Ahad, 12 Mei 2013

Pelajar dirogol teman lelaki




12 Mei 2013
ROMPIN - Tindakan seorang pelajar yang sanggup ponteng sekolah gara-gara ingin bertemu kekasih hati memakan diri apabila dia dirogol teman lelakinya itu di sebuah rumah di Kuala Rompin, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa yang tiba di sekolah dipercayai bersama suspek menaiki sebuah kereta Proton Saga di Tanjung Gemok menuju ke Kuala Rompin.

Menurutnya, sebaik saja sampai di Kuala Rompin, suspek yang berusia 20 tahun itu tidak dapat mengawal nafsunya lalu membawa mangsa ke rumah rakan lelakinya sebelum bertindak merogol mangsa kira-kira jam 9.30 pagi.

“Mangsa yang mengikut suspek dipercayai dirogol pada pagi hari yang sama dan dikatakan tidak pulang ke rumah dan tinggal menumpang tidur semalaman di rumah rakan suspek,” katanya kepada Sinar Harian.

Johari berkata, bapa mangsa yang bimbang anaknya masih belum pulang walaupun sudah lewat malam membuat laporan polis.

“Hasil semakan pendaftaran kenderaan suspek, polis berjaya mengesan lelaki itu di rumah bapanya dan ditahan untuk siasatan.

"Mangsa pula ditemui berada di tempat kerja suspek keesokan harinya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai culik dan disiasat di bawah Seksyen 363 Akta Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda.

Katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines