Isnin, 6 Januari 2014

Mati bogel bersama wanita lain


Kelu lidah seorang isteri apabila menemui mayat suaminya dalam keadaan telanjang bersama mayat bogel seorang wanita di dalam kereta di premis kedai di Bandar Cyber, belakang sebuah hotel bajet, dekat sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 9 malam, mayat Loke Yoke Kim, 58, dijumpai di dalam kereta jenis Proton Wira di tempat duduk pemandu manakala wanita dipercayai kekasihnya dikenali sebagai Yan Wai Leng, 51, terbaring di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Difahamkan, isteri mangsa mencari suaminya di sekitar Ipoh selepas tidak pulang ke rumah sejak 6 petang Khamis lalu, sebelum menemuinya di tempat kejadian.

Sumber polis berkata, pasangan berkenaan dipercayai mengadakan hubungan seks sebelum ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam kenderaan yang dipercayai milik lelaki berkenaan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Pemeriksaan lanjut turut menemui sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara milik wanita itu yang diletakkan berhampiran premis kedai berkenaan,” katanya. Menurutnya, mangsa wanita seorang ibu tunggal dipercayai mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan bedah siasat petang semalam mendapati punca kematian disebabkan keracunan gas karbon monoksida.

“Laporan bedah siasat oleh Dr Ikraq Zhafirin mendapati punca kematian pasangan rakyat tempatan ini adalah keracunan gas karbon monoksida. Tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah didapati pada tubuh atau sekitar lokasi mayat mangsa ditemui.

“Mayat kedua-dua mangsa dituntut keluarga masing-masing. Bagaimanapun, sampel darah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk analisis ujian toksicology, Isnin ini,” katanya.

Menurutnya siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Terdahulu, mayat mangsa dijumpai isterinya selepas melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis di Bandar Cyber lalu mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup.


Dia kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines