Sabtu, 21 November 2015

Kerani sekolah agama dirogol sebelum dibunuh



MUAR – Seorang ibu kepada bayi lelaki berusia 11 bulan bukan sahaja dirompak malah dibunuh di rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kerani Sekolah Agama Sungai Raya, Nurul Syahira Mohamed Yatim, 29, ditemui mati terbaring di depan pintu bilik dipercayai akibat dijerut menggunakan tali pengikat langsir.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, sejurus menerima aduan jiran sebelah rumah yang mengesyaki sesuatu apabila mendapati pintu pemandu kereta jenis Honda Civic milik mangsa dan pintu depan rumah berkenaan terbuka, polis bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal tidak menemukan sebarang senjata lain dan hanya tali pengikat langsir ditemukan yang dipercayai digunakan untuk menjerut leher mangsa.

"Tiada sebarang kesan pecah rumah. Malah keadaan rumah seperti biasa atau tiada tanda-tanda rumah itu digeledah.

“Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri, dompet, telefon bimbit dan barang kemas mangsa semuanya hilang dipercayai dilarikan perompak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, hari ini.

Buat masa ini, katanya siasatan menjurus kepada rompakan yang bertukar menjadi pembunuhan manakala motif dan punca kematian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan suami mangsa  tiada di rumah kerana bekerja di Ulu Tiram manakala anak tunggal mereka dijaga pengasuh di kawasan berhampiran.


Polis tangkap suspek bunuh kerani sekolah

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai kerajaan ditahan pihak polis, semalam bagi membantu siasatan bersabit kes pembunuhan kejam seorang kerani wanita sebuah sekolah agama di Muar berumur 29 tahun pada 16 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asistan Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan dibuat pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan JSJ Muar kira-kira jam 6 petang, semalam.

Menurutnya, suspek yang berumur 30 tahun ditahan di rumahnya yang merupakan jiran terdekat kepada mangsa yang ditemui mati dijerut Isnin lalu.

"Suspek menjadi orang yang disyaki ditahan kerana gagal memberi keterangan yang memuaskan kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan.

"Terima Kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah kejam Ini," katanya.

Kamarul berkata, hasil ujian saringan air kencing suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata itu  adalah positif dadah jenis amphetamine.

"Hasil semakan juga turut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit kesalahan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," katanya.


Media 17 November lalu melaporkan seorang wanita ditemui mati dijerut dengan pengikat langsir ketika pulang seketika untuk mengambil barang di kediamannya di Taman Setia Kasih, Muar.

Mangsa ditemui jirannya, Aminah Syukur, 34, dalam keadaan terbaring dengan leher dijerut menggunakan tali pengikat langsir di depan pintu sebuah bilik, dipercayai dirompak dan dibunuh.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tangkap-suspek-bunuh-kerani-sekolah-1.453925

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan