Jumaat, 13 September 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Farah AF muflis?

Posted: 11 Sep 2013 08:14 PM PDT


  • Farah AF Farah AF
NAMA Farah Diana Anuar atau Farah AF kembali menjadi perhatian ramai, apabila sebuah akhbar memaparkan nama dan alamat Farah, serta mendakwa bintang yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah muflis.

Berita ini ternyata mengejutkan ramai pihak selepas penyanyi dan pengacara ini didakwa terlibat dengan kes mencuri.

Ia menjadikan Farah sebagai artis kedua yang diisytiharkan muflis selepas penyanyi, Aweera, Julai lalu.

Bagaimanapun, usaha Zass untuk mendapatkan bapa Farah sendiri tidak berhasil apabila telefon bimbitnya tidak diangkat, manakala telefon Farah ditutup.

Nora Danish enggan terburu-buru

Posted: 11 Sep 2013 08:13 PM PDT


  • Nora Danish
"KALAU ada jodoh, Insya-ALLAH. Tapi sekarang ni saya belum memikirkan ke arah itu (kahwin)!."

Demikian reaksi aktres seksi, Nora Danish mengenai hubungannya dengan seorang anak menteri yang dikenali sebagai Nedim Nazri. Kisah kemesraan mereka sering menjadi perhatian dan juga bualan ramai memandangkan pasangan ini sering memuat naik gambar-gambar mesra mereka di laman sosial.

Meskipun sehingga kini, pelakon Mencari Cinta dan Cuti-Cuti Cinta itu masih belum mengiakan mahupun menafikan hubungan yang terjalin antara mereka, namun dari bibit-bibit kemesraan yang dipaparkan membuatkan ramai yang menganggap mereka sudah bercinta.

Enggan terburu-buru, akui Nora pengalaman lalu membuatkannya lebih berhati-hati untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua. Bagaimanapun, sekiranya Yang Maha Kuasa membuka pintu hatinya, dia tidak mungkin menolak jodoh yang tiba.

"Saya tak kisah kalau orang anggap kami bercinta. Tapi buat masa ini, saya tak mahu terlalu terbuka dan menghebahkan perkara ini. Lainlah kalau dah pasti kami akan berkahwin. Ketika itu, barulah akan saya kongsikan dengan semua peminat," jelasnya.

Akui sedang mengenali hati budi masing-masing, Nora berkata, dia sangat selesa mendampingi Nedim. Malah sikap suka bersedekah dan sering melibatkan diri dengan kerja amal membuatkannya semakin mengagumi jejaka itu.

"Kami sering bertemu dalam program-program amal. Dari situ kami mula rapat.

"Lagipun keluarga kami saling mengenali dan berkawan baik," kata bekas isteri Jejai ini.

Ditanya mengenai kemesraan Nedim dengan satu-satunya anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, kata Nora, anaknya itu sememangnya rapat dengan Nedim memandangkan mereka selalu bertemu.

"Rumah kami sangat dekat. Jadi kami selalu bertemu. Malah anak-anak kami juga selalu bermain bersama," kata Nora yang ditemui dalam majlis pra-tonton filem Lagenda Budak Hostel di Cathay Cineplex, semalam.


Simpati dengan Adi Putra

Pernah digosipkan dengan Adi Putra, Nora turut meluahkan rasa simpati terhadap kontroversi yang menimpa aktor kacak itu.

"Sepanjang saya mengenai Adi, dia bukanlah seperti itu dan secara jujurnya saya tak percaya dengan apa yang berlaku.

"Sebagai artis, kita sering terdedah dengan cerita-cerita sensasi seperti ini. Saya juga tidak terkecuali. Namun ia sudah menjadi kebiasaan untuk saya," kata Nora.

Tambahnya, apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya, apatah lagi dia sudah menghormati Adi seperti seorang abang.

"Saya doakan terbaik untuk Adi dan keluarganya, harap mereka tabah menghadapi dugaan ini," katanya.

Berhadapan dengan dunia artis yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah, Nora berkata, dunia hiburan terlalu banyak fitnah dan kontroversi.

"Saya berharap musibah yang menimpa Adi sebagai pengajaran kepada semua orang.

"Sentiasa berhati-hati dengan sekeliling, apatah lagi telefon bimbit kerana cukup mudah untuk menganiaya seseorang dengan pantas," tegas Nora,


Didera dalam Bencinta  

Beralih mengenai karier seninya, Nora kini sibuk mempromosi filem Lagenda Budak Hostel yang menemui penonton bermula hari ini (12 September). Filem arahan Ismail Bob Hashim itu turut menampilkan Along Cham, Along Eyzendy, Epy Raja Lawak, Rahim R2, Pekin Ibrahim dan ramai lagi artis MIG.

Selain itu, Nora juga akan muncul dengan filem terbarunya, Bencinta bersama Farid Kamil dan Qi Razali, yang mengisahkan seorang isteri yang dilanda dilema apabila suaminya berlaku curang dan menderanya setiap masa.

"Kerana filem ini saya terpaksa mempelajari seni mempertahankan diri selama dua bulan.

"Ia satu tempoh yang pendek bagi saya kerana tidak pernah melakukan aksi lasak sebelum ini.

"Namun demi memenuhi watak, saya cuma belajar cara menumbuk dengan betul agar nampak lebih real dalam filem," katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Pengantin Malam.

Dikritik dari segi penampilan

Posted: 11 Sep 2013 08:12 PM PDT




BIARPUN ramai selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab namun keputusan mereka itu masih tidak dapat memuaskan hati peminat.
Ada segelintir peminat yang tidak suka pula dengan cara pemakaian selebriti berhijab tersebut yang dikatakan mengikut badan dan kelihatan seksi.
Antara selebriti berhijab yang pernah menerima kritikan peminat menerusi cara berpakaian ialah penyanyi hebat Shila Amzah, Alyah, pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida, penyanyi antarabangsa Yuna dan juga penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, terdapat juga selebriti yang sudah berubah sepenuhnya dari segi penampilan seperti pelakon Yatt Hamzah, Diana Amir dan Irma Hasmie.
Alyah suka pada fesyen
Setelah mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sekitar bulan April tahun lalu, ramai yang memuji penampilan baharu penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan.
Lega dengan penerimaan peminat itu, bagaimanapun, ada segelintir peminat yang mengkritik pula penyanyi berusia 33 tahun itu dalam berpakaian.
Walaupun berhijab, Alyah dikritik kerana memakai pakaian yang ketat dan juga mengenakan solekan yang tebal.
Menjawab mengenai perkara itu, Alyah mengakui, sangat gemar berfesyen dan mengambil inspirasi tersebut melalui wanita-wanita Arab di Dubai dan Kuwait.
ALYAH mengakui ramai yang tidak boleh menerima cara dirinya berpakaian selepas berhijab.


"Sebelum memakai hijab lagi saya seorang yang gemar berfesyen. Walaupun mengambil keputusan berhijab saya tetap mengikut perkembangan fesyen seperti di negara Dubai dan Kuwait. Mereka sangat pandai berfesyen.
"Memang ramai yang tidak boleh terima cara pemakaian saya ini tetapi sekurang-kurangnya saya tidak mengenakan pakaian yang melampaui batas seorang wanita Muslimah," jelas Alyah ketika dihubungi Kosmo!.
Ujar Alyah lanjut, sebagai seorang penyanyi dia juga harus menjaga imejnya dan mengenakan solekan ketika membuat persembahan.
Biarpun begitu, akui Alyah, dia tetap beribadat dan melakukan amal jariah.
Mengenai perasaannya yang sering dikritik peminat setiap kali memuat naik gambarnya di Instagram, kata Alyah: "Cara pemakaian adalah perkara peribadi. Saya tidak kisah mengenai komen yang membina di laman sosial tetapi tidak boleh terima kritikan yang keterlaluan.
"Sebenarnya peminat tidak memahami kerjaya seorang penyanyi atau pelakon yang perlu menjaga imej dalam berpakaian.
Bicaranya sebelum menamatkan perbualan: "Memang pada mulanya saya terkejut dengan kritikan peminat mengenai penampilan saya. Saya ingat, selepas berhijab perjalanan hidup saya akan lebih lancar tetapi ia tidak seperti yang difikirkannya."
Shila ambil teguran
Sebelum ini pelantun lagu Patah Seribu, Shila Amzah pernah memuat naik gambar badannya dari paras dada sehingga ke perut dengan mengenakan pakaian sukan yang ketat di laman sosial Instagramnya @shahilaamzah.
Akibat daripada perbuatannya itu, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, dikritik hebat oleh peminat-peminatnya yang meminta dia memadam gambar tersebut dan turut mengatakan perbuatannya itu tidak sesuai dengan statusnya sebagai selebriti yang sudah berhijab.
YATT HAMZAH mengakui gemar memakai bulu mata palsu sebelum dan ketika baru-baru mengenakan hijab.


Terima segala kritikan peminat, Shila kemudiannya memadamkan gambar tersebut namun dia tetap ditegur peminatnya yang tidak menyukai caranya berpakaian yang dikatakan sering mengikut badan.
Mengulas mengenai perkara tersebut, ujar Shila, dia mengambil segala teguran peminat secara positif.
"Mereka (peminat) menegur kerana mahu tengok saya berubah menjadi lebih baik. Saya terima tetapi apa yang penting saya sudah mengambil keputusan untuk berhijab," ujarnya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh syarikat milik pelakon dan pengacara, Zizan Razak di Subang Jaya, Selangor.
Bicara Shila lanjut, sebagai selebriti sepertinya, imej dalam berpakaian sangat penting.
Katanya, dia harus mengikut fesyen dan usia dalam berpakaian kerana masa mula-mula berhijab dahulu dia juga pernah dikutuk peminat gara-gara mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan usianya.
"Dahulu badan saya agak gempal. Selepas ambil keputusan pakai tudung, saya tidak tahu memakai baju yang sesuai dan ramai yang tegur mengatakan penampilan saya seperti orang tua.
"Selepas itu, saya ambil keputusan untuk kuruskan badan dan mengenakan pakaian mengikut fesyen dan imej saya sebagai seorang penyanyi.
Bagaimanapun, saya masih menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang keterlaluan sebagai seorang Muslimah," jelasnya yang akan berubah ke arah yang lebih baik secara berperingkat-peringkat.
Shila Amzah memberitahu, imej berpakaian sangat penting sebagai artis.


Yatt akui banyak kekurangan
Sementara itu, menurut pelakon Haryati Hamzah atau Yatt Hamzah, 33, pada mulanya dia juga seperti selebriti lain yang hanya mengenakan hijab tetapi masih berpenampilan menarik.
Begitupun, selepas melibatkan diri dalam Usrah Fitrah yang turut disertai selebriti seperti Diana Amir, Heliza Helmi dan Irme Hasmie, Yatt seterusnya mendapat hidayah Allah untuk berhijrah sepenuhnya.
"Saya dahulu juga berubah secara berperingkat-peringkat. Pakai baju yang tidak labuh dan tidak betul-betul mengikut syariat. Bukannya drastik seperti sekarang. Memang dahulu saya zahir sahaja Islam tetapi tidak pada batin. Selepas dapat hidayah daripada Allah saya mula berhijab dan sedikit demi sedikit mula memakai pakaian yang labuh," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.
Yatt turut mendedahkan, dia sangat suka memakai bulu mata sehingga selepas berhijab tabiatnya itu sukar untuk dikikiskan.
"Saya ratu bulu mata. Sehinggakan pergi pasar raya pun pakai bulu mata. Ramai ustaz dan ustazah cakap tidak boleh tetapi susah hendak kikis tabiat tersebut namun, Alhamdulillah kini saya tidak lagi memakai bulu mata dan memakai solekan tebal kecuali jika ada sesi fotografi," ulasnya.
Jelas Yatt, biarpun sudah berubah dia sentiasa berasakan banyak lagi kekurangan yang terdapat pada dirinya dan sentiasa belajar untuk menjadi Muslimin yang lebih baik.

Soo Wincci Dedah Sikap Buruk VIP Tawar RM30 Ribu

Posted: 11 Sep 2013 08:11 PM PDT

Soo Wincci bersama model klip videonya, Akim Ahmad.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Soo Wincci mendedahkan sikap buruk seorang VIP bergelar Datuk yang sanggup menawarkannya wang RM30,000 hanya untuk menjadi penemannya makan malam.
Wincci, 27, berkata, insiden itu berlaku beberapa tahun lalu ketika di awal kemunculannya sebagai artis yang benar-benar menakutkannya.
"Ketika di awal kemunculan, ada beberapa individu bergelar Datuk menawarkan saya wang untuk mengajak saya melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
"Malah saya pernah didatangi seorang Datuk selepas mengadakan persembahan nyanyian yang sanggup menawarkan saya wang RM30,000 untuk ajak keluar makan," katanya.
Wincci ditemui pada majlis pelancaran klip video 'single' terbaharunya Musim Asmara di pusat karaoke Red Box di Sogo di sini pada Rabu.
Tambah bekas Miss World Malaysia 2008 itu, situasi yang sama turut berlaku di Taiwan, tempar dia melebarkan sayap seninya.
"Dekat Taiwan lagi teruk, macam-macam ragam orang kaya di sana menawar diri.
"Tetapi mujurlah saya bukan seorang yang mudah mempercayai orang. Bayangkan apa yang berlaku kemudian jika saya melibatkan dengan orang kaya yang mahu mengambil kesempatan.
"Mungkin kerjaya seni yang selama ini saya usahakan akan musnah begitu sahaja," ujarnya.
Wincci juga menyifatkan insiden seperti itu adalah sebahagian daripada rencah kehidupan glamor yang perlu dilalui.
Sementara itu, klip video Musim Asmara yang turut dibintangi penyanyi Akim Ahmad merupakan taruhan pertamanya apabila dia sanggup melabur sebanyak RM50,000 bagi menghasilkan karya itu.
Beritahu Wincci, dia memilih Akim sebagai model klip video tersebut memandangkan penyanyi itu menyerupai bekas kekasih lamanya.
"Mungkin orang akan tergelak bila saya cakap hal ini tetapi memang benar wajah Akim sama seperti bekas kekasih saya.
"Tetapi tidaklah sampai saya nak jatuh cinta dengannya kerana dia pun dah ada teman wanita," selorohnya.
Kata Wincci, klip tersebut akan disiarkan menerusi YouTube selain menyasarkan untuk memasuki program klip video popular MTV Asia.

Merajuk Jadi Pengarah, Syamsul Yusof Enggan Komen

Posted: 11 Sep 2013 08:10 PM PDT

Syamsul Yusof
PETALING JAYA: Pengarah filem KL Gangster 2 Syamsul Yusof memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat memberikan sebarang respons berhubung isu mengenai filem itu khususnya mengenai cetak rompak.
Syamsul, 29, berkata insiden itu membuatkan dia benar-benar terkejut sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa.
"Maaf, bukan tidak mahu memberi kerjasama tetapi saya benar-benar tidak tahu nak cakap apa.
"Saya tergamam dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Minta maaf," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada petang Rabu.
Minggu lalu, bapa pelakon itu Datuk Yusof Haslam dan Syamsul sendiri melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan.
Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.
Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.
Insiden itu membuatkan Syamsul membuat keputusan untuk berhenti mengarah filem sehingga menimbulkan perasaan risau Yusof.
Malah dia turut tidak hadir ke previu filem itu di TGV One Utama di sini, Isnin lalu.
Ditanya sekali lagi adakah benar dia ingin menarik diri daripada bidang pengarahan, dia enggan mengulas tentang perkara itu.
"Saya memang tak tahu nak cakap apa," ujarnya.

Suria FM Terima Bil Kad Kredit Pendengar RM144,000

Posted: 11 Sep 2013 08:10 PM PDT


Adiwati
PETALING JAYA: Usaha Suria FM untuk melangsaikan bil-bil pendengar menerusi segmen 'Suria Bayarkan' bermula 2 September lalu mendapat sambutan luar biasa apabila terdapat peserta yang mahu melangsaikan hutang kad kreditnya berjumlah RM144,000.
Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, stesen itu bagaimanapun tidak dapat memenuhi permintaan terbabit kerana pihaknya cuma mengehadkan bil sehingga RM50,000 sahaja.
"Dalam pada kami menerima pelbagai jenis bil menerusi kempen berkenaan ada satu bil yang benar-benar menarik perhatian kami apabila seorang pendengar telah menghantar bil kad kreditnya yang berjumlah RM144,000.
"Malah ada juga yang menghantar gambar gaun perkahwinan dengan harapan kami akan membayar bilnya selain bil telefon, utiliti dan barangan dapur," katanya kepada mStar Online.
Tambah Adiwati, selepas memperkenalkan segmen itu, maklum balas diterima daripada pendengar amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak 1,604 gambar bil telah dimuat naik oleh peserta ke laman web stesen radio itu.
Suria FM mengeluarkan bajet sebanyak RM50,000 untuk membantu pendengar melangsaikan bil masing-masing.
Dalam pada itu, Adiwati berkata, pihaknya juga telah melangsaikan hutang bil kad kredit seorang pendengar berjumlah RM1,755 dan berharap pendengar lain akan terus menghantar permohonan mereka sehingga tarikh peraduan tamat pada 27 September ini.
"Idea ini sengaja dicetuskan selepas mendapat keluhan pendengar mengenai hutang bil yang perlu dijelaskan.
"Jadi bagi menghargai para pendengar, kami sengaja mengeluarkan sejumlah bajet untuk membantu sesiapa yang bertuah dengan nilai pelaburan kami sebanyak RM50,000," katanya.
Para pendengar yang mahu bil mereka dijelaskan boleh berbuat demikian dengan mengisi borang dan memuat naik gambar bil masing-masing menerusi laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my.
Pendengar juga perlu mengikuti segmen Ceria Pagi, Ceria Suria atau Santai Ceria dan Ceria Petang untuk melayakkan mereka menghubungi stesen radio itu dalam masa 15 minit jika nama terpilih menerusi talian 03-77242115 dan menjawab soalan ringkas.

Tanam labu dapat RM15K

Posted: 11 Sep 2013 08:07 PM PDT


  • Tanam labu dapat RM15K Peserta Projek Pertanian Kelompok Sayur Kuala Por menunjukkan hasil labu diusahakan mereka.
KUALA BERANG - Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya. Itulah dibuktikan peserta Projek Pertanian Kelompok Sayur Kampung Kuala Por di sini yang mengusahakan pelbagai tanaman sejak 20 tahun lalu sebagai sumber pendapatan.

Terbaru, peserta terbabit sekali lagi memperoleh habuan apabila tanaman labu diusahakan mereka awal Jun lalu, mengeluarkan hasil kira-kira 24 tan dengan pendapatan kasar dianggarkan sekitar RM15,000.

Ketua peserta, Jaafar Abdullah, 59, berkata, tanaman labu kira-kira 3.2 hektar itu diusahakan 16 peserta dan enam daripada mereka di bawah Projek Organisasi Komuniti sekali gus menerima bantuan bulanan daripada JKM.

Menurutnya, keluasan sebenar kawasan itu adalah kira-kira 9.7 hektar dengan mengusahakan pelbagai tanaman jangka pendek termasuk timun dan cili.

"Asalnya, kawasan ini merupakan tanah terbiar milik persendirian. Selain menjana pendapatan, projek ini juga dapat membersihkan kawasan. Kebanyakan peserta juga mengusahakan projek atas tanah disewa.

"Projek ini mendapat kerjasama dan dipantau Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu, manakala pasaran pula diurus sepenuhnya Pejabat Fama Daerah Hulu Terengganu. Projek ini terbukti membantu menjana pendapatan peserta yang ada antaranya turut mencari rezeki sebagai pekebun getah," katanya, kelmarin.

Jaafar yang juga Pengerusi JKKK Kuala Por berkata, pihaknya bukan sahaja berhasrat meneruskan untuk pusingan kedua, tetapi juga memperluaskan lagi tanaman labu tersebut.

Malah katanya, pada awal tahun hadapan, tanaman labu itu dijangka diperluaskan lagi kepada kira-kira 4.8 hektar untuk menggalakkan belia terlibat dengan sektor pertanian.

"Dijangka antara enam hingga 10 belia akan terlibat dengan projek ini. Buat masa ini, kita mengenal pasti beberapa individu berminat. Jika tiada halangan, projek ini dapat memberikan dimensi baru kepada belia di sini," katanya.

Sementara itu, peserta di bawah JKM,  Yusof Mat Zin, 58, berkata, biarpun tiada pengalaman mengusahakan tanaman labu, dia terus bersetuju untuk menjadi peserta apabila dimaklumkan mengenai projek tersebut.

"Berkebun memang tidak asing bagi pakcik, tetapi biasanya hanya tanam cili atau timun. Bagaimanapun, pakcik ingin mencuba kerana yakin dengan tunjuk ajar pelbagai pihak dan jabatan terlibat.

"Selain hasil menoreh getah, pakcik turut mendapat bantuan bulanan RM300 daripada JKM. Melalui projek tanaman labu seluas kira-kira 0.2 hektar ini, dapat juga tambah pendapatan pakcik," katanya.

Terkejut telur bersaiz unik

Posted: 11 Sep 2013 08:06 PM PDT


  • Peniaga terkejut telur bersaiz unik Zainuddin menunjukkan perbezaan telur ayam serama biasa (kanan) dengan dua telur serama yang lebih kecil ditemuinya minggu lalu.
BACHOK – Seorang peniaga di sini menerima kejutan apabila mendapati telur ayam serama belaannya mempunyai saiz lebih kecil dari kebiasaan dan kejadian ini merupakan kali kedua berlaku.

Zainuddin Ismail, 42 memaklumkan, kali pertama ayam serama belaannya itu mengeluarkan telur bersaiz kecil adalah pada tahun lalu, namun dia tidak sempat menyimpan telur berkenaan untuk ditunjuk kepada sesiapa.

Menurutnya, ukuran biasa telur ayam serama adalah empat sentimeter panjang, namun telur yang dijumpai kali ini hanya memiliki ukuran panjang tidak sampai dua sentimeter.

"Saya bela ayam serama sebagai hobi dan akan menjual ayam serama jika ada yang berminat untuk membelinya. Mula-mula saya tengok telur ini pada minggu lepas semasa saya mahu memberi makan kepada ayam belaan saya.

"Keesokannya, juga ketika hendak memberi makan kepada ayam serama belaan saya, saya jumpa satu lagi telur bersaiz kecil. Saya simpan kedua-duanya kerana takut pecah. Saya pasti ia telur ayam dan bukan telur burung," katanya.

Tambahnya, pada tahun lalu, ada salah seekor ayam serama belaannya mengeluarkan telur saiz kecil tetapi ketika itu dia tidak sempat mengambil gambar kerana ia pecah beberapa hari kemudian.

Katanya, sepanjang 10 tahun membela ayam serama, ini merupakan kali pertama dia menemui telur sedemikian.

"Yang tahun lepas lebih unik kerana ada bentuk seperti tanduk. Kalau tiada bukti memang orang kata saya tipu. Kali ini saya simpan dan ambil gambar untuk kongsi dengan rakan-rakan," katanya yang membela kira-kira 10 ekor ayam serama.

Bayi enam bulan koma disyaki didera

Posted: 11 Sep 2013 08:03 PM PDT


  • Bayi enam bulan koma disyaki didera Mangsa yang disyaki didera oleh pengasuhnya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
SHAH ALAM - Seorang bayi enam bulan yang disyaki didera, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas mengalami sesak nafas ketika dalam jagaan pengasuh di Jalan Yadi, Teluk Gadong Kecil, Klang, petang kelmarin.

Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil difahamkan dihantar pengasuh ke Hospital Pantai Klang untuk rawatan, sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian selepas bapa mangsa, sebagai posmen, membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Beliau berkata, bapa mangsa memberitahu pengasuh wanita berusia 28 tahun itu menghubunginya pada jam 4.30 petang kelmarin, memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, ketika itu bapa mangsa berada di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, atas urusan kerja dan meminta isterinya, seorang kerani, untuk melihat keadaan anak mereka.

Katanya, menurut bapa mangsa yang berusia 28 tahun itu, bayi itu dihantar kepada pengasuh sejak usia dua bulan dengan bayaran RM300 sebulan.

"Sepanjang tempoh empat bulan di bawah jagaan pengasuh, dahi bayi itu pernah melecet tergesel di karpet.

"Khamis lalu, dahi bayi itu lebam dan pengasuh tersebut memberi alasan ia disebabkan terkena botol susu," katanya, semalam.

Mohamad berkata, laporan perubatan yang diterima daripada doktor mengesahkan terdapat kesan retak pada tengkorak kiri mangsa, selain pendarahan di tengah otak serta lebam di dahi bayi tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan kecederaan itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi tersebut didera.

"Kita dah tahan pengasuh itu di rumahnya petang tadi (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

"Semakan awal mendapati mangsa tidak memiliki rekod jenayah," katanya.

'Jangan ganggu kami lagi'

Posted: 11 Sep 2013 08:01 PM PDT


  • 'Jangan ganggu kami lagi' Ina pasrah menerima takdir namun bersyukur kerana tidak lagi terseksa.
KUANTAN - Seorang wanita pada mulanya menganggap dia boleh menarik nafas lega selepas mendengar lafaz cerai daripada suaminya pada 1 Februari lalu selepas dua tahun menanti saat itu.

Bagaimanapun, deritanya tidak berakhir apabila bekas suaminya yang berusia 38 tahun masih mengganggu dia dan dua anaknya yang masih trauma selepas melihat sendiri penderaan dilakukan bapa mereka sebelum ini.

Wanita yang mahu dikenali Ina, 37, berkata, dia tidak mahu memisahkan hubungan bapa dan anak, tetapi kecewa kerana suaminya masih tidak mematuhi perintah mahkamah untuk hak lawatan dan nafkah anak-anak.

"Saya cuma mahu dia meminta kebenaran untuk berjumpa anak-anak kerana bimbang keselamatan mereka di sekolah atau di tempat awam," katanya.

Menurutnya, selepas lebih dua tahun menderita dipukul suami, dia tidak berdiam diri dan berusaha keras melepaskan tekanan dan ketakutan anak-anak dengan mendapatkan peguam dan perintah mahkamah syariah.

"Ketika itu tiada siapa mampu membantu. Jawatan suami sebagai seorang pegawai awam menjadikannya lebih taksub mendera dan menipu kerana semua individu penting yang saya temui tidak membantu.

"Malang nasib saya kerana dituduh gila dan sanggup memukul diri sendiri. Beberapa laporan polis yang dibuat juga tidak menjamin keselamatan saya," katanya yang mengharapkan bahagia selepas penceraian.

Ina berkata, dia tidak pernah berputus asa dan memohon Perintah Interim dan Perintah Tegahan di Mahkamah Syariah akibat tindakan kasar suami yang mencederakannya.

Sebagai mangsa dera, Ina mengakui tidak pernah menyesal bercerai malah dia lebih kuat membesarkan dua anak perempuan berusia lapan dan 12 tahun.

"Saya tidak kisah berstatus janda kerana paling utama cara hidup saya berada pada landasan yang betul," katanya.

Ina berkata, dia cuma memohon bekas suami tidak membuat perkara yang menakutkan anak-anak dan berubah sikap sebelum menutup mata.

Curang dengan rakan isteri

Posted: 11 Sep 2013 07:58 PM PDT


  • Wanita itu ditemui dalam keadaan separuh bogel. Wanita itu ditemui dalam keadaan separuh bogel.
SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.

Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.

Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.

"Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.

"Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut," katanya.

Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian.

Adi bukan gila seks

Posted: 11 Sep 2013 07:56 PM PDT


HANGAT.... Adi Putra dikerumuni wartawan pada sidang akhbar yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


ISU skandal pelakon terkenal, Adi Putra semakin lama semakin hangat diperkatakan apabila ramai yang ingin mengetahui perkara sebenar dari mulut pelakon bertubuh sasa itu.
Setelah lama berdiam diri tanpa menjawab panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak media, akhirnya Adi, 32, tampil pada sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Luah Adi di hadapan pihak media dan juga peminat-peminatnya, 1Hotlovers yang hadir pada hari itu, dia langsung tidak mengenali wanita yang bernama Aida itu, malah tidak melarikan diri selepas isu itu hangat diperkatakan.
"Secara jujurnya, saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mendiamkan diri. Saya tidak melarikan diri, malah masih muncul dalam acara-acara jemputan seperti biasa," ujarnya tenang.
Disoal mengapa isu itu (didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita bernama Aida) boleh timbul jika dia tidak mengenali wanita itu, ungkap Adi, ketika kejadian tersebut dia sedang mengerjakan umrah dan tidak mungkin dia melakukan perkara tersebut.
"Dekat sana susah hendak cakap. Macam-macam boleh terjadi kalau kita lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di Tanah Suci. Allah sahaja yang tahu," luahnya.
Sayang isteri
Mengulas lanjut, kata Adi, jika dia melakukan gangguan seksual dia seharusnya direman.
Sebaliknya, dia tidak direman dan hanya diminta ke balai polis sekali sahaja untuk menyerahkan telefon bimbit dan diambil keterangan.
Bagaimanapun, jelas pelakon filem KL Gangster 2 itu, dia tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.
Dalam pada itu, Adi turut memberitahu, ramai yang mengeji isterinya, Aida Yusof kerana masih tidak membuka mata selepas insiden tersebut.
FIGURA sasa ini menafikan yang dia melarikan diri daripada pihak media selepas dikaitkan dengan kontroversi terbaharu ini.


Luah Adi, dia tidak dapat menutup mulut manusia dalam melemparkan keji dan tohmahan terhadap dirinya dan isteri.
"Ada yang cakap isteri saya gemuk dan bodoh tetapi saya tetap menyayanginya," ujarnya yang akan bercuti ke luar negara bersama isteri dan anaknya pada penghujung tahun ini.
Adi turut ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan dia suka melayan peminat-peminatnya di laman sosial Twitter dan sering menghantar mesej kepada mereka.
Menjawab mengenai dakwaan tersebut, jelas Adi, dia terpaksa tabah dengan tohmahan yang dilempar kepadanya.
"Memang saya ada menghantar mesej kepada peminat-peminat 1Horlovers tetapi ia sekadar jemputan kepada mereka untuk menghadiri majlis yang melibatkan artis mereka.
"Sejauh mana sosial saya, peminat sahaja yang tahu. Anda boleh menyoal mereka mengenai perkara ini," luah Adi yang mengakui akan lebih berhati-hati selepas dua kali dikaitkan dengan wanita termasuk pelakon jelita, Nora Danish.
Dalam pada itu, Adi juga memberitahu, dia sudah mendapat taraf penduduk tetap (PR) Malaysia.
"Selama 12 tahun berada di Malaysia dan juga setelah lapan tahun berkahwin dengan isteri saya, Aida Yusof, akhirnya saya mendapat PR," jelasnya lagi.

Misteri pembunuh psiko

Posted: 11 Sep 2013 07:55 PM PDT


SHERA AIYOB tidak ketinggalan menjadi penyeri naskhah Psiko Pencuri Hati yang bercerita tentang pembunuhan bersiri yang penuh sadis.


MENDENGAR judulnya, Psiko Pencuri Hati pasti ada yang mengganggap ia sebuah filem komedi ringan. Bagaimanapun, selepas mengetahui ia adalah sebuah naskhah daripada pengarah penuh karakter, Nam Ron, tanggapan awal tadi mula bertukar mengatakan filem tersebut tidak klise.
Psiko Pencuri Hati bukan sekadar berbeza daripada filem-filem sedia ada, sebaliknya ia tertumpu pada aspek lain seperti sinematografi dan mutu lakonan barisan pelakonnya.
Filem itu secara simbolik meninggalkan mesej positif kepada penonton dalam melalui proses kehidupan yang penuh cabaran, khususnya yang terpaksa bergelut dengan konflik dalaman diri.
Seterusnya, filem itu juga mahu memberi variasi kepada industri perfileman tempatan yang kini semakin kurang dari segi kepelbagaian genre.
Lakonan berkesan
Psiko Pencuri Hati mengisahkan tentang O. Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel thriller popular yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaharunya diberi judul, Mangsa.
Secara kebetulan ketika menyiapkan karya terbaharunya itu, ibu kota Kuala Lumpur gempar dengan kehadiran pembunuh misteri yang merobek hati setiap mangsanya.
Timbul persoalan siapakah pembunuh misteri tersebut kerana Nam Ron bijak bermain dengan perasaan penonton.
Dari awal sehingga pertengahan cerita, setiap watak 'ada peluang' menjadi pembunuh tersebut sama ada O. Sidi (Bront), Dr. Khai (Syed Hussein), Pak Abu (Suhaimi Yusof) atau Wani (Sharifah Amani).
Menarik dari sisi daya lakonan barisan pelakon, ternyata Bront dan Amani tidak perlu lagi dipertikaikan kreadibiliti lakonan mereka.
Cuma apa yang menarik perhatian adalah lakonan berkesan Syed Hussein dan pengiat teater, Amirul Affendi.
Pemilihan Syed Hussein sebagai tunjang utama sangat bertepatan. Dia berjaya membuang watak romeo dan lelaki baik yang biasa dilakonkannya sebelum ini.

SIAPAKAH pembunuh? Bront dan Syed Hussein saling menyuntik daya dan aura lakonan penuh impak dalam memantapkan perjalanan cerita filem, Psiko Pencuri Hati.


Malah, daya lakonan yang ditonjolkannya tidak diduga. Adakah dia pembunuh psiko itu? Kalau hanya merujuk kepada wajah kacaknya, jawapannya adalah tidak!
Amirul yang tidak terkenal dalam dunia lakonan komersial pula begitu bersahaja dan begitu sukses dalam mencuit hati penonton.
Turut menambah perisa terhadap daya lakonan filem ini sudah tentu kemunculan Shera Aiyob yang dianggap sebagai penyeri filem itu.
Capai standard
Nam Ron ternyata sangat menitikberatkan mutu penghasilan karya terbaharunya yang telah menjalani penggambaran di Kuala Lumpur serta Pulau Pemanggil, Johor itu.
Jika ada yang beranggapan karya Namron yang juga merupakan seorang penggiat teater tempatan itu berat dan sukar difahami, telahan tersebut salah kerana Namron berjaya menyuntik elemen komersial dalam filem ini.
Begitu juga dari aspek teknikal. Walaupun produksi dihasilkan menggunakan bajet yang terhad, apa yang terpapar di layar perak ternyata mencecah standard yang tinggi.
Filem pertama arahan Nam Ron di bawah penerbitan Filmmecca Studio dengan kerjasama The Attic Post dan Emas Karya itu sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 5 September lalu.

Syazwan nafi lari selepas kemalangan

Posted: 11 Sep 2013 07:54 PM PDT

SYAZWAN mengakui yang Nabila sudah banyak kali menumpang keretanya.


KEMALANGAN yang membabitkan aktres Nabila Huda dengan anaknya, Keisha Laila, 4, yang menaiki kenderaan dipandu seorang 'pemandu misteri' pada Ahad lalu di Lebuh Raya Karak, tersebar dengan pantas.
Selain kisah kecederaan dua beranak itu, khalayak begitu ingin tahu tentang identiti pemandu pacuan empat roda Triton yang dilaporkan terbalik beberapa kali sewaktu kejadian.
Teka-teki pemandu tersebut bagaimanapun terjawab selepas dia sendiri memuat naik keadaan keretanya yang terbabit dalam kemalangan tersebut.
Lelaki itu rupa-rupanya pelakonSyazwan Zulkifli. Syazwan bagaimanapun gagal dihubungi sebaik kemalangan terjadi dan mengambil sikap berdiam diri daripada melawan semua tohmahan negatif terhadapnya.
Namun, selepas tiga hari kemalangan berlaku, Syazwan bercakap kepada Kosmo! secara eksklusif tentang insiden tersebut.
Kosmo!: Bagaimanakah keadaan Syazwan selepas kemalangan?
Alhamdulillah, saya okey tapi apa yang terjadi merupakan perkara yang paling menakutkan dalam hidup. Bagaimanapun, saya tidak pula berasa trauma impak kemalangan tersebut.
Pada waktu kejadian, saya hanya pentingkan keselamatan Nabila dan anaknya, Keisha, berbanding diri saya sendiri kerana saya bertanggungjawab membawa nyawa orang lain.
Boleh ceritakan semula bagaimana kemalangan tersebut berlaku?
Kami dalam perjalanan pulang daripada menjayakan promosi drama Jodoh Itu Milik Kita bersempena Astro Gempak di Kuantan, Pahang.
Sepatutnya kami pulang awal kerana Nabila mahu menghadiri acara MTV World Stage.
Perancangan kami, paling awal sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 1.30 petang.
Namun, kami berdua punya sesi bersama peminat di sana dan terlajak hingga pukul 1 petang. Bagaimanapun, kami tidak terkejar-kejar untuk pulang kerana memang sudah terlambat.
Dalam perjalanan pulang, hujan lebat dan tidak nampak pandangan di hadapan, jadi saya tidak dapat memandu laju.
Bagaimanapun, sewaktu melepasi Tol Karak, secara tiba-tiba kereta menjadi hilang kawalan lalu terbabas serta terlanggar pembahagi jalan dan terus terbalik beberapa kali.
Bagaimanakah Syazwan selamatkan diri dan siapa pula yang membantu kalian dengan membawa ke Hospital Bentong?
Selepas kami kemalangan, saya beritahu kepada Nabila jangan risau tentang kereta dan barangannya kerana saya akan uruskan perkara tersebut kelak. Apa yang penting ialah Keisha. Kami bimbang jika dia mengalami kecederaan yang serius.
Dalam keadaan cemas sebegitu, saya tidak sempat membuat panggilan kepada sesiapa. Nasib kami baik apabila tiba-tiba ada orang yang datang membantu dan menasihatkan saya supaya menjaga barang berharga saya.
Ketika saya sibuk menguruskan tentang kemalangan itu, saya lihat Nabila telah pergi ke hospital bersama orang yang datang membantu. Pada mulanya mereka ke Hospital Karak, namun hospital itu tutup, lantas mereka terpaksa hantar ke Hospital Bentong dan mendapat rawatan di sana.

SYAZWAN menafikan tohmahan yang dia lari selepas kemalangan kerana memandu dalam keadaan berbahaya dan laju. Dia juga menafikan dakwaan bersikap biadap dengan bekas suami Nabila, Eddie serta mengaku begitu bimbang dengan keadaan Nabila dan anaknya, Keisha.


Bagaimanakah perasaan anda ketika ramai yang menuduh anda hanya pentingkan kereta dan bukan keadaan Nabila dan anaknya?
Apa yang paling saya risaukan ialah Keisha kerana dia masih kecil. Ada cerita yang kata tangannya patah atau sebagainya. Ada juga yang tuduh saya macam-macam sebagai contoh tidak pedulikan Keisha dan lebih pentingkan kereta. Saya bukanlah seorang yang tiada perasaan, tapi takkan pula saya mahu tunjukkan perasaan saya dalam laman sosial?
Saya sangat kecewa dan marah dengan tuduhan yang sedemikian. Perkara mahu terjadi, tiada siapa yang minta diri mereka terbabit dalam kemalangan.
Mereka tidak tahu apa yang terjadi tapi sibuk memberi pelbagai komen. Jika mahu tahu, kereta saya kini berada di Mentakab, Pahang dan saya belum lagi buat apa-apa tentangnya kerana saya masih risaukan Nabila dan Keisha.
Selepas kejadian, hampir semua pihak media mencari anda, malangnya telefon bimbit anda dimatikan. Mengapa anda berbuat begitu? Takut atas apa yang terjadi?
Saya tidak lari atau takut sama sekali. Sebaliknya, telefon bimbit saya telah hilang sewaktu kemalangan berlaku. Saya sangat terkilan kerana pada waktu kami dalam kesusahan begitu, ada yang datang dengan cara ingin membantu tetapi rupa-rupanya punya agenda mahu mencuri.
Bagaimana pula tentang dakwaan Eddie, bekas suami Nabila terhadap anda yang dianggap kurang sopan kerana tidak menegurnya sewaktu bertemu di hospital?
Saya memang tidak pernah jumpa Eddie, jika saya kenal, saya pasti akan menegurnya. Saya hanya kenal pada namanya dan hanya pernah tengok dalam gambar.
Saya sangat memahami keadaan Eddie, mungkin jika saya di tempatnya, saya akan bertindak demikian.
Walaupun saya tidak punya anak lagi tapi saya memang faham perasaan dia.
Sejujurnya, saya tidak salahkan dia. Saya memang betul-betul tidak perasan dia mana satu. Saya minta maaf dan selepas itu, saya ada buat panggilan kepadanya dan jelaskan serta selesaikan semuanya. Alhamdulillah, kini kami sudah berbaik.
Mengenai hubungan Syazwan dengan Nabila pula. Apabila Nabila menumpang kereta anda, timbul pula spekulasi tentang kononnya kalian bercinta. Boleh jelaskan?
Tidak, kami tidak bercinta tetapi memang hubungan kami baik. Malah, ini bukan kali pertama dia menumpang naik kereta saya, sudah banyak kali dan Alhamdulillah, tidak pernah terbabit dengan sebarang kemalangan.
Ada ambil cuti untuk berehat selepas kemalangan ini?
Tidak tapi saya memang ada masa beberapa hari cuti sebelum memulakan penggambaran. Sementara itu, bolehlah berehat. Saya rasa tiada apa-apa yang perlu diperiksa tentang diri saya. Tiada yang teruk, saya hanya risaukan Keisha.

Lagi nahas membabitkan bas

Posted: 11 Sep 2013 07:50 PM PDT


SEBUAH bas remuk selepas merempuh sebuah bas lain dalam nahas di Lebuh Raya Karak dekat Gombak semalam.


GOMBAK – Seramai 13 orang cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan termasuk dua buah bas dan sebuah treler di Kilometer 31.5, Lebuh Raya Karak menghala ke ibu negara dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mereka yang cedera terdiri daripada 11 penumpang bas dan pasangan suami isteri yang menaiki kereta jenis Honda City.
Difahamkan, tiga wanita termasuk penumpang Honda City dilaporkan parah. Kesemua mangsa berusia 20 hingga 50 tahun.
Pemandu kedua-dua bas berkenaan hanya luka ringan manakala pemandu treler tidak cedera.

65 penagih ditahan di ladang sawit

Posted: 11 Sep 2013 07:48 PM PDT


TOON KHUAN (dua dari kanan) memeriksa pelbagai peralatan yang dirampas daripada penagih dadah di ladang kelapa sawit di Maran kelmarin.


MARAN – Seramai 65 penagih dadah termasuk seorang pengedar wanita dicekup polis dalam dua serbuan berasingan di ladang kelapa sawit di sekitar Felda Jengka 8 dan Jengka 12 di sini kelmarin.
Antara yang ditahan dalam Ops Tapis bermula pukul 4 pagi hingga 6 petang itu ialah peniaga, buruh ladang dan penganggur yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, Superintendan Yap Toon Khuan, selain tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai jenis senjata tajam, alat menghisap dadah serta telefon bimbit.

Pelatih PLKN bantah pengurusan kem

Posted: 11 Sep 2013 07:47 PM PDT


AHLI keluarga seorang pelatih PLKN dihalang memasuki Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


BALIK PULAU – Lebih 200 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem White Resort di sini berhimpun membantah pengurusan kem yang didakwa mengabaikan kebajikan para pelatih.
Mereka berkumpul di kem tersebut kira-kira pukul 10 malam kelmarin dengan membawa bersama beg pakaian masing-masing sambil meminta dikeluarkan dari kem tersebut sebelum ditenangkan komandan dan diarah pulang ke bilik.
Berikutan itu, kira-kira 50 keluarga pelatih datang ke kem tersebut semalam untuk bertemu dengan komandan serta membawa pulang anak atau waris masing-masing kerana tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

Kanada keluarkan koleksi syiling warna motif Superman

Posted: 11 Sep 2013 07:45 PM PDT



SEORANG petugas Royal Canadian Mint melukis lakaran visual Superman di atas kepingan syiling di Kanada kelmarin.


MONTREAL - Sempena sambutan ulang tahun ke-75 penciptaan watak Superman, Kanada memberi penghargaan dengan mengeluarkan duit syiling yang memaparkan lakaran karikatur adiwira tersebut kelmarin.
Kanada juga akan mengeluarkan tujuh reka bentuk duit syiling dengan lakaran watak adiwira berkenaan.
Royal Canadian Mint berkata, ia akan mengeluarkan koleksi duit syiling itu dengan nilai daripada 50 sen hingga 75 sen.
Koleksi duit syiling itu juga akan dikeluarkan dalam bentuk emas, perak dan kupro nikel.
Harga syiling itu ditawarkan bermula AS$28.70 (RM93.97) untuk syiling kupro nikel. Sementara sejumlah setem akan diberikan bersama duit syiling emas 14 karat yang bernilai AS$723.80 (RM2,369).
Syiling emas itu menawarkan lakaran visual berwarna Superman dan sedang diiktiraf sebagai yang pertama seumpamanya. Sebanyak 2,000 keping syiling akan dikeluarkan untuk dibeli.
Watak Superman buat pertama kali muncul pada tahun 1938. Ia telah dicipta bersama oleh Joe Shuster yang berasal dari Kanada dan Jerry Siegel dari Amerika Syarikat.

Jurutera bina domino tertinggi di dunia

Posted: 11 Sep 2013 07:43 PM PDT


HOLMES tersenyum melihat menara domino yang dibinanya.


LONDON - Seorang jurutera, Tom Holmes berjaya membina sebuah menara domino tertinggi di dunia, sekali gus mencatat satu rekod baharu dalam Guinness Book of Records, lapor akhbar Mirror kelmarin.
Holmes mengambil masa selama tujuh jam untuk membina struktur menara tersebut yang lebih tinggi daripada sebuah bas di London dengan dengan menggunakan 2,688 keping domino.
Ia juga memerlukan Holmes memberikan tumpuan sepenuhnya dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk struktur menara setinggi 5.27 meter itu.
Bekas graduan bidang kejuruteraan itu sebenarnya mula berusaha untuk memecahkan rekod dunia tersebut sejak beberapa bulan lalu dengan dibantu beberapa program komputer yang canggih.
Holmes yang bekerja di syarikat konsultan reka bentuk dan kejuruteraan, Arup, telah mereka bentuk beberapa menara prototaip digital terlebih dahulu sebelum membina menara sebenar.
"Sebagai jurutera, kami secara konsisten akan mencari penyelesaian kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Memang menyeronokkan apabila berpeluang menggunakan kemahiran saya untuk cabaran seperti ini.
"Bukannya selalu anda boleh memberitahu bahawa anda telah membina menara domino tertinggi di dunia," kata Holmes.

AS anjur pertandingan misai, janggut kali ke-4

Posted: 11 Sep 2013 07:43 PM PDT



HOLCOME bersorak gembira selepas diumumkan sebagai juara kategori misai semula jadi di New Orleans, Amerika Syarikat kelmarin.


NEW ORLEANS - Beratus-ratus lelaki membanjiri bandar New Orleans, Amerika Syarikat untuk menyertai Pertandingan Misai dan Janggut Kebangsaan 2013 yang berlangsung kelmarin.
Seramai 150 peserta yang menyertai pertandingan tersebut memperagakan misai dan janggut mereka yang unik dalam usaha untuk memenangi 18 kategori dalam pertandingan berkenaan.
Kejohanan itu dianjurkan oleh Beard Team USA buat kali keempat yang turut menarik penyertaan peserta dari AS, United Kingdom (UK) dan Kanada.
Pada festival itu, pelbagai rupa bentuk misai dan janggut dapat dilihat dihasilkan oleh para peserta. Ada yang membentuknya bergulung, berduri atau membiarkannya tanpa hiasan.
Seorang peserta, Devon Holcome memenangi pingat emas dalam kategori misai semula jadi yang para peserta tidak dibenar menggunakan produk penggayaan rambut.
Holcome dinobatkan sebagai pemenang kerana memiliki misai terpanjang berukuran 609 milimeter.
Sementara itu, seorang peserta, Keith Haubrich dari Sepanyol dinobatkan sebagai juara kategori Salvador Dali kerana membentuk misainya menjadi jarum seperti sebuah jam yang menunjuk ke arah pukul 10 dan pukul 2.

Tiga angkasawan ISS mendarat di Kazakhstan

Posted: 11 Sep 2013 07:41 PM PDT



KAKITANGAN Agensi Angkasa Lepas Rusia mengangkat angkasawan negara itu, Pavel Vinogradov sebaik sahaja dia mendarat di Zhezkazgan, Kazakhstan semalam.


MOSCOW - Tiga angkasawan selamat kembali ke Bumi dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam apabila kapsul angkasa lepas Rusia yang membawa mereka mendarat di padang rumput step- pe, Kazakhstan.
Beberapa pasukan penyelamat kemudian bergegas menuju ke kapsul Soyuz yang membawa angkasawan Amerika Syarikat, Chris Cassidy serta dua angkasawan Rusia, Pavel Vinogradov dan Alexander Misurkin.
Mereka sebelum ini berada di ISS yang berharga AS$100 bilion (RM326 bilion) selama 166 hari sejak 29 Mac lalu.
Ketiga-tiga angkasawan itu mendarat dalam cuaca cerah pada pukul 8.58 pagi (waktu tempatan) di tenggara bandar Zhezkazgan.
Rakaman siaran langsung oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) menunjukkan tiga lelaki keluar dari kapsul tersebut.
Mereka kemudian diletakkan di atas kerusi berbaring bagi membantu menyesuaikan diri dengan graviti Bumi.

Selebriti Indonesia berhijab sementara

Posted: 11 Sep 2013 07:40 PM PDT


RAMAI yang terkejut apabila Dewi Persik tidak ketinggalan mengenakan hijab.


JIKA di Malaysia, ramai yang mengkritik penampilan selebriti- selebriti yang berhijab kerana menyarung pakaian ketat dan mengikut badan. Namun, lain pula di Indonesia apabila beberapa selebriti seksi mengambil keputusan untuk berhijab.
Bagaimanapun, hijab mereka cuma seketika iaitu pada bulan Ramadan, selepas mengerjakan umrah atau haji atau ketika membawakan watak berhijab.
Rossa
Penyanyi Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, antara selebriti yang dikritik hebat oleh peminat- peminatnya kerana membuka hijab.
Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu hanya mengenakan hijab selama dua bulan selepas menunaikan haji pada 12 Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, Rossa mempunyai jawapan pada tindakannya membuka hijab itu.
Ujarnya, dia hanya berniat untuk berhijab selama 40 hari dan kemudiannya melanjutkan niatnya itu sehingga dua bulan.
"Saya faham ramai yang tidak senang melihat saya masih tidak berhijab walau- pun sudah bergelar hajah.
"Ramai yang mengkritik tetapi saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya tahu kritikan tersebut untuk kebaikan saya juga.
"Begitupun, keputusan itu harus datang daripada saya sendiri. Sampai masanya saya juga akan berhijab. Buat masa ini saya mula meninggalkan pakaian-pakaian seksi," ujarnya kepada Kapanlagi.com.
Julia Perez
Sebanyak 20 filem lakonan Julia Perez atau Jupe menonjolkan sosok tubuhnya. Begitupun, Jupe kemudiannya memuat naik gambarnya mengenakan hijab di laman sosial Twitter.
Ramai peminat yang memuji perubahan bintang seksi itu. Bagaimanapun, Jupe hanya mengenakan hijab pada bulan Ramadan sahaja atau ketika membawakan peranan berhijab dalam sesebuah filem.
ROSSA kelihatan manis ketika dalam tempoh mengenakan hijab.


Dewi Persik
Pelakon Dewi Persik juga seperti Jupe apabila mengenakan hijab sekali dalam setahun iaitu semasa bulan Ramadan. Ketika mula-mula Dewi mengenakan hijab, ramai yang terkejut dengan perubahan pelakon yang penuh dengan kontroversi itu.
Cinta Penelope
Selama ini, penyanyi Cinta Penelope begitu terkenal dengan penampilan seksi. Bagaimanapun, selepas berkahwin dengan vokalis kumpulan Debu, Mustafa, Cinta berubah secara drastik. Dia tidak lagi memakai pakaian seksi, malah ketika bulan Ramadan, Cinta sering kali dilihat mengenakan hijab lengkap demi menghormati bulan mulia itu.
Trio Macan
Kumpulan Trio Macan yang dianggotai oleh Ifa, Lia dan Dian tidak akan beraksi seksi di pentas nyanyian semasa bulan Ramadan. Ini kerana menjelang Ramadan, ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menyarung hijab. Perubahan penampilan Trio Macan itu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka terpilih menjadi salah seorang penyampai anugerah AMI Award 2012.
Donita
Bekas kekasih kepada pelakon terkenal, Randy Pangalila iaitu Donita juga memakai hijab ketika membawa peranan ustazah dalam sinetron Kami Bukan Malaikat. Malah, selama proses penggambaran tersebut Donita tidak membuka hijabnya. Bagaimanapun, selesai sahaja penggambaran, Donita menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa menyarung hijab.
Nuri Maulida
Terkenal menerusi filem Me vs High Heels, Nuri Maulida mengambil keputusan untuk memakai hijab selepas mengerjakan umrah.

Jam tangan, kasut dan baju tingkat kualiti sukan

Posted: 11 Sep 2013 07:38 PM PDT



JOGING dan aerobik merupakan antara cabang sukan yang paling mudah dan kerap dilakukan bagi mengekalkan tahap kesihatan individu. Ia dilakukan secara berkala dengan tempoh minimum 30 minit sehari. Justeru, boleh dikatakan bahawa aktiviti riadah bukanlah sesuatu yang membebankan untuk dilaksanakan.
Bagaimanapun, sesetengah individu tidak bersenam untuk menjaga kesihatan semata-mata, malah ada yang menjadikan ia sebagai satu gaya hidup. Kelompok ini sanggup melabur modal yang agak tinggi bagi mendapatkan kualiti optimum ketika bersukan menerusi pembelian gajet dan aksesori tambahan termasuk jam tangan, kasut dan baju.
Setiap pembelian produk tersebut adalah berdasarkan fungsi dan faedah untuk penggunaan secara kerap. Ia dilengkapi teknologi terkini bagi membantu seorang atlet bergerak pantas dan aktif ketika melakukan senaman pada tahap maksimum seperti maraton, mendaki dan berbasikal.
"Tidak dinafikan harga barangan berkualiti sebegini agak mahal, tetapi bagi seseorang yang bergiat secara serius, ia adalah pembelian yang berbaloi.
"Sebagai contoh, jam tangan Garmin Forerunner 610 (FR610) yang saya beli empat bulan lepas ini. Ia boleh dipakai ketika berenang, maraton dan mendaki," ujar Mohd. Ridwan Mustafa, 26, ketika ditemui Infiniti baru-baru ini.
FR610 merupakan inovasi baharu keluaran Garmin dengan beberapa fungsi terkini. Ia merupakan jam tangan pertama syarikat sistem penentu kedudukan global itu yang mempunyai fungsi paparan sesentuh. Salah satu peningkatan teknologi FR610 ialah Virtual Racer yang membolehkan pengguna mengatasi catatan masa terdahulu.
Contohnya, jika larian 10 kilometer anda sebelum ini mencatatkan masa 1 jam 10 minit, dengan jam tangan tersebut, tempoh itu akan disingkatkan menjadi 55 minit kerana ia berfungsi sebagai pacer. Dalam acara maraton, pacer merujuk kepada seorang individu yang membantu pelari menamatkan larian dalam tempoh yang spesifik. Justeru, jam tangan itu meminjam tujuan yang sama agar larian pemakai lebih konsisten dan menepati tempoh yang ditetapkan.

VARIASI kasut sukan di pasaran mempunyai fungsi dan teknologi yang berbeza-beza.


Fungsi
Berbeza pula dengan Tengku Fariz Tengku Roslan, 26, yang memilih jam tangan model Suunto Ambit. Mungkin ramai yang kurang mengenali gajet itu, namun dalam kalangan atlet professional, ia antara jam tangan sukan yang mempunyai fungsi dan teknologi yang terbaik.
"Dulu saya hanya menggunakan jam tangan sukan biasa dengan fungsi-fungsi yang terhad. Sebelum membeli, saya buat kajian selama beberapa bulan dengan merujuk laman YouTube dan blog-blog khusus untuk sukan.
"Harganya yang mencecah ribuan ringgit membuatkan saya berfikir dua kali untuk memilikinya. Namun selepas berpuas hati dengan ulasan dan respons daripada para pengguna, saya terus membeli jam ini," ujarnya yang telah membeli jam tangan berkenaan pada Julai 2012 pada harga RM2,199.
Kepuasan menjadi ukuran utama kepada Tengku Fariz kerana setiap barangan yang dibeli adalah mengikut kesesuaian aktiviti sukannya. Seperti Ridwan, Tengku Fariz juga aktif dalam maraton, mendaki gunung dan aktiviti meredah hutan. Kesemua aktiviti tersebut terdapat dalam fungsi-fungsi jam tangannya.
"Mendaki gunung misalnya, jam tangan ini dapat memberi maklumat mengenai tahap ketinggian dan tekanan sekeliling. Ia juga boleh berfungsi sebagai kompas bagi menentukan arah ketika berada dalam hutan," kongsi beliau.
Peranan kasut
Selain daripada jam tangan, kasut juga memainkan peranan penting kepada individu yang aktif bersukan. Kasut sukan amat berbeza berbanding kasut harian kerana ia dicipta dengan teknologi yang mampu menyokong bahagian kaki, memandangkan ia menerima tekanan dan haba yang tinggi.
Ridwan memberitahu, kasut sukan seharusnya dapat menampung kaki dan berat badan dengan stabil serta mengurangkan rasa sakit daripada tekanan ketika berlari. Namun, pelaburan yang tinggi dengan membeli kasut berjenama bukanlah jaminan bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.
"Bagaimanapun, kebanyakan jenama kasut sukan terkenal sentiasa mengorak langkah ke hadapan dalam kajian dan pembangunan mengenai teknologi agar dapat memenuhi kehendak pengguna," ujar Ridwan yang baru menubuhkan kumpulan Gorgeous Runner yang bertujuan mengumpul pelari tegar maraton bagi mengikuti kejohanan larian di dalam dan luar negara.
Memilih kasut jenis Asics Gel-DS Trainer 17, Tengku Fariz pula mengutamakan fungsi dan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam kasut yang dibelinya. Jenama kasut yang dimilikinya sekarang mempunyai kelebihan teknologi yang dipanggil gel cushioning.
"Ia membolehkan kaki menyerap hentakan dengan lebih baik dan membantu fokus penstabilan kaki ketika berlari. Pengguna akan berasa lebih selamat kerana ia membantu mengelak daripada kecederaan," tambahnya.
"Biasanya teknologi yang ada pada kasut bergantung kepada pengeluar. Setiap jenama tersebut mempunyai kelebihan yang berbeza. Jadi pemilihan kasut hendaklah bersesuaian dengan kegunaan dan keselesaan," kata jurutera muda itu.
RIDWAN (kiri) mendengar penerangan daripada Tengku Faris mengenai fungsi jam tangannya.


Pakaian
Gajet dan aksesori sukan pastinya tidak lengkap jika tidak mengambil kira baju khas yang dipakai oleh kebanyakan atlet. Baju yang betul mesti mempunyai saiz dan tahap penyerapan peluh yang baik. Sejenis baju yang sering diguna pakai ialah pelapis asas (base layer) atau lebih dikenali sebagai pakaian mampatan yang melekap pada tubuh (compression wear).
Tengku Fariz berkata, ia dipakai sebagai lapisan dalam baju dan diperbuat daripada material yang cepat kering, ringan dan mampu membebaskan haba badan dengan cepat. Ia menjadikan badan lebih nyaman ketika beraktiviti.
"Selain itu, ia sebenarnya membantu 'memegang' otot kita ketika melakukan aktiviti. Maksudnya, badan kita terasa lebih kemas dan mapan ketika beraksi dalam pakaian itu," kongsinya.
"Compression wear juga membantu pengedaran darah ketika beraktiviti dengan mempercepatkan kadar pengaliran darah. Ia penting untuk penghantaran oksigen ke seluruh badan. Ini membantu dalam proses penyembuhan dengan mengurangkan jangka masa pemulihan tisu otot yang rosak," ujar Tengku Fariz.
Bagi Ridwan, dia lebih selesa menggunakan baju daripada material spandeks kerana menyejukkan badan ketika bersukan.
Motivasi
Kedua-dua mereka bersependapat, pelaburan terhadap gajet perlu mengikut kemampuan dan kepentingan. Pembelian perlu disertakan dengan beberapa kajian dengan merujuk kepada pakar atau pengguna terdahulu.
"Selain itu, kelengkapan ini banyak membantu memotivasikan diri kita supaya bersukan dan mengamalkan cara hidup sihat. Ia turut meningkatkan keyakinan kita ketika melakukan sesuatu aktiviti," kongsi Tengku Fariz.

Simbolik 1,252 ranting karang

Posted: 11 Sep 2013 06:42 PM PDT


PARA penyelam menanam ranting karang di kawasan yang telah dikenal pasti.


BAYU 'simbiosis' berpuput di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini apabila kesedaran tentang mustahaknya pergantungan antara hidupan di darat dan laut berjaya diterjemahkan. Lebih manis, tangan-tangan yang berjasa kepada alam itu ialah milik anak-anak muda yang sedar bahawa keindahan khazanah marin perlu dipusakai generasi akan datang.
Meraikan biodiversiti, seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher (SMKDAM), Kota Bharu, Kelantan berganding bahu dengan 15 guru dan 20 mahasiswa serta kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk melaksanakan misi besar menerusi acara menanam ranting karang terbanyak di Malaysia.
Pecah rekod
Pulau kelima terindah di dunia itu menjadi saksi kejayaan mereka menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menanam sebanyak 1,252 ranting karang.
SMKDAM dan UMK meleburkan rekod penanaman 777 ranting karang di Pulau Mabul, Sabah yang telah dicipta pada Oktober tahun lalu oleh penyedia perkhidmatan televisyen berbayar, Astro.
Simboliknya, angka 1,252 itu sendiri merupakan bilangan pelajar di SMKDAM.
Program pemuliharaan alam itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia, Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Kelantan dan Watercolours Resort.
Perasmian dan majlis menandatangani sijil MBOR itu telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof.

PELAJAR dan kakitangan SMKDAM dan UMK meraikan kejayaan selepas berjaya menanam kira-kira 1,252 ranting karang di Pulau Perhentian, sekali gus diiktiraf sebagai acara menanam karang terbanyak di Malaysia.


Ia turut disaksikan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros, Pengetua SMKDAM, Che Ragayah Muhammad, wakil MBOR, Zulhairi Md. Zain, Ketua Pusat Taman Laut Besut, Wan Azli Wan Yusof dan Ketua Pegawai Operasi Watercolours Resort, Mike Soh Abdullah.
Ternyata, kepuasan terpancar pada wajah semua yang terlibat apabila misi itu berjaya dilunaskan dalam sorak gembira mereka yang berpakaian jaket keselamatan dan gogel di dalam air.
Percubaan kedua
Rata-rata pelajar SMKDAM yang menyertai misi itu ialah murid tingkatan 1, 2 dan 4.
Che Ragayah mendedahkan, acara itu merupakan percubaan kedua SMKDAM bersama UMK yang merupakan universiti angkat sekolah itu setelah mereka gagal pada cubaan sulung yang dianjurkan pada 24 Mac lalu berikutan beberapa masalah teknikal.
"Namun keinginan untuk menjayakan program tersebut telah menguatkan semangat kedua-dua pihak sehingga mereka berjaya menarik penglibatan MBOR," katanya.
Che Ragayah berkata, program ini dirancang sebagai kemuncak aktiviti Kelab Pendidikan Luar (KPL) sekolah itu pada tahun ini setelah lima tahun mengadakan pelbagai aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian dan Redang.
"KPL melakukan pelbagai aktiviti snorkeling selain daripada aktiviti paintball dan kayak. Bermula sebagai satu aktiviti santai yang memberi tumpuan kepada kemahiran fizikal, pengisiannya telah berkembang sejajar dengan pengalaman yang dilalui.
"Aktiviti snorkeling menjadi sebahagian daripada program penghayatan taman laut dan aktiviti kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar.
"Pulau Perhentian dipilih kerana tempat itu sering dilawati pihak sekolah dan pelajar-pelajar dapat melihat sendiri kesan yang berlaku kepada batu karang di kawasan ini disebabkan aktiviti manusia dan perubahan cuaca dunia.
"Saya berterima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama termasuk Watercolours Resort yang bersedia untuk memantau pertumbuhan karang yang ditanam dari semasa ke semasa," katanya.

PROJEK menanam ranting karang mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai hidupan marin dan alam sekitar.


Penghayatan
Pelajar SMKDAM, Hasanah Ghazali, 16, berkata, penyertaannya di dalam program tersebut telah memberi pendedahan penting terhadap kehidupan marin.
"Ia juga memberi kesedaran kepada kita bahawa apa sahaja yang kita lakukan akan memberi kesan kepada makhluk alam yang lain. Apabila menyertai program sebegini, kita mudah berasa sedih apabila mendengar atau melihat tindak-tanduk manusia yang sewenang-wenangnya memusnahkan alam," katanya.
Seorang lagi pelajar, Mohd. Hijaz Ramzi, 16, berkongsi rasa bangga kerana dapat mencipta rekod baharu buat sekolahnya dan berbakti kepada alam sekitar.
"Kawasan karang merupakan tempat ikan-ikan kecil berlindung dan membiak.
"Jika karang tiada, di mana ikan-ikan kecil itu akan berlindung untuk meneruskan hidupnya? Alam sekitar wajar dijaga dan keindahannya perlu terus dipelihara untuk tatapan generasi kini dan akan datang," ujarnya.

Pakej pelayaran solo

Posted: 11 Sep 2013 06:39 PM PDT


PENGEMBARA solo pakej yang ditawarkan Hwajing berpeluang merasai pengalaman percutian mewah di kapal SuperStar Libra.


PAKEJ pelayaran bersama keluarga dan rakan-rakan merupakan pengalaman manis sepanjang percutian di atas kapal. Sepanjang pelayaran, pelbagai aktiviti riadah dan bersantai menjadi kemestian bagi pelancong untuk mengisi masa terluang sebelum sampai ke destinasi percutian.
Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memilih pakej pelayaran berkumpulan sebagai salah satu cara untuk meluangkan masa dengan yang tersayang. Kebanyakan agensi pelancongan di Malaysia menyediakan pakej pelayaran untuk kumpulan dengan harga berpatutan, bergantung kepada destinasi yang akan dibawa.
Bagaimanapun tidak banyak syarikat pelancongan yang menyediakan pakej khusus bagi pengembara solo. Menyedari potensi pasaran tersebut, Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. (Hwajing) kini menyediakan pakej Goin' Solo: Cruise with Style.
Menurut Pengarah Urusan syarikat tersebut, Kenny Cheong, pakej pelayaran selama empat hari tiga malam ke Phuket dan Krabi, Thailand itu juga diperkenalkan ekoran permintaan individu yang gemar melancong secara bersendirian.
Katanya, setakat ini, tiada lagi pakej pelayaran secara solo yang ditawarkan oleh sebarang agensi pelancongan tempatan kepada pelancong Malaysia untuk ke Krabi dan Phuket dengan menaiki kapal persiaran setinggi 10 tingkat, SuperStar Libra.
KRABI menjadi tumpuan pelancong yang ingin menikmati keindahan pulau dengan kepelbagaian aktiviti yang menyeronokkan.


"Setelah membuat kajian, kami dapati ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan eksekutif gemar melancong dan belayar di atas kapal secara solo. Namun, mereka tiada pilihan untuk memilih percutian secara sendirian.
"Sekiranya mereka ingin belayar secara solo, mereka harus membayar jumlah yang lebih untuk mengikuti pakej pelayaran yang membawa pelancong seramai 150 hingga 200 orang," ujarnya kepada Kosmo! selepas majlis pelancaran pakej pelayaran Goin' Solo: Cruise with Style di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Cheong, objektif utama pakej tersebut diperkenalkan ialah bagi memberi peluang kepada pelancong untuk mengembara, merehatkan minda dan menikmati kehidupan tenang sepanjang pelayaran.
Pelancong juga dapat meluangkan masa secara bersendirian dan berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan baharu sepanjang pelayaran ke Phuket dan Krabi.
Tambahnya, harga yang ditawarkan dikategorikan sebagai pakej pelancongan bajet.
"Kebanyakan agensi pelancongan meletakkan harga RM2,400 untuk seorang bagi tempahan pakej tunggal.
"Menerusi pakej baharu ini, kami menawarkan harga yang rendah iaitu RM1,600 untuk setiap pakej pelayaran solo yang merangkumi pelbagai aktiviti menarik dan kemudahan mewah untuk pelancong," ujarnya.
Agensi pelancongan yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun itu menawarkan sebuah bilik kabin yang dilengkapi dengan sebuah katil untuk mereka yang berminat untuk belayar secara bersendirian ke Thailand pada pelayaran pertama pada 27 Oktober ini.

CHEONG (kiri) dan Lee menyempurnakan majlis pelancaran pakej Goin' Solo: Cruise with Style di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SuperStar Libra merupakan sebuah kapal yang dimiliki oleh Genting Hong Kong Limited menerusi operasi pelayarannya, Star Cruises. Bersama syarikat dari Norway, Norwegian Cruise Line, Star Cruises merupakan pengendali kapal persiaran ketiga terbesar di dunia.
Kapal persiaran itu mempunyai lapan buah restoran yang menawarkan pelbagai hidangan antarabangsa untuk para tetamu. Pelancong pasti tidak akan melepaskan pengalaman beriadah dan mandi di kolam renang terbuka di tingkat sembilan kapal berkenaan. Selain itu, butik-butik bebas cukai yang menjual variasi minyak wangi, jam dan barangan kemas berjenama antarabangsa turut ditawarkan dalam kapal persiaran itu.
Naib Presiden Bahagian Jualan Star Cruises, Cynthia Lee berkata, dia berharap pakej pelayaran solo yang ditawarkan oleh Hwajing akan menjadi satu trend baharu pada senario pelancongan di Malaysia.
"Pelayaran solo amat popular di negara-negara Barat. Diharapkan dengan pakej ini, negara-negara Asia, terutamanya Malaysia, dapat merasai pengalaman yang sama," ujarnya.
Pakej ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk belayar secara solo. Pihak agensi akan membuka tawaran kepada pelancong asing dan meluaskan destinasi pelayaran sekiranya pakej solo ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines