Isnin, 6 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Isu Peluk, Tuhan Selamatkan Wan Sharmila

Posted: 05 May 2013 10:49 PM PDT

Menerusi filem terbaru lakonannya, Bisikan Syaitan, Wan Sharmila mengakui sedikit risau dan merasakan dirinya mungkin dihambat kontroversi berikutan aksinya bersama Fizz Fairuz melakonkan babak berpelukan di atas katil.

Walau bagaimanapun, kini dia boleh menarik nafas lega selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah membuang sebahagian daripada adegan panas itu.
"Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya, "Tuhan sayang saya… agaknyer kot". Sebab biasalah, bila keluar babak-babak sebegitu, pasti akan ada kontroversi. Sikit sebanyak adegan tu jadi bualan orang nanti. Itu yang saya tak mahu.

"Tak payah orang lain nak fikir buruk, atau sewenang-wenangnya memberi anggapan negatif nanti," katanya memetik laporan Malaysian Digest.

Gambar Anak Ayu Raudhah, Zaquan Terkini

Posted: 05 May 2013 10:00 PM PDT


Dah membesar dah anak kepada Zaquan dan Ayu Raudhah, Muhammad Aisy Qaiser yang kini dah berusia sebulan lebih. Tak perlu nak kata lebih mari kita lihat perkembangan anak sulung mereka ini.






Gambar Anak Fasha Sandha Terkini

Posted: 05 May 2013 09:00 PM PDT


Ni adalah gambar terbaru anak Fasha Sandha dan Jejai, Putera Rayfal pada bulan Mei yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha dalam laman sosial miliknya. Muka agak jelas dan iras wajahnya lebih kepada ayahnya berbanding Fasha. -Instagram FashaSandha.




Lana Nordin Marah Pengomen di Instagram

Posted: 05 May 2013 08:00 PM PDT


Lana Nordin dikatakan berang dan tidak selesa dengan beberapa buah komen yang disampaikan apabila dia memuatnaik gambar dirinya ke dalam Instagram semalam. Kisah ini menjadi agak sensasi memandangkan pengomen yang dimarahi oleh Lana itu hanya berkomen dengan cara lembut, namun dibalas dengan 'kasar' oleh Lana.

Haish apa nak jadi la dunia sekarang ni, makin ditegur makin melenting. hoho.




Gambar Siti Nurhaliza Pergi Mengundi PRU13

Posted: 05 May 2013 06:44 PM PDT


Semalam hari mengundi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang berlangsung dengan suasana aman dan tiada keadaan yang tidak diingini berlaku. Dan kemenangan sudah menjadi milik Barisan Nasional. Dan yang pasti ada juga selebriti yang turut menunaikan kewajiban pergi mengundi.

Tidak ketinggalan, Datuk Siti Nurhaliza pergi mengundi bersama-sama ahli keluarganya yang lain. Namun artis juga tiada istimewanya, kena juga beratur panjang. gege.. -Instagram Siti Nurhaliza




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines