Rabu, 29 Mei 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Khalwat: Shahrizal Jaszle Dedah Diri Diperangkap

Posted: 27 May 2013 05:31 PM PDT

Wajah terbaharu Shahrizal ketika ditemui di set penggambaran drama Iman Nabila arahan Shuhaimi Lua.
KUALA LUMPUR: Setelah hampir dua minggu 'menyembunyikan diri' dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan, pelakon Shahrizal Jaszle, 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap.
Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan.
"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.
"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti," tegasnya.
Shahrizal ditemui pada penggambaran drama bersiri Iman Nabila, arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang dilakukan di sebuah pusat karaoke di Sri Rampai, di sini, pada Isnin.
Drama terbitan Suhan Movies Productions itu akan disiarkan di TV3 bermula 10 Jun depan.
Kenyataan media yang dikeluarkan pihak JAIS berhubung penangkapan khalwat yang dibuat terhadap Shahrizal Jaszle.
Jais dalam satu kenyataan medianya pada 16 Mei lalu mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.
Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu tambah pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Asmara tersebut, dia sedikit pun tidak berasa tergugat walaupun namanya sudah tercalar gara-gara kejadian itu.
Beritahu Shahrizal, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.
Shahrizal (kiri) bersama Shuhaimi Lua.
"Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," ujarnya.
Tambah Shahrizal, dia juga bersyukur mempunyai tunang yang cukup memahami dan tidak melatah selepas mendapat tahu kejadian tersebut
"Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka.
"Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya," tuturnya.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya itu merupakan satu pengajaran besar buatnya di mana dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan selepas ini.
"Ia menjadi tauladan besar buat saya. Tidak sangka, dalam berjaga-jaga batas pergaulan, perkara begini boleh terjadi kepada saya," tuturnya.

Motosikal Berkuasa Tinggi Jadikan Linda Onn Lebih Fokus

Posted: 27 May 2013 05:30 PM PDT

Linda memberitahu pengendalian motosikal yang mencecah 1200 cc bukan mudah untuk seorang wanita namun ia cukup menyeronokkan.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn semakin teruja aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi dan menyifatkan hobi tersebut dapat membantunya menjadi seorang yang lebih fokus dengan aktiviti seharian.
Linda, 36, berkata, memiliki dua motosikal berkuasa tinggi iaitu Ducati Monster dan Harley Davidson, yang mencecah 1200 cc itu sememangnya bukanlah mudah untuk seorang wanita menyelenggarakannya namun ia cukup menyeronokkan.
"Motosikal berkuasa tinggi ini berat dan memerlukan penunggangnya memberikan fokus ketika di jalan raya. Pada mulanya saya memang takut tetapi kerana minat mendalam ia berjaya memberikan keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata," jelasnya.
Kata Linda, aktiviti itu juga dapat melepaskan tekanan selepas sibuk dengan pelbagai tugas sebagai penyampai radio dan usahawan.
Berhasrat untuk memiliki motosikal Ducati Panigale, Linda berkata, dia bangga apabila aktiviti ini semakin mendapat perhatian daripada golongan wanita.
Dalam pada itu, Linda berkata, selepas tiga tahun aktif dengan aktiviti tersebut, dia kini semakin mahir tentang selok-belok penyelenggaraan melalui rakan-rakan yang mempunyai minat sama.
Jelas Linda, mereka sering berkongsi maklumat tentang teknik penjagaan motosikal setiap kali berkumpul pada hujung minggu atau menyertai konvoi.
"Selain berkongsi maklumat tentang penjagaan motosikal dan mendapat kenalan baru, konvoi yang diadakan juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menjelajah ke kawasan yang jarang dikunjungi," katanya.
Berhasrat untuk memiliki motosikal Ducati Street Fighter dan Panigale pada masa akan datang, Linda bangga apabila aktiviti ini semakin mendapat perhatian daripada golongan wanita walaupun ia masih dipelopori kaum lelaki.
Linda mengakui semakin obses dengan motosikal berkuasa tinggi.
"Minat itu ada cuma mereka takut dan tidak yakin dapat mengendalikan motosikal berkuasa tinggi dengan baik. Bagaimanapun semakin ramai wanita yang telah mula menjadikan aktiviti ini sebagai hobi," jelasnya.
Bagaimanapun kata Linda, setakat ini dia tidak pernah menyertai mana-mana kelab motosikal berkuasa tinggi kerana ingin memperluaskan rangkaian kenalannya menerusi aktiviti tersebut yang dianggap semakin berkembang di Malaysia.
Linda juga memberitahu dia teruja dapat menyertai konvoi sempena Festival Belia Putrajaya 2013 yang berlangsung pada minggu lalu.
Sebelum ini Linda pernah menyertai kempen penjelajahan bermotor Jelajah 1Malaysia siri ketiga dengan membawa tema Kami Prihatin Membanteras Pembuangan Bayi 2011, Jelajah 1Malaysia dan pelbagai konvoi lain seluruh negara.

Izzue Islam Semakin Berdebar Untuk Menikah

Posted: 27 May 2013 05:29 PM PDT

Izzue Islam bakal menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini.
PETALING JAYA: Pelakon Izzue Islam mengakui berdebar menantikan detik-detik manis untuk diijabkabulkan dengan pengurusnya, Nurinafilah Waharudin atau Awin pada 2 Jun depan di Dewan Shah Alam (Indah).
Bagaimanapun Izzue, 23, berkata, pada masa sama dia juga tidak sabar untuk bergelar suami serta melalui alam perkahwinan bersama wanita yang disayanginya itu.
"Berdebar jugalah dibuatnya, apa-apa pun saya berharap majlis perkahwinan kami akan berjalan dengan lancar.
"Tidak sabar rasanya mahu bergelar suami dalam membina rumah tangga. Semoga saya dan Awin dapat melalui susah senang bersama, Insya-Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isini.
Bagaimanapun tambah Izzue, dia dan Awin masih belum merancang berbulan madu dalam masa terdekat ini memandangkan kerja-kerja penggambaran masih lagi belum selesai.
Kad kahwin Izzue dan Awin.
Dalam pada itu pasangan ini sudah mula mengedarkan kira-kira 500 keping kad jemputan perkahwinan mereka.
Izzue dan Awin akan diijabkabulkan pada pukul 9 pagi manakala majlis resepsinya akan diadakan pada sebelah tengah hari.
Menurut Izzue, seramai 100 orang yang diundang untuk menghadiri majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu.
Mengenai busana yang akan dikenakan pada majlis itu kedua-dua mereka akan memakai pakaian songket pada majlis akad nikah manakala pada acara resepsi pula mereka akan berpakaian Inggeris.
Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat juga akan menaja persalinan pasangan itu bagi acara potong kek.
Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012.

Michael Ang Jawab Berseluar Pendek Ke Majlis Sanding Anak Rosyam

Posted: 27 May 2013 05:29 PM PDT

Michael sudah memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar kepada Rosyam.
PETALING JAYA: Pengarah drama dan peserta program MasterChef Selebriti Malaysia iaitu Michael Ang kesal apabila dituduh tidak kesedaran sivik gara-gara hadir dengan berseluar pendek ke majlis perkahwinan anak perempuan pelakon Rosyam Nor pada 18 Mei lalu.
Ketika dihubungi mStar Online, Michael turut melahirkan rasa kecewa dengan laporan yang disifatkan berat sebelah tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu kenapa dia berpakaian sedemikian untuk ke majlis berkenaan.
"Saya tidak marah apabila ditegur tetapi untuk mengatakan saya tiada kesedaran sivik adalah suatu tuduhan yang agak melampau kerana saya ada sebab tersendiri mengapa hadir dengan berseluar pendek.
"Malah saya sudah memohon maaf kepada Rosyam dan menjelaskan kepadanya sebab-sebab saya berimej sedemikian pada hari bahagianya untuk mendapat menantu itu," katanya.
Michael mengulas mengenai laporan yang mengkritiknya tidak mempunyai kesedaran sivik apabila tampil dengan berseluar pendek pada majlis perkahwinan anak Rosyam, Arniesha Azureen dengan pasangannya, Mohd Hafiz, di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Menjelaskan perkara itu, Michael berkata, pada hari berkenaan dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharunya berjudul Sweet Lola dan menyangka majlis berkenaan berlangsung pada Ahad dan bukannya Sabtu.
Bagaimanapun selepas dihubungi pelakon Sharifah Shahora tentang majlis berkenaan, baru dia menyedari acara itu berlangsung pada hari Sabtu selepas disahkan sendiri oleh pembantu peribadinya.
"Saya ingatkan majlis itu pada hari Ahad tetapi selepas Shahora telefon dan ia turut disahkan oleh pembantu peribadi, saya tekad untuk pergi kerana sudah berjanji dengan Rosyam untuk hadir.
"Sudah tentu saya malu dan menganggap ia tindakan kurang sopan kerana berseluar pendek tetapi kerana kesuntukan masa saya tiada pilihan lain sebaliknya mahu memenuhi janji," jelasnya.
Tambah Michael, dia pada mulanya mahu membeli pakaian baru tetapi kerana kesuntukan masa dia hanya menukar baju dan seluar yang ada dalam keretanya.
Dalam perkembangan sama, Rosyam Nor ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan penampilan Michael pada majlis persandingan tersebut.
Jelas Rosyam, Michael juga telah memohon maaf kepadanya dan menjelaskan sebab kenapa dia tampil berseluar pendek pada majlis berkenaan.
"Saya tiada masalah dengan perkara itu dan pada saya ia bukan satu isu besar. Paling penting dia hadir ke majlis tersebut," ujarnya.
Rosyam juga memberitahu beliau akan mengadakan satu lagi majlis resepsi untuk anaknya pada 9 Jun depan di Bangsar, dekat sini.

Tasha sedia didekati lelaki

Posted: 27 May 2013 05:28 PM PDT


Tasha Shila
Tasha Shila
PELAKON cantik, Tasha Shila yang sejak kebelakangan ini sering dikaitkan dengan beberapa jejaka memberitahu buat masa ini dia masih membuka pintu hatinya untuk mengenali lebih ramai lelaki yang serius ingin mengenali dirinya.

Malah kata Tasha, khabar angin mengenai hubungan cintanya bersama pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli juga adalah tidak benar kerana mereka hanyalah berkawan baik.

"Kami hanya berkawan dan masih mengenali hati budi masing-masing. Secara jujurnya, buat masa ini saya masih berkawan dengan mana-mana lelaki yang betul-betul ikhlas mahu mengenali saya.

"Namun saya memang tidak ada masa untuk bercinta buat masa ini," katanya.

Anzalna jadi bibik?

Posted: 27 May 2013 05:27 PM PDT


Anzalna
Anzalna
TAK kiralah memegang watak antagonis atau sebaliknya, Anzalna Nasir tetap memiliki imej dan personaliti yang tersendiri.

Bakal muncul menerusi drama Orang Gaji IQ, Anzalna tetap memberikan kelainan agar dapat membawa watak yang diberikan kepadanya dengan baik dan berkesan.

"Dalam drama ini boleh dikatakan 80 peratus dialog saya dalam bahasa Indonesia. Ini kali pertama saya bawa watak seperti ini dan saya betul-betul sukakannya sebab ianya lain daripada lakonan saya sebelum ini.

"Wajah saya juga tidak sama dengan watak-watak yang saya bawa sebelum ini. Untuk bertutur dalam bahasa Indonesia, saya belajar dengan bibik saya di rumah.

"Saya tidak kisah orang kutuk penampilan saya dalam drama ini dan apa yang penting, saya sudah lakukan yang terbaik," ujarnya.

Afdlin terbit rancangan bicara Islamik

Posted: 27 May 2013 05:27 PM PDT


Afdlin Shauki
Afdlin Shauki
Ustaz Badlishah
Ustaz Badlishah
Heliza Helmi
Heliza Helmi
Sathia
Sathia
Afdlin terbit rancangan bicara Islamik
Program Al Cuit Sikit lebih santai, namun penuh informasi.
PEKA dengan pengisian jiwa masyarakat Islam di negara ini, pelakon, pelawak dan juga pengarah terkenal, Afdlin Shauki menerusi produksinya, Vision Work Sdn (M) Bhd menerbitkan sebuah program bual bicara berkonsepkan 'edutainment' yang diberi nama Al Cuit Sikit.

Bakal bersiaran bermula 9 Jun depan di saluran TV Alhijrah, program 13 episod ini akan bersiaran pada jam 9 malam selama 30 minit.

Mengulas lanjut mengenai program ini, Afdlin berkata, idea untuk menerbitkan rancangan ini sudah lama dibuat.

"Sebenarnya memang dah lama nak terbitkan program sebegini. Bagi saya ia pendekatan yang baik untuk mengajak penggiat seni dan tokoh agama duduk bersama berbincang mengenai topik yang berkait rapat dengan Islam mahupun isu semasa.

"Cuma masa yang terhad dan komitmen terhadap tugas lain menyebabkan ia tergendala, dalam pada itu, kita juga mahu mencari 'insan' yang sesuai untuk menjadi pengacara bersama," katanya dan memberitahu program ini berorientasikan soal dan jawab.

Dimaklumkan tentang terdapatnya elemen komedi dan sketsa dalam program berciri Islamik ini, pasti ia menimbulkan tanda tanya kerana akan dianggap tidak menghormati agama.

Namun jelas Afdlin, sudah pasti ada garis panduan yang telah ditetapkan mereka.

"Ia sekadar komedi dan sketsa ringan supaya program ini tidak terlalu serius tetapi ia tidak berlebihan dan adab-adab dalam majlis ilmu sebegini tetap dijaga supaya mendapat keberkatan," tegas Afdlin setiap topik akan diulas mengikut pandangan Islam.

Sedikit mengenai Al Cuit Sikit, setiap minggu ia akan membicarakan mengenai topik berlainan oleh pengacara bersama, pelawak, selebriti dan Ustaz yang di undang khas.

Antara pengacara bersama program ini termasuklah Afdlin sendiri, Sathia, Heliza Helmi dan Ustaz Badlishah Alauddin.

Dalam pada itu, tambah Afdlin, penglibatannya menerusi program itu bukan sekadar pengacara bersama sahaja, sebaliknya, objektif utama yang dibawa adalah untuk berdakwah kepada masyarakat.

"Banyak perkara penting yang kita ketengahkan di sini, lebih menarik ia dibincangkan bersama kami yang masih kurang pengetahuan mengenai agama Islam, dan kehadiran Ustaz pula menjadi titik punca kepada kami untuk lebih peka terhadap agama serta kaitannya dengan topik yang di bawa.

"Jadi, ia saling berkaitan dan penonton dapat melihat sejauh mana keberkesanan program ini nanti khususnya kepada masyarakat Islam mahupun bukan Islam," katanya berharap dapat berkongsi ilmu dengan penonton.

Mengungkai lebih dalam, jelas Afdlin, Islam adalah agama yang indah dan cantik, baginya, sewajarnya program yang mendedahkan mengenai agama Islam diperbanyakkan.


Buka mata masyarakat

Tidak hanya tertumpu kepada program ini, Afdlin juga merancang untuk menerbitkan lebih banyak program berbentuk agama kepada penonton.

"Di Malaysia masyarakat berbilang kaum dan mempunyai pandangan Agama yang berbeza. Masalah di sini mereka tidak pernah tahu mengenai gaya hidup dan amalan Islam yang benar.

"Jadi dengan adanya program seumpama ini, ia boleh membuka mata mereka dengan mendedahkan isu-isu berkaitan Islam.
lagipun, kurang rancangan atau program yang mendedahkan perkara begini.

"Kalau adapun semuanya serius dan kurang sesuai ditonton pelbagai lapisan masyarakat kecuali umat Islam," katanya
perbincangan yang dijalankan adalah lebih santai tetapi penuh dengan pengisian.

Di aju pertanyaan mengenai pemilihan pengacara bersama, jelas Afdlin, baik Heliza, Sathia dan pengacara lain, mempunyai kredibiliti tersendiri.

"Mereka punya pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama, lagipun, mereka punya idea untuk diketengahkan," katanya.

Sathia tambah ilmu

Bagi pelawak terkenal, Sathia pula, penglibatannya menerusi program ini satu kesempatan yang tidak pernah diduganya.

Akui pelakon berusia 49 tahun ini bukan mudah baginya berdamping dengan pengacara Muslim bersama Ustaz yang diundang khas untuk berbicara mengenai hal-hal Islamik.

"Memang ada topik yang kurang jelas pada pandangan mata saya, jadi di sinilah ruang saya bertanya kepada Ustaz untuk lebih memahami.

"Bagaimanapun, apa yang paling hebat sepanjang saya bersama mereka, pengalaman ini tidak dapat dibeli di mana-mana.

"Peluang seperti ini jarang datang dan ia perlu direbut, lagipun selain hal-hal agama Islam, ia juga membincangkan perkara yang berlaku di sekeliling kita khasnya di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa," katanya.

Berkongsi perasaan dilamar pihak Vision Work (M) Sdn Bhd, untuk menjadi pengacara bersama program ini, jelas Sathia, pada awalnya dia agak terkejut.

"Ini program Islamik dan ia tidak boleh dibuat main-main serta dipandang ringan.

"Mula-mula memang bimbang tetapi apabila mereka menerangkan ia lebih santai dan rilek, saya terimanya atas dasar menambah lebih ilmu pengetahuan," katanya muncul bagi tujuh episod untuk program ini.

Ditanya adakah dia tidak kekok berkomunikasi bersama pengacara lain dan Ustaz jemputan, katanya, dia gembira kerana tiada sebarang perbezaan wujud antara mereka.

"Masing-masing bebas berbicara, memberi pendapat dan bertanya soalan, jadi kami selesa bersama," katanya yang sudah berkecimpung dalam industri ini selama 30 tahun.


Pengalaman pertama Heliza

Sementara itu, bagi penyanyi manis kelahiran Akademi Fantasia (AF), Heliza Helmi, ditawar menjadi pengacara bersama dalam program ini benar-benar menguji kemampuannya dalam bidang dakwah.

Akuinya, dia cukup teruja kerana ia adalah kali pertama dia terlibat bagi program sebegini.

"Saya tidak pernah terlibat dengan program bual bicara seperti Al Cuit Sikit, saya yakin ia punya keistimewaan dan tarikan tersendiri berbeza dengan program bual bicara sedia ada.

"Lagipun, bukan sahaja golongan pendakwah tetapi, selebriti Islam dan bukan Islam turut serta dalam program ini," katanya terkejut menerima tawaran itu.
Bercerita mengenai tawaran itu, kata pelakon Syurga Cinta ini, pada awalnya dia hampir tidak dapat terlibat.

"Jadual kerja saya agak padat, bagaimanapun, saya minta pada ALLAH SWT agar memudahkan urusan saya, saya mohon kalau ini yang terbaik, berilah kepada saya.

"Dan Alhamdulillah, selepas perbincangan dilakukan, akhirnya dapat saya mengikuti program ini," katanya.


Satu pembaharuan: Ustaz Badlishah

Sempat menemu bual Ustaz Badlishah atau lebih mesra disapa Ustaz Bad mengenai program ini, jelasnya, pendekatan yang dijalankan menerusi Al Cuit Sikit sebenarnya amat baik untuk penonton.

"Ia adalah satu pembaharuan memandangkan program ini mengundang ramai pengacara bersama yang terdiri dari bidang berbeza dan penglibatan masyarakat bukan Islam.

"Tetapi haruslah kita ingat, setiap yang dibincangkan perlulah menepati syarak meskipun mempunyai unsur komedi. Sebab itulah, kehadiran saya dan Ustaz lain diperlukan dalam program ini, selain dapat 'memandu' mereka, apa sahaja hal berkaitan agama, akan kami terangkan sesempurna yang boleh," katanya meletakkan sasaran program ini kepada generasi muda.

Tambahnya, dia juga mendapat pengalaman baru apabila Sathia berkesempatan berbincang bersama mereka.

"Macam-macam soalan ditanya olehnya selain memberikan pendapat sendiri. Walaupun ada topik yang kurang sesuai di bincang bersama, tetapi ia masih boleh diterima," jelas Ustaz Bad.

Asmidar cuba lakonan

Posted: 27 May 2013 05:26 PM PDT


Asmidar
Asmidar
BUKAN hanya memiliki bakat dalam bidang nyanyian, pemenang program realiti Vokal musim kedua, Asmidar kini mula berjinak-jinak melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Menurut Asmidar, langkah beraninya menceburkan diri dalam seni lakonan adalah bagi mempertahankan namanya dalam industri hiburan tempatan.

"Saya percaya dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu agar populariti saya dalam industri ini tidak tenggelam begitu sahaja.

"Saya sedar untuk menjadi artis yang yang popularitinya sentiasa kekal bukanlah mudah dan sebab itulah saya cuba luaskan kerjaya saya dalam bidang lakonan," katanya.

Siapa juara Kilauan Emas 3?

Posted: 27 May 2013 05:25 PM PDT


Kilauan Emas 3
Mior, Silah, Idris, Alina sedia berentap.
SETELAH lima minggu berjuang di pentas Kilauan Emas 3 (KE3), akhirnya empat peserta dipilih untuk terus bersaing merebut gelaran juara
.
Empat peserta yang berjaya melayakkan diri, Mior, Silah, Idris dan Alina akan berentap di konsert akhir yang bakal berlangsung pada 29 Mei, Rabu ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), jam 9.30 malam.

Konsert akhir ini bakal menyaksikan setiap peserta akan berentap menerusi dua pusingan iaitu lagu pilihan dan lagu baru.

Setelah diumumkan sebagai peserta yang layak mara ke pusingan akhir, masing-masing bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk memberikan yang terbaik pada malam itu nanti.

Walaupun sibuk dengan sesi latihan, finalis ini tidak keberatan untuk menjayakan satu sesi fotografi bersama Zass, Jumaat lalu.

Jom kita ikuti kisah, harapan dan perancangan akan datang empat finalis KE3 ini...

Mior pilih Mus, Amy

Mengakui ketiga-tiga finalis merupakan pencabar terdekat, Mior atau nama sebenarnya, Mior Yazid Ahmad, 44, mengakui bukan mudah untuk melayakkan diri sebagai juara.

Menurut Mior, pun begitu, dia tidak merasakan  tiga peserta lain itu tidak hebat kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk terus berada di pentas akhir. Namun, ia bukanlah bermakna saya hanya perlu berpeluk tubuh.

"Malah, konsert final ini memberikan tekanan yang lebih hebat. Setakat ini, saya boleh sifatkan persediaan sudah berada di tahap 50 peratus dan berharap ianya akan berjalan seperti yang diharapkan.

"Setakat ini, saya masih belum fikir mengenai kemenangan. Tapi, saya mempunyai impian untuk berkongsi pentas bersama idola nyanyian saya, Mus May atau Amy Search, selepas ini," katanya yang berjanji akan membuat persembahan terbaik pada konsert final itu.

Menerusi konsert akhir itu, Mior akan menyampaikan dua buah lagu, Purnama (Search) dan satu lagu baru, Sampai Di Sini.

Idris tutup kedai

Bagi penonton setia KE3, pastinya mengetahui pekerjaan Idris sebelum menyertai rancangan nyanyian khas untuk golongan 40 tahun ke atas ini.

Namun, akui Idris atau nama sebenarnya, Idris Mohd Shabidin, 51, perkhidmatan kedai mengecat kenderaan itu terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Katanya, kedainya akan kembali dibuka setelah berakhirnya konsert ini beberapa hari lagi.

"Tak kisahlah saya menang atau kalah, saya tetap akan menguruskan kedai ini. Namun, jika selepas ini ada undangan nyanyian atau aktiviti yang disusun Astro, saya akan cuba seimbangkan kerja saya.

"Insya-ALLAH, kalau ada rezeki saya memenangi KE3, wang tunai itu mungkin akan saya gunakan untuk menaik taraf atau membesarkan kedai saya.

"Namun, saya akui, bukan mudah untuk mengalahkan tiga finalis lain kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Saya hanya mampu meningkatkan usaha untuk memenangi hati juri dan penonton.

"Saya berharap agar pada konsert akhir nanti, saya tidak lagi melakukan kesilapan yang sama seperti lupa lirik dan sebagainya," katanya yang bakal membawakan lagu, Ghazal Asmara (Jamal Abdillah) dan lagu baru, Ku Kejar Bayang.


Silah: Harap kesihatan tak terjejas

Terkenal dengan kebolehan menyanyikan lagu irama Blues, pemilik restoran ikan bakar ini sentiasa memastikan tahap kesihatannya tidak terjejas untuk menghadapi saingan akhir KE3.

Silah atau nama sebenarnya, Silahuddin Ali, 52, mengakui saiz badan dan faktor usia mungkin mempengaruhi persembahannya jika dia mengabaikan kesihatan.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mempunyai sebarang penyakit yang boleh menjejaskan tumpuan saya. Namun, sejak menyertai KE3, berat badan saya semakin menurun.

"Saya amat mementingkan tahap kesihatan kerana ia adalah perkara paling penting agar ianya tidak mengganggu persembahan saya nanti.

"Jika ada masa terluang, saya akan joging untuk mengekalkan pernafasan. Saya percaya, disiplin adalah perkara asas yang perlu dipegang setiap peserta agar kita tidak terleka dan hilang tumpuan," katanya yang menyerahkan tugas di restoran ke bahu isteri setelah menyertai pertandingan ini.

Konsert akhir ini menyaksikan Silah membawa lagu pilihan, Still Got The Blues (Garry Moore) dan lagu baru, Belenggu Alam.


Alina  tak 'over confident'

Pernah muncul dalam industri hiburan menerusi rancangan realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan sebagai juara pada 1996, namun bagi Alina, ia bukanlah kelebihan yang ada padanya berbanding peserta lain.

Malah menurut Alina atau nama sebenarnya, Alina Hassan, 45, dia tidak memandang kelebihan itu dapat menandingi peserta lain kerana masing-masing mempunyai pengalaman nyanyian yang tidak kurang hebatnya.

"Mungkin ramai yang tak tahu, bukan saya sahaja yang menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini. Cuma bezanya, saya bertanding di televisyen dan mereka di luar televisyen.

"Namun, pengalaman itu lebih kurang sama dan saya juga melalui sesi uji bakat. Mereka semuanya hebat-hebat belaka.

"Ya, memang saya mengamalkan sikap 'confident' ketika membuat persembahan namun ia bukanlah 'over confident'. Sejak dulu lagi, inilah Alina.

"Pun begitu, tidak dinafikan, perasaan gementar itu tetap ada, apatah lagi saya perlu bersaing dengan mereka yang hebat di setiap genre masing-masing," katanya yang pernah bekerja di sebuah bank sebelum ini.

Alina bakal mendendangkan dua buah lagu termasuk lagu baru berjudul Serambi Kasih Ku dan lagu pilihan, Vision Of Love (Mariah Carey).

BMB : Afdlin Shauki keliru

Posted: 27 May 2013 05:24 PM PDT


Afdlin bersama anak didiknya, Bocik.
Afdlin bersama anak didiknya, Bocik.
PELAWAK terkenal, Afdlin Shauki akui keliru dengan cara penjurian program realiti, Bintang Mencari Bintang (BMB).

Afdlin menjadi mentor kepada dua peserta iaitu Bowl dan Bocik.

"Markah juga banyak pada juri. Juri bukan mengambil lawak sahaja. Mereka menekankan aspek-aspek lain juga.

"Kadang-kadang saya pun keliru, kita buat pertandingan lawak atau teater? Kalau pertandingan teater, kita buat teater. Kalau buat lawak, maknanya kita beri penonton ketawa dan terhibur. Jika begitu, bagaimana pemarkahannya?," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada Ahad malam.

Mengambil contoh persembahan Gegau dan Ajo, Afdlin berkata, beliau tidak tahu apa yang difikirkan juri.

"Memang saya rasa Gegau memang terbaik. Bagus dan kelakar. Tanpa berkata apa-apa mereka berjaya buat penonton ketawa.

"Tapi macam Ajo. Apa yang dia buat menarik tapi bukan lawak. Jadi, macam mana pemarkahan untuk dia? Itu lah yang pada saya...tak tahu apa yang juri fikirkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pihak TV3 dapat memberi penjelasan terhadap perkara tersebut.

"Saya rasa mungkin TV3 perlu jelaskan berkenaan perkara ini. Kalau mereka cakap okey tak perlu lawak, kita buat benda lain. Kalau dia nak lawak, kita buat. Tiap-tiap minggu saya pecah kepala fikir nak buat lawak.

"Kalau garis panduannya adalah lawak, kita bincang pasal lawaklah tapi kalau ada garis panduan lain-lain, beritahu kita supaya kita boleh buat juga," katanya.

Menjelas lanjut soal itu, Afdlin akui perkara tersebut sedikit mengganggunya.

"Jika pemarkahan berdasarkan seratus peratus undian, kita bermain untuk penonton tapi kali ini kita bermain untuk juri bukan penonton. Jadi, apa yang juri itu mahu kadang-kadang tak perlu lawak pun, mereka dah suka.

"Pada saya, perkara itu sedikit mengganggu saya. Kalau boleh terangkan pada saya, baguslah," katanya.

Tambahnya, "kalau betul ini pertandingan lawak, lawak mesti menjadi kriterianya. Kalau persembahan adalah kriterianya, beritahu."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines