Ahad, 16 Jun 2013

Cikgu terlampau 'ratah' pelajar

pelajar perempuan diperkosa guru


SABAK BERNAM – Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di sebuah bilik rumahnya, di Sungai Besar, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berusia 34 tahun itu menghantar mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah ke sebuah klinik kesihatan.

Menurutnya, mangsa yang berusia 16 tahun itu menaiki kereta suspek ke klinik itu untuk menghantar sample kahak kerana dipercayai menghidap penyakit tibi.

“Suspek memberhentikan kereta di hadapan klinik kesihatan itu dan mangsa turun kereta untuk menghantar sample kahak tersebut ke makmal klinik terbabit.

“Setelah selesai menghantar sample, mangsa terus kembali ke kereta gurunya itu dan kemudian suspek sempat bertanya kepada mangsa hendak ke mana, sebelum terus memandu kereta menuju ke rumahnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, sebaik mangsa tiba di rumah, suspek terus menarik tangan mangsa menuju ke bilik belakang rumahnya sebelum memaksa mangsa yang berdiri di hujung katil berdekatan pintu duduk di atas katil.

“Suspek cuba memancing mangsa dengan memaksa mangsa menonton video lucah sebelum bertindak merogolnya. Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya mampu berdiam diri dan merelakan perbuatan gurunya itu,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah keesokannya itu mengadu perbuatan suspek kepada guru kaunseling sebelum pihak sekolah menghubungi penjaga mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa  telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam telah berjaya menahan guru itu di hadapan sekolahnya kira-kira jam 3.40 petang kelmarin.

“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Noor Mushar berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



Guru disyaki perkosa pelajar sakit ditahan

Sabak Bernam: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan perbuatan durjana seorang guru yang tergamak merogol pelajarnya di Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Perbuatan jijik guru berusia 30-an itu terbongkar selepas mangsa mengadu mengenai kejadian yang menimpanya kepada seorang guru kaunseling sekolahnya.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, mangsa yang berusia 16 tahun adalah pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini dan mendakwa dirogol di rumah suspek.

“Kejadian bermula apabila mangsa mengadu tidak sihat sebelum suspek membawanya ke klinik di Sungai Besar. Selepas menerima rawatan, suspek tidak menghantar mangsa semula ke sekolah, sebaliknya membawanya ke rumah,” katanya.


Menurutnya, suspek yang sudah berumah tangga membawa mangsa ke rumahnya yang kebetulan kosong kerana ketiadaan isterinya sebelum merogol mangsa.


“Pada mulanya suspek ‘memancing’ mangsa dengan memaksa menonton video lucah sebelum merogolnya. Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam diri dengan perbuatan gurunya.

“Selepas kejadian itu, suspek menghantar mangsa pulang dan berpesan supaya tidak menceritakan perbuatannya kepada sesiapa,” katanya.


Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah kemudian mengadu mengenai perbuatan suspek kepada guru kaunseling kerana bimbang suspek mengulangi perbuatannya pada masa akan datang.

Katanya, selepas mangsa menceritakan kepada guru kaunseling, pihak sekolah terus memaklumkan kepada penjaga mangsa dan membuat laporan polis.


“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan sekitar daerah ini untuk siasatan lanjut.


“Polis menerima perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam terhadap suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines