Isnin, 13 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Noryn Aziz Bertudung

Posted: 12 May 2013 10:45 PM PDT


Hari ini isu tudung ok, ada 3 post mengenainya. Hehe. Dah lama tak nampak kelibat Noryn Aziz, tip top dia kini dah bertudung, baguslah macam itu, Alhamdulillah. Dan ini gambar yang diambil daripada laman sosial Instagram miliknya. Cantik kan..




Gambar Hetty Sarlene Bertudung

Posted: 12 May 2013 10:00 PM PDT


Hetty Serlene difahamkan kini sedang perlahan-lahan dalam memakai tudung pada dirinya, beberapa gambar yang dia memakai tudung sudah dimuat naik dalam laman instagram miliknya. Dan kecantikan jelas ternampak apabila dia memakai untuk bertudung sebelum mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya itu.




Lisdawati Kini Bertudung Tapi..

Posted: 12 May 2013 09:00 PM PDT

Difahamakan memetik portal Murai semalam, Lisdawati kini sudah bertampilan dengan bertudung pada dirinya, wah baguslah, memang ramai yang setuju. Namun Lisdawati yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu enggan disalah erti penampilannya yang kini bertudung, memandangkan dia akan membuka tudung ketika berlakon jika diminta produser berbuat demikian kerana itu adalah punca rezekinya membesarkan anak-anaknya.
"Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat.

"Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan.

"Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

"Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.

"Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata.

"Kerana saya tiada sumber mata pencarian lain, cuma baru sekarang saya sedang berusaha untuk membuka perniagaan supaya saya tidak terlalu berharapkan daripada sumber sebagai pelakon. Semua itu masih dalam perancangan.

"Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.

"Ini adalah niat saya dan untuk diri saya sendiri, itu sahaja,"jelas Lisdawati

Gambar Wafi Bekas Suami Anne

Posted: 12 May 2013 08:00 PM PDT

Dibawah ni adalah gambar Wafi iaitu bekas suami kepada Anne Ngasri. Wafi sebenarnya sudah bertunang pada bulan Oktober 2012 yang lalu, namu tidak tahu apa statusnya yang terkini adakah sudah berkahwin atau masih mengikati tali pertunangan.





Saya Masih Lagi Anak Seni! -Mawi

Posted: 12 May 2013 06:26 PM PDT

Siapa kata Mawi dah tenggelam, Mawi kini masih lagi terbukti wujud dipersada anak seni, dan mengakui dirinya masih lagi dalam pentas hiburan tempatan.

Mawi ada mengeluarkan album pada tahun 2012 yang berjudul Asma Ul Husna dalam versi arab, namu kemungkinan tahun ini, dia akan mengeluarkan album yang sama namun berbahasa Melayu dengan berduet dengan Jeff A to Z.
Popular saya dah rasa (berseloroh). Ia ada zaman. Tapi saya masih ada dalam industri...tak hilang dalam industri. Alhamdulillah masih ada orang panggil saya menyanyi. Lagi-lagi sekarang musim kempen. Memanglah...saya mengaku, saya tak sepopular lima, enam tahun lalu.

Tapi, zaman itu apabila kita dapat rasa daripada awal kemunculan hingga tiga, empat tahun selepas itu. Mungkin sudah tertulis, setakat ini. Tapi saya teruskan...masih teruskan sebab saya suka dengan apa yang saya buat sekarang. - kata Mawi. -SinarHarian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines