Isnin, 21 Januari 2013

Kisah hantu UiTM Lendu

Gambar kisah rasuk hantu dan histeria di UiTM Cawangan Lendu, Melaka. Kini, semua pelajar di UITM berkenaan sedang berada dalam keadaan dilema dan trauma berhubung isu tersebut. Terdapat beberapa kes kena rasuk dilaporkan oleh sesetengah pelajar. Berikut adalah perkara yang dibincangkan dilaman twitter ketika ini.



Menurut laporan, ini adalah gambar lama yang diambil berhampiran Jambatan Tasik Tun Fatimah yang menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka sedang dilanda masalah histeria ketika ini. Dalam bulatan tersebut, kita dapat lihat seolah-olah kelibat makhluk yang sukar untuk dipastikan.


Banyak laporan yang diterima bahawa kejadian aneh yang berlaku di UITM Lendu sudah lama terjadi dan cuma sekarang ni ianya menjadi isu yang baru untuk dipertengahkan. Disini kami ingin kongsikan kisah sebenar yang ditulis oleh bekas pelajar UITM Lendu yang kini merupakan seorang wartawan disebuah laman blog yang terkenal.

Info Khas Untuk Pelanggan AmBank
...........................................................

Pihak Pengurusan UiTM Lendu Mengeluarkan Kenyataan Penuh


 KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Universiti Tekonologi Mara (UiTM)) Melaka hari ini meminta semua pihak tidak memperbesar-besarkan insiden histeria yang berlaku di universiti tersebut dengan mendakwa ia cuma satu isu terpencil yang pernah terjadi di universiti berkenaan sebelum ini.

Unit Komunikasi Korporat UiTM Melaka melalui satu kenyataan memberitahu, kejadian histeria dan kehilangan peralatan serta aset pelajar di asrama universiti itu juga merupakan satu kejadian yang kadang-kala berlaku di universiti tersebut.

“Pengurusan UiTM melalui bantuan Pusat Islam (CITU), Unit Polis Bantuan dan Jawatankuasa Pengerak Masjid UiTM serta seluruh warga kampus telah berhadapan dengan isu seperti ini buat jangka masa yang lama.

“Namun sehingga hari ini tidak ada kes kronik hingga menyebabkan pelajar diberhentikan. Malah pelajar yang sering mengalami ilusi gangguan histeria (sebelum ini) telah berjaya menamatkan pengajian dan berkhidmat dipelbagai lapangan pekerjaan,” jelas kenyataan itu hari ini.

Justeru, kata kenyataan itu, UiTM Melaka meminta semua pihak tidak lagi memperbesarkan kejadian histeria di UiTM Melaka melalui medium sosial internet seperti blog, Facebook, twitter atau emel.
Kenyataan itu bagaimanapun mengakui kebanyakan pelajar yang terlibat dengan gangguan histeria di universiti itu adalah dalam kalangan pelajar wanita semester satu hingga tiga.

Ia dipercayai berkaitan dengan aspek psikologi yang berpunca daripada ketidakmampuan pelajar terbabit menyesuaikan diri dengan alam kampus.

Antaranya lambakan tugasan kuliah dan kejadian putus cinta menyebabkan golongan pelajar terbabit yang lemah semangat mudah terjebak dan terpengaruh dengan histeria apabila mereka mempercayai isu-isu mistik
“Perasaan takut dan resah menyebabkan pelajar ini mengalami histeria khususnya ketika mendengar sebarang bunyi atau bayangan mistik semasa melalui sesuatu lokasi.

“Potensi histeria merebak dari seorang individu kepada individu lain juga amat tinggi apabila golongan pelajar seperti ini mendengar rakan mereka menjerit,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, UiTM Melaka menafikan dakwaan kononnya berlaku kejadian pukau dalam kalangan pelajar yang menyebabkan sebilangan mereka kehilangan wang dan `harga diri’ kerana kes seperti itu didapati tidak tulen.

Bagaimanapun pihak universiti mengambil langkah efektif mengatasi isu yang timbul dengan menitikberatkan aspek kerohanian dan keagamaan dengan setiap kolej menerapkan pembudayaan membaca al-Quran, yasin serta menjaga kebersihan kampus.

Tambah kenyataan itu, pelajar yang kerap mengalami gangguan pula dirujuk ke pusat rawatan Islam oleh ibu bapa masing-masing dan pengurusan UiTM Melaka turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) disetiap blok asrama pelajar untuk mengatasi kejadian curi.

“Pelajar yang didapati mencuri akan didakwa di bawah Akta 174 Tatatertib atau dirujuk kepada pihak polis sekiranya perlu,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, UiTM Melaka beranggapan sebarang komen secara peribadi dalam kalangan pelajar mengenai insiden histeria perlu dielakkan kerana dibimbangi pandangan atau ulasan mereka lebih kepada ‘cakap dengar’.

Kata kenyataan itu, para pelajar disaran memberi tumpuan terhadap pelajaran kerana pemfokusan terhadap alam mistik tidak akan membantu mereka menamatkan pengajian dengan cemerlang.

UiTM Melaka bagaimanapun berjanji akan melayan dan mengambil bahagian secara serius untuk membantu menyelesaikan sebarang rungutan dan permasalahan pelajar.

............................................................................................

UiTM Lendu berhantu?



ALOR GAJAH - Dakwaan kewuju-dan makhluk halus serta kejadian histeria membabitkan siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini yang heboh diperkatakan menerusi laman siber menggemparkan pelajar di situ.

Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ada pihak turut mendakwa berlakunya kejadian pukau dan kehilangan barangan pelajar.

Malah, terdapat beberapa laman blog termasuk yang dipercayai dikendalikan pelajar institusi berkenaan turut memuatkan foto menunjukkan kelibat wanita seolah-olah penari Mak Yong di belakang salah seorang pelajar ketika mengambil gambar.

Cerita berkenaan kini hangat diperbincangkan di laman Twitter menerusi beberapa 'hash tag' yang diwujudkan khas untuk isu berkenaan termasuk #HantuDiUiTMLendu dan #PrayForLendu.

Yang pastinya, dakwaan mengenai makhluk halus berkenaan bukan saja mencetuskan ketakutan lebih 9,000 pelajar di kampus berkenaan, tetapi turut mengakibatkan perdebatan antara mereka yang percaya dan tidak dengan cerita mistik berkenaan.

Akui pernah berlaku histeria

Walaupun cerita mengenai wujud hantu di UiTM Lendu sedang hangat diperkatakan, namun bagi pelajar universiti berkenaan, kebanyakan pelajar tidak mengambil kisah mengenai perkara itu.

Walaupun mereka akui pernah berlaku kejadian histeria di kampus berkenaan dan adakalanya mereka risau dan takut, namun setakat ini belum ke tahap membimbangkan seperti mana dilaporkan dalam laman siber.

Seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Nurul Amalina, 20, berkata, walaupun terdapat dalam laman blog, Twitter dan Facebook mengenai kewujudan hantu di UiTM Lendu, namun ia masih boleh dipertikaikan.

“Saya sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Bagaimanapun, memang ada pelajar yang balik ke rumah mereka kerana takut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kampus berkenaan, semalam.

Menurut pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu, gangguan histeria berlaku di kalangan pelajar sebelum ini mungkin disebabkan teka-nan dihadapi atau lemah dari segi kerohanian.

Bagaimanapun, seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, kejadian histeria tidak mustahil boleh berlaku di mana-mana saja.

Sebagai pelajar, katanya, aspek ibadah dan rohaniah perlu mantap bagi memastikan pelajar tidak lemah semangat berhadapan pelbagai bebanan tugas sebagai seorang pelajar.
“Memang benar perkara ini kecoh diperkatakan kini. Saya rasa rakan-rakan perlu berhati-hati," katanya.

Belum ada bukti dipukau

Selain kemunculan makhluk halus yang heboh diperkatakan ini, dakwaan berlakunya kejadian pukau dan kehilangan barangan pelajar turut menjadi antara topik perbualan hangat.

Pihak pentadbiran universiti terbabit bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan kerana menurut mereka, setakat ini, belum ada bukti wujudnya kejadian seperti yang dilaporkan itu, sekaligus mendakwa kemungkinan ia dilakukan pelajar kampus itu sendiri.

Walaupun demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak universiti dikatakan telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap blok asrama pelajar sebagai langkah berjaga-jaga.

Mana-mana pelajar yang didapati terlibat dengan sebarang kes kecurian boleh didakwa di bawah Akta 174 Tatatertib atau sekiranya serius, akan dirujuk kepada polis untuk tindakan.

UiTM sifatkan kejadian sebagai kes terpencil

Sementara itu, pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini mengakui wujud kejadian pelajarnya yang tinggal di kampus berkenaan diganggu histeria.

Bagaimanapun, mereka mendakwa, keadaan kampus berada dalam keadaan baik dan terkawal dan turut berharap semua pihak mengelak dari membuat komen peribadi, terutama di alam siber kerana dibimbangi akan mencetuskan rasa kurang senang terutama di kalangan ibu bapa.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, kejadian histeria , penemuan makhluk halus dan laporan kehilangan barangan pelajar di asrama adalah kes terpencil dan peristiwa berlaku secara berkala.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada kes kronik sehingga menyebabkan pelajaran mahasiswa terganggu atau terpaksa berhenti pengajian berikutan masalah itu.

“Pengurusan UiTM menerusi Pusat Islam, Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej, pihak masjid, polis bantuan dan seluruh warga kampus berhadapan dengan isu ini buat jangka masa lama.

“Secara zahirnya, kebanyakan pelajar diganggu histeria adalah dari kalangan pelajar wanita dan memulakan pengajian dari semester satu hingga tiga,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Justeru, beliau menasihatkan hampir 9,000 pelajar di kampus berkenaan, selain kira-kira 5,000 pelajar yang ditempatkan di kampus cawangan bandar Melaka menumpukan kepada pelajaran dan tidak terpengaruh dengan cerita menakutkan.

Sementara itu, mengenai dakwaan pelajar berhubung kejadian pukau dan duit pelajar yang hilang, Muhammad Anwar Fahmi berkata, ia dipercayai disebarkan pelajar yang menyalah gunakan wang diberikan ibu bapa untuk perkara tidak bermanfaat.

“Laporan kejadian pukau, kononnya pelajar hilang wang masih belum ada kejadian serius berlaku,” katanya.

Beliau turut berharap ibu bapa tidak perlu bimbang dengan khabar yang dilaporkan dalam laman blog, Facebook dan Twitter mengenai kejadian itu yang turut mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selain pihak tertinggi universiti berkenaan.


 ...............................................................

Dari UiTM Lendu, Sekarang di UiTM Seri Iskandar Pula



KUALA – LUMPUR : Di kala kekecohan melibatkan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka belum pun reda, kini sudah mula timbul pula kekecohan baru di Twitter bahawa insiden rasuk dan histeria melarat ke UiTM Seri Iskandar, Perak pula.


..............................................

Zombies Will Overrun Bukit Utama





.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines