Sabtu, 18 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Eja Kini Sudah Bertudung

Posted: 17 May 2013 07:34 PM PDT

Alhamdulillah. Menurut laporan Kosmo!, Eja atau nama betulnya Siti Shahrizah yang ditemui ketika menjadi duta dan sekalmajlis pelancaran produk kecantikan Cosry Skin Therapy beberapa hari yang lalu, telah pun membuat kejutan apabila seketikanya dia balik dari menunaikan umrah. Hasrat bertudung itu terdetik sejak Eja menyambut ulang tahunnya ke-40 tahun lalu.

"Saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah lima hari yang lalu. Alhamdulillah, pemergian saya ke Mekah kali ini telah membuka pintu hati saya untuk bertudung.

"Tujuan saya ke sana adalah menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, saya berkesempatan mengerjakan umrah bersama suami dan anak,

"Sebelum ini saya sudah tiga kali mengerjakan umrah sejak tahun 2008, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku apabila pulang ke Malaysia dan saya masih kekal dengan imej dan penampilan yang sama.

"Bagaimanapun, ibadah umrah yang keempat ini telah memberi rahmat buat diri saya kerana telah diberi petunjuk dan berkat doa yang tidak putus-putus,

"Ketika itu saya mula terfikir bahawa sudah tiba masanya untuk saya membuat perubahan kepada penampilan diri. Kemudian, saya memberitahu perkara ini kepada suami dan dia merupakan orang yang paling gembira," ujarnya.

Ketika Eja memandang Kaabah secara tiba-tiba timbul perasaan sayu, lalu membuatkan air matanya mengalir deras sehingga menimbulkan kehairanan suami dan anaknya.








Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat oleh JAIS

Posted: 17 May 2013 05:18 PM PDT

Orang malam jumaat pergi buat ibadah di masjid atau rumah, ini pergi buat maksiat, nah kan dah kantoi. JAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan Shahrizal Jaszle ditangkap basah pada awal pagi Jumaat. Jaszle ditangkap bersama pasangannya pada jam 3.30 pagi di Apartment Taman Sri Subang, Selangor.

Menurut pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin, serbuan dilakukan di apartment tersebut setelah mendapat aduan daripada orang awam. Shahrizal ditahan berdasarkan Syeksen 29 (1) A dan B, Enakmen Jenayah Negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.

Jika disabitkan bersalah, Shahrizal boleh didenda sehingga RM3000 atau dipenjarakan tidak melebhi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut sumber, apartment itu dimiliki oleh rakan pelakon ini dan ketika serbuan dilakukan terdapat satu lagi pasangan. Namun setelah pemeriksaan dilakukan, pasangan terbabit telah berkahwin. Shahrizal bersama pasangannya yang berusia 21 tahun ditahan di sebuah bilik berasingan. Jaszle dan tunangnya, Redzwani Puteri yang cuba dihubungi, gagal memberikan maklumbalas. -sumber GUA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines