Isnin, 22 Jun 2015

Tanda-tanda Isteri Ingin Berasmara

Jangan biarkan Isteri anda GERSANG

Lumrah kejadian makhluk secara berpasangan. Bulan dan matahari, langit dan bumi, malam dan siang, lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk saling melengkapi kerana makhluk itu bersifat dengan ketidaksempurnaan. Sebab itu juga selalu berlaku salah faham di dalam hubungan. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelakilah yang paling sukar untuk difahami, namun hakikatnya wanitalah yang sukar untuk difahami!

Jadi, tidak hairanlah jika lelaki menganggap wanita adalah makhluk paling sukar untuk difahami dan sering membuatkan mereka berasa bingung. Ini adalah kerana, biasanya apa yang terlahir daripada mulut wanita, belum tentu sama apa yang diinginkan oleh hatinya! Wanita seringkali menggunakan komunikasi ‘non verbal’ untuk melahirkan apa yang terlintas di fikiran mereka.

Sikap tersebut ternyata turut terjadi di saat mereka inginkan hubungan intim dengan pasangannya. Sekalipun dengan suaminya sendiri, wanita seringkali sukar untuk mengatakannya secara langsung. Mereka seolah-olah malu untuk melahirkan apa yang tersirat di hati sedangkan kaum suami pula sering kurang peka terhadap bahasa tubuh yang cuba ditunjukkan oleh isteri.

Seperti yang dikupas daripada sumber Times of India, ada beberapa perkara yang perlu para suami ambil perhatian apabila si isteri mula memberikan signal ‘nak seks’, antaranya:

1. Lengannya erat memeluk lengan anda
Ketika berada dekat dengan anda, si isteri akan menggerakkan lengannya untuk memeluk anda. Mungkin juga kepalanya berada di atas dada anda. Itu merupakan salah satu caranya untuk mengatakan bahawa dia menginginkan sesuatu yang lebih daripada anda.

2. Nafas kencang
Ketika wanita mula ghairah, bunyi nafasnya akan kedengaran semakin cepat. Ada sebahagian wanita yang mengeluarkan dengusan-dengusan halus. Selain itu, denyutan jantungnya juga menjadi bertambah cepat, dan pada ketika itu mungkin tubuhnya sudah mula menginginkan orgasme. Pada ketika wanita mula terangsang, organ tubuhnya akan memerlukan lebih banyak oksigen. Jadi, sebab itulah denyutan jantungnya menjadi semakin cepat dan nafas mula tercungap-cungap.

3. Bahasa tubuh
Belajar fahami bahasa tubuh. Biasanya ketika dia nak seks, secara automatik tubuhnya akan merespons apabila anda mendekatinya.Tanpa diminta, dia akan mendekati dan cuba memeluk anda. Selain itu, anda boleh lihat jari pasangan anda. Jika melengkung, itu merupakan signal dia sudah bersedia untuk berada dalam dakapan anda.
Namun, jika pasangan anda hanya terdiam kaku, dan hanya anda yang terpaksa bekerja sendirian tentu ada sesuatu yang tidak kena. Kemungkinan anda perlu mengubah posisi atau fokus pada zon sensitif seksualnya supaya detik itu berakhir dengan kemanisan.

Kesimpulan
Setiap wanita berbeza-beza dalam menunjukkan signal rangsangannya. Jadi sebagai pasangan, anda perlu tetap peka dalam menerima semua bahasa tubuh yang diperlihatkan oleh isteri anda. Wanita juga boleh berasa bosan. Tak ada salahnya jika anda  melakukan pancingan-pancingan yang berbeza dengan sebelumnya untuk lebih menarik perhatiannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines