku selepas ini hanyalah seperti angin lalu yang menampar pipi.

"Saya tidak menyesal kerana memperkenalkan calon suami. Baik saya mahupun Zhaf, kami tidak rasa tertekan langsung. Malah, saya bersyukur kerana hubungan ini semakin menunjukkan perkembangan ke fasa lebih baik.

"Lagipun, hubungan ini melalui beberapa peringkat perkenalan, berkawan dan teman rapat. Saya mengenali Zhaf atas tiket rakan perniagaan dan hubungan ini berputik tanpa kami sedari. Lagipun, saya bukan jenis yang suka sorok hubungan. Kalau ada, saya akan beritahu dan jika perkara itu tidak betul, saya nafi kan," katanya yang sudah sedia bergelar isteri.

Kahwin secepat mungkin

Walaupun usia perkenalan itu masih baru, namun Fouziah tidak mahu terlalu lama menunggu untuk disatukan.

Menurutnya, jika diizinkan ALLAH SWT, mereka mahu melangsungkan majlis perkahwinan secepat mungkin.

"Sebenarnya, saya lebih suka bercinta selepas kahwin untuk mengelakkan perkara yang ditegah. Lagipun, tak manis bila kita ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah.

"Insya-ALLAH, kami merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Namun, sehingga kini masih tiada tarikh yang ditetapkan kerana saya masih sibuk di set penggambaran.

"Mungkin selepas habis penggambaran, saya akan tumpukan pada perancangan itu. Namun, perihal majlis, saya masih belum terfikir untuk bertunang dahulu ataupun terus nikah," katanya yang mengakui Zhaf tidak pernah melarang untuk terus berkecimpung dalam industri setelah berkahwin.

Bertanya mengenai kriteria yang ada pada Zhaf membuatkan hatinya tertarik, Fouziah memberitahu, Zhaf seorang yang memahami dan menghormati pendiriannya.

"Sepanjang proses perkenalan kami, dia (Zhaf) sangat profesional dalam kerja dan menghormati saya. Malah, dia amat memahami kehendak saya dan melayan saya dengan cukup baik. Saya dapat rasakan keikhlasannya. Lagipun, dia bukan di kalangan selebriti dan semasa bersamanya, saya tidak rasa saya artis," katanya yang merancang usahakan perniagaan sarang burung bersama selepas kahwin.

Asmara dengan isteri orang

Posted: 11 May 2013 07:19 PM PDT


Asmara dengan isteri orang
Pasangan suami dan isteri orang yang ditahan Penguatkuasa JAIJ Batu Pahat memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.
BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan  selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di  sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di  bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan  tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi  kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi 'memujuk' pasangan terbabit untuk  membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

"Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka  berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam  keadaan mencurigakan.

"Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak  didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

"Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di  dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

"Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran  kepada mereka.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya  sekali," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Aznil Nawawi Kagum Dengan Bakat Aril & Nabil

Posted: 11 May 2013 07:18 PM PDT

Aznil Nawawi kagum dengan potensi yang ada pada Aril dan Nabil.
PETALING JAYA: Pengacara Datuk Aznil Nawawi mahu melihat bidang pengacaraan di negara ini terus mempunyai pelapis yang mampu mengendalikan pelbagai bentuk genre program selain bakat.
Aznil, 51, berkata, sebagai seorang pengacara senior dalam bidang tersebut, beliau sentiasa terbuka dan sedia membantu bagi mencari menyerlahkan supaya terdapat kepelbagaian dalam bidang itu.
"Dalam bidang pengacaraan kita perlukan pelapis yang boleh mengendalikan pelbagai program dan saya sebagai orang lama melihat ada beberapa nama berpotensi untuk menyerlah sebagai pengacara.
"Saya berhasrat untuk membantu mereka ini supaya bakat mereka tidak terhad kepada sesuatu program sahaja," jelasnya kepada mStar Online.
Nabil Ahmad.
Dalam pada itu, Aznil berkata, beliau berpendapat, pelawak Nabil Ahmad dan penyanyi dan pelakon, Aril (AF7) mempunyai potensi besar sebagai pengacara terutama untuk program kanak-kanak.
Jelas Aznil, peluang bekerjasama dengan dua nama itu menerusi program Superstar dan Ceria Popstar terbitan Astro memperlihatkan mereka bijak mengawal situasi dan keserasian bersama kana-kanak sangat ikhlas.
"Bakat Aril dan Nabil sangat menyerlah terutama untuk program kanak-kanak. Itu adalah kelebihan mereka dan sekiranya diberi peluang lebih banyak pasti gaya persembahan mereka akan lebih baik," jelasnya.
Bagaimanapun kata Aznil, bakat Aril dan Nabil tidak boleh hanya diukur menerusi sesuatu genre sahaja sebaliknya masih banyak potensi yang belum diterokai dalam diri mereka berdua.
Aril (AF7).
Dalam perkembangan lain, Aznil memberitahu beliau bakal bertindak sebagai penaung program Ceria Popstar yang bertanggungjawab untuk memimpin para peserta berumur 10 hingga 15 tahun membina keyakinan mereka ketika berada di pentas.
"Saya lebih berperanan sebagai ayah kepada peserta dan akan memastikan segala aspek dan persediaan mereka berada dalam keadaan baik," ujarnya.
Ceria Popstar bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 11.30 pagi di saluran Astro Ceria.

Teduhan Kasih satukan Sherry, Adi Putra dan Shah Iskandar

Posted: 11 May 2013 07:16 PM PDT


Adi Putra dan Sherry
Adi Putra dan Sherry.
MENYUSUL selepas drama Sedetik Cinta yang bakal melabuh tirai minggu depan, sebuah lagi drama adaptasi novel akan menghiasi slot Akasia berjudul Teduhan Kasih.

Drama hasil garapan sutradara Jamal Khan yang mengangkat nukilan skrip daripada Mufi d Shuhaimi ini bakal mengetengahkan pelakon popular seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Drama Teduhan Kasih ini bakal menemui penonton bermula 15 Mei ini pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di saluran TV3.

Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita (Iffa) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang dicintai telah menjalinkan hubungan bersama teman baiknya (Ayu). Lebih menyakitkan ketika terpaksa mengharungi situasi yang sukar, Iffa disahkan mengandung dan terpaksa melindungi kandungannya seorang diri memandangkan dia telah diceraikan Ryzal dan pada masa sama dihalau daripada rumah yang mereka duduki bersama.

Sejak itulah Iffa terpaksa mencari haluan hidupnya sendiri dan perbuatan Ryzal dan Ayu begitu meninggalkan kesan mendalam buat hidupnya.

Sempat menghadiri Jemputan Media Ke Ramah Mesra Teduhan Kasih Rabu lalu, Zass mendapatkan pelakon utamanya berkongsi pengalaman terlibat dalam drama ini dan juga perkembangan semasa mereka.

Sherry Ibrahim gementar

Dua tahun menyepikan diri dari bidang lakonan, kini pelakon Sherry Ibrahim muncul semula menerusi lakonan utama dalam drama ini.

Menurut Sherry, selesai kontrak berkhidmat sebagai pramugari bersama Qatar Airways dia mengambil keputusan untuk kembali mewarnai industri hiburan tanah air.

"Sebenarnya, tawaran lakonan ini datang secara kebetulan ketika saya telah habis kontrak bersama Qatar Airways. Ketika itu saya sedang mencari peluang untuk bekerja dengan syarikat penerbangan lain.

"Atas sebab tidak mahu melepaskan peluang yang datang, saya bersetuju untuk menerima tawaran lakonan ini. Saya amat berterima kasih kepada pengarah dan penerbit kerana beri kepercayaan kepada saya untuk bawa watak utama dalam drama ini," katanya.

Berkongsi pengalaman berlakonan dalam drama ini, Sherry akui dirinya agak gementar berhadapan dengan lensa kamera pada awal sesi penggambaran.

"Maklumlah, sudah lebih dua tahun saya tinggalkan bidang ini. Perasaan gugup itu memang tidak dapat saya elakkan tambahan pula saya diberi watak besar.

"Saya akui masih banyak perkara perlu diperbaiki dalam lakonan saya dan mengharapkan lakonan kali ini akan diterima baik penonton," katanya.

Tidak lagi berhubung dengan Ashraf

Diminta mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengatakan bekas kekasihnya, Ashraf Muslim bakal bernikah lain atas persetujuan isteri pertamanya, Sherry bagaimanapun tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Kata Sherry, sejak berpisah dia tidak pernah berhubung dengan aktor itu.

"Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang mengambil tahu tentang perkembangan gosip. Lagi pun saya sepenuhnya telah 'move on' dan mahu beri perhatian terhadap kehidupan baru saya.

"Soal dia mahu bernikah lagi itu, memang saya tidak tahu apa-apa.

Tapi kalau ditanya pendapat saya, perkara itu adalah hak dia. Lagi pun lelaki boleh berkahwin empat.

"Kalau isterinya telah izinkan, apa salahnya. Tapi terpulanglah pada masing-masing," jelasnya.

Adi Putra janji kelainan

Memegang watak sebagai Ehsan, pelakon tampan, Adi Putra berjanji bakal membawa kelainan menerusi drama ini bagi mengelakkan persamaan karakter dari adaptasi yang pernah digalasnya sebelum ini. Menurutnya, Ehsan adalah seorang lelaki yang sebelum ini tidak pernah mengambil pusing terhadap pasangan hidup dan karakternya lebih menunjuk kepada perbuatan.

"Walaupun tidak pernah mempedulikan tentang masa hadapan, namun itu bukanlah bermakna dia seorang yang jahat, tapi tidak ada sebab untuk dia memikirkan soal itu.

"Sehinggalah dia mengenali Iffa, Ehsan mula berubah setelah perit yang dilalui wanita itu benar-benar meninggalkan kesan terhadap dirinya," jelasnya mengenai karakter yang dibawa.

Katanya lagi, kelainan perlu ada dalam setiap lakonan supaya jalan cerita untuk drama adaptasi ini menjadi lebih segar dan menarik.

"Apa yang saya cuba tonjolkan dalam drama ini adalah dari segi pembawaan watak Ehsan supaya ia nampak seperti individu yang yang berbeza daripada lakonan adaptasi saya yang lain.

"Saya akui walaupun sudah lama berlakon, namun perkara ini sedikit sebanyak beri cabaran yang besar buat saya. Tapi sebagai pelakon, inilah kerja saya," katanya.

Bergelar pengarah

Selain bergelar pelakon, Adi kini sibuk di lokasi filem Suami Aku Ustaz yang dijalankan di Melaka, yang mana buat pertama kali dia juga sebagai pengarah dan bekerjasama dengan sutradara yang tidak asing lagi, Ghaz Abu Bakar.

Kata Adi, mengendalikan tugas pengarah bukanlah mudah dan ini adalah pengalaman berharga buat dirinya yang baru berjinak-jinak menceburi bidang itu.

"Saya akui memang susah untuk mengarah sesebuah filem. Suami Aku Ustaz adalah sebuah filem yang mengangkat kisah percintaan di mana kami mengekalkan elemen islamik dalam jalan ceritanya.

"Cerita ini tidaklah terlalu berat dan sesuai untuk ditonton masyarakat. Saya amat berharap ianya dapat diterima baik oleh orang ramai," katanya.

Shah Iskandar 'kaki pukul'

TERNYATA melakonkan watak antagonis sebagai Ryzal dalam drama ini bukanlah perkara mudah buat pelakon kacak, Shah Iskandar tambahan pula dia harus melakukan perbuatan yang tidak disukainya dalam dunia realiti.

Menurut Shah, adegan memukul isteri yang perlu dilakukannya dalam drama ini antara cabaran besar buat dirinya untuk menjayakan watak dibawa.

"Saya paling pantang bila ada lelaki memukul wanita, tapi dalam drama ini saya perlu lakukannya. Ini adalah satu pengalaman mencabar buat saya.

"Mahu tidak mahu, sebagai seorang pelakon, saya perlu lakukannya dengan baik untuk jayakan drama ini," katanya.

Selain itu, Shah memberitahu, inilah kali pertama dia bekerjasama dengan dua pelakon utamanya, Adi Putra dan Sherry.

"Adi seorang pelakon yang memiliki bakat lakonan yang hebat dan dia juga tidak lokek berkongsi ilmu dan idea sepanjang penggambaran dijalankan.

"Saya senang bekerja dengan mereka dan lakonan kami berjaya meninggalkan impak yang berkesan buat penonton," katanya.

Kahwin di usia 35

Menyentuh mengenai soal peribadi, Shah yang akui dirinya masih belum berpunya. Namun dia meletakan harapan untuk berkahwin di usia 35 tahun.

"Tahun ini umur saya sudah masuk 31 tahun dan mungkin pada umur 35 tahun saya akan berkahwin. Tapi sekarang saya masih lagi single.

"Sekarang ini saya cuba untuk mengenali banyak orang sebab empat tahun itu bukanlah masa yang lama.

"Saya sendiri tidak meletakkan ciri-ciri wanita pilihan saya, asalkan dia memahami kerjaya saya sebagai pelakon dan penampilannya sedap mata memandang itu sudah cukup buat saya," katanya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, selain drama Teduhan Kasih, Shah bakal tampil dengan drama Fira Ayuni untuk slot Samarinda dan Seindah Senyummu bagi saluran TV9.

Ashraf Muslim difitnah

Posted: 11 May 2013 07:15 PM PDT


Ashraf Muslim
Ashraf Muslim
"MAAF ya, dengan rendah diri saya belum masanya untuk saya menjelaskan perkara sebenar. Lagipun orang media buat fitnah pasal saya, jadi lagilah saya akan berdiam diri dan bersabar."

Itulah SMS dari Ashraf Muslim yang diterima pihak Zass berhubung dakwaan dia bakal berpoligami tidak lama lagi dengan kebenaran isteri pertama.

Malah menerusi akaun Twitter miliknya, Ashraf turut meluahkan rasa sama: "Makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah atas kepentingan sendiri. Ingat kita ada ALLAH."

Ashraf menerusi sebuah akhbar sebelum ini, tidak menafikan ke mahkamah atas satu urusan, namun enggan mendedahkan urusan terbabit.

Bagaimanapun, kenyataan seorang wanita yang bernama Sakinah menguatkan lagi desas-desus dia akan berpoligami.

Izzue rahsia pertunangan

Posted: 11 May 2013 07:14 PM PDT


Izzue Islam
Izzue Islam
DALAM diam, bekas anggota Fourteen, Izzue Islam sudah bertunang dengan pengurusnya sendiri yang dikenali dengan panggilan Awin.

Dia yang pada mulanya menafikan perkara itu, akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar melalui sebuah portal online.

"Saya ingin meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan pertunangan kami.

"Bukan mahu berdiam diri tetapi khuatir jika berita ini tersebar, berlaku perkara yang tidak diingini," kata Izzue. yang telah berkenalan selama lima tahun bersama wanita itu.

Difahamkan, perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 2 Jun ini di Shah Alam.

Beego dan Linda Hashim kongsi gambar pra perkahwinan

Posted: 11 May 2013 07:13 PM PDT


Kongsi gambar pra perkahwinan
Beego dan Linda Hashim
HANYA tinggal sebulan lagi, pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim, akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

Ternyata keduanya teruja dengan perkara itu dan bersedia untuk berkongsi berita gembira bersama peminat mereka melalui beberapa keping gambar pra perkahwinan.

Menerusi portal online, Beego meluahkan perasaannya dan kini bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua.

"Saya berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga," ujar Beego.

Pasangan itu bakal bernikah pada 6 Jun ini dan majlis resepsi perkahwinan mereka akan berlangsung dua hari kemudian di ibu kota.

Jojie, Ella tunai umrah

Posted: 11 May 2013 07:11 PM PDT


Jojie dan Ella
Jojie dan Ella
TANGGAL 21 April lalu, Ratu Rock tempatan, Ella bersama keluarganya ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Sepanjang berada di Makkah, Ella dan kakaknya, Jojie sempat merakamkan beberapa gambar menerusi laman sosial masing-masing buat peminat mereka.

Menerusi laman Instagram, Jojie meluahkan rasa kagumnya apabila dapat mengerjakan solat di Masjid Nabawi bersama keluarganya.

"Solat Asar di Masjid Nabawi, Madinah... sangat indah!

"Subhanallah.. Hatiku tenang di sini.. Alhamdulillah ..," kata Jojie.

ALBUM BARU: Kematangan Awi Rafael Dalam 'Asalkan Aku OK'

Posted: 11 May 2013 07:09 PM PDT


Asalkan Aku OK!
PERCATURAN penyanyi Awi Rafael memperkenalkan single Asalkan Aku OK! menerusi album keduanya nyata berjaya memikat hati pendengar dan ligat diputarkan di kebanyakan radio tempatan.
Malah album yang menampilkan sembilan buah lagu itu memperlihatkan kematangan dan sisi 'nakal' Awi dalam berkarya.
Kelebihan penyanyi yang berasal daripada Singapura ini adalah dia bijak bermain dengan penggunaan ayat yang 'catchy' dalam lagu-lagunya sehinggakan ia mudah diingati dan menghiburkan.
Ia kedengaran cukup ringkas tetapi istimewa berbanding lagu-lagu lain sedia ada seperti dalam lagu Asalkan Aku OK, Hari-Hari Ku, Elvis dan Pulanglah memperlihatkan bakat Awi bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi penulis lirik dan komposer.
Sementara itu dalam karya seperti Lebih Berat Dari Syurga, Siapa Yang Sempurna, Dewa dan Satu Peluang Sahaja dihasilkan dengan penuh emnosi dan maksud mendalam.
Ia barangkali antara karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh Awi.
Jujur, menerusi karya keduanya ini, Awi berjaya menyusun perjalanan albumnya itu dengan kemas dan sarat dengan emosi selain diselang-selikan dengna mood ceria dan nakal.

Aeril Zafrel: 'Saya bukan penipu!'

Posted: 11 May 2013 07:07 PM PDT


Aeril Zafrel
Aeril Zafrel
'PERANG' yang tercetus antara Mejar David Teo dan Aeril Zafrel, bagai belum ada titik kesudahannya.

Jika sebelum ini David membidas dengan mengatakan aktor itu tiada otak kerana kenyataan Aeril yang menyatakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan 'cakap-cakap belakang' segelintir pekerja Metrowealth International Group (MIG).

Kali ini, David sekali lagi 'menembak' Aeril dengan mengatakan dia diperdaya aktor berusia 26 tahun itu kerana Aeril memperdayakannya dengan mendakwa ingin mempelajari ilmu agama sehingga mendorong dia menamatkan kontrak pengurusan artis di bawah syarikatnya lebih awal.

Mengakui agak terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan David, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari berkata, dia jadi tertanya-tanya apa niat sebenar bekas majikannya itu.

"Kadang-kadang saya terfikir, apa agenda dia? Adakah dia ingin memburukkan saya? Adakah dia ingin menyuruh orang lain membenci saya? Adakah dia mahu saya perakui segala jasanya?

"Saya tidak menipu. Saya memang keluar MIG kerana ingin mendalami ilmu agama, semuanya gara-gara saya terkena ilmu hitam dan ustaz yang mengubat saya, meminta saya mendalami ilmu agama bagi memastikan saya dapat membina benteng dari ilmu hitam.

"Sebab itulah tahun lalu saya tak banyak berlakon kerana berubat dan mendalami agama. Tiada istilah saya belajar agama untuk menipu dia. Saya nak tanya balik, salah ke niat saya mendahulukan agama?," ujarnya kepada Zass.

Aeril berkata, dia telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak dengan cara betul iaitu memaklumkan sendiri hasrat itu kepada David dan menghantar surat rasmi kepada syarikat.

"Dalam surat itu, saya ada berkata, jika tidak menerima sebarang balasan dalam masa tujuh hari, saya anggap mereka bersetuju. Jadi selepas tujuh hari surat itu diterima, saya tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Jadi saya fikir MIG telah bersetuju dengan keputusan saya dan akhirnya saya bergerak sendiri," jelasnya.

Enggan panjangkan pergaduhan

Aeril berkata, buat masa ini, dia tidak berhasrat untuk bertemu dengan David untuk berbincang segala rasa tidak puas hati, kerana bimbang akan ada pergaduhan lebih besar yang tercetus.

"Sebenarnya saya boleh jika mahu membalas balik dan mendedahkan keburukannya berserta bukti. Tapi guru saya ajar, kalau orang lemparkan kata-kata kesat kepada kita, kita balas dengan kebaikan.

"Saya ambil pengajaran atas segala yang berlaku. Tidak guna untuk marah-marah. Kalau asyik kita saja yang betul, ia tak akan habis juga," ujarnya tenang.

Masih terima tawaran

Menjelaskan isu tawaran berlakon bersama produksi di Hollywood dengan bintang Christina Ricci dan Sharon Stone, Aeril berkata, tawaran itu hanya muncul akhir tahun lalu, selepas dia hampir pulih.

"Mungkin ALLAH SWT turunkan rezeki buat saya, selepas lama tidak berlakon kerana berubat dan belajar agama. Jadi tidak mungkin saya tolak rezeki dan peluang sebegitu," katanya.

Aeril berkata, selain itu, dia juga sedang dalam persiapan untuk memasuki set penggambaran filem Tujuh arahan Raja Mukhriz tidak lama lagi.

Katanya, filem tersebut mengisahkan sekumpulan remaja pada 1970-an yang pergi ke sebuah pulau dan melalui episod mengerikan.

"Saya ada juga menerima beberapa tawaran lain, tetapi masih belum pasti. Jadi tidak perlulah saya berkongsi dahulu," katanya yang mungkin akan terbang ke Hollywood sekitar penghujung Jun ini.

Siti Nurhaliza Bakal Lancar Wangian Di Negara Timur Tengah

Posted: 11 May 2013 07:06 PM PDT

Siti bakal melancarkan tiga rangkaian wangian jenama SimplySiti di negara Timur Tengah pada Oktober depan.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan usahawan, Datuk Siti Nurhaliza bakal melancarkan rangkaian tiga wangian terbaharu daripada SimplySiti ke negara Timur Tengah menjelang Oktober depan.
Siti, 34, berkata, perancangan itu dibuat selepas meneliti pasaran minyak wangi di sana selain yakin produk keluaran tempatan dapat diterima masyarakat antarabangsa.
"Alhamdulillah sudah ada pengedar yang berminat untuk mengedarkan tiga rangkaian wangian terbaharu SimplySiti dan Insya Allah jika semuanya berjalan dengan baik produk berkenaan akan berada di pasaran pada Oktober depan," jelasnya kepada mStar Online.
Siti ditemui pada majlis pelancaran wangian terbaharu khusus buat lelaki iaitu HIM di AEON AU2 Keramat di sini pada Sabtu.
Selain HIM, SimplySiti juga turut memperkenalkan tiga lagi wangian untuk wanita iaitu HERS dan MISS.
Dalam pada itu, Siti berkata, buat permulaan syarikatnya akan memperkenalkan rangkaian wangian HERS untuk pasaran negara Timur Tengah yang dikeluarkan dalam tiga bau iaitu Elegance, Liberte dan Vogue.
Tambah Siti, selain wangian pihaknya juga akan melancarkan produk lain dibawah jenama sama di sana namun memberikan tumpuan kepada minyak wangi.
Sementara itu, Siti berkata, beliau juga berhasrat untuk melancarkan produk SimplySiti ke Indonesia dan telah pun melakukan kajian terhadap pengguna di negara itu.
Jelas Siti, bukan mudah untuk menembusi pasaran sesebuah negara kerana perlu mengkaji terlebih dahulu kehendak dan keperluan pengguna di sesebuah tempat sebelum memperkenalkan produk tersebut.
"Pasukan pemasaran telah pun membuat kajian di sana dan nampaknya bukan mudah untuk menembusi pasaran di Indonesia kerana banyak faktor yang perlu diambil kira terutamanya kehendak mereka terhadap sesuatu produk itu.
"Bagaimanapun sebagai usahawan kita akan berusaha untuk memenuhi permintaan hasil daripada kajian yang dilakukan dan Insya Allah jika semuanya berjalan lancar produk SimplySiti akan memasuki pasaran Indonesia," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Siti berkata, bagi menjalankan aktiviti promosi wangian terbaharu SimplySiti, beliau juga telah merakamkan sebuah lagu berjudul Lebih Indah.
"Klip video itu nanti akan mengisahkan mengenai seorang lelaki dan dua wanita dalam hidupnya dan selain mempromosikan produk Simplysiti ia juga lagu khas buat peminat," katanya.

Khalwat: 'Kami tak buat apa-apa lagi'

Posted: 11 May 2013 07:02 PM PDT


Khalwat: 'Kami tak buat apa-apa lagi'
Remaja lelaki yang ditahan bersama pasangannya memberikan pelbagai alasan untuk mereka melepaskan diri.
BATU PAHAT - Seorang pemuda memberi alasan tidak sempat untuk pulang ke rumah selepas bersia-siar sekitar bandar ini ketika ditahan bersama pasangannya di sebuah rumah tumpangan, semalam.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, pemuda berusia 20an berkenaan ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama seorang wanita yang didakwa kawannya lingkungan usia sebaya.

"Betul ustaz! Kami baru saja masuk dan kami tak buat apa-apa lagi. Saya hanya temankan dia," katanya cuba memujuk anggota  operasi daripada mengambil tindakan ke atasnya dan pasangan.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pemuda  berkenaan memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada ditahan pihaknya.

Menurutnya, ketika pemuda itu sibuk memberi pelbagai alasan, pasangannya hanya mendiamkan diri dalam ketakutan.

"Pemeriksaan mendapati pasangan ini masih belum mempunyai ikatan perkahwinan dan juga berada dalam keadaan yang mencurigakan iaitu berkurung.

"Alasan yang diberikan antaranya menemani pasangannya tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan diberikan, mereka masih belum mempunyai ikatan sah.

"Lelaki berkenaan yang berasal dari daerah ini, turut memberi alasan mereka mempunyai hubungan yang serius dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit  ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses  dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

"Jika sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Terpijak bom lama

Posted: 11 May 2013 07:02 PM PDT


Terpijak bom lama
Unit Pemusnah Bom sedang melakukan siasatan dan bersedia memusnahkan bom kedua pada jam 12.05 tengah hari.
Terpijak bom lama
Dua butir bom dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui dua pekerja kontrak di Ipoh Cargo Terminal, semalam.
IPOH – Kejutan besar menyelubungi dua pekerja kontrak apabila dimaklumkan dua bongkah besi buruk yang dicampak ke dalam lori sebenarnya dua biji bom lama yang dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua, semalam.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua pekerja berkenaan melakukan kerja-kerja menaik taraf Ipoh Cargo Terminal Sdn Bhd di Jalan St John, di sini dan nyaris menyebabkan nyawa mereka melayan apabila salah seorang terpijak bom berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ipoh Cargo Terminal, Sabtiah Abu Kassim berkata, dia dimaklumkan oleh dua pekerja berkenaan berhubung kejadian.

"Kerja-kerja mengorek tanah dilakukan pada jam 9 pagi dan saya dimaklumkan, salah seorang pekerja telah terpijak bongkah yang disangka besi buruk dan mencampakkannya masuk ke dalam lori.

"Pemandu jengkaut yang mempunyai pengalaman menemui bom di kawasan sama telah menyedari bongkah besi itu adalah dua biji bom terus memaklumkan saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kejadian terus dilaporkan kepada polis yang kemudiannya datang dan mengesahkan dua bongkah besi berkenaan adalah bom lama.

Tambahnya, pada tahun 2000, sebiji bom berukuran lebih besar pernah ditemui di kawasan sama dan pengalaman berkenaan membolehkan pemandu jengkaut berkenaan mengenal pasti dua biji bom yang baru dijumpai.

"Dengan penemuan dua biji bom itu, kami nasihatkan pekerja-pekerja kontrak untuk lebih berhati-hati ketika menjalankan kerja naik taraf.

"Saya percaya lokasi ini pernah menjadi lokasi tentera Jepun sebelum terminal dibina pada November 1989," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah dihantar ke lokasi berkenaan bagi memusnahkan bom yang dijumpai.

"Kedua-dua bom berkenaan berjaya dimusnahkan pada jam 11.30 pagi dan 12.05 tengah hari. Bom berukuran 0.3 meter itu diletupkan oleh unit khas bagi memastikan keselamatan pekerja," katanya.

Bergelut dalam bilik tidur

Posted: 11 May 2013 07:00 PM PDT


Bergelut dalam bilik tidur
Jehari menunjukkan hidungnya yang masih bengkak.
Bergelut dalam bilik tidur
Hafiz Khalish menunjukkan kesan jahitan di kepala datuknya.
Bergelut dalam bilik tidur
Jehari menceritakan kembali detik cemas dihadapinya kepada cucunya, Hafiz Khalish Mokhtar (kanan) dan Mohd Na'imullah Mokhtar.
KUALA TELEMONG - "Ketika bergelut, tiba-tiba kepala pakcik dipukul objek keras keras hinggakan badan dipenuhi darah. Pakcik juga ditumbuk di bahagian muka dan dicekik ketika cuba mempertahankan diri," cerita Jehari Ahmad, 77.

Menceritakan kejadian disamun seorang lelaki bertopeng di rumahnya di Kuala Telemong, kira-kira jam 2 pagi malam kelmarin, warga emas itu bukan sahaja kerugian wang tunai kira-kira RM12,000 tetapi turut menerima 10 jahitan di kepala dan patah tulang hidung.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak empat tahun lalu baru sahaja melelapkan mata sebelum secara tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu lalu bingkas bangun.

"Pintu bilik tidur pakcik separuh cermin. Mulanya, pakcik terfikir mungkin terlupa menutup televisyen kerana ternampak cahaya dari arah ruang utama rumah sebelum ternampak kelibat seseorang berjalan melintasi pintu bilik.

"Pakcik terus membuka suis lampu utama rumah yang terletak dalam bilik tidur lalu menjenguk untuk melihat keadaan," katanya.

Didatangi lelaki bertopeng

Jehari berkata, secara tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki bertopeng yang sebelum itu dipercayai telah bersembunyi di satu sudut dalam rumahnya.

"Lelaki terbabit turut memegang parang. Pakcik cuba mempertahankan diri dan berlaku pergelutan kira-kira 20 minit.

"Kami bergelut dalam bilik tidur pakcik dan ketika itu, pakcik turut dicekik beberapa kali serta ditumbuk di bahagian muka," katanya.

Menurutnya, ketika itu dia masih mampu melawan tetapi setelah kepalanya dipukul objek keras beberapa kali menyebabkan dia semakin lemah.

"Pakcik dapat rasakan darah menitis dan mengalir sehingga memenuhi tubuh serta kain pelikat yang dipakai. Disebabkan keadaan lemah, pakcik hanya mampu melihat penyamun terbabit menggeledah bilik," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri dipercayai terjun daripada pintu utama dapur.

Jalan kaki 200 meter

"Pakcik sempat mengambil parang dalam bilik dan melibas penyamun terbabit tetapi tidak kena, sebaliknya terkena tiang seri sebelum dia lari. Walaupun pakcik menjerit meminta tolong, namun tiada yang mendengarnya.

"Hanya selepas itu, dengan keadaan berlumuran darah, pakcik berjalan kaki kira-kira 200 meter ke rumah anak, Mazlan, 40-an di Kampung Lubuk Batu untuk meminta tolong," katanya.

Jehari berkata, berikutan kecederaan dialaminya, dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Telemong dan menerima 10 jahitan di kepala.

"Pakcik buat laporan polis di Balai Bolis Kuala Telemong kira-kira jam 5 pagi dan seterusnya ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.

"Wang tunai tersebut sebenarnya untuk digunakan bagi kerja mengubah suai rumah dan tidak menyangka kejadian ini pula yang berlaku walaupun telah mengambil langkah dengan menyimpan duit tersebut di beberapa tempat berasingan," katanya.

Pencuri masuk ikut tingkap

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal dipercayai suspek memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap nako di bahagian dapur.

Menantu Jehari, Mokhtar Che Awang, 55, berkata, buat masa ini ayah mertuanya itu akan tinggal di rumahnya di kawasan Rumah Awam Kos Rendah Kuala Telemong.

"Ayah akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Khamis depan," katanya.

'Isabella' Armand, Amy

Posted: 11 May 2013 06:57 PM PDT

ARMAND MAULANA (kanan) mengenali nama Amy melalui lagu Isabella sewaktu dia masih remaja. Armand dan Gigi mula terkenal di Malaysia melalui lagu Terbang dan album Kilas Balik.


"SAYA harus pakai lampin kalau menyanyi seperti Amy," kata vokalis Gigi, Armand Maulana sewaktu diminta menyanyi gaya Amy Search oleh pengacara program Sejam Lebih Dekat di saluran TV One, Jakarta, Indonesia.
Benar dakwaan ramai bahawa muzik itu mampu mendamaikan dua pihak, juga sebuah tanda penyatuan. Di saat gejolak berlaku dalam dunia lain seperti politik dan bola sepak, muzik bertindak sebagai gagasan yang merapatkan perpecahan. Lagu Isabella adalah penyatuan mereka.
Walaupun kedua-dua penghibur ini berbeza tanah air namun mereka bersatu langit seni ini. Mereka bertemu buat kali pertama pada tahun 1999. Waktu itu, grup Gigi kelahiran Jakarta hadir ke Malaysia untuk tujuan promosi dan mengadakan persembahan. Gigi ketika itu baru berusia lima tahun sementelah Amy sudah mengharumkan nama di Malaysia dan Indonesia bersama Search selama 18 tahun.
Program televisyen yang berlangsung selama satu jam pada 16 April lalu membuatkan Gigi yang terdiri daripada Armand, Dewa Budjana, Gusti Hendy dan Thomas Ramdhan berpelukan, bersalaman dengan Amy di pentas selaku sahabat dan anak muzik.
Pencinta dan penggerak muzik ini berinteraksi dengan asyik, hangat dan akrab. Tidak dibuat-buat dan itulah magisnya seni yang menyatukan. Penghargaan dan minat terhadap Amy vokalis Search lahir jujur daripada reaksi dan senyuman gembira mereka.
Bicara sang vokalis
Seiring perjalanan kehidupan muzik itu sendiri, pelbagai trend datang dan pergi, namun persamaan antara Amy dan Gigi teguh. Mereka tetap berada dalam peringkat kekuatan dan pengaruh yang tersendiri, muzik dengan bunyi yang mengalami evolusi secara bertahap.
Penulis memberi titik fokus kepada temu ramah Amy dan Armand selaku vokalis dua buah grup yang cukup besar di negara masing-masing. Tidak hanya itu nama grup Gigi harum di Malaysia dan Search seperti yang semua maklum ialah pemecah muzik rock di Indonesia.
"Saya melihat Armand sebagai seorang vokalis yang cukup peramah. Muzik Gigi juga bagus, moden," kata Amy yang melihat Gigi antara grup kelahiran Indonesia yang cukup mengagumkan.
Apabila ditanyakan tentang Amy daripada kaca mata Armand, dia menjawab: "Buat saya kalau seseorang namanya boleh bertahan sampai bertahun-tahun dan tetap terjaga dengan baik, bererti dia orang yang konsisten. Lebih daripada itu, dia juga seorang yang sangat hebat."
Ujar Armand atau nama sebenarnya Tubagus Armand Maulana. Dia mengenali Amy sewaktu dia masih remaja. Waktu itu lagu Isabella berkumandang meriah di Indonesia.
Kedua-duanya belum pernah bekerjasama namun mengharapkan magis itu terjadi. Dalam sesi 'kolaborasi' kali ini mereka berbicara topik vokalis seksi, ulang tahun grup serta makna angka dalam hidup mereka.
Hayat grup
Setiap kali menjelang ulang tahun grup, apa yang terlintas dalam kepala kalian?
AMY: Lama perjalanan itu dan masuk ke angka 32 tahun. Saya selalu fikir untuk buat konsert yang lebih bagus daripada sebelum ini. Konsert adalah pernyataan yang besar. Kerap juga saya terfikir bagaimana mahu buat peminat beli tiket untuk menonton Search. Mahu didik mereka untuk konsert berbayar.
ARMAND: Tahun ini pada tarikh 22 Mac lalu, Gigi masuk ke angka 19 tahun. Apa yang saya fikirkan adalah untuk membuat sesuatu yang besar tetapi belum pernah dilakukan pada acara ulang tahun sebelum ini.
Perubahan paling besar yang dirasakan dalam Search/ Gigi buat Amy/ Armand sejak 32/19 tahun lalu?
AMY: Saya tidak boleh lupa tentang revolusi dalam konsert. Ada satu ketika di mana di seluruh dunia, semua grup buat konsert 'reunion.' Search juga muncul dengan konsert reunion di Stadium Merdeka dan penerimaannya di luar jangkaan. Itu sebuah perubahan.
ARMAND: Saya menjadi lebih dewasa dalam memandang dunia muzik.
Boleh ceritakan transisi daripada keinginan menjadi vokalis sebuah grup hingga kini menjadi salah seorang vokalis popular yang disegani di Indonesia dan Malaysia.
AMY: Dahulu memang berangan untuk jadi vokalis yang tidak akan dilupakan orang. Sukar untuk mempercayai kembali bahawa kini saya boleh menjadi seorang vokalis yang terkenal dalam industri. Bukan hanya di Malaysia tetapi di Indonesia juga saya rasa dihargai. Sewaktu pergi ke Indonesia pada hujung tahun 1989, saya tidak pernah terfikir tentang kegilaan orang terhadap saya seperti di waktu itu. Malah Isabella menjadi sebuah fenomena dan mengubah muzik Indonesia yang ketika itu cenderung jazz. Isabella ialah pernyataan terbesar Search untuk Indonesia.
ARMAND: Wow, mudah sahaja buat saya. Buatlah sejujur mungkin dengan sepenuh jiwa. Insya-Allah orang akan menghormatinya.
Usia dan vokal
Apakah tafsiran usia untuk buat kalian?
AMY: Bagi saya, usia menandakan bahawa perjalanan sudah sampai ke penghujung. Saya tidak tahu bila, tetapi makin lama waktu makin singkat. Banyak perkara yang perlu dilepaskan. Kita tidak boleh beradaptasi dengan perkara yang sama dan perlukan perubahan persekitaran.
ARMAND: Buat saya angka terbahagi kepada tiga. Pertama ialah usia sebenar iaitu umur secara angka yang akan bertambah. Umur ini tidak boleh kita tolak kerana ini harus terjadi sampai Allah membawa kita. Kedua, umur cara hidup iaitu bagaimana kita mahu hidup sihat atau tidak. Boleh sahaja manusia angka usianya panjang tetapi cara hidupnya tidak sihat, dia akan sakit-sakit selama hidupnya. Kalau cara hidupnya sihat walaupun angka usianya pendek, dia akan hidup sihat dan segar sepanjang usia. Tetapi kebanyakan manusia yang cara hidupnya sihat, usianya akan panjang. Ketiga, umur dalam fikiran kita selalu positif. Insya-Allah akan berumur panjang.
Sering diberikan jolokan seksi (sebagai lelaki dan vokalis), bagaimana penerimaan kalian?
AMY: Bila menyanyi, saya adalah diri saya. Itulah Amy dan kalau berfesyen perlu berbeza daripada hari biasa. Saya tidak pernah rasa seksi atas pentas. Kalau khalayak rasa begitu, okey selagi tidak memudaratkan. Bagi saya, bakat dan suara ialah kurniaan Allah. Jika orang suka, itu juga kerja Tuhan, Yang penting ialah kejujuran. Perlu ada rasa dan perasaan dalam nyanyian.
ARMAND: Saya cuma boleh kata Alhamdulillah (tertawa).
Bagaimana melihat dunia daripada kaca mata sekarang? Bagaimana pula menepis segala godaan dunia hiburan?
AMY: Jujurnya, dunia 'show business' sekarang makin mencabar. Siri jelajah selepas pelancaran album sudah susah untuk dapat. Industri agak teruk kerana tidak banyak persembahan dan sukar mendapatkan artis baharu yang mampu dapat menarik penonton dalam jumlah yang besar. Belum ada artis yang mampu menjadi magnet menarik penonton. Tentang godaan, semua tergantung diri sendiri. Dosa dan pahala, kita yang pilih tidak kiralah dalam dunia hiburan atau tidak. Jangan ambil kesempatan atas kedudukan dan perlu beringat agar tidak sombong dan bongkak. Saya sering ingatkan diri sendiri semua ini Allah yang beri.
ARMAND: Dunia hanya sementara. Maka untuk menepis godaan itu, saya selalu berfikir bahawa dunia ini hanya sementara. Alhamdulillah, saya boleh menepis godaan itu. Walaupun ada sesekali saya tergoda tetapi Alhamdulillah dan insya-Allah saya boleh kembali lagi dan berbuat baik dengan semua pihak.

Sein jual filem di Cannes

Posted: 11 May 2013 06:55 PM PDT

SEIN


DI pawagam, filem Langgar yang ditayangkan sejak 11 April lalu sudah berjaya catat jualan tiket lebih RM1.6 juta. Itu belum masuk harga jualan ke Astro First. Untuk filem pertama arahan Syed Hussien atau Sein, Diva kira Langgar tidaklah gagal.
Satu benda yang Diva dapat tahu, khabarnya esok Sein bersama beberapa rakan pelakon dan penerbit akan terbang ke Cannes, Perancis. Mereka bakal sertai Festival Filem Cannes 2013 yang bermula dari 13 hingga 26 Mei ini. Kedengarannya hebat sungguh!
Diva risik-risiklah tanya siapa lagi yang akan bersama-sama Sein ke Cannes. Katanya Sein ke sana bersama rakan baiknya seperti Aqasha dan Zain Hamid serta Pengarah Urusan dan penerbit di Camwerk Studio. Dengarnya, delegasi itu bukan sekadar mahu tengok festival besar itu tapi mereka bawa hasrat besar mahu mencari jalan untuk jual dan menembusi pasaran filem antarabangsa dalam satu pameran perfileman yang diadakan di sana.
FILEM LANGGAR


Bukan sahaja nak jual Langgar, delegasi itu turut membawa judul-judul lain seperti, Psiko: Pencuri Hati terbitan Filemecca Studio dan Claypot Curry Killers.
Diva doa-doakan semoga inisiatif Sein dan rakan-rakannya itu akan berhasil. Semangat macam itulah yang peminat filem tanah air mahukan, kalau tak cuba belum tahu.
Diva: Apa kena dengan Sharifah Sakinah, pasal-pasal kena kutuk.

Masuk TV kenakan orang

Posted: 11 May 2013 06:55 PM PDT

RAY (berdiri di belakang) dan Haniff (depan) sekali lagi berkolaborasi. Kali ini mereka mendapat mandat penuh sebagai pengacara sebuah program 'prank' peserta berjudul Frust Gila di Astro Warna.


MULA-MULA ada sasaran ditentu berdasarkan maklumat daripada seorang dalang, sasaran kemudiannya diberikan satu ujian dan dijanjikan hadiah lumayan. Pada akhir setiap episod barulah semuanya dijelaskan bahawa dirinya telah dipermainkan. Kecewa atau tidak, itulah konsep yang akan disaksikan dalam sebuah program baharu yang diberi judul Frust Gila.
Secara kasar, Frust Gila tak ubah seperti Wakenabeb, Kan Dah Kena, Bang Bang Boom dan Terkono yang pernah disaksikan sebelum ini. Pendekatan Frust Gila seperti mengitar semula adegan dalam Kandid Kamera, Punkd dan Just For Laugh dari luar negara.
"Memang ia kedengaran sama dengan program Wakenabeb atau sebagainya tapi kelainan program ini ialah kami menjanjikan hadiah lumayan seperti percutian mewah di luar negara.
"Kami buat macam sebuah gameshow yang betul-betul. Tiga orang peserta akan bersaing pada setiap episod dan seorang daripada mereka akan mara ke peringkat akhir. Apabila sudah menang, barulah kami sebagai hos sebenar program itu akan keluar daripada persembunyian. Maka terbongkarlah bahawa semua permainan dan hadiah itu gurauan semata-mata. Yang pasti, kami nak dengar perkataan 'frust gila' dijeritkan oleh mulut pemenang tadi," ujar Ray sambil ketawa.
Penyampai slot JOHARA di radio Era itu tidak hadir sendirian. Kelibat Ray atau nama sebenarnya Shah Reza Mohd. Shah, 34, tidak lengkap tanpa Haniff, 29. Sementelah Haniff wajah wajib dalam Frust Gila yang akan sama-sama membuat onar dan mengenakan dan menghancur impian pemenang dalam program itu.
"Rasanya kami mendapat peluang ini kerana sifat kami yang memang nakal. Suka bergurau, tukang usik orang dan kalau dalam keluarga, kamilah orang paling nakal. Semasa bersama di XFM, kami agak bebas di konti, tapi dari situ pengurusan nampak keserasian kami yang disukai pendengar. Bila masuk ke Era juga begitu.
"Sekarang, kami semacam naik pangkat sedikit apabila diberikan peluang untuk kendalikan program televisyen sendiri pula. Selama ini kami diselitkan dalam program orang lain. Pertama kali muncul, kami jadi penyibuk dalam program Diari Akademi Fantasia bersama Sarimah Ibrahim, Maharaja Lawak dan beberapa program lain," sampuk Haniff, 29 yang agak kekok berdepan kamera untuk rakaman program televisyen.
Hampir lima tahun bekerjasama bermula daripada Skuad Era, kemudian bertukar dari XFM ke Era FM, Haniff dan Ray kini antara regu penyampai radio yang semakin dikenali, bukan sahaja suara bahkan turut menjual wajah ke skrin televisyen.
"Penyampai radio masuk ke televisyen rasanya satu trend. Kawan-kawan dari stesen radio lain pun sama. Itu situasi menang-menang. Apabila penyampai radio itu dikenali pula sebagai pengacara di televisyen, pengaruhnya akan balik ke stesen radio juga," jelas Ray.
"Kami sendiri, apabila serius dalam bidang hiburan ini, kena ada banyak cabang. Selain buat kerja di radio dan televisyen, kami juga buat kerja pengacaraan untuk di majlis-majlis luar," celah Haniff spontan.
Mungkin tidak banyak kelainan atau menjanjikan sebuah program yang berimpak besar, namun keyakinan penerbit menonjolkan kolaborasi mereka dalam 13 episod itu sudah satu bonus atas kerja keras selama ini.
"Kami bukan selebriti pun, kami naik dari bawah. Semasa jadi Skuad dahulu, kami buat kerja berat, angkat barang dan pasang banner keliling majlis. Sebab itu bila diberikan peluang begini kami bersyukur dan seronok dengan kerja," jelas Ray.
Frust Gila memasuki episod pertama pada 27 Mei nanti di saluran Astro Warna setiap Isnin pukul 10.30 malam.

10 pemenang peraduan Warkah Buat Ibu 2 dipilih

Posted: 11 May 2013 06:51 PM PDT


KATHERINE (barisan kedua tengah) bersama Lokman (barisan belakang tengah) bergambar bersama para pemenang peraduan Warkah Buat Ibu 2 anjuran Resorts World Genting
di Awana Kijal Terengganu, Kemaman malam tadi.


Kemaman – Seramai 10 pemenang bertuah telah dipilih sebagai pemenang peraduan Warkah Buat Ibu 2 anjuran Resorts World Genting (RWG) dengan kerjasama akhbar Kosmo!.
Dengan kemenangan itu, peserta bersama ibu dan dua ahli keluarga masing-masing dibawa menikmati percutian selama tiga hari dua malam di Resorts World Kijal, di sini semalam.
Peraduan yang dianjurkan buat kali kedua ini bermula pada 1 April hingga 2 Mei lalu.
Peserta dikehendaki menghantar dan memuat naik warkah kreatif di Facebook RWG mengikut lima tema yang ditetapkan tidak melebihi 200 patah perkataan.
Menurut Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG, Katherine Chew, pihaknya telah menerima lebih 250 penyertaan dan pemenang telah dipilih berdasarkan kreativiti dan undian yang tertinggi di Facebook RWG.
"Sambutan pada kali ini sangat menggalakkan. Kami bukan sahaja menerima penyertaan daripada golongan muda, tetapi juga mereka yang berusia 59 tahun.
"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar Kosmo! yang sentiasa membantu mempromosikan peraduan dan resort kami," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.
Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan tempat pertama dimenangi oleh Shamsul Mustaffa Mohd. Kamal, 55, manakala tempat kedua, Siti Nurulhidayah Zainal, 25, dan ketiga menjadi milik Tan Liong Hong, 18.
Foo Wei Ling, 32, pula memenangi Anugerah Pilihan Ramai Warkah Buat Ibu 2 dengan undian melebihi 4,000.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman dan Pengurus Besar Resorts World Kijal, Noorazzudin Omar.

Letupan bom sasar calon pilihan raya ragut 11 nyawa

Posted: 11 May 2013 06:49 PM PDT

ORANG ramai berkumpul di lokasi serangan bom Taliban di Karachi semalam yang mengorbankan 11 orang dan mencederakan 36 yang lain. Serangan itu menyasarkan seorang calon Parti Kebangsaan Awami, Amanullah Mehsud.


KARACHI, Pakistan - Satu serangan bom oleh kumpulan Taliban yang menyasarkan seorang calon pilihan raya telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 36 lagi cedera di sini, kata seorang doktor.
Pilihan raya umum Pakistan berlangsung semalam.
Menurut polis, serangan tersebut disasarkan ke atas seorang calon Parti Kebangsaan Awami (ANP), Amanullah Mehsud untuk kerusi wilayah Sindh.
Namun, seorang jurucakap polis, Mazhar Nawaz berkata, Amanullah sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Menurut perangkaan agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 130 orang terkorban dalam beberapa serangan berani mati dan letupan sejak pertengahan April lalu.
Pilihan raya itu menyaksikan persaingan antara dua parti berpengaruh di Pakistan, Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.
Lebih 600,000 anggota keselamatan ditugaskan untuk melindungi pusat mengundi dan pengundi yang dianggarkan seramai 86 juta di seluruh negara tersebut.

Kereta pertama John Lennon dilelong

Posted: 11 May 2013 06:45 PM PDT


FERRARI 33 GT coupe tahun 1965 ini dibeli oleh John Lennon pada harga AS$9,984 selepas lulus ujian memandu pada usia 24 tahun.


LONDON - Kereta pertama penyanyi kumpulan legenda The Beatles, John Lennon (gambar) iaitu sebuah Ferrari 330 GT coupe tahun 1965 akan dilelong pada acara Goodwood Festival of Speed di Chichester, England Julai depan.
Nilai lelongan kereta itu dijangka mencecah AS$337,950 (RM1 juta), kata rumah lelongan Bonhams.
Bintang pop itu membeli Ferrari berwarna biru tersebut selepas lulus ujian memandu pada awal tahun 1965 ketika kumpulan muzik popular Britain tersebut merakamkan lagu hit Ticket to Ride.
Lennon yang pada ketika itu berusia 24 tahun membeli Ferrari tersebut pada harga AS$9,984 (RM29,817). Kereta itu digunakan selama tiga tahun sebelum ia dijual.
Cat biru asal Ferrari itu dikekalkan bersama plat pendaftaran asal. Ia turut dijual bersama dokumen yang membuktikan sejarahnya dengan Lennon.
Jelas Bonhams lagi, Lennon memilih Ferrari berbanding Maserati, Aston Martin dan Jaguar E-types selepas pengedar kereta-kereta mewah tersebut pergi ke rumahnya di selatan England setelah mengetahui penyanyi itu lulus ujian memandu.

Makan pucuk ubi dengan roti

Posted: 11 May 2013 06:22 PM PDT

RENDANG pucuk ubi Mak Long Timah dijual pada harga RM8 untuk 100 gram.


SEBUT sahaja ubi kayu, pasti mereka yang pernah hidup pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1940-an amat menghargai nostalgia makanan popular tersebut.
Disebabkan kesempitan hidup pada era tersebut, ubi kayu menjadi makanan utama sebagai pengganti nasi. Biarpun ada yang menganggap ubi kayu makanan golongan miskin, ia memiliki khasiat yang banyak.
Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz ialah tumbuhan tropika dan subtropika daripada keluarga Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat manakala daunnya boleh dijadikan sayur.
Ubi kayu berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Populariti ubi kayu telah mendorong sebuah syarikat bumiputera, Innova Food Industries mengkomersialkan makanan tradisional Negeri Sembilan iaitu rendang pucuk ubi bagi memenuhi permintaan penggemar makanan kampung itu.
Walaupun berlainan dari segi pembungkusan, jenama Rendang Pucuk Ubi Mak Long Timah tetap mengekalkan rasa rendang tradisi yang menyelerakan. Ia didatangkan dalam dua perisa iaitu udang dan ikan bilis.
Malah masakan rendang yang popular di Malaysia dan Indonesia ini juga telah diiktiraf oleh sisipan pelancongan CNN Go pada tahun 2011 sebagai 50 masakan terlazat di dunia. Ia sering dihidangkan ketika perayaan dan sambutan acara tertentu.
Tahan lama
PERALATAN moden digunakan bagi mempercepatkan proses memasak rendang pucuk ubi yang memakan masa selama enam jam.


Bercerita lanjut, Pengurus Operasi Innova Food, Mohd. Fadzil Mohd. Isa memberitahu, resipi rendang pucuk ubi keluaran syarikatnya itu merupakan resipi turun-temurun daripada ibunya.
"Pada mulanya kami hanya memasak rendang pucuk ubi ini untuk dimakan sendiri selain memasarkannya secara kecil-kecilan di restoran kepunyaan ibu yang terletak di pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.
"Ketika itu kami hanya meletakkan rendang pucuk ubi di dalam bekas plastik sebelum mendapat idea untuk mengkomersialkannya kira-kira setahun yang lalu.
"Untuk tujuan itu, kami tampilkan rendang pucuk ubi di dalam bungkusan yang menarik dan senang dibawa ke mana sahaja termasuklah ke luar negara. Produk ini sedia dimakan begitu sahaja," ujarnya ketika ditemui kru Jurnal di kilang memasaknya di Kampung Tembun, Jelebu.
Tambah Mohd. Fadzil, keunikan produk keluaran syarikatnya itu terletak pada pengekalan kualiti masakan rendang itu sendiri selain tahan lama. Rendang pucuk ubi itu terdapat dalam perasa pedas, sederhana pedas dan asli.
"Setakat ini, belum ada syarikat lain yang mengeluarkan produk makanan tradisional seperti ini. Untuk itu, kami mengambil inisiatif mengkomersialkan produk ini yang sememangnya sudah mempunyai penggemar.
"Dengan harga RM8 bagi 100 gram, rendang pucuk ubi ini sesuai dimakan bersama nasi, lemang, ketupat, roti dan kuih-muih. Ia juga boleh dipanaskan semula untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.
"Proses memasak rendang pucuk ubi ini mengambil masa selama enam jam bermula dengan proses penyediaan bahan mentah, memasak, menimbang dan membungkus. Pada kebiasaannya, kami akan memasak pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.
"Setelah siap dimasak, ia disejukkan terlebih dulu sebelum dibungkus," jelasnya yang mengusahakan produk itu bersama adik-beradiknya yang lain.
Menurut Mohd. Fadzil, setiap sukatan perlu tepat bagi mengekalkan rasa asli rendang pucuk ubi resipi ibunya yang sememangnya sudah terkenal di sekitar Jelebu.
"Apabila sebut sahaja rendang pucuk ubi Mak Long Timah, pasti ramai yang mengetahuinya. Kami menggunakan daun pucuk ubi pulut kerana rasanya yang lebih sedap berbanding daun pucuk ubi batang merah yang biasanya dijadikan ulam itu.

RENDANG pucuk ubi Mak Long Timah mula dikomersialkan pada tahun lepas.


Makanan sejuk beku
"Kami tidak menggunakan bahan pengawet dalam penyediaan produk ini, jadi kami kena pastikan rendang pucuk ubi ini benar-benar kering supaya ia tahan lama.
"Jika dahulu kami menggunakan kaedah manual dengan memasaknya menggunakan kuali dan mengacaunya seperti dodol tetapi seiring dengan perkembangan teknologi, kini kami menggunakan peralatan moden bagi membantu mempercepatkan proses memasak.
"Dalam seminggu, kami berjaya memproses sebanyak 100 kilogram (kg) daun pucuk ubi bagi menampung tempahan sebanyak 5,000 peket sebulan," ujarnya sambil memberitahu, proses memetik daun pucuk ubi sahaja mengambil masa satu hingga dua jam kerana dilakukan secara manual.
Jelasnya, bagi memastikan bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi, mereka mengambil inisiatif dengan menanam sendiri kira-kira 5,000 pokok ubi kayu di tanah seluas 0.4 hektar di belakang rumah.
"Pasaran produk ini sangat luas. Untuk itu, kami memerlukan bekalan bahan mentah yang mencukupi.
"Selain menanamnya di belakang rumah, kami turut memperoleh bekalan daripada pengusaha ubi kayu dan peniaga di pasar-pasar tani.
"Kami juga sedang berusaha melaksanakan projek tanaman ubi kayu secara menyeluruh di kawasan sekitar Simpang Durian di Jelebu," ceritanya sambil menambah, proses memetik daun pucuk ubi dilakukan sebanyak dua kali seminggu.
Ujarnya, proses penanaman batang ubi kayu secara berbaring dilakukan bagi mendapatkan daun pucuk ubi yang lebih banyak berbanding kaedah penanaman biasa iaitu secara menegak.
Menurut Mohd. Fadzil, di samping rendang pucuk ubi, pihaknya juga dalam perancangan untuk mengkomersialkan produk lain seperti pegaga, pucuk paku dan maman.
Tambahnya, rendang pucuk ubi itu turut mendapat tempahan daripada pelajar universiti yang sedang menuntut di Britain.
"Kami akan mempelbagaikan lagi produk-produk tambah nilai yang berkaitan dengan rendang pucuk ubi ini secara berperingkat-peringkat.
"Kami sedang merancang untuk menjadikan rendang pucuk ubi ini sebagai inti untuk makanan sejuk beku selain mempelbagaikan lagi perisanya," jelasnya sambil memberitahu, terdapat 10 pengedar di seluruh negara yang memasarkan produk keluaran syarikat itu.
Sementara itu, ibunya, Fatimah Zahara Abu Hasan atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Long Timah, 76, memberitahu resipi rendang pucuk ubi merupakan resipi turun-temurun milik keluarganya.
"Dengan ubi kayu ini, saya boleh menghasilkan bermacam-macam jenis kuih dan masakan lain seperti lepat, talam dan kerepek.
"Malah di restoran saya turut menyediakan masakan kampung seperti pucuk ubi masak lemak," ujarnya yang sudah mengusahakan restoran di pekan Kuala Klawang itu selama 31 tahun.

Tahir pemburu barangan nostalgik

Posted: 11 May 2013 06:21 PM PDT


LELAKI ini mula mengumpul barangan antik sejak lebih 30 tahun lalu.


RUANG tamu rumah Ahmad Tahir Abdul Rahim, 53, di Puchong Prima, Selangor bagaikan muzium barangan terpakai. Rumah pangsa dua bilik tidur itu sarat dengan bermacam-macam barangan lama.
Sebaik sahaja melangkah masuk, lelaki yang mempunyai tiga orang anak ini terus bercerita tentang obsesnya itu.
"Semasa mula-mula berkahwin dahulu, isteri sering merungut kerana rumah ini daripada ruang tamu, dapur hingga bilik tidur, penuh dengan barangan lama.
"Dia bising sebab saya banyak habiskan duit untuk membeli barangan antik berbanding membelikan barang kemas untuknya," kata Tahir.
Setakat ini, Tahir telah membelanjakan kira-kira RM60,000 untuk hobinya itu.
"Barangan lama ini mudah mengingatkan saya kepada kenangan lalu sekali gus mendorong saya bermuhasabah tentang diri saya sekarang," jelas pesara kerajaan ini.

BEKAS tiket yang pernah digunakan konduktor bas Red Yellow Omnibus di Perak masih tersimpan elok.


Hobi
Sebagai contoh kata Tahir, lencana sekolah-sekolah di sekitar Perak yang disimpannya akan mengingatkan dia mengenai suasana persekolahan pada zaman dahulu yang berbeza daripada sekarang.
"Hobi ini akan saya teruskan hingga ke akhir hayat," katanya.
Koleksi barangan antik yang dimiliki Tahir termasuklah set televisyen, radio, kamera, rantai kunci dan lencana yang jarang-jarang diperoleh kini.
"Itu pun ada yang ditinggalkan di rumah saya di kampung kerana tidak cukup ruang di sini," katanya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak.
Tahir teruja menceritakan bibit permulaan dia terlibat dengan dunia barangan antik pada 30 tahun lalu.
"Sebenarnya minat itu berputik semasa sekolah menengah. Pada masa itu, saya suka mengumpul lencana, baju sekolah, tanda nama dan topi.
"Minat itu kemudian beralih kepada peralatan elektrik, produk makanan, minuman serta aksesori dapur," terangnya.
Tetapi Tahir bersyukur hobinya itu membolehkan dia meraih pendapatan sampingan yang agak lumayan menerusi penjualan barangan lama itu secara dalam talian.

KOLEKSI lencana sekolah mengimbau zaman remaja.


Dikejar anjing
"Syukurlah jualan melalui medium online boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit sebulan.
"Setakat ini, barangan termahal yang dijual ialah seterika arang iaitu pada harga RM1,500 tahun lepas," ujarnya.
Tambahnya, hasil jualannya pernah mencecah ribuan ringgit dalam dalam tempoh kurang seminggu.
Tahir berkata, kebanyakan barangan lama tersebut adalah hasil pemberian keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.
"Ada juga yang dibeli di pasar-pasar yang menjual barangan antik di sekitar Ipoh, Perak dan Shah Alam, Selangor. Lokasi lain ialah di kedai-kedai menjual barang-barang lama.
"Kebanyakan orang tidak tahu nilai barangan ini malah menganggapnya seperti sampah," ujarnya.
Tahir tidak dapat melupakan pengalaman dikejar sekawan anjing semasa dia asyik mencari barangan kegilaannya itu di kawasan bekas lombong di Kampar, Perak.
"Mujurlah pada masa itu saya sempat masuk ke sebuah rumah milik seorang lelaki Cina. Dia kemudian bertindak menghalau haiwan itu, kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi," katanya ketawa.
Semasa mencari barangan lama itu juga Tahir dapat bertemu kembali rakan-rakan sekolah yang sudah lama terputus hubungan.
Kenderaan jenis Perodua Viva pula menjadi pengangkutan utama Tahir untuk membawa barangan tersebut. Kalau barangan itu bersaiz besar, van atau lori akan digunakan.
"Kebanyakan barangan itu diletakkan di rumah kampung saya di Kampung Kati, Kuala Kangsar.
"Walaupun rumah itu tiada penghuni, saya akan pulang sebulan sekali untuk membersihkannya," jelasnya.

Pulau larangan bagi lelaki

Posted: 11 May 2013 06:20 PM PDT

Pulau Arezou di Iran satu-satunya pulau di dunia yang khusus untuk kaum wanita.

WANITA Iran tetap diwajibkan untuk memakai purdah walaupun mandi di pantai. - Gambar hiasan


IRAN lebih dikenali kerana kontroversi program nuklearnya walaupun Presiden Ahmadinejad telah berkali-kali menafikan tuduhan Amerika Syarikat itu.
Ia juga popular dengan dua ikon bandar lama iaitu Shiraz dan Isfahan.
Bandar Shiraz yang seluas 339 kilometer persegi tersohor dengan seni bina bersejarah, antaranya, Makam Ali Hamzein, Kubu Karem Khan dan pusara penyair Hafeiz.
Isfahan pula yang mendapat jolokan 'Separuh Daripada Dunia' menonjol dengan kehebatan arkitekturnya seperti Dataran Imam, Istana Ali Gapu, Istana Chahel-Sotoon dan Masjid Jamek Isfahan.
Dataran Imam yang didirikan pada tahun 1602 merupakan dataran kedua terbesar di dunia selepas Dataran Tiananmen di China.
Walaupun begitu, tidak ramai yang menyedari Iran juga memiliki keunikan budaya apabila kerajaannya mewartakan sebuah pulau iaitu Pulau Arezou sebagai tempat khusus untuk wanita melakukan aktiviti air pada tahun 2007.
INISIATIF negara yang berjiran dengan Iraq ini sewajarnya mendapat pujian dan contoh kepada negara lain.


Air masin
Ini sekali gus memberi peluang kepada kaum Hawa untuk bersantai, beriadah dan bermain ski. Idea berkenaan muncul berikutan wanita Iran sukar untuk mandi-manda di laut walaupun memakai pakaian mandi yang menutup aurat.
Idea itu disokong sepenuhnya oleh Pemimpin Agung Iran, Ayatullah Ali Khamenei. Sebelum ini, terdapat beberapa taman awam di sekitar Iran yang dibina khusus untuk wanita.
Selain itu, Pulau Kish yang terletak bersebelahan Pulau Arezou turut dikhususkan untuk golongan tersebut. Pulau Kish terkenal sebagai lokasi eksklusif untuk aktiviti beli-belah, penginapan hotel mewah dan taman laut.
Pulau Arezou yang bermaksud harapan, terletak di Tasik Oroumiyeh yang memiliki 100 buah pulau. Tasik Oroumiyeh ialah tasik terbesar di Asia Barat dan telah diwartakan sebagai Taman Negara oleh Teheran.
Tiada hidupan akuatik di dalam tasik yang bersempadan dengan Turki itu berikutan tahap kemasinan airnya yang terlalu tinggi.
Tasik ini juga semakin mengecil kerana faktor ketidakstabilan cuaca dunia.

WANITA Iran juga terdedah dengan arus pemodenan semasa.


Kemudahan yang disediakan di Pulau Arezou cukup lengkap meliputi pengangkutan, restoran dan klinik dengan semua kakitangannya adalah wanita.
"Pulau Arezou akan dijadikan pulau khas untuk wanita," kata pegawai wilayah Azerbaijan Barat, yang hanya dikenali sebagai Aghai kepada akhbar Teheran Emrouz.
Menurutnya, tiada lelaki di pulau itu dan ia merupakan tempat pertama seumpamanya di negara ini dan mungkin juga di dunia.
"Ia diharap akan meningkatkan sektor pelancongan di kawasan itu yang sememangnya terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna. Selain itu, ini menunjukkan penghargaan Iran terhadap kaum wanita," katanya.
Ujarnya lagi, inisiatif pulau bebas lelaki itu tidak bertentangan dengan undang-undang syariah negara itu.
"Malah, pemimpin negara sendiri bersetuju dan majoriti rakyat menyokongnya," tambah lelaki itu.
Di bawah Kod Islam Iran, pendedahan aurat wanita kepada lelaki bukan muhrim dilarang sama sekali.
Kemudahan kios turut disediakan di Pulau Arezou dengan pengunjung wanita yang ingin memesan air minuman bersantai di kerusi di tepi pantai. Mereka juga bebas membuka tudung dan jubah mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines