Selasa, 7 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Kereta Black Mentor Remuk Kemalangan

Posted: 06 May 2013 10:40 PM PDT


Alhamdulillah masih diberi peluang kedua, itulah kata-kata yang sempat dikatakan oleh Black Mentor melalui laman sosialnya apabila kenderaan yang dinaikinya remuk dalam satu kemalangan yang berlaku baru-baru ini. Tidak dapat dipastikan apa punca sebenar kemalangan berkenaan, namun yang penting adalah nyawa, kereta mahal remuk aka hancur tak mengapa, boleh beli lagi.




Rabecca al Islam Kini Hamil anak ke-2 4 Bulan

Posted: 06 May 2013 10:00 PM PDT

Tahniahlah kepada pelakon, Rabecca Nur al Islam yang kini dikhabarkan telah hamil/mengandung. Usia kandungannya itu kini mencecah 18 minggu bersamaan 4 bulan. Ini merupakan anak ke-2 Rabeeca dan Nor Azam apabila Rabecca selamat melahirkan anak sulungnya pada 2 November 2012 yang laly, Nor Anggun Raverra.
"Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang saya dan suami terima ini. Keguguran kandungan sebanyak dua kali sebelum ini ada hikmahnya. Allah S.W.T memberikan rezeki lebih buat saya sekeluarga.

"Walaupun dalam tempoh masa yang sangat dekat, itu tidak menjadi isu.

"Anak lelaki saya, Adam Daniel turut teruja dengan kehadiran seorang lagi adiknya tidak lama lagi. Semoga bayi (dalam kamdungan) ini mengukuhkan dan menyinari lagi keluarga kami, InsyaAllah," -Rabecca. mStar

Izzue Islam Kahwin Dengan Pengurusanya 2 Jun

Posted: 06 May 2013 09:00 PM PDT

Tahniah kepada pelakon kacak Izzue Islam kerana akan bernikah pada awal bulan 2 Jun nanti di dewan yang terletak di Shah Alam dengan pengurusnya sendiri, Awin Nurin. Awin berkata dalam portal Murai semalam yang hubungan mereka adalah kerana atas permintaan keluarga yang melihat kearaban diantara mereka selama 5 tahun berkenalan dan bercinta.
"Sebenarnya kami kenal sejak 5 tahun yang lalu dan dalam jangka masa kami berkawan itu timbul rasa cinta tetapi pada waktu itu, kami hanya menjalinkan hubungan cinta yang biasa saja dan tidak suka menunjuk-nunjuk.

"Kemudian atas permintaan keluarga, kami mengikat tali pertunangan dan membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa yang agak singkat. Yelah, sebagai orang tua mereka pasti risau lihat kami yang belum ada ikatan yang sah ini bersama-sama ke mana sahaja Izzue berkerja. Padahal saya juga menjalankan tugas sebagai seorang pengurusnya.

"Selain itu, saya juga merasakan sudah tiba masa dan jodoh kami untuk bersatu selepas beberapa tahun bercinta," -Awin.

Gambar Azza Elite Pergi Mengundi/Kempen

Posted: 06 May 2013 08:00 PM PDT

Memetik daripada Instgaram AzzaElite yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite, Azza telah memuatnaik gambar dirinya dan juga beberapa rakan artis lain seperti Zain dan Rozita Che Wan, serta artis senior yang lain pergi mengundi untuk PRU13 yang lalu.

Sebelum hari mengundi, Azza merupakan seorang yang aktif berkempen untuk parti Barisan Nasional sekitar negeri-negeri di Semananjung.




Herman Tino Buat Kenduri Walaupun Tewas PRU13

Posted: 06 May 2013 06:38 PM PDT

Pelik tapi benar dalam PRU13 yang beberapa hari lalu melabuhkan tirainya dengan pelbagai ragam. Tak ketinggalan calon Bebasdan juga selebriti era-80an yang bertanding untuk Parlimen Tanjong Karang, Herman Tino menantang calon BN, Datuk Seri Noh Omar yang menyaksikan Noh Omar menang dengan mejoriti 4000 lebih kepada calon PAS. Manakalah Herman pula mendapat 340 undi.

Namun kepada sesiapa yang terasa dirinya dalam 340 undi Herman itu, Herman mengajak untuk menghadiri majlis kenduri dengannya walaupun tewas dan hilang wang deposit, RM10,000!.
"Tidak semestinya menang sahaja boleh buat kenduri jadi saya memang berhajat untuk membuat majlis itu bagi meraikan kekalahan dan para pengundi yang mengundi untuk saya.

"Bagaimanapun saya masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan majlis berkenaan,

"Saya terima hakikat dengan kekalahan tersebut dan tidak pernah mempersoalkannya malah saya semakin memahami dengan situasi dan siapa sebenarnya diri saya,

"Seperti mana bidang nyanyian begitu juga dengan politik. Saya tidak main-main dan akan terus memperjuangkan kepercayaan saya. Insya Allah jika ada rezeki saya akan bertanding lagi," -Herman. mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines