Rabu, 29 Januari 2014

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


LIGA SUPER 2014: Keputusan Perlawanan 28 Jan 2014

Posted: 28 Jan 2014 06:46 AM PST

28 JANUARI 2014 (SELASA)
013
Stadium MB Petaling Jaya
4.45pm
SELANGOR FA
1
0
PAHANG FA
Paolo Rangel
-
014
Stadium Larkin
8:45pm
JOHOR DARUL TAKZIM FC
2
2
LIONS XII FC
Luciano Figueroa
Pablo Aimar
KhairulAmri
Hafiz Sujad
015
Stadium SINS KT
8:45pm
TERENGGANU FA
2
0
T-TEAM FC
Marcio Souza
Mohd Ashaari Shamsuddin
-
016
Stadium MP Selayang
8:45pm
ATM FA
1
0
PERAK FA
Juan Arostegui
-
017
Stadium SMIV KB
8:45pm
KELANTAN FA
1
2
SELANGOR PKNS FC
Fakri Saarani
Mohd Fauzan Dzulkifli
Mohd Aminuddin Mohd Noor
018
Stadium Negeri
8:45pm
SARAWAK FA
3
0
KL SIME DARBY FC
Joseph Kalang Tie
Gábor Gyepes
Janjus
-

LIGA PREMIER 2014: Keputusan Perlawanan 27 Jan 2014

Posted: 28 Jan 2014 12:49 AM PST

27 JANUARI 2014 (ISNIN)
007
Stadium Bandaraya
8:45pm
PP PBAPP FC
0
0
NEGERI SEMBILAN FA
-
-
008
Stadium MB Petaling Jaya
4:45pm
PDRM FA
5
1
PULAU PINANG FA
Bobby Gonzales
Mohd Fadhil Mohd Hashim
Shahril Izwan
Ali Ashfaq
Charles Souza Chad
Yong Kuong Yong
009
Stadium UiTM Shah Alam
4:45pm
SELANGOR UiTM FC
1
1
JOHOR DARUL TA'AZIM II
Abdi Kassim Sadallah
Mohd Aznie Taib
010
Stadium Darulaman
8:45pm
PERLIS FA
0
1
KL SPA PUTRAJAYA FC
-
Khairol Azry Abdul Rahman
011
Stadium Hang Jebat
4:45pm
KL DRB HICOM FC
0
2
KEDAH FA
-
Billy Mehmet (2)
012
Stadium Likas KK
8:15pm
SABAH FA
1
3
KL FELDA UNITED FC
Md Rozaimi Abdul Rahman
Zah Rahan Krangar
Edward Junior Wilson (2)



#
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
BJ
Mata
1
PDRM
2
2
0
0
8
2
6
6
2
KEDAH
2
2
0
0
6
1
5
6
3
FELDA UNITED FC
2
1
1
0
4
2
2
4
4
NEGERI SEMBILAN
2
1
1
0
2
1
1
4
5
UiTM FC
2
1
1
0
2
1
1
4
6
KL SPA PUTRAJAYA FC
2
1
0
1
1
1
0
3
7
PULAU PINANG
2
1
0
1
4
6
-2
3
8
PBAPP FC
2
0
2
0
1
1
0
2
9
JOHOR DT II
2
0
1
1
2
4
-2
1
10
KL DRB HICOM FC
2
0
0
2
1
4
-3
0
11
SABAH
2
0
0
2
2
6
-4
0
12
PERLIS
2
0
0
2
1
5
-4
0
kemaskini 28 Jan 2014

UiTM idam curi mata di Larkin

Posted: 26 Jan 2014 05:01 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Melaka: Tiga mata berharga buat UiTM FC selepas menewaskan KL SPA pada aksi pembukaan Liga Perdana Jumaat lalu membakar semangat pasukan itu meraih kejayaan berdepan Johor Darul Takzim II (JDT II) di Larkin, malam ini.

Pengurus pasukan UiTM FC, Mustaza Ahmad berkata, beliau yakin jika pemain mampu mengekalkan rentak sama pada perlawanan lalu tidak mustahil sekurang-kurangnya satu mata mampu diraih.

 
Sambil mengakui pemainnya bakal berdepan tekanan dari skuad dan penyokong tuan rumah, Mustaza nyata mengharapkan pemain mampu menyerap asakan selain mengintai jaringan semangat.

"Sudah pasti UiTM FC mahu meraih tiga mata maksimum walaupun lawan memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, namun pemain akan melakukan yang terbaik dalam mengimbangi sentuhan bertenaga JDT II.

"Buat masa ini, saya berpuas hati dengan gandingan import kelahiran Afrika, Abdi Kasim dan Obi Okechukwu yang menunjukkan peningkatan positif selepas perlawanan berkenaan," katanya.

Mustaza berkata, sasaran pasukan menduduki tangga keenam liga dan layak ke Piala Malaysia diharap mampu direalisasikan pemain walaupun bakal mengharungi laluan sukar berdepan setiap pasukan bersaing.

Bagi jurulatih UiTM FC, Azuan Zain, JDT II diakui memiliki barisan mantap tambahan pula aksi malam ini di gelanggang sendiri yang boleh menyukarkan usaha pasukan meraih tiga mata tambahan.

Menurutnya, walaupun berdepan laluan berliku, pemain bertekad berjuang habis-habisan dalam misi mengutip kemenangan ataupun sekurang-kurangnya satu mata berharga.


TRW gah di puncak liga

Posted: 26 Jan 2014 04:59 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Petra Jaya: Jurulatih Kelantan, Steve Darby lega apabila anak buahnya berjaya menewaskan Sarawak 1-0 apatah lagi apabila gol kemenangan muncul pada minit akhir perlawanan dramatik saingan Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam kelmarin.

Kemenangan tipis itu bukan saja membolehkan The Reds Warriors (TRW) menghuni tangga teratas liga, malah melebarkan rekod cemerlang sepanjang pertembungan tiga tahun kebelakangan ini.

 
Darby pada mulanya menyangka pertembungan itu berkesudahan seri tanpa jaringan berikutan tekanan hebat diberikan tuan rumah sehingga menyekat usaha Kelantan melancarkan serangan.

"Amat menakjubkan apabila saya sudah meletakkan keputusan bahawa kami akan (berkongsi mata) dengan Sarawak kerana mereka beraksi begitu baik.

Pemain saya diberi tekanan hebat dan saya puji corak permainan semua pemain yang berjaya menjalankan tugas lebih baik.

"Perlawanan ini amat sengit apabila hanya beberapa ketika kami berpeluang mengatur serangan berbanding Sarawak.

Tapi kami berjaya menghalang walaupun mereka turut berpeluang menjaringkan gol," katanya.

Keputusan itu membolehkan Kelantan melakarkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan Sime Darby, 2-1 di laman sendiri Sabtu lalu.

Ditanya Kelantan sepatutnya menguasai perlawanan kerana memiliki kelebihan berehat panjang, Darby berkata: "Kami cuba melakukannya tapi kami sering diasak.

Bagaimanapun, kami berjaya mengawal permainan dan ini membolehkan kami memanfaat peluang yang ada.

"Pemain bijak mengatur corak permainan dan saya memuji mereka terutama Ahmad Fakri (Saarani) yang bermain dalam tiga posisi pada satu-satu masa.

"Inilah dikatakan permainan profesional apabila anda tidak seharusnya berada dalam satu-satu posisi sebaliknya boleh berfungsi di setiap sudut.

"Kami memiliki komunikasi pemain yang baik biarpun kebanyakan muka baru.

Kami hilang tujuh pemain musim ini, tapi mereka bertindak seperti biasa untuk memburu mata kemenangan." katanya.


Azraai puas T-Team calar ego Johor DT

Posted: 26 Jan 2014 04:56 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Terengganu: Keupayaan T-Team mencalar ego pasukan bintang Johor Darul Takzim (DT) malam kelmarin menyuntik semangat barisan Azraai Khor Abdullah untuk menewaskan Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

Malah bukan itu saja, corak permainan skuad itu yang sebelum ini dikritik hebat selepas prestasi hambar ketika bertemu Selangor dan UiTM, kini dilihat semakin ampuh sebagai mana yang diperagakan ketika menumbang Johor DT 1-0 hasil jaringan pemain import dari Indonesia Patrich Steev Wanggai m-71.

 
Bekas jurulatih Perak musim lalu itu tanpa berselindung mengaku berasa gembira dengan peningkatan yang dipamerkan pemainnya yang sudah menemui rentak berdasarkan aksi yang diperagakan pemain malam kelmarin.

"Sudah tentu saya amat gembira kejayaan T-Team yang beraksi dengan baik walaupun beberapa peluang yang dimiliki pemain gagal direalisasikan dengan jaringan selain umpanan yang kurang menyerlah serta ada pemain tidak berfungsi dengan baik.

"Apapun kemenangan itu begitu berharga kerana hasil usaha keras semua pemain termasuk kecemerlangan penjaga gol Mohd Shahril membantu T-Team meraih tiga mata pertama meskipun kita hanya menyasarkan satu mata dalam pertemuan yang penuh dramatik menentang pasukan hebat itu," katanya yang mengharapkan pemainnya tidak besar kepala atas kejayaan itu.

Bagaimanapun, pengendali itu belum mahu mendabik dada atas kejayaan itu sebaliknya mengharapkan pemainnya terus meningkatkan prestasi terutama menjelang pertemuan dengan Terengganu malam esok yang juga dibarisi ramai pemain berkualiti pada setiap posisi.

"Kejayaan mengekang Johor DT itu belum cukup kerana masih banyak kelemahan perlu diperbaiki jika berhasrat untuk melangkah lebih jauh lagi dalam kancah liga," katanya.

Amaran Sime Darby

Posted: 26 Jan 2014 04:55 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pasukan yang baru dinaikkan taraf, Sime Darby FC memberi amaran awal bahawa mereka juga mampu mencabar kejuaraan Liga Super musim ini selepas menewaskan juara Piala Malaysia, Pahang 1-0 kelmarin.

Selepas menyingkirkan ATM pada pusingan awal Piala FA minggu lalu menerusi kemenangan 2-1, skuad kendalian Ismail Zakaria itu meneruskan rentak kemenangan itu dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin. 

 
Ia satu kebangkitan bagi kelab yang diberi jolokan 'Pembunuh Gergasi' itu dalam kempen liga selepas kalah tipis 2-1 di tangan Kelantan pada perlawanan pertama dan menjadi pembakar semangat menjelang aksi di gelanggang lawan dengan Sarawak esok.
"Saya berpuas hati dengan kesungguhan pemain dan apa yang penting kami berjaya mengutip tiga mata bagi meneruskan perjalanan liga yang masih panjang. Kami mampu bersaing dengan pasukan lain walaupun kami hanyalah pasukan yang sederhana, tapi pemain-pemain memiliki karaktor dan keinginan untuk menang," kata Ismail.  

Dalam perlawanan itu, Sime Darby seharusnya berterima kasih kepada pemain sayap Fahrul Razi Kamaruddin apabila menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua selepas dia menanduk masuk bola hantaran Farid Ramli dari sebelah kiri.

Bagi Fahrul, 27, dia gembira dapat menyumbang tiga mata buat Sime Darby melonjak ke tangga keenam liga dan berharap dapat memperbaiki sentuhan penyudahnya selepas hanya menyumbat satu gol musim lalu.

"Saya gembira dengan kemenangan ini untuk membantu pasukan meneruskan momentum. Selepas ini kami akan bertemu Sarawak dan ia bukan perlawanan yang mudah apatah lagi bermain di tempat mereka," katanya.

Fahrul yang memiliki kepantasan dilihat cukup serasi bergandingan dengan pemain import Syria, Mahmoud Amnah di bahagian tengah dalam mengatur serangan ke kubu Pahang.

"Saya bergandingan dengannya sejak November lalu dan sudah menampakkan keserasian. Saya sedang berusaha untuk memperbaiki permainan kerana kalau boleh saya mahu merebut tempat dalam skuad kebangsaan," katanya yang mengimpikan untuk menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama.

LIGA SUPER 2014: Keputusan Perlawanan 25 Jan 2014

Posted: 26 Jan 2014 04:24 AM PST


24 JANUARI 2014 (SABTU)
007
Stadium Jln Besar
7:45pm
LIONS XII FC
2
1
SELANGOR FA
Muhd Shakir Hamzah
Khairul Amri
Mohd Fitri Shazwan Raduwan
008
Stadium Negeri
8:45pm
SARAWAK FA
0
1
KELANTAN FA
-
Forkey Doe
010
Stadium Perak
8:45pm
PERAK FA
1
0
TERENGGANU FA
Eliel Da Cruz Guardiano
-
011
Stadium SINS KT
8:45pm
T-TEAM FC
1
0
JOHOR DARUL TAKZIM FC
Patirch Wanggai
-
012
Stadium MP Selayang
8:45pm
KL SIME DARBY FC
1
0
PAHANG FA
Fahrul Razi
-




#
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
BJ
Mata
1
KELANTAN
2
2
0
0
3
1
2
6
2
SELANGOR
2
1
0
1
3
2
1
3
3
JOHOR DARUL TA'AZIM
2
1
0
1
2
1
1
3
4
ATM
2
1
0
1
2
1
1
3
5
TERENGGANU
2
1
0
1
2
2
0
3
6
SELANGOR PKNS
2
1
0
1
2
2
0
3
7
KL SIME DARBY FC
2
1
0
1
2
2
0
3
8
LIONS XII FC
2
1
0
1
2
2
0
3
9
PAHANG
2
1
0
1
1
1
0
3
10
T-TEAM FC
2
1
0
1
1
2
-1
3
11
PERAK
2
1
0
1
1
2
-1
3
12
SARAWAK
2
0
0
2
0
3
-3
0






kemaskini 25 Jan 2014

Kim Swee bayang buat rombakan

Posted: 30 Dec 2013 05:18 PM PST

Sumber: Utusan Malaysia
 
KUALA LUMPUR - Hari ini merupakan detik terakhir yang bakal memahat 1001 nostalgia dalam arena sukan negara mahupun antarabangsa apabila tahun 2013 bakal berlalu pergi sementara tirai 2014 sedang mengintai masuk dalam tempoh beberapa jam lagi.

Turut menerima tempias adalah kontrak Datuk K. Rajagobal selaku jurulatih Harimau Malaya akan tamat secara rasminya setelah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berhasrat menyambung khidmatnya, manakala esok pula, bermulalah langkah baharu jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menggalas tanggungjawab sukan No. 1 dunia itu.

 
Menurut Kim Swee, yang juga pengendali skuad Harimau Muda A, segala perancangan kini berada di dalam genggamannya bagi mengatur corak permainan di samping berkemungkinan besar merombak jentera Harimau Malaya selepas melihat ada di antara pemain yang selama ini telah dinafikan bakatnya.

Pastinya, beliau membuat pemilihan pemain berdasarkan prestasi semasa mereka sepanjang kempen Liga Malaysia, malah harapan peminat bola sepak tanah air untuk melihat beberapa bintang liga tempatan mendapat tempat dalam skuad kebangsaan dan menyarung jersi Malaysia mampu menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, Kim Swee enggan menyebut siapa pemain yang bakal membarisi skuad Harimau Malaya bimbingannya kelak, tetapi mengakui prestasi semasa mereka antara kriteria utama yang akan menjadi sandaran dalam membentuk pasukan, yang masih mempunyai peluang tipis untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015.

"Buat masa ini, saya mahu tunggu kempen liga Malaysia bermula sebelum saya memutuskan siapa yang akan dipilih. Sudah tentu ada bakat-bakat terpendam yang harus kita gilap. 

"Tidak semestinya pemain-pemain yang sedia ada akan dikekalkan. Mereka harus merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam setiap kelab yang mereka wakili dan semestinya, prestasi semasa menjadi tanda aras pemilihan.

"Kemungkinan besar ada perubahan. Sebab ada sedikit bayangan, tetapi yang pastinya saya mahu menilai prestasi mereka dalam dua atau tiga perlawanan liga dahulu, dari situ saya akan dapat gambaran penuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Bintang tengah Kelantan yang muncul Pemain Paling Bernilai 2013, Mohd. Badri Radzi antara pemain yang dijangka menjadi anggota baharu skuad kebangsaan.
Harimau Malaya yang mengumpul empat mata kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan D dan dijadualkan bertemu Yaman di tempat lawan dalam saingan kelayakan Piala Asia AFC 2015 pada 5 Mac akan datang.

Mengulas lanjut mengenai tarikh bagi Harimau Malaya memulakan sesi latihan, pengendali kelahiran Melaka itu memberitahu, mereka akan bertemu pada penghujung bulan Februari nanti memandangkan perlu akur kepada jadual perlawanan domestik.

"Sebab kita ada liga dan ada jadual untuk pasukan kebangsaan bersiap sedia sebelum perlawanan kelayakan itu nanti. Berkemungkinan 20 Februari tahun depan kita sudah boleh mengadakan sesi latihan," ujarnya.

Zubir tekad bantu Penyu musim depan

Posted: 30 Dec 2013 05:15 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Terengganu: Biarpun masih merasai keperitan akibat gagal mempertahankan 'ibu segala pingat' di Sukan SEA Myanmar baru-baru ini, pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi bertekad melupakan terus kepedihan itu dengan memberi perhatian terhadap kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pertahanan berusia 22 tahun itu berkata, dia kini diberikan cuti rehat dan akan bersama-sama pasukan yang kini berada di Indonesia mengharungi siri perlawanan persahabatan pramusim.


"Saya memang kecewa gagal membantu negara membawa pulang pingat tapi saya harus menerima hakikat kalah dan menang adalah lumrah dalam bola sepak. Sekarang, saya sudah melupakan kekecewaan itu dan berazam memberi tumpuan kepada pasukan Terengganu dalam Liga M.


"Saya sedar saingan Liga M musim depan cukup mencabar, namun percaya dengan barisan pemain yang ada dalam pasukan Terengganu mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan lain," katanya semalam.

Pemain berasal dari Setiu itu juga menyifatkan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim musim depan adalah yang terbaik untuk meraih piala, lebih-lebih lagi diperkuatkan pemain berkaliber antaranya Norfarhan Mohamad, Zairo Anuar Zailani dan Faiz Subri.

Ditanya persiapan musim depan, Zubir menegaskan dia kini sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk membawa cabaran Terengganu dalam Liga M.
"Saya sekarang sudah bersedia dan bebas daripada sebarang kecederaan. Bagaimanapun, soal bermain dalam kesebelasan utama saya serahkan kepada jurulatih.

"Saya juga tidak mahu terlalu yakin dan mendapat laluan mudah kerana sedar, Nik Zul Aziz Nawawi yang bermain di posisi sama juga menunjukkan permainan terbaik dan saya anggap ia persaingan sihat," katanya.

Zubir yang dilabel pertahanan kental dan mempunyai gaya permainan ala pertahanan Manchester United, Patrice Evra, mempunyai impian besar musim depan iaitu mahu menjulang satu piala selepas gagal meraih sebarang trofi musim lalu.

Fauzi terpinggir

Posted: 30 Dec 2013 05:13 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Pernah dianggap sebagai senjata utama di bahagian serangan skuad Tok Gajah pada awal Liga Malaysia musim 2013, kelibat Fauzi Rozlan kini seakan terpinggir.

Dengan kehadiran bekas penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme dan Matias Conti yang mengesahkan tempat dalam skuad itu menambah lagi kesukaran pemain tempatan untuk mengisi tempat dalam kesebelasan utama.


Pada masa sama, prestasi tidak menentu dan tidak seperti yang dipersembahkan pada awal musim menyebabkan Fauzi perlu lebih bekerja keras bagi meyakinkan jurulatih Ronald Smith.


Tidak hairan Fauzi yang lebih mesra dengan panggilan Kojie berasa komitmen untuk mengembalikan prestasi sebenar perlu ditunjukkan sekali gus mendapat tempat dalam skuad utama Pahang.

"Saya akui prestasi tidak menentu dipamerkan pada pertengahan musim ini menyebabkan saya sering berada di bangku simpanan sebelum kembali dengan prestasi lebih baik dalam saingan Piala Malaysia lalu.

"Sebab itu dengan semangat baru musim 2014 ini saya berazam mempamerkan kualiti permainan yang lebih baik terutama menajamkan sentuhan jaringan.

"Saya akui kehadiran Nwakaeme dan Conti di bahagian serangan menyukarkan lagi tempat tapi sebagai pemain saya berusaha meyakinkan jurulatih," katanya semalam.

Musim ini pemain kelahiran Pekan itu menjaringkan 12 gol hingga bekas jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan.

Pendaftaran Amirulhadi diterima

Posted: 30 Dec 2013 05:11 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pemain tengah Amirulhadi Zainal tiada masalah untuk beraksi dengan kelab barunya Johor Darul Takzim (Johor DT) bagi aksi Liga Super musim depan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu sudah didaftarkan sebelum tarikh pendaftaran pemain berakhir 17 Disember lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (JKPT) Datuk Seri Afandi Hamzah, biarpun dua pasukan Johor DT dan Pahang mendaftarkan nama Amirulhadi, pihaknya tetap menerima pendaftaran itu selepas Jawatankuasa Status Pemain FAM memutuskan bekas pemain kebangsaan itu menjadi milik Johor DT minggu lalu, 11 hari selepas tarikh pendaftaran ditutup.


"Tiada isu membabitkan pendaftaran Amirulhadi kerana namanya sudah didaftarkan oleh Johor (JDT) sebelum tarikh tamat pendaftaran pada 17 Disember lalu cuma perbicaraan mengenai kesnya dilakukan selepas tarikh tutup pendaftaran itu.

"Kami menerima pendaftaran itu biarpun namanya turut disenaraikan bersama Pahang pada mulanya. Selepas Jawatankuasa Status Pemain membuat keputusan Amirulhadi sah mewakili Johor DT maka kami menerima pendaftaran itu dan Johor DT tidak perlu membuat permohonan semula," katanya kepada Arena Metro semalam.

Penjelasan Afandi itu sekali gus menutup keraguan kemungkinan Amirulhadi hanya boleh beraksi selepas tempoh pendaftaran pemain kedua pada Mac depan.

Amirulhadi dipanggil menghadap Jawatankuasa Status Pemain minggu lalu apabila dia didakwa melanggar kontrak dengan pasukan asalnya Pahang dan menyertai skuad Harimau Selatan.

Pahang mendakwa pemain tonggak skuad juara Piala Malaysia itu sudah menandatangani kontrak baru namun kontroversi timbul apabila pemain berusia 27 tahun itu muncul pada majlis pengumuman skuad Johor DT.

Bagaimanapun pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata wujud keraguan dalam kontrak Amirulhadi bersama Pahang namun pemain itu perlu membayar denda RM25,000 kerana melanggar Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM.

‘Yol’ mula berasa lega

Posted: 30 Dec 2013 05:05 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Johor Bahru: Tiada apa mampu diucapkan pemain tengah Amirulhadi Zainal sebaliknya wajah kelegaan terpancar sekali gus memberi sinar kepada pemain itu untuk mempamerkan aksi terbaik bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang menyingkap tirai 18 Januari ini.

Keputusan Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Jumaat lalu, berhubung isu pemain berusia 27 tahun itu didapati menandatangani dua kontrak bersama Johor DT dan Pahang sudah diputuskan apabila sekadar denda RM25,000 dikenakan manakala kontrak bersama Johor DT adalah sah sudah cukup memberi nafas baru buat pemain yang sinonim dengan panggilan 'Yol' itu.


"Keputusan sudah dibuat oleh FAM dan saya tidak boleh buat apa-apa dengan denda yang dikenakan. Apa pun kontrak saya bersama Johor DT adalah sah sudah cukup melegakan dan ia memberi nafas baru buat saya untuk memberi komitmen tinggi kepada pasukan baru dalam usaha memburu satu piala.

"Apa pun saya perlu bekerja keras untuk memastikan tempat dalam kesebelasan utama dan kehadiran pemain berkualiti dalam skuad Johor DT memberi gambaran betapa disiplin dan persembahan terbaik sepanjang latihan bakal beri ruang untuk berada dalam kesebelasan utama.

"Saya tetap optimis dengan barisan pemain sedia ada, Johor DT mampu membawa pulang satu piala kerana sasaran utama adalah layak ke saingan Piala AFC 2015," katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan Johor DT menentang kelab Liga Singapura (Liga S), Hougang United yang menyaksikan skuad Harimau Selatan menang 3-0 di Stadium Larkin, kelmarin.

Johor DT bimbingan Cesar Ferrando Jiminez baru mengharungi dua aksi persahabatan kompetitif tatkala aksi pertama sebelum ini mudah mengatasi Tampines Rovers FC 7-1 pada perlawanan di Stadium Pasir Gudang dan kemenangan ke atas Hougang United memberi impak positif dalam usaha mencari kesebelasan terbaik mengharungi kempen Liga Malaysia.

Kelibat Amirulhadi yang beraksi pada babak kedua jelas tidak mengecewakan apabila sering mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan menerusi larian pantas di sayap kanan malah dia tidak kekok untuk mengadaptasi corak permainan yang diterapkan Jiminez biarpun baru dua minggu bersama skuad itu.

"Memang ada perbezaan dari segi taktikal tapi saya tidak menghadapi masalah untuk menjiwai corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih malah persefahaman antara pemain juga tidak menimbulkan kesukaran kepada saya memandangkan pernah beraksi bersama beberapa pemain.

"Paling utama saya tidak kekok apabila beraksi di padang kerana saya pernah beraksi bersama Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha dan ia membentuk kombinasi dan persefahaman yang mantap bagi mengharungi kempen Liga M nanti," kata Amirulhadi.

Nasib 7 pemain KL 7 Januari

Posted: 29 Dec 2013 05:41 PM PST

Sumber: Utusan Malaysia
 
PETALING JAYA - Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguhkan ke 7 Januari depan untuk membuat keputusan mengenai tujuh pemain Kuala Lumpur yang dituduh terlibat mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana 2013. 

Pengerusinya, Datuk Taufek Razak berkata, keputusan tidak dapat dibuat semalam bagi berlaku adil kepada semua pihak selepas jawatankuasa hanya sempat memanggil dua daripada mereka, Azizon Abdul Kadir dan Benedict Martin untuk memberikan keterangan dan membela diri.


"Ada lima lagi pemain (tidak sempat dipanggil walaupun hadir di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam). Kami memutuskan untuk memanggil baki mereka untuk dua kali lagi mesyuarat jawatankuasa dengan menangguhkannya ke 3 dan 7 Januari. 

"Pendengaran 3 Januari akan melibatkan Syazwan Mohamed Rani, Mugilan Kartik Jaya Gobi dan Muhammad Azwan Jatin manakala 7 Januari bagi Sivaraj Sadubathi dan Mohamad Amirul Asraf Mohd. Noor.

"Jawatankuasa tidak dapat menyudahkan prosiding sebab banyak soal jawab dikemukakan dan kes ini dianggap serius jadi kami perlu memberi satu perbicaraan yang benar-benar terbuka dan adil kepada pihak yang kena tuduh dalam mempertahankan (diri) mereka terhadap dakwaan yang dikemukakan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat selama empat jam.

Ditanya kemungkinan hukuman yang menanti jika mereka didapati bersalah pada 7 Januari ini, katanya: "Hukuman maksimum digantung seumur hidup dan denda RM50,000 tetapi buat masa ini, (hukuman) pemain rendah sikit, minimumnya lima tahun berbanding pegawai, 10 tahun.

"Namun ada peruntukan hukuman dalam peraturan jawatankuasa tentang kes mengatur keputusan perlawanan atau rasuah yang membenarkan penggantungan seumur hidup dan tidak diberikan peluang merayu."

Menurut Taufek, boleh dikatakan kesemua 22 perlawanan Liga Perdana Kuala Lumpur musim 2013 mempunyai kaitan dengan tuduhan mengatur keputusan perlawanan dan kes mereka mulai disiasat sejak kekalahan pasukan itu 5-0 kepada Sime Darby atas daya usaha pihaknya. 

"Bila hujung terlerai, maka yang pangkal juga akan terlerai. (Dalam kes ini) tertuduh mewakili diri sendiri, namun dalam Perkara 16.3 Kod Tatatertib FAM 2012, mereka boleh diwakili Setiausaha Kerja, Agung atau Kehormat persatuan bola sepak negeri atau kelab tetapi peguam tidak dibenarkan langsung.

"Jika tertuduh didapati bersalah tetapi sudah menandatangani bermain dengan pasukan lain, pasukan itu masih dibenarkan menggantikannya dengan pemain lain," ujarnya.

Minggu lalu, jawatankuasa ini mengenakan hukuman penggantungan seumur hidup dan denda RM20,000 setiap seorang ke atas lima pemain (Phoo Kai Lun, Jeremy Danker, Hafizi Roslee, Khairul Anuar Shafie dan Fadhlullah Yunsifar); jurulatih pasukan dari Slovakia, Stanislav Lieskovsky dan dua pegawai, Rosli Omar dan Shaari Jani.

Bunyamin pikat Durakovic

Posted: 29 Dec 2013 05:31 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pemain pertahanan Bunyamin Omar menjadi pilihan pengurus dan jurulatih Selangor Mehmet Durakovic untuk mengetuai cabaran Merah Kuning musim depan.

Pemain berusia 25 tahun itu mula menyertai Merah Kuning sejak 2009 akan menggalas tugas ditinggalkan seorang lagi pemain pertahanan Asraruddin Putra Omar yang menyertai Johor Darul Takzim musim depan.


"Nama Bunyamin dicadangkan Durakovic selepas melihat aksi pemain itu dalam siri persahabatan di Australia baru-baru ini. Selain mempunyai sikap kepimpinan, dia turut memainkan peranan dalam membantu jurulatih dalam memantapkan pasukan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan pemilihan ini kerana memberi kepercayaan penuh kepada jurulatih untuk menentukannya," kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Rosman Mohd Ibrahim.

Pemain kelahiran Kedah itu pemain paling senior dalam senarai skuad Merah Kuning tahun depan dan berkemampuan untuk beraksi di tiga posisi iaitu pemain tengah bertahan, pertahanan tengah dan kanan.

Selangor yang mahu menamatkan kemarau kejuaraan musim depan kehilangan beberapa tonggak utama seperti Asraruddin, Amri Yahyah dan Francis Forkey Doe namun tetap tampil mencabar apabila menyenaraikan beberapa pemain ternama seperti Farizal Marlias, Azmi Muslim, Rizal Fahmi Ab Rosib, A Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri selain mengekalkan K Gurusamy, S Kunanlan dan Raimi Md Noor.

Selain mengharungi kancah Liga Malaysia, Selangor yang turut beraksi dalam saingan Piala AFC tahun depan sudah mengikat empat pemain import iaitu Paulo Rangel, Junior Aparecido Guimaro de Souza, Stilianos Pantelidis selain pemain sayap Indonesia Andik Vermansyah.

Selangor akan meneruskan persiapan apabila menentang Tentera pada satu aksi persahabatan esok.

Perlu lebih kerja keras: Poyeng

Posted: 29 Dec 2013 05:29 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Kehadiran dua pemain pertahanan import memberi petunjuk pemain tempatan perlu bekerja keras jika mahu berada dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah musim depan.

Ia diakui pemain pertahanan Pahang yang berasa komitmen dan disiplin menjadi faktor utama jika mahu menambat hati jurulatih untuk disenaraikan pada setiap perlawanan.


Bagi pertahanan Mohd Saiful Nizam Miswan, dia mengakui perlu bekerja keras untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad itu.

Menurutnya, kehadiran Damion Stewart dan Zesh Rehman di bahagian pertahanan skuad itu menyaksikan bukan saja dia malah rakan lain perlu bersaing sesama sendiri.

"Dalam tempoh sebelum saingan Liga Malaysia bermula, saya akan meyakinkan jurulatih untuk dipilih dalam kesebelasan utama.

"Tapi saya menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih untuk menentukan kedudukan terutama memantapkan skuad Pahang bagi musim 2014," katanya yang mesra disapa Poyeng.

Azam baru Piya

Posted: 29 Dec 2013 05:27 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi berazam untuk tampil sebagai pemain bola sepak yang menutup aurat selepas pulang daripada mengerjakan umrah bulan lalu.

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya berkata, sebelum ini dia pernah beraksi tanpa mendedahkan aurat namun ia hanya seketika, tetapi selepas pulang daripada mengerjakan umrah November lalu, dia nekad untuk beraksi dengan memenuhi tuntutan agama.


Katanya, selain memenuhi tuntutan agama, pemain yang dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun ini turut menyifatkan azamnya sesuai dengan kempen menutup aurat yang dilancarkan di Kelantan.


"Sebelum ini saya pernah mencuba untuk menutup aurat ketika bermain bola sepak, namun usaha itu tidak berterusan. Bagaimanapun selepas pulang daripada mengerjakan umrah, niat untuk menutup aurat ketika bermain bola semakin menebal dan saya nekad untuk meneruskannya.

"Saya akan menguatkan iman supaya bermain bola dalam keadaan menutup aurat sama ada ketika perlawanan di tempat sendiri atau di tempat lawan termasuk juga ketika sesi latihan," katanya semalam.

Sebelum ini pemain FELDA United, Indra Putra Mahayuddin yang sentiasa dilihat beraksi tanpa mendedahkan aurat sama ada ketika perlawanan ataupun latihan sewaktu bersama The Red Warriors (TRW) dan kini tindakan itu turut disusuli Piya.

Mohd Badhri berkata, tiada halangan bagi seorang ahli sukan Muslim untuk berjaya sekiranya tampil dengan menutup aurat, malah menyifatkan kejayaan akan lebih diberkati Allah apabila berjaya memenuhi tuntutan agama.

"Tiada masalah untuk mengekalkan prestasi sekiranya tampil dengan menutup aurat. Saya yakin Allah akan lebih memberkati usaha kita untuk mencapai kejayaan," katanya yang juga mengharapkan TRW dapat menjulang sekurang-kurangnya satu trofi untuk musim Liga Malaysia 2014.

STADIUM LIGA MALAYSIA 2014

Posted: 29 Dec 2013 05:24 PM PST

LIGA SUPER

ATM
Stadium MP Selayang
 
JDT
Stadium Larkin
 
Kelantan
Stadium Sultan Muhammad IV
 

Lions XII
Stadium Jln Besar
 
Pahang
Stadium Darulmakmur
 
Perak
Stadium Perak
 
PKNS
Stadium MBPJ
 
Sarawak
Stadium Negeri
 
Selangor
Stadium MBPJ (sementara)
 
Sime Darby
Stadium MP Selayang
 
T-Team n Terengganu
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah


LIGA PREMIER

UiTM FC
Stadium UiTM Shah Alam
 
P.Pinang
Stadium Bandaraya
 
JDT II 
Stadium Pasir Gudang
 
Kedah
Stadium Darulaman
 
Perlis
Stadium Utama
 
Sabah
Stadium Likas
 
Felda Utd 
Stadium Temerloh
 
PBAPP
Stadium Batu Kawan
 
PDRM
Stadium Hang Jebat
 
DRB Hicom
Stadium MP Selayang
 
N.Sembilan
Stadium Paroi
 
KL SPA
Stadium Mini Petronas Bangi

‘Nak pikat Darby’

Posted: 29 Dec 2013 02:25 AM PST

Sumber: Harian Metro

Foto

Kota Bharu: Sebaik kecederaan yang dialaminya pulih, hanya satu yang ada di dalam fikiran pemain pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Abd Halim iaitu mahu menambat hati ketua jurulatih Steve Darby  bagi memastikan namanya berada di dalam kesebelasan utama untuk musim 2014 nanti.

Nik Shahrul Azim atau lebih dikenali sebagai 'Poknik', mengalami kecederaan lutut ketika membantu Harimau Muda menjulang Pesta Bola Merdeka September lalu sekali gus menyaksikan dia turut terlepas peluang menyertai skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee di temasya Sukan SEA Myanmar baru-baru ini.



Bagaimanapun, Nik Shahrul berkata, kecederaan yang dialaminya sudah beransur pulih dan sudah menjalani latihan lebih lasak sekali gus membuatkan pemain berusia 22 tahun dari Rantau Panjang, Kelantan itu tekad mahu berusaha keras memikat pengendali baru TRW itu.

Katanya, selepas berlaku rombakan besar dalam senarai pemain TRW bagi saingan musim depan, terdapat saingan untuk merebut tempat terutama di posisi pertahanan.

"Sekarang TRW dibimbing jurulatih baru dan saya perlu menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama. Saya lega kecederaan semakin pulih dan saya yakin dapat beraksi sebaik musim bermula.

"Untuk musim depan, TRW ada ramai pemain baru dan mereka semuanya berpengalaman malah keadaan ini mungkin memberi sedikit saingan. Tapi saingan ini bagus untuk pasukan kerana semua pemain akan lebih bersungguh-sungguh," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang MARDI, Pasir Tumboh di sini, baru-baru ini.

Ternyata kekecewaan Nik Shahrul yang terlepas peluang menyarung jersi kebangsaan pada temasya Sukan SEA tidak mematahkan semangatnya untuk terus meningkatkan prestasi bersama skuad TRW.


Sementara itu, Darby berkata, Nik Shahrul sudah kembali pulih dan mampu menjalani latihan lasak selain mempercayai kebolehan pemain muda itu untuk beraksi mantap di bahagian pertahanan.

Katanya, sebagai pemain muda yang mempunyai pengalaman beraksi di dalam pasukan kebangsaan, Nik Shahrul perlu menunjukkan kesungguhan selepas pulih daripada kecederaan sekali gus mengekalkan prestasi cemerlangnya seperti musim lalu.


"Nik Shahrul pemain muda yang bagus dan kita perlukan pemain sepertinya. Saya lega dia sudah pulih dan dapat menjalani latihan bersama rakan sepasukan.


"Dia (Nik Shahrul) mempunyai pengalaman bermain dengan pasukan negara dan itu membuatkan saya lebih senang untuk memberi arahan dan tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasinya," katanya.

Perlu tegas

Posted: 25 Dec 2013 06:24 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sedia memberi kerjasama kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung status Mohd Amirul Hadi Zainal yang kini bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Setiausaha Agung PBNP Fuzeimi Ibrahim berkata, pihaknya akan membantu FAM terutama dari segi kedudukan Amirul Hadi yang sebelum ini menandatangani kontrak bersama skuad Tok Gajah.

 
Menurutnya, PBNP tidak menghadapi masalah bagi memastikan kes pemain tengah itu disiasat FAM segera sebelum saingan Liga Malaysia musim 2014 bermula.

"Dalam kes ini, kita sedia memberikan kerjasama kepada FAM demi kebaikan bola sepak terutama skuad Pahang.

Segala maklumat mengenai status Amirul Hadi akan diserahkan pada pertemuan itu nanti.

"PBNP akan menyediakan segala dokumen berkaitan pemain itu dan mahu keputusan yang adil," katanya semalam.

Fuzeimi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin Hassan yang menuntut penjelasan daripada PBNP dan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) berhubung status bekas pemain kebangsaan itu.

Ini kerana tiada kepastian mengenai pasukan yang bakal diwakili pemain berusia 27 tahun itu selepas membuat pusingan U menyertai JDT musim depan.

Pada masa sama, PBNP mendakwa Amirul Hadi milik skuad Tok Gajah selepas pemain itu menandatangani kontrak tetapi segalanya berubah apabila dia menjalani latihan bersama JDT minggu lalu.

Amirul ketika diminta memberikan penjelasan cuba mengelak sedangkan pada sesi memperkenalkan pemain JDT Ahad lalu, dia turut sama berada bersama pemain lain.

FAM harus mengenakan tindakan tegas termasuk denda yang tinggi kepada kepada mana-mana pemain yang membuat pusingan U sekalipun pemain itu kembali ke pangkuan pasukan asal.

Dalam era profesional, pemain harus tahu tanggungjawab menghormati kontrak agar menjadi teladan kepada pemain lain.

Conti tidak anggap Nwaekaeme pesaing

Posted: 25 Dec 2013 06:22 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Penyerang import Pahang Matias Conti tidak menganggap kehadiran bekas penyerang Kelantan, Dickson Nwaekaeme sebagai ancaman bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Ini kerana penyerang kelahiran Argentina yang juga penjaring tunggal final Piala Malaysia itu yakin jurulatih Ronald Smith mampu membuat pilihan terbaik siapa yang mampu mengisi posisi penyerang pasukan untuk musim depan.

 
Bagi Conti, kehadiran Nwaekaeme ialah berita positif buat skuad Tok Gajah untuk mengharungi saingan mencabar dalam Liga Malaysia musim depan.

"Sebenarnya saya tidak bimbang untuk bersaing secara sihat dan gembira kerana masih bersama Pahang dengan barisan pemain yang majoritinya kekal selain dengan kemasukan dua import baru (Dickson dan Zeshan Rehman).

"Dengan kejayaan muncul juara Piala Malaysia, saya percaya Pahang akan lebih bertenaga untuk memburu lebih banyak kejayaan," katanya.

Misi utama Conti adalah untuk memastikan tiga piala yang menjadi idaman semua pasukan menjadi milik skuad Tok Gajah.

"Saya yakin impian ini boleh tercapai dengan keserasian dan barisan pemain yang ada dan pastinya dengan sokongan padu peminat Pahang yang selama ini menjadi pencetus semangat buat kami," katanya.

Gandingan 3 Al- Ahly

Posted: 25 Dec 2013 06:20 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: The Red Warriors (TRW) yang memilih tiga tonggak import bekas pemain kelab Mesir, Al-Ahly membantu mempercepatkan keserasian sebelum saingan Liga M 2014 bermula.

Tiga tonggak itu adalah pemain tengah, Mohamed Shawky dan dua penyerang, Mohamed Ghaddar serta Francis Forkey Doe, sekali gus menyaksikan pertemuan kembali tiga bekas pemain Al-Ahly yang beraksi dengan kelab itu pada 2010.

 
Shawky, 32, yang berasal dari Mesir dan bekas pemain Middlesbrough berkata, bukan satu masalah besar baginya untuk menyesuaikan diri dengan Ghaddar dan Forkey Doe, apatah lagi mereka pernah beraksi bersama dulu.

"Sebelum saya datang, saya sudah bertanya kepada Ghaddar dan dia memberitahu Kelantan mempunyai ramai penyokong dan salah sebuah kelab terbesar di Malaysia.

Untuk itu saya menerima untuk bermain bersama Kelantan.

"Saya gembira Ghaddar turut berada di sini selain dapat bersama kembali dengan Forkey Doe.

Ini satu kelebihan bagi kami bertiga untuk menyesuaikan diri," katanya selepas sesi latihan di Padang Mardi, Pasir Tumbuh semalam.

Menurut Shawky, dia sedang berusaha untuk mengenali pemain tempatan termasuk memahami corak permainan di Liga M.

Katanya, dia juga bersedia berkongsi kemahiran dengan pemain tempatan untuk bersama-sama menguatkan pasukan.

"Ini kali pertama saya berada di Malaysia dan saya perlu tahu corak permainan di sini temasuk mengenali pemain tempatan.

Perkara itu akan mengambil masa namun itu bukan masalah besar.

"Saya akan menggunakan pengalaman ketika beraksi di negara lain yang mungkin boleh dikongsikan dengan pemain tempatan sekali gus mengeratkan hubungan dan mendapatkan keserasian," katanya.

Tagih magis Kim Swee

Posted: 25 Dec 2013 06:15 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Biarpun gagal mencapai misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap menagih khidmat jurulatih Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee yang bakal tamat kontrak pada 31 Disember ini.

Seperti ketetapan yang dibuat pada mesyuarat Exco FAM pada 24 November lalu, kontrak pengendali berusia 43 tahun akan disambung dan dilantik sebagai ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan selepas kontrak Datuk K Rajagobal berakhir hujung bulan ini.

 
Bagaimanapun Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan perbincangan semula akan dilakukan bersama Kim Swee mengenai kontrak itu selepas jurulatih itu membayangkan mahu melepaskan tugas mengendalikan Harimau Muda bagi memberi laluan kepada jurulatih tempatan lain.

Dan beliau berkata, ada pelbagai 'kemungkinan' boleh terjadi sama ada Kim Swee akan terus membimbing skuad muda ataupun terus dinaikkan pangkat membimbing Harimau Malaya berdasarkan perbincangan selepas ini.

"Kami sudah memutuskan pada mesyuarat Exco sebelum ini bahawa kontrak Kim Swee selaku jurulatih Harimau Muda akan disambung. Dalam masa yang sama beliau juga akan ditugaskan sebagai jurulatih skuad kebangsaan sehingga kami dapat mencari pengganti Datuk K Rajagobal.

"Bagaimanapun selepas FAM mendapat ketua jurulatih asing, kami akan memutuskan sama ada beliau akan menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan ataupun memikul tugas menjaga skuad Harimau Muda A, B dan C. Ini kerana kami fikir tiga skuad Harimau Muda ini perlu diselaraskan menerusi pemantauan seorang jurulatih," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Ketika ditanya mengenai peluang untuk Kim Swee diberikan tugas baru bersama Harimau Malaya, Hamidin secara ringkas berkata "ada kemungkinan".

Kim Swee bekas pemain tengah kebangsaan dari Melaka dilantik menjadi jurulatih Harimau Muda A pada 2009 dan berjaya membimbing pasukan memenangi pingat emas Sukan SEA Indonesia 2011 dan Pestabola Merdeka September lalu.

Bagaimanapun kerana kecewa dengan pencapaian anak buahnya yang pulang dengan tangan kosong di Sukan SEA Myanmar, Kim Swee mengakui 'penat' untuk mengharungi kempen Sukan SEA pada edisi selepas ini.

"Mungkin beliau membuat kenyataan itu dalam keadaan kecewa, kita faham dengan kegagalan mempertahankan pingat emas tapi FAM masih memerlukan khidmatnya. Jadi kami akan mengadakan perbincangan semula sebaik beliau pulang bercuti," kata Hamidin.

Reduan puas hati prestasi anak buah

Posted: 23 Dec 2013 07:36 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kangar: Kejayaan 100 peratus direkodkan dalam empat perlawanan persahabatan termasuk mengatasi Harimau Muda B, menyuntik semangat jurulatih Reduan Abdullah untuk memastikan skuad Singa Utara tidak mengecewakan pada kempen Liga M 2014.

Begitupun, Reduan mengakui tidak boleh terlalu berbangga dengan pencapaian yang dicatat anak didiknya kerana ianya sekadar perlawanan persahabatan. 

 
"Kemenangan bersih 100 peratus dalam empat perlawanan persahabatan itu sememangnya sesuatu yang baik, namun kita tidak boleh menjadikannya sebagai ukuran kekuatan pasukan dan kelemahan pihak lawan.
"Masih banyak kerja rumah perlu dilakukan kerana banyak kelemahan dalam pasukan yang perlu ditangani sebelum mengharungi cabaran Liga Perdana Malaysia nanti," katanya.

Dalam rangka persiapan pasukan itu, empat perlawanan persahabatan sudah diharungi skuad Singa Utara dengan terakhir, kelmarin menewaskan Sungai Ara FC dari Pulau Pinang 4-0 dalam perlawanan di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau.

Pada perlawanan itu, penyerang import dari Argentina Gonzalo Goravano yang bergandingan dengan rakan importnya dari Maghribi Maurad Faris dan Dao Bakary (Ivory Coast) meledak empat jaringan dengan masing-masing dua gol di setiap babak.

Terdahulu, pada perlawanan menentang Harimau Muda B di Stadium Bukit Jalil, skuad itu menang 1-0 menerusi jaringan penalti, Dao Bakary. Dua lagi kemenangan yang dicatat ialah menewaskan skuad Kuala Lumpur, 2-1 dan Sungai Ara FC 2-0.

Perlis akan menentang T-Team (29 Disember); PKNS Selangor (4 Januari) dan Sime Darby (6 Januari) dengan semua perlawanan di Stadium UiTM Arau, Perlis.

Gembira lihat persaingan: Bakar

Posted: 23 Dec 2013 07:34 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim gembira melihat persaingan sengit di kalangan anak buahnya terutama pemain muda merebut tempat dalam kesebelasan pasukan setakat ini.

Bakar berkata demikian berdasarkan persembahan pemain ketika menentang FELDA United pada perlawanan persahabatan di Ipoh, Sabtu lalu. Perak menang 2-1 

"Saya suka dengan apa yang saya lihat. Setiap pemain menunjukkan kesungguhan dan berusaha menunjukkan kemampuan masing-masing setiap kali diturunkan. 


"Ini petanda baik dan saya berharap nilai-nilai ini diteruskan sepanjang kempen kami nanti,"katanya.


Begitupun Bakar sedar masih banyak yang perlu dilakukan oleh anak buahnya jika ingin berada pada tahap terbaik untuk menjadi pencabar disegani.

"Masih ada banyak kepincangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Berikutan itu kami akan mengatur beberapa perlawanan persahabatan sebelum sepak mula dalam usaha memantapkan lagi gandingan dan persefahaman sepasukan,"katanya.

Tambahan pula katanya pemain skuad Harimau Muda, Mohd Nasir Basharuddin serta dua awang import iaitu kapten skuad bawah 23 tahun Myanmar, Kyaw Zayar Win serta penyerang Bosnia, Zelemer Terkers perlu diberi kesempatan bergandingan dengan rakan lain.

Zayar Win belum menyertai pasukan kerana tugasan dalam Sukan SEA Myanmar manakala Terkers terpaksa pulang untuk menyelesaikan urusan peribadi di Croatia baru kembali ke Ipoh.

"Mereka langsung tidak berpeluang bermain bersama setakat ini. Kami perlu mengaturkan perlawanan berbentuk kompetitif untuk mereka,"katanya.

‘Tetap kena hukum!’

Posted: 23 Dec 2013 07:00 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Tanpa aduan rasmi juga kami boleh ambil tindakan! Itu mesej jelas yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Takiyuddin Hassan kepada bekas pemain kebangsaan Mohd Amirul Hadi Zainal bahawa dia tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan jika didapati bersalah melanggar kontrak dengan Pahang apabila membuat pusingan U menyertai Johor Darul Takzim (JDT).

 
Walaupun tarikh tutup pendaftaran pemain Liga M 2014 berakhir 17 Disember lalu namun Amirul menggemparkan penyokong skuad Tok Gajah apabila muncul pada majlis pengenalan skuad JDT di Larkin kelmarin walaupun Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mendakwa pemain berusia 27 tahun itu sudah menandatangani kontrak bersama mereka. 

 Setakat ini tiada kepastian mengenai pasukan yang bakal diwakili Amirul namun Takiyuddin mengesahkan pihaknya menuntut penjelasan daripada kedua-dua pasukan terbabit bagi menyelesaikan kemelut perebutan pemain itu.
"Sehingga ke hari ini (semalam) kami tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada kedua-dua pasukan tapi saya sudah berbincang dengan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin untuk meminta kedua-dua pasukan memberikan penjelasan. 

"Jawatankuasa Status Pemain mempunyai hak untuk menyiasat perkara ini selepas masalah ini tersebar menerusi laporan akhbar jadi kami mahu memastikan sama ada benar wujud pelanggaran kontrak pemain biarpun tiada pasukan yang tampil membuat aduan.

"Kami akan memanggil mereka untuk memberi penjelasan pada mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain Jumaat ini namun kami juga boleh menerima penjelasan bertulis daripada mereka," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Kes pemain membuat pusingan U bukan sesuatu yang baru dalam kancah bola sepak tempatan apabila dua kes membabitkan pemain baru Kelantan Mohd Nazri Ahmad dan Mohd Nor Farhan Muhammad yang menyertai Terengganu pernah disiasat oleh jawatankuasa itu.

Bagaimanapun kes Nazri yang didakwa sudah menandatangani kontrak awal dengan Selangor dan Nor Farhan yang secara tiba-tiba beralih angin meninggalkan JDT berjaya diselesaikan secara persetujuan bersama antara pasukan terbabit walaupun pada mulanya mereka bakal digantung jika didapati bersalah.

Takiyuddin menegaskan, pihaknya mengambil serius kes Amirul ini dan bersedia mengambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Satu pasukan mendakwa mereka sudah mendaftarkan Amirul bersama pasukan mereka dan satu lagi pasukan memperkenalkan pemain itu bersama pasukannya, perkara seumpama ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Kalau benar ada berlakunya pelanggaran kontrak di situ, tindakan akan diambil," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines