Ahad, 26 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Nik Suryani, Saiful Bukhari Sah Suami Isteri

Posted: 25 May 2013 04:14 AM PDT

Personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 33, selamat diijabkabulkan dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu, tepat jam 3.30 petang tadi.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam ini, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. -Bharian

gambar SinarHarian

Anak Ayu, Zaquan dengan Auntie Rozita

Posted: 25 May 2013 12:10 AM PDT


Sebut je anak artis, memang ramai berpusu-pusu ingin melihat kelibat anak berkenaan, anak Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tidak menjadi ketinggalan. Muhammad Aisy Qaiser menjadi tatapan umum di laman sosial Instagram milik Zaquan, setiap kali dia memuat naik gambar Muhammad Aisy Qaiser. Kali ini Muhammad Aisy Qaiser bersama-sama auntie nya, Rozita Che Wan dan bakal uncle, Zain Saidin. Jom Layan.






Afiq Terima Sokongan Keluarga Saudara

Posted: 25 May 2013 12:03 AM PDT


Baru-baru ini Afiq Muiz mendapat sokongan keluarga dan datuk saudaranya sebelah ayahnya, Jalal Abidin memetik daripada SinarHarian dimana mereka sekeluarga mahu Afiq dan emaknya berdamai secara meja rundingan atau bulat.

Jalal berkata, seluruh keluarga di sebelah bapa Afiq, Azman Shah Kadir Ibrahim Shah, berharap tiada lagi adegan 'serang menyerang' menerusi media mahu pun laman sosial daripada mana-mana pihak.
"Kami mohon ibu Afiq menarik balik segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai Afiq (anak derhaka) sebelum ini dan berdamailah dengan Afiq,"

"Kesiankanlah Afiq. Kita hidup berkeluarga, turunkan ego masing-masing dan berjumpalah untuk berdamai. Itu jalan yang terbaik.

"Saya juga berharap bapa Afiq dapat membantu dan memainkan peranan untuk menyelesaikan hal keluarga ini, tanpa diketahui oleh orang luar,

"Kalau masih juga tiada jalan damai, kita harap persatuan (SENIMAN) dapat membantu, kerana ia bukan melibatkan hal keluarga sahaja, tetapi juga soal periuk nasi Afiq yang turut terjejas," -Jalal
"Jika Umi (ibu) sedia untuk berdamai, saya juga begitu," -Afiq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines