Rabu, 29 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Siti Saleha Bertudung

Posted: 28 May 2013 10:43 PM PDT

Rancangan drama tv bersiri Memberku Hawa akan menyusul lagi dengan memberikan wajah baru dalam musim ke-2 kali ini. Dengan digandingkan bersama pelakon Nad Zainal, penampilan Siti Saleha bertudung membuatkan drama ini lebih bersinar dan berseri.

Drama Memberku Hawa Musim ke-2 ini akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria.

Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.

Drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan.

Jom lihat kelibat Siti Saleha bertudung, manis juga kan. -mStar | gambar Faisol Mustafa.






Gambar Terkini Anak Ning Baizura

Posted: 28 May 2013 10:00 PM PDT

Ini adalah gambar terkini anak kepada Ning Baizura dan suaminya Omar Shariff Christopher, Ryan Sky Dalton yang dimuat naik ke dalam laman sosial mereka. Jom layan je.





Rita Rudaini Dengan Datuk S?

Posted: 28 May 2013 09:01 PM PDT


Dengar kata yang pelakon, Rita Rudaini ada hubungan dengan Datuk S. Tapi siapa sebenarnya Datuk S yang dikatakan menaja Rita Rudaini ni. Memetik dalam portal Kosmo! semalam, Rita menafikan yang dia ada hubungan dengan Datuk S, bah kan mereka hanya lah sekadar rakan kongsi perniagaan sahaja.

Rita ditemui ketika dia diwawancara untuk memberikan tips kecantikan pada dirinya dimana Rita mengakui mengambil produck kecantikan yang dikeluarkannya sendiri iaitu RS Collagen, disamping dtemani oleh Datuk S berkenaan.

Beberapa bulan yang lalu, saya telah memulakan perniagaan produk kecantikan dan penjagaan kulit dengan menggunakan nama RS Collagen dan menjalankan kerjasama dengan rakan baik saya iaitu Saleha.

Sebenarnya dakwaan itu memang tidak benar kerana 'Datuk S' yang dimaksudkan ialah rakan baik saya sendiri yang turut menemani saya pada majlis ini.

Apabila menjalankan perkongsian untuk mengeluarkan dan menjual produk ini kami menggunakan nama RS Collagen yang merupakan gabungan nama kami iaitu Rita dan Saleha. Buat masa ini, kami menjualnya menerusi dalam talian dengan menggunakan Facebook dan Instagram.

Saya beranggapan bahawa semuanya berpunca daripada status saya sekarang ini sehingga timbul pelbagai cerita yang kurang baik, termasuk dakwaan ditaja oleh seorang lelaki berpangkat Datuk.

Jadi, saya berasakan biarlah apa yang orang hendak cakap kerana lebih baik saya tumpu kepada kerjaya lakonan serta perniagaan yang sedang berkembang memandangkan produk RS Collagen ini semakin mendapat sambutan ramai.
Datuk S aka Saleha ni lelaki ke pompuan ek?

Mahkamah Tolak Permohonan Jimmy Untuk Penjarakan Suhaila

Posted: 28 May 2013 08:00 PM PDT

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini tidak membenarkan permohonan Jimmy Shanley bagi mendapatkan notis tunjuk sebab terhadap Nursuhaila Ellia Suhaimy berhubung keingkaran bekas isterinya itu terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania, 2 tahun.

Hakim Syarie, memerintahkan Jimmy selaku pemohon untuk memasukkan afidavit sokongan daripada saksi sebelum mahkamah mendengar permohonan tersebut. Mahkamah mendapati terdapat pelanggaran pada tiga tempoh perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini namun ia perlu disertakan dengan saksi bagi menyokong dakwaan yang difailkan oleh pemohon.

Jimmy pada 7 Mei lalu memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital terhadap Nursuhaila bagi memenjarakan bekas isterinya itu atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka.

Dalam afidavit yang difailkan, Jimmy mendakwa Nursuhaila gagal melaksanakan perintah yang dikeluarkan mahkamah yang sama pada 8 April lalu yang memutuskan dia diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya.

Jimmy dalam saman berkenaan menjelaskan Nursuhaila gagal berbuat demikian pada empat tempoh iaitu pada 9 hingga 11 April, 16 hingga 18 April, 23 hingga 25 April dan 30 hingga 2 Mei lalu.

Hakim bagaimanapun meminta tarikh pertama iaitu 9 hingga 11 April dikeluarkan daripada permohonan kerana faktor Nursuhaila berada di luar negara bersama anak mereka ketika keputusan dibuat sehari sebelum itu.

Mahkamah menangguhkan kes itu pada 25 Jun depan. -mStar

Yasmin Hani Umum Hamil 4 Bulan

Posted: 28 May 2013 06:23 PM PDT


Tahniah kepada pelakon Yasmin Hani yang dikhabarkan telah mengandung anak sulung berusia 4 bulan atau 16 minggu. Berita baik ini disampaikan sendiri oleh Yasmin melalui laman sosial Instagram miliknya.

Yasmin mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Sha'arin Mohammed Razali Wong pada bulan Oktober 2011 yang lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines