Khamis, 9 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Adira AF ke Kelas Usrah, Bakal Nak Bertudung?

Posted: 08 May 2013 10:47 PM PDT

Baru-baru ni Adira dikatakan telah bertudung, namun ramai yang membuat penafsiran yang dia kini sudah berubah. Namun Adira menyatakan yang dia memakai tudung itu adalah ketika itu dia diajak oleh rakan artisnya, Heliza Helmi untuk memasuki kelas agama dibawah program Usrah Fitrah. Namun tidak menafikan ianya hanya seketika dan diluar Adira masih lagi seperti biasa.
"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.

"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama,

"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," Adira. -Utusan

Gambar Fazura Bersama Pelanggan Lux

Posted: 08 May 2013 10:00 PM PDT

Cantik dan anggun itulah yang dicari oleh jenama sabun terkenal, Lux yang inginkan dutanya sentiasa mendapat perhatian ramai. Nurfazura yang kini duta Lux merupakan duta yang begitu cantik dan adalah menjadi satu langkah terbaik Lux dalam memilih selebriti seperti Fazura.

Pada 27 April yang lalu, Fazura berkesempatan menemui pangguna Lux dan ada yang berkesempatan mengambil gambar bersama untuk dijadikan kenangan. -gambar Facebook Lux












Gambar Pra-Perkahwinan Beego, Linda Hashim

Posted: 08 May 2013 09:00 PM PDT

Debaran kian terasa, perkahwinan yang akan berlangsung pada 6 Jun 2013 nanti oleh pasangan selebriti, Beego dan juga Linda Hashim. Baru-baru ini mereka telah membuat sesi photo pra-perkahwinan dengan tema semulajadi yakni berlatarbelakangkan flora dan fauna kehijauan hutan. Memang lain dari yang lain, berkonsepkan fesyen moden dan juga serapkan di dalam konsep flora dan fauna. -gambar facebook.com/ryaniezmoments









Calon isteri ke-2 Ashraf Adalah S....

Posted: 08 May 2013 08:13 PM PDT

Semalam memetik portal Murai telah menyebutkan kisah mengenai siapakah calon isteri ke-2 Ashraf Muslim. Dan dengar khabar sebelum itu calon yang diperkatakan adalah bekas kekesihnya sendiri sebelum dia kahwin, namun sepertinya ianya hanya gosip liar yang terkena tempias itu adalah bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim.

Sherry memberitahu yang dia tiada kaitan dan tidak tahu menahu soal poligami oleh Ashraf, dan kemungkinan tidak akan berlaku pada dirinya. Dan akhirnya portal Murai itu memberitahu yang bakal calon isteri Ashraf adalah Sakinah seorang pekerja syarikat penyiaran terkemuka di negara ini.

'Mesej kepada Papa' - Aaron Aziz

Posted: 08 May 2013 06:21 PM PDT

Wah so sweet la anak Aaron Aziz yang telah menghantarkan text message Whatsapp kepada ayahnya, Aaron Aziz yang kini dikhabarkan berada di New York untuk mempromosikan produk untuk penajanya, Team Drive M7 Energy Drink.Dikhabarkan juga anak bongsu perempuan Aaron kini sakit, dan memerlukan doa anda untuk membantu menyembuhkan anaknya itu.
#aaron535aziz: YA ALLAH Sembuhkan lah puteriku #dahliaarissa dari penyakit #hfmd (hand food mouth disease) secepat mungkin YA ALLAH hatiku hancur mendengar tangisan nya. Kau bagi lah pada ku segala kesakitannya. Ku terima asalkan anak ku cepat sembuh. AMIN YA RABBALA'LAMIN


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines