Jumaat, 27 September 2013

MummyNemo

MummyNemo


Kematian Bayi 5 Bulan Di Taska Sah Tersedak Susu

Posted: 26 Sep 2013 07:00 PM PDT

Kematian bayi lima bulan, Mohd Danish Rayqal di sebuah pusat jagaan di sini, Selasa lalu, adalah kerana tersedak susu. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, ia disahkan selepas bedah siasat oleh pihak hospital, kelmarin. "Pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih menyiasat kes ini," katanya. Selasa [...]

Mayat Wanita Kejam Dengan Binatang Dimakan Anjing Sendiri

Posted: 26 Sep 2013 06:32 PM PDT

Seorang wanita dari Kentucky yang pernah bertindak kejam terhadap haiwan peliharaannya dipercayai dimakan puluhan anjing serigalanya selepas dia mati. Mayat Patricia Ritz, 67, ditemui di kediamannya di Fordsville oleh polis selepas jiran tetangga membuat laporan yang mereka tidak melihat kelibatnya lebih daripada seminggu, lapor NBC News. Pihak berkuasa yang memeriksa kediamannya kemudian hanya menemui rangka [...]

Gadis Melayu Di Pentas Ratu Cantik Muslimah Dunia

Posted: 26 Sep 2013 06:00 PM PDT

Raut wajahnya menawan, senyumannya manis dan ditambah dengan gayanya persis seorang model profesional berjaya meletakkan Nurul Husna Zainal Abidin meraih gelaran “World Muslim Woman Netizen 2013″ dalam pertandingan Ratu Cantik Muslimah Dunia baru-baru ini. Ini adalah penyertaan pertama peserta Malaysia dalam pertandingan anjuran bekas hos utama stesen televisyen Indonesia, Eka Shanti yang dipecat kerana keengganannya [...]

Isu Guru SMK Engku Husain Suruh Murid Balik Ke India Atau Cina

Posted: 26 Sep 2013 05:15 PM PDT

Seorang guru sekolah menengah di Semenyih, Selangor didakwa meminta pelajar yang enggan menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan agar “balik ke India (atau) China”. Laporan Sin Chew Daily menyebut, pembantu pengetua di SMK Engku Husain berkata demikian semasa perhimpunan mingguan di sebelah petang pada 23 September. Beliau didakwa meminta pelajar tersebut “balik” jika tidak menyukai Malaysia. [...]

Harga Petrol RON95 Naik Lagi

Posted: 26 Sep 2013 04:43 PM PDT

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara. Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman. “Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia,” [...]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines