Isnin, 2 September 2013

MummyNemo

MummyNemo


Harga RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Mulai Tengahmalam Ini[3/9/2013]

Posted: 02 Sep 2013 04:08 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini. Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini Isnin. – BERNAMA

Majlis Persandingan Sederhana Abby Abadi Dan Farhan[Gambar]

Posted: 02 Sep 2013 02:42 AM PDT

Memang bak pinang dibelah dua. Walaupun banyak perbezaan umur, Abby nampak seperti anak dara di hari persandingannya. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan. Majlis persandingan sederhana ini telah berlangsung semalam di rumah Abby Abadi.        

Bekas Pegawai TUDM Yang Ditembak Mati Adalah Ketua Geng 36

Posted: 01 Sep 2013 11:41 PM PDT

 Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah di sini pada Ahad merupakan ketua Geng 36 di Batu Gajah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah. “Kami juga percaya insiden [...]

3 Pelajar IPTS Maut Dalam Kemalangan

Posted: 01 Sep 2013 05:32 PM PDT

Tiga pelajar institut pengajian tinggi swasta di Bandar Sunway maut manakala seorang pensyarah cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Bukit Jalil menghala ke Puchong di sini, Ahad. Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, kereta Proton Wira [...]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines