Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Anuar Zain Minta Maaf Peluk Pemain Bowling Negara
- Menari tip langsing Hanis Zalikha
- Anuar disaran pinang Dayang
- Dayang Nurfaizah Tidak Percayakan Teknik Pemutihan Kulit
- Guru oh Guru!
- 8 Tahun Jadi Artis Buat Marsha Milan Lebih Matang
- Cantik mengikut syariah
- Trak Jadi Stesen Radio Bergerak Suria FM
- Bunga Merah Punya melabuh tirai malam ini
- Kes Norish ditangguh, bekas suami gagal hadir
- Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah
- Siti anggap Sakinah bergurau
- 12 pengikut Tuhan Harun dicari
- Perhilitan tangkap 8 ekor gajah
- Derita kanak-kanak kepala besar
- Belajar berkumpulan rahsia tiga pelajar UiTM cemerlang
- Kad kredit istimewa untuk guru
- Bayi berkepala besar dibedah
- Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan
- Musim menipiskan bulu alpaka
- Mampu jadi fenomena
- Filem-filem Islamik popular Indonesia
- Teknologi Motion Capture di Aswara
- Tapak sulaiman berduri ancam terumbu karang
- Samsung dengan sistem operasi Windows
Anuar Zain Minta Maaf Peluk Pemain Bowling Negara Posted: 16 May 2013 12:46 AM PDT Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama. "Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun. "Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar. Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu. Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu mengenai album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas (DFP), ia memuatkan sebanyak 14 buah lagu solo dan gandingan bersama Dayang, yang telah dirakamkan pada konsert amal di bawah anjuran kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di DFP pada Mei tahun lalu. Anuar berkata album tersebut diterbitkan khas oleh Anuar Zain Network dan DN and AD Entertainment Sdn Bhd buat peminat-peminat yang tidak dapat menhadiri konsert tersebut. "Lebih-lebih lagi lagu-lagu yang dimuatkan merupakan lagu hits saya dan Dayang sebelum ini," katanya. Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Bila Resah, Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Kembalilah Sayang, Cinta Harus Memiliki, Aku Rindu Aku Jemu, Kau Bunga Cintaku, Ketulusan Hati dan Sedetik Lebih. | |||
Menari tip langsing Hanis Zalikha Posted: 16 May 2013 12:46 AM PDT Meski pun begitu, akui bintang filem Gangster Celop ini, dia amat mementingkan penjagaan kesihatan serta kecantikan dalaman dan luaran. Jom kita ikuti amalan kesihatan dan kecantikan empunya nama, Hanis Zalikha ini. Anda bertuah kerana memiliki tubuh yang langsing, apakah yang anda lakukan untuk mengawal berat badan anda? Sebenarnya saya sangat suka menari kerana ia merupakan senaman yang enjoy dan tidak membosankan. Bagi saya, menggerakkan badan mengikut alunan muzik memang mengasyikkan. Yang penting, saya puas melakukannya kerana ia membuatkan saya berpeluh dan mampu menjaga kesihatan serta menurunkan berat badan saya. Berapa kerap anda menari? Biasanya saya akan lakukannya selama 30 minit setiap hari. Ia tidak memerlukan waktu yang khusus dan secara logiknya, dengan menari ia dapat membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan tenaga dan menguatkan otot-otot badan. Boleh kongsi produk kesihatan yang anda gunakan? Mama saya ada perkenalkan produk kolagen kepada saya dan saya telah mengamalkannya selama tiga tahun. Sepanjang menggunakannya, ia amat berkesan untuk kulit dan sendi di tubuh kita. Selain mengambil kolagen, adakah anda ada amalkan makanan tambahan yang lain? Ya, saya juga amalkan makanan tambahan yang lain. Ia penting untuk memberikan tenaga yang cukup selepas sibuk dengan penggambaran dan tugasan. Bagaimanapun, saya tidak sesekali mengambil sebarang suntikan. Tip lain yang boleh anda kongsi... Sudah menjadi amalan saya untuk minum susu setiap hari sebelum tidur. Paling penting banyakkan makan ulam dan buah-buahan. Dalam pada itu, saya juga sering meminum teh hijau selain memastikan saya mendapat tidur secukupnya setiap hari. Berbalik kepada penjagaan wajah pula, apa yang anda lakukan supaya kulit sentiasa bersih dan sihat? Oleh kerana sering mengenakan solekan ketika penggambaran, saya akan mencuci muka sebelum tidur dengan sebersih-bersihnya untuk memastikan solekan tidak melekat pada kulit wajah. Ini penting bagi mengelakkan kulit saya menjadi kusam. Bagaimana pula dari segi penjagaan rambut? Bagi rambut pula saya amalkan mencuci rambut pada waktu malam. Ini kerana jika rambut dicuci pada waktu siang, ia akan menggerbang. Sedikit mengenai gaya fesyen anda... Saya seorang yang simple dan biasanya saya selesa tampil sederhana dalam berfesyen. Saya tidak suka memakai pakaian yang terlalu outstanding. Aktiviti anda jika mempunyai masa lapang? Saya seorang yang sangat rapat dengan keluarga, jadi, bila ada masa terluang saya pasti akan bersama mereka melakukan pelbagai aktiviti. Kami paling suka membeli-belah atau berkaraoke bersama. Dalam pada itu, saya juga suka menghias bilik. Mengenai Hanis Zalikha: Suka benda manis seperti coklat Seorang yang pemalu Seorang yang garang dengan adik-beradik Mamanya, Nani Rostam adalah jurusolek peribadinya Gemar melakukan aktiviti ekstrem Profil Nama : Hanis Zalikha Zainal Tarikh Lahir : 9 Oktober 1990 Tempat lahir: Kuala Lumpur Ketinggian: 168 sentimeter Berat: 50 kilogram Adik-beradik: Anak kedua daripada tujuh beradik | |||
Posted: 16 May 2013 12:45 AM PDT
BUKAN mudah untuk mendapat peluang mengadakan satu sesi fotografi bersama dua orang penyanyi popular, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah lantaran kesibukan jadual masing-masing. Akhirnya, peluang tersebut terlaksana apabila Anuar dan Dayang telah hadir pada sesi fotografi yang diaturkan sempena mempromosikan album terbaharu mereka iaitu Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang kini sudah berada di pasaran. Biarpun tujuan utama adalah untuk mempromosikan album berkenaan, tetapi dapat bertemu kedua-dua penyanyi yang boleh dikategorikan sebagai gred A itu pada masa yang sama telah memberi peluang untuk mencungkil lagi cerita-cerita menarik tentang mereka berdua. Antaranya, mengenai status hubungan yang terjalin antara mereka memandangkan agak kerap digandingkan bersama dalam pelbagai persembahan nyanyian yang diaturkan sehingga ada yang beranggapan mereka bercinta. Bagi menjawab segala persoalan yang timbul tentang status hubungan mereka itu, Anuar menjelaskan langsung tiada jalinan cinta antara dia dan Dayang. "Kalau orang melihat kami beraksi mesra di atas pentas ketika menyanyi bersama-sama, ia tidak bermakna kami ini bercinta kerana apa yang kami lakukan itu sebagai satu cara penghayatan ketika menyanyi. "Saya sudah agak lama mengenali Dayang iaitu sejak tahun 1999. Secara jujurnya saya menganggap dirinya tidak lebih sekadar seorang adik dan berasa agak pelik kalau ada yang menyangka kami ini bercinta," jelasnya mengenai status hubungannya dengan penyanyi kelahiran Sarawak itu. Apa yang menariknya, Anuar turut mendedahkan bahawa kemesraan yang ditampilkan itu telah menyebabkan ramai yang suka dengan gandingan mereka sehingga ada yang menyuruh mereka berkahwin memandangkan kedua-duanya masih solo. "Ketika menjayakan sesebuah persembahan ada peminat bertanya kepada saya tentang khabar Dayang kerana menyangka kami bercinta, sedangkan kami memang amat jarang bertemu memandangkan masing-masing sibuk. "Terdapat beberapa kejadian lucu yang saya alami apabila terdapat peminat yang menyuruh saya berkahwin sahaja dengan Dayang kerana dia suka melihat keserasian kami," ujarnya. Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia kerap memilih Dayang sebagai rakan duetnya ketika mengadakan persembahan, Anuar menyatakan, dia begitu kagum dengan vokal dan bakat yang dimiliki oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu. Mengakui terlalu selektif terhadap pemilihan penyanyi yang akan bergandingan dengannya, adik kepada Ziana Zain itu menjelaskan, dia lebih selesa bekerjasama dengan penyanyi yang rapat dengannya.
"Tidak dinafikan di Malaysia memang ramai penyanyi wanita yang sangat hebat, tetapi saya cuma memilih individu yang rapat dan sudah lama kenal supaya kerjasama itu menjadi lebih mudah. "Bukan mahu terlalu memuji Dayang kerana secara ikhlasnya saya melihat dia merupakan antara penyanyi wanita yang hebat. Kalau menyanyi dalam keadaan sistem bunyi yang teruk dia masih mampu menampilkan persembahan yang baik," ujarnya. Menurutnya, sebelum ini dia sudah berduet dengan beberapa penyanyi wanita lain seperti Hetty Sarlene, Hunny Madu dan Amy Mastura. Namun begitu, sehingga kini dia belum pernah berkolaborasi dengan kakaknya sendiri. "Permintaan itu memang ada dan sudah ada perancangan serta beberapa buah lagu telah dipilih, tetapi kombinasi suara kami memang tidak sesuai untuk berduet bersama," jelasnya. Berkenaan dengan album Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas, ia mengandungi 14 buah lagu dan empat daripadanya menampilkan duet mereka menerusi lagu Bila Resah, Mana Mungkin, Biar Akhirnya Di Sini dan Sedetik Lebih. Komposer luar Bercerita lebih lanjut mengenai aktiviti seni terbaharunya, Anuar memberitahu, dia sedang menghasilkan sebuah album khas menerusi rakaman konsert solo pertamanya iaitu Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada 17 Februari lalu di Stadium Malawati, Shah Alam. Menurut Anuar, pada tahun ini buat pertama kalinya dia tidak terlibat dalam sebarang persembahan untuk Minggu Setiausaha seperti kelaziman kerana telah menganjurkan konsert tersebut. "Album khas ini dihasilkan atas permintaan ramai dan selepas itu saya akan memberikan tumpuan pula kepada penerbitan album baharu yang dijangka akan siap pada tahun hadapan. "Pemilihan lagu pula masih lagi belum dilakukan, tetapi saya akan tampilkan konsep yang lebih ceria. Mungkin saya akan terus memilih lagu yang dihasilkan oleh komposer dari Indonesia," jelasnya. Apabila diminta mengulas mengenai dirinya yang menggunakan khidmat komposer luar seperti album terdahulu, penyanyi itu menyatakan, langkah tersebut memberi kesenangan dalam proses pemilihan lagu. Bukan hendak menafikan kebolehan dan kepercayaan komposer tempatan, tetapi Anuar menyatakan kebanyakan mereka agak sibuk kerana perlu menghasilkan lagu untuk penyanyi yang lain.
"Saya akui komposer di Malaysia memang ramai yang hebat dan bagus, cuma kalau saya hendak menggunakan khidmat komposer pilihan sendiri, ramai yang tidak boleh buat kerana terlalu sibuk. "Jadi, saya lebih suka mengambil pendekatan dengan memilih lagu-lagu yang dihasilkan komposer Indonesia kerana lebih banyak pilihan yang dapat dibuat," ujarnya. Selesa bersama Dilihat agak malu-malu apabila mendapat pujian yang melambung, ternyata Dayang Nurfaizah tetap merendah diri dan berasa sangat bertuah kerana menjadi pilihan Anuar Zain untuk berkolaborasi bersama. Berhubung dengan dirinya yang dikatakan mempunyai ikatan istimewa dengan penyanyi tersebut, Dayang turut beranggapan bahawa Anuar seperti seorang abang memandangkan pengalamannya yang luas selama 30 tahun dalam industri nyanyian. "Kalau ada yang menyangka saya dan Anuar bercinta, ia merupakan satu perkara yang cukup pelik. Ternyata tidak terlintas langsung untuk kami bercinta dan kemesraan yang ditampilkan pula atas dasar profesional. "Tidak dinafikan agak ramai peminat yang mahu melihat kami berdua berkahwin, cuma kami lebih selesa kalau berkolaborasi bersama di pentas nyanyian atau menerusi album," ujarnya yang masih belum memiliki teman lelaki. Berkenaan dengan projek kolaborasi seterusnya bersama Anuar, penyanyi tersebut menyatakan belum ada perancangan lagi buat masa ini. Namun begitu, dia tidak akan menolak sekiranya dapat bergandingan bersama pada masa akan datang. Mengenai projek terbaharunya pula, Dayang menjelaskan dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah single berjudul Bisikan Rindu untuk lagu tema drama bersiri Dahlia. Selain itu, dia akan menjayakan sebuah showcase di The Venue, Pavillion, Kuala Lumpur pada 23 Jun ini. "Ketika ini saya mahu mempromosikan lagu berkenaan terlebih dulu. Tentang album baharu pula perancangan itu memang ada dan kini sedang dalam proses pemilihan lagu yang sesuai," ujarnya yang kali terakhir menghasilkan album pada tahun 2011 iaitu Sayang & Cahaya. | |||
Dayang Nurfaizah Tidak Percayakan Teknik Pemutihan Kulit Posted: 16 May 2013 12:44 AM PDT Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, berkata dia tidak mempercayai rawatan tersebut di mana ia berkemungkinan besar boleh merosakkan lagi kulit. "Rasanya saya lebih selesa dengan warna kulit asal saya walaupun gelap. Saya tidak mempercayai konsep rawatan pemutihan wajah terutamanya. "Pada pendapat saya, yang penting kulit dijaga rapi agar ia tidak kusam atau berjerawat, itu sudah mencukupi," katanya. Dayang ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar & Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu. Bagaimanapun tambah Dayang, kenyataannya itu tidak bermaksud ingin memperkecilkan individu yang melakukan rawatan tersebut sebaliknya menghormati kehendak mana-mana wanita yang menjalani proses itu. Baginya setiap wanita mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri dan begitu juga dengan dirinya yang turut melakukan beberapa rawatan untuk berpenampilan lebih menarik. Terbaharu, Dayang kini sedang menjalani rawatan memasang pendakap gigi invasalign braces, sejenis pendakap lutsinar tanpa besi. "Sebenarnya saya seorang yang takut mahu menggunakan pendakap gigi, Tetapi apabila doktor mengesyorkan sejenis pendakap lutsinar, saya tertarik mahu menggunakannya. "Dan ya, sudah setahun saya menggunakan pendakap gigi dan ramai melihat perubahan gigi dan pada masa sama wajah saya juga berubah, lebih cengkung kata orang," selorohnya. Namun, beritahu Dayang dia cukup berpuas hati apabila ramai memberikan respons positif mengenai perubahan wajahnya yang semakin runcing. "Tujuan utama saya adalah untuk membetulkan gigi, tetapi tak sangka pula wajah saya turut mendapat pujian rakan kononnya dah runcing," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Dayang baru sahaja selesai merakamkan lagu tema drama bersiri Dahlia (Astro Mustika) berjudul Bisikan Rindu. Penyanyi itu juga kini sedang membuat persiapan bagi persembahan khas di The Venue, Pavillion di sini pada 23 Jun depan. | |||
Posted: 16 May 2013 12:43 AM PDT Bercakap tentang sambutan Hari Guru, pastinya saya tidak akan melupakan jasa ibu saya, Alawiyatuh Bt Abd Mutalib, seorang guru di Sekolah Menengah Convent Kajang. Jujurnya saya berbangga dan berterima kasih kepada beliau yang bersungguh mengajar anak bangsa agar berjaya. Bagi saya beliau seorang guru yang sangat cool dan sporting" – Kamal Adli Zaman sekolah, saya merupakan pelajar yang aktif bersukan. Jadi saya rapat dengan guru sukan yang namanya Cikgu Zurina Pahad. Beliau banyak memberi galakkan kepada saya dan satu yang menarik tentang beliau ialah tidak memanjakan anak murid sungguhpun mempunyai hubungan yang erat dengan muridnya. Sehingga sekarang, saya berhubungan dengan beliau kerana saya percaya banyak ilmu yang kita perolehi daripada seorang guru"- Memey suhaiza Saya seorang yang agak nakal dan hanya meminati subjek Bahasa Melayu dan sastera. Sikap nakal saya ini menyebabkan cikgu kurang memberi tumpuan kepada saya dan memberi kata-kata yang negatif. Tetapi di Tingkatan 5 saya cuba menyasarkan keputusan yang baik dan hasilnya saya berjaya mendapat 'A' untuk subjek BM. Menariknya, guru BM itu sendiri yang menyerahkan keputusan itu kepada saya. Sempena Hari Guru ini, saya berterima kasih kepada mereka kerana kata-kata negatif itu merupakan satu cabaran yang positif kepada saya sebenarnya" – Zahiril Adzim Sekolah dahulu saya aktif bersukan khususnya dalam bola jaring dan bola baling. Jadi disebabkan selalu berlatih, saya sering lambat masuk ke kelas dan ditahan di bilik disiplin. Cikgu sukan biasanya akan datang membantu kerana saya selalu ugut-ugut manja yang saya tidak akan berlatih kalau mereka tidak bantu saya selamatkan diri dari cikgu disiplin. di kesempatan ini saya ucapkan selamat hari guru kepada guru di sekolah Air Panas Girl School dan Sekolah Menengah Taman seraya, Cheras" - Siti Elizad Tiba sambutan Hari Guru, pasti saya teringat kepada guru saya di St John, Puan Rubiah. Beliau merupakan penyokong awal saya semasa hendak bertatih dalam industri ini. Saya terhutang budi kerana sikap beliau yang mengambil berat terhadap saya hinggakan sering belanja saya sekiranya terlepas waktu rehat disebabkan sibuk berlatih. Beliau juga menyediakan bilik khas untuk saya berlatih. Jasa besar beliau ini akan saya ingat sampai bila-bila"– Aizat Saya bersekolah di banyak tempat dan oleh sebab itu saya punya ramai cikgu yang rapat. Tetapi semasa di MRSM Kulim, saya rapat dengan cikgu Hamid. Beliau saya anggap sebagai pengganti kepada ibu bapa. Kalau hendak pergi ke bank, ke kedai buku, atau ke mana-mana beliaulah yang akan hantarkan. Jasa beliau tidak akan saya lupakan dan saya berharap beliau dalam keadaan sihat untuk mendidik anak bangsa"– Hafiz Hamidun Saya bersekolah di Sekolah Taman Melawati dan merupakan seorang yang aktif bersukan. Disebabkan aktif dalam sukan Bola baling dan acara rejam lembing, saya lebih rapat dengan guru sukan. Sekarang ini, apabila terjumpa dengan bekas guru, apabila ditegur mereka masih ingat kepada kita. Itu menimbulkan keseronokan kepada saya untuk meneruskan hubungan baik dengan orang yang mendidik kita" - Sheera Iskandar | |||
8 Tahun Jadi Artis Buat Marsha Milan Lebih Matang Posted: 16 May 2013 12:42 AM PDT Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 28, berkata, kematangan itu mungkin hadir kerana faktor usia serta pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar selebriti. "Banyak faktor sebenarnya yang telah membuatkan diri saya lebih matang. Seperti kata orang, pengalaman banyak mengajar kita. "Sekarang ini, saya lebih yakin berkaitan dengan bidang nyanyian dan lakonan di mana saya tahu apa yang saya inginkan, terutamanya berkaitan dengan muzik. "Kematangan yang saya rasa sekarang ini juga bukan mudah diperoleh, semua ini memerlukan kerja keras dan kesabaran yang tinggi," katanya. Marsha ditemui pada majlis pelancaran Marsha sebagai duta produk BioEnergy serta pelancaran single terbaharu penyanyi itu iaitu Jujur Bilang Cinta di Hotel Holliday Inn di sini, Rabu. "Saya mula serius dengan pengacaraan selepas diberi peluang menjayakan program Propaganza dania akan bersambung untuk musim ketiga pula tidak lama lagi. "Jujurnya, saya masih belum mahir di bidang ini dan perlu mengasah bakat dengan lebih baik lagi," tuturnya. Mengenai kerjasamanya sebagai duta produk BioEnergy, Marsha akan mengikat kontrak dengan pihak produk berkenaan selama setahun. "Pada mulanya, saya diberi cadangan menggunakan beberapa set penjagaan kecantikan BioEnergy dan kemudian, selepas merasakan kesannya, pihak BioEnergy terus berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan saya sebagai duta produk mereka. "Kerjasama kami pula lebih pada konsep situasi 'menang-menang' di mana saya akan turun mempromosikan produk ini di beberapa lokasi dan pada masa sama memperkenalkan single lagu terbaharu saya, Jujur Bilang Cinta," ujarnya. Sementara itu, mengenai Jujur Bilang Cinta, ia merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Marsha di mana liriknya menceritakan tentang kisah cinta yang pernah dilalui sebelum ini. "Ini merupakan ciptaan saya kali ketiga selepas lagu Bila dan Janji. "Asalnya saya mencipta lagu ini sekadar untuk meluahkan emosi, tetapi tidak lama selepas itu saya membuat keputusan untuk mengeluarkannya sebagai 'single'. "Menariknya tentang lagu ini, liriknya bersifat terus terang mengenai luahan perasaan saya," ujarnya. | |||
Posted: 16 May 2013 12:41 AM PDT Namun, tidak semua solekan yang dioles pada wajah menggunakan teknik yang betul mengikut kesesuaian kulit dan persekitaran. Bertempat di Axis Atrium, Ampang, syarikat pengurusan, Artist KL Production Sdn Bhd tampil menganjurkan bengkel kecantikan, Artist KL Beauty Workshop (AKLBW) sambil mempelajari teknik-teknik solekan yang betul. Menurut Pengarah Urusannya, Haza Zulaikha Aziz, bengkel yang dihadiri lebih 100 peserta itu merupakan langkah pertamanya dalam memperkenalkan teknik solekan yang mematuhi syariah Islam. "Alhamdulillah, bengkel ini mendapat sambutan daripada peserta dan mencapai sasaran yang ditetapkan. "Pelbagai teknik solekan yang diperkenalkan termasuklah teknik solekan biasa, penggunaan bedak asas natural dan bayangan. "Kami memberi panduan mengenai solekan siang dan malam tanpa menggunakan bulu mata palsu. Namun, hasilnya sama seperti menggunakan bulu mata palsu," katanya yang mendapat bantuan daripada juru mekap profesional, Awin Seindahwajah. Selain daripada bengkel kecantikan, peserta juga dihiburkan dengan pertunjukan fesyen daripada Butik Sutera Violet. Aktiviti lain yang turut disusun termasuklah demo pemakaian tudung daripada artis jemputan, Siti Nordiana dan cabutan bertuah tajaan KATE Kosmetik dan Srinuansa. Mekap tak 'over' Walaupun tampil dengan gaya solekan yang menawan dan moden, namun teknik yang digunakan tidak mengetepikan teknik mekap mengikut syariah. Menurut Zulaikha yang lebih mesra disapa Ika, teknik mekap yang diajar tidak terlalu berat dan menggunakan teknik asas dan tidak keterlaluan. "Sebagai wanita Muslimah, kita tidak digalakkan memakai solekan tebal sehingga menyusahkan diri sendiri. Walaupun tampak semula jadi dan tidak terlalu heavy, ia masih mengekalkan kejelitaan dan kecantikan kulit asal. "Lagipun, mekap sebegini lagi senang dicuci dan sesiapa sahaja mampu mempraktikkannya setelah mengikuti panduan solekan yang betul," katanya yang juga aktif berlakon dan mengacara. Jelajah negeri Mendapat respons positif dalam kalangan peserta, bengkel kecantikan dan solekan ini bakal diperkenalkan dalam siri jelajah. Katanya, sekiranya tiada aral melintang, bengkel itu akan dianjurkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. "Ada yang mengusulkan bengkel ini untuk dipanjangkan kepada dua hari. Kami akan mempertimbangkan semua cadangan tersebut dan kemungkinan kami akan mengadakan bengkel itu di seluruh Malaysia bermula September. "Ini kerana, sambutan dan permintaan daripada wanita di luar kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur sangat menggalakkan. Mengikut perancangan, ia akan dimulakan di negeri Che Siti Wan Kembang dan kami akan menghebahkan acara ini supaya masyarakat di situ mendapat maklumat mengenainya," katanya. | |||
Trak Jadi Stesen Radio Bergerak Suria FM Posted: 16 May 2013 12:40 AM PDT Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, trak ini merupakan salah satu cara Suria FM mempromosi dan memberi pendedahan maksimum kepada semua warga kota tentang stesen radio ini. "Trak Suria FM ini adalah satu usaha yang berterusan untuk Suria FM terus dikenali. Ia memberikan pendedahan tentang Suria FM dan penyampai-penyampai Surai FM kepada masyarakat. Jadi, ia akan memperkukuhkan Suria FM dalam ingatan pendengar," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Trak Suria FM, di sini, Rabu. Trak ini dijadualkan bergerak pada waktu pagi dan malam sambil memperdengarkan siaran Suria FM di sepanjang perjalanan untuk menarik perhatian orang ramai. "Bagi pendengar yang terlihat trak ini, anda digalakkan untuk mengambil gambar bersama trak dan muat naik di laman sosial Suria FM dan Twitter Suria FM," katanya. Suria FM merupakan stesen radio pertama yang mempunyai trak promosi atau stesen radio bergerak seumpama itu. | |||
Bunga Merah Punya melabuh tirai malam ini Posted: 16 May 2013 12:39 AM PDT Gandingan mantap pelakon sedang meningkat naik, Izzue Islam dan Sharifah Sakinah nyata berjaya memberi impak yang berkesan terhadap drama yang mengangkat kisah erti percintaan, kasih sayang keluarga dan pengorbanan dalam persahabatan ini. Selain itu, jalan cerita drama ini turut dimeriahkan dengan beberapa watak dimainkan oleh pelakon lain seperti Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli, Zalfie Roul, Idzham Ismail, Hasnul Rahmat, Roslan Madun dan adik Izz Ilham. Bunga Merah Punya mempunyai kekuatan tersendiri di mana susunan lagu hasil nukilan pengarahnya, Zul Huzaimi berjaya menyentuh emosi dan membantu jalan cerita drama ini menjadi lebih menarik untuk dihayati. Menerusi episod akhir drama ini, kelihatan Pak Cu bersendirian di kedai miliknya dan memetik gitar milik Merah. Merah yang kembali untuk mengambil gitarnya terkejut bila mendengar Pak Cu menyanyikan lagu ciptaan Tok Baen. Pak Cu terkejut apabila Merah menegurnya. Merah ingin tahu dari mana Pak Cu tahu lagu itu. Pak Cu dengan berat hati menceritakan kisah sebenarnya yang selama ini dipendamnya. Merah bagaikan tidak percaya akan kenyataan itu. Bunga yang sedang sakit telah lari daripada rumah Pak Cu. Buat pertama kalinya, Merah kembali menjejakkan kaki ke rumah peninggalan Tok Baen setelah bertahun lamanya dia meninggalkan kampung itu demi menjejak Bunga. Dia tidak mahu Bunga terlepas daripada genggamannya lagi. Adakah takdir sekali lagi akan memisahkan Bunga dan Merah? Siapakah Pak Cu sebenarnya? Mari sama-sama kita ikuti pengakhiran drama Bunga Merah Punya pada jam 8.30 malam ini di slot Aurora TV9. | |||
Kes Norish ditangguh, bekas suami gagal hadir Posted: 16 May 2013 12:38 AM PDT Hakim Mohammad Adib Husain menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Norish, 37, untuk memasukkan hujahan kes bagi menjimatkan masa. Beliau turut memohon mahkamah membatalkan keterangan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir selepas defendan tidak hadir sedangkan kes itu telah lama difailkan sejak 2009. "Hari ini sepatutnya untuk defendan beri keterangan, namun dia tidak hadir begitu juga peguam defendan (Ahmad Burok) tanpa sebab dan makluman, "katanya. Menurut Amli, defendan tidak pernah datang untuk perbicaraan kes itu sejak 2009. "Defendan pernah bercadang untuk selesaikan kes di luar mahkamah, namun selepas itu terus senyap," katanya. Norish, atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, bernikah dengan Hashimuddin, 65, pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini, pada 15 Julai 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Muhammad Haqiem Amany, Muhammad Hady Amieran, dan Nur Hanyz Amanda. Pelakon yang menyertai MasterChef Selebriti musim ke-2 itu memfailkan permohonan itu selepas kaedah melalui sulh (perbincangan secara baik) yang dibuat dengan Hashimuddin gagal mencapai kata sepakat. Antara harta yang disenaraikan sebagai harta sepencarian ialah sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, kondominium Danau Permai (RM300,000), Kondominium Abadi Indah (RM300,000), sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan (RM100,000) dan kondominium Seri Heningdi Ampang, Kuala Lumpur. | |||
Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah Posted: 16 May 2013 12:33 AM PDT
MODEL kelahiran China, Lynn Hung baru-baru ini mengumumkan ikatan cinta selama tujuh tahun terjalin antara dirinya dengan aktor tersohor Hong Kong, Aaron Kwok kini sudah terlerai. Dalam satu temu ramah dengan media China, Lynn mengakui buat pertama kalinya dia berasa hubungannya dengan Aaron selama tujuh tahun itu sebenarnya bukan sesuatu yang selesa buat dirinya. "Bukan mudah untuk bergelar kekasih Aaron Kwok. Selama tujuh tahun, saya telah hidup dalam dunia orang lain (Aaron Kwok). "Kadangkala, saya rasa terlalu memaksa diri. Kini, saya tidak mahu lagi memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu buat. Saya mahu bahagia dan membiarkan orang di sekeliling saya juga larut dalam kebahagiaan," luahnya. Tambah Lynn: "Ini (putus cinta) merupakan satu permulaan, setiap hari merupakan hari yang berbeza dan saya berharap untuk berkenalan dengan rakan-rakan baharu." | |||
Posted: 16 May 2013 12:32 AM PDT
SEMUANYA bermula apabila pelakon Sharifah Sakinah menggunakan akaun medium sosial Keek aktres Anzalna untuk memuat naik sebuah video pada petang Jumaat lalu. Ketika itu Sakinah dan Anzalna sama-sama sedang menjalani penggambaran drama bersiri drama bersiri, Orang Gaji IQ. Menerusi video tersebut, Sakinah telah mengajuk suara Datuk Siti Nurhaliza seperti dalam iklan Jusco yang membabitkan Siti sebelum ini. Impaknya ramai yang mengutuk tindakan Sakinah sebagai sengaja mencari publisiti murahan sehingga Sakinah akhirnya tampil membuat permohanan maaf secara terbuka menerusi media. Siti turut memberikan respons terhadap kontroversi yang dicetuskan Sakinah itu. Ujarnya: "Saya sudah mengetahui tentang video (Sharifah Sakinah) tersebut. Setahu saya, video tersebut hanya mengajuk cara suara saya membuat voice over untuk iklan Jusco. "Saya tidak ambil hati kerana saya anggap Sakinah mungkin sekadar ingin bergurau." Tambah Siti: "Saya anggap ia sekadar gurauan budak-budak dan isi kandungan seterusnya tidak ada kena-mengena dengan diri saya." Siti ditemui baru-baru ini pada majlis pelancaran klip video single terbaharunya, Galau di Kuala Lumpur. Single tersebut merupakan hasil kerjasama Universal Music Sdn. Bhd. dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. yang diterbitkan oleh Mujahid Abd Wahab dari Rumpun Records "Lagu berkonsep pop ini mengisahkan tentang hubungan dua insan yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam menempuhi ranjau kehidupan sebagai pasangan kekasih. "Galau bermaksud kacau atau keliru. Alhamdulillah, Galau telah mula mendapat sambutan yang hangat di (stesen) radio-radio tempatan dan laman sosial seperti YouTube dan Facebook," ujarnya. Penggambaran klip video Galau berlangsung pada 7 Disember tahun lepas di Moroccan Pavilion, Taman Botani, Putrajaya. Menurut pengarah klip video tersebut, Daryl Adrian Emuang, lokasi itu dipilih kerana keunikan dan kecantikan senibinanya. "Gabungan elemen kasih sayang daripada maksud lagu Galau dengan visual yang memfokuskan kepada ekspresi Siti bersama para penari pendingngiring. Klip video tersebut lebih kepada unsur abstrak dan sangat berbeza konsepnya berbanding klip video Siti sebelum ini," jelas Daryl. Tidak berhijab Pada majlis tersebut, Siti juga membuat satu pengumuman untuk menghasilkan kerjasama dengan Universal Music Sdn. Bhd. untuk album yang seterusnya. "Saya akan mulakan proses rakaman pada bulan Ramadan ini dan Insya-Allah ia akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti. "Saya akan berkerjasama dengan komposer dari Indonesia dan Malaysia," kata Siti yang membuat pelancaran klip videonya itu di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini Menerusi klip video tersebut, Siti menampilkan imej dirinya yang belum berhijab sepenuhnya. Ini kerana ia dirakamkan pada Disember tahun lepas. "Saya harap peminat saya faham yang saya mula berhijab sepenuhnya pada Januari tahun ini dan klip video itu dirakam sebelum saya sepenuhnya berhijab. Saya berharap ia tidak menjadi satu masalah kepada peminat-peminat saya," ujar Siti yang tidak sabar ingin memulakan rakamannya bersama Universal Music. Tambahnya: "Klip video ini sepatutnya sudah lama dikeluarkan. Namun saya tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya disebabkan suami saya kemalangan dan menjaga suami selama empat bulan. "Saya tidak mahu pihak penerbitan mengeluarkan bajet sekali lagi semata-mata ingin merakamkan klip video itu." Kolaborasi bersama Yuna Sementara itu, Siti juga mengumumkan projek terbaharuunya dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). "Siti akan muncul menerusi konsert mega di Dewan Philharmonic pada Julai ini," ujarnya mengenai koloborasinya dengan MPO untuk tiga malam berturut-turut iaitu dari 5 hingga 7 Julai nanti. Siti juga mendedahkan, dia banyak menerima pemintaan daripada peminat untuk menyanyikan lagu Muara Hati secara solo. "Saya akan mempertimbangkan mengenai perkara itu," ujarnya yang mengakui ingin menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi Yuna dan Awi Rafael pada masa akan datang. | |||
12 pengikut Tuhan Harun dicari Posted: 16 May 2013 12:31 AM PDT
KUANTAN – Dua belas pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dicari pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin untuk sebutan kes. Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah itu telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun untuk hadir ke pejabat JAIP bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak. Mereka yang diburu itu ialah isteri ketiga ketua kumpulan itu, Harun Mat Saad, 47, iaitu Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu, Terengganu dan empat anak Harun iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, dan Muhammad, 21 tahun. Turut diburu ialah Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri Sembilan; Mohd. Tirmizi Othman, 17, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, dari Shah Alam, Selangor; Norhairi Harun, 41, dari Skudai, Johor dan Norhafizah Mohd. Azam, 28, dari Shah Alam. Dua lagi yang dicari ialah Farhaien Othman, 22, dari Sungai Petani dan Shuzliana Mokhtarudin, 29, dari Slim River, Perak. Kelmarin, enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak. Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan. | |||
Perhilitan tangkap 8 ekor gajah Posted: 16 May 2013 12:30 AM PDT SUNGAI SIPUT – Lapan ekor gajah termasuk seekor yang baru dilahirkan berjaya ditangkap oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di sebuah kawasan kebun getah di Felda Lasah di sini. Pengarahnya, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kesemua gajah tersebut ditangkap menggunakan tembakan ubat pelali sejak Sabtu lalu. Katanya, tiga ekor gajah betina dan lima ekor gajah jantan itu dipercayai datang dari Hutan Simpan Piah, Lenggong kira-kira 30 kilometer dari sini. "Pihak Perhilitan Perak telah menerima aduan daripada penduduk mengenai kulit pokok getah mereka dimakan oleh gajah pada 2 Mei lalu dan sejak itu kita mula memantau kawasan kebun getah di sini untuk mengesan binatang berkenaan. "Kita mula menangkap gajah tersebut pada Sabtu lalu dan sehingga semalam, kita telah dapat menangkap lapan ekor gajah. "Hasil operasi yang dijalankan, kita percaya telah dapat menamatkan ancaman haiwan liar itu terhadap tanaman dan penduduk di Felda Lasah," katanya ketika ditemui semasa operasi menangkap gajah di sini semalam. | |||
Derita kanak-kanak kepala besar Posted: 16 May 2013 12:29 AM PDT BUKIT MERTAJAM – Ketika kanak-kanak seusianya riang bermain, Muhammad Adnan Azlan, 4, hanya terlantar di rumah kerana menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus sejak dilahirkan. Ibunya, Rashidah Abdul Rahim, 29, berkata, penyakit itu mula dikesan ketika Muhammad Adnan masih dalam kandungan dan doktor pernah memaklumkan mengenai risiko yang bakal dihadapi anaknya. "Disebabkan terlalu sayangkan kandungan ketika itu, saya dan suami, Azlan Shaik Daud, 29, tetap dengan keputusan untuk melahirkannya melalui pembedahan. "Ketika dilahirkan berat kepala anak kami itu ialah 3.6 kilogram (kg) dan kini mencecah 5.9 kg," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Impian Indah di sini semalam. Menurut Rashidah, anak bongsu daripada tiga adik beradik itu telah enam kali menjalani pembedahan membuang lebihan cecair di kepalanya tetapi ia terpaksa dihentikan sejak dua tahun lalu ekoran masalah kewangan. | |||
Belajar berkumpulan rahsia tiga pelajar UiTM cemerlang Posted: 16 May 2013 12:28 AM PDT SHAH ALAM – Tiga sahabat karib berkongsi kegembiraan apabila mereka dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-78 di kampus universiti itu di sini semalam. Kesemua graduan Diploma Perakaunan itu, Muhammad Asyraf Mohd. Saufi, Abdul Razak Mohammad Yusoff dan Ahmad Zahir Abu Bakar yang masing-masing berusia 20 tahun mendapat keputusan cemerlang hasil kaedah mengulang kaji secara berkumpulan. Menurut Muhammad Asyraf, mereka kerap berbincang dan berkongsi pendapat bagi meningkatkan kefahaman dalam setiap subjek yang diambil pada setiap semester. "Apabila membuat kerja dalam kumpulan ia mampu menjana pelbagai idea dan pengetahuan selain dapat mengelak rasa bosan," katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen tersebut di sini. Muhammad Asyraf mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.81, diikuti Abdul Razak (3.67) dan Ahmad Zahir (3.56). | |||
Kad kredit istimewa untuk guru Posted: 16 May 2013 12:27 AM PDT SEREMBAN – Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan kad kredit terbaharunya, 1Teachers Card eksklusif untuk warga pendidik dengan tawaran pelbagai kemudahan menarik dan caj terendah. Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN, Winston E. Jeyaprakash berkata, kad istimewa itu itu hanya terbuka kepada guru dan kakitangan yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. "Kemudahan ini merupakan kerjasama antara BSN dengan Yayasan Guru Malaysia Bhd. (YGMB) sebagai usaha untuk menawarkan penjimatan kadar caj kewangan terendah di pasaran iaitu pada kadar 8.88 peratus setahun atau 0.74 peratus sebulan. "Kemudahan ini juga mengenakan caj kewangan tahunan pada kadar 8.88 iaitu paling rendah berbanding kad kredit lain yang kini mengenakan caj antara 17.5 hingga 18 peratus setahun," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kad kredit 1Teachers Card pada Pameran dan Festival Hari Guru 2013 di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini semalam. | |||
Posted: 16 May 2013 12:26 AM PDT
NEW DELHI – Sekumpulan doktor semalam berjaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi berusia 15 bulan yang menghidap penyakit kepala membesar. Seorang doktor, Sandeep Vaishya berkata, pembedahan itu berjalan dengan sempurna di sebuah hospital swasta di pinggir New Delhi. Bayi itu, Roona Begum dilahirkan dengan menghidap penyakit peningkatan cecair dalam kepala yang dikenali sebagai hidrosefalus. Kepalanya membesar dua kali ganda daripada normal. Kisah bayi itu diketahui pada bulan lalu di Kampung Jirania di negeri Tripura, India. Ibu bapanya hidup dalam kemiskinan. Semasa Roona dilahirkan, bapanya, Abdul Rahman yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak AS$2.75 (RM8.25) sehari diberitahu supaya membawa anaknya ke sebuah hospital swasta. Bagaimanapun, kos perubatan untuk ditanggung Abdul Rahman yang berusia 18 tahun itu adalah tinggi. Sebuah hospital yang dikendalikan Kumpulan Fortis Healthcare di pinggir New Delhi kemudian merawat Roona dengan percuma. Doktor-doktor di hospital itu menggunakan peralatan pembedahan untuk menebuk tengkorak Roona untuk mengalirkan cecair daripada kepalanya. Ukur lilit kepala bayi itu sebelum pembedahan ialah 94 sentimeter (sm). Selepas pembedahan, ukur lilit kepalanya ialah 60sm. Pembedahan itu mengambil masa selama lebih sejam. Bagaimanapun, Vaishya berkata, bayi itu memerlukan satu lagi pembedahan untuk mengurangkan saiz kepalanya. Ibu bapa bayi itu menyatakan perasaan gembira ekoran kejayaan pembedahan itu. Roona kembali sedar selepas pembedahan itu dilakukan. Balutan di kepala Roona menyebabkan ibunya, Fatema Khatun yang berusia 25 tahun menangis. Namun, tangisannya terhenti selepas Vaishya menyatakan, pembedahan ke atas anaknya telah berjaya dilakukan. Dua pelajar kolej dari Norway, Jonas Borchgrevink dan Nathalie Krantz yang menyaksikan gambar-gambar Begum telah memulakan kempen di internet untuk mengutip wang sebanyak AS$52,000 (RM156,181) bagi membantu keluarga Begum dan rawatan selepas pembedahan. | |||
Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan Posted: 16 May 2013 12:25 AM PDT SAKVICE - Seorang penduduk di Republik Czech, Radomir Franz dikenali sebagai pakar seni mengawet haiwan yang terkenal di tengah Eropah. Dia bercita-cita untuk menjadi pakar seni pengawet haiwan sejak berusia 13 tahun. Lebih tiga dekad kemudian, Franz merupakan seorang pakar seni mengawet haiwan yang mempunyai ramai pelanggan. Dia mempunyai sebuah kedai mengawet pelbagai haiwan yang telah mati seperti buaya, ular, beruang, burung, rusa singa dan ikan. Franz melatih 15 orang pekerjanya tentang cara untuk mengawet haiwan. Kira-kira 40 peratus tempahan mengawet itu diperoleh dari luar negara. Kos mengawet seekor gajah di kedainya itu ialah kira-kira AS$37,500 (RM112,631) yang melibatkan tempoh selama beberapa bulan. Kira-kira 1,000 ekor haiwan diawet di kedainya pada setiap tahun. Haiwan paling besar yang diawetnya ialah seekor zirafah. | |||
Posted: 16 May 2013 12:24 AM PDT
VIENNA, Austria - Bulu sejumlah alpaka dinipiskan baru-baru ini di sebuah ladang haiwan itu di Obertum, wilayah Salzburg ekoran musim panas. Para pekerja ladang menipiskan bulu alpaka itu bagi membolehkan haiwan tersebut selesa dengan cuaca musim panas. Menipiskan bulu haiwan itu dilakukan pada setiap tahun. Alpaka diternak bagi tujuan untuk mendapatkan bulunya yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran kerana ia digunakan sebagai bahan untuk membuat pakaian. | |||
Posted: 16 May 2013 12:23 AM PDT
MERUJUK kepada perkembangan dunia perfileman tempatan ketika ini, ternyata filem bercorak Islamik atau berunsur Islam agak kurang mendapat sambutan penonton. Biasanya, penonton akan lebih memilih kepada filem-filem yang bergenre cinta, aksi, komedi atau seram apabila pergi menonton sesebuah filem di pawagam. Ia dibuktikan berdasarkan kutipan untuk tayangan keempat-empat genre filem tersebut yang biasanya mendapat kutipan yang tinggi, manakala filem bercorak Islamik pula seolah-olah dipandang sepi oleh penonton. Mengulas mengenai penerimaan terhadap filem-filem bercorak sedemikian, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azhari Zain berkata, filem Islamik sebenarnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Menurut Azhari, untuk memberi gambaran sesuatu filem itu diterima atau tidak oleh masyarakat, ia tidak sepatutnya dinilai berdasarkan kepada kutipan tiket di pawagam semata-mata. "Saya berpendapat bahawa penonton filem bercorak Islamik ini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, misalnya golongan ustaz dan ustazah atau mereka yang lebih cenderung kepada agama. "Sebelum ini saya sudah menjadi pengarah kepada tiga buah filem Islamik seperti 99 Kali Rindu, 7 Petala Cinta dan Salam Cinta. "Ternyata ada beberapa orang ustaz yang menghubungi saya dan memberi maklum balas positif," jelasnya yang juga merupakan seorang pensyarah. Ujar Azhari, biarpun filem-filem sedemikian kurang meraih sambutan di pawagam, tetapi ia akan meraih banyak tontonan apabila ditayangkan di Astro First atau menerusi penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD). Menurutnya, situasi tersebut terjadi kerana wujud golongan penonton yang meminati filem-filem genre Islamik kurang gemar memilih panggung wayang untuk menonton filem dan lebih suka jika menonton di kaca televisyen di rumah bersama ahli keluarga. "Bayangkan jika ada golongan ustaz yang pergi ke panggung wayang dengan memakai kopiah atau songkok. Sudah tentu akan ada segelintir pihak yang berasa agak pelik sehingga mewujudkan pandangan skeptikal. "Jadi, langkah yang terbaik ialah dengan menonton sahaja di rumah dengan melanggan filem yang ingin ditonton menerusi Astro First atau membeli VCD dan DVD sahaja," ujarnya. Ketika ditanya tentang perkembangan filem-filem Islamik ini pada masa akan datang, Azhari meluahkan keyakinannya bahawa filem sedemikian mempunyai masa depan yang cerah. Ujarnya, tidak mustahil penerbitan filem Islamik akan menjadi satu fenomena berdasarkan kepada situasi yang pernah berlaku dalam industri nyanyian menerusi irama nasyid sekitar tahun 1990-an. "Kita dapat melihat bahawa suatu masa dahulu irama nasyid ini tidak memiliki pendengar yang ramai, tetapi setelah munculnya beberapa kumpulan seperti Raihan dan Rabbani situasinya sudah mula berubah. "Pada masa itu, irama nasyid mendapat sambutan yang sangat luar biasa sehingga banyak kumpulan nasyid yang muncul. Maka, tidak mustahil kalau situasi yang sama boleh berlaku kepada industri perfileman pula," tegasnya. Pada masa yang sama, pengarah tersebut berharap supaya lebih ramai penerbit dapat menghasilkan filem bercorak Islamik dan tidak perlu risau tentang kutipan yang akan diperoleh di pawagam. Menurutnya, masih lagi ramai penonton yang sememangnya menantikan filem-filem Islamik ini, terutama yang memaparkan jalan cerita yang baik dan mampu menarik minat orang ramai untuk menontonnya. Mengenai kebanyakan filem berunsur agama ini yang masih menerapkan elemen cinta dalam penceritaan, Azhari berpendapat bahawa ia merupakan salah satu langkah untuk menarik minat golongan muda menonton sesebuah filem itu. "Tidak dinafikan tema percintaan masih lagi menjadi pilihan kerana ia sangat dekat dengan kehidupan golongan muda, tetapi apa yang dipaparkan sudah tentu kisah cinta yang berlandaskan hukum agama," jelasnya. Bagi melihat perkembangan filem Islamik dalam industri perfileman di negara ini, Azhari menyatakan,, dia kini sedang sibuk menyiapkan sebuah kajian iaitu Mencari Identiti Filem Islamik Di Malaysia yang akan dibentangkan pada bulan hadapan. Tidak putus asa Penerbit MIG Productions Sdn. Bhd., David Teo mengakui, penghasilan filem-filem berunsur agama sememangnya kurang memberikan keuntungan yang lumayan berbanding genre filem yang lain.
Ujarnya, meskipun sekadar balik modal, ia tidak menghalang buat dirinya untuk terus menerbitkan filem-filem bercorak sedimikian dan menganggap ia satu cabaran buat penerbit filem sepertinya. "Sewaktu mula-mula berkecimpung dalam industri ini, filem pertama yang saya terbitkan ialah Syukur 21 pada tahun 2000 dan ia merupakan filem bercorak Islamik. "Ternyata filem tersebut gagal di pasaran dan saya telah mengalami kerugian lebih RM2 juta. "Namun begitu, ia langsung tidak membuat saya putus asa untuk terus menerbitkan filem-filem agama," jelasnya ketika pelancaran filem 99 Kali Rindu baru-baru ini. Menurut David, dia tidak terlalu berasa gusar sekiranya sesebuah filem yang diterbitkan itu mencatatkan kutipan yang rendah di pawagam kerana kini sudah ada pendekatan lain yang mampu menampung kos penerbitan. Ujarnya, dalam filem Dua Kalimah kutipan hasil tayangan di pawagam seluruh Malaysia yang diraih cuma mencecah RM700,000, meskipun menampilkan pelakon popular seperti Shaheizy Sam dan Nora Danish. "Apabila ditayangkan di Astro First pula, Dua Kalimah mampu memperoleh sebanyak RM300,000 dalam tempoh empat hari dan sudah tentu kerugian yang dialaminya sebelum ini dapat diatasi," ujarnya. Sebagai penerbit yang banyak menerbitkan filem Islamik seperti Syukur 21, Syurga Cinta, Salam Cinta, 7 Petala Cinta dan 99 Kali Rindu, David berpendapat bahawa punca tidak ramai penerbit yang mahu menghasilkan filem berunsur agama ini kerana risau mengalami kerugian. "Saya masih kekal dengan pendirian bahawa filem-filem sebegini akan terus diterima ramai, tetapi saya juga berharap agar sambutan yang diterima semakin meningkat pada masa akan datang," ujarnya. Medium dakwah Bagi pengarah yang terkenal dengan filem-filem aksi, Syamsul Yusof menyatakan bahawa bidang perfileman sebenanya mampu menjadi medium yang paling efektif untuk berdakwah. Ujarnya, pada era globalisasi sekarang ini, pendekatan menerusi filem merupakan salah satu cara paling berkesan menyampaikan mesej, seperti yang dilakukan oleh penggiat filem di Barat yang menggunakan filem untuk menyebarkan propaganda mereka. "Saya akui terlalu banyak kepincangan yang dilakukan apabila menghasilkan filem tentang gangster dan bohsia, tetapi pada masa yang sama saya cuba menerapkan nilai-nilai kesedaran melalui agama. "Secara jujurnya, saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada serta lebih memberi lebih penekanan terhadap elemen keagamaan dalam filem-filem yang dihasilkan nanti," ujarnya. Menurut Syamsul lagi, Khurafat merupakan filem pertama arahannya yang cuba diterapkan nilai-nilai agama secara lebih mendalam, termasuk lagu temanya iaitu Ya Robbi yang berunsur keagamaan. "Selepas filem KL Gangster 2, saya telah merancang untuk menerbitkan sebuah filem genre keagamaan. Jalan ceritanya pula sudah dirangka dan ia memang berbeza dengan filem-filem saya yang lepas," katanya. | |||
Filem-filem Islamik popular Indonesia Posted: 16 May 2013 12:22 AM PDT SEBAGAI sebuah negara dengan penduduk Islam yang paling ramai di dunia iaitu lebih 200 juta, sememangnya penerbitan filem-filem bercorak Islamik di Indonesia mendapat sambutan yang cukup baik. Menariknya, kebanyakan filem yang dihasilkan pula merupakan adaptasi novel seperti karya oleh Habiburrahman El Shirazy, manakala Hanung Bramantyo pula antara pengarah yang terkenal mengarah filem-filem Islamik di Indonesia. Biarpun menerapkan elemen cinta dalam kisah yang dipaparkan, tetapi ia lebih menjurus kepada amalan yang tidak melanggar hukum agama serta sarat dengan mesej. Berikut merupakan senarai beberapa filem Islamik dari Indonesia yang telah dihasilkan dan mendapat sambutan yang cukup membanggakan daripada para penonton. Ayat-Ayat Cinta (2008) Setakat ini Ayat-Ayat Cinta merupakan filem bercorak Islamik yang paling mendapat sambutan di Indonesia apabila ditonton sebanyak 3.58 juta penonton ketika ia ditayangkan di pawagam pada tahun 2008. Ia diadaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama hasil karya Habiburrahman El Shirazy, malah novel berkenaan turut mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Ayat-Ayat Cinta mengisahkan tentang kehidupan Fahri yang merupakan penuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia merupakan seorang lelaki yang begitu taat kepada agama dan kurang bergaul dengan wanita. Ketika berada di Mesir, Fahri berjiran dengan Maria Girgis yang merupakan wanita beragama Kristian. Namun begitu, dia sebenarnya memendam perasaan terhadap Fahri, tetapi sekadar mampu diluahkan menerusi diarinya sahaja. Filem berkenaan menampilkan beberapa pelakon muda yang semakin meningkat naik ketika itu seperti Fedi Nuril (Fahri), Carissa Putri (Maria), Rianti Cartwright (Aisha) dan Zaskia Adya Mecca (Noura).
Ketika Cinta Bertasbih (2009) Sebuah lagi novel popular yang dihasilkan oleh Habiburrahman El Shirazy turut adaptasi menjadi sebuah filem. Sambutan terhadap filem itu cukup baik apabila ditonton seramai tiga juta penonton. Menariknya, filem ini menampilkan Kholidi Asadil Alam dan Oki Setiana Dewi sebagai bintang utama. Kedua-duanya merupakan pelakon baharu dan mereka dipilih menerusi satu sesi uji bakat yang diadakan untuk memilih pelakon yang membintangi filem berkenaan. Ia mengisahkan tentang Azzam (Kholidi), seorang pemuda yang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia dikenali sebagai pemuda yang memegang teguh prinsip Islam dalam kehidupan sehariannya. Setelah kematian bapanya Azzam yang merupakan anak sulung turut memikul tanggungjawab menampung kehidupan keluarganya di Indonesia. Bukan sahaja bergelar mahasiswa, dia juga menjalani perniagaan tempe dan bakso untuk pelajar Indonesia yang menuntut di Mesir. Selain diadaptasi kepada sebuah filem, Ketika Cinta Bertasbih turut dihasilkan dalam bentuk drama bersiri dengan menampilkan pelakon utama yang sama. Perempuan Berkalung Sorban (2009) Jika filem Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih merupakan adaptasi novel Habiburrahman El Shirazy, Perempuan Berkalung Sorban pula merupakan karya novelis wanita, Abidah El Khalieqy. Menerapkan elemen cinta dalam penceritaannya, tetapi ia lebih menekankan kepada tradisi kehidupan wanita di sekolah agama yang konservatif dalam zaman moden. Perempuan Berkalung Sorban menceritakan tentang Anissa (Revalina S. Temat), anak kepada seorang kiyai yang mengelola sebuah sekolah agama iaitu Salafiah Putri Al-Huda. Sepanjang kehidupannya Anissa telah dididik bahawa seorang wanita perlu tunduk kepada lelaki sehingga dia beranggapan bahawa ajaran Islam sekadar membela golongan lelaki dan wanita pula berada dalam kedudukan yang rendah. Bagaimanapun, filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana dianggap mempertikaikan cara kehidupan tradisi Islam yang masih dipraktikkan di kebanyakan sekolah agama di Indonesia.
Sang Pencerah (2010) Sesuatu yang cukup menarik mengenai filem Sang Pencerah apabila ia adaptasi daripada kisah benar tentang K. H. Ahmad Dahlan atau Muhammad Darwis, seorang pengasas salah sebuah pertubuhan Islam terbesar Indonesia iaitu Muhammadiyah. Selain digambarkan sebagai seorang yang membawa banyak pembaharuan serta bersikap lebih terbuka dan moden, Hanung turut memaparkan sisi peribadi Ahmad Dahlan yang kurang diketahui oleh orang ramai. Kisahnya bermula apabila Darwis yang dilakonkan oleh Muhamad Ihsan Tarore telah menukar namanya kepada Ahmad Dahlan apabila pulang dari Mekah berasa risau dengan keadaan kampung halamannya apabila kebanyakan penduduk kampung terarah kepada ajaran sesat. Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini ke barat ternyata bukan menghadap ke Kaabah di Mekah, melainkan ke Afrika. Perkara tersebut membuatkan penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Cholil Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo) menjadi marah. Ahmad Dahlan, pemuda yang sekadar lima tahun menimba ilmu di Kota Mekah, dianggap melanggar peraturan yang sudah berjalan selama beratus tahun. Negeri 5 Menara (2012) Berbanding dengan kebanyakan filem Islamik yang tidak dapat lari daripada elemen cinta, ia berlainan pula dengan filem berjudul Negeri 5 Menara yang ditayangkan pada tahun lalu. Filem adaptasi daripada novel yang dihasilkan oleh Ahmad Fuadi itu lebih menekankan kepada elemen penceritaan tentang pendidikan dan kehidupan para pelajar di sekolah agama serta ikatan persahabatan. Kisah dalam filem tersebut bermula tentang seorang pemuda, Alif (Gazza Zubizareta) yang ingin melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Bandung setelah tamat sekolah menengah. Namun begitu, hasratnya tidak kesampaian apabila ibunya mahu dia menyambung pelajaran di sebuah sekolah agama yang dikenali sebagai Pondok Madani tanpa kerelaan hatinya. Pada mulanya, dia agak kekok untuk menjalani kehidupan di situ, tetapi semuanya berubah apabila dia mula rapat dengan lima orang rakannya yang berasal dari negeri yang berbeza. Mereka sering belajar bersama di menara masjid sehingga menggelarkan diri sebagai Sahibul Menara. | |||
Teknologi Motion Capture di Aswara Posted: 16 May 2013 12:21 AM PDT
AKADEMI Seni Budaya dan Warisan (Aswara) pernah mencipta sejarah dalam dunia animasi apabila menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia menubuhkan fakulti animasi iaitu pada tahun 2011. Langkah itu dilihat mampu melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang animasi sekali gus mampu menghasilkan lebih banyak produk bermutu tinggi. Usaha tersebut tidak terhenti di situ sahaja, pelbagai aktiviti dan pendekatan diambil bagi memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti. Ia termasuk menjemput pakar animasi popular, Raman Hui yang pernah terbabit dalam pembikinan filem animasi seperti Shrek dan Kungfu Panda. Kehadiran beliau pada 18 Jun 2011 lalu selama satu hari di Aswara bertujuan memberi pendedahan ilmu animasi kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan berkenaan. Terbaharu, Aswara mengambil inisiatif dengan menggunakan teknologi Motion Capture. Kira-kira 12 orang pelajar yang mengikuti kursus Animasi Komputer teknik tiga dimensi (3D) lanjutan berpeluang menggunakan teknologi canggih itu. Begitupun, mereka hanya berpeluang menggunakan teknologi tersebut ketika berada di tahun ketiga pengajian. Alternatif bidang animasi Bagi mengulas lebih lanjut mengenai teknologi itu, Pensyarah Fakulti Animasi dan Multimedia Aswara, Mohammad Dzulsyafiq Mohammad Yusof berkata, Motion Capture atau lebih biasa dipanggil mocap adalah proses merakam pergerakan sesuatu objek, orang atau haiwan. Selain untuk kerja-kerja animasi, ia juga sesuai digunakan untuk permainan komputer, sains kesihatan, tentera dan realiti maya. Ia juga merupakan alternatif di dalam bidang animasi selain animasi keyframe (bingkai kekunci). Kaedah animasi bingkai kekunci adalah berbentuk lukisan tangan dan animasi 3D. Pada kebiasaan, jika menggunakan kaedah berkenaan, seseorang animator terpaksa menggunakan tetikus untuk menggerakkan watak berbanding mocap. Menyentuh mengenai cara-cara menggunakan mocap berkenaan, Mohammad Dzulsyafiq memberitahu, seorang pelajar perlu menyarungkan sut yang bersifat elastik. Di Aswara terdapat tiga sut berkenaan yang bersaiz S, M dan L. Kehadiran tiga saiz yang berlainan dilihat perlu mengikut saiz badan seseorang pelajar. Namun demikian, tidak terdapat saiz XL memandangkan saiz tersebut terlalu besar dan tidak sesuai dengan orang Asia. Tambah, Mohammad Dzulsyafiq yang pernah berkhidmat dengan syarikat LesCopaque, individu yang memakai sut tersebut perlu ketat supaya marker (titik-titik) yang dipasang tidak bergerak. Jika titik-titik berkenaan longgar, ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Pada kebiasaan, titik-titik berkenaan dipasang di bahagian dada, kaki, kepala, lengan, belakang badan dan pinggang. Terdapat 49 marker pada sehelai sut. Menyentuh mengenai fungsi titik, ia sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memantulkan cahaya kepada kamera yang dipasang di dalam sesebuah bilik. "Terdapat 18 kamera yang akan dipasang dan kedudukan kamera-kamera berkenaan tidak akan diubah," katanya sambil memberitahu, mocap kurang sesuai digunakan di kawasan lapang kerana cahaya akan mempengaruhi keadaan imej yang dirakam. Sebaik pemasangan kamera di studio yang berkeluasan enam meter, individu yang telah dilengkapi dengan sut itu perlu berdiri di tengah-tengah sambil mendepangkan kedua-dua tangan. Tindakan itu membolehkan kamera yang dipasang mengesan sama ada kedudukan marker berada di tempat yang betul atau sebaliknya. Penghasilan karakter Sebaik selesai mengesan kesemua kedudukan marker berada di tempat yang betul, individu tersebut boleh memulakan gerakan anggota badan. Setiap gerakan akan dirakam melalui kamera. Dalam sesi menangkap gambar pergerakan, kesemua kamera tersebut akan berfungsi dan hanya merakam pergerakan karakter dan bukannya penampilan visual karakter itu. Lalu, data animasi akan dipetakan kepada model 3D supaya model yang melakukan tindakan yang sama seperti pelakon. Begitupun, dengan menggunakan perisian yang dikenali sebagai arena, ia akan memadankan titik-titik tersebut dengan karakter 3D yang telah sedia ada di dalam komputer.
Setelah selesai merakam kesemua gerakan ke dalam komputer, kesemua gerakan itu akan dieksport ke fail yang dikenali sebagai Biovision Hierarchy (BVH). Bagaimanapun, karakter-karakter yang dihantar itu akan dikemas kini terlebih dulu. "Jika watak manusia dan kartun tidak sama, misalnya, individu yang memakai sut itu mempunyai susuk badan yang kurus manakala watak kartun gemuk, jadi pengubahsuaian perlu dilakukan supaya kedua-dua watak sama," katanya sambil memberitahu, mocap pernah digunakan dalam filem Avatar, Happy Feet 2 dan The Adventure of Tintin. Sementara itu, ketika ditanya mengenai kelebihan menggunakan mocap, beliau berkata, teknologi tersebut dapat mengurangkan masa pelajar bagi menggerakkan sesuatu karakter yang rumit. Selain itu, dengan penggunaan mocap, ia juga dapat merakam setiap satu gerakan secara terus-menerus. Sungguhpun begitu, di sebalik kelebihan mocap terdapat juga kekurangan dalam teknologi itu. Antaranya, ia tidak sesuai untuk digunakan bagi animasi bersiri kerana jika terdapat banyak kesilapan, seseorang animator itu perlu menghabiskan masa yang terlalu lama untuk membaiki masalah tersebut. Malahan, jika mahu menggunakan mocap, perlu ada ruang kawasan yang besar untuk memasang peralatan khas mocap. "Bukan itu sahaja, industri perfileman yang kecil juga tidak mampu menggunakan teknologi berkenaan kerana ia menelan kos yang tinggi," ujarnya lagi. Kualiti tinggi Ketua Pegawai Eksekutif Netcarbon, Mohd. Rashdan Ramlee pula memberitahu, pembelian mocap sememangnya menuntut perbelanjaan yang besar tetapi penggunaan teknologi itu menerusi perfileman animasi dilihat berbaloi kerana mempunyai kualiti yang tinggi. Beliau yang merupakan pengarah animasi Supertots turut menggunakan mocap yang bernilai hampir RM400,000 memberitahu, pergerakan individu yang memakai sut khas itu menampilkan pergerakan yang realistik. Sehubungan itu, seseorang animator terpaksa mengubah watak realistik itu kepada gaya kartun namun tidak menuntut kerja-kerja yang rumit. Mocap juga katanya, mempercepatkan kerja-kerja pembikinan animasi berbanding bingkai kekunci yang memakan masa yang terlalu lama. Supertots merupakan siri animasi 3D berlatar belakang angkasa lepas dengan menampilkan lima kanak-kanak pendukung watak utama iaitu Captain Danny, Elly, Alan, Shasha dan Blinq yang menentang Zeeboz. Dalam siri animasi selama 11 minit bagi setiap episod itu, ia menerapkan nilai-nilai murni seperti persahabatan, perpaduan dan semangat kerjasama. | |||
Tapak sulaiman berduri ancam terumbu karang Posted: 16 May 2013 12:20 AM PDT JABATAN Taman Laut Malaysia (JTLM) sentiasa mengambil langkah proaktif demi melindungi dan memulihara terumbu karang dan hidupan marin di negara ini. Malahan, Malaysia merupakan antara 12 buah negara mega biodiversiti di dunia yang kaya dengan sumber asli dan kepelbagaian biologi. Justeru, bagi memastikan kekayaan ekosistem itu sentiasa dilindungi, JTLM menganjurkan program Crown of Thorns (COT) dan Reef Clean Up pada 5 April lalu di Taman Laut, Terengganu. Program itu diadakan untuk mengurus dan memulihara kawasan-kawasan perlindungan marin serta mengekalkan kelestarian biodiversiti marin di Taman Laut. Program tersebut disertai seramai 100 sukarelawan yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pengusaha pelancongan di Pulau Perhentian termasuk kakitangan JTLM. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Zoal Azha Yusof. Kesemua peserta diberi kelengkapan sut menyelam dan tangki oksigen sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan sampah. Mereka juga terbabit dalam operasi memusnahkan tapak sulaiman berduri yang lebih dikenali sebagai COT. Pengawalan COT yang berbentuk bulat dan berduri biasanya menghuni dasar laut terutama di kawasan terumbu karang. Ia bukan sahaja memakan malah merosakkan terumbu karang. Berdasarkan rekod JTLM, dari tahun 2007 hingga 2012, lebih kurang 16,000 tapak sulaiman berduri telah berjaya dimusnahkan menerusi program pembersihan COT di Taman Laut, Pulau Perhentian. Populasi COT yang berlebihan akan menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada terumbu karang. Jadi, pengawalan terhadap COT perlu dilakukan apabila jumlah hidupan itu melebihi kuantiti yang diperlukan. Dalam satu hektar kawasan Taman Laut, satu hingga 20 ekor COT sahaja yang dibenarkan hidup. Pengarah Jabatan Laut, Dr. Sukarno Wagiman berkata, pihaknya telah menjalankan program seumpama itu di kebanyakan pulau di negara ini. Antaranya, Pulau Tioman, Pahang; Pulau Redang, Pulau Tenggol dan Pulau Kapas, Terengganu; Pulau Aur serta Pulau Pemanggil, Johor. Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, beliau memberitahu, pihaknya sentiasa menjalankan usaha untuk menyelamatkan terumbu karang. "Kami memusnahkan COT jika didapati jumlahnya terlalu banyak di setiap satu hektar. Kehadiran haiwan itu dalam jumlah yang banyak mengundang bahaya kepada terumbu karang," katanya. Pemindahan Dalam pada itu, pihak JLTM turut melakukan proses pemindahan dan penanaman semula terumbu karang di kedalaman 30 hingga 40 kaki dalam laut. Terumbu karang yang dipindahkan akan ditanam semula di lokasi lain yang telah dikenal pasti. Tindakan itu dapat membantu kelangsungan hayat terumbu karang. Sementara itu, pihaknya juga pernah menutup kawasan terumbu karang pada tahun 2010 disebabkan suhu laut meningkat. Kebiasaannya, sesuatu lokasi itu akan ditutup sehingga enam bulan bagi memastikan ia telah pulih sepenuhnya. Sikap manusia yang membuang sampah ke dalam laut selain gemar menyentuh terumbu karang ketika melakukan aktiviti menyelam turut menjejaskan hidupan tersebut. "Tindakan menyentuh terumbu karang akan merosakkan sejenis organisma karnivor yang disebut polip. Polip berfungsi dengan membantu pembesaran terumbu karang. "Jadi, kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam program ini supaya mereka menghargai sumber alam dan menyaksikan sendiri kesan pencemaran laut terhadap terumbu karang," katanya. Seorang penyelam, Muhammad Farose Muhammad, 38, berkata, ketika menyertai aktiviti tersebut, dia menemui banyak sampah di dasar laut. "Macam-macam sampah saya jumpa di dalam laut seperti plastik, botol, guni, jaring ikan, besi dan tayar," katanya dengan nada kesal. | |||
Samsung dengan sistem operasi Windows Posted: 16 May 2013 12:19 AM PDT
TELEFON pintar, Samsung ATIV S memberi kelainan dalam pengalaman dunia mobil dengan memberi pilihan sistem operasi, Windows Phone 8 selain Android kepada pengguna. Peminat tegar jenama Samsung pasti dapat menerokai kelainan ATIV S melalui sistem operasi seperti antara muka untuk setiap paparan aplikasi. Paling berbeza adalah pada bahagian Now yang boleh direka mengikut kehendak peribadi dan aplikasi mesej segera, ChatON yang ada pada semua model Samsung. ATIV S mempunyai pemprosesan Dual Krait 1.5 gigahertz dan cip Qualcomm Snapdragon S4 bagi membolehkan prestasi melayari yang hebat, malah pada masa yang sama mampu menawarkan permainan video lebih lancar. Model telefon itu juga didatangkan dengan Video Chat berdefinisi tinggi bagi memastikan tiada masalah ketika berhubung. Ia juga mempunyai integrasi dengan fungsi Near Field Communications (NFC) yang membolehkan data dihantar dengan cara sentuh dan kirim. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |