Ahad, 8 Mac 2015

Pelakon wanita dicekup khalwat kali kedua


Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan pihaknya menahan seorang pelakon wanita berusia 33 tahun bersama teman lelakinya kerana disyaki berkhalwat awal pagi semalam.
Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, pasangan itu ditahan kira-kira jam 4 pagi di sebuah rumah di Subang Mewah, Subang Jaya selepas pihaknya menerima maklumat awam.

“Pelakon terbabit bersama pasangannya ditahan mengikut Seksyen 29(1)a&b Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Metro Ahad, di sini, semalam.
Kenyataan itu menjadikan pelakon wanita yang terkenal dengan filem bergenre seram terbabit ditahan kali kedua selepas kali pertama ditahan di sebuah kondominium di Ukay Perdana, Disember tahun lalu.

Pelakon wanita itu berstatus janda tiga anak manakala teman lelakinya yang bukan artis pula dikatakan dalam proses perceraian bersama isterinya.


Putri Mardiana, Kekasih Kena Tangkap Basah Kali Kedua!

Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah pada pagi Sabtu.

Pelakon filem tersebut telah ditangkap bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai E-jump itu kira-kira jam 4.00 pagi tadi di USJ 1, Subang Jaya.

Astro Gempak difahamkan kedua-dua mereka ditangkap di kediaman  isteri E-jump, Nor Hasni Md. Hashim.

Untuk mendapatkan kesahihan mengenai penangkapan itu, Astro Gempak telah menghubungi Nor Hasni.

Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua.

“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” katanya ringkas.

Pada Disember tahun lalu, Putri Mardiana dan teman lelakinya telah ditangkap khalwat di sebuah kondo Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa E-jump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines